Saya ditanya berkali-kali oleh seorang dua yang mengikuti blog saya kenapa saya selalu sangat menulis tentang isu rasuah. Kenapa pilih isu rasuah sebagai isu pokok kerana rasuah itu berlaku dimana-mana. Ianya tidak hanya berlaku diMalaysia tetapi juga berlaku dinegara-negara lain.
Soalan itu senang untuk dijawab. Rasuah telah menghancurkan segala sistem pentadbiran negara dan memecahkan banyak institusi demokrasi negara. Apabila rasuah berlaku disetiap jabatan kerajaan dan swasta maka fabrik politik dan sosial negara itu hancur dan kita telah melihat segala-galanya berlaku dihadapan mata kita.
Jika politik negara dirasuk rasuah ianya akan mengakibatkan sistem politik maka lambat laun negara akan dipimpin oleh pemimpin yang tidak berguna kepada negara dan rakyatnya. Pemimpin yang naik itu bukan lah pemimpin yang boleh mentadbir negara secara ‘sustainable’ dan apabila rakyat sedar maka akan berlaku ketidak setabilan pentadbiran negara itu. Itulah yang berlaku pada negara kita sejak satu dua dekad yang lalu.
Jika ianya berlaku didalam badan kehakiman misalnya, penghakiman akan dilakukan secara tidak adil; pihak yang benar akan disalahkan dan pihak yang salah akan terlindung dari mendapat penghukuman yang setimpal. Apabila system penghakiman dipengaruhi oleh rasuah maka negara kita tidak akan menjadi negara yang menjadi kepercayaan pelabur asing untuk melabur dinegara kita ini. DAN itu memangnya sudah berlaku disini.
Apabila unsur rasuah itu tidak lagi boleh dikawal ianya akan menjadikan segala dasar baik yang digubal akan gagal kerana rasuah itu akan menggagalkan usaha implementasinya dan dan itu akan hanya tinggal dasar dan akhirnya secara politiknya rakyat akan memberontak.
Yang akhirnya menjadi mangsa rasuah itu ialah rakyat kerana yang patut dibela tidak terbela dan pihak yang sepatutnya membela tidak mampu melakukannya kerana wang ringgit dan kekayaan itu lebih menarik dari melaksanakan tugas untuk membela tadi.
Sebagai contoh, semasa pentadbiran Husein Onn dan sebelumnya kerajaan dalam usaha untuk menjayakan DEB memindahkan kekayaan negara yang dipegang oleh agensi-agensi dan syarikat-syarikat kerajaan yang memegang bagi pihak orang Melayu terlaksana dengan baik dan ramai rakyat Melayu terutamanya didesa-desa mendapat keuntungan dan munafaat dari perlaksanaannya.
Oleh kerana pemimpimpin-pemimpin kita tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi melalui rasuah, maka apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pelaburan dan Penyelaras kabinet itu mengambil keputusan dengan jujur kerana pemimpin-pemimpin dala jawatankuasa kabinet itu tidak ada kroni-kroni untuk mengambil sebahagian dari peluang itu untuk kepentingan kroni-kroni tersebut.
Oleh kerana tidak ada unsur rasuah maka semua syarikat-syarikat kerajaan yang maju dipindahkan kepada Bumiputra melalui sekim Amanah Saham Nasional seratus peratus. Itu sebanya Sekim ASNB begitu berjaya dan telah memberikan munafaat kepada rakyat Melayu dan Bumiputra terutamanya disesa-desa.
Jika pemindahan itu berlaku dizaman selepas Husein Onn sudah pasti ada diantara saham-saham tersebut akan dipindahkan kepada individu-individu kroni tertentu seperti yang begitu lazim kita lihat sekarang ini.
Sebagai pengerusi kepada Jawatankuasa Penyelaras peburan Kabinet TR telah mempastikan semua syarikat-syarikat kerajaan yang paling maju itu dimasukkan kedalam sekim ASN dan tidak ada individu-individu mengambil kesempatan untuk mengambil sebahagian dari saham-saham syarikat-syarikat tersbut.
Kita bayangkan jika pemindahan itu dilakukan oleh kerajaan semasa Daim menjadi penerajunya sudah tentu syarikat-syarikat yang terbaik akan diambil alih oleh pihak yang beliau suka sahaja untuk kepentingan kroni dan peribadi beliau sahaja. Ini terbukti semasa Dr M menjadi Perdana Menteri banyak diantara syarikat-syarikat kerajaan diberikan kepada individu-individu kesayangnya sahaja tetapi akhirnya kesemua yang mendapat keistimewaan ini semuanya mengecewakan kerajaan dan rakyat serta beliau sendiri.
