Siapakah yang akan dipilih untuk menjadi calun BN diUlu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan dalam tempuh 60 hari selepas pemergian Allahyarham Zainal Abidin Ahmad?
Dengan semangat kerjasama dan permuafakatan dalam BN kawasan ini dimenangi oleh MIC sehinggalah BN dikalahkan oleh calun Pakatan Rakyat, Zainal Abidin Ahmad pada pilihanraya Umum yang lepas.
Kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat sedang mengadakan persediaan awal untuk menghadapi PRK ini dan sekarang berbagai-bagai andaian dan spekulasi didengari dari kedua-dua belah pihak.
Dipihak BN MIC sedang berusaha mempertahankan quota yang memperuntukkan kepada MIC diUlu Selangor untuk parti itu sejak sekian lama. Samy Velu telah pun membuat kenyataan yang MIClah yang akan meletakkan calun untuk mewakili BN dalam PRK ini.
Sesungguhnya BN sedang menhadapi delima untuk memanjangkan semangat kemuafakatan BN dengan meletakkan calum MIC yang dianggap susah untuk menang atau pun meletakkan calun dari mana-man parti yang difikirkan boleh merampas kembali kerusi itu dari PKR.
Jika diletakkan MIC siapa pula calunnya? Adakah Palanivel yang sudah begitu lama menjadi calun disana dan telah pun mengalami kekalahan dalam pilihanraya yang lepas? Jika diketepikan Palanivel siapa pula muka baru yang MIC hendak letakkan?
Sanggupkah Palanivel yang merupakan Timbalan Presiden MIC memberikan laluan kepada muka baru MIC? Ini semua menjadi masalah yang tidak kecil bagi BN.
Bagaimana pula dengan UMNO? Tidak ramai ahli UMNO dikawasan itu bersedia untuk memberikan kerjasama kerana diatas kertas MIC akan mengulangi kekalahan itu dan tidak ada apa gunanya membuang masa dan tenaga membantu calun dari MIC.
Kalau UMNO pula mengambil tempat MIC adakah itu tindakkan yang betul? Mahu kah kaum India memberikan sokongan kepada calun BN jika UMNO meletakkan calun bagi pihak BN?
Kita mesti ingat ikatan diantara parti-parti dalam BN bukan sekuat dahulu setelah mengalami pengalaman getir dadalam pilihanraya ke12 dahulu.
Kekalahan Palanivel adalah disebabkan penolakkan orang Melayu terhadap MIC dan buktinya nyata yang kerusi-kerusi DUN dalam kawasan parlimen itu kesemuanya dimenangi olh BN termasuk kerusi MCA diKuala Kubu Baru.
UMNO kini lebih cenderung untuk mengambil aleh quota ini kerana orang Melayu mempunyai komposisi penduduk sebayak 57 peratus diULU Selangor dan jika dibanci orang-orang Melayu Ulu Selangor kali ini mahukan calun Melayu untuk mewakili mereka.
Delima ini bertambah sulit apabila ada pihak-pihak yang mahukan bekas Naib Presiden Muhammad Taib untuk diletakkan sebagai calun. Mat Taib adalah anak jati Ulu Selangor yang telah banyak pengalaman mengendalikan pengundi-pengundi disana. Tetapi dalam UMNO sendiri mempertikaikan kenapa Muhammad Taib; tidak adakah orang lain?
Dari dulu hingga sekarang balek-balek dia sahaja seolah-olah Ulu Selangor tidak ada orang yang layak lagi. Lagi pula Muhammad Taib sudah tidak lagi hiraukan parti sejak beliau disisihkan oleh Najib dalam rombakkan kabinet hampir setahun yang lepas.
Sejak itu Mat Taib tidak pernah menyuakan muka didalam program-program dalam mana Najib hadzir kerana menunjukkan protes terhadap Najib yang menyingkirkannya.Barang diingat Najib adalah Pengerusi UMNO perhubungan Selangor.
UMNO Ulu Selangor seperti juga diperingkat pusat dan bahagian-bahagian yang lain selama ini telah tidak berdaya membina barisan kepimpinan yang baik, maka itulah sebabnya UMNO bermasalah dalam memilih pemimpin. Kesemua yang baik diketepikan dan tidak dihiraukan oleh parti dan kepimpinan.
Sekarang ramai yang dewasa masih ingat bagaimana anggkuhnya BN semasa ianya masih kuat; ingat ke tidak yang orang UMNO dan BN selalu berkata 25 tahun dahulu selalu berkata, jika UMNO bertanding letakkan tangkai cangkul atau selipar sebagai calun pun boleh menang.
Sekarang ini boleh kah kita berkata sebegitu angkuh dan sombong lagi? Jawapannya ada dalam diri kita masing-masing.
Dekarang apa pula yang kita dengar disebelah Pakatan Rakyat dalam PRK Ulu Selangor ini? Kita tunggu besok, ya besok…insyallah!
Sekian……………………………Aspan Alias
kami undi calun Melayu!
ReplyDeleteBila pulak anon 1837 pandai sokong Melayu?
ReplyDeleteUMNO sendiri serahkan segala-galanya kepada bangsa asing!
podaah Melayu!
Kalau pakatan letakkan Melayu kita undi Pakatan.
ReplyDeleteTapi Pakatan jangan letak calun biol macam Zulkifli Nordin atau Zaharin yang telah dibeli oleh JJ.
Zulkifli Nordin pernah dipecat oleh PAS.
Jangan pilih org macam dia tu.
Pilihlah yg berpelajaran dan yg sanggup mengambil risiko politik.
UMNO dah tak relevan lagi, jangan biarkan kami diUlu Selangor ditipu lagi.
Tolonglah. Pilih Pakatan. Senang.
amran tgmalim
UMNO nak letak Mat Taib? Nauzubillah.!
ReplyDeletehjaris
saya terasa sangat UMNO kian lemah diUlu Selangor.
ReplyDeletetetapi saya akan berusaha untuk menjayakan kempen jika UMNO menjadi calun BN
Itu janji saya.
RahimAhmad
Walaupun keluarga saya hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat saya tetap bersama BN tak kira calun tu India, Melayu atau Cina.
ReplyDeleteSaya tak pandai nak tukar-tukar parti.
Dolsaid
Kampong kami mempunyai 357 pemilih berdaftar. Lebih daripada 70 peratus anggota UMMO, tetapi kami sebulat suara akan sokong calon PKR (Melayu,) jika calon MIC diletakkan.
ReplyDeleteJiks BN letak calon kitar semula, kami akan bantu lawan untuk berkempen. Kampong kami 100 peratus sokong Allaharyam Dr. Zainal pada pilihanraya umum lepas kerana kami menentang calon MIC. Kami sayang BN tetapi kami lebih sayang Melayu.
Matt Piah.