Saya bukanlah seorang yang begitu pessimist tetapi lebih mementingkan priority yang betul jika BN masih mahu memerintah di peringkat persekutuan. Saya lebih cenderung untuk bercakap yang benar daripada bercakap secara orang yang ber‘politicking’.
Pada hemat saya, elok UMNO dan BN pertahankan apa yang ada sahaja kerana ditakuti yang dikejar tak dapat yang dikendung pula berciciran. Saya mahu nyatakan pandangan secara terus-terang kerana tidak ada masa lagi bagi UMNO untuk berusaha untuk mengambil kembali apa yang sudah hilang.
Kebarangkalian untuk mengambil kembali Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah mustahil. ‘Impossible!’ bak kata AR Tompel di dalam sebuah filem lakonannya. Tetapi di sebaliknya kebarangkalian negeri Terengganu dan NS untuk kecundang adalah amat besar. Perak dari sudut moralnya memang kerajaan PR. Katalah apa pun dan oleh siapa pun, negeri Perak akan kembali ke pangkuan PR.
Mungkin ramai yang akan memarahi saya kerana pandangan saya ini, tetapi saya tidak akan menghiraukannya kerana saya mahu tidur lena dan saya mesti bercakap yang benar. Saya tidak berkesanggupan untuk berkata-kata untuk menyedapkan hati kita semata-mata. Buat apa kita hendak bermimpi di siang hari?
Keputusan pilihanraya di negeri-negeri yang sekarang dikuasai oleh PR adalah predictable. PR jelas akan mempertahankan kerajaan negeri-negeri tersebut. Begitu juga keputusan undi bagi NS dan Terengganu. PR berpontensi besar untuk memenangi negeri-negeri ini. Sementara NS dan Terengganu masih di tangan kita elok kita jaga dan berikan tumpuan kepada 2 buah negeri ini. Lakukan apa-apa yang ‘needful’ untuk 2 buah negari ini.
Kelemahan PR di NS semasa pilihanraya dulu hanyalah keterampilan calon-calonnya sahaja. Jika calon-calonnya adalah dari nama-nama yang dikenali dan berpengalaman PR sudah pun mengambilalih negeri itu dalam pilihnaraya yang lalu. Kali ini jika PR meletakkan calon-calon yang ada sedikit nama dan pengaruh maka UMNO akan kecundang jika apa-apa kelemahan yang ada tidak diperbetulkan.
Pada tahun 1999 pembangkang berdoa supaya BN mengekalkan Wan Mokhtar Ahmad sebagai peneraju BN dalam menghadapi pilihanraya umum pada tahun itu. Sesungguhnya Wan Mokhtar diberikan tanggungjawab mengetuai BN dalam pilihanraya itu dan akhirnya kesemua 7 kerusi Parlimen di Terengganu jatuh ke tangan PAS dan satu ke tangan PKR di Kemaman. Kerusi DUN hanya dimenangi oleh BN sebanyak 5 kerusi sahaja.
Di Sarawak pembangkang berdoa lagi jika Taib Mahmud masih kekal maka banyak kerusi DUN dan Parlimen akan kecundang. Taib Mahmud telah pun diumumkan kekal sebagai peneraju di dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini. Dijangka BN akan menang tipis atau pun kalah terus di dalam pilihanraya negeri yang bakal tiba dalam beberapa bulan sahaja lagi.
Keadaan ini juga berlaku di NS sekarang ini. Jika Mohammad masih kekal sebagai MB dan terus memikul tanggungjawab untuk melalui PRU13 nanti, maka negeri adat ini juga akan terlepas ke tangan pembangkang. Mohammad Hasan akan menerima nasib seperti Mahadzir Khalid dan Khir Toyo.
Sekaranglah masanya bagi pemimpin-pemimpin membuktikan bahawa mereka benar-benar sayangkan parti dan negara dengan berkorban. Berkorban apa sahaja. Jika kita terpaksa berhenti maka bertindaklah sekarang dengan berhenti dan bersara.
Transformasi yang disebut-sebutkan oleh pucuk pimpinan kita itu mesti dilaksanakan dengan betul dan dilaksanakan oleh orang yang betul. Penyelesaian sesuatu masalah memerlukan kefahaman yang terperinci apa sebenarnya masalah yang kita hadapi. Fahami masalah sebenarnya dulu, barulah dapat kita melakukan proses penyelesaian itu. Kalau kita tidak tahu masalah dengan terperinci, sampai bila pun kita tidak akan menemui penyelesaiannya.
