24 March 2010

Kenapa Takut - Bukankah Perlembagaan ada?

Saya mengikuti perkembangan mutakhir tentang kehadiran PERKASA dalam senario politik tanah air.

Walaupun PERKASA itu sebuah NGO tetapi mahu tidak mahu kita mesti akui pemimpinnya adalah seorang ahli politik dan cara badan NGO ini bergerak saling tidak tumpah sebagai badan politik.

PERKASA membawa isu Melayu dan perjuangannya. PERKASA bergerak di atas landasan untuk menyedar ataupun menakutkan orang Melayu bahawa kuasa Melayu dalam semua bidang telah terhakis dan mengajak semua orang Melayu menyertai perjuangan PERKASA ini.

Saya menyertai pertubuhan ini dari awal lagi, kerana Ibrahim Ali memberitahu saya yang PERKASA diwujudkan untuk menyatukan mereka-mereka yang berpecah-belah tanpa mengira political affiliation masing-masing.

Tetapi apabila PERKASA sudah menjauhkan diri daripada perjuangan yang asalnya maka saya tidaklah menyambung niat saya untuk bergerak aktif di dalamnya dan saya pun tidak memandang serong atau mencerca apa-apa tindakan mereka di dalamnya.

TETAPI saya juga merasa terpanggil untuk memberikan pandangan sejujur yang saya mampu tentang isu PERKASA yang pada sesetengah pihak menjadi duri dalam daging kepada mereka.

Bagi saya PERKASA bebas untuk bertindak asalkan sahaja tidak lari dan menyanggah perlembagaan negara; dan saya pun tidak nampak ianya melakukan penyanggahan itu.

Apa yang saya khuatiri badan NGO ini tidak meneliti dengan terperinci premis perjuangannya.

Kewajaran PERKASA untuk mendapatkan sokongan orang Melayu itu pasti ada tetapi saya khuatir isu-isu yang dibangkitkan itu kadang-kadang boleh menjejaskan kredibiliti pemimpin dan pertubuhan itu sendiri.

Ibrahim Ali tidak lekang di mulut beliau mengkritik bangsa asing yang beliau katakan sedang mencoroboh Hak Keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam usaha beliau menarik perhatian ramai beliau telah membuat demonstrasi di Pulau Pinang dan membangkitkan isu Melayu yang dikatakan terpinggir seolah-olah artikel 153 Perlembagaan Persekutuan itu tidak diendahkan oleh pihak-pihajk yang berwajib.

Biarlah saya komen secara direct dan terus-terang. Saya hendak bertanya siapakah yang patut menjadi sasaran kritikan Ibrahim Ali? Adakah bangsa asing atau pemimpin Melayu kita sendiri?

Kenapakah Ibrahim dan PERKASAnya mensasarkan kritikan kepada bangsa asing jika pun benar orang Melayu terpinggir dalam semua bidang?

Saya berpendapat jika beliau benar-benar serius dalam perjuangan sasaran kritikan sepatutnya kepada pemimpin yang mengendalikan kerajaan yang diberikan tanggungjawab untuk memilihara artikel 153 itu.

Orang Melayu tidak sepatutnya takut kerana peruntukan itu memang ada dan orang Melayu adalah penduduk yang teramai di negara ini. Pemimpin yang terdahulu sudah menyediakan segala yang diperlukan sebagai peribumi, orang Melayu dan Bumiputra.

Tetapi oleh kerana kekurangan dan kelemahan pemimpin, banyak keputusan dan tindakan politik yang lemah maka banyak peruntukan yang diperuntukkan untuk orang Melayu dipecahkan oleh pemimpin kita sendiri.

Yang salah bukannya peruntukan itu sudah dibuang atau dipinda, tetapi pentadbiran kerajaanlah yang tidak dapat menjaga peruntukan perlembagaan itu.

