08 October 2010

Galas - bukan pertandingan, hanya pemilihan sesama sendiri.

Hari ini 29 Syawal. Ini bermakna kita sudah sampai ke penhujung bulan raya. Habis sahaja bulan Syawal dan beraya kita akan menghadapi pilihanraya. Pilihanraya kali ini hanyalah pilihanraya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang. Kalau kita sebut Gua Musang maka tidak lengkap jika nama Tengku Razaleigh tidak disebut kerana beliau adalah Ahli Parlimen di sana dan Ketua UMNO Bahagian itu pula.

Dengan kehendak Illahi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Galas, Che Sulaiman Hashim 46 tahun kembali ke rahmatullah dalam usia yang masih muda. Itu adalah hak Tuhan semesta Alam untuk menentukan masa atau waktu seseorang itu dipanggilnya pulang. Kita sendiri tidak tahu bila akan dipanggilNya; entah esok, entahkan lusa, kita akan tetap kembali menghadapiNya dan itu adalah wajib kita hadapi.

Kepulangan Che Hashim ini meninggalkan tanggungjawab yang besar kepada ramai orang; setidak-tidaknya di kawasan yang beliau wakili sejak lebih dua tahun yang lepas. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan mewakili pengundi Galas dan beliau adalah ADUN PAS.

Tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Allahyarham ini ialah untuk mencari ganti beliau seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Negara. Pilihanraya ini tentulah pertandingan diantara PR yang akan diwakili oleh PAS dan BN yang diwakili oleh UMNO. Sebenarnya kalau kita kaji dari effectya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, siapa pun yang menang atau kalah tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Jika UMNO menang, BN tidak juga akan dapat membentuk kerajaan negeri. Begitu jugalah jika PAS kalah ianya tidak akan menjejaskan kekuatan kerajaan PR di Kelantan itu. Tinggal lagi kemenangan dan kekalahan mana-mana pihak mungkin akan memberikan semangat atau sebaliknya bagi kedua pihak yang bertanding.

Itulah sebabnya pilihanraya kecil ini elok kalau kita tidak jadikan medan untuk bertanding siapa yang kalah atau siapa yang menang, kerana kedua-dua belah pihak adalah dari golongan yang sama; sama bangsanya, sama agamanya dan sama budayanya. Biarlah PRK di Galas ini dijadikan sebagai medan untuk bersama-sama memperjuangkan apa yang dikehendaki dan keperluan rakyat Kelantan.

Janganlah hendaknya UMNO menjadikan pemilihan wakil ke Dewan Undangan Negeri ini semata-mata untuk menang. PAS pula begitu; jangan dijadikan PRK Galas ini untuk bersorak bagi memenangi parti PAS semata-mata.

Bagi saya siapakah atau pihak manakah yang mampu untuk meneruskan perjuangan seperti menuntut royati minyak contohnya. Elok kita pilih pihak yang memahami selok-belok minyak yang diperjuangkan ini. Bagi orang yang ‘a-political’ kemenangan Tengku Razaleigh atau sesiapa yang beliau pilih itu akan lebih menguntungkan rakyat Kelantan.

Semua rakyat lebih-lebih lagi ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpinya tahu bahawa Tengku Razaleigh merupakan pemimpim individu yang sangat kuat memperjuangkan isu Royalti minyak ini bukan sahaja untuk rakyat Kelantan tetapi juga untuk memastikan perjanjian di antara PETRONAS dan semua kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975 dahulu dihormati dan dilaksanakan.

Sebagai seorang yang kuat memperjuangkan Federalism beliau telah pun berdiri di hadapan hampir seratus ribu manusia dan anak Kelantan memperjuangkan nasib rakyat negeri-negeri untuk royalti minyak ini. Walaupun pemimpin-pemimpin UMNO sendiri berasa tidak senang dengan TR, beliau tetap berjuang untuk pembayaran royalti minyak ini.