Tajuddin Ramli telah jelas mengecewakan rakyat kerana syarikat MAS yang bekliau diberikan 32 peratus sahamnya itu ditadbir seolah-olah MAS itu adalah milik peribadinya dan telah banyak melakukan perkara yang tidak wajar semasa itu. Apabila beliau gagal melaksanakan amanah itu, maka kerajaan terpaksa membeli balek saham-saham tersebut dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.
Mahathir dan Daim meluluskan pemindahan balek saham kepada kerajaan dengan harga yang menggila tingginya. Kita lagi yang membayar sikap buruk orang yang bertanggungjawab itu dan jika dikaji denagn terpeninci unsur rasuah adalah penyebab kegagalan itu, bukan oleh kerana sebab-sebab yang lain.
Sekarang ini semua syarikat-syarikat GLC tidak lagi menjadi sumber yang baik untuk rakyat tetapi menjadi premis untuk mereka yang bertanggungjawab meraih kekayaan yang begitu besar dan hidup dalam glamour yang tanpa rasa malu dan segan silu. Dalam tulisan yang yang lalu apabila rsuah sudah menjdi ‘addiction’ sifat mulia yang paling awal yang akan hilang dari kita ialah sifat malu.
Apabila sifat malu itu sudah tiada kita akan hilang identiti kita sebagai Melayu. Apabila sesuatu bangsa itu sudah hilang identitinya maka lambat laun bangsa itu akan hilang rupanya dan tidak lagi bangsa yang mempunyai ‘consequence’.
Kita selalu melaungkan’ Melayu tidak akan hilang didunia, tetapi dengan cara Melayu dikendalikan oleh pemimpinnya ‘Melayu akan hilang dunianya’.
Sikitol dirasuah. Dengan rasuah yang diterima sikitol maka jatuh keseluruhan Kesultanan Melaka. Kejatuhan Julius Ceaser adalah kerana rasuah perempuan dan banyak lagi negara dan temaddun hancur kerana rasuah.
Saudara yang bertanya itu boleh sambung sendiri segala kemungkinan kemungkaran yang akan kita terima jika kita semua menerima kegiatan rasuah itu sebagai perkara biasa dan dibudayakan.
Agama suci kita mengatakan kepada kita; orang yang menerima rasuah itu serupalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Itu bukan saya yang kata, tetapi Agama kita, Nabi kita, kitab kita dan guru-guru yang mursyid berkata.
Tetapi rasuah tetap berlaku malahan ianya dilakukan oleh manusia yang diberikan amanah oleh rakyat untuk menjaga mereka dan negara mereka. Kerana apa? Kerana sudah mendapat ‘addiction’ dengan rasuah itu.
Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri; Apa bezanya diantara orang-orang yang mendapat 'addiction' rasuah dengan orang-orang yang mendapat 'addiction' meliwat? Siapa yang berani mengatakan kepada umum yang rasuah itu merupakan dosa yang lebih kecil dari meliwat?
Malu kah mereka jika orang ramai memerhatikan yang mereka adalah perasuah? Jawabnya TIDAK! Kenapa tidak merasa malu? Itulah hasil dari makan rasuah, kerana rsuah itu menyebabkan mereka hilang perasaan MALU! Malahan mereka bangga dengan menunjuk-nunjuk kekayaan yang datang dari hasil rasuah itu.
Itulah sebabnya saya suka menulis tentang isu ini...dan berulang kali...sebab ianya lebih hina dari peliwat. Seorang peliwat mungkin menjadikan 50 arau seratus orang mangsanya, tetapi perasuah meliwat hampir 30 juta rakyat Malaysia termasuk saya dan saudara/i sekelian.
rasuah: pemberi dan penerima kedua-duanya sudah hilang sifat amanah dalam diri mereka. yang pertama-tama hilang daripada umat Muhammad adalah amanah. alangkah benarnya Muhammad Rasulullah. Orang melayu jangan angan-angan untuk maju dan jadi hebat kalau tidak mahu didik diri dengan diin Islam.
ReplyDeleteBetul tu bro. Salah guna kuasa dan rasuah lebih keji dari dosa2 lain.
ReplyDeleteMakan rasuah adalah riba yang paling besar yang akan merosak dan memporak-purandakan masyarakat dan mampu menjatuhkan tamaddun. Negara Malaysia akan rosak disebabkan 3 perkara sahaja :
1. Rasuah 2. Rasuah 3. Rasuah.
Malangnya pemimpin UMNO hampir semuanya salah guna kuasa dan rasuah. Jika mereka seorang yang biasa sebelum jadi pemimpin tapi selepas jadi pemimpin semuanya kaya raya.
