Pilihanraya umum ahirnya akan diadakan juga dan ini merupakan kepastian jika kita masih melaksanakan pemerintahan demokrasi.
Lagi pun Najib belum lagi berhadapan dengan rakyat samada beliau adalah seorang PM yang mendapat ‘legitimacy’ kepimpinannya dari rakyat. Setiap PM perlu memanggil pilihanraya seawal yang mungkin apabila menjadi PM.
Apa yang ada dengan Najib sekarang ialah apa yang ditinggalkan oleh Abdulah Badawi dengan hanya sedikit perubahan disana sini dan ianya bukannya melambangkan sokongan rakyat terhadap PM yang ada pada hari ini.
Abdullah Badawi memperolehi mandat yang besar apabila beliau mengadakan pilihanraya 6 bulan selepas beliau mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir.
Oleh kerana Abdullah mengambil alih kepimpinan dari Dr dalam keadaan popularity Dr M sedang mula hendak menurun maka kehaizrzn Abdullah untuk menggantikan Dr M amat dinanti-nantikan dan sesiapa pun yang menggantikan Dr M secara naturalnya akan mendapat sokongan yang padu.
Disini Abdullah ada kebijaksanaan beliau kerana beliau memanggil rakyat untuk memberikan mandat kepada beliau sewaktu rakyat belum nampak kelemahannya dan dengan mudah Abdullah mendapat apa yang diingini oleh seseorang PM yang baru mentadbir negara…dan beliau berjaya mendapatkannya.
Begitu juga Najib mengambil alih sewaktu Abdullah sedang menghadapi tekanan rakyat untuk berhenti dan memberikan kuasa mentadbir negara kepada pemimpin yang lain…maka Najib mengambil alih. Rakyat termasuk Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Najib kerana mahukan kelainan ‘ambience’ politik tanahair kerana terlalu banyak yang rakyat terjumpa dan ternampak kelemahan Abdullah.
Najib juga sepatutnya mengambil alih kepimpinan negara dengan memanggil dengan segera pilihanraya umum untuk mendapatkan ‘legitimacy’ kepimpinan tadi dan kita tahu Najib faham tentang keperluan memanggil pilihanraya ini.
Tetapi Najib tidak boleh memanggil pilihanraya kerana terlalu banyak masalah sampingan politik yang mempengaruhi keadaan.
Pertamanya Najib mengambil alih kepimpinan negara hanya selepas 5 bulan selepas pilihanraya umum 2008. Takkanlah Najib hendak memanggil pilihanraya umumhanya selepas 5 atau 6 bulan selepas pilihanraya sebelumnya.
Disini bolehlah kita anggap satu kesilapan besar bagi Najib mengambil alih kepimpinan semasa negara baru sahaja menghadapi pilihanraya umum. Maka Najib perlu menunggu waktu yang lama sedikit untuk memanggil pilihanraya umum itu.
Tetapi apabila beliau menunggu dan memakan masa untuk memanggil pilihanraya yang moralnya mesti diadakan maka dalam penantian itu rakyat sudah nampak banyak isu-isu besar yang dihadapi beliau daqn dengan sikap ‘flip flop’ beliau yang tidak kurang dari Abdullah maka Najib terperangkap dalam keadaan yang membimbangkan itu.
Disamping itu dalam waktu yang sama negara berdepan dengan pilihanraya kecil yang berturut-turut dalam mana BN telah tewas dalam kesemua PRK itu kecuali 2 kemenangan yang tipis iaitu dalam PRK diHulu Selangor dan Batang Aii, di Sarawak kalau tidak silap saya.
Selain dari itu Najib menghadapi masalah penerimaan slogan 1Malaysia yang menjadi sindiran dan bahan lawak jenaka dikedai-kedai kopi dan merata tempat kerana kesamaran slogan itu sendiri. Sesungguhnya slogan akan hanya membawa kepada 2 badai dan keadaan.
Pertamanya ia akan melomjakkan kepimpinannya atau jika kurang diterima rakyat ianya akan menjumakan persepsi baik terhadapnya dan tentulah slogan itu akan hanya membawa padah kepada kepimpinannya.
Banyak lagi isu-isu ekonomi yang tidak mampu diselesaikan oleh Najib sedangkan isu ini merupakan isu pokok kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang dibawah ini.
Belum lagi setakat ini ada sesuatu yang ‘organic’ yang telah memberikan kebaikkan kepada rakyat dalam bidang ekonomi ini yang boleh dirasai rakyat sejak Najib mengambila alih kuasa negara.
Yang kita dengar hari-hari hanya kata-kata janji dengan ‘jargon-jargon’ dan istilah-istilah yangbesar-besar dikaca TV dan media cetak perdana. ‘Jargon dan istilah-istilah besar ini menampakkan secara saikolojinya usaha menampal yang koyak dan menyambung yang putus tentang kedaifan kepimpinannya.
Janjinya untuk memberikan tumpuan untuk memerangi rasuah tidak langsung terlaksana. Malahan isu-isu baru tentang pengagihan harta ralyat kepada kroni anak isteri menjadi perbualan dimana-mana dan keadaan ini lebih jauh teruk dari perbualan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah Badawi dahulu.