Sebagai seorang tegas dengan pendirian untuk PETRONAS memberi serta memulangkan kembali sejumlah wang yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Kelantan melalui perjanjian diantara PETRONAS dengan rakyat negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Dato Mohammed Nasir pada 9hb Mei 1975.

Oleh kerana itu jika TR atau orang yang dipilihnya untuk bertanding diDUN Galas itu sepatutnya mendapat sokongan padu bukan sahaja oleh ahli-ahli UMNO tetapi juga oleh penyokong-penyokong PAS keseluruhannya.

Kemenangan calon yang dipilih oleh TR itu akan memperkukuhkan TR dalam memperjuangkan hak royalti minyak yang beliau tidak putus-putus memperjuangkannya.

Jika PAS mempunyai sikap yang strategik parti itu tidak akan teragak-agak untuk memberikan laluan kepada TR untuk mendapatkan semula Galas kepada calon yang dipilihnya. Lagi pun ia tidak melemahkan kerajaan PAS Kelantan malahan dengan kemenangan calon pilihan TR PAS akan mempunyai lebih advantage kerana di kalangan UMNO sendiri ada manusia pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang dipimpin TGNA itu.

Itulah sebabnya saya telah menulis beberapa hari yang lalu yang keadaan di Galas ini bukannya pertandingan di antara PR dan BN tetapi mencari solusi yang terbaik untuk memperkuatkan tuntutan-tuntutan rakyat Kelantan dan kebaikan untuk mereka. Di Galas sepatutnya menjadi medan untuk mencari kekuatan bagi rakyatnya untuk masa depan mereka sendiri.

Jika PAS menyedari hakikat ini maka mereka sepatutnya tidak memberikan tentangan untuk seorang pejuang rakyat Kelantan itu mendapatkan kekuatan politik untuk kebaikan mereka sendiri.

Memberikan kemenangan kepada TR atau calon pilihannya adalah penyelesaian terbaik untuk kepentingan bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi juga untuk rakyat negeri lain yang telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS pada tahun 1975 yang lalu.

Mesti diingat kemenangan UMNO di Galas bukannya oleh kekuatan yang datang dari UMNO, sebaliknya adalah kekuatan yang datangnya dari pengaruh peribadi TR yang telah mengorbankan keseluruhan hayatnya untuk rakyat.

Sekarang ini adalah masa untuk pengundi Galas untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruhannya. Yang paling kita takuti ialah jika kita bertindak menzalimi diri-diri kita sendiri.

8 comments:

  1. Seelok-eloknya TR tidak menerima tugas sebagai Pengarah PRK dan juga sebagai calon kerana UMNO sebenarnya bertujuan "mengenakan" TR..seandainya BN menang, maka UMNO akan akan bersorak gembira dan melupakan TR selepas itu dan jika BN kalah, TR akan dipersalahkan..
    UMNO meletakkan beban ke atas bahu TR kerana TR menetang BN dlm hal royalti dll..Seolah-olah mereka ingin melihat TR berada dlm keadaan serba-salah..
    PAS memang amat menghormati TR,tetapi PAS tidak dpt memberi kemenangan secara percuma kerana perjuangan PAS adalah terhadap BN secara keseluruhan dan bukan terhadap TR seorang..
    Seandainya PAS memberi "kemenangan" secara mudah, ini akan memberi implikasi yg tidak "molek" kepada rakyat, seolah-olahnya PAS tidak serius dlm perjuangan..
    Bagi saya, cara terbaik adalah TR jgn melibatkan diri dlm PRK ini..

    ReplyDelete
  2. Apakata kerajaan BN berjanji untuk memberi royalti minyak kepada kerajaan Kelantan dan Pas berjanji pula untuk memberi kemenangan percuma kepada BN. Barulah adil dan penyelesaian terbaik untuk kedua dua pehak.

    ReplyDelete
  3. Yang pasti Ku Li akan berjaya, insyallah jika beliau menjasi Pengarah PRK ini.

    PAS pun tahu, hanya diharapkan perhububgab Ku Li denga PAS tidak akan terjejas.

