19 December 2010

Jika benar bagai dikata, beranilah untuk berubah - Rakyat (Melayu) dalam pencarian.

Selama kita hidup tentulah kita telah melalui dan mengalami banyak pahit manis kehidupan yang telah menjadikan kita dewasa. Orang tua-tua berpesan, ‘jadikan alam yang terbentang luas ini sebagai guru’. Apabila disebut ‘Alam’ maka ianya membayangkan betapa besarnya ilmu yang kita perolehi jika kita berfikir dan menjadikan pelajaran untuk diri kita.

Apabila kita cuba untuk menjangkau kebesaran alam ini kita lama kelamaan akan merasakan betapa kecilnya diri kita ini. Kita akui yang alam ini merupakan kenyatan wujudnya Tuhan yang Maha pencipta itu. Itulah sebabnya jika insan yang bersifat baharu seperti kita ini cuba menghampiri kealam keTuhanan kita akan merasakan kenyataan; lagi kita hampir kepadaNya lagi kita merasakan betapa kecilnya diri kita. Semakin kita hampiriNya kita akan merasakan yang kita semakin kotor dan hina disisi Yang Maha Suci dan Mulia itu.

Kedua-dua dalil tadi membayangkan betapa Maha besarnya DIA dan MAHA sucinya DIA yang tidak ada sesuatu perbandingan denganNya. DIA tidak memerlukan munafaat dari kita kerana DIA adalah ‘net giver’ segala munafaat dan nikmat.

Maka yang kita perlu lakukan ialah mentauhidkanNya dan lahirnya kita semua adalah untuk semtiasa berzikir dan bertahmid, memuji dan mengtauhidkanNya secara intensif. Oleh kerana dituntut untuk mentauhidkanNya maka kita telah disediakan tata cara hidup bersyariat dengan hukum hakam yang jelas. Semuanya itu adalah elemen-elemen tauhid kerana tidak ada syariat serta hukum hakam maka tidaklah kita mengikuti agama yangh Maha suci ini. Ikut segala suruhanNya dan jauhi segala laranganNya itu merupakan bukti tauhid kita kepadaNya.

Kita diberikanNya Agama untuk kita hidup dengan cara civil yang diredhoiNya. Maka Agama tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai Addin atau cara hidup yang dituntut Nya.

Jika itu merupakan Addin ianya bermakna yang segala tindakkan kehidupan kita itu mesti selaras dengan segala ‘do’s and don’ts’ yang telah disyariatkan. Kita semua tahu apa yang disuruh dan ramai yang boleh melakukan suruhanNya. Tetapi yang paling susah selalunya ialah untuk mengelak dari apa yang dilarangNya. Susahnya untuk mengelak dari melakukan apa yang dilarangnya itu ialah kerana semua yang dilarang itu merupakan perkara-perkara yang enak dimakan dan sedap dirasa.

Salah satu contohnya ialah rasuah. Menerima rasuah apatah lagi yang besar-besar tentulah perkara yang sangat enak dimakan dan sedap dirasa. Apabila kita menerima rasuah dan menjadi perasuah tegar, segala perlaksanaan tugas untuk rakyat dan negara, mereka akan mengambil kesempatan untuk menerima rasuah. Rasuah itu tentulah datangnya dari wang rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun dan setiap keuntungan dari perniagaan rakyat contohnya.

Maka kita diingatkan oleh agama kita yang memakan rasuah itu ada sama seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Jika kita mengambil berat tentang salah laku ‘sodomy’ kenapa pula kita yang mengisukan sodomy itu tidak menerima persepsi yang dosa rasuah itu juga sebagai dosa yang terbesar. Mana agama yang mengatakan yang dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa melakukan sodomy?

Kita wajar menerima hakikat yang jika kita terutamanya kepada pimpinan negara melakukan rasuah itu merupakan tindakkan yang bertentangan dengan cara hidup atau addin dalam Islam atau mana-mana agama sekali pun. Jika rasuah benar-benar berlaku tidak ada contoh yang pelaku rasuah itu akan dapat menghindarkan dari pengetahuan umum. Apabila masyarakat sudah mengetahui wujudnya perlakuan rasuah itu maka mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi ‘retribution’ dari perlakuan itu.

