Keadaan keharmonian rakyat dan negara sudah sampai kepada tahap yang terendah didalam sejarah negara kita sejak merdeka ini. Pemikiran rakyat sudah tidak tenteram kerana melihat dan mendengar bermacam-macam peristiwa yang sangat merunsingkan kita semua.
Setiap hari kita mendengar bayi yang baru lahir dicampak dan dibuang dimerata tempat seperti mebuang puntung rokok. Setengah dari bayi-bayi tersebut diletakkan dihadapan rumah orang dan dimasjid serta ditempat awam. Ini dilakukan oleh manusia yang kebanyakkannya adalah dari orang-orang Islam yang sudah terlalu jauh menyimpang dari undang-undang yang disyariatkan oleh Agama kita.
Bagaimana fenomena ini akan diatasi belum lagi dapat diketahui. Tetapi yang jelas kita akan pasti teringatkan bagaimana kekejaman dizaman jahiliah dahulu sedang berlaku dinegara kita.
Yang peleknya hanya dinegara kita fenomena buruk ini berlaku dengan banyaknya sedangkan negara kita merupakan negara Islam yang ramai pemimpin kita mengakui yang negara kita ini sebagai negara Islam contoh dan sebuah negara membangun yang dihormati masyarakat antarabangsa.
Sejak hampir seminggu yang lepas timbul pula angkara akhbar media perdana, Utusan Malaysia yang menjadikan berita yang dicanai oleh pihak yang berkuasa yang mengatakan Majlis Agama Islam P Pinang telah menyediakan teks khutbah yang mengandungi doa untuk Lim Guan Eng. Tuduhan ini amat memilukan hati banyak pihak kerana itu merupakan unsur fitnah yang tiada tolok bandingnya.
Tuduhan ini tidak lari dari politik sempit untuk mendapatkan kuasa politik dinegeri itu. Kita tidak pernah terfikir yang politik boleh sampai ketahap ini. Tidak pernah disangka oleh kita yang melakukan ini adalah media massa yang dikuasai oleh orang Islam dan berlakunya pula dibulan Ramadhan yang suci ini.
Tidak ada siapa yang percaya Majlis Agama Negeri P Pinang berkesangguppan melakukan perkara itu. Tidak munasabah orang-orang yang ada Agama didalam Majlis Agama negeri akan melakukan perkara itu walau sekuat mana pun iltizam politik untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.
Kita selalu mengingatkan UMNO supaya mendapatkan sokongan melalui kerja baik yang disukai rakyat, tanpa rasuah dan mencuri harta dan khazanah rakyat. Tetapi nasihat rakyat tidak dipandang serius malah melakukan kerja buruk itu tanpa segan silu. UMNO dan BN mesti sedar yang penolakkan rakyat bukan kerana suka-suka untuk menolaknya. Mereka menolak BN bersebab.
Apabila ada kritikkan kepada UMNO, penyokongnya akan menjadi marah kerana kononya melupakan jasa UMNO selama ini membangunkan negara dan berbagai lagi.
Rakyat bertanya kepada mereka yang berfikiran begini; adakah menjadi tugas sebagai ahli parti atau rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO semata-mata kerana jasanya yang banyak dimasa lampau walaupun sekarang parti itu telah menyelewengkan harta benda rakyat?
Oleh kerana UMNO telah memberikan perkhidmatan yang baik semasa dahulu, adakah berdosa bagi kita untuk menolaknya jika parti itu melakukan kerja-kerja sumbang sekarang ini?
Bukankah sudah menjadi perkara asas demokrasi untuk memilih yang baik dan menolak yang mungkar. Dalam sejarah perkembangan Agama dan ketuhanan bukankah banyak wali dan aulia tuhan telah diturunkan taraf mereka kepada manusia awam kerana sudah terlalu takbur dengan status mereka sebagai seorang aulia.
Ramai yang telah melakukan ibadah dan amal yang begitu banyak sepanjang hidupnya telah merasakan diri mereka lebih bersih dari manusia yang lain telah dimurkai Tuhan.
Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata, “seandainya Tuhan memasukkan semua manusia dari Adam sampailah kepada manusia terakhir sebelum kiamat kedalam syurga, kecuali seorang, amatlah aku khuatiri yang seorang itu adalah aku.”
Sebagai seorang rakyat yang boleh dianggap sebagai seorang warga emas, saya nampak segala niat baik dan buruk jika manusia itu adalah manusia politik. Selalu saya berkata yang sebagi seorang yang sudah sampai keumur sekarang ini, kita akan tahu sekilas ikan diair kita akan tahu jantan betinanya. Dalam umur peringkat ini kita sudah boleh menyelam air didalam tunggak. Oleh itu amatlah mengecewakan jika kita nampak politik itu adalah segala-galanya.
