30 March 2010

Dengarnya Zaid Ibrahim calun Pakatan Rakyat.

Semalam saya membuat coretan tentang siapa yang akan mewakili BN dalam PRK Ulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Hari ini saya akan memberikan pandangan tentang isu siapa pula yang akan mewakili Pakatan Rakyat dan apa pula pertimbangan mereka dalam menentukan calun yang akan ditetapkan?

Bagi PKR mereka adalah parti pembangkang dan tugasnya ialah untuk membina barisan pembangkang yang kuat agar parti yang memerintah tidak akan dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang berlaku sekian lama.

Maka kali ini PKR dan gabunganya Pakatan Rakyat akan cuba untuk meminta pengundi Ulu Selangor memberikan mereka peluang untuk memberikan perimbangan dengan parti yang berkuasa.

Untuk matlamat itu PKR sedang berusaha untuk mencari calun yang boleh memperkuatkan pemikiran dan kehadziran PKR didalam siasah negara. PKR sedar ianya mesti menunjukkan perbezaan dengan BN.

Dengan perkembangan pemikiran masyarakat awam yang 'sophiscated' PKR berwajib untuk meletakkan calun yang mempunyai karaktor dan bersih dari imej rasuah dan elemen buruk yang berbagai.

Asas untuk meletakkan calun Melayu bagi PKR itu memang kuat dan jelas kerana Allahyarham Zainal adalah seorang Melayu dan telah pun menunjukkan bukti dengan kemenangan walau pun tipis.

Walaupun ada desas desus yang mengatakan Sivarasa sedang berusaha untuk meletakkan calun India untuk mewakili PKR, tetapi ini tidak akan memberikan impak besar untuk parti pembangkang ini.

Dikalangan pimpinan PKR kecenderungan untuk meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calun PKR yang boleh memberikan saingan yang baik kepada calun lawan.

Beliau mempunyai pengalaman sebagai pemimpin UMNO dan pernah menjadi Ahli Parlimen dan sedikit pengalaman mendudukki Jemaah Kabinet Persekutuan sebelum beliau meletakkan jawatan diatas perbezaan fahaman dalam urusan kementerian.

Sebagai yang saya katakan tadi sebagai parti pembangkang calun PKR perlukan kelebihan dari calun parti pemerintah supaya pengundi dapat pilihan yang baik untuk mewakili mereka diParlimen.

Zaid terbukti mampu untuk mengorbankan jawatan yang ‘glamorous’ semata-mata untuk mempertahankan prinsip yang beliau pegang. Ramai pemimpin dan menteri dalam kerajaan tidak mampu untuk meninggalkan jawatan walau tahu banyak yang berlaku dalam kerajaan yang yang tidak berpatutan.

Jika Zaid benar-benar ditawarkan untuk mewakili PKR ramai berpendapat beliau patut menerimanya. Ianya akan memberikan pilihan yang sebenarnya bagi pengundi-pengundi diUlu Selangor.

Setiap pengundi hanya perlu berfikir dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dengan baik. Yang penting berfikir sedalam-dalamnya dan undi siapa yang difikirkan sesuai dalam pemikiran masing-masing.

Jika Datuk Zaid menerima pencalunan parti PKR maka saingan kepada calun BN akan menjadi sengit apatah lagi PKR merupakan parti yang sudah memberi khidmat kepada kawasan itu.

Secara peribadi Datuk Zaid boleh diterima dengan senang oleh pengundi bukan Melayu dalam mana pengundi kaum Cina mempunyai 24 peratus dan kaum India mengandungi 19 peratus dan selebihnya adalah pengundi Melayu.

PAS juga mempunyai pengaruh yang agak meluas diUlu Selangor dan PKR dari orang Melayu pun agak jelas ternyata.

Bagi rakyat biasa apa yang mereka perlukan ialah perjalanan pilihanraya yang bakal diadakan berjalan dengan baik dan tersusun serta tidak membawa perbalahan yang bukan-bukan.

