04 May 2010

Kerbau pun tidak ikut semua kehendak tuannya

Ayahanda saya meninggal dunia pada minggu kedua bulan January 1966 semasa kami tinggal diIpoh Perak.

Setelah meninggalnya ayah saya kami adik-beradik dibawa balik ke kampong diKuala Pilah untuk hidup sebagai seorang anak kampong dan menyara hidup secara orang kampong.

Olih kerana kami sudah tidak ada tempat bergantung ibu saya yang gigih itu menerima cabaran untuk bekerja tanpa mengenal penat dan lelah bagi membesarkan kami dan mengadakan segala keperluan kami untuk kesekolah dan sebagainya.

Saya adalah anak yang tua dan Kamarulzaman adalah yang bongsu. Diantara kami ada 4 lagi adik-beradik dan didikkan ibu kami untuk mempunyai perasaan asih mengasihi diantara adik-beradik tetap kami ungguli.

Dalam menharungi kehidupan yang susah itu ibu saya hanya meminta kami supaya bersatu adik-beradik dan sayangi juga bapa-bapa dan ibu-ibu saudara serta darah daging yang lain.

"Hidup sedikit miskin tidak mengapa tetapi jangan fakir dijiwa" pesan ibu saya setahun dua sebelum ibu meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Kami menyara hidup dengan bersawah yang ditinggalkan oleh almarhum datuk saya dan menambah sedikit pendapatan melalui jualan buah-buah seperti durian dan langsat apabila sampai musim buah-buahan.

Selain dari itu ibu saya membela seekor dua kerbau untuk dijual dihujung tahun untuk membiayai keperluan sekolah saya serta lima adik-adik saya yang sedang membesar semasa itu.

Selama tiga tahun ibu saya membela kerbau dan saya sebagai anak yang tualah yang diberikan tanggungjawab untuk membawa kerbau dari sawah tempat kerbau meragut rumput kedalam kawasan rumah yang telah kami tinggalkan sebegitu lama.

Setiap hari sebelum waktu magrib saya akan membawa kerbau-kerbau tersebut kedalam kawasan kampong dan menambat kerbau tersebut kepada tiang rumah yang telah kami kosongkan sejak tahun 1962 untuk tinggal ditempat yang baru yang tidak sampai pun 1 batu jauhnya dari rumah yang kosong itu.

Setelah unggun api dinyalakan saya berjalan balek kerumah yang tidak jauh dari situ.

Setiap kerbau itu akan dicucuk hidungnya dan diikat dengan rotan yang kita panggil kelikir oleh orang kampong saya.

Saya akan ikat tali kepada kelikir tersebut dan saya akan tarik kerbau itu sampai ke rumah kosong itu untuk diikat dan dipanaskan badannya dengan api yang dipasang dengan membakar unggun kayu yang telah kami sediakan.

Hampir setiap hari selama 3 tahun itu saya ditugaskan oleh ibu saya dengan tanggungjawab itu.

Rupa-rupanya ada juga pengalaman dan pelajaran dari tugasan yang kecil itu.

Selalunya kerbau itu akan mengikut sahaja tanpa membantah dan saya tidak payah menarik kerbau itu dan tali yang diikat kepada kelikir tadi kendur sahaja kerana kerbau tadi tahu kemana saya hendak membawanya dan jalan mana yang selalu saya ikuti.

Tetapi apabila saya cuba hendak membawanya mengikut jalan yang lain dari jalan yang selalu saya ikuti itu, kerbau tadi tidak mahu bergerak dan talinya menjadi terik dan saya terpaksa kembali mengikut jalan yang selalu saya tempuhi itu.

Moral ceritanya disini ialah; kenapa seseorang yang tidak ada kelikir dan tali pengikatnya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh ketua dan pimpinan walaupun tindakkan mereka membawa padah kepada orang ramai dan tidak boleh UNTUK TIDAK bersetuju?

Kerbau yang ada kelikir dan tali untuk mengelaknya kemana-mana itu pun tidak mahu mengikut semua kehendak tuannya jika dia tidak bersetuju.

Itu sahajalah untuk pagi ini. Maaf, sekadar untuk renungan semasa minum pagi sahaja.

Hidup semasa membesar dikampung dulu memang tidak dapat saya lupakan. Kehidupan itu memang tidak dialami oleh anak-anak dan generasi yang serba moden sekarang ini.