Contohnya ITM yang sekarang dipanggil UiTM yang diasaskan oleh pimpinan dahulu khas untuk anak-anak Melayu dan Bumiputra mendapatkan pelajaran iktisas dan separa iktisas dan telah pun diterima baik oleh rakan bukan bumiputra telah dilonggarkan atas desakan politik pihak tertentu.

Sekarang ini jika kita pergi kelas persediaan (A-Level) untuk keluar negara yang sepatutnya hanya untuk bumiputra telah diberikan kelonggaran atas nama meritrocracy dan sekarang kelas-kelas tersebut diduduki oleh 70% bukan Bumiputra.

Ibrahim sebagai bekas siswa UiTM tidak pun membuat desakan atau memperingati pimpinan untuk kembali kepada asas asal UiTM itu ditubuhkan. Itu bukan salah sesiapa kerana peruntukan dalam perlembagaan itu masih ada tetapi PERKASA tidak faham dan menyalahkan bangsa asing pula.

Dalam contoh ini Ibrahim patut salahkan pemimpin kita kerana melakukan perkara-perkara yang melanggar peruntukan perlembagaan itu.

Contoh yang berlaku di UiTM ini hanyalah merupakan satu contoh yang kecil kerana jika kita tinjau dan perhalusi banyak lagi contoh-contoh yang menakutkan kita orang Melayu walaupun peruntukan sudah memang ada dalam perlembagaan negara kita.

Kenapa kita nak marah kepada orang bukan Melayu sedangkan yang melakukan kesilapan atau kesalahan ini adalah pemimpin kita sendiri?

Mungkin pemimpin kita melakukan ini semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik dari bangsa asing tetapi itulah hakikatnya yang peruntukan itu memang sedia ada dan kita tidak perlu takut.

Dalam isu pelajaran ini kita sendiri masih berdolak-dalik. Kita kononnya berhendakan hendak bersaing di atas meritokrasi tetapi apabila kalah dengan persaingan ini kita pula yang menjerit sedangkan kita sendiri yang menempah kekalahan itu.

Jika kerajaan yang memerintah ikut sahaja dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh perkara 153 itu kita tidak akan ketinggalan seperti yang kita alami sekarang.

Akhir sekali saya berpendapat yang orang Melayu sudah ada bentengnya iaitu bab 153 Perlembagaan Persekutuan dan janganlah pihak yang mentadbir negara lali dengan peruntukan ini.

Kepada PERKASA tidak payahlah hendak berdemonstrasi di jalanan kerana sasarannya hanyalah pihak kerajaan yang memerintah dan Perkasa patut berinteraksi dengan Perdana Menteri misalnya, bukan kepada Guan Eng.

Kalau ada kejujuran PERKASA dan pemimpinnya hadapilah pihak yang sedang berkuasa, kerana mereka sahaja yang boleh melaksanakan bab 153 itu itu dengan baik.

Jika masih lagi berdemonstrasi jalanan dan menaikkan semangat perkauman yang merbahaya ini, maka tidak salah pandangan setengah pihak yang PERKASA ini merupakan landasan untuk seseorang untuk mencari mileage politik peribadi semata-mata kerana hendak dipandang relevan oleh masyarakat politik negara.

Jika pemimpin kita tidak berani mengunakan kuasa sebagai yang diperuntukkan oleh perlembagaan maka teringat pula kita kepada perbilangan, ‘harapkan pagar, pagar yang makan padi’.



Sekian……………………………………………..Aspan Alias

24 comments:

  1. Yes...you are saying it now Aspan!

    Why must we go against other races while the Malay leaders themselves surrender their Malay rights to them.

    Dato Ibrahim must confront Najib...tapi saya tahu dia takut pula...kerana nak cari makan.

    Ibrahim...Ibrahim.....


    Daud hashim, KB.

    ReplyDelete
  2. Ibrahim Ali kami kenal. Kami orang Kelantan. Dia punya auta semua tahu. Hanya saya hairan kenapa org KL boleh dengar cakap dia. Dr Mahathir pun dengar cakap dia...hairan saya...


