28 August 2010

Jauhi PERKASA - Pemuda UMNO dah 'gila talak'?

UMNO kini mengambil sikap menyalahkan PERKASA sebagai punca utama kenapa orang bukan Melayu menolak UMNO sebagai parti yang mampu memperjuangkan wadah perjuangan bangsa Cina dan yang lain-lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Encik Khairy meminta semua ahli menjauhkan diri dari PERKASA kerana pertubuhan NGO Merlayu itu telah memberikan mudarat kepada UMNO. Tetapi mahu tidak mahu kita mesti megakui bahawa ahli-ahli UMNO yang menyertai PERKASA adalah orang Melayu tulen yang ingin melihat orang Melayu mempunyai keupayaan untuk menjadi bangsa yang ingin menentukan politik negara yang diasaskan pada politik Melayu seperti dahulu.

Khairy mungkin lupa bahawa orang Cina sememangnya telah lari dari memberikan sokongan kepada BN sebelum PERKASA ditubuhkan lagi. Dengan saranan Khairy yang akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa UMNO menaruh harapan untuk kekal relevan walaupun itu adalah usaha yang sangat berat untuk dilaksanakan.

Saya ingin mengingatkan Khairy bahawa orang Cina bukan kali ini sahaja menolak BN. Orang-orang Cina pernah menolak PERIKATAN pada tahun 1969 dahulu tetapi pada masa itu Khairy belum lahir lagi ke dunia ini. Oleh kerana pemimpin Melayu semasa itu ada finesse serta kepimpinan yang tinggi masalah penolakan kaum Cina itu dapat diselesaikan dan diatasi dengan baik dan teratur.

Tetapi sekarang pemimpin terutamanya Pemuda mengambil sikap, 'Kau ceraikan dia, kau datang kembali kepadaku. Kau dengar cakap aku supaya orang Cina sokong aku'.

Rupa-rupanya UMNO hanya boleh ‘survive’ dengan mengambil hati pihak lain dan menekan perasaan bangsanya sendiri. Kelemahan UMNO nampaknya diletakkan kesalahannya kepada orang Melayu, tetapi pemimpin UMNO khususnya Pemuda tidak mahu tahu kenapa orang Melayu berkumpul di luar sana dan tidak memberikan sokongan kepada parti itu. Khairy mesti mengakui bahawa kalau tidak kerana kelemahan UMNO, masakan PERKASA itu wujud dan berkembang dengan begitu pesat?

Orang Melayu sudah penat untuk mengorbankan segala-galanya bagi menarik sokongan orang bangsa asing, sehinggakan tiada apa lagi yang kita hendak korbankan. Akhirnya nanti Melayu tidak menyokong dan orang bukan Melayu pun menolak kita. Yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung pun berciciran di merata-rata tempat.

Ketidakmampuan pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengambil hati orang lain membuatkan kita bertambah tertekan. Kalau kita ikut kehendak Khairy kita jugalah yang terpaksa berkorban. Orang Melayu sahaja yang perlu menyerahkan segala apa yang masih ada sikit-sikit ini kepada bangsa lain. Takut-takut suatu hari nanti Pergerakan Pemuda akan meminta orang Melayu menyerahkan ‘batu pelir’ kita kepada orang lain asalkan sahaja orang lain itu memberikan sokongan kepada kepimpinan kita yang lemah.

Kekurangan roh perjuangan di kalangan orang yang berjawatan tinggi amat memeritkan kita. Kita di bawah ini dianggap oleh mereka sebagai hamba abdi. Kita terpaksa mengikut kehendak mereka sahaja tetapi mereka sendiri tidak langsung nampak berusaha untuk memperbaiki diri mereka sebagai pemimpin. Pemimpin kita sudah lupa bahawa kita bukannya kambing yang boleh ditarik ke hulu dan ke hilir.

Ini juga merupakan hasil dari politik wang di mana ramai pemimpin mendapat kedudukan oleh kerana kedudukan kewangan yang kuat hasil dari kronisme yang menebal dalam sistem pemilihan kepimpinan.

Apabila seseorang pemimpin menaiki tangga kepimpinan melalui kekuatan kewangan yang besar, mereka akan menjadi pemimpin yang keliru dan tidak tahu cara mengendalikan kepimpinan negara.