Jika kerajaan dan pemimpinnya yang melakukan rasuah itu maka bentuk 'retribution’ yang diterimanya ialah kehilangan keyakinan dan kepercayaan rakyat seperti yang dialami oleh kerajaan dan kepimpinan kita pada hari ini. Secantik dan sebaik mana pun perancangan yang diumumkan oleh kerajaan rakyat tidak akan memberikan keyakinan kerana mereka tahu yang dalam perancangan yang baik itu pasti ada unsur rasuah didalam proses perlaksanaannya.Rakyat mahukan kerajaan yang boleh diyakini.

Rakyat tidak mahukan kegiatan rasuah itu! Rakyat sudah serik dan jelak dengan rasuah yang dilakukan disetiap jabatan kerajaan baik dari kakitangan yang terendah, sampailah keperingkat yang tertinggi. Rasuah memang membawa bencana kepada semua temaddun kalau kita kaji dengan teliti. Jika berlaku kekecuhan dalam pemilihan siapa yang akan memimpin kita, maka rasuah adalah salah satu elemen yang menjadi penyebabnya.

Rakyat sudah sampai ketahap membenci mana-mana pihak yang melakukan rasuah itu. Pemimpin kita selama ini telah mengambil kesempatan diatas kesetiaan rakyat terhadap mereka. Rakyat tidak mahu lagi ditipu terus-terusan seperti yang masih berlaku pada hari ini.

Kejatuhan sesuatu kepimpinan itu mesti ada ‘immediate cause’nya. Jika Abdullah Badawi diisukan dengan pentadbiran keluarganya, nampaknya Najib tidak akan dapat mengekang apa yang diisukan oleh terlalu banyak pihak yang pentadbirannya adalah pentadbiran laki bini. Bagaimana hendak melenyapkan isu yang amat merbahaya ini? Dimerata-rata corok dan sudut negara kita orang ramai menggosipkan isu ini.

Salahkah mereka bercerita tentang isu ini jika Najib tidak berusaha untuk memperbaikki keadaan ini? Takkan salah lagi rakyat. Kita perlu ingat negara ini rakyat yang punya. Orang akan berkata jika ahli keluarga pun tidak mampu ditadbir, bagaimana hendak mentadbir negara yang mempunyai rakyat seramai hampir 30 juta ini? Bukankah itu soalan yang lojik dan relevan untuk keutuhan negara dan bangsa mereka?

Jika ramai rakyat menolak Abdullah Badawi kerana isu keluarga, adalah natural bagi rakyat akan menolak Najib dengan isu laki bini tadi. Jika berlaku tindakan rakyat menolak kepimpinan dalam peti undi nanti, salahkah rakyat lagi? Takkanlah dalam kemelut politik seperti ini yang benar hanya pemimpin dan yang salah hanya rakyat.

Tetap jika pemimpin kita masih menyebelahi ahli keluarga yang dipandang remeh oleh rakyat maka pemimpin kita mesti bersedia untuk diketepikan oleh rakyat. Ingat, negara ini rakyat yang punya. Bukan kepunyaan isteri anda atau isteri saya. Imej seperti ini tidak akan mampu ditutupi dengan isu pembangunan semata-mata dengan pengumuman NEM, NKRA, ETP NKREA. PTP, TTP, PPT, NPE, PPN, AMN, KPN, KOAM, LLN, PTPN, KTM dan entah apa bala yang lain.

Rakyat tetap memerhatikan kejujuran dan kesetiaan pimpinan kepada agama dan negaranya. Sebagaimana yang disebutkan awal-awal tadi kita yang beragama ada tata-cara dan addin yang selalu disebutkan oleh ulamak kita termasuk beberapa pemimpin UMNO yang mahu dipanggil ulamak.

Kejemuan yang dialami oleh rakyat terhadap persepsi rasuah inilah yang menyebabkan rakyat sudah ramai yang berpindah keyakinan kepada parti-parti pembangkang. Kepada orang Melayu yang Islam mereka berpindah kepada PAS sebagai usaha pencarian untuk hidup dalam situasi politik yang menampakkan kecenderungan untuk melihat politik dan siasah negara bersandar sedikit sebanyak kepada cara Islam yang dikatakan sebagai addin tadi.

Kita sebaliknya menerpa kepada mereka yang sedang dalam pencarian ini kerana kejemuan mereka terhadap kita. Kalau kita hina dan pandang remeh terhadap usaha pencarian mereka untuk membawa mereka kembali kepada kita adalah hampir kepada mustahil kerana mereka lari dari kita yang mereka anggap sebagai pihak yang lalai dalam melaksanakan addin sebagai yang diinginkan oleh mereka.

