Pada hakikatnya masih adakah kerjasama diantara parti-parti dalam BN? Benarkah BN masih kukuh dan ‘invincible’ serta tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak?
Mampukah BN diterima rakyat berbilang kaum tanpa memberikan hadiah-hadiah dan sogokkan kewangan untuk memenangi sesuatu pilihanraya?
Mampukah BN khususnya UMNO mendapat tempat dihati rakyat kerana dasarnya yang disukai dan diterima sebagai dasar-dasar yang membina negara dalam erti kata pembangunan yang ‘legitimate’ yang selari dengan dasar pembentukkan BN yang ditunjangi oleh UMNO itu?
Hishammudin Husein semalam mengingatkan MCA supaya membuktikan yang parti itu masih relevan dan berguna kepada gagasan BN yang sudah berusia 36 tahun itu.
Sesungguhnya BN hanya lah terdiri dari UMNO dan MCA sahaja kerana kehilangan sokongan yang dialamai oleh Gerakkan dan kehilangan sokongan MIC dari kaum India sendiri.
Jika MCA sendiri sudah tidak mampu meraih sokongan kaum Cina maka BN itu hanya terdiri dari UMNO sahaja diSemenanjung ini dan parti-parti yang lain dalam BN hanya merupaka ‘parasite’ politik semata-mata.
Hakikatnya BN hanyalah nampak kehadziran dalam keadaan lebih baik diMalaysia Timur sahaja.
Konsep 1Malaysia tidak mampu mengembalikan sokongan rakyat berbilang kaum kepada BN kerana konsep 1Malaysia itu lebih ‘condusive’ dan terlaksana dipihak Pakatan Rakyat sahaja.
Konsep 1Malaysia sebenarnya memperkuatkan asas dan mengukuhkan perjuangan PR kerana elemen komposisi berbilang kaum yang wujud dalam Gagasan PR, terutamanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam UMNO pula ahli-ahlinya sedang dalam keadaan serba salah kerana terlalu banyak ‘kompromi’ dibuat diatas tuntutan dan kemahuan bangsa bukan Melayu.
Dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini orang Cina mendapat berbagai-bagai imbuhan, peneroka Sg Buaya mendapat balek sebahagian wang hak mereka (bukan Imbuhan), orang Melayu hanya dapat makan nasi lemak dengan isteri PM sahaja. Itu sahajalah layaknya untuk orang Melayu.
Jika dahulu kemudahan biasiswa dan derma siswa kebanyakkannya di berikan kepada orang Melayu dan Bumiputra, sekarang ini keadaan sudah berubah dengan nyata yang kemudahan kewangan untuk pembelajaran keperingkat tertinggi diluar negara dibolot oleh bukan Bumiputra.
Jika kita ke seksyen 17 Shah Alam kita jangan lupa untuk meninjau dipusat persediaan pelajar kita untuk keluar negara yang dikendalikan oleh UiTM.
Disana kita akan melihat perubahan jelas tentang apa yang saya sedang perkatakan ini.
Kalau dahulunya pusat kendalian UiTM itu didudukki oleh 100 peratus anak-anak Melayu dan Bumiputra dari Sabah dan Sarawak, sekarang kita akan melihat dengan jelas yang 70 peratus dari pelajarnya adalah dari anak-anak Bukan Bumiputra dan hampir keseluruhan tenaga pengajarnya adalah dari kaum Bumiputra.
Dimanakah suara Pemuda UMNO? Dimana Khairy Jamaludin? DAN yang lebih menyangsikan dimana Ibrahim Ali, selaku Presiden Perkasa dan bekas pelajar UiTM dan bekas Presiden KSITM yang beliau selalu bangga-bangakan itu.
Dimana yang lain-lain yang bergegar-gegar berucap kononnya mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra?
Ramai diantara rakyat terutamanya yang muda-muda ini, sudah lupa bagaimana Tun Razak terpaksa menghadapi tekanan dari seluruh dunia kerana mempertahankan usaha beliau mewujudkan sebuah institusi pelajaran tinggi khusus untuk orang Melayu dan Bumiputra bagi melatih anak-anak Melayu dalam bidang iktisas dan separa iktisas itu.
Jadi, dimanakah perjuangan yang dilaungkan selama ini, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah bertentangan dengan segala laungan-laungan yang menggegarkan bumi dan langit ini?
Sekian…………………………………………Aspan Alias
Menerima dan mengangguk dengan retorik pemimpin adalah makanan dan minuman orang Melayu.
ReplyDeleteBro, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Biarkan sajalah. Give uplah!!
