Pembaharuan yang akan dilakukan oleh PR jika diberi memerintah hanya memakan belanja RM19.2 billion sahaja dan bukannya RM51 billion seperti perancangan BN yang diumumkan oleh Najib. Najib memberi reaksi yang merendah-rendahkan perancangan PR itu.
Sebenarnya jumlah yang diperlukan untuk pembangunan dan transformasi itu berbeza diantara satu dengan yang lain. Jumlah peruntukkan untuk sesuatu projek yang sama juga berbeza bergantung kepada cara pengendalian projek-projek tersebut dan juga samada ada elemen tumbuk rusuk dan peruntukkan untuk rasuah didalam kos projek-projek tersebut.
Sebahagian besar kos itu ialah untuk pembayaran ‘consultancy’ yang lazim berlaku didalan sesuatu cadangan projek pembangunan untuk membayar mereka yang berkuasa dalam pembahagian projek-projek tersebut.
Oleh yang demikian jika Anwar Ibrahim mengatakan yang kos untuk pembaharuan dan transformasi ekonominya hanya melibatkan RM19 billion berbanding dengan RM 51 billion itu memang ada asasnya. Kita semua tahu banyak projek-projek pengswastaan selalunya melibatkan kos yang terlalu tinggi kerana terlalu banyak ketirisan kerana sifat tidak amanah dan tamak yang tidak terbatas dikalangan mereka yang berkuasa.
Apabila ada sahaja projek yang besar untuk rakyat kosnya akan ditingkatkan untuk mendapatkan kembali sebahagian dari kos itu sebagai imbuhan selain dari gaji yang telah ditetapkan. Bagi mereka sebahagian dari keuntungan besar itu mesti kembali kepada pegawai dan mereka mereka yang berkuasa. Mereka yang tidak amanah ini tidak segan dan silu untuk menerima rasuah seolah-olah memang sudah menjadi hak mereka untuk berbuat demikian. Bagi mereka yang sudah biasa dengan rasuah ini mereka akan terus rasuah walau pun itu kerja yang hina. Memakan rasuah ini ibarat makan petai; walaupun petai itu busuk tetapi ramai yang berselera makan jika ada ulam petai.
Itulah sebabnya kos pembangunan kendalian kita sangat tinggi kerana terlalu banyak kos ‘variable’ yang tidak berpatutan yang timbul dalam sesuatu projek itu. Semuanya itu adalah ketirisan yang sengaja diadakan untuk kepentingan setengah pihak yang tidak jujur dan telus melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Akhirnya rakyatlah yang terpaksa membayar segala wang kerajaan yang datangnya dari rakyat melalui berbagai macam cukai dan duty. Jadi jika ada rancangan yang lebih murah dari apa yang dirancang oleh pihak pemerintah sekarang kenapa pula dijadikan isu?
Bagaimana pula pemimpin kita mengatakan yang jika diikut perancangan PR negara akan jadi bangkerap sedangkan perancangan yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang adalah lebih tiggi dan akan menggunakan wang rakyat? Bagaimana mungkin yang berbelanja lebih kecil boleh membawa lebih kebarangkalian untuk bangkerap dari kita yang akan membelanjakan lebih dari 2 kali ganda dari jumlah yang mereka rancangkan untuk dibelanjakan itu?
Jika RM19 billion boleh membawa pembangunan yang sama dengan perancangan yang akan membelanjakan RM51 billion, tidak salah kalau rakyat memilih yang lebih murah..bukan gitu? Masalahnya kita selalu memandang rendah kepada kemampuan orang lain sedangkan kita tidak sedar yang kita tidak pun mampu untuk membentuk sifat memikirkan untuk membentengi rakyat dari kerugian. Tetapi slogan semuanya hebat-hebat, tetapi bak kata perbilangan, ‘wal hasil balik asal’ sahaja.
Najib berkata yang nasib cucu kita akan tergadai jika PR memerintah. Tetapi sedarkah kita semua yang kita ditolak adalah disebabkan masalah yang sama? Rakyat menolak kita kerana mereka memikirkan yang UMNO tidak lagi boleh menjamin masa depan generasi yang akan datang. Maka kita hampir kecundang didalam pilihanraya dahulu.