Dinegara-negara yang maju seperti diSwitzerland rakyat yang terlalu mementingkan kebendaan, masyarakatnya telah lama merasa tertekan kerana 'social dan material demands' yang terlalu tinggi. Itulah sebabnya mereka sedang mencari ketenangan dengan memanggil dukun dan pawang siam untuk pencarian mereka. Bagi kita orang Islam sesiapa sahaja yang boleh memberikan ketenangan kepada kehidupan, mereka akan mengikut pihak itu, dan dalam kontek kita mereka mengikuti PAS kerana ada unsur-unsur keagamaanya sebagai sumber untuk santapan naluri mereka.

Samada salah atau benar itu Tuhan sahaja yang tahu tetapi yang penting kita perlu akui mereka (orang Melayu) sedang dalam pencarian. Jangan salahkan mereka kerana kita terlalu mementingkan material untuk sekelompok oportunis semata-mata, justru mereka mengalihkan pandangan mereka kearah yang lain. Masa akan menentukan kebenaran yang saya tulis ini.

Itulah sebabnya saya ulangi bahawa kita perlukan perubahan seratus peratus, baik dari segi kepimpinan dalam parti yang memerintah. Kita tidak boleh dengan hanya mentadbir sentiment semata-mata tetapi juga dari segi rupa bentuk dan struktor parti itu. Kalau ini masih tidak dilakukan dalam jangka masa yang singkat UMNO dan BN ini akan menjadi bahan bacaan sejarah semata-mata.

Pengakhir kata, berkata dan bertindak berani serta mengakui segala kesalahan kita merupakan satu-satunya jalan untuk dilakukan jika benar bagai dikata yang anda sekalian sayangkan UMNO itu.

Jadikanlah alam yang luas terbentang ini sebagai guru.

10 comments:

  1. Setuju! Jangan aibkan umat Muhammad, kerana Allah telah berjanji sesungguhnya dia akan menutup keaiban seseorang umatnya jika mereka menutup keaiban saudara seislamnya. Jika sebaliknya, terimalah padahnya. Inilah yang terjadi dan sedang terjadi kepada pemimpin-pemimpin negara ini yang telah melondehkan aib seorang insan di Malaysia ini demi kepentingan politik. Mereka takkan terlepas dari janji Allah dan inilah yang telah berlaku di Malaysia. Mereka mencemar nama Malaysia yang majoritinya berugama islam keseantero dunia dengan gahnya perkataan liwat dan sodomy, yang akhirnya Islam itu sendiri di pandang hina oleh agama lain, disebabkan oleh seorang dua yang gila kuasa dan mendabik dada bahawa dialah Tuhan.
    Dia juga mengatakan yang Nabi itu tak bercukur sebab tiada gillete. Betapa bongkaknya manusia itu dan dia akan melihat parti yang diasaskannya itu akan jatuh menyembah bumi dan akan disaksikan oleh dia sendiri oleh usianya yang semakin panjang atas perbuatan dia sendiri,insyaallah.

    Begitu juga bagaimana dia membiakkan rasuah yang akhirnya pemimpin atasan dan rakyat yang terjebak dengannya melahirkan zuriat yang durjana, maksiat berleluasa dan buang bayi tak terkawal lagi. Dosa besarnya adalah menutup sekolah agama yang padanya adalah tak berguna sebab atas alasan yang dia sendiri yang tahu sebab dialah Tuhan.

    Meminjamkan kata-kata YB Zul yang munafiq itu "Dialah Raja, dialah polis dan dialah hakim, semuanya dia..". maka hancurlah negara ini, bila seorang pemimpin yang kejam turun dari tahta, maka yang menggantikan dia adalah lebih kejam dari itu. Itulah yang berlaku pada Bedolah dan PM Monggol tu.