Tuan,
ReplyDeleteSaya dah lama juga ikut tulisan tuan, tapi ni kali pertama nak komen sikit. Betul ke, 70%, di INTEC Shah Alam, tapi semua ditaja oleh JPA kot? Atau sebab kos nya tinggi, yang mampu sebenarnya bukan orang melayu.
Lagipun biasalah, kerajaan pimpinan PM Najib nak ambil hati rakyat lain, kerana dia yakin orang melayu memang sokong dia UMNO dan BN. Kalau tak takkan Kamal ala nathan menang kat HS.
Pagi ni MB Zam beri durt pada MCA untuk apa agaknya, nak menang hati rakyat perak la.
Agaknya dah puas dah bagi kat sedara mara, maka layak lah orang lain rasa. Tengok ajelah kat Sibu, untung mereka MP mereka mati cepat.
Bukan nya apa, saya tengok kita ni kalau tak baiki diri sendiri, asyik biar orang yang jadi ADUN/MP buat polisi, tak kemana kita.
Tapi ... yang baik ada, lagi baik kita nak ... dan ... yang tak baik tu bila kita cakap ... jangan marah.
Benar dibenar kan, salah disalahkan. Lagipun PM Najib kata, Masa KERAJAAN tahu semua dah berlalu.
A.Alshukor
d'enricher
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawati saya.
Betul kata sdr itu. Kesemuanya dalah tajaan JPA.
Disinilah yang saya maksudkan yang JPA lebih memberikan kepada orang bukan Melayu diatas nama 'meritocracy'.
Jika 'meritocracy' menjadi asas pemberian tajaan itu, maka tidak UMNO sudah tidak releven lagi sebab asas penubuhan parti itu sama-sama kita ketahui.
Kalau kita dada tongkat, dan jika kita tidak mahu memakainya, tongkat itu perlu disimpan.
Jangan dibuang kerana satu hari nanti tongkat itu...nanti kita nak gunakan bila perlu.
Thnx bro
Adinda Aspan,
ReplyDeleteUMNO sudah terbelit dari puncanya. Benang yg terbelit amat susah untuk dileraikan.
Saya tidak ada apa-apa pandangan lain dari menunggu saja UMNO tumbang walaupun saya tidak suka keadaan itu berlaku.
Tetapi apa lagi jalan yg ada untuk mempertahankan parti ini?
Sila sdr beritahu saya, mungkin kita boleh melakukannya mengikut kemampuan kami.
Dato SBS
apa yang sdr katakan itu semuanya benar. Tetapi kebenaran susah nak diterima sekarang ini.
ReplyDeletemereka tidak akan menjawab perbahasan sdr, malah mereka akan kritik peribadi sdr.
betul kata Dato SBS, UMNO tidak dapat diperbaikki lagi.
Itu hakikat, itu kenyataan dan itulah yg akan kita lihat berlaku.
Usaha sdr mungkin gagal dan saya tidak pulak menolak jika ada kejayaan.
ibrahim Embi. (formerly yr neighbor)
sdr bisa sangat,
ReplyDeletesaya mengaku yg saya adalah salah seorang yg menumpang nasi lemak diHulu Selangor.
Jadilah, yang lain tak dapat...dapat nasi lemak pun cukuplah bro.
sabri....
kedinginan terhadap umno itu dirasakan dimana-mana. Umno sudah jadi pati negara. Lama-lama nanti hilanglah ia. Sangat salahkan ibu yang mengandungi kita. Salahkan diri sendirilah!
ReplyDeletePak Lah was perceived to be sleeping PM.
ReplyDeleteIt's better to sleep rather than awake like Najib but dismantling everything for us the Bumis.
He is just an active actor like a hero in a Tamil film.
It was not easy for the Malays to leave UMNO but the insincere leaders made the Malays compelled to do so.
ReplyDeleteTell those UMNO leaders that we left the party not because we enjoy doing it.
UMNO have no more substance and in the first place they don't have legitimate leaders as from Dr M's time.
That's it.
johan
Bro Aspan,
ReplyDeleteMembaca komen-komen dari otai-otai diatas, membawa saya mengimbau kepada pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987.
2. Apakah kedudukan kita orang melayu lebih terjamin dan kemajuan negara kita akan setanding dengan korea selatan, taiwan, singapura sekiranya keputusan pertandingan tersebut adalah sebaliknya?....i.e Tengku razaleigh yang menang...
sekadar lamunan yang sudah terlewat!
bat8
But what choice do we have? PKR?.. PAS
ReplyDeleteId rather go for bebas..
Jika betul 70% itu berita yng mengejutkan bagi orang melayu seolah2 bukan BN yang ditunjangi oleh UMNO yang memerentah sekarang ini.