Oleh kerana sudah terlalu biasa dengan kuasa, UMNO sudah melewati batas-batas dan lunas Agama dan adapt serta adab. Parti ini merasakan yang mereka boleh berbuat apa sahaja kerana sudah banyak membuat jasa. Oleh kerana jasanya banyak maka parti itu boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan mungkar.
UMNO mengambil segala-galanya ‘for granted’. Pemikiran jumud mereka membuatkan mereka bersikap. ‘aku banyak jasa, oleh itu sekarang kamu mesti mengikut telunjuk aku. Aku berhak diatas segala-galanya”.
Kepada mereka yang tahu sikit-sikit tentang tanggunjawab sebagai manusia yang berTuhan akan secara cepat memahami yang kata-kat atau pemikiran itu adalah kata-kata yang di bisikkan oleh bisikkan ‘khatir’ yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita.
Janganlah kita gunakan kuasa pinjaman itu secara sombong seperti bergaya sombong memandu kereta mewah yang dipinjam dari pihak lain. Kita ikutlah resmi padi, ‘lagi berisi lagi kita tunduk’.
Jangan kita jadi pokok rambutan ‘jantan’, rimbun pokoknya buahnya tiada.
UMNO baru tahu yg langit itu tinggi dan Bumi itu rendah.
ReplyDeleteabdillah
Amat malang dan menyedihkan saban hari ada saja kes pembuangan bayi berlaku. Ada yang masih hidup dan ada yang sudah menjadi mayat.
ReplyDeletekenapa pekara ini berlaku diMalaysia yang katanya sebuah negara islam dan agama rasminya adalah Islam.
Dimanakah silapnya?
Ada kah ahli ilmuan agama tidak cukup berkesan dalam menyampaikan dakwah mereka atau mereka tersasar tajuk.
Memang menakutkan kalau kita lihat cara pergaulan anak anak muda sekarang antara lelaki dan perempuan terutama dibandar besar mereka bebas melakukan apa saja hatta bertentangan dengan hukum agama sekali pun.
Kemuncak pada pergaulan bebas ini adalah dimalam menyambut Tahun Baru dimana pemimpin pemimpin islam ini pun tumpang sekaki membilang waktu detik dua belas malam.Sungguh memalukan!!!.
Untuk meraikan tahun baru pasangan pasangan lelaki perempuan yang belum pun punya sijil nikah sebuk mencari tempat untuk MENGAWAN atas desakan nafsu dan sekarang adalah waktu nya untuk MENETAS.
Hasilnya saban hari ada saja bayi yang ditemui tanpa diketahui siapa gerangan ibu dan bapa bayi itu.
....Mat malu......
Sungguh memalukan melihat pimpinan Melayu bersikap begini.
ReplyDeleteIni lah sifat-sifat yang di umpamakan macam Iblis. Terdesak! Desperado! Nama asal untuk watak Iblis. Jangan terhasut olehnya.
come on laaa...umno
ReplyDeletepakai logik sikit kalau nak bohong pun.
tak mungkin 100% aku cakap, lim guan eng suruh moslem PPinag berdoa dalam masjid untuk dia??? hahahah
ada kita dengar di selangor moslem disuruh berdoa untuk Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim>>>>>>
Bohong bir berpada2
Mufti Perak ni pun satu, kononnya ada Perlembagaan Baru. Ada satu pepatah, kalau bohong berkali2 , kahabar angin dan penipuan juga dianggap benar kalau beribu2 orang menyebut perkara yang menipu...
UMNO cuba main api....Dia menipu dan melaga2kan orang...Siapa yang akan tertipu?? Melayu PKR dan PAS sudah tentu lebih membenci UMNO pasal hal2 ini.
Melayu pengundi atas pagar mungkin akan percaya....tetapi mungkin juga kalau bijak akan turut muak dgn pembohongan seperti ini dan melakukan Undi protes...Silap haribulan, undi melayu akan hilang sekali dgn bukan melayu....
UMNO mungkin dapat 20 kerusi jer dalam GE13...
Jangan menipu begini...thestar laporkan pasal letterhead councillor plk....perkara kecil sangat...aku bosan baca tu...Kami minat dgn kes PKFZ, teoh beng hock yang disahkan dibunuh oleh Dr Portnip, kes rosli dahlan, kes anwar yang telah disodomi oleh najib
Ini lah standard Utusan Malaysia. The Mentality of the people behind it is as low as the toilet.