    ReplyDelete
  2. Asalam saudara aspan,,,Sebenar kita tidak boleh lari kenyataan dan kebenaran,,, mana mungkin manusia ini akan menjadi baik tampa iman yg teguh ,,,hakikat yg nyata telah menjadi kenyataan di dunia dan tauladan ,,, namun hakikat tidak ramai yg mengambil peluang untuk menolek ke belakang dan bermula dgn azzam yg baik di sisi ALLah....Perubahan tidak akan tidak berlaku,,, rakyat baik melayu,cina, india iban dan lain2,,, dalam pencarian yg lebih baik dari pada yg ada kini,,, yg ada kini memang tidak membawa perubahan yg nyata kepada rakyat??? Rakyat tahu ini semua,,,hanya sekadar perubahan yg nya memberi keuntungan kepada mereka...G13 yg mendatang ada lah suara rakyat yg kerabmat,,,akan menentu segalanya??? Di masa kini dalam kita mempersoalkan kedukan parti yg akan memerintah nanti,,, sudah tentu dalam perhitungan logik umno dan bn banyak kelebihan,,,semantara pr sekadar dgn kemampuan yg terhad... namun kita jangan lupa rakyat yg telah banyak berubah di setiap pelusuk negara akan membawa perubahan berdasar kepada senubri yg kian hari mahu pembaharuan....Yang pasti pr akan mendapa perjumlah popular vote yg lebih tinggi kali ini,,, mungkin dari aspek kawasan pr mungkin kecundang??? Akibat dari spr yg ternyata berkerja untuk umno bn dan berusaha keras untuk memenangkan kerajaan kini,,,walaupun terpaksa membuat kerja2 yg tidak bermaruah dan menipu??? Sudah sekian lama rintihan dan aduan yg di buat rakyat kepada kerajaan umno bn,,,namun mereka tidak prehatin dgn rintihan,, maka inilah akibat dari perbuatan yg ego dan sombong,, rakyat kini telah ramai yg telah tidak mendokong kerajaan kini,,, yg nyata di mata mereka,,, kerjaan yg rasuah, sombong, ego, dan tidak menepati senubari rakyat.... Tidak dapat tidak umno dan bn harus di hilangkan kuasa,,, untuk memberi kerajaan baru yg akan membawa harapan bau kepada rakyat.... rakyat tidak mungkin memberi peluang yg lagi kuasa kepada kerajaan kini,,, yg terang telah menodai harapan rakyat selama ini??? ya akan tetap berlaku,,, yg pasti umno dan bn akan mendapat tentangan dari rakyat kali ini...rq

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Aspan,

    Betapa merbahayanya bagi orang yg mempunyai sedikit ilmu agama tetapi tidak berteraskan kepada keimanan yg kuat dan luhur.Kerana kelemahan iman inilah akan mendorong mereka untuk menyalahguna ilmu yg sedikit itu untuk memesongkan pandangan dan pemikiran orang ramai terhadap sesuatu isu bagi menegakkan'benang basah',padahal hujah yg diutarakan itu jauh tersasar dan terpesong dari kebenaran.Perbuatan semacam ini pastinya akan membangkitkan kekeliruan dan kekalutan pemikiran dikalangan umah yg akhirnya akan terjerumus dengan pelbagai musibah dan bencana.

    Alangkah dangkalnya saranan bahawa atas dasar untuk menutupkan keaiban seseorang itu maka kita tidak sepatutnya membawa kes mereka yg kena tuduh kemuka keadilan.Kerana,mengikut lazimnya,jika kes itu dibawa ketengah untuk dibicarakan sudah tentunya perkara itu akan tersebar luas dan akan timbullah keaiban mereka yg berkenaan.Jika demikian, semua kes jenayah dan salah laku seperti rogol,mencuri,menyamun dan rasuah tidak bolehlah diambil tindakan,takut nanti akan terbukalah keaiban mereka yg melakukan kesalahan itu.

    Alangkah eloknya jika kita tidak menggunakan agama untuk kepentigan peribadi dalam apa hal sekali pun selain dari urusan agama itu sendiri.Terlalu janggal dan terserlah kejahilan dan keperibadian yg pincang apabila kita memperkatakan sesuatu hukum Allah,seolah-olah kitalah orang yg sangat alim tapi dalam nafas yg sama kita mencaci dan membuat fitnah terhadap sesama orang Islam ,apatah lagi terhadap pemimpin negara,sehingga tergamak mengatakan,"...dia sendiri yang tahu sebab dialah Tuhan."Insaf dan sedarlah,kembalilah kepangkal jalan.

    Sebenarnya perubahan yg drastik dalam parti UMNO/BN dan kerajaan adalah satu perkara yg misti jika BN ingin mendapat keyakinan dan sokongan rakyat seperti sebelum PRU 12.Perubahan yg positif yg amat diharapkan oleh rakyat jelata sekarang.PM Najib pun memang tahu perkara ini kerana beliau pun pernah meyarankan,"Berubahlah jika tidak mahu diubah".Dan beliau telah member beberapa isyarat untuk membuat perubahan sama ada dalam parti dan kerajaan.Hanya masa masih belum tiba.

    Harus disedari bahawa perubahan tidak akan membawa banyak faedahnya jika dilakukan dalam masa yg terlalu singkat atau hampir dengan PRU nanti.Impaknya tidak menyeluroh dan hasilnya tidak seberapa.