Rakyat sudah jemu untuk bergiat mempertahankan UMNO kerana rakyat yang ramai hanya memandang dan memerhati dengan air lior yang meleleh melihat hanya kumpulan peniaga dan ahli koporat yang sama menikmati perjuangan orang ramai menegakkan UMNO dan BN. Balik-balik kita dengan MMC-Gamuda, YTL, dan beberapa kumpulan yang lain yang diberikan keistimewaan sedangkan yang berpeluh dan berkeringat mempertahankan BN adalah rakyat biasa.
Jadi pemimpin kita hendak jadikan rakyat ini sebagai apa? Projek raksaksa yang puluhan billion senang sahaja diperolehi oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan sedang rakyat dibawah terpaksa kehulu kehilir untuk mendapatakan biasiswa dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran. Dimana kah dia slogan yang mengatakan rakyat didahlukan itu? Hakikatnya slogan itu hanya tin kosong sahaja, tetapi diajak rakyat menyanyikannya siang dan malam.
Rakyat ramai hanya disuruh arah sahaja ibarat kerbau disawah; membajak dari pagi hingga kepetang sedangkan tikus kenyang dan gemuk dikepuk padi. Yang berat-berat disuruhnya rakyat untuk memikul tetapi YTL, Gamuda, MMC dan syarikat kroni yang lain yang membaham segala nikmat hasil perjuangan rakyat yang biasa tadi.
Sekarang rakyat sedang memerhatikan tingkah dan laku pucuk pimpinan kita. Jika masih tidak berubah sikap dan nilai kepimpinannya rakyat akan tinggalkan UMNO dan BN kali ini. Saya bukan ahli nujum atau pun seorang yang kashaf untuk mengetahui apa yang berlaku dimasa yang akan datang.
Tetapi dengan hanya menggunakan kekuatan akal yang diberikan Tuhan itu sudah cukup untuk menelah yang BN akan terjerumus kelembah yang lebih dalam lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Apabila sampai ketahap itu nanti, jangan menyalahkan pihak lain pula.
Pemimpin yang tidak jujur akhirnya akan kesaorangan ibarat anjing yang menjilat lukanya sendiri. Saya berharap apa yang saya jangkakan ini semuanya salah. Tetapi ‘intuition’ saya tetap mengatakan yang BN akan kecundang dibanyak lagi kawasan.Kita tidak payah nak panggil semua Ahli Parlimen untuk bertanya kerana keputusannya adalah ‘predictable’. Kita akan menghadapi jalan sukar.
UMNO patut mula belajar untuk menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain. Rakyat bukannya berpihak kekumpulan yang lain kerana suka-suka. Mereka lari dari kita kerana mereka sudah meluat dengan sikap dan perangai kita dan kebanyakan rakyat sudah tidak sabar lagi menyaksikannya.
Perasaan luka yang dialami rakyat bukannya kecil. Selama ini kepimpinan kita sudah terlalu leka dengan kuasa yang mereka masih anggap sebagai hak dan kepunyaan BN sahaja. Anggapan seperti ini ternyata salah.
Ingatkan dan tandakan apa yang saya cakapkan hari ini. Jangan menyesal apabila sudah terjatuh didalam gaung yang dalam. Takut-takut tidak berdaya memanjat tebing untuk naik keatas.
Anwar boleh buat perubahan dgn 19 billion.
ReplyDeleteCam ne tu?
Bukti kemampuan beliau, malah PR, tidak ada langsung.
sebagai mantan TPM, beliau pun tak mampu.
sebagai penasihat ekonomi, tiada satu bukti atau asas yg kukuh mengatakan beliau mampu.
kalau umno melembukan rakyat, PR akan menghancurkan negara dan tamadun malaysia,
fikir la aspan. jgn kerana benci yg teramat dan mendengar kata sekumpulan mereka yg dah lapuk, maka kau buat la cerita yg sedap didengar mcm anwar jugak.
Anon 06:49,
ReplyDeleteBerikan dulu kuasa sekali, baru tahu siapa yang lebih baik. Yang sudah pasti tidak mampu ialah Najib.
Setiap minggu umum entah apa-apa tetapi tidak ada apa-apa juga.
Jangan nak tuduh PR akan buat apa yang anda dalam UMNO buat.
Kau marah Aspan kerana telinga kau tak suka dengar. Kau mintak Aspan mengampu macam kau.
Itu susah sikit kalau nak dengar dari Aspan.