    AbeMat, Pasir Mas

    ReplyDelete
  3. Nama pertubuhan itu ialah PERKASA. Presidennya ialah Ibrahim Ali. Ahli2nya dipanggil PERKAKAS.

    Simple and straight forward bro.

    ReplyDelete
  4. sdr.pembaca,
    orang yang sedang lemas akan berpaut kepada apa2 sahaja yang dapat dicapai nya...walaupun benda yang dipegang nya itu adalah bangkai buaya....
    untung sabut timbul,untung batu tenggelam....nampak nya pasir mas mengharapkan untung batu timbul...
    -ni yang dikatakan cakap dahulu baru fikir...pengikut yang ramai lagi berpelajaran pun tidak boleh berfikir....untuk memberi idea yang bernas..

    -lebih kurang buat drama kerana tajuk bagus...tapi skrip belum siap dah mulakan penggambaran...
    jalan cerita pun melompat2 la...ikut kepala pengarah...

    wslm...pemerhati sekolah kg.attap.

    ReplyDelete
  5. salam,
    1- jika dilihat dari satu segi, memang perkasa dijuarai oleh orang politik.
    2- dilihat dari segi lain, perkasa juga dijuarai oleh ramai orang melayu yang sudah meluat dengan pelbagai perkara yang cukup kelihatan menghimpit bangsa melayu itu sendiri dari isu kecil hinggalah isu agama.
    3- dengan kata lain yg mudah, perkasa dijuarai oleh ramai pihak dengan pelbagai kepentingan.
    4- kesimpulan saya sebagai individu dlm hal berkaitan perkasa ini hanya satu iaitu jika perjalanan perkasa baik maka baiklah jadinya dan jika perjalanan perkasa buruk maka buruklah jadinya.
    5- mengapa perlu dirosakkan 10 perkara baik hanya kerana satu perkara buruk.
    6- saya secara peribadi menyokong perkasa kerana beranggapan bahawa tiada lagi ngo atau parti kaum melayu yg boleh membuat 'bising' seperti perkasa hgga mengejutkan bangsa lain yg ketika ini sedang enak menghentam bangsa melayu.
    7- saya bukan racist tetapi adakalanya terpaksa menjadi racist kerana desakan. saya percaya ada juga mereka di luar sana yg berfikiran berkaitan racist seperti saya.
    8- satu soalan daripada saya-siapa yang akan membela bangsa melayu kalau bukan bangsa melayu sendiri.ramai yg gagal menjawabnya hatta pemimpin melayu sekalipun kerana terikat dgn kepentingan diri.bagaimana dgn anda, adakah anda ada jawapannya, melihat apa yg berlaku kini saya yakin bukan melayu hanya tertawa melihat melayu bersengketa sesama sendiri.
    9- kerana itu pentingnya ada sebuah ngo/pertubuhan/parti yg keras dlm perbuatannya memperjuangkan nasib bangsa melayu kini.
    10- saya berpendapat, ketika ini, kita, bangsa melayu tidak banyak pilihan. kita tidak harus melihat individu dalam perkasa sbg mereka yg akan mengambil kesempatan sebaliknya lihat majoriti pejuang dlm perkasa, itu lebih penting kerana jika bercakap ttg politik, sampai bila pun tak habis.

    jika apa yg saya katakan silap, saya minta maaf, harap tiada pihak yg tersinggung. saya cuma sayangkan bangsa saya dan saya hanya satu TANAH MELAYU.terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Betul tu sdr Aspan,

    Semuanya telah diadakan oleh pimpinan kita dulu, tetapi yang mencabul hak org Melayu ialah pemimpin Melayu sendiri.

