20 March 2010

Panadol hilangkan sakit - tak mampu sembuhkan penyakit

Kekusutan politik tanah air masa kini tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir. Ramai di antara rakyat sudah menjadi keliru, entah mana yang betul dan entah mana yang salah.

Dalam usaha masing-masing, parti-parti dalam BN sendiri begitu berkecamuk dan segala usaha untuk membendungnya tidak ada apa-apa-apa kesannya.

Oleh kerana begitu banyak kesilapan yang dilakukan oleh kita, maka pembangkang mengambil kesempatan sehinggakan kini parti-parti pembangkang sudah menjadi benar-benar parti pilihan jika UMNO dan sekutunya dalam BN tidak mendapatkan formula yang terbaik bagi penyelesaiannya.

Apa yang dilakukan UMNO sekarang hanyalah mentadbir sentimen-sentimen yang timbul di kalangan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya tetapi masih tidak lagi mampu untuk mewujudkan perancangan baru yang boleh membina semula keyakinan rakyat.

Buat masa ini setiap rakyat menampakkan apprehension yang begitu jelas untuk memberikan keyakinan sepenuhnya terhadap pimpinan.

Nyata slogan semata-mata tidak dapat membina semangat perpaduan yang jitu malah dengan pengenalan slogan ianya hanyalah usaha untuk menampal yang koyak dan menyambung yang putus dan kejayaannya tidak berkekalan.

Akhirnya nanti slogan yang diwarwarkan dengan begitu hebat oleh media kerajaan itu akan memakan diri sendiri.

Yang terpenting ialah uasaha yang organic bagi membina usaha yang dipaparkan melalui slogan itu benar-benar dirasai oleh rakyat teramai.

Program seperti Juara Rakyat, Semarak dan apa-apa juga kegiatan seperti ini bukan lagi cara yang diterima rakyat kerana yang dihasratkan oleh mereka ialah untuk merasai nikmat kehidupan yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

Rakyat bukannya perlukan batang tubuh pemimpin untuk menghampiri mereka; yang mereka mahu ialah dasar yang betul serta pelaksanaan yang baik yang sepatutnya menghampiri mereka.

Mereka mahukan pegawai-pegawai pelaksana untuk menghampiri mereka supaya mereka boleh terus berurusan secara real di atas dasar-dasar yang digubal dan menikmati kebaikan daripada dasar yang dilaksanakan itu.

Sebelum itu kita terpaksa memastikan bahawa pelaksana itu tidak dikotori oleh rasuah dan salah guna kuasa. Tetapi masalahnya imej penggubal dasar itu sendiri dipersoalkan maka macam mana pelaksana mampu untuk menjadi pelaksana yang bersih dan diyakini tidak melakukan kecurangan.

Terlalu banyak masa dan wang ringgit telah dipergunakan untuk melaksanakan program mengumpulkan manusia seperti Juara Rakyat yang tidak memberi dan menambahkan kekuatan bagi kita untuk terus diyakini rakyat.

Kalau kita menuduh PR tidak mempunyai hala tuju perjuangan, kita mesti bertanya kepada diri kita sendiri, di mana pula hala tuju kita? Cakap kosong tidak lagi boleh membuatkan rakyat dekat dan menyokong kita.

Kepada orang-orang tua, mereka telah mempunyai anak-anak yang telah melihat realiti perkembangan dunia dan mereka lebih memilih untuk yakin kepada anak-anak mereka daripada pemimpin yang mereka temui dan bersalaman semasa Juara Rakyat itu.

Penyakit yang kita hadapi tidak boleh disembuhkan hanya dengan memakan panadol. Jika hari ini kita menghadapi sakit kepala kita makan panadol dan jika besok harinya kita merasa sakit telinga kita makan lagi panadol. Lusanya kita sakit pula dibahagian tengkok maka kita telan lagi panadol.

Memberikan panadol hanya menghilangkan sakit buat sementara sahaja kerana panadol itu ialah pain killer semata-mata.

Yang perlu kita ubati ialah penyakit bukannya sakit. Penyakitnya mungkin darah tinggi maka yang perlu kita usahakan ialah untuk menyembuhkan penyakit darah tinggi itu.