Khairy wajib memahami satu fakta; ‘there must be cause for a cause’. Ketua Pemuda ini mesti faham bahawa sokongan yang besar yang diberikan kepada PERKASA mesti bersebab. Saya tidak mahu mengulas berulang kali apa sebabnya keadaan ini berlaku. Saya bersama dengan ramai yang lain telah menyebutnya berulang-ulang kali.

Jika UMNO mahu rujuk kembali dengan ahli-ahlinya yang menyokong PERKASA tentulah UMNO perlu meyakinkan mereka (ahli-ahli PERKASA) yang UMNO nampak berubah. UMNO tidak mungkin mendapat sokongan dari mereka kerana mereka menyertai PERKASA kerana masalah dalaman UMNO. Sampai sekarang ini UMNO tidak berubah dan jika ada pun perubahan ianya perubahan ke arah yang lebih menyesatkan.

Kalaulah benar Khairy mahu melihat kebaikan bagi UMNO di hari muka, sanggupkah beliau memberitahu Najib ataupun manusia yang paling berpengaruh dengan Najib untuk membatalkan niat untuk membangunkan tanah lapangan terbang Sungai Besi misalnya?

Boleh atau tidak Khairy memberitahu orang yang lebih berkuasa itu bahawa tanah itu patut dibangunkan park yang elok untuk rakyat dan anak-anak untuk beriadah seperti yang ada di bandar-bandar besar di dunia ini? Bukankah Khairy ini seorang yang melihat apa yang saya katakan ini kerana beliau membesar di luar negara dan belajar di Universiti terbaik dunia.

Saya ingin mengingatkan Khairy; mendapat Sarjana Muda dari sesebuah universiti itu adalah untuk membuktikan yang seseorang itu telah lulus di dalam semua peperiksaannya. TETAPI motif yang paling penting sekali bagi seorang memasuki universiti itu ialah untuk belajar berfikir dan bukannya untuk menunjukkan bahawa seseorang itu lebih baik daripada seorang yang lain.

Lulusan universiti terbaik pun belum tentu boleh menjamin sesorang itu mampu untuk berfikir dengan baik. Lulusan universiti terbaik mungkin boleh menjadi seseorang itu terpelajar tetapi tidak semestinya dia menjadi seorang yang terdidik.

Seruan Khairy untuk kita menjauhi PERKASA membuatkan lagi ramai yang marah kepada UMNO. Mereka tidak tahu hendak ke mana kerana UMNO terlalu sombong dan bongkak dan tidak mahu kembali ke perjuangan asal kewujudan parti itu. UMNO sudah hanyut dibawa arus dan sudah hampir ke muara. Kata perbilangan, ‘keruh di hulu keruhlah di hilir’. Kalau puncanyanya sudah terbelit bagaimana hendak meleraikan kekusutan yang dihadapi UMNO?

Seruan untuk ahli UMNO menjauhi PERKASA tidak ubah seperti orang yang sudah ‘gila talak’. Selalunya orang yang gila talak tidak pernah membuat keputusan yang baik kerana keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada emosi. Sama ada topik ini ada di dalam kurikulum di Oxford Universiti ataupun tidak saya tidak tahu kerana di sekolah atap tempat saya belajar perkara ini ada diajar oleh guru-guru saya.

Khairy sepatutnya berterima kasih kepada PERKASA kerana dapat mengawal mereka yang tidak berpuas hati dengan UMNO supaya tidak menyertai parti-parti pembangkang. Kalau Pemuda UMNO tidak mampu mengawal mereka jangan salahkan pihak yang berjaya meyakinkan mereka.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi orang yang 'gila talak' tidak akan mampu berfikir sampai ke peringkat itu. Saya yakin Pemuda akan lebih baik setelah penyakit ‘gila talak’nya sembuh sepenuhnya.

Tetapi saya terlupa nak bertanya kepada Khairy, tahukah saudara siapa yang sebenarnya di belakang PERKASA ini? Dengar-dengarnya orang di dalam UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada PERKASA. Betul ke Encik Khairy? Saya pun berminat untuk ambil tahu sikit-sikit.

22 comments:

  1. Gila talak? Kalau nak rujuk balek kelakuan dan sikap mesti baik. Jangan cakap besar.

    anak penajih.

