Seronok juga saya hendak mencelah dikalangan ramai yang menyentuh tentang isu DEB dan kesannya serta apa sebenarnya yang menyebabkan dasar itu dianggap berjaya oleh setengah pihak dan gagal bagi setengah pihak yang lain. Masing-masing ada alasan sendiri.
DEB merupakan dasar yang unggul jika dilaksanakan dengan baik. Semasa dasar ini mula-mula dilaksanakan ianya berjalan dengan baik tanpa ‘complain’ mana-mana pihak termasuklah orang-orang bukan Melayu. Masalahnya sekarang ramai yang memandang DEB itu sebagai sebuah dasar yang diadakan khas untuk orang Melayu dan Bumiputra sahaja, tanpa memikirkan apa sebenarnya tujuan dasar itu diwujudkan. Kalau kita ikut mengikut ‘step’nya yang betul dasar ini tidak sepatutnya menjadi siu sekarang ini, apatah lagi dasar itu sudah tiada lagi.
DEB mempunyai hanya SATU matlamat; iaitu Perpaduan Kaum dinegara ini. Itu sahaja tujuan dan motif kewujuddannya. Pemimpin politik dan pemikir-pemikir negara semasa itu melakukan ‘soul searching’ yang mendalam untuk memperkenalkan dasar baru ini.
Kewajaran dasar ini diadakan amat dituntut bukan sahaja oleh Bumiputra tetapi juga bangsa –bangsa lain kerana mengadakan dasar yang bermatlamatkan Perpaduan Rakyat itu amat mendesak. Hasil dari kejadian 13 Mei ’69 membuktikan kepada semua pihak yang perpecahan dikalangan rakyat tidak akan membawa makna kepada kemerdekaan negara kita. Perpecahan dan pergaduhan berdarah tidak akan memberi keamanan kepada negara jauh sekali untuk memajukan negara bagi pengisian kemerdekaan itu.
Saya tidak mahu lagi untuk mengulas secara ‘detail’ tentang rupa dan bentuk dasar ini kerana saya telah menyentuhnya banyak kali sejak 2 tahun yang lalu.
Kesedaran semua bangsa tentang pentingnya perpaduan rakyat ini maka pemimpin-pemimpin yang diketuai oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin parti-parti kerajaan dan pembangkang semasa itu (PAS dan Gerakkan) telah bersetuju yang satu tindakkan ‘affirmative’ wajar dilaksanakan untuk menentukan hidup matinya rakyat dan negara kita yang sudah mencapai kemerdekaan.
Apakah proses-proses yang ‘affirmative’ untuk pencapaian perpaduan rakyat tadi? Jawapannya ialah; menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan Agama. Selain dari itu ialah untuk menghapuskan cara dan kaedah mengenali sesuatu kaum itu mengukut fungsi ekonominya. Ianya juga bertujuan untuk merapatkan jurang pendapatan diantara yang berada dan tidak berada dan beberapa lagi tindakkan yang terpaksa diambil yang dipersetujui bersama diantara kaum-kaum dinegara ini.
Yang disebutkan dalam para sebelum ini hanya lah proses-proses kearah pencapaian matlamat perpaduan rakyat tadi. Bagaimana pula proses ini dilakukan?
Pertamanya dasar ini mengakui bahawa kemiskinan merupakan isu yang sangat besar untuk diselesaikan. Oleh kerana kaum Bumiputra rata-rata adalah kaum yang miskin yang terjebak dengan fugsi ekonomi mereka sebagai petani-petani dan pekebun kecil maka prose untamanya ialah dengan menentukan Bumiputra dibahagikan quota 30 peratus penyertaan dalam bidang perniagaan dan industri.
Yang 30 peratus yang hendak diberikan kepada Bumiptra itu bukannya dengan mengambil atau merampas hak yang sudah dikuasai oleh kaum lain. Caranya ialah dengan membesarkan kek ekonomi negara dan dalam proses itu banyak lagi tindakkan ‘affirmative’ dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.
Kerajaan yang begitu komited dengan dasar ini dalam masa yang sama telah membina syarikat-syarikat tajaan kerajaan yang dipangil sebagai ‘Public Companies by Guaranttee yang sekarang dipanggil GLC. Syarikat-syarikat ini ditadbir oleh ahli-ahli koporat yang sama-sama komited untuk menentukan kejayaannya dan dikalangan mereka tidak ada atau tidak menjadi budaya utuk memperkayakan diri mereka sendiri seperti yang begitu lazim berlaku dimasa ini.