    Keistimewaan biasiswa yang hanya untuk Bumiputra telah dihapuskan. Ini bukan orang cina yang lakukan tetapi oleh kelemahan pimpinan Melayu sendiri.


    ahmadJantan

    ReplyDelete
  7. sdr.,
    semua orang sayangkan bangsa sendiri...
    mungkin nawaitu betul ..tapi kenapa tidak berani mennyoal orang2 yang berkuasa diperingkat pusat yang sepatut nya menjaga kepentingan melayu....yang termaktub dalam perlembagaan...
    -tidak salah menyalak bukit,sekurang2 nya harimau diatas dengar juga..yang silap nya menyalak ke bukit lain...
    -ini bukan soal individu..ini soal asas...identify masalah,siapa yang jadikan melayu bermasalah,siapa yang berkuasa menentukan hak melayu diadakan atau ditiadakan..
    adakah kerajaan negeri atau kerajaan pusat?
    soalan no.8 sdr.tu memang bijak...
    saudara adalah intelek melayu...cuma kenapa perkasa tidak ajukan soalan itu kepada umno parti melayu yang memerintah ...yang berkuasa...
    perkasa sudah berjaya sebagai champion untuk orang melayu dalam isu tersebut melebihi umno..tapi takut untuk menyoal umno..
    -semasa Tunku berjuang menuntut kemerdekaan dulu,pernah kita dengar beliau minta kemerdekaan dari belanda?
    -supaya kita semua faham dan jangan melenting tidak bertempat...
    selamat berjuang..tapi biar lah tahu saluran...sayangi bumi malaysia...untuk kita semua rakyat tidak kira bangsa dan agama..
    -Allah swt menjadikan manusia berpuak2 n bermacam kaum,supaya manusia mengenali antara satu sama lain...itulah 1MALAYSIA...tapi jangan hanya selogan sahaja...
    -terima kaseh...hanyalah pendapat dari saya sahaja..tidak setuju tidak apa...kita berbincang secara beradab..itulah sebaik2 nya..
    wassalam,..

    ReplyDelete
  8. Perkasa hanya menjadi alat pihak tertentu untuk nak pecahkan UMNOlah bro.

    Jika Ibrahim dilantik oleh Najib untuk memegang jawatan kerajaan nanti Perkasa akan mati.

    Mereka yg menyokong perkasa tak ubah menjadi alat untuk naikkan Ibrahim Ali, bukan untuk berjuang.

    ReplyDelete
  9. Salam Sdr Aspan,

    Ramai orang Melayu kini,termasuk juga ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi merasakan kedudukan dan kepentingan orang Melayu banyak terhakis dan cukup goyah.Sdr telah membayangkan perkara yg sama apabila mengatakan,"Contoh yg berlaku di UiTM ini hanyalah merupakan satu contoh yang kecil kerana jika kita tinjau dan perhalusi lagi contoh-contoh yang menakutkan kita orang Melayu walaupun peruntukan sudah memang ada dalam perlambagaan negara kita."Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi apabila kaum lain ternampak lebih berani dan garang serta terbuka bukan sahaja dalam mendesak dan menuntut hak samada dalam hal berkaitan bahasa,adat dan ekonomi tetapi juga cukup lantang mempersoal apa yg dikatakan"benteng"orang Melayu.

    Sebaleknya pula, kita dapati orang Melayu semakin hilang tempat pergantongan.Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya terlalu mengalah,rela memperdagangkan kepentingan orang Melayu demi untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum lain.Sedangkan pemimpin Pas pula dari dulu lagi sibuk menjaja syurga sehingga tidak mempeduli langsong soal kepentingan Melayu demi kepentingan politik dan kedudukan mereka.

    Dalam keadaan yg agak cemas dan meruncing ini kehadiran PERKASA ,bagi orang Melayu yg merasa tersempit ini, merupakan satu tenaga baru yg boleh diletakkan harapan bagi memperjuangkan hak dan kepentngan orang Melayu.Kita tahu orang Melayu sudah ada benteng tetapi ianya tidak bermakna apa- apa jika pemimpin kita lemah dan segera tunduk mengalah apabila berhadapan dengan sedikit tekanan dan desakan dari kaum lain.

