07 October 2010

Anwar Ibrahim VS Utusan & Berita Harian

Ketetapan PKR untuk melarang mana-mana ahlinya menggunakan media milik pemerintah BN menjadi isu hangat dikalangan pimpinan dan juga rakyat biasa seperti saya dan saudara. Saya berpendapat arahan itu bolehlah diterima secara dasarnya tetapi mana mungkin Utusan Malaysia dan Kumpulan Straits Times boleh membelakangkan isu PKR ini kerana PKR adalah musuh yang paling ditakuti oleh UMNO.

Setakat mengelak dari memberikan kenyataan bertulis kepada media-media mungkin boleh dilakukan tetapi untuk menegah Utusan dan Berita Harian untuk melupakan PKR adalah satu perkara yang sangat mustahil.

Bagi saya PKR tidak perlu takut dengan permainan Utusan dan Kumpuilan Straits Times kerana akhbar itu tidak lagi diyakini oleh pembaca. Apa sahaja yang dilakukan oleh akhbar-akhbar perdana ini diterima oleh rakyat dengan penuh kesangsian. Imej akhbar ini sudah jatuh begitu ketara kerana The New Sstraits Times sekarang hanya menerbitkan bawah dari seratus ribu naskah kerana tidak lagi diminati oleh pembaca.

Utusan Malaysia juga menghadapi penurunan pembaca yang sangat ketara yang kini hanya menerbitkan kurang dari 90,000 naskah setiap hari. Keadaan ini menunjukkan betapa kurangnya kredibiliti dua akhbar ini disebabkan secara beransur-ansur akhbar-akhbar ini sudah dianggap sebagai akhbar pemecah belah rakyat dan menumpukan kepada isu-isu yang bersifat rasis.

Jika akhbar-akhbar ini benar-benar berpengaruh masakan penerbitannya sudah jatuh melebihi 40 peratus jika dibandingkan beberapa tahun dahulu. Tidak semua apa yang dikatakan oleh Utusan itu tidak betul. Keputusan cabutan judi 4-ekor masih tepat dan tidak ada salahnya. Malah sebahagian yang membeli akhbar itu katanya ialah untuk melihat keputusan cabutan loteri dan sebagainya. Begitu juga Berita Harian dan Straits Times.

Saya rasa memulaukan akhbar tersebut dibuat secara resmi dan formal adalah keputusan yang sia-sia. Akhbar-akhbar tersebut memang hari demi hari sudah dilupakan oleh pembaca kerana kredibilitinya sudah jatuh menjunam.

Bagi Anwar Ibrahim tidak payahlah melalak sehingga keLondon untuk menolak akhbar yang mendapat permit untuk menerbitkannya. Semata-mata kerana Zaid Ibrahim mendapat liputan akbar-akhbar tersebut maka beliau merasa bimbang dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Anwar tidak wajar takut kerana Utusan Malaysia memang bukan lagi akhbar yang dibaca ramai. Yang Anwar perlu memberikan tumpuan ialah untuk menjadi pemimpin PKR yang tidak berat sebelah jika ada persaingan diantara pemimpin-pemimpin didalam partinya semasa pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini.

Jika Utusan dan Berita Harian menyokong parti-parti dalam BN sahaja, Anwar didalam partinya pula hanya menyokong individual tertentu sahaja. Jika sikap ini tidak dapat diubah oleh Anwar, maka kemungkinan partinya tidak diyakini oleh rakyat seperti yang dialami oleh UMNO berkemungkinan akan berlaku.

Didalam partinya sendiri Anwar bersikap, ‘kasihnya bertompok-tompok, bencinya pula merata-rata’; tidak ubah seperti Utusan dan Berita Harian yang dibencinya itu.

7 comments:

  1. Ketua pemimpin yang baik amat tidak wajar menyebelahi mana-mana individu yang ingin bertanding utntuk apa-apa jawatan sekali pun. Amat tidak perlu melatah untuk menyalahkan akhbar semata-mata kerana akhbar memberi perhatian kpd calon yg beliau tidak cenderung itu.

    ReplyDelete
  2. Anwar dan pengampu Utusan dan Berita Harian itu sama saja. Kalau tidak sama masakan mereka bergaduh tak habis-habis bro.