Carilah orang lain kalau nak dengar ampuan dan jolokan.
kg siam kedah
Anon 06:49,
ReplyDeleteMemang dasar pekak buta dan tuli serta kau tak sedar2 lagi rakyat bukan semua macam kau. Sudah lima negeri Kelantan, Penang, Kedah, Perak(rampasan kuasa,)W.Persekutuan dan selangor rakyat menolak UMNO/BN. Saya setuju peringatan Tuan Aspan rakyat jangan terus2an diperbodohkan.Teori Domino menyatakan selepas ini N.Sembilan dan tak mustahil Pahang dan Terangganu(selepas terima royalty minyak) jatuh ke PR....
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeletePerbezaan pendapat bukanlah perkara pelik. Sapa nak masuk Parti A silakan, sapa nak masuk Parti B silakan. Perbezaan pendapat adakalanya menghasikan inovasi luar jangkaan. Cumanya di M'sia ne berbeza yang hampir nak jadi pelik. Begini...
1. DSN kata 51b, DSAI kata 19b. Tak apa, kata la berapa banyak pun angka. Tak de salahnya. Akan tetapi, angka 19 dan angka 51 tu adakah sama banyak?
2. Satu pihak membeli beras dengan harga RM19 manakala sebelah pihak lagi RM51. Apakah yang kita jangkakan? Apakah yang kita harapkan?
3. Jika kita hendak membeli suatu barang keperluan A dengan harga berbeza2, tentulah speknya juga berbeza.
4. Jadi bagaimana hendak mengetahui mana satu yang lebih baik?... Buat la macam biasa.. bentangkan, buat penilaian... ambik la yang terbaik. macam tak tau pulak. Jangan la kutuk sana, kutuk sini, maki sana/sini. Rakyat benci la...
5. Yang menjadi masalah; bukan tak tau. Tau barang tu RM5 je tapi ditaroknya RM7 ke RM10 ke. Ne la rakyat tak nak.. Rakyat bukan bodoh lg. Dah puas kena perah!!!
Anon 6:49
ReplyDeleteBegitu lah kira kira nya pemikiran UMNO yang menghancurkan.Tolong baca bebetul apa yang Aspan tulis tu!
Tak apa la! Rasa nya Aspan pun dah cakap bahawa jangan menyesal! Kalau Anon 6:49 tak caya maka tunggu sahaja lah.
Gua caya lu la Aspan!
Seandainya ramai ahli serta pemimpin UMNO seperti saudara, ahli-ahli akan lebih berkeyakinan terhadap parti.
ReplyDeleteTetapi malangnya UMNO tidak suka kepada orang seperti saudara.
Tak pe sdr. Yang penting tulis lah sepuas hati sdr. Itu bukan keslahan...asalkan benar dan telus tujuan sdr menulis.
hakim, UMNO ampang.
Tuan,
ReplyDeleteTulisan yang membuka minda setiap masa.
Terima kasih
Anwar bercakap gitu sbb pernah jadi menteri dan TPM. Dulu umno kata Pas kelantan tahan 3 bulan saja tapi la ni dah lebih 20 tahun perintah, tak kebulur pun rakyat kelantan. Kalau Nik Aziz perintah pusat mungkin lebih berkat dan bahagia negara kita. Tuan Aspan boleh jadi MB Negeri Sembilan. Kita mau pimpinan yang terbaik, melayu yang baik akhlaknya.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSedarlah wahai saudara ku sekelian.dh bertahun-tahun UMNO/BN memerah keringat rakyat.Aku tak tau laa...org umno nie....ape yg dia sokong sangat kt parti dh nk karam tu.Cuba tengok la negara sekarang dh byk perbelanjaan defisit..byk berhutang.Najib selalu mengumumkan itu ini.Skrg GST dh start untuk restoran kena cas 6%,perkhidmatan tv cam astro dh kena 6%..ape semua nie..ape yang di kata rakyat didahulukan.semua benda rakyat nk kena bayar kena caj.
Cukup la wahai sahabat ku sekian.kita bt perubahan..kita tgk apa yang dijanji PR untuk program 100hari.Rakyat didahulu kan.kalau dia orang tidak bt perubahan juga kita ubah pula dimasa hadapan.
MASA Untuk Berubah..
salam tuan..