    Justeru itu kita perlu bersatu dan mengeblingkan segala tenaga yg ada untuk memberi ransangan dan dorongan kepada pemimpin negara supaya lebih tegas dan komited dalam mempertahankan kepentingan orang Melaaayu.Soal siapa yg memimpin badan ini tidak begitu penting sekarang ini.Pada peringkat awal ini biarlah Dato'Ibrahim mengapalainya kerana kita tahu beliau bijak menggunakan isu bagi membangkitkan keinsafan dan kesedaran orang Melayu dan beliau juga mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menggerak pertubuhan semacam ini .Mungkin beliau mempunyai agenda dan rancangannya tersendiri tetapi apa yg pentingnya ialah,buat masa ini, kesedaran dan kebangkitan orang Melayu agar lebih peka dan perihatin terhadap kepentingan dan kesejahteraan bangsa sendiri.Kita harus ingat bahawa orang Melayu perlu sentiasa disedar dan digerakkan kerana "Melayu mudah lupa."

    Askar Tua

    ReplyDelete
  10. Apalah kau ni Askar Tua...

    Kat akhirat nanti tak di tanya engkau Melayu ke Jawa, Bugis atau Kampar tapi ditanya engkau Muslim kau kafir.

    Polis Muda

    ReplyDelete
  11. Askar Tua,

    Orang Melayu sepatutnya tidak takut kerana kita ada tempat bergantung iaitu perlembagaan negara kita.

    Bak kata orang kita ada tempat hendak bersandar.

    Masalahnya tempat bersandar itu diambil alih oleh kaum lain diatas persetujuan pemimpin kita.

    Tidak guna kita memperketatkan perlembagaan untuk menjaga orang Melayu, sedangkan peruntukkan yg sudah sedia adakan tidak mampu untuk dijaga kerana politik.

    Lain-lain perkataan UMNO dan pemimpimpinnya lah yang bertanggung jawab yang menjadikan keadaan seperti ini.

    Dr Mahathir pernah meminta kita orang Melayu membuang 'tongkat'dan berjalan tanpa tongkat.

    Kalau pun kita tidak mahu pakai tongkat kita mest simpan tongkat itu baik-baik. Satu hari nanti tongkat itu berguna.

    TKasih Askar Tua kerana sdr berbeza dengan saya kadangkala tetapi dalam bahasa yang sangat beradat, dan saya suka membaca komen saudara berulang kali.

    TKasih.

    ReplyDelete
  12. salam, tak usahlah kita tulis pnjang2 sbb nya mudah ianya kerana kegagalan umno dan pemimpin melayu mmperjuangkan nasib orang2 melayu dasar ekonomi, dasar pelajaran semuanya telah hancus dulu asn yg diujudkan olih pnb untuk menaikan ekonomi orang melayu tapi kini bukan lagi kepentingan pnb biasiswa jpa pun dah hancus apa umno buat apa pemimpin melayu buat ..kah..kah..kah

    ReplyDelete
  13. saudara aspan,
    saudara tidak seharusnya mengundurkan diri apabila melihat perjuangan perkasa agak menyimpang. saudara seharusnya menegur sahabat saudara, ibrahim ali supaya berjuang di atas landasan yang benar, dan bukannya seperti orang mabuk membawa kereta, padahal jalan lurus dikatakan bengkang bengkok.

    saya melihat ibrahim agak terlalu ghairah kerana baru mendapat satu platform untuk beliau meneruskan perjuangan setelah menjadi ahli parlimen bebas.

    ibrahim tidak tahu bahawa bendahari pkr, william leong telahpun menghantar emel ke seluruh negara cuba mempengaruhi orang ramai agar menyokong bosnya, anwar ibrahim. layari malaysia aktif.com kerana seorang hamba allah telah berusaha menjawab emel si william ini.

    saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa perkasa tidak boleh menyalahkan kaum bukan bumiputera kerana pemimpin negara yang terdahulu yang 'membuka pintu' kepada mereka atas dasar 'keterbukaan' dan 'ketelusan'. tengok sekarang apa dah jadi?

