29 January 2010

Khairy kecundang, Pemuda terkangkang

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sedang dilanda pergolakan yang pada saya tidak memeranjatkan. Sejak akhir-akhir ini keadaan dalam pergerakan itu hanya ibarat retak menunggu belah.

Jatuh bangunnya sesebuah pertubuhan dan kesatuan serta kerajaan bergantung kepada conduct pemimpin dan jemaahnya.

Bak kata perbilangan, ikan itu busuk bermula dari kepalanya.

Cadangan salah seorang Exco untuk KJ meletakkan jawatan itu sudah cukup untuk kita menyaksikan aksi sarkas yang amat menggembirakan pihak lain yang memusuhi UMNO khususnya parti-parti pembangkang.

Masalah intra-parti dalam pergerakan itu sudah lama berlaku dan perkelahian dalam pergerakan itu serupa ayam berkelahi dengan kambing.

Si kambing mengatakan ayam itu walaupun cantik, dengan balungnya yang lawa dan sedap bunyi kokokannya tetapi sayang ayam tidak berkasut.

Ayam pula kata kambing, walaupun berbulu halus dan cantik dengan tanduk yang gagah dan berkasut pula, tetapi ayam menganggap kambing tidak mempunyai sifat malu kerana menampakkan telornya berbuai-buai dan badan yang berbau busuk.

Kambing lagi berkata, “walaupun telor aku berbuai-buai setidak-tidaknya aku ada telor, tapi ayam jantan tu tak bertelor”.

Itulah ibaratnya keadaan Pemuda yang sedang berkelahi kerana mereka berbeza antara satu dengan yang lain dan mereka tidak berusaha untuk mengetahui perbezaan antara satu dengan yang lain.

Mereka gagal untuk mencari titik persamaan dalam perjuangan mereka, malah ramai antara mereka tidak pun tahu kenapa mereka berada di sana dan dipilih duduk dalam jawatankuasa itu.

Mengikut ceritanya salah seorang Exco yang mendesak KJ untuk bersara itu ialah kerana KJ tidak bersefahaman denga Presiden Parti dan tidak menerima konsep 1Malaysia.

Bukankah perbezaan di antara Pemuda dengan Parti induk itu merupakan perkara yang lazim dan tidak menjadi isu dan tidak sepatutnya menjejaskan perjalanan pergerakan itu?

Dato' Harun Idris dan Shuhaimi Kamaruddin semasa mereka menjadi Ketua Pemuda, sentiasa tidak seiringan dengan Presiden Parti tetapi mereka co-exist antara satu dengan lain dan tidak ada pula perpecahan dalam pergerakan itu atau dalam parti keseluruhannya.

Pemuda semasa itu merupakan pressure group yang kuat dan banyak keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat Pemuda sebagai sayap kanan parti untuk kebaikan perjuangan bukan untuk peribadi semata-mata.

Keadaan ini hanya jadi berbeza apabila budaya mengampu dan membodek serta sifat rendah diri kepimpinan menjadi nyata, di mana Ketua Pemuda mesti ikut cara Presiden; kalau tidak akan ada di kalangan Pemuda itu akan menjatuhkan ketua tersebut.

Saya sendiri merasakan budaya itu menhimpit saya apabila sebahagian kecil pembaca saya menuduh saya sebagai alat pembangkang kerana kritikan pedas saya terhadap kepimpinan.

Dalam parti sekarang ini, kita tidak boleh mengkritik dan kritikan itu dianggap jenayah dan tidak sayangkan parti.

Bagi mereka kalau sayangkan parti mesti duduk diam dan ikut sahaja kehendak pemimpin walaupun mereka melakukan kesalahan.

Ahli-ahli seperti kita hanya diminta menjadi burung balam; mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.

Saya lalui keadaan ini sekarang dan ramai yang tidak mampu berhujjah akan memaki peribadi saya.

Saya tidak ambil pot kritikan yang tidak membawa faedah dan saya terus sahaja menulis mengikut asas yang dibenarkan untuk manusia yang mampu berfikir dan mengolah keadaan.

Salahnya KJ ialah kerana beliau cuba nak menaiki tangga kepimpinan terlalu cepat dan telah menyakitkan banyak pihak. Benda yang cepat naik kadangkala cepat turun.

“Kalau buat sesuatu yang sedap itu biarlah slow-slow supaya tahan lama,” kata seorang sahabat saya.

Dalam UMNO kita tidak boleh melonjak terlaju cepat; itu hakiki. Ibarat membuat tapai pulut; tapai tidak boleh dimakan sebelum masak. Untuk menunggu tapai masak memakan masa 2 setengah hari, baru manis dan berair. Bila dah berair baru sedap.

