Utusan membuatkan UMNO nampak sebagai parti 'desperate'. Dalam usaha Utusan untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja bagi merundingkan kerjasama kedua-dua parti ini melambangkan yang UMNO dalam kedudukkan ‘desperate’ untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.
Dalam isu ini saya bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menganggap Utusan membawa isu UMNO-PAS ini sebagai satu tindakkan pihak yang tertekan. Utusan merupakan akhbar yang memainkan peranan penting untuk memudharatkan PAS selama ini tetapi sekarang akhbar itu memainkan peranan yang sebaliknya pula.
Didalam PAS isu perundingan ini tidak langsung menjadi isu kerana sesungguhnya isu kerjasama PAS-UMNO tidak ada dalam kamus mereka. Hanya UMNO sebagaimana yang digambarkan oleh Utusan itu sebagai pihak yang dikatakan perbidalan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong.
“Kalau PAS boleh mendapat sokongan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat kenapa pula hendak bekerjasama dengan UMNO yang sedang terhuyung hayang ini?” tanya seorang jawatankuasa PAS diPetaling Jaya kepada saya.
Jika itu gambaran yang diberikan oleh Utusan maka pengalamannya sejak 5 atau 6 dekad dulu untuk melakukan perang saikoloji terhadap pambangkang dan menaikkan imej parti dimata rakyat,akbar itu sudah tidak lagi mampu untuk menyorokkan perasaan ‘desperate’ sebenar yang dihadapi oleh UMNO itu.
Dalam artikel yang lalu dan juga tulisan tulisan saya yang sebelumnya, saya sentiasa mengatakan yang UMNO hanya akan mampu untuk menjadi parti yang dihormati jika imej pemimpinnya tidak dipersoalkan oleh orang ramai.
Selagi pemimpin UMNO masih menjadi persoalan dan disyakki terlibat dengan rasuah misalnya kerja untuk membersihkan imej itu bukan satu tugas yang senang, apatah lagi pemimpin sekarang tidak mahu berundur walaupun dipandang serong oleh masyarakat berbilang kaum yang mengundi dalam pilihanraya negara.
UMNO mesti faham zaman untuk mendapat sokongan dengan memberikan ucapan yang enak-enak dan menghayalkan sudah berlalu. Zaman untuk mengungkit yang kerajaan BNlah yang menyediakan kemudahan awam seperti api dan air sudah tidak laku lagi.
Untuk menjadikan isu biasiswa yang diberikan kepada anak-anak muda yang belajar diuniversiti sudah tidak dipakai lagi dizaman ini.
Isu untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO bagi kesenambungan pimpinan yang membangunkan negara sudah tidak menyengat lagi.
Isu yang kita harus selesaikan ialah isu samada pimpinan kita mampu untuk mentadbir dengan jujur atau pun tidak. Rakyat mengmbil tahu isu bagaimana kerajaan yang sepatutnya bekerja keras untuk membeli peralatan tentera dengan harga yang munasabah dan bukannya untuk menaikkan harga untuk untuk melakukan rasuah melalui pembayaran kamsen kepada kroni pemimpin yang meluluskannya.
Rakyat ingin tahu kenapa seorang isteri kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang terlalu besar dalam negara, sehinngkan apa sahaja siisteri ini inginkan akan mendapat kelulusan.
Rakyat ingin tahu kenapa kerajaan memotong subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada mereka. Kenapa tidak kurangkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang membebebankan perbelanjaan kerajaan tidak dihapuskan dulu.
Rakyat tahu jika rasuah dan salahguna kuasa dapat dikurangkan kerajaan akan dapat menyelamatkan wang rakyat lebih dari RM750 juta dan didapati melalui proses mengurangkan tindakkan rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik.
Utusan sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dan jika Utusan ingin menjadikan media cetak itu sebagai ‘spin Doctor’ untuk UMNO ia hanya akan memberikan impak negative kepada parti itu.
