Sah, jawatan Presiden MCA akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru dianatara penyandang Ong Tee Kiat, Ong Ka Ting dan Dr Chua Soi Lek.
Liow Tiong Lai akan bertanding kerusi no 2 dengan Dato Seri Kong Cho Ha akan merebut jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan oleh Dr Chua Soi Lek.
Dengan pengesahan ketiga-tiga calon President dan 2 calon Timbalan Presiden itu dengan sendirinya akan menyaksikan satu pemilihan yang paling sengit dalam sejarah parti itu.
Jika pertandingan ini boleh membawa penyelesaian kepada kemelut kepimpinan MCA, maka ianya akan mampu membawa impak yang baik kepada BN dan akan menyaksikan MCA kembali dalam keharmonian diantara ahli-ahli dan pimpinan bagi menjayakan program kepartian MCA.
Tetapi itu hanya boleh berlaku jika tujuan untuk bertanding dan menawarkan diri untuk bertanding itu bagi mencari kepimpinan yang berserasian untuk parti dan matlamatnya, ianya merupan satu perkara yang baik.
Tetapi jika pertandingan itu untuk tujuan selain dari itu, maka MCA tidak akan mencapai hasrat untuk melakukan perubahan yang sepatutnya berlaku.
Saya mengikuti beberapa orang rakan untuk mendekati beberapa orang perwakilan diantara 2378 orang itu untuk mengetahui serta cuba untuk menyelami isu-isu yang berbangkit hinggakan pertandingan ini tidak dapat dielakkan.
Sebelum Ong Ka Ting ‘menjerumuskan’ diri dalam kancah pergeseran ini, politiking diantara kepimpinan ini berlegar disekitar isu yang agak peribadi diantara pucuk kepimpinan.
Dr Chua Soi Lek yang tidak berpuas hati kerana ada pihak dikalangan MCA yang berusaha membunuh karier politiknya dengan isu pita rakaman seksnya yang tersebar luas.
Soi Lek yang telah menyusun asas untuk menaikki tangga kepimpinan semasa beliau menjadi Menteri Kabinet Persekutuan telah menghadapi ‘circumvention’ terhadap cita-citanya untuk melonjakkan diri beliau untuk menjadi Presiden kepada parti itu.
Walaupun tekanan terhadap beliau begitu hebat tetapi beliau tetap mampu mengalahkan Ong Ka Chuan sebagai Timbalam Presiden parti itu walau pun Ong Ka Chuan di sokong sepenuhnya oleh Ong Tee Kiat dalam pertandingan sengit itu.
Dari pagi ini orang ramai dihidangkan oleh beberapa laman blog yang mengatakan politik wang sudah bermula dan ini perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib terutamanya SPRM.
Jika politik wang menghantui pemilihan ini maka usaha beberapa orang pemimpin untuk membawa pembaharuan kepada MCA sudah pasti tidak akan mencapai penyelesaiannya.
MCA akan mendapat pemimpin yang keliru kerana mereka sendiri tidak akan tahu samada mereka mendapat sokongan kerana kepimpinan mereka atau kerana wang yang digunakan untuk membeli undi-undi itu.
Pertandingan kali ini sudah pasti satu pertandingan yang sengit.
Isu-isu yang berbagai telah pun berselerak dihadapan perwakilan EGM ini. Ka Ting dikatakan masuk gelanggang kembali kerana ingin menutup banyak cerita lama yang telah dilakukan oleh Liong Sik, Kpng Choi dan lain-lain, termasuklah Ka Ting sendiri.
Ong Tee Kiat disamping menghadapi tekanan dari Chua Soi Lek, beliau juga mendapat tekanan untuk menutupi isu-isu seperti isu rasuah PKFZ yang melibatkan 12 billion ringgit, malahan diatas nama membawa pembaharuan Ong Tee Kiat berjanji untuk kepengadilan dan pengetahuan orang ramai semua yang teribat dalam isu PKRZ ini.
Dalam perhimpunan Agung MCA yang hanya dihadziri oleh hanya 603 perwakilan 3 minggu yang lepas Ong Tee Kiat telah memohon maaf kerana telah menjolok sarang tebuan dengan membangkitkan isu PKFZ dan banyak lagi isu yang tidak diambil tindakkan sebelum ini.
Pada pandangan ramai pemerhati pertandingan kali ini ialah diantara pihak yang ingin membongkar segala gejala rasuah yang besar dengan pihak yang takut dengan pembongkaran ini kerana ianya melibatkan ramai pemimpin besar yang sudah bersara yang hidup tidak tenang dengan kesalahan rasuah itu..
Banyak nama-nama yang sudah bersara disebut seperti Ling Liong Sik, Chan Kong Choy dan ramai yang lain disebut-sebut dalam kempen sengit ini. Malah dikalangan mereka ramai yang hairan kenapa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir membisu seribu bahasa dalam isu MCA ini kerana beliau merupakan PM semasa itu.
Tidak kurang juga yang menyebut Pak Lah yang katanya telah dikelirukan oleh Menteri dari MCA seperti Chan Kong Choi dan yang lain-lain. Samada benar atau tidak isu yang dibangkitkan itu tidaklah kita katuhui; hanya yang terlibat sahajalah yang tahu.