    ReplyDelete
  14. Bro Aspan,

    I am amused and smile sheepishly reading comments by askar tua and the likes. berahim Ali still hasnt lost this midas touch to hookwink people, just like in gud old days of ITM.

    I kinda like what anon 18:54:00 GMT+08:00
    wrote above, but let me change abit.

    Pertubuhan : PERKASA Pengerusi : PELOMPAT/PENG-AUTA Ahli : PERKAKAS Perjuangan : POLITIK PENGERUSI

    bat8

    ReplyDelete
  15. airman_1 dan kaca permata,

    Saya sukacita yg saudara berdua faham yang membuat org Melayu rasa terpinggir ialah kerana pemimpin kita sendiri kerana politik lemah dgn menyerahkan apa yg org Melayu sedia ada.

    Itu sebab saya sarankan supaya PERKASA timbulkan salah sikap pemimpin kita.

    Peruntukkan menjaga kepentingan kita ada tetapi kerajaan sendiri yang membocorkan pagar yang menjaga kita.

    Yang sengara akhirnya org Melayu. Bila Melayu marah mereka akan tuduh pembangkang yg salah. Mereka tidak pernah salah!

    ReplyDelete
  16. bat8,

    Suka aya membaca komen sdr. Saya suka bukan kerana apa; kerana nampaknya sdr kenal pengerusi PERKASA ini nampaknya.

    Salam bro. Thnx for visiting me.

    ReplyDelete
  17. Soalannya sdra Aspan ialah tak habis-habis bangsa lain membangkitkan bab 153. Mereka menghina orang Melayu kerana berpaut kepada bab 153. Inilah yang menjadi orang Melayu marah.

    Takkan sdra tak tahu tentang penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu atau sdra sengaja elakkan isu sebenar. Berapa banyak blog-blog yang terdapat dalam internet mengeji dan menghina orang Melayu memperkecil dan mempersoalkan bab 153. Terimalah hakikat ini sdra Aspan.

    Perjuangan PERKASA patut dipuji. Syabas, Ibrahim Ali.Satu iniatif yang suci dan murni untuk menjaga maruah orang Melayu supaya jangan dikotak katik. Tak usah kita nak malu dan berselindung lagi memperjuangkan hak orang Melayu.

    Suara sumbang dari bangsa lain tidak boleh kita kata "TAK PA" !!!
    Enough is enough !!

    There is no such thing as to gain political mileage at this juncture.

    Sometimes I just wonder where you stand. At least Ibrahim Ali has the guts to stand firm to show his displeasure over this serious matter.I am just wondering your sincerity in writing this article of yours. There is an element of "cemburu". I maybe wrong. But that is what I strongly feel. What a pity!!Or you just want to be different for the sake of diverting attention from the main issue by continuing blaming the government.

    Mr Curious

    ReplyDelete
  18. Aspan.

    Betul ke yang dikatakan oleh Mr Curious yang you cemburu dengan Ibrahim Ali? he..he..he..

    Jawab sekali bro.


    daud othman.

    ReplyDelete
  19. Sdr ku daud othman,

    Sebenarnya saya tidak berminat nak jawab Mr Curious ini. Tapi dah sdr tanya tu saya jawablah sikit-sikit.

    Apa yang nak saya cemburukan dengan Ibrahim? Pertamanya saya sahabat dia dan mengenalinya sangat rapat puluhan tahun dari yang bertanya itu. Keduanya saya tidak mahu nak menjadi seperti beliau...apa nak dicemburukan!

    Yang saya katakan dalam tulisan saya hanyalah nak memperingatkan Perkasa yang sebahagian besar kesalahan datangnya dari kita dan pimpinan kita yang menyebabkan bangsa asing tidak hormat lagi kepada kita.

    Kalau dahulu mereka tak berani nak mengataka kita, kenapa sekarang mereka berani?

    Mesti ada sebabnya kenapa bangsa asing tak segan dan tak silu membelasah kita.