Saya sendiri sudah tidak melangan Utusan sejak 20 tahun dahulu kerana jiwa dan persepsi saya terhadap akhbar ini sangat rendah. Saya tidak yakin lagi dengan apa-apa yang ditulisnya.
UMNO tidak mempunyai jalan lain selain dari membawa pembaharuan yang besar kepada parti itu.
Bersemuka dengan PAS tidak mampu membina imej UMNO yang sudah tercalar itu, malahan ia akan memungkinkan PAS berhadapan dengan risiko tentangan dari ahli-ahlinya sendiri.
Sdr Aspan, apa yang nak hiraukan UTUSAN ini. Saya tidak pun tahu yg akhbar itu masih dijual.
ReplyDeleteItu akhbar nyamuklah bro. Orang dah tak baca lagi.
husin ambia
Huh!!, siapa yang nak percayakan Utusan itu?
ReplyDeleteUtusan, akhbar merosakkan pemikiran rakyat.
Daripada membaca Utusan elok kita baca komik lagi.
Rakyat juga amat ingin tahu sapa PM sebenarnya? Bagaimana isteri PM boleh berjalan dihadapan dalam satu majlis perasmian? Tidak pernah dilihat Isteri Pak Lah, atau isteri Tun Mahathir kedepan sebegitu - protokol OUT!
ReplyDeleteKagum. Dalam Utusan beria-ia mengenengahkan Perpaduan UMNO dan PAS tiba-tiba hari ini BANTAI Dato Nik Aziz tak sambut Sultan di airport. Kita tengoklah pulak mainan DERHAKA Utusan selepas ini.... terang lagi Bersuluh UTUSAN (Editor?) MUNAFIK.
ReplyDeletebaik beli buku Gila-Gila atau Zunar atau Lat....lagi bagus mesej tersirat komik...
ReplyDeletePAS akan berpecah dua kalau bekerjasama dengan UMNO, malah mungkin ahli2 akan bertindak meminta AGM tergempar untuk memecat pimpinan PAS yang bersekongkol dgn UMNO.
ReplyDeleteUMNO dan Utusan logik pun tak tau pakai. Macam mana lah otak Najib dan Mudin ini???
Utusan paper yg tak ada pendirian. Dulu masa Badawi PM, hentam Mahathir, sekarang puji Mahathir dan Najib, kalau besok Najib kene tendang, kutuk Najib plk....
Awang Selamat, Ridhuan Tee Abdullah Mualaf dari utusan dan noraini dari Berita Harian asyik mengeluarkan kenyataan menghina kaum lain terutama Orang cina ' ultra kiasu' DAP, anwar CIA, Nik Aziz nyanyuk, artikel utusan India di Malaysia India di India yg menghina...tak ada pun siasat polis terhadap wartawan tak beretika ini. Tak ada pun kena ISA mcm seorang wartawan wanita Cina oleh Syed Hamid Albar (sebab ISA... untuk melindungi wanita itu- kenyataan bodoh).
Kalau Anwar dipenjara lagi, tengok lah apa akan berlaku pada sosial dan ekonomi negara ini...reformasi ke 2 dan Bersih 2.0 akan lebih besar dan memalukan UMNO BARU mahathir kalau dia hidup lama...entah2 masuk IJN lagi
Saya percaya, pembaca yang pernah baca utusan, suka utusan, sayang utusan hari ini masih terindu dan curi2 membaca bila terjumpa, masih ada hati nak pantau apa yang ditulis kerana pemberitaan politik Melayu di utusan sangat 'dekat'.
ReplyDeleteSaya memilih utusan bukan kerana saya benci berita harian, saya memilih utusan bukan kerana saya percaya 100% segala agenda politiknya, saya memilih utusan untuk menilai sejauhmana utusan menyataan realiti dan fantasi dalam pemberitaan.
Saya suka utusan tetapi itu tidak menghalang saya untuk tidak membaca harakah dan suara keadilan dan masuk ke blog2 pro pembangkang.
