Saya ada seorang sahabat yang menjadi tenaga pengajar disebuah institusi pengajian tinggi. Beliau mengajar subjek Ilmu Alam dan beliau begitu mahir tentang bidang pengajaran ‘physical geograhy’.
Sebagai seorang mengikuti perkembangan politik tanahair beliau memberitahu saya jawapan yang sebenarnya kenapa dipadang pasir kita selalu mendengar letupan-letupan kuat tetapi tidak ada apa-apa jenayah tembak menembak yang berlaku dan bagaimana ianya boleh dibidalkan terhadap apa yang berlaku dalam politik tanahair kita.
Ianya hanyalah satu fenomena biasa dipadang pasir dimana kita sering mendengar dentuman letupan batu-batu yang pecah kerana proses sains fizik semula jadi yang berkaitan dengan perubahan suhu setempat.
Pensyarah ini memberi tahu letupan-letupan yang ddidengar itu merupakan letupan kepada batu-batu yang besar-besar kerana batu-batu itu pecah diluar dan didalam hasil dari pertukarang suhu panas kepada suhu sejuk dan pertukaran suhu sejuk kepada suhu yang panas.
Pertukaran suhu dengan ‘extreme’ itu membuatkan batu-batu itu pecah dengan sendirinya dan ianya membawa kepada pecahan batu-batu itu yang membawa bunyi dentuman yang kuat.
Batu-batu itu akan naik suhunya kerana cuaca yang panas tetapi pada malam hari dengan suhu yang sejuk makan suhu batu-batu itu akan kembali sejuk.
Tetapi belum pun sempat suhu batu itu sejuk dengan secukupnya, hari kembali siang dan suhu cuaca disiang hari yang panas itu membauatkan batu itu tidak pernah mendapat suhu yang sesuai untuk batu-batu itu kekal dengan struktornya yang asal kerana proses turun naik suhu yang ‘extreme’ itu membuatkan batu itu pecah dengan sendirinya.
Selain dari itu pengaruh angin yang kuat (wind abrasion) dengan pukulan pasir kepemukaan batu itu membuatkah batu-batu itu akhirnya berubah bentuknya dan tidak lagi mampu untuk bertahan dan terus sahaja pecah dan jatu kebawah.
Faktor cuaca dan suhu serta peranan pasir yang ditiup angin itu mrmpengaruhi batu-batu dipadang pasir itu maka batu-batu sepejal mana pun akhir akan pecah jua dengan pengaruh keadaan sekeliling dipadang pasir itu.
Itulah sebabnya jika kita berada dioersekitaran padang pasir kita selalu mendengar dentuman batu-batu yang pecah dengan sendirinya dan dalam jangka masa yang panjang keadaan perekitaran itu akan berubah rupa kerana proses perubahan yang dihasilkan oleh cuaca yang berubah-ubah itu.
Maka kita tidah payah hendak berkerja keras untuk memecahkan batu-batu itu kerana batu-batu itu akan pecah dengan sendirinya.
Begitu juga UMNO. Jika masih tidak ada proses transformasi yang sangat-sangat diperlukan itu maka UMNO akan berderai dengan sendirinya seperti batu-batu yang pecah dipadang pasir itu.
Jika UMNO jatuh, itu bukan salah pembangkang tetapi kerana kesalahan pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri.
Suhu didalam UMNO itu turun naik dengan mendadak sejak sekian lama, maka tidak hairan ianya akan pecah dengan dentuman yang kuat seperti yang selalu kita dengari jika berada dipadang pasir.
Sekarang ini pun banyak dentuman-dentuman yang kita dengar dibanyak bahagian-bahagian diselutuh negara seperti yang kita lihat diSetiu, Sungai Petani, Shah Alam dan banyak lagi dimana-mana.
Kita tidak payah menyalahkan sesiapa jika UMNO itu pecah berderai kerana itu merupakan proses yang telah dibiarkan berlarutan buat sekian lama.
Pembangkan hanya menjadi ‘natural recipient’ kepada kekalutan yang ada dikalangan kita dalam UMNO. Pembangkang meriah keuntungan secara percuma yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO sendiri.
Itu sebab saya jarang-jarang mengkritik parti pembangkang kerana parti itu bukan parti saya. Ingat, sesaat kita berpecah sesaat pembangkang akan berada diantara kita.
Bayangkan perpecahan sudah berlarutan sekian lama, tentulah pembangkang menjadi pengganti kepada kita dan kita akan menggantikan tempat mereka sebagai pembangkang.
Jangan salahkan ibu yang mengandungkan kita. Kita yang mengundang segala-galanya.
Yes bro, dentuman yang kita dengar kuat-kuat belaka.
ReplyDeleteKalau UMNO berselerak seperti batu-batu itu maka akan wujud banyak serpihan dikalangan UMNO itu.
UMNO sudah dimakan anai anai, sudah reput di dalam walaupun tampak gah di mata kasar.
ReplyDeleteTun M kata, busuk dari kepala sampai ke perut.