Selama ini kita hanya berusaha untuk menghilangkan sakit dengan memakan pain killer yang tidak berkesudahan dan akhirnya akan membunuh immune system tubuh kita.

Memberikan lembu pawah kepada orang kampong bukannya penyeleasian masalah politik UMNO.

Memberikan subsidi gigi tidak mampu memberikan UMNO kepastian untuk terus memerintah dan diyakini rakyat.

Membeli Ahli-Ahli Parlimen dari pembangkang tidak dapat menjamin kejayaan UMNO/BN untuk berjaya menghadapi PRU13, malah tindakan itu dibenci rakyat dan akan membersihkan pembangkang daripada pemimpin-pemimpin yang boleh ditimbang kati.

Memaksa rakyat Terengganu dan Kelantan untuk menerima Wang Ehsan dan menafikan Bayaran Royalti tidak boleh memjamin UMNO akan bertambah kuat.

Semuanya ini adalah ibarat memberi rakyat makan panadol yang tidak menyembuhkan penyakit yang saya sebutkan tadi. Immune System kita sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan penyakit timbul satu persatu tetapi kita masih memberikan prescription panadol lagi.

Inilah situasi yang dialami oleh UMNO dan apa sahaja yang dilakukan olehnya sudah tidak dapat meyakinkan rakyat sepenuhnya. Immune system UMNO sudah lemah. Sekarang ini panadol sudah tidak dapat menghilangkan sakit lagi.

Apa yang perlu ialah melakukan pembedahan dengan segera. Pembedahan ini perlu sebelum penyakit ini menjadi terminal dan boleh membawa maut.

Kita tidak boleh lagi leka dengan sindrom denial ini.



Sekian……………………………….Aspan Alias

4 comments:

  1. Parti UMNO ni perlukan pembaharuan, buat replanting habis-habisan.
    Tidak siapa boleh menyebut satu nama dikalangan MKT yang jika diberikan tugas membuat pembaruan itu boleh melaksanakannya.
    Kalau tidak diambil tindakkan maka habislah UMNO. Sayangnya!


    rumpunMelayu

    ReplyDelete
  2. Yes, UMNO shud do the replanting now!

    ReplyDelete
  3. hmm.. pemimpin umno mahukan perubahan? sayangnya, perubahan bermaksud pemimpin2 umno sekarang perlu diganti.Najib sendiri tidak dipandang bersih, bagaimana pula ahli2 yang lain? Tukar semua pemimpim sedia ada? Tak mungkin ada yang setuju.
    Berapa ramai yang telah di"rehat"kan dan diganti? Zero. Semua muka2 lama yang sepatutnya dah pencen. Muka2 baru yang ada,ibarat lalang, menyokong pembangkang senyap2 atau terang2an. Lupakan saja hasrat nak tengok umno berubah, melayu selalu lupa. hehehehe.... itukan pegangan umno.

    ...adioss... nasib baik aku tak pernah mengundi.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Aspan,

    UMNO terlalu biasa dan telah lama dengan pengambilan ubat panadol yg dilihat sebagai mujarab untuk pelbagai penyakit padahal ianya bukan ubat penyembuh tetapi penahan sakit sahaja.Lantaran itu UMNO kini berada didalam keadaan tenat dan serius.Semua orang tahu tentang hal ini tetapi tidak siapa tahu atau mampu untuk mengubatinya,selain daripada memberi komen,tegoran dan ramalan.

    Adalah agak mustahil untuk mengharapkan pemimpin UMNO yg ada sekarang untuk mengubatinya kerana mereka terlalu selesa dengan pengambilan panadol dan mereka sendiri adalah sebahagian daripada "immune system" yg telah rusak itu.Nampaknya tidak ada cara lain yg boleh mengubati UMNO melaikan dengan cara membiarkannya mati reput supaya dapat kita gantikannya dengan yg lain yg mempunyai jenama yg sama tetapi mempunyai semangat,tenaga dan daya pemikiran yg baru yg lebih dinamik,bersih dan berwibawa untuk meneruskan kesinambongan perjuangan UMNO sekarang.

    Askar Tua

    ReplyDelete