Pada saya utusan sangat relevan untuk mengimbangkan pengaruh media yang tidak beretika seperti harakah, suara keadilan, roket dan sebagainya. Utusan lebih kurang TV3 yang nyanyikan 'pujian' jauh mengatasi 'realiti dan kelemahan sebenar'. Tetapi TV3 ada aduan rakyat untuk 'smashback' kerajaan.
Jangan lupa, Utusan juga mempunyai kedegilan dan prinsip tertentu untuk memberi isyarat amaran dan peringatan serta kesedaran kepada UMNO. Itu membuatkan saya terus memilih utusan untuk membaca walaupun mengurangkan pembeliannya.
saudara aspan dan pembaca,
ReplyDeleteyang ini bagus....
http://www.bakrimusa.com/archives/najibs-ill-disciplined-leadership
...dan jangan lupa Utusan jugalah yang sering menjawab , mempertahan dan membalas balik serangan kaum lain terhadap Melayu ketika pemimpin2 Melayu lain sedang menyorokkan telur masing2.
ReplyDeletekluangman,
ReplyDeleteadakah ke telur yg nak dosorokkan itu?
mahaza,
ReplyDeletebetul, jumpa Sultan tak boleh, bila tak jumpa dia juga bantai nik azizkan.
Kalau Nik Aziz, pada Utusan semua salah.
Selamat pagi Bro dan semua rakan
ReplyDeleteSaudara Aspan dan saya yang celik cyberspace mungkin tidak memerlukan Utusan.
Tetapi Utusan tetap mendapat tempat di kalangan Atuk dan Pak Cik kita di kampung.
Tidak salah apa yang Utusan canangkan iaitu meniupkan semangat keMelayuan dan kebangsaan yang terhakis sekarang.
Saya sedih kerana segala apa tentang Melayu seperti orang Melayu, perjuangan Melayu seperti Perkasa dan juga UMNO menjadi bahan cemuhan.
Takkanlah kerana nak menjadi politically correct kita nak menghentam teruk bangsa kita.
Adakah kita tidak suka akan penyatuan UMNO dan PAS yang kelak menyatukan ummah yang keduudukannya semakin terancam?
Adakah anda sekelian tengok Cina atau India menghina akhbar-akhbar mereka yang jelas mengutuk Melayu dan Islam?
Cina tidak marah kepada Dong Zhao atau India memaki Hindraf.
Najib telahpun mengisytiharkan UMNO sebagai juara semasa melancarkan bilik gerakan untuk pilihanraya semalam.
Ditaya sama ada Melayu telah meluat kepada UMNO, beliau menjawab dengan tegas TIDAK.
Malahan beliau berkata UMNO telah menerima 1.3 juta keahlian baru.
Saya rasa di luar sana masih ada yang sayangkan UMNO.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu UMNO terus menjadi JUARA.
La ni bangsa lain tak perlu mengutuk UMNO dan Melayu, kerana ramai di kalangan kita yang berbuat demikian.
Apa dah jadi wahai bangsaku?
Jangan kita menangis kemudian UMNO dan Melayu jatuh kerana bangsa sendiri.
Mari kita menjadi macam orang Cina yang tetap bersatu mengndi DAP.
Ambil biasiswa dan tanah serta duit yang diberikan kepada sekolah Cina, tetapi nak mengundi BN langkah mayat dulu.
Utusan media yang diguna utk Psyop pembangkang .... itu kerja susah melibatkan satu organisasi media dan editor serta wartawan yang pro.... satu kerja senang bagi pemimpin umno yang berjawatan tinggi dan sederhana ialah..... saya nak cadang .... tolong repair air muka yang lebam-lebam tu supaya cerah dan senyum dengan kawan2 khususnya dengan kawan lama dan baru serta saudara yang dekat yang tiada kepentingan politik supaya dapat Psyop rakyat yang umno mesra pelangan ... muka macam musibat... bila jumpa taukeh cina automatik muka jadi cerah dan ceria .. manis macam madu lebah... kenapa... perkara yang kecil tetapi bawa impak yang besar... mereka akan jadi media kepada umno sebenarnya... kalau dah menyampah dan meloyakan siapa lagi yang nak "backup"...