Kenyataan itulah agaknya hingga Mahfuz berani menyatakan "Orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal malah akan lebih mulia dan dihormati tanpa Barisan Nasional,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas.
Kenapa tidak kita cuba percaya dan beri keyakinan, bukan kepada Mahfuz, tetapi kepada PAS.
Benarlah kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.
More reasons for supporters of UMNO to dump the party into the drain, not because of the party, but because of its President and the Many of the President's Men.
ReplyDeletetak apa....giliran UMNO BARU jadi pembangakang....there is a first for everything.
ReplyDeleteBiar MUDIN YASSIN jadi Ketua Pembankang yang Baru....
Saya percaya CEO TV3 akan dipecat terlebih dahulu. Padan muka kau.
Mungkin Najib dan Rosmah akan meggantikan UTK 2 orang tu yang akan menjadi saksi kepada AG baru dan KPN baru.
Musa Hassan, Gani Patail, Mahathir dan Badawi akan lari ke Zimbabwe, Australia dan UK minta suaka politik....
bukan tulisan saya....
ReplyDeleteHe calls himself John Low! Goes shopping with Najib's son, Niza. Hails from Penang and the son of an established Penang businessman in construction. Went to school in Union High, Penang. He was the brain behind the 1Malaysia Development Board whom got funds in from Kuwait. His Kuwaiti henchman is one Hamad Alwazzan!! Notice recently that the 'master developer' of the TUDM base in Sungai Besi will be 1Malaysia Development Board. That's where he makes his dough by charging the Board a purported RM500million bill for 'consultancy' work, his usual modus operandi. Now, not the entire RM500mil will go to him but to his shopping partner / parents.
FW, Texas adalah salah satu aerotroplis yang paling sibuk di dunia. Di bandar-bandar Mid-Cities yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa telah menjadi tempatnya bagi berbagai industri aviation, termasuk syarikat simuflite.
Malaysia kerap menghantar kapalterbang-kapalterbang mewah pensendirian untuk diservis atau diperbaiki. Ini termasuk kapalterbang yang dipunyai oleh Yang Dipertuan Agung Malaysia. Kursus latihan juga diadakan disini untuk cara pengendalian kapalterbang-kapalterbang tersebut. Disinilah juga terdapat komuniti kecil dari Malaysia, dan Indonesia.
saya berkerja sebagai seorang Sushi Chef dekat sekali dengan SIMUFLITE, dan golongan besar pelangan kami adalah perkerja-pekerja dari lapangan terbang tersebut.
Baru 2 hari yang lalu, aku didatangi seorang jurulatih penerbangan bersama kawannya memakan di Sushi Bar. Hati aku tertanya sama ada kunjungan rombangan dari Malaysia untuk menjalani latihan pernerbangan, kerana biasanya member aku Zaid akan menjemput mereka ke rumah untuk mengeratkan lagi silahturahim. Melihat name tag di kemejanya, "SIMULFLITE TRAINER" aku pun sibuk melepak dengan kedua-dua pelangan tersebut. Dari diberitahu baru tahun lalu SIMULFLITE membuka cawangan di Kuala lumpur, dan Malaysia telah jarang menghantar pelatih-pelatih kesini........
TIBA-TIBA kawan jurulatih tersebut bertanya saya kenapa Malaysia begitu kaya raya. Dibertanya saya sama ada saya mengenali seorang peniaga berumur 28 tahun namanya J LO. Beliau merupakan seorang juruterbang yang selalu menerbangi J LO ke merata tempat di USA, dan di serata dunia seperti California, Las Vegas bermalam di Ceasar Palace bersama J LO. Beliau memberitahu kapalterbang yang membawa bagman ini selalu dipenuhi dengan arak. J Lo orang ini yang selalu belanja boros seperti wangnya tidak dimiliki beliau. Kerap ke negara-negara Arab seperti Dhubai, Abu Dhabi, Riyadh, pernah ke Ka Chin pengunungan di utara Myammar berniaga junta mlitari disana. Pernah ke Zurich mungkin simpan wang haramnya? Diberitahu J Lo baru berkahwin tahun lalu, dan beliau berasal dari Pulau Pinang. Ayah J Lo bermastautin di KL, dan juruterbangan tersebut pernah memakai kapalterbang mewah untuk menghantar saudara mara J LO dari Pulau Pinang ke KL semamsa beliau berkahwin.
Sepanjang penerbangan di merata dunia, anak Najib juga kerap bersama beliau. Biasanya juruterbang tersebut diarah untuk mendarat ke Singapura sebelum ke Malaysia. J LO suka memilih mendarat ke lapangan terbang yang kecil di Malaysia dari khalayak ramai. Juruterbang kurang faham apakah perniagaan si muda 28 tahun ini? Bagaimana beliau mempunyai begitu banyak wang sekali. selalunya membawa beg-beg lugage yang besar masuk dengan berpadlock ke destinasinya, dan kebiasaan pulang tanpa beg-begnya. mungkin itu wang-wang tunainya kot.............