    Ku Li bukan pemimin UMNO sahaja, beliau pemimpin semua orang.

    ReplyDelete
  4. OCPA, saya hormati pandangan sdr tetapi ingat sdr Ku Li adalah pemimpin UMNO disitu.

    ReplyDelete
  5. Bro,

    1. Kalau Kli atau calon pilihan Kuli yang menang, ia bukan kemenangan Kuli tetapi kemenangan Muhyidin dan kumpulannya.

    jadi, macamana kita nak hadapi PRK ini. saya masih berpendapat, Kuli kenalah menolak perlantikannya baik sebagai pengarah PRK atau menjadi calon.

    Kredibiliti dan status quo yang ada hari ini tidak akan menjejaskan kedudukan Kuli baik sebagai ahli UMNO(Baru) atau veteran UMNO(Baru).

    ReplyDelete
  6. Asalam saudra aspan,,, Dalam isu ini kita harus berpandang realities, pas itu parti dan umno itu parti, semantara tr adalah seorang wakil parliment atas tiket umno. Tidak ada kemuskilan dalam soal ini, kedua parti harus memberi tumpuan untuk memenang seat galas. lebih2 lagi pas, harus menpertahan kemenangan demi maruah dan prestasi parti, begitu jua umno. Kerjasama yg di maksud tuan tidak mungkin berlaku sebab atas dasar negara kita memenarkan kita betanding. Yg patut di beri kerjasam ialah, tidak ada kempen yg berkataluan, personel attack, memburuk lawan, janji u help me, i help u. Mungkin tidak menjandi kesaalahan, namun dari aspek moral juga harus di ambil kira. Biarlah menang itu bermaruah, saya yakin umno dan pas boleh buat ini semua, tak perlu ada duit untuk melaksanakanya. Biar kedua parti melayu yg besar ini tunjuk kan example yg molek untuk negara. Cukuplah dgn budaya bodoh yg tidak menguntung sesiapa pun, melainkan kelemahan yg nyata. Tr sebagai pengarah prk galas, sudah tentu dia mahu galas menang, sudah tentu ketokohan dan kepiminan tr masih cukup kuat di galas. Sudah tentu dgn kemenanga itu kelak memberi kekuatan untuk tr memperjuangkan apa yg baik untuk kelantan. Sudah tentu isu royalti minyak akan menjadi fokus utama tr, bargain power sudah semakin kuat. Namun seandai umno kecundang, sudah tentu tr terus memperjuangkan agenda yg sama atas kapsiti yg yg berbeda. Salam.

    ReplyDelete
  7. Husam kata kalau TR bertanding, PAS mungkin nak letak orang asli jadi calon.. Apa maknanya yang tersirat??

    Ada orang kata nak bagi walk-over pada TR, atau nak bagi penghormatan pada orang asli ataupun nak menyindir TR..

    Saya rasa tak usahlah kita nak soalkan pasal TR ataupun calon PAS yang nak bertanding..kita soalkan pencapaian parti yang memerintah Kelantan..PAS dah lama memerintah kat Kelantan.. dah lebih 20 tahun dah tentu banyak perubahan yang boleh dilakukan.. apa cerita kisah air kat Kelantan, kisah pembangunan dan sebagainya.. nak kata negeri ni model negeri Islam..negeri tadahan wahyu dan sebagainya .. apa yang boleh PAS tunjukkan.. Yang saya tahu kalau nak lawat patung buddha besar di negara ni, lawatlah Kelantan..nak tengok ramai orang asli yang menganut agama Kristian ziarahlah Kelantan.. Apa ni.. takkan TGNA tak pernah berdakwah dinegeri bawah jagaan beliau, sibuk berpolitik sana-sini tapi belakang rumah tak dijagai? Dah tiba untuk berubah.. ubahlah pemerintahan disana tu...

    ReplyDelete
  8. PRK Galas Harapan BN semakin cerah.....Tengku Razaleigh akhirnya menerima pencalonan....berita seterusnya sini

    ReplyDelete