ReplyDeleteDAP, PKR yang belum berjasa malah sentiasa berperanan perosak di masa lalu, apakah bererti hari ini mereka wajar pula diberi peluang seperti UMNO untuk berjasa???
ReplyDeleteUMNO yang dulunya berjasa tetapi masih mabuk, bodoh sombong dan tak sedar diri wajarkah dipersalahkan atas semua perkara yang berlaku hari ini???
Kat Penang lempar tuduhan tak hengat dunia, kat Hulu Selangor tempohari baca yasin dan solat hajat memohon Ustad Kamal kalahkan Zaid. Mana lebih hina?
ReplyDeleteTeringat rancvangan 'Tanyalah Ustaz di TV9 "Masalah buang bayi - dan pergaulan bebas - yang buang anak kat suaru atau masjid tu alim sikit"
ReplyDeleteKita tunggu lagi 2 bulan akan berlakukah lagi sekali fenomena ini? Hasil tuaian Valentine's Day. Bukankah tempohari di IPTA dan IPTS ada promosi ' No panties for your love ones?' ke hape ke....
Kita hairan mengapakah orang melayu cepat melenting apabila mendapat berita2 yang belum pasti KESAHIHAN dari sumber2 media arus perdana yang dikawal kerajaan.
ReplyDeleteSepatutnya kita patutlah menjadi satu bangsa yang "analytical" atau mengkaji sesuatu sebelum menerima fakta bulat2.
Yang menghairankan, akhir2 ini UMNO/BN sudah macam terdesak untuk mendapat kembali keyakinan rakyat dengan mensensasikan isu-isu remeh temeh, seperti pasir diSelangor dan yang terbaru isu text khutbah yang disediakan oleh MAIP.
Isu yang tak masuk akal dan menunjukkan kedhaifan Mufti dan MAIP sendiri. Sebagai KM, LGE tidak sebodoh serta sezalim untuk diBENCI oleh bangsa Melayu demi melaksanakan tugas beliau sebagai KM. Sebagai seorang BUKAN Islam adakah WAJAR beliau mengharapkan DOA orang Islam? Begitu juga PEMIMPIN Umno, adakah kamu perlu nama mu disebut semasa upacara sembahyang dan pemujaan di KUIL2, GEREJA2 atau di TOKONG2 untuk mendapat RESTU dari Tuhan2 mereka.???
Adakah Anwar begitu bodoh untuk mendapat KEBENCIAN bangsa Melayu dengan mengusulkan Chua Jui Meng sebagai bakal MB Johor???
Umno dah ketandusan Idea politik
Isu pembuangan bayi masih berleluasa tanpa ada "SOLUTION"
Pendatang2 asing samada masuk secara halal dan haram sudah berjuta orang MASUK ke Malaysia demi pembangunan negara..
Yang hairan tu, Tukang gunting rambut, penjual carpet,peniaga dari Afrika menjual dompet kulit, pekerja restoran adakah relevan utk dikategorikan sebagai keperluan negara?
Kebayakan Pendatang2 datang ke Malaysia tanpa teman wanita. Mereka adalah manusia dan memerlukan Keperluan Batin(seks).
Jalan termudah untuk mereka melaksanakan keperluan batin mereka adalah dengan berkenalan dengan wanita tempatan yang masih Remaja dan kebanyakan Bangsa Melayu.
Maklumlah masyarakat kita disogokkan dengan filem2 Bolywood dan Holywood, ada pendatang2 ini mirip bintang pujaan mereka seperti Shah Rukh Khan atau Rappers dari Amerika, jadi mudahlah anak gadis kita jatuh cinta kepada mereka dan sanggup mengadai maruah demi cinta.
Jika dah terlanjur, jalan yang paling mudah adalah "DISPOSE"
Mungkin ini adalag salah satu punca kes2 pembuangan bayi.
Kepada semua,
ReplyDeleteYang disebut oleh Aspan ada 3 perkara yang sama besar dosanya; iaitu rasuah, buang bayi dan meliwat.
Jangan kita kata rasuah itu dosa kecil dari meliwat.
Kalau kita kaji ketiga-tiga perkara yg Aspan sebut itu sama besar dosanya.
Aslm Sir,
ReplyDeleteIsn't it interesting seeing and hearing the news lately? All sort of hearsay, outright distorted facts and outlandish "fabricated and planted evidence" to discredit the PR. It would seem that UMNO and BN still hold dear and rely on the dangerous and destructive "zero sum game" type of politic.