Disetiap Jabatan dan Kementerian pula dan disertai oleh Bank-bank tempatan dan Bank-Bank asing unit penyertaan Bumiputra bagi membantu kaum Bumiputra untuk memulakan atau untuk membesarkan perniagaan mereka. Sekarang ini unit-unit ini telah dihapuskan sejak pertengahan kepimpinan Mahathir kerana pemimpin ini sudah mula bercakap tentang ‘meritocracy’ dan mahukan Bumiputra bersaing secara adil dan membuang ‘tongkat’ yang telah disediakan oleh DEB itu.
Bagi ramai termasuk diri saya yang kebetulan bekerja disalah sebuah syarikat kerajaan untuk membantu Bumiputra meningkatkan penyertaan dalam bidang industri dan ‘commerce’ menentang saranan Dr M ini. Kami berpendapat jika tidak mahu pakai ‘tongkat’, maka wajar tongkat itu disimpan bukan dibuang, kerana kemungkinan suatu hari tongkat ini berguna untuk kita.
Dr Mahathir adalah seorang ‘strong believer’ yang DEB itu memberikan banyak halangan kepada pembangunan pesat negara. Beliau percaya yang pembangunan secara fisikal itu adalah merupakan elemen ‘nation building’ yang mampan sedangkan pembangunan fisikal itu hanya merupakan elemen yang begitu ‘fractional’ jika kita sebut istilah besar ‘nation building’ itu.
Dr Mahathir tidak mengambil berat tentang pembinaan sikap yang betul untuk menyambut pembangunan fisikal yang pesat itu. Asalkan sahaja negara menampakkan pembangunan fisikal yang besar, tidak perlu diambil tahu kesan sampingan seperti rsauah dan salah gunakuasa yang berputik dengan pantas dizamannya.
Sekarang terbukti ‘tongkat’ kita yang sudah buang jauh itu belum tentu kita akan dapatkannya kembali dengan kelemahan pimpinan pada hari ini. Ibrahim Ali dengan PERKASAnya menjerit-jerit untuk dipulangkan ‘tongkat’ itu tetapi pentadbiran sekarang menambah lagi luka yang dialami oleh orang Melayu dengan konsep yang mengelirukan, iaitu 1Malaysia.
Saya tidak terkejut yang orang Melayu dalam masa yang agak singkat dari sekarang ini, akan menjilat luka mereka sendirian. Luka itu kian hari kian mendalam dan hampir semua mengalaminya.
Semasa DEB sedang rancak dilaksanakan kita melihat setiap rakyat bekerja keras untuk menjayakannya termasuk kaum bukan Bumiputra kerana mereka sendiri mendapat laba yang besar dengan dasar itu. DAN jangan dinafikan yang perkembangan ekonomi negara semasa itu benar-benar bersandarkan kepada DEB dan DEB lah yang telah meletakkan asas ekonomi yang kukuh bagi negara.
DEB telah meningkatkan orang Melayu didalam bidang pengurusan syarikat-syarikat awam yang besar dan syarikat-syarikat tersebut telah mengambil ‘initiative’ untuk memperkenalkan ‘management trainee program’ bagi menyediakan jumlah penyertaan Buniputra didalam pengurusan syarikat-syarikt mereka. Semasa itu kita melihat ramai eksekutif Melayu yang duduk didalam penguran syarikat-syarikat tersebut.
Hampir semua syarikat awam semasa itu ada bilangan eksekutif Melayu dan Bumiputra bagi bersama-sama menjayakan niat DEB itu. Badan-badan dan agensi kerajaan pula memberikan dokongan untuk menambah bilangan professional dan separa professional dengan menghantar ribuan anak-anak muda Melayu kedalam institusi pelajaran tinggi didalam dan diluar negara.
Tengku Razaleigh telah mengeluarkan ribuan biasiswa melalui Bank Bumiputra untuk anak-anak muda belajar diluar dan dalam negara. Beliau telah meminta PERNAS mengeluarkan biasiswa untuk tujuan yang sama. Begitu jugalah PETRONAS telah mengeluarkan ribuan biasiswa semasa beliau mengetuai penubuhan syarikat petroleum nasional itu dan seterusnya menjadikan PETRONAS sebagai mana yang kita nampak pada hari ini.