    ReplyDelete
  2. TIDAK ADA CACAT NYA DGN UMNO YG CACAT ADA LAH AHLI UMNO SAPERTI KHAIRY DAN YG SAPERTI NYA .TO KHAIRY DAN SAPERTI NYA ,'SHAPE UP OR SHIFT OUT '.SAYA PUN DAH JOIN PERKASA ONLINE.

    ReplyDelete
  3. Betul le tu Cik Aspan. UMNO is deteriorating in its quality. The leaders are talking using their ass****.

    ReplyDelete
  4. aku rasa si kitol bahalul ni yg mest blah dr UMNO

    ReplyDelete
  5. Belajar sampai ke Okspot Unibersiti .. tapi akal pendek. Yelah, dia kan menantu xPM. Duit dah banyak la katakan. Orang lain miskin, tak setaraf dengan dia.
    Org kuat UMNO kan kaya dan banyak wang. Orang yang tak berkemampuan mesti kena sokong UMNO, kalau tak negara akan musnah ... hahahaha.
    Penat nak gelak. PM pun mengapi-apikan rakyat, pecah belahkan rakyat.
    Bosan hidup kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn khairy.

    x suka perkasa.

    ReplyDelete
  7. baik punya ulasan ni. 1969 saya baru darjah 6 di sekolah melayu. saya pun tidak sedar yang PERIKATN KENA TOLAK KETIKA ITU. betul hanya dengan memberi hak kita dan kikiskan kepentingan kita baru dapat sokongan. sebab itu bro anuar janji apa sahaja kepada mereka sebab nak undi. maka dalam PR orang akan undi kita kalu kita sangup offer 99% potongan harga kot... hehehehehe

    ReplyDelete
  8. seperti UMNO memainkan isu melayu, Perkasa pun sama.

    Perkasa dipimpin oleh seorang yang bodoh dan otaknya terencat seperti Ibrahim Ali dan penaung nya Maha Firaun Mahathir.

    Dah bagi NEP berdekad2 tahun, tapi masih ditakuk yang sama 20%. Tapi kadang2 orang lupa, pegangan saham pelabur melayu melalui PNB, ASB, Tabung haji dan EPF secara tidak langsung, adakah angka 20% ini betul???

    Dulu ASLI kata melayu dah capai lebih 40% tapi dibantah Badawi (kira pakai par value plk - bodoh mana belajar kt mana ,....puuik)

    Balik ke 50billion dijual dr 52 billion ekuiti, siapa yang jual kalau x kroni2 melayu UMNO dan bersenang lenang di luar negara....

    Biarlah golongan intelektual melayu memimpin malaysia.

    Cukuplah dengan bodoh2 dan orang2 yang pecah amanah memimpin, sudah muak dengan orang macam mamak mahathir, kaki tidur Badawi, playboy Najib dan katak Ibrahim Ali.

    Doakan semua 4 jahanam ni kena sakit jantung cepat2 dan berambus dari dunia ini.

    ReplyDelete
  9. Dalam politik kita perlu ada kepelbagaian.Orang macam Braim Ali pun mustahak juga untuk orang Melayu. Melompat dan me........ memang kerja beliau. Biarkanlah, kurang-kurang tak sunyi sangat suara melayu.

    Gomo Berahim Gomo....jangan tak gomo..

    ReplyDelete
  10. Pakatan Pembangkang walaupun tidak bersekongkol dengan PERKASA nyata mendapat lebihan untung politik darinya kerana komponen BN mengambil pendekatan bermusuh dengan PERKASA.

    Nampak sangat otak KJ ni lebih selut dari belacan.

    ReplyDelete
  11. Bro, apakah yang Perkasa nak?
    Memperjuangkan Melayu cara bagi tongkat? Mereka mahu kerajaan ikut cara lama yang teryata gagal.Spoon feeding is not the way.

    Bro, doing the same thing over and over again but expecting the same result, itu gila namanya. That is what Perkasa is asking i.e to retain a policy that has been a failure.

    Melayu dah dapat 20% ekuiti pada tahun 1990 lagi. Tapi dari tahun 1990 sampai tahun 2010, masih 19-20%. Tidakah ini menunjukkan polisi itu telah gagal? Kenapa nak mempertahankan polisi yang telah ternyata gagal? Tapi bagi pemimpin UMNO ianya tak gagal sebab merekalah orang yang mendapat manfaat terbanyak walhal Melayu masih terpinggir. Ini kenyataan.

    Macam agihan saham untuk dapat 30% ekuiti, 50billion telah di jual. Sampai kiamat pun tak tercapai.