Dimana-mana rakyat termasuk kakitangan kerajaan berkata Nor Mohammad Yaacob akan terlepas dari tanggungjawabnya terhadap isu Setiausaha Pilitknya yang ditangkap dengan jutaan wang tersimpan didalam rumahnya.
Dari berjanji untuk memerangi rasuah nampaknya Najib menjadi tempat perlindungan rasuah…maka tidak adalah bezanya keadaan semasa pentadbiran Mahathir dan Abdullah dalam mana perasuah-perasuah mempunyai immuniti yang begitu kebal.
Siapa yang bertangghunjawab untuk membantu membetulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan ini. Apa yang saya katakan ini bukan gurauan walaupun mungkin ramai yang tidak senang dengan tulisan ini.
Mahu tidak mahu beban ini harus dipikul oleh Pemuda UMNO. Secara jujur saya percaya Khairy boleh melakukannya dengan Pemuda yang dipimpinnya.
Tetapi saya belum nampak ianya dilakukan. Saya berharap Khairy akan memberikan tumpuan kepada 2 isu pokok bagi menampakkan yang Pemuda pimpinannya membawa ‘consequence’ yang baik terhadap parti dan kerajaan.
Pertamanya mengadakan agenda penerangan yang seluas-luasnya sampai kebawah. Khairy patut faham bahawa setiap rakyat diluar-luar bandar terutamanya ditadbir oleh JKKK atau JKKR ditanah rancangan Felda.
Dulu-dulunya pemuda kelihatan dimana-mana khususnya diperingkat JKKK dan JKKR ini.
Yang keduanya Khairy dan Pemuda perlukan ‘testimonial’ kejayaan akhirnya. Rakyat mahu melihatnya secara ‘real’ dan berkesan.
Khairy sepatutnya bertanya-tanya kepada sesiapa yang ada pengalaman berinteraksi dengan orang bawahan ini.
Khairy tidak perlu dengan “high charged speeches’ dimana-mana dan kepada sesiapa.
‘High charged speeches’ mungkin relevan semasa hendak menaikkan semangat rakyat untuk bersatu mencapai kemerdekaan dulu, dan Khairy sendiri belumpun lahir kedunia ini.
‘Ism’ Dato Harun sebagai Ketua Pemuda dahulu masih melekat kepada orang yang berpengalaman bersama beliau dahulu. Dato Harun tidak pernah menjerit-jerit dan tidak pernah berusaha untuk menunjukkan yang beliau beliau pandai berucap.
Dato Harun membuatkan biro-biro dibawah Pemuda melakukan tanggung jawab secara praktikal. Tidak terdengar apa-apa kenyataan yang tidak perlu, tetapi hasilnya nampak dengan jelas.
Yang aktif semasa itu adalah biro-bironya. Nama Dato Harun sampai kesaat ini diingati rakyat yang bersama beliau dahulu; bukan kerana hebatnya ucapan beliau tetapi kerana hasil yang memberi munfaat kepada rakyat Melayu yang menghadapi masalah yang berbagai.
Memperbandarkan orang Melayu merupakan jasa Dato Harun Sebelum itu orang Melayu boleh dibilang dengan mudah diKuala Lumpur dan Bandar-bandar lain diLembah Kelang ini.
Banyak lagi jasa-jasa beliau yang telah ditaburkan kepada kekuatan politik orang Melayu setelah mengalami ‘period’ yang mengerikan pada tahun 1969 dahulu.
Walau bagaimana pun itu merupakan nostalgia kejayan yang tidak dialami oleh ahli-ahli UMNO yang muda-muda dan bijak-bijak sekarang ini.
Hanya kita ingin menasihati dan mengingati orang muda-muda sekarang ini. Bodoh jangan pula tidak boleh diajar, kalau bijak jangan pula sampai tidak boleh diikuti.
Nasihat dan pandangan ini bukan untuk kepentingan orang lain; ianya adalah untuk kepentingan Pemuda san kepimpinannya sendiri dan untuk kepentingan Melayu yang sangat dahagakan pemimpin-pemimpin yang berguna untuk mereka.
Kepada Khairy dan kepimpinannya, jika pandangan ini tidak memberikan apa-apa munafaat jangan dihiraukan pandangan ini. Buang sahaja kedalam bakul sampah.
Jika ada munafaatnya hadiahkan Alfatihah kepada semua pejuang-pejuang pemuda yang telah lama meninggalkan kita.
Dulu-dulunya, jika UMNO menghadapi masalah, Pemudalah yang tampil kehadapan dengan gagah dan berani.
Itulah sebabnya tidak ada pihak yang lain mengambil kesempatan untuk menjadi juara dan mengambil alih kekosongan yang dialami oleh UMNO.
Pemuda tidak memberi peluang untuk pihak lain mendapatkan mileage politik dala keadaan apa sekali pun.