Masalah sebenar yang dihadapi sekarang ialah krisis keyakinan terhadap semua pemimpin UMNO dan ianya melarat kepada semua pimpinan dalam BN. Kerosakannya sudah sampai ke tahap yang ‘irremediable’. Sekarang ini pemimpin yang sepatutnya melakukan transformasi itu sendiri menjadi persoalan rakyat. Siapa yang hendak menerajui transformasi ini?
Orang ramai menganggap mereka yang duduk di dalam MKT UMNO sekarang ini pun hanya menambahkan ketidakyakinan rakyat, maka proses memperbetulkan keadaan tidak ada siapa yang boleh melakukannya. Memang tidak ada.
Apabila pimpinan yang dipandang rendah oleh masyarakat maka pandangan itu akan menular kepada pimpinan parti-parti dalam BN dan kita tidak seharusnya terkejut dengan keadaan begini. Itulah sebabnya GERAKAN, MCA dan beberapa ahli komponen yang lain menyalahkan UMNO kerana kemerosotan sokongan rakyat yang ketara di dalam pilihanraya yang lalu.
Masing-masing di dalam kepimpinan tertinggi bercakap dengan perbezaan pemikiran di antara mereka. Najib dengan konsep 1Malaysia yang tidak difahami ramai, Muhyiddin dengan isu Kemelayuannya. Antara Najib dengan Muhyiddin menyanyi tidak seirama dan selagu. MCA membuatkan UMNO lebih terdesak dengan tuntutan-tuntutan yang gila-gila.
MCA sudah mengakui bahawa mereka sudah terdesak dan sanggup bersama DAP untuk memenuhi tuntutan bangsa Cina. UMNO pula masih dalam state of denial dan untuk kepentingan politik kepartiannya mencela TGNA dan pemimpin Melayu yang lain. Penghinaan yang dilemparkan kepada pemimpin Melayu ini sampai tak sanggup kita nak dengari oleh pemimpin kita dan penyokong UMNO sedangkan kita memerlukan pimpinan Melayu.
MCA dan DAP memikirkan bangsanya tetapi Melayu hanya memikirkan bagaimana hendak terus berkuasa terus-terusan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Apabila membelasah pemimpin seperti TGNA, ianya seolah-olah UMNO boleh berdiri di atas kaki sendiri sekarang ini.
Akhirnya penyokong-penyokong UMNO bergaduh dengan semua pihak sehinggakan tidak ada siapa lagi yang mereka hendak bergaduh. Kalau dah bergaduh dengan semua orang kenapa pula salahkan orang lain kerana tidak menyokong UMNO? Bagaimana hendak mendapatkan sokongan dari Melayu jika pemimpin PAS dihina dan dikecam sedangkan parti itu sekarang mendapat sokongan ramai orang Melayu.
Kenapa jadi begitu? Adakah disebabkan PAS itu? Atau disebabkan kita ini seperti anak ‘nangoi’ yang beranak banyak tetapi tidak tahu untuk menjaganya atau malas untuk memperbaiki diri sendiri.
Banyak kali blog ini menyebut tentang instrospeksi diri. Salahkan diri kita sendiri sebelum kita menyalahkan pihak lain. Kalau dahulu UMNO mendapat sokongan, kenapa sekarang tidak? Mesti ada sebab, dan sebabnya bukankah ada pada diri kita sendiri?
Kalau pekong sudah membesar akhirnya ia akan diketahui ramai kerana pekong itu berbau dan mudah dihidu orang. Jangan hiraukan kudis orang; hiraukan pekong yang ada kepada kita.
Pekong ini jika baik sekali pun ia akan meninggalkan parut sepanjang hidup kita. Parut itu akan mengingati orang ramai dan itu merupakan masalah besar dari segi etika kepimpinan.
UMNO memerlukan ‘facet’ yang baru dengan imej yang baru. Parti ini perlu perubahan dari A to Z.. UMNO ini perlukan pendekatan yang baru denagan perjuangannya asalnya dahulu yang sentiasa baru di setiap waktu.
Di antara ‘facet’ yang baru ialah muka-muka yang memimpin itu harus dari kumpulan lain dan mesti tidak ada langsung muka-muka yang ada pada hari ini. Kita mesti faham UMNO sudah begitu hamis pada pandangan ramai. Apa yang dicakapkan oleh pemimpin kita tidak diyakini oleh semua. Apa yang dilakukan mereka menjadi ejekan ramai. Apa pun pemimpin kita buat sudah menjadi bahan jenaka.
Jika sudah sampai ke tahap itu, bagaimana hendak terus memerintah. Salah siapa? Introspeksilah diri sendiri.
Pilih diantara 2 'proverb ini; 'better late than never' atau 'better never than late'.