ReplyDeletesebenarnya tuan silap bukan kerajaan melembukan rakyat tetapi rakyat yang bersikap seperti LEMBU sebab itu pilih pemimpin macam LEMBU yang suka meLEMBUkan rakyat...LEMBUU>>>
kakitangan awam dah jadi LEMBU malah selalu keluar media bagaimana wartawan dan wakil media juga dah jadi LEMBU CUCUK HIDUNG..sekarang KSU pun dah jadi LEMBU. Sultan pun dah ikut sekali.
semua ini brlaku disebabkan kuasa. badan penguatkuasa dah jadi LEMBU CUCUK HIDUNG sebab tu sesiapa tak boleh bersuara atau melawan..ITULAH LEMBU-LEMBU DI MALAYSIA.
jika badan2 LEMBU ini bebas dan tahu tanggungjawab dan tahu beza antara kerajaan dan parti pemerintah, rakyat akan menjadi lebih bijak untuk memilih pemimpin LEMBU...
salam tuan2...
ReplyDeletepandanglah pada dunia yang nyata..tengoklah betapa pemimpin kaya raya tetapi betapa ramai rakyat yang susah..
jika benar bagai yang Najib kata dan jika benar Najib memang ikhlas kenapa beliau sanggup menjadi kaya sedangkan rakyat kebanyakkan miskin..apa salahnya agihkan kekayaan pada simiskin.apa salahnya hidup sama rata tidak ada kaya atau miskin..
inilah realiti ramai kaki bodek (LEMBU) yg tak tahu berpikir. asalkan pemimpin mereka yang buat semuanya elok (tahyul).Pemimpin mereka tidak ada kelemahan langsung. orang lain semua tak elok.itulah LEMBU2 yg sbenar. BODOH MACAM LEMBU..
Kos MRT dianggarkan menelan perbelanjaan lebih daripada RM 100 b, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah riba diatas hutang pokok. Kalau begini cara kerajaan mentadbir, saya yakin kita akan menjadi bangkrap sebelum pru 13.
ReplyDeletekebanyakkan kos kos barangan keperluan meningkat disebabkan terpaksa melalui orang tengah yang langsung tidak tahu menahu tentang perniagaan yang diniaga. salah satu contohnya, barangan keperluan perubatan, si penjual terpaksa melalui pihak kedua sebelum dapat diluluskan kepada pihak pertama. pihak kedua hanya perlu menurun tandantangan and menambahkan percentage untuk keuntungannya sendiri. bila sampai kepada pihak pertama, harganya meningkat lebih 200 peratus daripada harga asal. pihak pertama pun ingin mendapat keuntungan, jadi harga barangannya akan ditambah lagi sebanyak 30 sehingga 80 peratus. karang yang susahnya, rakyat... yang terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi. info ni diterima dari sahabat karib saya yang terpaksa melalui proses yang dikatakan disini.
ReplyDeleteBetul itu, Aspan.
ReplyDeleteSaudara aspan,
ReplyDeletesyukur masih ade lagi insan seperti saudara yang memandang dengan mata celik..setiap tulisan saudara saya perhalusi dan setiap itu juga ada bait kebenarannya.syabas diatas keterbukaan saudara.saya akan senantiasa menanti nukilan2 bernas dan beretika dari saudara.teruskan mencambah buah akal kerana ramai yang perlu dicelikkan hatinya.
arfad.
sembang sembang kedai kopi....apabila cakap pasal UMNO..tak lekang dgn persepsi RASUAH..tanya la sesiapa yg bersembang di kedai kopi..itu lah tempat rakyat marhaaen...
ReplyDeletecerita tentang rosmah...semua naik jelak..? apakah lebih sudu dari kuah? adakah negara malaysia dia punya? apa yg istimewa nya rosmah? tiada keistimewaan di mata rakyat marhaen..cuma kebencian seperti menantu x PM dulu...
cerita beginilah yg akan menjunamkan UMNO di PRU 13 nanti..UMNO akan pupus dgn sendiri
Tuan,
ReplyDeleteMelihat Pengarah Pelajaran Johor in action dalam rakaman ini, membuat saya menjadi tertanya-tanya, masih ada lagikah manusia beretika di bumi Malaysia ini?