Pelajaran dan pendidikkan merupakan jalan yang terbaik bagi kita untuk membangunkan bangsa kita maka itulah sebabnya ia diberikan tumpuan semasa DEB berjalan lancar malahan pendidikkan ii bukan sahaja perlu ditekankan semasa DEB sahaja malahan buat selama-salamanya.
Sekarang ini setip mahasiswa dinegara kita ini terus sahaja berhutang apabila masuk kepusat pengajian tinggi dengan jumlah yang besar dengan pengenalan PTPTN. Sepatutnya jika sesebuah negara itu benar-benar maju pelajaran sepatutnya menjadi percuma atau perbelanjaan yang nominal sahaja.
Dinegara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma; begitu juga dinegara Jerman. Disini situasinya terbalik; lagi maju lagi susah nak hantar anak-anak keUniversiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Pulhan ribu siswazah yang belum mendapat pekerjaan sedang menghadapi tindakkan mahkamah hasil tindakkan PTPTN ini. Ini dikatakan negara maju.
Jika PETRONAS boleh melakukan ‘bail out’ untuk syarikat Mirzan Mahathir dengan jumlah hanpir 1.5 billion ringgit kenapa PETRONAS begitu kedekut untuk membiayai pembelajaran anal-anak Melayu kita? 1.5 billion yang diberikan kepada Mirzan itu boleh menampung puluhan ribu anak-anak Melayu keluar negara untuk mengambil bidang-bidang yang sesuai untuk pembangunan negara.
Kenapa mahal sangat untuk ‘maintain’ seorang PM itu? Saya pun tidak faham walaupun kita boleh agak-agak kenapa keadaan jadi begitu.
Tetapi bila rakyat marah dengan tindakkan yang tidak amanah dan betangjwab ini rakyat pula dimahi dan ada diantara yang bersuara akhir masuk kedalam tahanan diSg Buluh. Itu namanya Merdeka.
Jadi DEB itu merupakan dasar yang oleh diguna pakai sampai bila-bila kerana dasar itu adalah untuk semua disamping mengimbangi pembahagian ekonomi negara secara ‘equitable’ bukannya ‘equal’ seperti dinegara-negara komunis.
Walupun DEB hanya diberikan tumpuan sehingga 1984, penyertaan Bumiputra didalam bidang industri dan pemilikkan equiti mereka meningkat dengan pesat. Pegangan Bumiputra telah meningkat kepada 18.2 peratus dari 2.7 peratus pada tahun 1970. Tetapi sejak 1984 itu peningkatan equity Bumiputra sangat kecil dan tidak berpadanan dengan laungan kejayaan yang kita dengar. Kini pegangan Bumiputra hanya disekitar 20 peratus sahaja.
Tetapi setelah Dr M melantik ‘our great Daim’ menggantikan TR sebagai peneraju ekonomi negara maka Dr M menjadi selesa untuk melaksanakan agenda penbangunan tidak teratur dan DEB mula dilacurkan.
Dari waktu inilah projek-projek runding terus dilaksanakan dengan harga yang gila-gila. Ada orang yang hendak menjadi kaya raya. Pedulikan DEB dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin sudah mula dilatih untuk menghampiri perniagaan besar dan pemimpin-pemimpin ini akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek untuk rakyat.
Akan meleleh air lior mereka apabila nampak projek-projek ini, seperti anjing nampak tulang. Budaya kronism mula bertapak kerana hanya melalui kronism sahaja boleh mendapat kekayaan. Kalau dahulu ‘special privilege’ berkait dengan Bumiputra yang marhen dibawah-bawah ini, tetapi dari saat itu Bumiputra merupakan orang yang rapat dengan PM dan Daim sahaja. Mereka adalah dikalangan ‘the rich and the famous’. Berurusan dengan orang yang miskin susah untuk mendapatkan kekayaan.
Peluang yang sepatutnya dinikmati oleh Bumiputra yang ramai, peluang ini diberikan kepada Bumiputra yang lain. kali ini definasi Bumiputra pun diubah. Diantara mereka ialah Halim Saad, Ananda Krishnan, Yeo Tiong Lay, Quek Len Chan, Daim Zainuddin, Vincent Tan, Tan Sri Arumugam dan ramai lagi nama yang sudah disisipkan kedalam senarai Bumiputra. Mereka merupakan super bumi yang mendapatkan kekayaan dengan menghisap darah melalui sistem kronism yang menebal.