I suggest choose 'better never than late'
ReplyDeletesaiful bahri
bn akan tumpas di sarawak ?? saya rasa idak.... taib akan kalah di bandar tapi akan menang di kawasan kampung dayak dan melanau...
ReplyDeletemeraka bangga kerana dapat gaji rm300 sebulan di bawah taib, tang pusaka dirampas dan ditebang...dan akan ada pesta arak dan Tuak di rumah2 panjang seluruh sarawak nanti...
di sabah pula, undi orang filipino, moro dan indonesia bakal memenangkan umno dan pakistan itu...
Dato,
ReplyDeleteAfterall u are a great writer, much more civil than blogger outsyed the box.
I agree with Saiful Bahri too.
i 2nd that.
ReplyDeleteAsalam, Saya tabik kepada saudara asfan, masih boleh menegor siapa umno dan bn sebbenarnya. Teguran saudara kepada perjuang umno kini, maaf, tdk kan diambil kira oleh pejuang umno,sebab ?? tulisan saudara sendiri telah berkali dgn jawaban yg betul dan benar. Persoalan saya kepada asfan, apakah kita boleh mengharap atau memberikepercayaan lagi kepada pejuang melayu ini?? maksudny umno. Apakah org melayu tak ada plihan ? Pkr, pas, dap, kesemua parti dalam pakatan rakyat kini mempunyai wakil melayu? Apa beda melayu dalam umno dan pakatan rakyat. Bedanya melayu umno, ayam baja smentara pr ayam kampong, kalau nilai belian ayam kpg lebih berharga dan mahal. Biarlah umno bn ge13, di beri rehay dgn secukupnya, sebab mereka ini masaih belum cukup rehat,.tq
ReplyDeleteutusan should be suspended for 1 year for continue daily inciting of people to fight each other...any guts home Minister??
ReplyDeleteJgnlah membazirkan masa untuk perbaikki UMNO. impossible! impossible! faham tak?
ReplyDeleteDato Seri Najib will be the last PM from BN. And that is another history in the making.
ReplyDeleteIn the absence of Anwar after he is convicted, the alternative persons to be the PM is TRazaleigh and Haji Hadi.
ReplyDeleteIf the position is given to TR than UMNO has the chance still. AND that of course will be the best for the nation.
Joke aside.
ramlee jay.
Bang, ada lagi satu yang abang belum luahkan... macamana nak tidur lena kalau masih pendam yang satu ni ?
ReplyDeleteNajib kena lepaskan jawatan PM !
Brother,
ReplyDeleteRakyat NS nak jugak tengok Menteri Besar yang baru tapi Mat Hasan kata yang lain semua tak mendalamkan air. Macamana?
better never...
ReplyDeleteSuka baca blog ni. Bukan sbb selalu 'hentam' umno tp sbb penulisan yg mantap :D
ReplyDeleteAspan,
ReplyDeleteYour early experience with the "Good Old Days" in UMNO led by Tengku & your maturity in assessing and writing about the situation in 2010 is magnificient, bravo!
We can forget about Better late or Better Never....
With Madey, his family & Cronies, the nation "Really Moved" to be "noticed" Globally...
With Pak Lah, his family implicated him Globally with UN, then KJ & his cronies "Help" to open the "Corridors" to...
With Jibby, under the guidance of his APNO Masters...he has been a "Non Starter" even with his 1Malaysia Manifesto...
He is a very Lonely Leader having to watch" Mama, his "Skeletons", his deputy, etc, etc, etc with all the simultaneous "Implosions" above, below & around him...
Well, the "Fuse" of the Self-Destruct "Mother of all Implosions" has been ignited with the "Unending" Ketuanan Racial & Religious "Charades"...to create "Chaos"
What is left is to resort to his late father's "Cure"...
Remember our 4th PeeM's "Cure"...
It is already evident.
You be the judge.
Cheers.
Salam Pak Aspan.
ReplyDeleteDi NS ni pun dah tak ada apa untuk penyokong UMNO, kontraktor kelas F pun dah tak ada kerja. Yang dapat kerja kontrak adalah kontraktor yang rapat dengan Pak Menteri Jalan Raya. Nak harap kerja Majlis atau Pejabat Daerah .. hmmm tak sampai 10 kerja untuk ditender terbuka pada tahun 2010 ni. Dah tentu ramai kontraktor gulung tikar. Melepaslah undi UMNO untuk PRU akan datang.
tuan, boleh tak tuan namakan siapakah pemimpin umno sekarang yang bagus dan murni yang boleh kita harapkan. mustafa mohamed ok tak ?
ReplyDelete