http://www.youtube.com/watch?v=c846qznCcEU
sayu bila terbaca melayu kita berpecah belah akibat taksubnya pada politik dan hero-heronya? benarkah UMNO memperjuangkan melayu? betul ke PKR itu benar² adil? bagaimana pula dengan PAS, DAP, dan parti² yang lain? menjadi lumrah manusia tidak pernah bersyukur dgn ape yang ada ditangan tetapi mencemburui hak orang lain... lihat lah secara analitikal nya... apakah kita berperang? adakah kita kebuluran? adakah ekonomi kita meleset? perlu ke kita mencaci dan memaki dan mengutuk mereka yang tidak sependapat? dimana kebijaksanaan kita pada masa itu? fikirkan lah saudara²... kemudian bertindaklah diatas kewajaran... serta bertawakkal kepadaNya... Dulu, Kini dan Selamanya kita kekal sebagai hambaNya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Aspan yg jujur bersuara......
ReplyDeleteSaya memangnya akur dgn apa yg telah tuan tuliskan kerana sememangnya pentadbiran UMNO/BN ni banyak sangat ketirisannya. Sebagai contoh, kerja kerja pembinaan naik taraf jaalan raya Ulu Tiram ke Kota Tinggi (tempat saya) ni pun memakan masa yang panjang sebab nak tarik harga peruntukan tender tertutup! Ianya telah memakan masa selama lebih kurang hampir 4 tahun....
Kami sudah tidak boleh tahan lagi kerana telah banyak kemalangan berlaku (termasuk kemalangan maut) disebabkan keadaan jalan rayanya lintang pukang.
Apa yg saya ketahui sekarang warga muda di Felda Air Tawar 1 hingga 5 serta lain lain felda sekarang sedang menunggu masa PRU ke 13 untuk menghumban UMNO/BN keluar dari Kota Tinggi kerana mereka pun tak tahan dgn kenaikan barangan keperluan setiap hari! Jika barangan sentiasa naik, baiklah mereka turunkan saja OMNO/BN dlm PRU nanti!
Terima kasih, wassalamualaikum...
Daripada komen ni, kesimpulan nyer... 1. Ramai berpihak kepada PR tanpa melibatkan sebarang unsur RASUAH. Tak dibayar pon bagi komen setulus hati.
ReplyDelete2. Atau... ramai orang UMNO buta IT, tak reti masuk internet nak berhujah balik mempertahankan pendirian.
NOKTAH.
Saudara, pemikiran 6.49 jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyat negara ini dari kalangan yang bodoh sombong dan tok tok ATAU yang berkepentingan melampau. 6.49 mungkin dari kalangan salah satu!
ReplyDeleteanom 2.00
bilangan manusia yang masih kenal perkataan etika, intergriti dan prinsip sebenar, sudah amat berkurangan dinegara ini. Macam species binatang yang semakin pupus. WWF kena tolong betul betul Malaysia ini.
Saya adalah bekas S/U pemuda UMNO Bahagian.
ReplyDeletePandangan saya :-
Kesian tengok rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang seperti Kerbau Bajau.
Si sepet YTL tu dapat duit berbillion2, sampai duit EPF Rakyatpun dia boleh pakai. Walhal rakyat nak keluarkan EPF untuk pergi haji sekalipun, tak dilayan kononya belum cukup syarat.
Zaman Mahatahir dulu, si sepet YTL ni kipas Mahathir. Bila Mahathir jatuh, si sepet YTL tu lagak macam PM pulak. Bayangkan Mahathir nak jumpa, dia tak layan. Sebabnya mudah, kuda baru dah ada. Kuda baru ni pulak memamg tak berotak, sebab selalu dapat makan. Sepet YTL ambil isi, sibongok ni ambil tulang. Itulah sebabnya sibongok akan sentiasa lapar. Secara makro, beginilah Bangkai Nasional buat kerja.
Hanya orang yang berfikir sahaja mengatakan yang benar itu benar tanpa semberono.
Kenapa ini boleh terjadi? Sebabnya mudah, pemimpin jadi gini kerana membelakangkan Allah. Rakyat jadi begini sebabnya juga kerana membelakangkan Allah. Yang mempengaruhi Rakyat berfikir begini adalah Pemimpin dengan propoganda dari talibarut Berita Hairan, Utusan Meloya, TV3/4nya dan lain-lain.