Dizaman Mahathir dan Anwarlah kita melihat penggiat kewartwanan menjadi proxy kepada yang memimpin dan adalah diantara wartawan yang menjadi kaya raya kerana berhubung rapat dengan pemimpin yang bersama-sama hendak menumpang menjadi kaya raya secara senang.
Mungkin itu lah cara yang terbaik untuk membangunkan negara; iaitu melakukan sesuatu tanpa memberikan perhatian kepada moral. DEB yang begitu baik disusun menjadi beban kerana ketidak tulusan perlaksanaannya yang dilaksanakan oleh perlaksana dan pemimpin yang bersekongkol dengan mereka.
Sekarang ini apa dasar pun tidak akan dapat dijayakan kerana dikalangan pemimpin-pemimpin masing-masing ada agenda mereka sendiri; baik DEB atau pun MEB. Disorong salah ditarik pun salah.
Mereka mereka yang mendapat kesenangan melalui kronism ini kebanyakkannya menjadi sombong dan tidak malu mendabik dadak sambil berkata, ‘whatever I touch will turn gold’.
Sebagaimana yang selalu saya katakan kejayaan rejim ini hanya satu; iaitu membentuk masyarakat yang tidak ada malu dan tidak beretika. Pemimpin-pemimpin pun sama; tidak malu menayangkan mahligai yang mereka perolehi dari kerja yang tidak bermoral itu.
Itulah kejayaan yang dibangga-banggakan oleh pemimpin dan penyokong kepimpinan sekarang ini. Tetapi kenyataannya, rakyat sudah berpecah belah, dan tidak ada siapa pun yang sanggup menerima dan mengambil ‘accountability’ terhadap perpecahan ini.
Perpecahan yang dialami rakyat ini merupakan kegagalan mutlak bagi DEB kerana pemimpin negara sendiri tidak menghormati dasar yang telah dibina oleh pimpinan semasa dahulu.
Saya sokong bahawa DEB gagal.
ReplyDeleteGenerasi Melayu Islam terdahulu yang diberi kuasa dan ada pengaruh keseluruhannya mengambil peluang untuk kepentingan diri sendiri, tidak untuk memperkembangkan untuk generasi Melayu Islam akan datang.
tuan Aspan,
ReplyDeleteTuan JANGAN marah sangat2 pada Mahathir.. ya lah TuaN.. Lepas PRU 13 kita lantik TRH jadi PM.. Lepas tu kita rombak dasar menolong MElayu.
tuan pun skarang dah ok...Kah kah kah ..
Selayang..
Sedangkan sungai lagikan berubah, Takkanlah lah kita tidak berubah.
ReplyDeleteKalau UMNO kuat pun Rosmah yang beruntung. Kita tak kemana juga.
marlon brando
Aslm Sir,
ReplyDeleteWikipedia define the word "policy" as "a principle or rule to guide decisions and achieve rational outcome(s). The term is not normally used to denote what is actually done, this is normally referred to as either procedure or protocol. Whereas a policy will contain the 'what' and the 'why', procedures or protocols contain the 'what', the 'how', the 'where', and the 'when'. One cannot describe the NEPolicy any better than something that only have the "What and Why" without (intentionally or unintentionally) the existence of the "how, the where and more importantly when".
Being a policy (and not a protocol or even procedures) NEP was open to abuse (and it was abused, horrendously at that!) Interpretation, implementation and control of NEP was hijacked by those who sees the potential of NEP as a tool of discrimination, oppression and worse "carte blance" robbery of the nation's treasury!
NEP by definition is just a policy introduced by the government of the day with the purpose of poverty eradication of all races (which by virtue of being a policy has a shelf life and life expectancy) and thus it is wrong and malicious for anyone to associate or to impose it's existence as a valid progression born out of a constitutional right or even of a "social contract". Anyone who dares to imply that a policy or any policy has the same status as a constitutional clause is simply lying with the intention of pursuing an agenda that is most obviously contrary to the spirit and soul of our constitution.