ReplyDeleteYang saya meluat utusan ni adalah pada kolum awang selamat pada hari ahad. Agenda awang selamat ni saban minggu adalah menghentam Anwar Ibrahim sudah tentu lah cerita negatif sehingga saya berhenti membeli dan membaca utusan kerana meloyakan rasa macam nak muntahhh.
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteKedudukan nilai saham di bursa KL.pada 21 jam 12.17
Counter Nilai volume
Utusan 0.755SEN 20x100 unit
NSTP 2.46 563x100 "
STAR 3.50 2570x100 "
Apa nak kato ? ? ? ?
MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU ! ! !
truthfully, i think a majority of malaysians wants the whole country to change inside out , to defeat the incumbent UMNO BN whether as necessity or just follow the law of nature that says no one can last forever. You simply cant expect UMNO to be in power until KIAMAT.
ReplyDeleteJust as many moslems hope that USA will go down, removed from the superpower status and weakens, its the same feeling for malaysia athat BN cant be in power till the end because its simply defy logic.
China Communist will one day collapse and become something else, whether a democracy or another type of dictatorship...Burma will collapse, UMNO will collapse..
Congress party of India lost power, LDP of Japanese lost power....UMNO Malaysia needs to lose to conform the law of nature.....Tiada siapa pun hidup selama-lamanya, baik UMNO, mahathor, anwar mahupun DAP....semuanya kena ada naik turun....
Hidup ini macam Yo Yo.....
Jangan takut berubah.....
Nasib baik pembangkang kuat bolehlah BN betulkan banyak perkara kalaulah pembangkang lemah macam dekad2 sebelum ni memang kacau dibuatnya. Boleh aku bayangkan betapa hinanya rakyat dimata pemimpin BN. Pemimpin BN akan dilihat seperti maharaja yang bersultan dimata beraja dihati. Aku bayangkan Anwar jadi PM Najib masuk penjara bilik sebelah2 dengan Musa Hasan. Lepastu Najib dan Musa Hasan jadi Ketua pembangkang dan pembangkang yang berkesan memperjuangkan isu rasuah dan isu2 rakyat yang lain . Kedua2 mereka ini akan jadi pemimpin yang tahan dengan ujian getir selepas pembebasan mereka dari penjara. Biasanya orang yang sudah banyak kena "tource" lebih kuat dari orang yang memberi "tource" berjiwa besar dan berfikiran tajam.
ReplyDeleteBetul ke... pengorbanan kerajaan Perak bagi tanah kepada sekolah2 cina 1,012 hekar... luas tu.... takada idea lain ke nak pujuk supaya cina undi BN.... ramai yang terguris hati... cina mejoriti kaya senarai orang terkaya dalam malaysia di monopoli oleh cina. Persatuan cina kaya2 ... Duit bukan isu utama tapi tanah tu sedikit demi sedikit akan terlepas kepada cina dengan cara percuma... ini BENGONG punya toleransi...
ReplyDeleteAnon 15.45
ReplyDeleteMemang BENGONG punya toleransi.
Tak ada logik langsung.
Habukpun tarak. Lama-lama tanahnpun tergadai. Undi ciputpun tak dapat.
Ke-esokan harinya, nak ambil hati Melayu, bagilah 2,000 hektar kepada Sekolah Agama.
Tengok Si Guan Eng tu, semua gerai Melayu dirobohkan.
Kali terakhir di Bayan Baru.
Pemimpin UMNO buat dek je.
Amat menyayat hati.
Kebanyakan komen2 hanya berkisar kan perkauman. Dah 52 tahun memerintah negara, yang kaya sape? Cukong2 belaan umno dan pemimpin umno.Pergi lah ke bangsar, sri hartamas, kenny hill, bukit damansara, siapa majoriti penduduk disitu? Flet "low cost" rumah setingan, bangsa apa majoriti penduduk disitu? Selagi orang melayu masih mempunyai persepsi bahawa umno penyelamat melayu, selagi itu lah bangsa melayu takan maju..
