Alunan dan teriakkan Merdeka yang saling kita dengar saban tahun amat memberi makna kepada rakyat yang memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Hari kemerdekaan yang kita sambut pada 31h Ogos setiap tahun itu hanyalah untuk mengingati hari negara kita berjaya mentadbir negara sendiri dengan pemimpin kita sendiri serta menentukan arah perjalanan negara kita.
Kita telah memilih sistem demokrasi untuk rakyat memilih sesiapa atau pihak mana yang diyakini boleh mentadbir negara mengikut selera dan kemahuan majoriti rakyat. Itulah sebabnya demokrasi didefinasikan sebagai keraajaan yang dipilih rakyat dan untuk rakyat.
Pada 31 Ogos ’57 merupakan hari pertama kita mentadbir negara kita sendiri dan kita telah merdeka dari campurtangan pihak kolonial British dalam menentukan segala-gala kehendak rakyat dan negara kita. Kita mempunyai Perdana Menteri sendiri dan dianya tak lain dan tidak bukan adalah YTM Tunku Abd. Rahman Putra Al-haj.
YTM Tunku sangat terkenal dipesada antarabangsa khususnya dikalangan negara-negara Commonwealth. Beliau merupaka seorang yang masyor dan tidak payah mengupah APCO, Satchi & Satchi atau mama-mana agensi antarabangsa untuk menaikkan nama Malaysia atau Malaya sebelum itu dikalangan masyarakat antarabangsa.
Nama pemimpin dan negara kita harum diperingkat antarabangsa tanpa membayar walaupun sepuluh sen untuk agensi antarabangsa kerana nama baik itu adalah ‘original’ tanpa dibantu untuk dibantu dengan pihak-pihak yang lain. Malaya atau Malaysia selepas itu bukan negara digeruni tetapi disegani oleh pemimpin antarabangsa.
Rakyat yang sudah berumur tentu masih ingat suatu insiden dalam mana TUNKU naik berang dengan pemerintahan Apartheid Afrika Selatan dan mengusulkan negara itu digantung keahliannya sebagai anggota Commonwealth. Usul Tunku itu telah disokong oleh Perdana Menteri British, Harold Macmiland. Persidangan Commonwealth itu akhirnya bersetuju untuk menggantung keahlian Afrika Selatan sebagai anggota Commonwealth.
Imej baik pemimpin kita semasa itu bukannya imej tempelan tetapi imej yang semulajadi dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa juga dengan penghormatan semula jadi.
TETAPI adakah perjuangan kemerdekaan itu sudah sampai kepenamatnya? Adakah dengan laungan MEDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Pada 31 Ogos ’57 itu menandakan tamatnya perjuangan dan sudah tidak ada lagi tekanan terhadap negara dan rakyat?
Sesungguhnya untuk memerdekan negara dari cengkaman penjajah sudah terbukti lebih mudah dari memerdekakan negara dari cengkaman yang datangnya dari dalam negara dan oleh rakyat serta pemimpin kita sendiri. Penjajahan oleh orang dan kaum kita sendiri adalah satu perjuangan yang lebih hebat dan belum ada pun nampak hasilnya walaupun banyak pihak yang sedang bertungkus lumus untuk memerdekakan kita dari cengkaman dari pihak penjajah dalam negara kita sendiri.
Kalau dikaji dan ditelaah jangan halus orang Melayulah yang dijajah selama-lamanya. Jika zaman penjahajan British dahulu orang Melayu dilekakan dengan nilai-nilai yang negatif, dan dibentuk sikap mudah berpuas hati dan tidak mahu bekerja keras, orang Melayu kini sedang menghadapi tekanan untuk menjadi umat yang hanya mengikut dan menghalalkan segala perbuatan mungkar pihak yang memimpin mereka.
Orang-orang Melayu dihidangan juadah rasis yang tidak ada tolok bandingnya, tetapi menuduh pihak yang lain yang memainkan isu rasis ini. Orang Melayu yang tidak puas hati dengan rekod yang buruk partinya untuk terus menyokong kononnya itu sahajalah cara untuk menyelamatkan orang Melayu dari hanyut dinegaranya sendiri.
Tetapi Pemimpin-pemimpin parti in jika terus dibiarkan berkuasa maka harta benda rakyat akan terhakis kerana ketamakkan pemimpin membolotnya dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Orang Melayu masih dijajah oleh pemimpin mereka sendiri yang tidak ada sifat untuk membangunkan rakyat selain dari membangunkan diri individu mereka sendiri.
Orang Melayu masih dalam pencarian dan masih belum berjaya mendapat memerdekan diri mereka dari sikap serba salah dan was-was. Bebarap NGO Melayu telah wujud hasil dari usaha pencarian ini, tetapi mereka yang menyertai NGO ini, seperti PERKASA dihantui oleh pemimpin UMNO, dan yang terakhir diselar hebat oleh Ketu Pemuda UMNO Malaysia. Kalau balik kepangkuan UMNO mereka akan dipergunakan oleh pemimpin parti itu untuk kepentingan pemimpin, isteri dan kroni-kroni yang lain.
Dengan keadaan ini mereka yang masih dengan pemimpin UMNO sudah dianggap lemah oleh bangsa lain khususnya dikalangan BN sendiri. Maka parti komponen seperti MCA sudah menunjukkan sikap tidak percaya kepada UMNO pula. Kenapa keadaan ini berlaku?