    jamali

    ReplyDelete
  3. ASalam saudara aspan, Media ceatak di taja oleh umno bn, memang media yg telah jatuh kredibiliti. Segala berita cuba memujikan pemimpin umno bn, semantara berita untuk pr lansung tidak ada yg positif. Dengan bercuan kan dasar umno bn yg senantiasa berpihak keterlaluan, maka kini terbokti surat akbar yg di taja umno bn mendapati kian hari minat umum untuk membaca makin megecut, dan akhir golong tikar. Pemimpin umno bn gagal melihat ini semua.? Yg menjadi permasaalahan pkryg tidak mengizinkan apa jua hubungan dgn akbar yg pro umno dan bn. Mungkin anwar ada sebab yg boleh di terima akal jua, kali2 berita yg di siarkan olh akbar2 berikut memberi imag yg buruk kpd pkr. Tapi yg rugi ialah lah mereka umno bn, penurunan jualan semakin tipis. Pemilihan timb president pkr, seharus tidaklah menjadi persoalan, anwar mempunyai hak untuk memihak, azmin atau pun zaid, yg paling penting sekali ahli harus matang, pilihlah pemimpin yg mampu, bukan sebab anwar sokong calon ini, kita harus sokong, tidak,. Mereka ini dalam pkr, sepatut calon yg kalah mestilah terima hakikat, yg kalah dan menang pasti berlaku. Yang menang harus memimpin semantara yg kalah harus di pimpin. tq

    ReplyDelete
  4. Permainan Utusan dan B Harian menekan Anwar itu tidak seberapa. Kalau kita ingat akhbar-akhbar ini pernah memfitnah Raja Melayu pada 1993 dulu. Sejak itu saya tidak pernah membuang wang untuk melangan akhbar-akhbar ini. Sidang pengarang mereka lebih dari pelacur murahan.

    ismaildin

    ReplyDelete
  5. salam,kalau surat khabar utusan melayu dan NST tidak laku dah tentu syarikat ini akan mengalami kerugian yang banyak.Apabila kos melebihi pendapatan saya rasa dah lama syarikat ni tutup.Ramai pekerja-pekerja akan diberhentikan dan guna tenaga tidak digunakan sepenuhnya.Kebanyakan pekerja-pekerja syarikat tersebut terdiri dari orang-orang Melayu Islam yang telah berkhidmat puluhan tahun.Anak-anak masih belajar sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah dan IPT.Sudah tentu keluarga mereka akan menghadapi tekanan dalm meneruskan hidup.Syarikat ni dimiliki olih orang-orang Melayu.Adakah kita sendiri nak menghancurkan perniagaan orang Melayu."Dahulukan bangsa sendiri dari kepentingan perut sendiri"....

    ReplyDelete
  6. Larangan memberi berita atau membuat kenyataan akhbar kepada Utusan dan NST seperti yang ditegaskan oleh DSAI menampakkan kecetekan fikiran beliau. PKR atau PR selama ini bercakap mengenai kebebasan akhbar, tetapi nampaknya ada double standarad yang amat jelas. Apakah yang akan dilakukan jika PKR berkuasa nanti. Mengharamkan UTusan, NST dan akhbar lain yang dianggap anti PKR selama ini? DSAI perlu ingat walaupun dituduh BN menyekat kebebasan akhbar, tetapi akhbar parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) juga diberi permit penerbitan. Larangan penerbitan Suara Keadilan dilakukan apabila akhbar itu tidak tahu atau gagal memenuafaatkan kebebasan yang diberi. Hanya tahu mengutuk tanpa bukti. Kalau dilihat dari segi ini, Harakah lebih bertanggung jawab. Isyu Datuk Zaid diwawancara oleh Utusan (akhbar lain juga turut menembu bual beliau seperti Sinar Harian, Harakah)ialah kerana beliau perlu menjawab tuduhan liar kepadanya atau menerangkan agenda dan rancangan masa depan untuk meningkatkan imeg PKR sebagai parti pembangkang yang ada potensi untuk ke Putrajaya. PKR alias PR mesti dilihat sebagai parti yang mampu membawa perubahan kepada semua rakyat Malaysia. Kalau DZ dilarang ditemubual oleh UTusan, aopakah Suara Keadilan (sekarang dalam versi elektronik) dibenarkan menemubual DZ. Saya rasa kalau Suara Keadilan berbuat begitu, editornya pasti dibuang kerja. Jadi dalam kerabat PKRpun ada pilih bulu. Utusan amat pragmatik dalam laporan kerana walaupun dilihat berat sebelah (berkenaan parti pe,bangkang) tetapi pernah menemu bual ramai tokoh pembangkang seperti Hj Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan lain-lain dan parti masing-masing tiada masalah. Ramai juga pemimpin pembangkang muncul dalam program TV (seperti forum dsbnya)seperti TV3 dan mereka ini mendapat restu dari pucuk pimpinan parti. DSAI perlu sedar dalam arena kebebasan media, ada yang menyokong dan ada yang menentang. Kalau Suara Keadilan atau Harkah atau Roket boleh mengutuk BN, kenapa Utusan tidak boleh. Atau kalau Utusan boleh menembual tokoh pembangkang apabila ada isyu yang timbul, bolehkah kenapa Suara Keadilan tiak menemubual Datuk Zaid sebelum sempat Utusan melakukan yang sama.

    ReplyDelete