Peruntukkan perlembagaan yang memberikan keistimewaan kepada Bumiputra memang ada. Itu nyata. Setiap rakyat tahu peruntukkan itu wujud. Hanya pihak yang tidak ada kejujuran sahaja yang akan menafikannya. Berdasarkan kepada peruntukkan itu kerajaan pernah mewujudkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) sejak awal tujuh puluhan dan telah ditamatkan pada tahun 1990 dan digantikan dengan dasar pembangunan jangka panjang negara.
Matlamat DEB hanya satu; iaitu untuk membina perpaduan rakyat melalui beberapa proses yang dipersetujui oleh semua kaum dan pihak. Isu ini telah selalu ditulis didalam blog ini setahun dua yang lalu dan tidak payah lagilah diulangi inti parti dasar itu.
Yang saya nak sentuh sedikit pada hari ini ialah tentang ‘special rights’ untuk orang Melayu dan Bumiputra itu, yang berkisar disekeliling perlaksanaannya dan definasi Bumiputra yang disebutkan acap kali oleh banyak pihak itu. Saya merasa amat tertekan mendengar dan melihat dasar yang semolek itu telah disalah definasikan oleh pemimpin yang bertanggunjawab dan dasar itu telah disalahgunakan selama ini yang hanya memberikan munafaat kepada hanya bumiputra yang tertentu dan teristimewa sahaja.
Saya merasa kesian melihat Bumiputra yang ramai-ramai ini menjerit-jerit memberikan sokongan tetapi mereka yang ramai-ramai ini jugalah yang telah menjadi mangsa dari ketidak jujuran pimpinan selama ini. Pemimpin kita begitu obses dengan pembangunan fisikal yang keterlaluan sehinggakan Bumiputra tidak dapat menjangkau kepantasan itu dan terus ketinggalan sampai kehari ini.
Yang merasakan nikmat yang tidak terhingga ini hanya segelintir kroni dan ‘bumiputra’ yang istimewa sahaja mengendalikan projek-projek besar seperti projek infrastruktor yang memakan belanja wang rakyat ratusan billion ringgit jumlahnya.
Lebih malang lagi orang Melayu, selain dari terpaksa bersaing dengan Bukan Bumiputra, mereka terpaksa bersaing dengan semua agensi-agensi kerajaan serta semua ‘public companies by guarantee’ yang sekarang dipanggil sebagai GLCs.
Kita telah lupa asas penubuhan GLCs ini. GLCs ini diasaskan penubuhannya untuk mengumpul dan membina herta kekayaan bagi pihak Bumiputra yang selama ini belum terjangkau untuk bersaing dengan pihak-pihak lain. Tetapi syarikat-syarikat ini melaksanakan tugas mereka sebagai entiti perniagaan untuk bersaing dengan Bumiputra. Kalau dalam kontek dasarnya semua GLCs telah gagal melaksanakan tanggunjawab mereka untuk memenuhi dasar-dasar yang ditetapkan itu.
Kejayaan GLCs hanya satu; iaitu untuk meningkat dan membina ego CEO dan pengurusan mereka hingga terbentuk pegawai-pegawai yang diamanahkan itu menjadi kumpulan elitis yang tidak lagi berdiri dibumi dan tidak berpayung dan langit yang dijunjung. Malahan ada diantara CEO GCs yang ada telah mampu untuk menjadi manusia yang ratusan juta nilai harta peribadi dan terbang dengan ‘executive jets’ keseluruh antero dunia.
Segala budaya ini dibiarkan terbina sehinggakan mereka menganggap syarikat yang mereka urusankan itu sebagai syarikat peribadi mereka. Rungutan ini memang telah kita dengari sejak pertengah 80 han dahulu tetapi kelalaian pucuk pimpinan semasa itulah yang menyebabkan budaya buruk ini mengembang tanpa batasan hari ini.
CEO-CEO ini mengambil kesempatan diatas nama Bumiputra sedangkan mereka adalah bumiputra yang ditugaskan secara moralnya untuk membantu bumiputra yang ramai-ramai masih terkial-kial untuk membina perniagaan dan kehidupan seperti yang dirancang didalam dasar kerajaan itu.
“Bumiputra-Bumiputra’ istimewa inilah yang menikmati segala keistimewaan kerana mereka merupakan Melayu baru yang hampir dengan pimpinan yang berkuasa dan Bumiputra yang lain masih ditakok lama berjuang untuk hidup dengan disaingi oleh ‘Bumiptra-Bumiputra’ istimewa ini selain dari taukeh Cina yang besar-besar.
