Kadangkala terfikir juga untuk melupakan sahaja apa yang berlaku di sekeliling politik tanahair kerana sudah begitu lama penyakit-penyakit yang melanda kita tidak mampu diubati oleh manusia pemimpin khususnya di kalangan pemimpin UMNO yang sedang memerintah negara.
Kian hari, keadaan politik terutamanya orang Melayu semakin parah, tetapi mereka masih lagi bermain politik peribadi yang tidak ada surutnya seolah-olah rakyat hanya menjadi alat mereka untuk permainan catur.
Perasaan bosan dan jemu dengan tingkahlaku kepimpinan, lebih-lebih lagi yang bakal mengambilalih kepimpinan ini amat tidak serasi dengan selera dan kehendak rakyat ramai dan saya menjangka UMNO akan terus ditolak sepenuhnya dalam PU13 nanti.
Ramai ahli UMNO sendiri yang berkata, “persetankan dengan BN dan UMNO ini, biar dia mati sebab UMNO tidak mampu lagi memberikan kepimpinan dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang baik. Biarkan Najib terjun dengan labu-labunya!”
Pemimpin yang ada pada hari ini hanya memberi tumpuan kepada kepentingan peribadi yang tidak ada hadnya. Yang pentingnya mereka dapat kuasa dan ‘berglamour’ dengan jawatan-jawatan besar yang disandang.
Dengan mendapatkan kepimpinan itu, ianya boleh memperkayakan diri dan seterusnya menggunakan kekayaan mereka untuk menyambung kerakusan mereka memerah kekayaan negara.
Kalau kita lihat daripada sudut agama dan kitab-kitabnya, yang lebih jelas dan nyata pemimpin-pemimpin kita hari ini merupaka pembawa dalil-dalil hari kiamat belaka.
Di akhir zaman ini banyak perkara yang berlaku adalah dalil-dalil hari kiamat dan sifatnya sentiasa songsang dan mengelirukan rakyat yang mereka pimpin.
Antara dalil-dalil jelas ialah segala unsur yang benar nampak salah dan unsur-unsur yang salah kelihatan benar.
Itulah sebenarnya yang kita lihat sekarang ini di mana pemimpin-pemimpin yang berada di peringkat kepimpinan tidak disenangi oleh rakyat tetapi dilihat sebagai kebenaran oleh kroni dan penyokong-penyokong mereka.
Mereka berada di sana kerana kuasa besar yang ada dan wang ringgit yang mereka samun dari rakyat untuk digunakan bagi membeli kuasa untuk mereka terus menipu dan menjahanamkan negara.
Maka manusia akan berlumba-lumba mengejar yang salah dan berusaha keras untuk memberi kebenaran kepada perkara yang salah itu.
Di akhir zaman ini pemimpin yang palsu dan bathil akan bermaharajalela dan pemimpin yang benar akan sentiasa dihimpit dan berhadapan dengan hadangan-hadangan yang besar untuk membawa kebenaran.
Sesungguhnya perjuangan kita di akhir zaman ini ialah untuk mengelak diri kita daripada menjadi pembawa dalil kiamat ini kerana pembawa dalil tempatnya di neraka.
Maka itulah sebabnya kita hari ini seakan-akan dalam neraka kerana dipimpin oleh mereka pembawa kepada dalil-dalil hari kiamat ini tadi.
Di mana-mana kita lihat dan kita dengar kesongsangan pemikiran dan tindakan dan selalunya kejayaan adalah di pihak yang salah dan kufur.
Kalau kita baca dan dengar orang yang muktabar berkata kata manusia di akhir zaman akan percaya kepada lonjakan iblis.
Di akhir zaman iblis dan syaitan bermahajalela dan sentiasa mendapat sanjungan umat.
Iblis boleh berbuat apa yang dia suka. Iblis boleh berlagak sebagai manusia alim dan warak dan ramai manusia yang kononnya sedang mencari jalan tuhan akan mengikut manusia yang bertempelkan imej alim ini.