Susah "to comprehend" dari mana kekayaan tu datang selain dari salah guna kuasa dan rasuah atau jadi kroni. Pemimpin peringkat atasan pun tak ambil tindakan sebab takut hilang sokongan dan juga mereka ini semuanya 2x5 sahaja.Inilah politic of patronage. Wa tolong lu, lu tolong wa.....
Salam saudara Aspan,
ReplyDeleteApa yang saudara nyatakan disini ialah sebab asas kepada keruntuhan BN khususnya dan Malaysia amnya.
Malangnya saudara hanyalah menjadi doctor yang tidak berdaya kerana pesakit tidak mahu dan tidak akan menerima ubatnya.
Saya menghormati kesetiaan saudara kepada UMNO tetapi kesetiaan itu hanya untuk saudara sahaja dan UMNO tidak memerlukan dan menghargai kesetiaan saudara.
Mungkin ubat saudara amat berguna dan diperlukan kepada yang mungkin atau baru jatuh sakit (PR)? Maka ubat saudara akan amat berguna dan diperlukan oleh Melayu dan Malaysia. Bukankah ubat saudara dengan niat murni ini lebih diperlukan oleh kita semua?
Ya, saya juga tidak rela terus diliwat.
Sekian, terima kasih.
Cawan Lama
Cawan Lama,
ReplyDeleteBetullah apa yg sdr katakan itu. Saya acapkali memberitahu kawan-kawan apa yang saya tulis itu hanyalah apa yang ada didalam benak saya.
Tulisan ini kekal didalam blog ini, walaupun saya sudah tiada nanti.
Hanya saya berkeyakinan apa yang saya perkatakan itu benar. Malah itulah yg diajar oleh pemimpin lama dahulu.
Saya percaya apa yg saya katakan ini betul. Apabila sampai masanya nanti, walaupun saya mungkin sudah tiada, mungkin ada seorang dua yg akan mengatakan begini, 'Arwah Aspan dahulu ada cakap perkara ini." itu pun sudah cukup. Jika keikhlasan dihati hadiahkan sahajalah saya bacaan Al-fatihah. Itu pun cukup bagi siri saya yg sudah kembali keasal itu.
Terima kasih.
Salam Saudara Aspan
ReplyDeleteSaya amat bersyukur ada Saudara yang berusaha menulis tentang rasuah.
Adakah kemungkaran rasuah makin menjadi-jadi akibat tersangat kurangnya usaha peringatan atau teguran?
Oleh itu usaha dan penulisan saudara sememangnya fardhu kifayah - jangan tidak ada usaha kita ini sama-sama bertanggungung jawab dan berpatutlah menerima bala dari gejala besar ini.
Teruskan saudara dan janganlah tidak!
musykil saya Aspan;
ReplyDeletezaman TDM banyak rasuah sepatutnya kurang pembangunnan, tapi zaman dialah banyak pembangunan dan ekonomi meningkat dengan baiknya..
zaman paklah dikatakan paling bersih, tapi duit petronas paling banyak yang digunakan, tak pasti apa pulak hasilnya..
zaman paling tak da rasuah bila TR jadi menteri kewangan, ye tak Aspan!
salam saudara aspan dan pembaca.
ReplyDeleteIsu raasuah ini dah banyak kali disentuh tapi ibarat menjirus air di daun keladi. apa tindakan kita sedangkan kita sendiri yang membenarkan pemimpin yang tamak dan mempounyai track record buruk terus kekal dipilih memimpin kita. apakah kita buta atau sengaja membiarkan diri ikita dibutakan
Assalamualaikum,yang penting rasuah itu haram dan sebagai Umat Islam saya ingin berkongsi cerita tentang ketakutan yang amat sangat puak Yahudi kepada Islam sehingga mereka sanggup ---->www.Ragam1Malaysia.Blogspot.Com
ReplyDeleteAnwar sudah pun diliwat berkali2 oleh mahathir, musa hassan, gani patail, ummi hafilda, najib rosmah dan saiful bapok.
ReplyDeleteUmno silap besar melantik mahathir sebagai PM....kalau lah orang lain memimpin, negara ini jadi lebih baik....dan lebih wang dan kurang hutang....
betul cakap kau tu schenker78;
ReplyDeleteKalau orang lain jadi perdana Menteri dan tidak mahathir, mungkin logik kau negara Malaysia ni tak bankrap dan mungkin lebih baik..
Ambik Pak Lah contohnya, lima tahun cukup lah tu..kau spin macam mana pun Perdana Menteri terburuk dengan rekod prestasinya adalah si kaki tidur ni..
kau nak harap si Nuar ti akan jadi PM yang lebih baik.Maaf lah ye.. kaki bohong dan munafik ni mungkin lagi teruk lagi..