    Kalau kita masih ingat Dr Mahathir membidas bangsanya sendiri secara terbuka dihadapan bangsa asing diatas nama nak memperbaikki orang Melayu.

    Mungkin tindakkan beliau itu beliau ingat betul. Tapi bagi saya itu adalah permulaan bangsa asing mngata kita dan mereka tak boleh dipersalahkan.

    Kalau pemimpin Melayu sendiri tidak hormat kepada bangsanya mengapa pula mereka mesti hormat kepada kita?

    Itu sahaja yang saya maksudkan. Tetapi kalau Mr Curious nak kata saya cemburu, biarkan sahajalah.

    Mungkin Mr Curious ada sifat itu dan beliau sangka saya sama seperti beliau... tak apalah tu..saya tak kisah.

    Jadi sdr daud othman, setakat itu sajalah saya nak jawab kerana saya hormat kepada sdr.

    ReplyDelete
  20. Thank you for posting my comment. Anyway,that is my honest view. You may not be feeling comfortable what I said but sincerely I don't have any personal malice against you. You may disagree with me. Its alright.

    Mr Curious

    ReplyDelete
  21. sdr aspan, saya mengenali sdr walau pun tidak rapat. saya kenali sdr sebagai seorang yg berani berkata sesuatu dan saya tahu sdr tidak pernah gagal untuk bercakap pasal melayu.
    tetapi sdr, saya rasa keadaan sekarang mmang tidak boleh diperbaiki lagi kerana tiada siapa yang ingin berkorban untuk bangsanya dan mempertahankan bangsa-bangsa yg hidup dalam negara ini.
    hanya saya nampak tengku razaleigh yg boleh tetapi beliau dihambat dan disekat habis-habisan oleh pemimpin2 yg berkuasa dan ghairah ini.
    hanya berserah kepada tuhan sahaja yg boleh kita lakukan.
    saya sendiri sudah menjangkau 60 tahun dan tidak lagi mempunyai kepandaian untuk melakukan sesuatu.
    tetapi saya tidak pernah berhenti berdoa dan berdoa. walau bagaimana pun saya berpesan kepada anak-anak dan kawan-kawan yg masih bertenaga untuk melakukan kebaikkan untuk bangsa kita.
    seperti sdr juga, semasa dalam hidup bekerja saya sentiasa bekerja untuk meningkatkan org melayu melalui agensi kerajaan yang saya bekerja.
    tetapi sekarang ini semangat itu sudah lama hilang dan saya kecewa.
    yang saya dengar hanyalah gegaran ucapan yg hebat-hebat untuk menjaga melayu tetapi itu semua merupakan menanam tebu dibibir sahaja.
    ini merupakan komen saya yg pertama dan saya harap sdr jagalah diri baik-baik. jagalah kesihatan dengan baik. jangan takut berkata yg benar.


    dtk kbn

    ReplyDelete
  22. perlembagaan 153, menjamin hak melayu??... hmm saya tak tahu pasal perlembagaan.. yang saya tahu, negara ini ada undang2, setiap yang bersalah perlu dibuktikan kesalahannya.. Let say perlembagaan 153 ini membela orang melayu, tapi tidak dipergunakan sebaik mungkin, maka perlu dibuktikan bahawa pemimpin itu bersalah kerana mengabaikan prinsip 153 tersebut.. kita semudahnya berkata itu salah, ini betul... tapi tanpa bukti, sukar untuk mempertahankan HAK... jadi prinsip 153 itu telah digadaikan oleh orang yang sepatutnya menjaga prinsip tersebut.. Ada bukti???.. setahu saya, bukti telah dikeluarkan... ini mendatangkan huru hara kepada pihak yang mamperkudakan prinsip ini.. jadi untuk mengelakkan benda2 ini bocor dikalangan rakyat ramai, di momokkan parti bergolak... setahu saya, sekarang semua parti bergolak... kerana prinsip ini dilanggar oleh semua parti yang ada didalam Malaysia... telah "dilacurkan" oleh parti2 politik melayu sendiri.. untuk perut kroni2 mereka.. jangan salah faham.. kroni termasuk bukan melayu.. semua asas pengetahuan disekat dari umat melayu.. supaya boleh terus diperkosakan oleh mereka2 ini...