Kata perbilangan, "tempat jatuh lagikan dikenang, masakan lupa tempat bermain'


Sekian………………………………………..Aspan Alias

12 comments:

  1. Bro, banyak org teraalah! Nanti akan ramai datang layak you. Yang terasa tu lah yang paling kuat kritik u bro...heeee

    ReplyDelete
  2. Tak apa bro..walaupun pernah mengalami kesusahan, tetapi nampaknya u steady aje.

    ReplyDelete
  3. ikmal,

    steady atau sebaliknya hanya Tuhan sahajalah yang tahu.
    Yang saya tahu apa yang diberikan tuhan itu, itulah yang terbaik bagi kita.
    Terima sahajalah apa yang dianugerahkannya.

    You kat mana sekarang ini big bro?

    ReplyDelete
  4. Den nampak kau kek Pilah haghi minggu lopeh. Kalau balek kampung tu datang-datanglah kek bandar Pilah, minum teh!

    Dah putih boto ghambut kau bang. Tapi lobek ghambut tu laie nampak eh.

    DbK, tanjung.

    ReplyDelete
  5. Aspan, I appreciate yr admittance that you are a kampung boy. But there sum of bandar boys who think that they are more superior.

    You are a kampung boy, but you live a simple live with some bits of decorum and ethics.

    jamaluddin wahi

    ReplyDelete
  6. ala bang oii, kot ada ulaq ka apa ka kat depan tu... mampuih la kobau nak ikot.. dia lagi tera dari hang la bang oii... nak buat kejadah pi lalu tepi ulaq, nanti kena patuk.. hehehehe... baguih gak hang layan cerita len hari ni..

    ...adioss....

    ReplyDelete
  7. Tahniah kerana masih ingat dari mana anda datang.
    Ramai terutama di kalangan orang politik lupa asal usul mereka.
    Saya suka baca tulisan mu yang saling ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  8. Kobau Rombau takkan sama dengan kobau kek Pilah.

    ReplyDelete
  9. Bilo baco cerito kampung ..terbayaaanng yo kampung ku tercinta..
    never miss yr story mbong..!
    kalau ado cerito poei sawah, nobeh dll,,lagi terhibur..hal politik tu..yolah, oghang jamni..masuk politik ndak duit..bukan macam zaman aji kotit lu..!

    ReplyDelete
  10. Bang aspan. kito sekampong tapi se tak pasti samo ado cito bolo kobau tu boto ko tak. Se jugak kona semuo adik beradik abg dari faridah (nama sebenar pemdah), md hisham, fuad.. jugak ongah ahmad (aruah), ucu roslan dan lain-lain.
    Nak declare ni namo abang sebonar ialah ASPAN KANDIAS BUKAN ASPAN ALIAS. Tahniah masih ngaku org jelutong tapi pasal abang tak ngaku namo ayah sendiri?

    ReplyDelete
  11. ese ni pun orang kg jugak,
    ponah bolo kobau kek pilah, noreh gotah kek sungei dua, bersawah kek gontam dan ponah rabo ikan kek temuar tu.. sumo dah raso..

    tahun 60an dulu, api tak do lai , pakai pelito,berak pun kek bawah pokok durian, jamban gali.

    walaupun susah, hidup kais pagi makan pagi, tak ponah pulak raso kebulur, nak makan ayam semolih ayam kampung, nak makan ikan pasang tajo kek sungai, tak cukup duit boli boreh jual ayam atau hutang kek godong..tak kompleks duduk kat kampung sebonar nye.

    masalah bermula tahun 70an dulu, budak-budak Pilah dah pandai minum beer, kaki joget lambak, dah pandai hisap ganja dan upgrade ke heroin,Banyak yang tewas kerana dadah dan AIDS termasuklah kawan-kawan baik dulu.

    masih terkonang kek Kampung dulu, Kalau datang Pilah jangan lupo pekena cendol Pilah dan makan rojak Brahim.gerenti bes..

    Aspan, den tak faham cito kobau kau ni, apo yang tersiat dan tersuat.sapo pulak yang kau nak kenenkan kali ni.

    Orang Kampung

    ReplyDelete
  12. Aspan,

    Apa yg u tulis hari ini membawa nostigia lama kembali dalam ingatan.

    Semaso u sekolah kek ACS Seremban saya sekolah diBahau.

    Primary scool kek Batu Kikir kau kelas A sayo kelas B.

    Nantilah, kito cari kawan kawan lamo kito jumpo kek Pilah atau Seremban.

    Nanti den uruskan yo?


    din yunus.

    ReplyDelete