NEP was thought to be a good policy (for the eradication of poverty for all races) at its inception but a policy is only as good as its implementation. Going by the numbers provided by the government, it is evident that NEP is largely a failure (i.e RM52 Billions allocated for the Malays under NEP, most of those funds when missing, misappropriated and even horded by the ruling malay elite). And to make matter worse, the large segment of poor and destitute Malays were left holding the blame and the disgrace of being called "malas", tamak, boros and ungrateful, whereas in reality, those unfortunate segment of the malay society never received or even smell a single sen of the RM52billions fortune.
From the inception of NEP (Tun Razak as PM) until Tun Hussein resignation, the malays control of the economic pie was thought to be at 18% BUT even until the end of TDM rule (another 22 years went past), the aim of 30% (the magic number) was never achieved. In fact during TDM rule, the 18% holding of the malay only increased a pathetic 1% (1% increase over 22 years is ridiculous, even a snail can move faster and further than that!).
Continue..1 of 2
Continued..2 of 2
ReplyDeleteIt begs the question "Where did the money go during the 22 years?" TDM knows and the ruling elite (read UMNO top leaders) knows but many of the malays (read Perkasa member) never even comprehend or realised its significance and thus some of those uninformed Malays still pine for the NEP and the potential that it might have. Sadly, they failed or in actuality did not want to admit that the policy was hijacked and the money was stolen in broad day light and in front of their eyes. They are in denial to the fact that the malay leaders are the reason for NEP failure and not just any leader. To be specific it’s the UMNO leadership who are the main cause for the total failure of NEP (which means that Ibrahim Ali is party to the failure too). And that is why majority of Malays (those outside Perkasa) felt incredulous for the call to reinstate a fail policy (NEP) and no less that call is coming from Ibrahim Ali and TDM, who share a large part of the blame for its failure.
Up till now, they (UMNO and Perkasa members) are still denying the fact that their leaders (not the non malays) are responsible for the failure and the hijacking of the NEP. And because of the denial syndrome, many still insist and most of them falsely equate a policy to be the same as a right. And at the same time (behind their back) their (false) leader (the culprit who cause NEP total failure) were laughing all the way to the bank with the bounty that was supposedly meant for them. I pity those Malays who still are still in denial and who are still docilely subservient to those unscrupulous and immoral thieves they call leaders.
Instead of shouting and foaming at the mouth calling for the preservation of NEP, those malays should analyze the NEP in detail (the weaknesses and the abuses). Find out those culprit responsible for the swindling of hundred of billion and hang those leaders to dry. Then propose a new policy or guidelines or even a better procedure that not only take care of the majority poor malays but at the same time protect the need of the poor non malays Malaysian as well. If you want other races to respect the need of the malay then we, the malay need to respect the need of other Malaysian citizen (the poor) too. Being magnanimous will endear the non malay to the malay cause much better than a raised “keris” or a police report with the removal of citizenship being the sole aim.
Frequent call to revoke the citizenship of people from other races or insulting our fellow citizen by asking them to go back to their ancestral nation is not only against the malay culture , it is even against the basic tenet of justice and freedom espoused by our religion. What happen to these so called malay (muslim??)warrior? They fight for “ghanimah” ONLY and no longer believe in truth, justice and fairness (Islam)? May GOD open up their eyes and let them see the truth.
May GOD bless Malaysia and its people.
Nick.
Tuan.
ReplyDeleteKemarin saya berpeluang menonton PM Singapore beri ucapan hari Merdeka Singapore. Bermula dengan bahasa Malaysia lebih baik dari MCA/gerakan/Dap. Amat bagus dia jelaskan hala tuju dan permasalah rakyat. Bila bercakap pasal tokoh2 terbilang di tunjuk gambar TPM Rajaratnam/TPM Goh sdgkan kita tahu bapa dia Lee Kuan Yew banyak berjasa TAPI di tak cakap pun. BUKAN macam NAjib Cerita pasal bapa dia. Anak2 daia termasuk Nazir cakap dpn Cina dia pun pendatang dan BEB tak perlu... Bodoh punya anak * * *
Anak Suadara Yusuf Ishak
Tak usah la nak cakap pasal Hak Melayu. Harta Masjid pun mereka kebas.. tengok aja tanah masjid di JPJ Danau Kota. Mereka beri pada Mah Sing untuk buat Mix Development. Semua orangnya melayu buat kertas kerja. JKIM/MUIWP/Datuk Bandar/UMNO dan libatkan Agong dah Setuju serah pada Mah Sing. Ini semua dah makan suap. Tanah 5 hektar buat hostel sekangkang kera.