UMNO to its detriment still prefers the despicable "zero sum game" politic (they still refuse to learn!). The zero sum game that UMNO cultivates is "UMNO and the government is the good guys, the rightful owner of the government and in all intent and purposes the chosen of god which commands undivided and unquestioning loyalty AND the pembangkang are evil beings, anarchist, traitors and to put simply "the devil incarnate".
This type of politic is indeed destructive and dangerous for a country such as ours for it truly divides the people along the line of faith (blind faith not religious faith) and it does not believe in tolerating and accepting anyone or anything that is in direct opposition even though it is sometime "right", "justified and just" or for "the good of the people and the country". For these faithful, anything that is in direct opposition is evil and there's no "but" or "if".
Some people would say that my perception of UMNO politic is wrong. But then, how do you explain the curses and abuses that were poured onto people like you and TR (not to mention the PR leaders themselves) for praising or acknowledging the good things that the PR government did and of course for the denouncement of the injustice, abuses and the corrupting degeneration perpetrated by the government? It had to be the result of blind faith to the politic of "Gomen is good, opposition is Evil and no exception"! How else do you explain it? We cannot forever say that these people are ignorant and blind to the facts? The facts are there in front of their eyes and yet they refuse to acknowledge it!
Take the comment from a typical "faithful" as an example. He categorically states that "DAP, PKR yang belum berjasa malah sentiasa berperanan perosak di masa lalu apakah bererti hari ini mereka wajar pula diberi peluang seperti UMNO untuk berjasa???" and he did it without giving specific facts and evidence of DAP and PKR destructive acts. He just elected to write the statement without ever recognizing the need or the value of giving supported evidence and facts to his statement! He doesn't care if his statement is just a hypothesis that is devoid of any empirical result. To him it is the absolute truth and he doesn't care if he hasn't seen any evidence to support his faith to that fact. To him, the pembangkang is evil and no one can persuade him otherwise! And to reinforce my argument, he states that "UMNO yang dulunya berjasa tetapi masih mabuk, bodoh sombong dan tak sedar diri wajarkah dipersalahkan atas semua perkara yang berlaku hari ini???" To him because UMNO was instrumental towards our independence and have contributed so much towards the nation cannot be blamed!
1 /2 ..continued…
Continued from 1 /2
ReplyDeleteAfter all the evidence to the facts that UMNO and BN government leaders are involved in corrupt practices and still rakyat cannot blame UMNO and the government??? PKFZ, The Scorpene "kamsen", the MAS scandal and the disappearance of hundreds of billions from the treasury,bank negara's foreign currency debacle which is your favorite,happened during UMNO's rule! And yet it is alright to blame the pembangkang as being a destructive element to the nation without any proof? Where's the logic in that? UMNO must be supported and given absolute loyalty, no matter what??? That's pure insanity and inanity! It's like saying "a man who has helped me in the past is allowed to abuse my gratitude by robbing and plundering my household (not to mention raping too)!".
And to our horror, we see so many of these faithful roaming and attacking the unity and the harmony of this nation and its citizen with the aim of ensuring their political party survival( and by any mean necessary where morality, religious faith and the rule of law is not in the equation). It is horrifying to imagine the kind of destruction that could be unleashed if this type of politic is not stopped. And I sincerely believe that it is our duty to stop this kind of destructive politics. UMNO may still like it (or depend on it for its survival)but that doesn't mean that we must tolerate it too! Something so destructive must be eliminated and if we have to do it by putting UMNO in the sideline or in the opposition seat, then SO BE IT! I rather save my country than a destructive and corrupt political party, any day! Amal maaruf, Nahi Mungkar!"
Selamat berpuasa and semoga kita semua mendapat rahmatNYA!
Nick.
2/2.
citer lawak atau benar ??
ReplyDeleteThe Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim, will be gracing The Best Malaysian Drama Awards Night at the TV3 auditorium tomorrow night to choose the best Malaysian dramas aired by the Umno-owned television station. The following is the list of nominees and their categories.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
1. The best alternative lifestyle drama award
a) Ahmad Ismail, the ex-Umno Chief of Bukit Bendera, Penang, in ‘Boys to men’ (shot in his apartment in Batu Feringgi in Penang)
b) Kevin Morais, the DPP of MACC, in ‘I’m dreaming of a white Christmas’ (shot in England)
c) Khairil Annas Jusoh, the special aide to the Prime Minister, in ‘Never kiss and tell’ (shot in Seri Perdana in Putrajaya)
And the winner is…
2. The best courtroom scene dialogue award
a) The Karpal Singh sedition trial, ‘ultra virus means insulting the Sultan’
b) The Teoh Beng Hock death inquiry, ‘Have you ever jumped off from a building?’