Pihak Ong Tee Kiat percaya jika PKFZ ini tidak diselesaikan dengan secepat yang mungkin maka MCA akanterus menerus kehilangan kepercayaan rakyat seperti yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu hinggakan banyak kerusi MCA jatuh ketangan pembangkang.
“Melindungi kerja-kerja kotor pemimpin baik dalam MCA atau UMNO selama inilah yang menyebabkan BN hampir jatuh. Sekarang kita sudah terlalu banyak isu dan tidak boleh ditutup lagi jika kita masih mahu disokong oleh rakyat.” Kata salah seorang yang saya temui beberapa hari yang lalu.
“Or else, let us just support the opposition this time around” sambungnya lagi.
Pendeknya dalam pertandingan ini, isu moral adalah isu yang hangat diperkatakan dikalangan penyokong-penyokong kumpulan yang bertanding.
Kalau tidak masalah rasuah seperti isu PKFZ ini, kenapa Ka Ting menyertai pertandingan ini sedangkan pegawai-pegawai parti yang menang akan hanya memegang jawatan setahun sahaja sebelum pemilihan sebenarnya diadakan pada tahun hadapan.
“I support Tee Kiat as I am so sympathetic with him. His weight has gone down because of the pressure he takes to unveil the PKFZ issue” kata seorang perwakilan yang hanya dipanggil dengan nama cindy.
“Kita tidak boleh biarkan rasuah kembali seperti zaman Ling Lion Sik dan Ong Ka Ting. Jika Ka Ting menang bermakna rasuah akan kembali subur” kata seorang lagi perwakilan.
Dalam sehari dua lagi kita boleh sedikit sebanyak dapat menelah pihak yang mana akan mendapat mandat perwakilan
Apa pun keputusannya MCA tidak akan lagi sama seperti MCA dahulu kala. Rasuah memanglah penyebab segala kekusutan senario mana-mana politik dimana-mana negara.
Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan sesiapa.
Sekian………………………………………Aspan Alias
corruption? UMNO MCA MIC GERAKKAN....sama saja beb.
ReplyDeletePakatan Rakyat dibelasah kerana ramai rakyat sokong.
PR buruk???? Buruk lagi BN, PR Rasuah? gila lagi rasuah dalam BN.
Bayangkan 1 billion hanya untuk selamatkan seorang anak Mahathir, Mirzan! Itu bary seorang anak.
Anak pemimpin lain macam mana?
Akhirnya duit rakyat hanya digunakan untuk selamatkan anak Mahathir dengan anak-anak pemimpin lain.
Marah pula bila dikutuk rakyat. Jahannam!
S, Sufian
depa pemimpin ni dok ingat kita boleh lupa kah dengan apa yg tak baik mereka lakukan.
ReplyDeleteSaya ingat mahathir menggunakan lebih 1 billion wang petronas untuk selamatkan Mirzan yang bodoh berniaga tu.
Pasai anak Mahathir dia boleh gunakan duit rakyat. Apa depa ingat wang ini wang mak bapak depa?
Bila orang kata kat dia dia berang pulak. Pengikutnya akan puji dia lagi.
Semua ama. Ling Liong Sik ka, Kong Choy ka< Ka Ting ka semua sama.
Kalau nak buat benda yg betui org itu akan dimaki. Betui-betui depa ni penyamun!
Mahathir, Liong Sik, Ka Ting, Chan Kong Choi memang tak boleh pakai.
WALHASIL BALEK ASAL! Kita semua mampuih bayar hutang depa.
othman, Jerlun
satu lagi bukti rasuah adalah musuh utama didunia ini.
ReplyDeleteibrahimkoyan
Tun Daim, Tun Mahathir and Ling Liong Sik and other Tuns....sama saja.
ReplyDeleteAll ada title. Nanti Ka Ting akan dapat Tun juga.
Kong Choi tak ada pula Tun sedangkan mereka sama saja......
KK Leong
Aspan, I was in a teksi from Bangsar to PJ Hilton. The teksi driver said, "kita boleh makan, tapi jgn makan semualah!"
ReplyDeleteThis is how people on the street look at the government. Sickening!
Bro, Najib is involved in MCA disquieting affairs.Please believe me.
ReplyDeleteHe pretends not to be involved but his invisible hands are playing active role.
All are conspiring to cover each other. Np one in BN is straight.
the corrupt old farts are eagerly waiting for Ka Ting to win.
ReplyDeleteLetting Tee Kiat winning means their corrupt practices will be in the open.
Can anyone come up with cumulative corruption figures in MCA and UMNO?
ReplyDelete15 billion? 20 billion? or more?
din ghouse
They are just nuts. No need to bother so much. Lantak depa lah!!
ReplyDeletepi mai, pi mai tang tu !!
nak habaq kat din ghouse yer aspan.. kasi tau sama dia, hang kira projek GLC dari zaman UMNO baru dulu sampai la ni... baper billion nilai projek tu, hang bahagi 2... itu la duit rakyat yang kena sapu dengan kroni2... banyak ooo... beberapa ratus billion bro...
ReplyDeleteinfo ni, masa aku keje ngan satu GLC dulu, sebelum bos dia tendang aku, dia kata, dari zaman UMNO baru dia dah start bunuh kontraktor melayu kelas A...
Aku kata, kalau bocor sapa tanggung? Kata dia UMNO la.. dia peduli apa.. dia orang PAS..
...adioss....