Setiap kali projek-projek besar terutamanya projek infrastruktor akan diperolehi oleh kumpulan-kumpulan yang sama secara bergilir-gilir dan tidak ada peluang untuk syarikat-syarikat lain untuk berkembang maju. Yang terakhir ialah syarikat Gamuda-MMC yang dipunyai oleh dua kumpulan manusia berpengaruh dinegara ini telah diberikan projek raksaksa MRT yang bernilai RM40 billion.
Melalui projek ini pemerasan terhadap wang amanah rakyat dilakukan secara sistematik.
Rakyat dipujuk untuk mempercayai yang MRT itu akan menjana pendapatan sebanyak RM42 billion ringgit setahun dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dengan berselindung disebalik pendapatan RM42 billion yang digembar gemburkan itu. Tidak ada manusia yang berkemampuan berfikir akan mempercayai kos pembangunan projek infrastruktor itu akan sampai ketahap RM40 billion.
Tetapi pandangan seperti yang saya utarakan ini tidak akan diterima kerana banyak pihak terlibat dengan kepentingan masing-masing akan mempertahankannya dengan bermacam-macam alasan. Orang pandai-pandai akan tahu cara untuk meyakinkan yang projek ini diwujudkan diatas kejujuran walaupun disebaliknya ianya merupakan usaha mengelirukan rakyat yang sangat sistematik. Tetapi lambat laun ianya akan diketahui juga oleh pembayar cukai bagaimana mereka dikelirukan oleh pihak yang tamak haloba ini.
Sejak dari pentadbiran Dr Mahathir lagi kumpulan yang sama sahaja yang mendapat faedah dari projek-projek gergasi seperti ini saolah-olah semua rakyat yang jembel seperti kita ini hanya ditugaskan untuk mendukung pentadbiran ini semata-mata untuk kepentingan kumpulan-kumpulan yang sama. Kita rakyat yang dibawah ini disifatkan mereka sebagai anjing buruan untuk mengejar dan mengepung kijang utuk tuannya.
Tuannya mendapat semua daging-daging yang pejal-pejal sedangkan anjing buruan itu hanya mendapat tulang yang dilemparkan kepada anjing-anjing buruan untuk direbut diantara anjing-anjing buruan itu. Anjing-anjing buruan itu akan bersukacita mendapat menggigit tulang-tulang itu akan terus taat membantu tuannya memburu binatang buruan yang lazat-lazat untuk dimakan.
Itu sahajalah gunanya ahli-ahli UMNO dan BN ini. Lagi kuat mereka disokong lagi hebat perlakuan yang sangat bedebah ini. Lagi banyak kita dibohongi lagi kuat kita menyokongnya. Bak kata orang dikampung saya, ‘nasib kaulah jang!!!’
perrgghhh! pedih bang..
ReplyDeleteasalam saudara aspan,,,,Apa yg di bicarakan saudara kali ini tidak mungkin tidak dapat di faham oleh najib dan umno??? Mungkin mereka ini sudah bukan specis manusia yg normal lagi,,,tapi specis manusia yg telah begitu shok dgn kemewahan , kuasa, kekayaan dan kemegahan dunia,,,mereka telah lupa tujuan asal umno di tubuh??? Bukan sahaja org2 yg berkelakuan luar batasan kemanusia ini,,, bahkan dalam kompenan bn juask tidak jauh beda??? Mereka yakin dan percaya rakyat akan dapat di beli dgn kekayaan yg mereka gumpul??? mereka lupa ,,,wang juga boleh membinasakan mereka jua ??? mereka jua lupa ALLah bisa mngubah segalanya....Apa yg kita lihat dari tindakan najib dan bn ,,, mereka tidak bertindak dgn naluri rakyat,,,tapi masih yakin dgn tindakan yg bermodalkan projek mega dan mewah???? tq
ReplyDeleteBukan sahaja jet setting all over the world. Nak pergi brief Najib kat Putra jaya as a pretext tetapi sebenar nya minum kopi bersama PM pun naik helikopter!!!
ReplyDeleteHebat hebat Melayu terpilih!
salam bang,
ReplyDeleteNajib ..... hihihihihihihihih !