Sungguh memilukan, hidup dan mati sebahagian besar Umat Melayu tidak lagi kerana Allah seolah-olah Allah itu dongengan Shakepeare buat mereka. Kalau tidak manakan pemimpin/rakyat boleh buat skandal sex Melayu. Bukankah hari ini dah banyak Bangkai Berjalan kerana hukum Zina di sisi Allah tiada kompromi samada rejam sampai mati pada yang berkahwin dan sebat 100 cambuk pada yang belum kahwin(lihat surat An-Nur ayat awal).
Disebabkan sistem dah terbalik dan tonggang langgang, hari ini tempias perlakuan Mak/Bapak dulu, diwarisi oleh majoriti Melayu mudah lupa ini yang berakhlak rendah selaku pewaris zuriat2. Mak/Bapanya telah banyak menganiaya hamba-hamba Allah yang baik2, menjadi alat dan talibarut penjajah. Kalau tak, manakan boleh jumpa Melayu di Christmas Island, di Afrika dan lain-lain sebagai bahan terbuang. Boleh ke negara ini baik dan makmur kalau pewaris2 ini yang memimpin negara? Dia buat rakyat macam pancing ikan, diberi dulu pelbagai umpan kemudian disauk habis.
Hari ini negara ini bukan lagi diambang kerosakan lagi tapi dah rosak. Baik Pemimpin maupun Rakyat, majoritinya hidup dengan berpoya2. Membina kekayaan untuk menunjuk2 apabila Allah memewahkan mereka. Kemewahan ini adalah kerana salahlaku kuasa, suap menyuap dan disebabkan ini, mereka buat duit. Lepas tu bagi anak-cucu makan dengan rezeki hina ni. Kemudian cari pasal, gaduh dsbnya.
Inilah apa yang dikatakan Illuminati dasar zionis dan dasar penjajah mata satu. Tak cukup secara samar2, ambil pulak APCO secara terang-terangan.
Total refurbishment is the answer to the above and a must to replace the obsolete or else the same misguided fenomennas will preserve us with punishment in all angles esp. from the Almighty.
Saya adalah bekas S/U pemuda UMNO Bahagian.
ReplyDeletePandangan saya :-
Kesian tengok rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang seperti Kerbau Bajau.
Si sepet YTL tu dapat duit berbillion2, sampai duit EPF Rakyatpun dia boleh pakai. Walhal rakyat nak keluarkan EPF untuk pergi haji sekalipun, tak dilayan kononya belum cukup syarat.
Zaman Mahatahir dulu, si sepet YTL ni kipas Mahathir. Bila Mahathir jatuh, si sepet YTL tu lagak macam PM pulak. Bayangkan Mahathir nak jumpa, dia tak layan. Sebabnya mudah, kuda baru dah ada. Kuda baru ni pulak memamg tak berotak, sebab selalu dapat makan. Sepet YTL ambil isi, sibongok ni ambil tulang. Itulah sebabnya sibongok akan sentiasa lapar. Secara makro, beginilah Bangkai Nasional buat kerja.
Hanya orang yang berfikir sahaja mengatakan yang benar itu benar tanpa semberono.
Kenapa ini boleh terjadi? Sebabnya mudah, pemimpin jadi gini kerana membelakangkan Allah. Rakyat jadi begini sebabnya juga kerana membelakangkan Allah. Yang mempengaruhi Rakyat berfikir begini adalah Pemimpin dengan propoganda dari talibarut Berita Hairan, Utusan Meloya, TV3/4nya dan lain-lain.
Sungguh memilukan, hidup dan mati sebahagian besar Umat Melayu tidak lagi kerana Allah seolah-olah Allah itu dongengan Shakepeare buat mereka. Kalau tidak manakan pemimpin/rakyat boleh buat skandal sex Melayu. Bukankah hari ini dah banyak Bangkai Berjalan kerana hukum Zina di sisi Allah tiada kompromi samada rejam sampai mati pada yang berkahwin dan sebat 100 cambuk pada yang belum kahwin(lihat surat An-Nur ayat awal).
Disebabkan sistem dah terbalik dan tonggang langgang, hari ini tempias perlakuan Mak/Bapak dulu, diwarisi oleh majoriti Melayu mudah lupa ini yang berakhlak rendah selaku pewaris zuriat2. Mak/Bapanya telah banyak menganiaya hamba-hamba Allah yang baik2, menjadi alat dan talibarut penjajah. Kalau tak, manakan boleh jumpa Melayu di Christmas Island, di Afrika dan lain-lain sebagai bahan terbuang. Boleh ke negara ini baik dan makmur kalau pewaris2 ini yang memimpin negara? Dia buat rakyat macam pancing ikan, diberi dulu pelbagai umpan kemudian disauk habis.