Tetapi KJ nak makan juga tapai sebelum masak; itu sebabnya dia rasa tak sedap kerana tapai itu belum masak dan belum berair.

Pandangan saya untuk KJ; Kalau nak naik biar berjinjang, kalau nak turun biar bertangga, duduk dahulu barulah berlunjur. Jangan berlunjur sebelum duduk, sakit buntut dibuatnya.

Kepada yang menentang KJ dalam barisan Exco itu pula, elok kita bertanya; selesaikah masalah Pemuda kalau KJ berhenti? Kita perlu ingat, seburuk-buruk seorang pemimpin itu dia ada pengikutnya; kalau tak banyak sedikit.

Yang akan menjatuhkan sesebuah pertubuhan itu bukannya perlu ramai untuk bertindak.

Kanser yang ada di payudara sebesar buah manggis yang kecil itu boleh mematikan seluruh tubuh. Kuman yang kecil mampu membawa maut kepada seseorang yang bertubuh besar.

Kepada adik-adik Pemuda warisan kita yang sudah berumur ini, kita meminta adik-adik berfikir dan terus berfikir.

Lihatlah ke dalam atau dalam kata-kata lain, introspeksilah perjuangan masing-masing, semoga bertaut kembali untuk kepentingan pergerakan itu.

Kalau dalam pengamatan adik-adik Pemuda itu merasakan KJ wajib berhenti, maka lakukanlah dengan bijaksana dan tertib yang membolehkan KJ berhenti dan meninggalkan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda tanpa consequence yang merbahaya kepada Pergerakan itu.

Kalau itu yang boleh menjadikan Pemuda kembali hidup seperti yang sepatutnya maka KJ wajib akur kepada kehendak yang ramai.....iaitu berhenti dan jadilah penyokong yang baik.

Bottom linenya, Pemuda mesti kembali pulih daripada demam panas ini.


Sekian…………………………………………………..Aspan Alias

15 comments:

  1. Terima kasih kepada posting nasihat sdr. Namun kita sedia maklum bahawa, KJ adalah laibiliti umno, Macam mana KJ nak dengar pandangan dari golongan akar umbi, sebab beliau dibesar kan di lonjak dengan cara naik lif. Macam anak anak kita juga, kalau duduk dirumah dengan selesa tetiba balik kg rumah atuk nenek, aircond tak de, astro tak de, jalan becak, nyamuk banyak, maka nak ke si cucu duduk dengan aman tanpa memberontak?

    KJ kalau kau nak masuk PKR, DAP, PAS pun umno tak heran sikit pun.

    ReplyDelete
  2. KJ tu kan satu nogoghi dongan you bang.
    Kenapo pulak suruh dio boghonti?
    Coghito kambing dongan ayam tu best bang.
    Mat Hasan somo pomim[in kto kek Soghomban macam tulah bang.
    Sorang kambing sorang laie tu ayam.


    Sayo penjual tolo itik.

    ReplyDelete
  3. Actually. KJ is too umMalay to lead Pemuda UMNO. He is just not the material to be a Malay leader. That's it.


    Bahari

    ReplyDelete
  4. KJ is the only UMNO leader that understands the middleground demographic that is populated by most urban yout and students. thats why he is playing a moderate/liberal. But at heart we know how much of a pro malay he is, question is, does BN want to win the middleground and new votes? UMNo is just to scred of something new.

    ReplyDelete
  5. Pandai Sdra bagi nasihat. Baguslah tu !!

    Saya ingat KJ jadi KP Umno tak ada berkat. Jika tak berkat akhirnya tak kemana. Perjuangan KOSONG!!

    Eloklah berundur je. Selesai masaalah. Adakan pemilihan semula yang transparent.

    -bujang-

    ReplyDelete
  6. Tak faham lah parti umno ni. Tak habis berbalah sama sendiri. Barbarians at the gate, maseh tak sedar lagi.
    Kalah pru nanti.

    Dulu masa pak lah PM, saya tak suka KJ sertai politik. Tapi sekarang pak mertua tak pm lagi, ok lah, dan kj menang, fair and square. Tak kan tak habis2 nak attack dia lagi.
    Beri lah dia ruang sikit. I think this young man has ideas, and he is intelligent and he can help bring about the much needed change to Umno if it wants to stay relevant.
    Amacam?

    BangK

    ReplyDelete
  7. Bang

    KJ si ompotih bontot hitam mana faham perumpamaan pakai tapai.

    Baik guna perumpamaan yang dirabo dan gosok sampai basah baru sedia di guno.

