18 March 2010

Lain yang menjolok, lain pula yang menyambut buahnya

Keadaan semakin panas. MCA sedang bergelut dengan kempen yang tidak beretika dalam kempen pemilihan parti pada 28hb Mac ini.

Chua Soi Lek telah tampil di hadapan media mengadui bahawa kumpulan Ong Ka Ting telah menghantar teks pesanan ringkas (SMS) kepada para perwakilan yang mengatakan bahawa bekas Presiden MCA itu kembali menawarkan diri untuk jawatan Presiden atas kehendak Dato' Seri Najib.

Jika benar perkara ini berlaku ianya merupakan satu tindakan yang tidak beretika kerana menggunakan serta menjual nama DS Najib untuk mendapatkan sokongan daripada perwakilan.

Tindakan menjual nama Pengerusi BN itu untuk memenangi pertandingan dalam parti yang bergelombang ini menampakkan situasi yang parti itu sudah tidak berkemampuan lagi untuk bersatu.

Jika benar DS Najib mempunyai preference beliau sendiri dalam kepimpinan MCA, saya berpendapat beliau tidak akan melakukan usaha yang sia-sia itu lebih-lebih lagi dalam keadaan parti yang sudah terumbang-ambing itu.

Jika kehadiran Ka Ting pada asalnya ialah untuk menyatukan ahli-ahli dan para pemimpinnya, dengan timbulnya isu yang tidak semenggah ini Ka Ting sudah menjadi unsur yang lebih membelahkan dan bukannya menyatukan parti yang sudah sedia terbelah itu.

Sebelah petang tadi beberapa rakan saya yang menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Khas MCA telah memberitahu saya bahawa Dr Chua Soi Leklah yang bertanggungjawab dalam mengakibatkan EGM terpaksa diadakan dan sekarang beliau pula yang lantang dengan kembalinya Ka Ting untuk mengambil alih kepimpinan MCA.

Baru sekarang Soi Lek sedar bahawa usaha yang meletihkan beliau menjolok buah di pokok, Ka Ting pula yang datang untuk menyambut buah-buah itu.

Soi Lek meletakkan jawatan bersama ahli-ahli CC yang lain ialah untuk membolehkan beliau menandingi Ong Tee Kiat tetapi ada pula pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menjadi juara (Ka Ting).

Apa yang akan berlaku seterusnya hanya MCA sahaja yang boleh menentukannya. Sebagai ahli kepada komponen BN kita hanya mampu berharap agar MCA kembali pulih seperti sediakala.

Perlukah Soi Lek kembali menyertai kem Ong Tee Kiat untuk menghindari Ka Ting daripada mengambil kesempatan? Soi Lek sahajalah yang boleh menjawabnya.

Kepada Soi Lek saya berharap beliau mendapat pelajaran daripada tindakan beliau sendiri dan perlu ingat akan satu hakikat; siapa yang menjolok buah, orang lain yang akan menyambutnya.


Sekian…………………………………………….Aspan Alias

8 comments:

  1. Baik suruh Ling liong Sik bertanding je?

    Takde muka baru ke? Takkan la orang Cina kekurangan pemimpin? Ayoyo

    ReplyDelete
  2. House PK,
    Orang cina banyak pemimpin muda...tapi kalau pilh yng muda nanti dah jadi macam azeez rahim atau kj pulak!!!

    apam belah

    ReplyDelete
  3. biarkan aje apa jadi kepada MCA. Bukan ada beza pun dengan DAP.

    DAP hanya jadi mangasa momokkan BN. Itu saja

    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  4. serupa tikus membaiki labu la... tak pe.. kita cari labu baru... hehehe.. CSL amacam u punya tuan penasihat, apa dia cakap? Isk ..isk.. isk.. 20%..20%...

    ...adioss...

    ReplyDelete
  5. pergeseran dikalangan pemimpin seperti yg berlaku dlam MCA bukan kah fenomena yang biasa?

    Jatuh bangunnya sesebuah pertubuhan biasa berlaku.

    Tuan selalu mengingati org ramai yg UMNO juga sudah pun mati.

    Yg ada hari ini ialah UMNO (Baru). Kali ini biar;aj mereka tubuh MCA (Baru)


    usup.

    ReplyDelete
  6. Sebagai ahli kepada komponen BN kita hanya mampu berharap agar MCA kembali pulih seperti sediakala.

    komen:

    Sdra ni ahli komponen BN ke?

    Masih lagi bersama UMNO ke?

    Kalau masih lagi bersama UMNO, syukur alhamdullillah !!!

    Bersatulah demi untuk orang Melayu.

    Saya tahu sdra bijak orangnya!! Jangan sia-siakan UMNO. UMNO perlukan sdra.

    UMNO dulu, kini dan selamanya .....!! Itulah harapan saya. Kita mesti terima hakikat bahawa UMNOlah harapan kita. Saya belum ada keyakinan dengan parti alternatif yang boleh memperjuangkan orang Melayu. Walau pun UMNO ada banyak kelemahannya, tapi UMNO masih ada harapan untuk balik kepangkal jalan!!

    PKR dan PAS tidak ada hala tuju kemana mereka nak bawa orang Melayu. Saya masih meragui tentang dasar perjuangan mereka.
    Semuanya HP6!!!

    Salam bahagia !!!

    ReplyDelete
  7. Apa yang tinggal pada BN lagi? tiada apa.

    MCA, Gerakkan< PPP,MIC- sudah hancur berderai!

    UMNO?-apa yang tinggal lagi? Hanya kuasa pinjaman yang disalah guna oleh pemimpinnya!

    Najib dan Muhyiddin macam mana? Mereka hanya jadi pemimpin-pemimpin yang tidak mengerti perjuangan partinya!

    Itulah! dulu sombong-sombong. Bayar sana, bayar sini. Beli Zaharain beli yg lain-lain.

    Sampai bila? UMNO kena buat 'replanting"- tanam semula. Potong semua barisan pimpinan yang tidak mendatangkan hasil ini.

    Bagikan kepimpinan pada org lain...itu sajalah formulanya

    abu ubaidah

    ReplyDelete
  8. Benar tu !! PKR memang HP6! Yang saya nampak akhirnya PKR ini akan dipimpin oleh golongan "ular senduk" dalam bakul dibawa kesana-sini untuk pertunjukan ditepi jalan. Habis pertunjukan bakul yang ada ular senduk didalamnya akan dibawa ketempat lain dan akan dijaja untuk menarik penonton yang mulutnya tercopong melihat gaya ular senduk menari di iringi dengan lagu bunyian seruling bambu yang didendangkan oleh Anwar Ibrahim. Itulah yang boleh diibaratkan parti PKR.

    ReplyDelete