ReplyDeleteKalau bangsa melayu nak maju, tak payah lah mengharapkan pertolongan dari mana2 pihak baru lah "kompetatif" Bangsa melayu akan lebih rajin, kreatif dan inovatif.Kita lihat macam mana pendatang asing am nya Indonesia yang datang ke malaysia pada awal 70 an.. mereka survival, hanya menjual dikaki lima kat chow kit dengan berbasikal.Sekarang kita dapat lihat berapa ramai ke mereka sudah mempunyai perniagaan sendiri, mempunyai kedai, restoran malah bangunan sendiri. Kita lihat saja di Kg. baru sebagai contoh terbaik.
Yang menjadi persoalan disini ialah rata2 rakyat malaysia sudah muak dengan muka pemimpin2 yang korup dan masih berluasa dan berkuasa. Tiada apa2 tindakan terhadap mereka. Seolah-olah mereka ini kebal undang2. Senjata utama mereka adalah, mereka adalah penyelamat bangsa. Habis semua harta negara dirembat.
Buka lah minda wahai orang melayu!!!
Kita rakyat malaysia adalah penentu siapa yang memerintah kita.
Bagi lah peluang pada PRakyat untuk sekali memerintah, supaya muka2 korup ini boleh diadili oleh makhamah yang lebih telus..
Sekiranya PR memerintah tetapi masih korup, kita tukar pula dengan BN pula. Sekurang kurangnya, BN 'wajah baru' dan muka2 yang rasuah dulu semuanya telah dihapuskan semasa pemerintahan PR...
Amacam? Brani?
Anak Malaysia progresif
RPK info,
ReplyDeleteFarah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General’s Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Yes, that’s right, Farah Azlina is bonking Saiful Bukhari. Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?
Just when you thought Sodomy 2 is a most bizarre case it gets even more bizarre. I suppose, to save face, they might now have to say that Farah Azlina, Saiful Bukhari and Anwar Ibrahim were all in it together and that they indulged in group sex or orgies.
Let’s see what happens from hereon. Will Farah Azlina still be retained in the prosecution team? Who she bonks is her business. But since Saiful Bukhari is the man who is going to testify against Anwar, then this would be conflict of interest of the first degree.
Utusan Melayu....dah jadi... Utusan Meloya... tapi penyakit aku ialah tetap beli sebab nak tengok tahap penurunan Psikologi UMNO... Sayang kepada Parti kuat tapi menyampah dengan tokoh2 umno... entah siapa yang nak dipandang. Sejak Ezam dan beberapa tokoh PKR sokong UMNO ada kik sikit...tokoh2 lain lumpuh "Over use".... orang muda nak ubah rasa....
ReplyDeleteBro,daripada membazir wang membeli Utusan Malaysia, lebih baik gunakan wang itu untuk membeli Apam Balek. Kenyang perut aku.
ReplyDeletedin
anon 17:14 cakap betul....
ReplyDeletepekerja buruh indonesia lebih mahir dari org melayu , kenapa.....harus ingat jangan anggap semua orang indon miskin dan x berpelajaran....
yang dtg cari kerja kt malaysia org2 miskin, terlalu ramai penduduk di Indonesia...middle class indoneisa kalau lawan orang melayu kt malaysia, memang kalan orang melayu sini...
kenapa begitu??