c) The Anwar Ibrahim sodomy trial, ‘Charged for sex with a duck but evidence for sex with a chicken’
And the winner is…
3. The best double-speak dialogue award
a) Ibrahim Ali for his ‘I am a Director of Vincent Tan’s company because I am opposed to the Chinese controlling the economy’
b) Muhyiddin Yassin for his ‘I support Najib’s 1Malaysia as long as we maintain the Ketuanan Melayu policy’
c) Chua Soi Lek for his ‘The Chinese are not running dogs to the Malays but Umno is the big brother to MCA’
And the winner is…
4. The highest budget drama award
a) PKFZ: RM12 billion and still counting
b) MAS: RM9 billion down and no end in sight
c) Bakun: damn that dam and what was the cost again?
And the winner is…
5. The best comedy award
a) Zainuddin Maidin in ‘Malaysia has erections every five years’
b) Rais Yatim in ‘Okay, I will change my mode’
c) Anifah Aman in ‘Malaysia’s legal system is the most respected in the world’
And the winner is…
6. The leading actor/actress musical award
a) Mahathir Mohamad in ‘It’s my party and I’ll cry if I want to’
b) Rosmah Mansor in ‘Girls just want to have fun’
c) Razak Baginda in ‘We all live in a yellow submarine’
And the winner is…
7. The best career comeback award
a) Chua Soi Lek in ‘So you thought I was history’
b) Mahathir Mohamad in ‘Who do you think calls the shots?’
c) Khairy Jamaluddin in ‘The show’s not over till the fat lady sings’
And the winner is…
8. The best script award
a) Sodomy 2: Riding on the same plot
b) PKFZ: The Chinaman as the fall guy
c) Karpal Singh Sedition: I no speakee Inggeris
And the winner is…
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Setuju dengan pandangan nick.Permainan ala " zero sum " adalah satu permainan yang bahaya dan seperti pedang yang boleh menikam on both edges.
2. game ini sangat dangerous, samada musuh musnah atau diri sendiri boleh musnah. Dalam permainan setakat ini, suhunya semakin panas dan tidak lama lagi permainan ini akan tamat, melihat kepada isu-isu yang digunakan.
3. setakat ini permainan yang dimulakan oleh UMNO(baru) dalam permainan ini banyak tidak menjadi dan banyak memberi kesan negatif yang bertimpa-timpa kepadanya.
4. Isu doakan LGE dalam khutbah jumaat adalah satu permainan yang amat merbahaya kepada UMNO(baru). Jika ianya gagal ia akan memberi tamparan hebat kepada undi melayu yang cuba diraih dalam PRU13.
Pada saya ini adalah satu strategi budak umo 3 tahun yang boleh memberi pukulan maut kepada UMNO(baru).
Kita sama-sama tonton bagaimana kesudahan episod ini
bat8
Kita kena tanya Mufti Perak dan TG Nik Aziz sah tak sembahyanh Jumaat yang mendoakan LGE.
ReplyDeleteSaya percaya mereka mendoa dan mengamimkan doa untuk LGE kerana kebaikkan, keadilan, kemuliaan dan kebijaksanaan beliau dalam memerintah PP.
TG Nik Aziz satu masa dahulu meminta rakyat Kelantan mengadakan solat hajat dan mendoakan supaya PM Najib pecah perut kerana kezaliman beliau terhadap rakyat Kelantan dengan menafikan hak bayaran royalti minyak kepada Negeri Kelantan.
Sama-samalah kita tunggu doa-doa tersebut dimahbulkan Allah SWT jua. Sesungguhnya hanya Allah SWT jua yang maha berkuasa dan bukannya UMNO.
Tuhan jadikan manusia lebih tinggi taraf dari binatang sebab manusia diberikan akal untuk berfikir. Tetapi sebuas-buas binatang adakala mereka boleh menunjukan sifat yang lebih baik dari manusia (mereka yang membuang anak) seperti ditontonkan dalam video ini.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Gpfvkeo0KBc
anon 00:00,
ReplyDeletesaya adalah bekas ktua cawangan, nak beri tahu cerita benar.
dalam pilianraya kecil Ampang pada tahun 1988 diantara Ong Tee Kiat dan Dato Harun Idris, UMNO telah membuat doa baca ysurah yassin ubtk memenagkan Ong Tee Kiat.
Setiap peti undi mengadakan bacaan itu.
Itu ahajalah, setakat nak beri tahu sdr.
ABN, bekas ketua cawangan