Secara halus manusia disesatkan sejauh yang mungkin. Di sebaliknya, ada kumpulan yang benar tetapi ianya mengikut ketetapan agama yang betul dan mereka ini hidup dan mempunyai penampilan mengikut waktu dan zamannya seperti yang digalakkan oleh Junjungan Besar Muhammad s.a.w.
Imam Mahdi akan berperang untuk kebenaran ini tetapi sentiasa dihalang oleh ejen-ejen iblis ini sehinggakan orang umum tidak mempercayai kebenaran imam Mahdi dan menafikan kehadiran imam Mahdi kerana imam Mahdi datang dalam disposisi zaman dan waktunya.
Akhirnya Isa a.s akan turun untuk mengesahkan kebenaran Mahdi itu tadi.
Persoalannya sekarang, bilakah ‘Isa a.s’ akan sampai untuk mengesahkan kebenaran pejuang- pejuang ‘Imam Mahdi’ ini.
Hanya yang boleh kita lakukan, ialah untuk bertawassul dan bertawajjuh ke hadhirat Allah dan Rasulnya tanpa putus-putus menjolok rahmatnya serta mendapatkan syafaat Muhammad s.a.w untuk dimanfaatkan kepada umat di kairah, daerah, negeri dan negara secara keseluruhannya.
Kepada pihak-pihak yang berkemampuan untuk melakukan perubahan, janganlah berasa bimbang untuk mengusahakan kelainan dalam sistem politik kita yang kini kian hancur dan bertaburan.
Percayalah berbohong itu adalah sifat mustahil bagi Allah swt.
Berbahagialah sesiapa yang berani dan melakukan perubahan dengan doa sokongan dari segenap lapisan masyarakat.
Seperti kita lari pecut seratus meter; yang penting ialah kita sampai dengan kemenangan di tali penamat. Yang penting dalam hidup kita ialah disayangi oleh masyarakat di akhir dan penghujung kehidupan kita.
Apa pun bentuk dan keadaan kehidupan kita tidak penting; yang penting sekali ialah akhirnya kita mati dalam kalimah Allah.
Sekian…………………………………………………….Aspan Alias
Ramai ahli UMNO sendiri yang berkata, “persetankan dengan BN dan UMNO ini, biar dia mati sebab UMNO tidak mampu lagi memberikan kepimpinan dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang baik. Biarkan Najib terjun dengan labu-labunya!”
ReplyDelete.............................
Saya kurang yakin ayat tersebut lahir dari seorang UMNO kerana ia lebih suara hati penulis...
Kecuali Najib ditukarkan kepada Paklah..rasanya lebih logik, tetapi persetankan UMNO..tidak mungkin.. marah ahli UMNO tidaklah semarah pembangkang yang kecewa.
Dan ayat ini makin kurang diyakini jika melihat di dalam situasi sekarang - UMNO yang berharap di terajui Najib selepas March ini memberi sedikit nafas, kelegaan dan harapan baru. Biarpun najib 'domomokkan' buruk oleh pembangkang tetapi di mata ahli UMNO, Najib masih ok dari yang lain lain apatahlagi kalau Muhyiddin, Mukhriz, Khir Toyo dan Rafidah di belakang.
Untuk lebih adil, ahli UMNO masih memberi peluang dan harapan kepada kepimpinan Najib tetapi jika 'gagal berubah' memang benar, UMNO akan bermasalah besar PRU13 nanti.
Dari kacamata rakyat sekarang, Pakatan yang mengalami sedikit kejatuhan sokongan.
Hujah 'sokongan rakyat' dan 'rakyat di belakang kami' adaalah laungan yang agak basi.