Saya yakin jika benarlah Datuk Zaid mewakili PR maka persaingan dalam perebutan kawasan Ulu Selangor kali ini akan menjadi satu PRK yang amat ‘interesting’.

BN pun sedang meneliti segala aspek nama-nama yang berpotensi untuk mewakili parti dalam PRK yang sangat penting ini.

Dalam pada kita mendapat pengesahan elok kita tidak membuat spekulasi yang liar supaya pilihanraya ini berjalan dalam keadaan ‘civility’ yang tinggi.


Sekian…………………………………….Aspan Alias

8 comments:

  1. Yes Datuk Zaid!

    Silalah datang ke ULU Selangor. Kami menunggu Datuk.

    Kami bangga jika Datuk calun kami. Kami perlukan orang tang berani dan sanggup berkorban.

    senior citizen

    ReplyDelete
  2. BN boleh menang disaluran 3 dan empat sahaja.

    PR akan menang saluran 1 dan 2.

    Tengoklah!

    ReplyDelete
  3. Bro Aspan,

    You know me but unfortunate that i am not in the voting list of U selangor. Mine is in Shah Alam.

    With full honesty Zaid is the best candidate.

    I know that for sure bro. I'll tell you why when we meet in 2 days time.

    Zul

    ReplyDelete
  4. Sdr Aspan,

    Zaid sememangnya calun yang terbaik bagi PR tetapi pengajaran di Bagan Pinang bilamana pengundi India berpaling kepada BN perlu dijadikan ikhtibar.

    Sebaiknya eloklah letak calun India. Alasan saya telah pun dijelaskan in my blog.

    ReplyDelete
  5. Col Roseli,

    Pandangan sdr saya hargai

    Situasi diBagan Pinang adalah situasi yg berbeza kerana sambutan pengundi terhadap TS Isa yg sangat baik.

    DiBagan Pinang TS Isa didukung oleh pengundi Melayu dan India.

    DiBagan Pinang pertandingan itu ialah pertandingan diantara TS Isa dan PR.

    Saya bukan ahli PKR, tetapi haya memberi pandangan sebagai pemerhati dari luar sahaja bro.

    Kita tidak ada pengaruh untuk menentukan siapa yg bertanding.

    Saya lama tak jumpa sdr, jika ada diKL silalah telipon saya..kita minum teh tarik.

    TK

    ReplyDelete
  6. Aspan,

    Are u for BN or PKR bro for Ulu Selangor PRK?

    Sounds you support PKR!

    Can u print and answer my curiosity?

    ReplyDelete
  7. jurugambar,

    I have checked my membership in UMNO, and it is still there.

    So far I have not seen how membership form of PKR looks like.

    In this particular article I was just scribbling my humble thoughts about the goings and the comings of political movement over there in Ulu Selangor as impartial as possible.

    You may think that I am supporting PKR and you are free to think so.

    This is a democratic country. As I have said many times I admit that saying something that may look 'unsporting' in always forbidden in UMNO. I would the be construed as hypocrite and other superlatives available in their vocab.

    To some, UMNO is much more superior than religion. If I were to commit sins religiously no one criticized me but not saying something that sounds even slightly against UMNO.

    Everyone is free to choose what they want to be in UMNO, but I always failed till today to be a parrot and I am certainly quite envious to many people who can do that parroting.

    Sometimes I blame myself for all those failures. BUT to start learning how to amuse party leaders is too late for me.

    Sdr jurugambar, If one reads by the line, I was just saying what the BN or the PKR leaders might think. That's all.

    AND please bro, I am no God to say what I am writing is right for everyone.

    UMNO or PKR are not religion. Bear that in mind.

    Thanks bro. I hope I have answered your question.

    But I must thank you a lot for asking question in a very nice and respectable mode.

    I appreciate your respect for individuals. You are indeed having high finesse bro.

    ReplyDelete
  8. Aspan,

    I'll be voting in Ulu Selangor this coming by election.

    Among my suku sakat and friends we can garnish quite a sizeable block.

    Can we negotiate?

    ZB

    ReplyDelete