( ni bukan ketawa suka tapi sebutannya macam pontianak harum sundal siangmalam ngilai )
hihihihihihihi.....!
Tuan, saya cukup mengakumi sikap Tuan dalam hal menghebahkan kepincangan Kerajaan Umno kepada rakyat. Walaupun Tuan menyokong kerajaan BN sekarang, tapi Tuan memperjuangkan yang hak dan menentang yang batil. Bukan seperti kawan-kawan saudara yang lain dalam blog roll yang Tuan promosikan dalam blog Tuan masih nak tegakkan benang yang basah walaupun terang-terangan kerajaan umno mencabuli hak melayu dan islam.
ReplyDeleteMereka kata orang lain semua dunggu, tapi bila kita postkan komen dalam blog mereka, mereka tidak berani menyiarkannya. Saya berharap Tuan boleh nasihatkan mereka supaya bertaubat dari banyak menabur fitnah.
Bila kita membuka blog untuk perbincangan sihat walaupun ada sedikit nada keras, jadikan itu sebagai cabaran dan salah satu jalan dakwah bagi mereka yang masih bershubahat dengan kejahilan mereka sendiri.
Nabi s.a.w pernah bersabda,"..sampaikan ayatku ini walaupun satu ayat..". jadi dengan membuka blog kita boleh berdakwah di samping dapat mengelak masyarakat melayu dan islam khususnya, mengelak dari melakukan perbuatan maksiat dan kedurjaan seperti isu penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan kelompok elit umno yang terang2 melanggar amanah rakyat.
Tuan, satu maasalahnya di Malaysia ini adalah banyak manusia yang jahil agama khususnya di tujukan pada ahli-ahli umno. Didalm satu kitab ada menyebut orang jahil adalah orang yang telah mati, tetapi kuburnya bergerak ke sana-kemari. Begitulah yang terjadi pada pak-pak menteri dan pemimpin umno.
walau banyak mana pun rakyat menyumpah dan Tuan sendiri mengutuk mereka, apa yang mereka buat? Buat bodoh je termasukalah blog-blog pencacai yang Tuan muatkan dalam blog Tuan. Mereka tu semuanya dah mati sebenarnya. Buat apa menyokong orang yang telah mati? Menyokong mereka ibarat kita semua pun dah jadi khurafat. menyokong orang yang dah mati!
Boto cakap kau tu Pan. Orang tak sodar diri monyalak tak habih2 wal hal kono tipu hidup2. Tapi nak buek camano, pomimpin2 yg arak molayu ko hulu ko hilir ni bukan nak nogak kopontingan bangso sondiri, dio nak nyondol diri untuk projek2 jo...tol tak Pan?
ReplyDeleteSalam Saudara Aspan
ReplyDeleteSaudara mungkin tidak sedar atau mengetahui secara detail perkara-perkara mengenai Projek MRT yang akan berharga RM 40 ++ Billion; tetapi saudara sudah dapat membayangkan keanehan objektif dan perancangan membangunkan projek mega ini seolah-olah macam banyak yang tak kena!
Begitu hampir tepat saudara dengan posting sedikit itu telah dapat membayangkan kelicikan "Malaysia Incorporated Kedua" yang kini macam ditayangkan "trailernya" sahaja.
Kalau Malaysia Incorporated (Pertama) boleh dijadikan seperti box office hit sehingga kini ramai maseh rasa terkagum tiada kesudahan, bersama kita tunggulah akan merasa "kehebatan tiada tolok bandingnya kali ini"
Kita hendak tak nak akan mengkecapi "kehebatan ini" kerana tiket wayang(projek) ini kita sudah pun "dibeli" disebabkan sokongan buta/tegar orang UMNO kepada pemimpin-pemimpin mereka hari ini.
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteApa yg sdr utarakan itu adalah satu kebenaran yg harus kita terima sebagai satu ketetapan dari suratan takdir,selari dengan maksud ungkapan sdr diakhir pos diatas,"Nasib Kaulah Jang!!!".
Amat malang bagi kita bangsa Melayu kerana mewarisi pusaka kualiti keperibadian asasi bangsa yg terlampau banyak bersifat negatif. Proses pewarisan sifat dan tabii itu samalah juga dengan pewarisan jenis-jenis penyakit berkuturunan seperti kencing manis,darah tinggi,lelah dan sebagainya.Penyakit-penyakit jenis ini,seperti juga sifat peribadi, tidak ada ubat untuk menyembuhnya,tetapi hanyan ada ubat sekadar mempertahankan supaya tidak lekas menjadi lebih teruk.