Ya Tuan, benar cakap Tuan…
ReplyDeleteWa anna ila Rabbikal muntaha ….Sesungguhnya kepada Tuhan mu itu lah puncak segala tujuan
Dari kitab Al Hikam:
35) Tuhan Ku,, dekatkan lah aku kepada Mu dengan rahmat-Mu supaya segera aku sampai kepadaMu, dan tariklah aku dengan kurniaMu sehingga aku menghadap kepadaMu
( Memang tidak ada jalan bagi hamba untuk sampai kepada Tuhan kecuali dengan Rahmat Tuhan sendiri,demikian pula tidak mungkin menghadap kepada Tuhan kecuali dengan kurniaNya)
38) Tuhanku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku akan terhina padahal kepada Mu lah aku bersandar dan menyerah (berserah diri).
39) Tuhan Ku, bagaimana aku akan mulia (bebangga padahal Engkau telah menempatkan aku dalam kehinaan, tetapi bagaimana aku tidak akan berbangga padahal kepada Mu lah dikenal (bernisbah) (yakni hamba Allah). Dan bagaimana aku tidak akan miskin, sedang Engkau telah menepatkan aku dalam kemiskinan, tetapi bagaimana aku akan miskin padahal Engkau sudah mencukupi aku dengan kemurahanMu, (atau: padahal dengan kemurahanMu aku telah Engkau kayakan)
40) Engkau lah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah mengenalkan diriMu pada tiap tiap sesuatu , sehingga tiada sesuatu yang tidak mengenal kepada Mu .Dan Engkau pula yang mengenalkan diri kepadaku dalam segala sesuatu sehingga aku melihat Engkau jelas pada setiap (segala ) sesuatu, maka Engkau lah yang zahir (jelas0 pada tiap sesuatu.
41) Ya Tuhan yang tegak (berkuasa) dengan sifat RahmanNya di atas Arasy, sehingga arasy itu lenyap dalam rahmannya Allah, sebagaimana alam alam yang lain lenyap dalam arasyullah. Engkau yang telah menghapuskan (melenyapkan) alam dengan alam, dan melenyapkan arasy dengan kepungan nur yang meliputinya dari sifat rahmannya Allah
42) Ya Tuhan yang telah berdinding dibalik pagar kemulianNya, sehingga tidak dapat dicapai oleh pandangan mata.Ya Tuhan, yang telah menjelma dalam kesempurnaan keindahanNya, sehingga nyata bukti kebesaranNya dalam hati dan perasaan.Ya Tuhan, bagaimana Engkau akan tersembunyi padahal Engkau yang sangat zahir (terang), dan bagaimana Engkau akan ghaib, padahal Engkau lah pengawas yang tetap hadir. Semoga Allah yang memberi tufik, dan kapadaNyalah aku berharap bantuan pertolongan….Amin
Ya, sangat bersetuju dengan pandangan tuan Aspan, semoga berjaya didalam merevolusi kan Kaum Melayu,
ReplyDeletesdra
ReplyDeleteMelihat nasib orang melayu yang diperkudakan oleh pemimpin umno membuatkan hati menjadi sedih dan marah.
majoriti orang melayu masih lagi dikampong. berubah sangatkah nasib orang melayu kita dikampong-kampong.semakin dunia bergerak kehadapan, mereka masih ditakok itu juga.
pemimpin-pemimpin umno kita melaungkan slogan membela melayu. tunggak orang melayu. tetapi mereka aja semakin senang tetapi orang melayu dikampong masih cam tu juga.
yang paling menghiris hati saya apabila tiba musim pru dan prk. kerana nak menang sanggup pergi beli kad pengenalan. sanggup bagi rm 50 dan sehelai kain pelikat je. lepas menang, yang maju hanya pemimpin.
bat8
Setiap PRU dan PRK ahli UMNO dibeli RM 100. Kalau dibahagikan dengan 365 har dalam 5 tahun ahli UMNO dapat kurang dai 10 sen.
ReplyDeleteItu sahaja nilai orang UMNO kepada pemimpinnya.
Bersetuju atau tidak?
Saya tersentuh dengan nilai 10 ahli-ahli UMNO.
ReplyDeletePatut pun mereka dapat pemimpin kelas bawahan dan berlagak apabila jadi pemimpin.
Brengsek!