    Itu haji khairy faham.

    ReplyDelete
  8. Salam Sdr Aspan,

    Pandangan dan nasihat sdr begitu bernas dan bijak sekali,perlu diberi perhatian dan dijadikan panduan olih semua yg berkenaan.Sebenarnya keadaan didalam Umno,khususnya Pemuda, amat rumit,celaru dan lemah,tidak memadai dengan sekadar nasihat yg lunak dan bijaksana,tetapi ianya memerlukan tindakan yg radikal,berani dan tegas yg berpaksikan kepada teras perjuangan yg ikhlas, jujor dan murni.

    Memang benar kita memerlukan ahli ahli yg berani bersuara dan lantang membuat teguran dan kritikan kerana dengan cara itu lah kita akan dapat maklumbalas dari semua peringkat untuk pemimpin mengambil tindakan positif yg sewajarnya.Kritikan yg dibuat secara berdepan dan berhemah akan menghasilkan perbincangan yg sihat dan mungkin mencambahkan buah fikiran yg lebih bernas yg bolih dikongsi bersama.Tapi nampaknya sekarang ini budaya ampu dan bodek membuat para pemimpin menjadi ultra sensitif kepada sebarang tegoran dan pandangan yg agak kritikal.Justeru itu maka lahirlah sindron bisu dikalangan ahli ahli UMNO hari ini yg menyebabkan ianya nampak layu kaku dan tak bermaya,tidak seperti pada zaman Dato Harun Idris dan Shuhaimi Kamaruddin menjadi Ketua Pemuda dulu.Sekarang ini apa yg tok ketua cakap semuanya anggok,tak kiralah perkara itu lari dari prinsip perjuangan dan merugikan bangsa sendiri.Yg pentingnya ,bagi mereka ini,kedudokan dan kepentingan diri sendiri selamat dan terjamin.

    Balik kepada kes KJ,ianya tidak ada pilihan selain daripada berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain jika mahu melihat perubahan yg akan menjurus kepada pengukuhan dan keberkesanan Pergerakan Pemuda yg mampu menyumbang kearah kemenangan didalam PRU 13 nanti.KJ,walaupun bijak,berkelulusan dan ada karisma tetapi,pada masa ini, beliau mempunyai terlampau banyak persepsi yg negatif yg dikaitkan dengan pentadbiran Negara dan pengurusan Parti UMNO pada zaman Pak Lah dulu.Hatta , beliau dikatakan penyebab utama kepada segala masalah yg berlaku dalam negara dan UMNO hari ini.Kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda dulu pun dikatakan kerana rasuah,kemenangan yg tidak bermaruah.Ringkasnya, KJ menjadi beban yg akan membawa banyak keburokan daripada kebaikan kepada UMNO,khususnya Pemuda.

    Demi untuk kebaikan Gerakan Pemuda dan UMNO keselurohannya elok sangatlah KJ melepaskan jawatan dan berundur buat sementara.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  9. KJ, hang memang membawa masalah, tetapi depa pun pembawa masalah. Sama-sama pembawa masalah, maka ini lah jadinya UMNO.
    Permainan politik yg didalangi oleh org lain yg menyebebkan hang diminta berhenti. Dulu hang duk mainkan banyak org, sampai yg layak bertanding hang mainkan senarai calun dan hang bagi kroni hang bertanding.
    Sekarang dengan kroni-kroni hang tak mampu mempertahankan hang.

    KJ, padan lu punya muka.

    pemuda berang, Penang.

    ReplyDelete
  10. Assamualaikum Pan, lama saya nak jenguk blog kamu...mmm memang rindu cerita ayam jantan dan kambing dari kau...zaman sekarang ni orang dah tak reti nak 'berpolitik secara bijaksana' macam orang orang dulu...kesalahan mereka kerana tak mahu nak belajar dari orang yang ada pengelaman.macam kau cakap nak makan tapai belum masak...

    ReplyDelete
  11. Sebagai Ahli Jawatankuasa (Exco) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yang diikat oleh sumpah menyimpan rahsia, saya tidak akan menceritakan kronologi atau butiran perkara yang disebutkan oleh rakan-rakan Exco. Bagaimanapun saya rasa bertanggungjawab untuk memberi pandangan peribadi dan mengulas aspek tertentu bagi meredakan keadaan.


    Pertamanya, saya dapati laporan mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat Exco kelmarin tidak begitu tepat. Fakta yang diberikan tidak tepat. Tidak ada olahan dan butiran terperinci mengenai apa yang berlaku; bermaksud majoriti Exco berpegang kepada etika dan sumpah yang dilafaz.