ReplyDeleteJika perlu saya ada semua dokumen.
Melayu Kecewa
nick,
ReplyDeleteI feel so fascinated knowing that you help me to elucidate what i meant in all those writing about the abuse of power especially towards the tail end of NEP implementation.
Of course your understanding of the issue makes you very clear in your explanation.
As you have rightly said, NEP was abused and bastardized by the Malay elites who took away what were meant for the ordinary Malays who needed it very much.
The abuse over the 52 billion allocation for the Malays by the Malay elite was certain to happen in from of Mahathir's naked eyes but as I have said earlier Mahathir had no passion for this policy as he had planned all he wated to see to happen while he was in power.
In any implementation of any policy the honesty of the implementers was of utmost importance. Implementation Co-ordination Unit (ICU) of the PM's department was the most important department which was so focused in wanting to see the policy was implemented in proper and acurate manner.
Everyone was all out to see the policy got its way to the target, and that was why when this set of leaders and implementers were still there, the figure went up to 18.2 percent and incidentally I was personally with the figures day in day out as part of my duties while in PNB.
BUT the marginal increase of the figure was so negligible once the 'great Daim' took over the mantle of implementing the policy in June 1984. In 1990 the figure was still stuck at below 19 percent.
So there is a different kind of result with 2 sets of leaders and implementers. TR was the man who initiated a lot of policy that the cabinet decided and all went well while he was there.
BUT the set which succeeded him was all out to divert and bastardized the holistic policy.
So nick, what do we do?
Nick,
ReplyDeleteI must salute you for a well written piece. This is in essence why the NEP FAILED.
In short, the ruling Malay elite betrayed the majority Malays/non-Malays to enrich themselves. They only give crumbs to the rakyat. They are the real traitors.
But sadly many Malays are still obsessed with TDM and the NEP. If you do the same things repeatedly and expecting a diferrent result everytime, then you are mad.
Bro Aspan,
I think many UMNO top leaders knows what needs to be done. But sadly these leaders are mostly insincere, self-serving, dishonest, in denial, greedy and corrupt.
Put simply : there is no political will to change and do the right thing for the good of the country. And I blame TDM for inculcating this bad culture for the past 22 years especially after 1987 when he almost lost to TRH. Under the above circumstances, is it wrong for the rakyat to vote PR for a change? UMNO is not carved in stone.
You asked "So nick, what do we do?"
ReplyDeleteBro, isn't the answer obvious? Throw BN/UMNO out lah.
nick,
ReplyDeleteI have been following aspan's thinking and I do accept that his openness in his opinion is well intended.
With yr substantiating argument make this blog slowly but surely to become the references of many people who want to understand all issues with real and accurate factual argument.
Please continue yr participation in this blog.
There won't be a Merdeka we are celebrating tomorrow without UMNO.
ReplyDeleteSo for once, please write something good about UMNO.
Give credit where its due.
UMNO is about successes too and not only failures which you are fond of portraying.
Quiet Despair,
ReplyDeleteToday's UMNO wasn't in existence when we achieved independence. The first President is still living my boy.
Lee
Asalam tuan aspan, Tak perlulah kita bincang dasar deb atau nep, mungkin semua dak maklum dan mengerti tentang deb. Maklamat dan tuju hala memang bagus dan kemas, namun perlaksanaan penoh dgn kejahilan. kegagalan deb segala berpunca org melayu dan bumiputra, umno.
