28 January 2010

Wang Ehsan boleh diterima, Royalty dituntut

Pada 26hb yang lalu 3 pemimpin Kelantan yang terdiri dari Mustapha Mohammad, Awang Adek Hussein dan Presiden Perkasa Datuk Paduka Ibrahim Ali telah berdiri sepentas diUniversity Sains Kubang Kerian.

Matlamat program ini diadakan ialah untuk memmpengaruhi rakyat Kelantan supaya memberikan tekanan kepada kerajaan negeri itu untuk menerima Wang Ehsan dari Kerajaan Pusat.

Saya difahamkan seramai 2000 orang telah hadzir dalam program tersebut. Mustapaha dan Awang Adek telah mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat telah menyediakan jumlah 20 juta ringgit bagi pembayaran permulaan itu.

Bagi saya Wang Ehsan ini datangnya dari Kerajaan Pusat dan saya tidak dapat memberikan cadangan untuk menerima atau menolaknya.

Sekali fikir elok juga diterima sebabnya wang ini datangnya dari Kerajaan Pusat, bukannya dari PETRONAS. Apa salahnya kalau diterima.

Tetapi yang penting sekarang ialah perjanjian diantara Kerajaan Kelantan dengan PETRONAS. Pada Mei 1975 dahulu.

Dalam perjanjian ‘Vesting Deed’ itu PETRONAS wajib membayar Wang Royalty dengan jumlah 5 peratus dari harga jualan minyak yang didapati dalam perairan Kelantan berdasarkan kepada harga FOB.

Tetapi untuk menerima Wang Ehsan sebagai ganti kepada Wang Royalty, memang satu tindakkan yang salah kerana membelakangkan kehendak rakyat Kelantan.

Hakikatnya perjanjian itu adalah perjanjian dengan rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka semasa itu, iaitu Kerajaan PAS dengan PETRONAS.

Kalau kerajaan pusat ingin sangat hendak memberi Wang Ehsan, terima sahajalah, sementara Kelantan berusaha untuk mendapatkan Wang Royalty sebagaimana dalam perjanjian 1975 itu.

Wang Royalty adalah hak rakyat Kelantan yang hakiki; masakan PETRONAS nak memungkiri perjanjian itu. Rakyat Kelantan telah menyerahkan harta mereka kepada PETRONAS dengan perjanjian dengan pembayaran Wang Royalty.

Kepada Ibrahim Ali, Mustapha Mohamad dan Awang Adek orang ramai mahukan mereka menggunakan pengaruh mereka untuk membantu rakyat Kelantan untuk mendapatkan Wang Royalty itu kerana mereka pemimpin rakyat Kelantan.

Jika 3 orang pemimpin ini tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak yang ada dalam perjanjian itu, saya mencadangkan supaya berhenti sahaja dari mewakili rakyat negeri itu.

Jika ketiga pemimpin ini berusaha untuk menidakkan pembayaran Wang Royalty itu bermakna mereka ini telah membelakangkan aspirasi rakyat Kelantan dan sekali gus boleh dianggap petualang kepada perjuangan rakyat Kelantan.

Kepada rakyat Kelantan saya percaya akan menyokong mana-mana pemimpin yang memperjuangkan hak mereka dan akan menolak mana-mana pemimpin yang bersokongkol dengan pemimpin pusat untuk menafikan hak mereka diKelantan.

Rakyat Kelantan telah terang-terang mahukan Wang Royalty sebagaimana yang termaktub didalam perjanjian ‘Vesting Deed’ pada Mei 1975 dahulu.

Baru sebentar tadi gabungan NGO-NGO telah selesai mengumpulkan seramai 60000 orang rakyat Kelantan diStadium Sultan Mohammad 1V, Kota Bharu untuk mempamerkan manifestasi rakyat Kelantan untuk mendesak PETRONAS menghormati perjanjian yang ditandatangani pada Mei 1975 dahulu.

Kalau kita tidak menghormati perjanjian, apa kah perkara yang lain yang kita mampu menghormatinya?

Bagaimana kah kita hendak mendapatkan pelaburan asing dan menggalakkan penanam modal untuk datang kenegara ini jika mereka tahu yang kita ini mampu untuk melanggar perjanjian dengan begitu ketara?

Tokoh yang menandatangani perjanjian itu iaitu YBM Tengku Razaleigh (TR)telah berdiri diatas pentas untuk memberikan penerangan tentang isu itu dengan terperinci tanpa prejidis dan yang penuh dengan ‘transparency’ serta bertanggung jawab.

TR tentu lebih faham kerana beliaulah yang diminta oleh Tun Razak untuk merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan PETRONAS guna untuk memberikan kenikmatan kepada rakyat.

Jika negeri Kelantan diberikan Wang Ehsan dari Kerajaan Pusat maka Wang Royalty pula mesti datang dari PETRONAS sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 dahulu.

Wang Ehsan bolehlah disalurkan kepada rakyat Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sementara Wang Royalty dibayar kepada Kerajaan Kelantan sebagaimana yang kita baca dalam 'Vesting Deed" yang dipersetujui diantara Kerajaan Negeri dan PETRONAS.