ReplyDeletePada pendapat saya UMNO sepatutnya meneruskan sahaja DEB dengan berani sebagaimana yang diperjuangkan oleh generasi pejuang dan pemimpin terdahulu samada disukai atau tidak oleh bukan melayu. Yang penting orang melayu menyokong dan suka pada UMNO. Jangan sampai orang melayu tidak suka pada UMNO itu akan jadi masalah. Dalam politik khasnya BN , kita perlukan kerjasama dan sokongan bukan melayu dalam memenangi pilihanraya tetapi kalau mereka tak sokong seperti P94 yang lepas janganlah kita terhegeh2 dan melebih2 dan berlumba2 hendak memujuk dan mengambil hati mereka sampai orang melayu yang setia dgn UMNO BN dan memberikan undi kepada mereka setiap PRU dan PRK terasa dan merajuk. Ini penting difikirkan kerana survival UMNO terletak atas sokongan orang melayu bukan yang lain. Jika UMNO jatuh mereka akan lari dan ketika itu sesalan sudah terlambat.
Kepada saudara Aspan munkin boleh mengaturkan perjumpaan bekas pemimpin2 melayu da UMNO seperti Ku Li, TDM. T.S. Musa , DSAI, TGNA, Hj Hadi, Pak Lah, Ungku Aziz dan lain2bijak pandai melayu . Ajak mereka melupakan sengketa politik dan renungkan bersama halatuju negara dan nasib anak cucu kita kerana mereka yang akan mengganti kita.
bat8,
ReplyDeletePandangan saudara merupakan impian ramai orang dan sdr kata ianya hanyalah lsekadar lamunan yang sudah terlewat untuk berlaku.
Memang betul pandangan sdr, tetapi jika Allah berkehendak untuk menyelamatkan bangsa Melayu yg berdaulat ini, ianya bukanlah satu isu yang terlewat untuk berlaku.
Kerja tuhan acapkali amat misteri, dan bukan satu perkara yg mistik jika ianya hendak berlaku.
Jangan salahkan UMNO. Salahkan Anwar Ibrahim. Dialah yang menhuru harakan perpaduan orang Melayu. Please, for heaven sake reflect deeply Sdra Aspan. The root cause of all this situation is none other than Anwar Ibrahim and probably you also play a part in instigating the Malays. Your writing speaks volume how you subtly criticize the UMNO leadership. Why do you continuously and openly criticise every single agenda initiated by BN. You tend to criticize all along but there is no input at all from you if you still claim to be UMNO member.What a pity!!Or your input probably not up to the mark which makes you feel small.
ReplyDeleteAnon 16.07,
ReplyDeletePandangan sdr sangat saya hayati, tetapi jangan lah saya pula untuk mengaturkan perjumpaan pemimpin2 besar seperti TR,Nik Aziz, TDM Tun Musa DSAI Haji Hadi dan sebagainya.
Saya tidak ada clout untuk melakukannya kerana saya bukan ada apa-apa premis untuk membawa mereka ke meja perundingan walaupun secara peribadi saya mengenali ramai diantara mereka.
Pandangan seperti ini pernah saya tulis dalam posting saya pada tahun lepas.
Saya percaya segala permasaalahan yg ada pada hari ini akan hanya boleh diperbaikki jika kita memulakan negara yang baru.
Saya pernah menulis. The nation should start anew".
Maksud saya kita mulakan negara baru dengan perundingan diantara pemimpin MelAYU dan bukan Melayu seperti apa yang dilakukan oleh Tunku A Rahman dan rakan-rakan dari bangsa asing semasa memulakan usaha untuk mencapai kemerdekaan dulu.
Saya pernah juga berjumpa dengan setidak-tidaknya 3 dari nama-nama yang sdr sebutkan tadi tetapi tidak ada apa-apa kemajuan yg telah dicapai.
Sekian/ Terima Kasih.
Bro Aspan,
ReplyDeleteAminnn. Semoga bangsa melayu kita selamat dengan pertolongan Allah.
lega hati ini kerana diri ini masih tidak berseorangan ingin melihat bangsa melayu terus hidup dengan bermaruah dibumi Allah ni.sama-sama kita berdoa kepada Allah. terima kasih bro.
sdr bat8,
ReplyDeleteSdr tidak kesaorangan, malahan ramai yg bersama orang seperti sdr. Hanya mungkin mereka tidak dapat meluahkan seperti saya dan sdr.
Jika pandangan sdr kesaorangan mana mungkin sokongan terhadap parti yg saya anggotai ini menghadapi kemerosotan sokongan.
Kalaulah yang tidak puas hati ini hanya sdr dan saya sahaja tentulah tidak akan ada kemorosotan sokongan itu.