Bagan Pinang, Tan Sri Isa menang
ReplyDelete1Malaysia sangat popular dikalangan budak2 Tadika Kemas yang rata2 berusia 6 tahun yang boleh mengundi lagi 15 tahun... kumpulan paling benci dengan konsep ini kakitangan kerajaan yang disuruh melaksanakan program bagi menaikkan imej kerajaan sedangkan peruntukan program dipotong 80% dari tahun lepas...
ReplyDeleteUMNO sudah ada JUARA RAKYAT....tak perlu buat apa pun lepas ni....
ReplyDeleteTengah tunggu Musang Hasan jalan dulu, pelindung ketua kongsi gelap cina, gengster dan maksiat...Polis hari ini sama seperti Hong Kong tahun 60an....sebelum zaman ICAC Hong Kong....kalau ada yang dulu rajin tengok drama kantonis masa 90an, mereka ada buat drama serial pasal polis HK yang sama korup dgn polis umNO...
i find this funny to read...no need always serious...written by datuk jema khan (ex umno sabah)
ReplyDeleteIn Malaysian politics, tenuous so-called facts can be spun into full-blown novels, full of intrigue, excitement and juicy titbits to raise one’s heartbeat. Take the murder of the Mongolian model. If Razak Baginda didn’t know Datuk Seri Najib Razak and his wife, would there have been so many works of fiction spun out of this one little fact? I don’t think so. The facts as they stand are that poor Altantuya was murdered by two overzealous policemen who have already been convicted and sentenced to death.
That, however, by itself does not make for a good story and that is where Razak’s link to the Najibs comes in. With that link, all sorts of wonderful stories can be concocted to excite the public. Add to that a Submarine deal with tons of money involved and we have a brand new bestseller, even if it is fictional.
Our latest story is, of course, Anwar Ibrahim, the CIA spy. Some blogger in the US said so, so it must be true. No smoke without fire right? I wonder when he was recruited and if he was trained in Langley, Virginia. What skills did they give him? Can he kill with a karate chop or break someone’s neck with his bare hands?
Perhaps Saiful knew all this, and that is why he gave in so easily? What else could make him so scared of a 60-odd-year-old man? Perhaps when Anwar was in Georgetown, supposedly lecturing, he was actually going back for a CIA refresher course? Could his CIA handler have been Wolfowitz? We are in for a lot more works of fiction on Anwar, no doubt.
Anwar too has been exercising his creative prowess with the APCO story. Woe beholds any company doing business in Malaysia with Jewish links lest it be seen as an agent of Mossad. I suppose if Anwar can be a CIA spy, why can’t we have elements in our government who work for the Mossad?
I suppose it is possible to create a story to link most of our leaders to some spy agency or other in the world, if they have visited the country where the agency is domiciled. We are talking fiction, after all. Though I have to admit I can’t really figure out which agency would want someone like Ibrahim Ali.
What about RPK, the fugitive? Surely someone can come out with a photograph of him with someone who looks like a terrorist (anyone with some facial hair will do)? Can’t we concoct a story to say that he is the leader of some terrorist cell? Maybe he can be the new poster boy for Jemaah Islamiah to replace Azhari and Nordin Top? I am sure the British will send him back then.
If we still can’t extradite him, can’t we say he is actually a spy for MI6? After all, how did RPK leave Malaysia without a trace? Surely he must be either a trained spy or terrorist, with those skills? What about his wondering all over London so freely? No, MI6 agent sounds better, methinks.
Selain kurang upaya yang ditunjukkan oleh KJ dalam menguruskan Pemuda, dia juga turut disabotaj dan dilabelkan buruk untuk menyukarkan mana mana pihak untuk menyokongnya.
ReplyDeleteKongkongan dan ketidakbebasan serta tekanan kepada Pemuda dari pemimpin atasan juga satu faktor dilihat Pemuda tidak mempunyai pendirian dan tulangbelakang.
Tak perlulah bagi peluang kat UMNO lagi; cuba bagi peluang pada Anwar, seorang yang berkarisma, bersih, tidak kroni dan selalu mengimamkan sembahyang.
ReplyDeleteBagi peluang jugak pada LKS nak jadi TPM, seorang yang berhati rakyat dan konsisten dengan perjuangan untuk kesamarataan untuk keseluruhan rakyat Malaysia.
Saya sentiasa mengikuti blog Aspan, tiada lain hanya mengutuk UMNO. Kalau lah niat dan harapan Aspan agar PKR dan DAP akan memerintah, sila nyatakan dengan jelas.
Bagi UMNO, apa-apa pun yang dibuat kalau baikpun nampak tahi dimata Aspan, kalau PKR dan DAP, tahipun akan nampak bunga di hati Aspan, berterus-teranglah agar mudah kita menilai siapa Aspan sebenarnya.
salam saudaraku
ReplyDeleteterimakasih dan terimakasih
tabik spring pan ...now u are what u were ..keep on writing cara ini
den tak borinti nulih politik dah ..loteh den
ha! ha! Kau buat lawak ke Aspan?
ReplyDeleteKJ nak memerangi rasuah? !!!
joke of the century !!