    Askar Tua

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Aspan,

    Saya tertarik dengan kupasan berikut;

    Salah satu contohnya ialah rasuah. Menerima rasuah apatah lagi yang besar-besar tentulah perkara yang sangat enak dimakan dan sedap dirasa. Apabila kita menerima rasuah dan menjadi perasuah tegar, segala perlaksanaan tugas untuk rakyat dan negara, mereka akan mengambil kesempatan untuk menerima rasuah. Rasuah itu tentulah datangnya dari wang rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun dan setiap keuntungan dari perniagaan rakyat contohnya.

    Maka kita diingatkan oleh agama kita yang memakan rasuah itu ada sama seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Jika kita mengambil berat tentang salah laku ‘sodomy’ kenapa pula kita yang mengisukan sodomy itu tidak menerima persepsi yang dosa rasuah itu juga sebagai dosa yang terbesar. Mana agama yang mengatakan yang dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa melakukan sodomy?

    Pada pendapat Tuan Aspan, pada masa T. Mahathir memecat DSAI, petimbangan yang diambil oleh T.Mahathir adalah kerana kes DSAI terlibat dengan sodomi atau kerana DSAI menentang dsaarnya ???

    Memikir disebalik peristiwa...

    ReplyDelete
  5. Kalau dah buruk dan byk rosaknya, cubalah dibaiki..tetapi jika setelah dibaiki masih rosak lagi, cara yg terbaik adalah berubah kepada yg baru..
    Kenapa tak mahu berubah pd yg baru? Sebab yg baru tu bukan dari rumpun yg sama ke??
    Dulu guna Wira, dah lebih 10 tahun, dah byk rosak dan masalah yg perlu dibaiki.. Dah dibaiki, tapi tetap rosak juga..mengabihkan duit je..Skrg guna Exora, kereta baru,panduan selesa dan tip-top.. Bukankah kedua-dua model tu hasil dari PROTON juga..apa masalahnya?
    Dgn kata lain,kalau dah terlalu taksub dgn keMelayuan,maka, PAS tu bukan org Melayu ke?? TUKAR je la..

    ReplyDelete
  6. Tn Hj. Aspan
    Rasuah Aka tumbuk rusuk. Diambil salah, tak ambil pun salah, habis semua serba salah.Rakyat..He3..Tunggu PRU13.

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya mereka(Pemimpin UMNO) itu pekak,buta dan tuli dengan nasihat serta pandangan yang makruf.tunggulah kemusnahan ibarat padang jarak padang terkukur.Apabila datang kebenaran akan hancur kebatilan.Dengan kehendak Allah swt rakrat akan berbondong2 bersama dengan pemimpin yang membawa risalah kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Berubah sama maksudnya dengan berkorban. Soalnya mahukan pemimpin tertinggi buat ini semua? saya rasa mustahil mereka nak berubah atau berkorban. Sedangkan masa nak jawatan dalam UMNO dulu duit kempen( bagi Rasuah kepada perwakilan ) dah banyak habis. Paling bangsat seorang perwakilan kepersidangan Agong dapat 25K mana Perwakilan yang aktif cari duit rasuah masa itu boleh capai 150K. Ini cerita betul punya cerita bukan fitnah. Isunya sekarang Profail pemimpin yang ada diatas pentas Majlis Tertinggi UMNO itu diselaputi dengan Mentaliti Rasuah dan sebahagian besar Perwakilan UMNO dalam dewan PWTC adalan dikalangan Profail yang kaseh, cinta dan minat dengan duit rasuah.Hal ini adalah WABAK yang tenat kepada KEPIMPINAN UMNO.Keyakinan ahli UMNO kepada pemimpin besarnya pun sudah tiada mentelahan pula keyakinan rakyat kepada pemimpin Besar UMNO. Duit rakyat dibelanjakan untuk projek rakyat tapi berlagak macam UMNO punya duit.

    ReplyDelete
  9. Tuan perasan atau tidak kalau Orang UMNO air mukanya dan gayanya mesti kenal.... air Muka Pemimpin UMNO ini penuh dengan riak dan cakapnya banyak yang Takabur. Air muka rasuah jelas sangat di wajahnya.Rakyat dikeliling mereka ramai yang meluat dan benci dengan perwatakan pemimpin UMNO kadang2 tu jawatannya Ketu cawangan je.

    ReplyDelete
  10. YB Zul Firun Besar sebab itu dia marah sangat dengan Firun Kecil.

    ReplyDelete