Tetapi saudara jangan bimbang, selagi ada seorang dua atau sebahagian kecil diantara kita sedar Melayu akan selamat akhirnya wlaupun ianya berjaya setelah kita sudah tiada lagi didunia ini.
Kita ingatlah apa yang difimankan oleh Tuhan, 'jika ada walaupun seorang umat ku yang masih berzikir kepada ku, dunia belum lagi akan kiamat'
Pegang lah ayat itu dengan sepenuh-penuh keyakinan atau apa yang disebut sebagai'Haqul Yakin'.
Insyaallah, Melayu akan selamat. Percayalah.
berilah kesetiaan kpd negara. Mininggalkan UMNO bukan berdosa. UMNO bukan agama yg tidak boleh ditinggalkan.
ReplyDeleteMelayu ramai tapi macam buih.
ReplyDeleteKenapa peerlu salahkan BN (UMNO) dalam hal ini. Bukankan PKR (Anwar) dan PAS (TGNA) juga menyebabkan pola politik negara ini telah jauh berubah.
ReplyDeleteKalau dulu sokongan orang Melayu adalah solid di belakang UMNO sementara orang-orang Cina amat takut kalau PAS berkuasa.
sekarang tak lagi. Orang-orang Melayu berlumba=lumba nak mememenagi hati orang Cina kerana undi. Orang PAS dah boleh berpeluk cium dengan DAP dan dah amatkurang sebut negara Islam dan sebagainya.
DAP dan orang Cina dah berani kata UMNO parti rasis sedangkan dah puluhan tahun parti UMNO nilah yang telah mengajar supaya orang Melayu bertoleransi dengan kaum lain. Inilah hakikat sedangkan ketika itu PAS masih lagi mengkafirkan mereka yang bergabung dengan bukan Islam.
Perubahan pola politik disebabkan sorang manusia yang pandai bermain kata=kata. Orang Melayu, Cina dan India dah tertipu dengan manusia munafik ni. Maaflah saya terkasar, tak tahan kerana merasa ramai orang dah tertipu dengan orang ni.
Apa yang membimbangkan kita sekarang ini bagaimana hendak menyatukan orang melayu supaya kuasa nya masih dominan dan menentukan Polisi negara dan mengekalkan UMNO sebagai tulang belakang BN.
ReplyDeleteBagi saya kalau kita nak menyatukan orang melayu dan mengajak mereka menyokong kita kita kena ubah pendekatan kita dan tidak boleh lagi menggunakan pendekatan yang kasar dan memberi bermacam2 gelaran kepada pemimpin mereka yang berlainan parti.
Persoalannya walau pun kita tak suka dengan DSAI tetapi hakikatnya beliau mempunyai pengikut. Pengikut mereka yakin dengan parti serta pemimpin mereka.Kita boleh kata pengikut mereka itu tertipu kerana mengikut dan menyokong tanpa berfikir, tetapi hakikatnya mereka kebanyakanya terdiri dari mereka yang terpelajar. Sebaliknya mereka mengata kita yang kurang cerdik yang masih menyokong hak yang suadah lama.
Didalam berpolitik khasnya diabad 21 ini, saya rasa lebih baik kita berhujah dengan fakta yang boleh menyakinkan mereka bahawa UMNO lah yang terbaik sebagai wadah perjuangan orang melayu.(kalau nak tulis sebab2nya di sini terlalu banyak). Begitu juga Konsep perkongsian kuasa ala BN adalah juga yang terbaik didalam menjamin keharmonian politik dan hubungan kaum dimana perkara sensitif dibincang diperingkat parti secara tertutup tambahan lagi komponen BN terdiri dari mereka yang moderate dan bertoleransi. Ini diantara beberapa hujah untuk menyakinkan mereka diseberang sana supaya yakin kepada kita, bukan dengan cara kita memaki dan menyumpah mereka atau pemimpin mereka . Adakah dengan cara tersebut boleh menarik mereka menyokong kita terutama generasi muda diatas pagar yang kurang tahu tentang
jasa2 UMNO dan peruntukan perkara 3, 152 dan 153 dan lain2 didalam PERLEMBAGAAN NEGARA siapa yang terlibat memasukannya semasa penggubalannya, dimasa orang melayu sangat miskin dan lemah kuasa ekonominya. Walaupun ia tidak 100% sempurna tetapi sangat besar nilainya, jasanya dan perannya didalam melindungi orang melayu terutama lahirnya DEB, UITM dan banyak lagi. Saya rasa jika mereka jujur mereka tidak akan dapat menafikan jasa UMNO. Jika pun ada sedikit sebanyak kelemahan UMNO mari sama2 kita baikinya dari dalam daripada kita baikinya dari luar. wassalam