    Malangnya, bagi menjawab semula isu ini, ada blog yang mendedahkan sedikit perincian tentang apa yang berlaku. Tindakan ini tidak wajar kerana apa yang berlaku dalam mesyuarat mesti disimpan sebagai rahsia pergerakan.


    Keduanya, setiap Exco yang dipilih oleh perwakilan mempunyai tanggungjawab terhadap perwakilan yang mengundi mereka. Saya sendiri mempunyai tanggungjawab terhadap 404 orang perwakilan yang mengundi saya. Antara tanggungjawab yang penting adalah untuk memastikan pergerakan ini diperkukuhkan dan melaksanakan peranan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ia termasuk menegur dan memberi pendangan terhadap pemimpin, Pemuda dan bukan Pemuda.

    baca lagi di - http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/isu-desakan-kj-letak-jawatan.html

    ReplyDelete
  12. Kalau lagak macam kambing dalam kandang rimau, ibarat kono makan la. Dah dilantik ketuo dalam proses undian,dan memang ado yang kalah, kono terimo la. Habis tu, kono la kojo samo-samo dengan ketuo, ni tak habis-habis main politik membunuh. Harap KJ kasi pancung je geng-geng macam ni atau dio akan kono pancung. Kalau geng-geng ni teror, diorang dah boleh kalah kan KJ dah dalam undian dulu, tak kiro la cam mano caro pun..yo tak? Sekarang tak pueh hati main tikam belakang yo, so orang cam ni pun tak boleh pakai jugak la.

    BILLYTHEKID

    ReplyDelete
  13. Pada pandangan saya selaku akar umbi..
    Kemenangan KJ semasa pemilihan adalah sah. Yang menjadikanya pertikaian adalah Jawatankuasa Disiplin.Merekalah penyebabnya.

    Walaupun dengan berundurnya KJ sebagai Ketua Pemuda , Akan selesaikah masaalah yang melanda? Siapakah yang wajar menerajui KP/ Apakah pemimpin yang ada sekarang..Sama sahaja tak ada lebih dan kurangnya..Inilah akibatnya apabila kita memandang kepada titik hitam pada kain yang puteh..Semua orang menyatakan KJ menjadi liabiliti kepada UMNO..Selaku akar umbi saya tak nampak.. akan tetapi tidak ada kah kebaikan yang dilakukan untuk UMNO?

    Kepada EXCO Pemuda, jagalah tatatertib..anda semua pun sama juga ..Pada hemat saya kalau tak suka sekalipun, pemilihan akan datang turunkan lah dia melalui pemilihan. Biarkanlah perwakilan yang menjadi penentu. Pada saya suara exco tak layak untuk merejam beliau keluar. Yang mengundi beliau bukan barisan exco sahaja. Walaupun peruntukan akta ada, gunakanlah jika bersesuaian..Kalau setakat tak berjaya menjatuhkan dalam pemilihan dan nak jatukan beliau melalui suara dua tiga kerat
    malulah sikit pada diri sendiri..

    Carilah jalan macamana nak memperkasakan lagi perjuangan PEMUDA dan bukannya memperkosa..

    BUAT APA YANG PERLU KITA BUAT...DAN JANGAN IKUT APA YANG ORANG LAIN BUAT..

    ReplyDelete
  14. KJ ada penyokong??...emmm...kalau ada pun penyokong yg dok tunggu project. Penyokong yg nak ambil jalan mudah untuk jadi kaya. Kalau KJ jatuh, rasa2nya habis semua penyokong dia cabut lari tak cukup tanah. Sepatutnya, dgn penyokong2 sekali dihambat keluar dr UMNO. Sapa yg sokong KJ adalah org yg makan rasuah. UMNO tak memerlukan manusia spesis ini.

    ReplyDelete
  15. kj ni ibarat kambing jantan yang terlepas
    talinya.
    dulu bila pak mentua ado jadi pm-wahduh di tampak hebat.

    kelepek ini ,itu mana ada bolih capai ,
    kelepek ajo

    tulah akhirnya -semua pojek lingkup.
    stadium runtuh, bikin masjid tompat taado jamaah, stesen bas runtuh.
    Tengoklah sikit hari bank libra capital pun akan lingkup bila
    gomen tok jib tak support dio.

    kj ni celako besar, belajar kat oxfort street u tapi perangai macam
    belajar aprentis dengan universiti jalanan david
    copperfield belajo -untuk menyangak
    harto rakyat,

    bangsat nogori -pariah sial

    akhirnya kita konolah panggil dia

    kj johonam- itu baru betul

    ReplyDelete