UMNO telah malas-kan org melayu, asyik bagi tongkat, majoriti melayu sudah x tau berdikari...
tgk pada skill orang indonesia....boleh bina bangunan tinggi2, ada kemahiran masonry, kerja besi, etc....kalau panggil orang melayu buat tahu bikin ker???
msia dapatlah stadium badak runtuh, ceiling runtuh, crack MRR2...saya percaya orang Indonesia kat sana pun memandang rendah kat org melayu sini pasal majoriti malas dan xde skill dan suka alibaba, kaki enjoy dan dangdut....orang indonesia rajin, sebab itu boleh maju x kira mana mereka berada.......
orang filipina sama dengan malaysia...dalam filipina pun gov rasuah kuat, sebab tu majoriti yg ada skill lari kerja luar negara dan htr wang balik....sama seperti malaysia...tanya je brp puluh ribu org melayu kerja overseas....saya tahu sebab saya kerja overseas jugak...
Quiet Despair...masalah kat Penang tu berlaku zaman UMNO+Gerakan lagi...tapi la ni depa tuduh Pakatan Rakyat pulak...dahla menang banyak kerusi UMNO tapi bagi Gerakan kuasa...
ReplyDeleteBodoh punya Melayu...Orang Kelantan 99% Melayu tak nak pulak bantu dengan bagi royalti tapi dok tindas lagi ada la.
Bila Terengganu jatuh ke PAS tukar jadi duit royalti...ni nak ajak perpaduan Melayu hapraklah UTUSAN dan UMNO...kah kah
AntiHipokrit
Anak Malaysia progresif
ReplyDeleteBukan tak berani? Simply said Tak Ingin.
Tak Mahu kasi can kat PKR.
No. Never.
Schenker78
If you talk, I believe.
but if it's RPK, no siree.
All of what he wrote are lies, lies and more lies.
Apa jadi dengan tunang Saiful si Jannah tu? Kesian dia.
Dahlak kena buang kerja dari Bernama.
Saudara aspan,
ReplyDeleteSaya membaca Utusan kerana ia merupakan 'nadi" bagi masyarakat Melayu. Pda orang seprti Guan Eng, memanglah Utusan "perkauman" kerana perjuangkan orang Melayu.
Pada Guan eng atau Anwar, akhbar yang ideal mestilah tak boleh pertahankan hak masyarakat Melayu. Lebih ideal kalau bantai orang Melayu atau memperlecehkan hasrat orang Melayu.
Namun, apa yang saya dapati ialah Utusan tidak pernah pertikaikan hak masyarakat bukan Melayu. Hak Melayu dijaga namun pemimpin UMNO juga ditegur.
Maknanya Utusan tak fanatik. Tapi saya faham hasutan berterusan supaya orang melayu diajak membenci suratkhabar yang perjuangkan nasib Melayu sendiri.
Kalu kita baca Nanyang siang pau, kita juga dapati mereka condong pertahankan oranng Cina.
Ada yang bertanya kenapa Utusan asyik hentam Anwar. apa salahnya? Bukankah pemimpin UMNO selalu dihentan dalam masjid dan akhbar Rooket dan Harakah.
Saya pun menyampah tengok perangai anwar. Bagi saya dia adalah manusia yang penuh dengan sikap pura-pura. Dia terlupa segala kemuliaan dan kemewahan didunia diperolehi hasil dari perjuangan UMNO. Dia sanggup mengkhianati Pak Lah yang banyak berjasa di awak karier politiknya. Kalau tak kerana pengaruh Pak lah, orang UMNO pun tak mahu dia jadi calon Permatang pauh 1982.
Dan saya juga baca Harakah dan blog. Dan banyak saya dapati "hampas". Orang Islam sudah diingatkan dalam AlQuran akan bahaya berita fitnah dari orang fasik.
Malangnya orang Melayu walaupun fasih sebut "fitnah lebih dahsyat dari membunuh" tatapi mereka suka mendengar fitnah . Lebih malang lagi mereka suka tokok tambah cerita bukan bukan.
Maka kerana tiada imanlah kita boleh dengar penceramah kata Dr Mahathir lihat filem lucah bersama cucunya . apakah penceramah tersebut mengendap Sri Perdana.
Kerana kurangnya iman maka kita percaya bulat bulat apa yang RPK cakap. Walhal peringatan sudah diberi oleh Allah SWT.