    Kita perlu pendekatan baru untuk menolong Melayu. Ubah minda, cari ilmu dan kerja kuat. Inilah resepi kejayaan dan bukannya dengan menyalak Ketuanan Melayu, fasal 153, kuota dsbnya. Melayu akan jadi lemah dengan cara ini.

    Kelemahan UMNO/BN ialah salah guna kuasa, urus tadbir yang lemah, rasuah dan 'failure to do the right thing'. Adakah Perkasa membawa issue ini ketengah? Elek.

    Kalau Perkasa dah rasa kuat, tukar jadi parti politik dan bertanding. Rasanya semuanya calonnya akan kalah, dengan Presidennya sekali.

    Pada saya UMNO tak ada 'political will, to change. Semua orang boleh cakap sebab cakap tak kena bayar, bro.

    ReplyDelete
  12. macamana org melayu umno nak sokong umno?

    kalau ketua pemuda sendiri menyokng wee ka siong?

    kalau presiden sendiri boleh tatang org cina lebih dari tatang kaum dia sendiri?

    nak salahkan perkasa pulak?

    apa kes?

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan,

    Terima kasih menulis perkara ini. Memang betul kewujudan Perkasa adalah kerana Pemuda UMNO dan UMNO sendiri gagal untuk membela nasib orang Melayu.

    Saya mohon pertolongan tuan untuk panjangkan cadangan saya mengenai pentingnya Perkasa untuk buat satu tabung untuk kutip sumbangan daripada orang Melayu.

    Daripada sumbangan ini boleh digunakan untuk bantu anak Melayu yang kesusahan, anak Melayu yang perlu duit untuk sambung belajar dan untuk bantuan kecemasan seperti dalam kes surau disimbah cat dan lain-lain.

    Dengan cara ini Perkasa dapat lebih dekat dengan rakyat.

    Terima kasih dan salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  14. Kepada semua pembaca,

    Saya tidak bermaksud untuk memngatakan yang PERKASA itu adalah alternatif terbaik.

    Saya hanya mengatakan yang mereka menyertai PERKASA kerana UMNO tidak secocok lagi kepada mereka.

    PERKASA maksud saya merupakan 'sanctury' bagi semua 'frustrated UMNO members" untuk menunjukkan 'keferasatan' mereka.

    ReplyDelete
  15. YB Encik Khairy sebenarnya bukan hendak membela nasib bangsa lain, tetapi dia cuma hendak membuat sedikit 'damaged contol' selepas kekalahan besar PRU12 dimana kaum-kaum lain tidak lagi menyokong BN/UMNO dan beliau dipersalahkan. Itu saja.

    btw, kalau tak salah Mr. Bean pun dari Oxford.

    ReplyDelete
  16. Kepada mereka yang komen mengatakan pegangan Melayu dalam ekonomi negara adalah 19-20% ingin saya bertanya - saudara dapat angka itu dari mana ?

    saya nak tau juga sebab TPM sampai sekarang belum keluarkan lagi stats terbaru. Tolong berikan link kalau angka itu boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  17. saya setuju benar dengan tulisan saudara Aspan ini..... harap-harap orang-orang yang menerajui sayap Pemuda UMNO boleh buka mata, hati dah fikiran tentang apa yang benar-benar sedang berlaku.... Jangan nak 'syok sendiri' sahaja....

    -penyokong PERKASA-

    ReplyDelete
  18. salam, setuju dengan artikel ini. memang si KJ ni gila...emmm lagipun UMNO dah lama tiada ketua pemuda. yang ada hanya ketua pemuda BN

    ReplyDelete
  19. dinturtle,

    sehari sebelum Dr Mahathir secara resmi berhenti dari jawatan PM, beliau telah berucap diParlimen dan menyentuh tentang pegangan Bumiputra dalam bidang equity ini.

    Beliau menyebut angka resmi pegangan Bumiputra itu sebagai 19.6 peratus.

    Sila baca hansard palimen dan dinturtle pasti terjumpa angka itu.

    ReplyDelete
  20. KJ masuk UMNO utk jadi Perdana Menteri .... Meluat ke tidak ke inilah agenda utama... Duit dah banyak .... ramai pemuda umno yang miskin papa kedana ikut KJ dah pakai kereta mewah... itulah pejuang melayu yg berjaya....

    ReplyDelete