Wang Ehsan yang diberikan kepada JPP itu, bolehlah pemimpin UMNO gunakan untuk kepentingan politik mereka. Kalau nak buat biness peribadi bolehlah berurusan dengan JPP seperti yang sedang berlaku diTrengganu.

Tetapi wang dari PETRONAS yang dinamakan wang Royalty itu, wajib diselengara oleh kerajaan negeri sebagaimana dalam perjanjian 'Vesting' itu.

Sekian sahaja.


Sekian………………………………………………Aspan Alias

9 comments:

  1. Wonder why leaders at Federal are so much suffering from inferiority complex.
    If there exist an agreement to pay the ROYALTY, just pay and be honorable. If you disregard the agreement, than you must bear the consequence.
    Mustapah and Awang Ade, if I may ask, are you able to read a simple agreement? Why are you bluffing your own people?

    depressed teacher,
    Bachok.

    ReplyDelete
  2. Mustapa, Awang, Ibrahim, you're all muslims and you know what you're doing now is wrong.

    Repent before it's too late. Allah is watching.

    Jimbet

    ReplyDelete
  3. Apalah nak jadi pada pemimpin yg 3 ekor ni?

    Sebagai anak Kelantan mereka ini memalukan kami kerana menjadi pecacai orang KL yg tidak ada etika dan lemah pemikiran itu.

    mandela, rantau panjang.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya rasa elok lah Mustapha Mohamad dan Awang Adek menyertai Ibrahim Katak.

    Ibrahim Katak ni ditolak PAS. Juga ditolak Umno. Nama jer bebas tapi masih lagi menjilat buntot Umno.

    Mereka ini umpama lalang. Ikut arah angin. Kalau Kerajaan kata jangan bagi, mereka akan sokong walaupun perkara ini tidak menepati perjanjian antara Kelantan dengan Petronas.

    Mereka tidak berani mengata "tidak" kepada Kerjaan. Jadi terpaksalah mereka menipu rakyat Kelantan.

    Kalaulah Umno Kelantan masih dipegang oleh Mustapha, Awang Adek atau seorng lagi kaki sapu Kelantan yang kini bergelar Tan Sri, alamat kepunan la Umno untuk memerintah Kelantan semula.

    ReplyDelete
  5. Kami org Kelantan, bukan seperti orang ditempat lain yg mudah diperkotak katikkan oleh org KL.
    Kami mahukan WANG ROYALTY!!!!!

    zain machang.

    ReplyDelete
  6. Apa nak panjangkan cerita. Tak puas hati saman je lah PETRONAS. Tak payahlah nak main politik.

    Lagi satu, apa bendanya "Vesting Deed". Cuba cerita sikit. Kalau dah ada persetujuan antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS dan PETRONAS telah gagal mengkotakan perjanjian tersebut ambillah tindakan mahkamah.

    Tak payahlah nak cerita hal lain.

    -kaki sibuk-

    ReplyDelete
  7. buat apa lah mintak rakyat kelantan terima wang ehsan...mustapa n awang minta kelulusan dari pusat....rm20 juta...they are part of decision maker....lepas tu balik kelantan....2 orang ni juga hok terima...melalui kuasa mereka keatas jpp...demo jong mintak,demo jong lulus..lepas tu demo jong terima..demo jong belanja...mintak wat gapo kerajaan negeri suruh terima nya?...tak faham la sistem ...

    ReplyDelete
  8. Bodoh Stopa ni..bulih Wang Royalty nok mitiok Wang Ehse...Belawok!

    ReplyDelete
  9. Bro Aspan

    Tindakan pemimpin UMNO kelantan sejak dari tahun 1990 lagi tidak ada bezanya dengan tindakan Tokpa dan awang Adek. orang kelantan kata - politik budak kecik nak tipu orang dewasa.

    Sikap, mentaliti beginilah yang menyebabkan UMNO kelantan telah 20 tahun menjadi pembangkang dan selagi tidak berubah akan terus menjadi pembangkang.

    agaknya tokpa dan awang adek ni keliru kot tentang perjuangan politik mereka. Tokpa, awang adik dan barisan kepimpinan UMNo kelantan agaknya dalam PRU13 nanti semuanya akan bertanding diluar kelantan kot. Tokpa ingat parlimen jeli tu kat sabah kot. parlimen bachok yang akan ditandingi oleh awang adek tu berada di sarawak kot?

    mengikut teman, seorang kakitangan kerajaan persekutuan ayng diarah hadir pada perjumpaan itu, sebahagian besar yang hadir adalah kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir. Juga awal-awal lagi dimaklumkan bahawa hadirin hanya kena dengar sahaja ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut. tak boleh tanya soalan.

    Mengapa pimpinan UMNO kelantan menyokong sangat pemberian wang ehsan ini? Sudah menjadi pengetahuan umum dikalangan rakyat kelantan bahawa, sebagai mana dengan projek-projek persekutuan yang dibawa ke kelantan, projek pembangunan menggunakan wang ehsan ini akan dibahagi-bahagikan dikalangan mereka dan suku sakat mereka sahaja melalui jabanatn pembangunan persekutuan kelantan.

    Awang labor

    ReplyDelete