RPK menjalani kehidupan yang "terpesong'. tiada didikan ugama. Keluarga hancur , anak cuba bunuh diri . Dan inilah sumber berita yang kita agung-agungkan.
Dan sekarang Schenker 78 cakap Saiful ada hubungan dengan satu wanita . Mesejnya dia sengaja buat fitnah? Betulkah? Siapa sumber berita Schenker78.
Hati-hatilah bila terima berita dari orang fasik, munafik.
Saudara Aspan,
Maaf saya kalau berkata yang saudara punyai satu sikap buruk iaitu bersangka buruk sesama Islam. Sikap saudara dan orang seperti saudaralah yang banyak gagalkan sebarang usaha untuk "damaikan" dua parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO dan PAS.
Najib berkata benar bahawa UMNO dalam keadaan kuat. Tiada siapa boleh nafikan memandangkan UMNO ada 78 kerusi berbanding PAs( kalau tak silap 24).
Kenapa saudara kata UMNO terhegeh hegeh untuk berbaik dengan PAS . salahkah menyambut usaha perdamaian yang digesa oleh Mufti Perak.
Adakah saudara tahu apa yang berada dihati Najib, Muhyidin misalnya untuk saudara buat andaian yang mereka mahu perkenakan PAS. Terlalu zalim sangatkah UMNO?
Adakah satu dosa untuk menghulurkan salam perdamaian. apakah salah untuk UMNO dan PAS "bercakap" dalam satu suara berkenaan "kalimah allah" misalnya.
Fakta yang selalu PAS cuba nafikan ialah jika ia "jujur" mahu tegakkan Islam di Malaysia , PAS mesti dapat kerjasama UMNO yang merupakan parti terbesar Islam di Malaysia. Justru itu, bolehkah PAs "melunakkan suara" untuk berdamai.
Tentu boleh kan. Kalau dengan DAP yang terang terang tak dapat terima Islam pun PAS sanggup bekerjasama( atau jadi kuli), maka apa salahnya berdamai dengan UMNO.
Bukan suruh bubarkan PAs. Cuma terimalah hakikat yang UMNO juga punya matlamat sama untuk kepentingan Melayu.
Nasarudin "tantawi( nama sedap )kata PAS sanggup bekerjasama dengan UMNO walaupun dulu pernah dikhianati oleh UMNO semasa dalam kerajaan dulu. Yakah? Setahu saya kedua-dua pernah buat silap berebut pengaruh di FELDA. Jadi bukan salah UMNO saja.
itu bukan tulisan saya,
ReplyDeletesaya ada kata kat sana itu sumber dari RPK....
bagus la, kamu ikut jer kata2 APCO Najib dan APCO yahudi utusan..
orang macam awak memang buta.
awak pi suruh najib jual balik kapal selam yang x boleh selam tu kepada peranchis dan suruh razak baginda pulang balik duit komisyen 500juta kepada pembayar cukai.
Mungkin kapal selam berpuaka kot ada hantu altantuya, asyik rosak jer.
beli submarine nak lawan negara mana?? ASEAN patut aman ker berperang?? Kapal selam Itu sebenarnya nak kasi orang2 macam awak syok masa pameran LIMA langkawi jer...sama seperti mahathir bodoh beli fA-18 dgn USA tapi tak boleh launch missile pasal USA x bagi source code. Bodoh betul TUDM ni...
Saudara schenker,
ReplyDeleteBahasa melambangkan bangsa. Yamg indah itu budi. yang cantik itu bahasa.
Jadi silalah jaga lidah jika mahu dihormati . Btulkah kapalselam tu rosak? Siapa cakap?
Salah ke beli kapalselam? Simgapura pun ada 4 kapal selam. Ada awak tanya Singapura nak lawan negara mana?
Grow up, bro. Just gow up. For your own sake.
Bro,
ReplyDeleteSingapore ada beratus lah fighter jet, semuanya disimpan di australia dan berbagai negara lagi..tak payah nak ikut apa yang singapore ada. Singapore negara debt free..takde hutang.