Bilangan mereka yg berpenyakit 'genetik' ini akan bertambah dengan bertambahnya zuriat dari keturunan mereka yg berpenyakit tersebut.Lantaran itu,lama kelamaan maka jadilah kita sebagai kaum yg banyak "penyakit".
Fenomena yg dipamirkan oleh masyarakat bangsa Melayu hari ini yg agak tenat dan celaru merupakan kesan yg zahir yg berpunca dari pelbagai penyakit seperti hasad dengki,tomak haloba,cuai serta malas,mudah lupa(lupa diri,lupa daratan,lupa sejarah dan lupa segala-galanya), angkoh dan bongkok yg merebak dalam masyarakat bangsa Melayu kini.Penyakit itu menjadi lebih parah apabila ianya terdedah dan diasak oleh begitu banyak elemen luaran seperti pengaruh kebendaan yg melampau,ledakan pemikiran liberal Barat dan tekanan serta tipu helah kaum pendatang.
Kini kita hampir menjadi bangsa yg berpenyakit,lemah dan mudah diperkutabkatikkan atau dimanipulasikan oleh mereka yg berkepentingan,samadan oleh para pemimpin Melayu sendiri atau sesiapa sahaja dari kaum pendatang seperti Kit Siang atau LKY.Kerana penyakit kita yg tenat itulah menyebabkan kita mudah hilang segala pertimbangan dan kewarasan sehingga sanggup mempergadaikan hak dan maruah bangsa.Lebih dari itu,kita juga tergamak memperdagangkan agama Islam ,menodai kesucian dan keluhuran agama Islam itu sendiri.
Dalam keadaan seperti sekarang,barangkali agak terlampau ideal bagi sesiapa untuk mengharapkan satu perubahan yg radikal dan ketara berlaku kepada bangsa Melayu,khususnya para pemimpin UMNO.Untuk melakukan perubahan,samaada kearah kebaikan atau sebaleknya,ianya memerlukan satu gerakan yg menyeluruh dan dinamik,berteraskan kepada satu asas perjuangan yg murni dan luhur.Atau kerana kebangkitan rakyat disebabkan kebencian dan kemarahan yg melampau terhadap kerajaan atau pemerintah.Atau kerana berlakunya huru-hara dan kacau-bila berpunca dari perbalahan diantara kaum,seperti apa yg telah berlaku pada 13 Mei 69 yg lalu.Semoga semua ini tidak akan berlaku.
Justeru itu, kini kita hanya mampu bertindak sekadar berdoa,selain meluahkan pandangan dan harapan kita masing-masing agar disana nanti ada sesuatu yg baik terhasil darinya.
Askar Tua
Tuan, saya tertarik dengan istilah BUMIPUTRA-BUMIPUTRA ITIMEWA..... Golongan inilah yang ditentang secara besar2an semasa PRU12 dulu oleh BUMIPUTRA2 TAK ISTEMEWA... cantik istilah ini tuan... Istilah ini boleh disemarakkan lagi agar dapat menyedarkan pembuat dasar dan pelaksana dasar....saya dalam kumpulan Bumiputra Tak Istimewa sebab sentiasa bayar macam2 cukai dan selalu kena saman oleh Polis Trafik dan DBKL.
ReplyDeleteTerutama sekali GLC adalah milik orang Melayu walaupun sepatutnya GLC ini sepatutnya milik semua rakyat Malaysia kerana modal niaga GLC adalah dari cukai yang dibayar orang Malaysia. Kalau saudara tak puas hati dengan GLC ini jangan libatkan peniaga Cina yang terpakas menghadapi diskriminasi dari kerajaan Melayu UMNO dalam dunia nyata. Orang Melayu menderita walaupun ada beratus GLC yang mempunyai harta beratus billion RM Ini semuanya adalah akibat kebodohan orang Melayu yang percaya UMNO iklas dan jujur.
ReplyDeleteSalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteKan saya dah bagi tau.. Dr Mahathir ne hampeh... untuk periuk sendiri je. Makan daging, peha, batang pinang. Tulang kempet baru nak bagi kat orang. Tak caya ke.. cakap je dego2.
Tepat la seperti tuan kata.. sejak zamannya. Yang lain tu ikut je...