    ...adioss....

    ReplyDelete
  23. kalau lah kaum bukan melayu membantai melayu dlm blog dan sebagai nya,sepatut nya pemimpin melayu terutama dari parti umno yang memerintah sepatut nya menjawab persoalan tersebut secara berdepan...kerana mereka kata umno mewakili bumiputra..ini tidak biarkan perkara ini berlarutan kerana takutkan parti komponen dalam barisan nasional terasa hati...takut hilang undi...
    bila sudah tidak terkawal...baru lah minta orang2 seperti ibrahim ali untuk memukul dari luar....
    -dulu ibrahim dibuang dari ketua bahagian macam lempar kucing ikut pintu jendela...siapa punya kerja...?semua orang tahu siapa...
    sepatut nya ibrahim bantai kedua2 pihak..pemerintah yang tidak mempertahan kan hak orang2 melayu bumiputra dan juga bantai pihak yang mempertikaikan hak tersebut...
    -ibrahim juga sepatut nya memasukkan dalam agenda perkasa untuk mempertingkat ekonomi kaum lain yang ramai juga maseh miskin...walaupun mereka ini cina atau india tapi mereka bukan kroni mca atau mic...mereka hanyalah rakyat marhaen macam juga kaum bumiptra yang ketinggalan dalam bidang pelajaran/ekonomi...segelintir melayu yang kaya raya dan ramai lagi yang maseh ketinggalan..begitu juga maseh ada kaum lain yang kehidupan juga dhaif..
    -apa salah nya perjuangkan agenda untuk mempertingkatkan ekonomi /pelajaran semua rakyat malaysia tanpa mengira kaum...
    makmur nya malaysia bila pendapatan per kapita tinggi dan dgn sendiri nya akan ada keharmonian ...
    -pemimpin melayu juga yang menjadikan robert kuok ,ananda krishnan,dll.menjadi kayaraya...
    -mengapa tidak terfikir oleh pemerintah untuk memperuntukkan 30% untuk bumiputra dan 20% untuk bukan bumiputra misal nya saham maxis dan astro melaui pnb dan unit trust khas untuk bukan bumiputra yang dhaif.....supaya rakyat bawahan dapat menikmati kekayaan negara dari apa sahaja perniagaan yang berkembang pesat di malaysia..
    jikalau pihak kerajaan menjaga kepentingan semua,keharmonian rakyat tidak akan tergugat..tiada kata mengata antara satu sama lain..
    -sudah menjadi semacam satu concept yang diterima umum bahawa pemimpin melayu jaga melayu,pemimpin cina jaga cina dan pemimpin india jaga india.....semua pemimpin2 tersebut berada dalam satu komponen parti iaitu bn...
    CUMA KITA TIADA PEMIMPIN YANG "MISKIN TAPI KAYA PRINSIP"UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN ORANG MISKIN TANPA MENGIRA KAUM..
    -apa yang berlaku sekarang disebabkan kesilapan semua peminmpin yang memerintah tanpa mengira dari kaum mana pemimpin itu.
    tk..

    ReplyDelete
  24. Bro Aspan Alias, It's the same for every race. Every race feels that they their RIGHTS are being trampled on or they are losing out.
    Believe it or not, all of them are RIGHT.
    The IMPORTANT QUESTION is "Why does all the Malaysians feel that way ? Mind you, it's not only the Malays, Chinese, and Indians feels it. We forgot the other races,Eurasian, Sikhs, Kadazans, Ibans and etc.....

    Heck, even the legal and illegal immigrants feels that they are mistreated and abuse. Why so ???

    Who is responsible for the state we are in ?

    All Malaysians should seriously think about it.

    ReplyDelete