ReplyDeleteSebenar rakyat sudah menjadi jemu dgn dsar yg tidak konsisten yg di bentang oleh pak menteri kita, najib dgn wan malaysia, mohidin dgn dasar pendidikan nya, kali2 ada pak menteri baru, ada sahaj yg berubah, rakyat pun naik bingong, sepatut dasar yg sedia ada di adjust sikit, mungkin perubahan sesuaisana. Tuan aspan, betullah kata org umno gigi nya sudah tua. kalau nak gigitpun tak tajam lagi, Apa tidaknya hari2 main gendang perkauman dan ugama ? Idea sudah tumpul, ibrahim ali pun sama, t.m. sama. sampai bila kita main kan isu perkauman da ugama utk nak pulangkan sokongan kpn umno.Kita dah bagi peluang selama 53 tahun dah utk berjuang menaik ekonomi org bumi, yg naik bumijuga tapi mesti bin datuk bin tan sri, bin tun dan sebagainya. Ok belum pernahpun tuan aspan bagi pandangan malaysia akan datang, dan melayu akan dtg?? Semua kaum akan datang??? Baiklah seandai trsungkur dalam GE13, apa yang mungkin berlaku ? Kita dah tahu umno dgn agenda sempit, semantara pr memberi harapan. Rakyat semakin sedar dan berilmu dan tahu yg mana kaca dan intan. dengan ilmu dan maklumat yg ada, adalah satu kemungkinan besar pakatan rakyat akan naik tahta.???? Adakah umno bn dapat menerima hakikat kekalahan?? atau terjundgn pemerontakan? semua ada kemungkinan, ok kita tunggu dan lihat. Dalam pakatan rakyat ramai tokoh yg hebat2, kalau tak hebat tak kan masuk keluar penjara? perjuangan mereka telah menampakan bunga kejayaan. Pak menteri yg kita kini, nampak tak ada om.........., yu tahu sebab jawatan dan pangkat yg ada undi belian. Maksud nya ongkos harus ada pak, kalau tak ada ghak bisa naik atas. perkara seumpama ini sudah menjadi budaya kpd bn umno. Kemerdekaan yg kunjung tiba akan menjelma, perjuangan org yg terdahuku harus di kenanga jasa, tampa perjuangan mereka mungkin belum merdeka. Soal baik buruk selepas kita merdeka harus menjadi pengajaran yg sangat tinggi nilai nya, harap bn umno dan pr ambil aktibar . sekian tq. maju jaya.
Quiet Despair,
ReplyDeleteTomorrow I will be celebrating Merdeka Day, with full memory of the actual UMNO which brought the existence of Federation of Malaya in Feb 1948 and our independence of the country.
The current UMNO is much younger then my youngest son. This UMNO had no role in achieving our independence.
Just to refresh yr memory.
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Saya bersama-sama sdra menyambut kemerdekaan ini dengan ingatan kepada UMNO lama yang meraih kemerdekaan buat negara tercinta. Itulah ingatan saya setiap kali menyambut hari kemerdekaan sejak tahun 1988.
2. Begitu juga setiap tahun apabila menyambut hari penubuhan UMNO lama yang kita tahu telah sengaja dimatikan oleh TDM kerana kepentingan politik peribadinya mengatasi kepentingan dan perjuangan bangsa melayu.
bat8
DEB gagal Aspan? Saya dan mungkin beribu-ribu Melayu lain mungkin hidup dalam zaman Mahathir yang begitu asing dari Aspan.
ReplyDeleteSetahu saya, zaman TDMlah dengan cara berani menubuhkan sekolah Sains berasarama penuh untuk menempatkan pelajar-pelajar Melayu miskin tapi cerdik. Bila JKR lambat menyiapkan sekolah tersebut, sekolah berasrama penuh ditubuhkan tapi kemudahan meminjam sekolah yang sedia-ada, Bila guru sains Melayu kurang, TDM lah yang mengusahakan guru guru Sains dari Indonesia.
Lihatlah hasilnya, beribu ribu Melayu telah berjaya merubahkan sosio ekonomi mereka melalui pelajaran.Ini adalah hakikat, Aspan!
Bila pulak TDM menghapuskan tongkat.. Setahu saya, TDM mengesyorkan saja, tapi orang Melayu sendiri yang menentangnya.
Kes Mirzan, dah banyak kali dibincangkan, banyak kali Aspan kata 'bail-out'. Setahu saya, Mirzan ada option nak jual kepada saudagar Singapura tapi akhirnya dijual kapada Petronas dengan harga yang murah.Pembelian ini menguntungkan Petronas, a good business deal! kalau jual kepada saudagar Singapura, apa pula kata Aspan ye! suka ke Aspan melihat syarikat ni terlepas ke syarikat luar?
Tak usahlah Aspan marah kepada Daim. Saya rasa Tun Daim hanya melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh Kongres Ekonomi Melayu Bumiputera yang nak melihat beberapa kerat Melayu "Billionaire". Tak usahlah dengki kalau kita tak terpilih.Syukurlah dengan apa yang ada!