Militarily malaysia are way behind singapore..the only way, we should find alternative way in order to counter singapore milatarily..such as missile technology..
it's not wrong to explore in submarine technology..it's a matter of sincerety and honest..
Ini beli kapal selam ada personal interest..kalau fitnah, french authority tak bukak file lah bro..Depa bukan bodoh tapi very independent.
Cakap pasal intergrity and accountability, mat saleh western lagi islamic lah..
Apa cerita mahligai Khir toyo rm24mil?, PKFZ? TBH? Eurocopter?Stadium runtuh? banyak lagi kalau nak bagitau..Berbilion bilion ,Kalau pembankang, pasal kek TGNA pun jadi berita utama oleh utusan. Cerita pasal anwar liwat dimuka depan sampai dalam kelambu pun citer...anak2 pun tanya apa maksud air mani kat lubong jubor ayah? pasal mengaibkan orang utusan champion!!!
Kalau media pembangkang fitnah, mengapa tak saman jer..Bukan kah keputasan makamah mesti dapat arahan dari umno...apa takut, gerenti menang punya..
Cukuplah jadi pembela melayu selama 52 tahun, sampai NEP utk 30% bumiputra tak tercapai-capai? kira fail lah umno..Ini semua rhetorik. Bottom line, kaya kan diri sendiri dan kroni..
Cukup lah melayu kena tipu..melayu alaf baru mahu cabaran, tak perlu bantuan dari mana2 pihak..kita bole berdikari dan dah lama "Merdeka" dari umno
Anak Malaysia Progresif
kapal selam x rosak...siapa x cakap....kawan kau le, rockybru punya malay mail yang dedah dulu....rockybru pro umno....bukannya pakatan atau RPK....
ReplyDeleteawak ni reti baca paper ker??? atau x faham bahasa????
Kapal selam dah berhantu...padan muka...
Kat Paris, siasatan dan dimulakan oleh polis peranchis, tak lama lagi najib, razak baginda akan diheret jawab kat sana....padan muka...
orang ada sebut altantuya , razak baginda dan nejib bertemu di expo di singapura...boleh jadi singapura ugut orang tertentu supaya negara dia boleh untung....tanah ktmb pun dah lesap...awak tanya la orangnya...pi ceramah Mat Sabu, biar dia basuh otak awak sikit...
Saudara schenker,
ReplyDeleteTak apalah saudara schenker. teruskan dengan apa yang saudra mahu dengar dan mahu percaya.
"orang ada sebut altantuya..." Orang mana. siapa dia?
Dan Mat Sabu, bukankah dia sebut "anwar Aljuburi..". Dan bukankah dia juga cabar Dr Mahathir pecat anwar satu ketika dulu.
Tapi kalau anda masih mahu percaya pada Anwar atau Uncle Lim yang robohkan Kg buah pala, nak buat macam mana.
Peristiwa memali maseh lekat dalam fikiranku
ReplyDeleteshamsul anwar,
ReplyDeleteKg Buah Pala, roboh roboh lah....
Koh Su Kon dan kuncu2 dia yang luluskan...walaupun penduduk kat sana wajar dapat pampasan, tapi lama 2 mereka jadi tamak, mahu rumah mewah lah, mahu tanah lagi...lepas dihasut UMNO MIC...yg sudah dapat pampasan baguslah....yang x dapat pasal UMNO menhasut, padan muka mereka...
Orang Tamak selalu Rugi....
Awak kenapa nak mainkan sentimen Kg Buah Pala. Apa aku peduli....Aku nk tengok kat orang yang curi berbillion 2 masuk penjara, buat apa aku peduli hal2 lain....faham????
Apasal kamu semua syok sebat perempuan Pahang minum arak tapi tutup mata kat pemimpin UMNO yang minum termasuk anak Nejib di USA, anak Nazri yang gambarnya berlambak kat internet, anak 2 kerabat tertentu.....pi sebat mereka ni dulu ... Bole????