Kalau kita ambil perhatian dengan teliti,apa pasallah orang macam Najib boleh dibiarkan naik jadi PM.
ReplyDeleteMasalah dia besar, Rasuahnya besar, dan banyak lagi yang tidak membolehkan dia jadi PM
Tapi itulah UMNO. Makin rasuah makin dinaikkan. Semakin rosak semakin ramai yang menyokong.
Akhirnya kami juga yang merana.
Apalah sialnya bangsa ku ini!
robin.
What is the point of giving silly support to UMNO when we are sure that UMNO is sinking.
ReplyDeleteBro Aspan, why are you so emotional if UMNO dies?
Its not our doing, its the doings of the leaders.
Selagi barisan itu ada diatas UMNO pasti jatuh bergelempangan.
Apa yang kita dok tunggu lagi! Kita cabut lah!!
What is the point of giving silly support to UMNO when we are sure that UMNO is sinking.
ReplyDeleteBro Aspan, why are you so emotional if UMNO dies?
Its not our doing, its the doings of the leaders.
Selagi barisan itu ada diatas UMNO pasti jatuh bergelempangan.
Apa yang kita dok tunggu lagi! Kita cabut lah!!
The original UMNO of 1946 is dead, murdered by Mahathir in 1998.He formed a new party called UMNO(Baru), and engineered the transfer of the old UMNO's assets, amounting to billions of ringgit to his new party. Along the way,he excersied some 'Indian rope tricks' and threw away the registered word Baru in his UMNO(Baru),and spin doctered the masses to believe that this is not a new party. Now he has abandoned this party,as he has no more use for it. So Aspan, why be emotional? Regards,ZB
ReplyDeleteEkau macam tau tau yo lah …aden baru nak buka buku hadith menceritakan dunia akhir zaman….kau dah cerita pasal dunia akhir zaman pula ..elok bonar lah tu…
ReplyDeleteEden tulis balik apo yang eden boco ket sini…
“Rasululah s.a.w bersabda yg bermaksud: sebaik baik qurun (abad) adalah qurunku, kemudian qurun yg selepas itu, kemudian qurun yg selepas itu dan seterusnya.
Keadaan yg paling baik adalah zaman Rasullah s.a.w bersama para sahabat, kemudian zaman tabi’in, kemudian generasi sesudahnya dan seterusnya. Ketika Rasululah masih hidup sudah pasti keadaan atau iman manusia amat baik. Setelah Rasulullah Abu Bakar,Umar,Usman dan Ali.Mereka di gelar Amirul mukminin. Mereka menjalankan pemerintahan dgn baik, sesuai dengan Al _Quran dan sunnah…
Setelah itu pemerintah Islam di pegang oleh Bani Umayyah dan Abbasiah. Semenjak itu terjadilah penyimpangan di sana sini .dan pemerintahan mulailah system raja dan pemerintahan secara warisan. Orang yang memerinth bukan lagi menganggap jawatan itu sebagai amanah dan tanggung jawab, tetapi untuk mendapatkan wang, peluang untuk memuaskan nafsu dan sebagainya.
Zaman sesudah itu lebh teruk lagi, sama ada keadaan pemimpin dan orang yang dipimpin. Makin lama bertambah parah lagi sehingga hari ini sudah banyak berlaku apa yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w
Kata Rasullullah akan sampai masanya orang memegang agama seperti memegang bara api, iman hanya di mulut,hilang sifat amanah,susah mendapatkan orang yang jujur,oran beramal kerana riyak,tidak percaya kepada hadis dan sebagainya..”
Itu kata pengarang buku tu bukan Eden..Eden ini baru nak belajar bab bab ahkir zaman
Nampaknya di Malaysia, bukan di kalangan UMNO je Pas dan lain lain pun sama satu kapal…apo nak di katokan dah akhir zaman, apa yang telah di perkatakan oleh Nabi pasti akan berlaku…jadi kita zaman ini ingatkan kiamat kecil lah itu yang tetap berlaku pada kita ,,, harap kiamat kecil lah yang kita temui dulu …