Jawapannya mudah; sebabnya ialah sifat serba salah dan perasaan was-was yang tidak menentu dikalangan orang Melayu. Perasaan was-was ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka sentiasa ditakut-takutkan dengan isu rasis yang menebal yang dibaja oleh pihak yang sedang berkuasa.
Pendekknya orang Melayu tidak habis-habis dijajah dan diperkotak katikkan oleh bangsanya sendiri. Ramai yang merasakan yang mereka belum lagi merdeka untuk memilih pimpinan negara. Dua puluh tiga tahun dahulu orang Melayu pernah dihina dengan pembunuhan pertubuhan kebanggaan pejuang-pejuang Melayu kerana membawa kemerdekaan kepada negara. Sekarang pertubuhan itu sudah tiada dan pertubuhan yang menggantikannya yang menggunakan nama yang sama tidak pernah dalam sejarah memerdekakan negara ini.
Pada hakikatnya orang Melayu masih jauh dari menikmati kemerdekaan. Yang menikmati kemerdekaan ialah pemimpin-pemimpin yang bebas dan ‘merdeka’ untuk menekan pihak-pihak yang mereka rasakan sebagai penghalang kepada mereka untuk terus menjajahi rakyat kursusnya penjahan terhadap orang Melayu. Penjajahan terhadap orang Melayu yang terakhir iala dengan pengenalan kosep 1Malaysia yang mungkin tidak difahami oleh orang yang memperkenalkannya sendiri.
Kepada orang-orang Melayu, perjuangan kita sekarang ialah untuk mencapai kemerdekaan yang hakiki. Entahkan cepat entahkan lama lagi, kita berharap perjuangan ini akan diizin Tuhan untuk berjaya dan berada didalam sepenuh keredhoanNya.
Melalui blog ini saya pernah terbaca yg kerajaan Persekutuan telah menekan kerajaan kelantan dan perlajuan kerajaan Persekutuan itu tidak ybah seperti tekanan Malayan Union terhadap Malaya semasa sebelum wujudnya Persekutuan Tanah Melayu.
ReplyDeleteSikap tidak menghormati kedaulatan kerajaan negeri khusunya Kelantan adalah sikap penjajah, kerana mereka lupa yang hubungan kerajaan Persekutuan dengan negeri adalah perhubungan diantara kerajaan kerajaan yang berdaulay dan Merdeka.
Dalam kontek ini saya bersetuju dgn Aspan yang penjajahan masih berluas luasa dan negeri Kelantan masih belum Merdeka pada hakikatnya.
Betul tak bro Aspan.
anak pahang.
Yang merdeka dan blih buat apa yang dia suka Rosmah aje.
ReplyDeleteampangan
Bila Malaysia Merdeka...merdeka, betuk ke?
ReplyDeleteteori nya memang kita merdeka . reality nya kita tengok sendiri. Lebih lebih lagi kaum bumiputra semua nya bergantung dgn kaum kaum lain untuk hidup. Sorry lah ......
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Saya bersetuju dengan pendapat anak pahang diatas. We have here, a federal gomen headed by a malay party menindas sebuah negeri mjoriti orang melayu disebabkan oleh perbedaan fahaman politik sempit. apatah lagi tindakan tersebut menyalahi perjanjian penubuhan persekutuan tanah melayu tahun 1948.
2. Lets be riminded that wujudnya kerajaan federal hari ini adalah kerana 9 negeri-negeri melayu yang berdaulat bersetuju untuk bergabung menubuhkan persekutuan tanah melayu dalam tahun 1948 dulu.
Persetujuan tersebut tidaklah termasuk membenarkan kerajaan federal menindas mana-mana negeri disebabkan perbedaan politik antara pusat dengan negeri.
bat8
Aspan,
ReplyDeleteSuruh Najib jangan masuk lagi bagi ucapan di Batu Caves dan kuil2 bukan Islam masa perayaan tertentu di sana.
Kami muak dengan double standard ini. Masa Najib pi Bat Caves masa Thaipusam, Sultan, JAIS, JAKIM tak tegur bangsat Najib ini pun pasal dia sibuk mencari undi dari bukan melayu....
Aspan.
ReplyDeletePemimin UNMo sekarang tak le harap.
Dulu Datuk/Nenek saya dipimpim olih datuk /nenek mereka ....Sekarang anak/cucu saya lak nak ikut cakap pemimpim sekarang... Keluarga saya masih miskin... Mereka dari dulu/sekarang /selama nye dah kaya cakap lak DEB tak guna..
Geram. Rasa.
Asalam, merdeka dulu adalah sejarah yg benar berlaku, kemerdekaan di sambut dengan penoh keinsafan dan keshukuran , namun kini ada benar apa yg aspan kata, rakyat telah di perkuda sekian lama oleh pemimpin melayu sendiri. Perujangan atas kepentingan yg sempit dan bodoh, segala bermula bila kerajaan telah menjadi pengamal rasuah. Saya berpendapat ini lah masa yg sesuai kita berubah, parti yg memberi harapan, taklah kita nak tungu sampai bila lagi. Komen sekit sebenar saya suka melayar blog asfan ini, namun nampak nya tuan ssfan belum lagi nak baut komen, bila lagi melayu nak berubah? Apa harapn melayu dan malaysia seandai kerajaan baru di tuboh ? tq
ReplyDeletemelayu memang suka dijajah. Lagi dijajah lagi dia sokong. Itulah sebabnya UMNO yang penipu ini berjaya mengekalkan kuasa.
ReplyDeletezainal abidin ambiak