Hari ini negara ini bukan lagi diambang kerosakan lagi tapi dah rosak. Baik Pemimpin maupun Rakyat, majoritinya hidup dengan berpoya2. Membina kekayaan untuk menunjuk2 apabila Allah memewahkan mereka. Kemewahan ini adalah kerana salahlaku kuasa, suap menyuap dan disebabkan ini, mereka buat duit. Lepas tu bagi anak-cucu makan dengan rezeki hina ni. Kemudian cari pasal, gaduh dsbnya.
Inilah apa yang dikatakan Illuminati dasar zionis dan dasar penjajah mata satu. Tak cukup secara samar2, ambil pulak APCO secara terang-terangan.
Total refurbishment is the answer to the above and a must to replace the obsolete or else the same misguided fenomennas will preserve us with punishment in all angles esp. from the Almighty.
Anon 13 January 2011 15:53:00 GMT+08:00
ReplyDeleteJangan salahkan lain orang. SEMUA keputusan penting diMalaysia adalah ditentukan dan dilasanakan oleh orang Melayu pada peringkat yang paling tiggi dalam kerajaan baik BN atau pembangkang. Melayu akan hidup atau mati diatas tangan sendiri. Kalau awak percaya orang Melayu boleh jadi setanding dengan kaum lain didalam dan luar Malaysia. Buatlah saja. Tak payah cakap banyak. Lebih banyak cakap lebih lagi tunjuk kebodohan dan keangkuhan Kaum Melayu dan Islam. Asyik 'Ketuanan Melayu' dan'Ketuanan Islam. 99.99 Melayu lupa ada satu 'Ketuanan' yang paling relevan dan penting dalam dunia yang kian kompetitif dan ia adalah 'Ketuanan Kerajinan'
Salam...
ReplyDeleteTuan Aspan, saya pinjam artikal awak utk dimuatkn di FB saya di http://www.facebook.com/aziz.alfayyed
artikal yg bagus ni...
..
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteDah banyak sangat berita2 keburukan UMNO ni sampai tak terjawab puak2 UMNO ni...M'sia kan negara hukum, dakwa la org yg kononnyer buat fitnah kat UMNO tu...coward ke memang betul2 buat salah...lupikir la sendiri...yg confirm UMNO takkan dpt vote aku...penyamun tarbus!!!
Salam semua,
ReplyDeleteTuan Aspan
maaf saya bukan tak bersetuju dengan pandangan dan penulisan saudara, tapi ada fakta2 yang samar yang menyebabkan silap faham dan kekeliruan tampa disedari oleh pembaca.
jumlah 19b ialah jumlah kos yg diperlukan untuk melaksakan janji 100 hari PR(elaun guru+tambahan subsidi barangan keperluan rakyat)
manakala 51b tu yang PR katakan adalah jumlah yang akan dapat dijimatkan oleh kerajaan sekiranya PR memerintah( bukan nilai kos projek dan sebagainya)melalui perstrukturan semula subsidi kepada IPP berjumlah 19b, menghapuskan rasuah dan ketirisan lain samaada untuk kos projek serta urustakbir jabatan kerajaan.
jadi untuk melaksanakan janji 100 pr berjumlah 19b adalah munasabah dan tidak membebankan kerajaan, ini kerana mengunakan kos dari dari penjimatan dan urustadbir yang baik(menghapuskan rasuah, mengurangkan keuntungan syarikat kroni dan seterusnya membelanjakan kembali wang itu untuk kebajikan rakyat)
itulah kesimpulan maksud sebenar kos 19bilion janji 100 hari PR dan sedikit kesimpulan tentang 51 bilion, ialah jumlah pembaziran Umno (tidak termasuk kos projek)
saya harap Tuan Aspan buat sedikit kajian dan cuba perbetulkan tempat yang samar2 agar tidak mengelirukan pembaca.
Salam maaf dari saya
Ahli bn bertulang HIJAU
Ibarat Pasukan Bola Sepak Malaysia yang terdahulu sekian lama bertanding tidak pernah menang.
ReplyDeleteApabila diserahkan kepada Pasukan Baru barulah balik dengan piala kejohanan.
wahai rakyat malaysia sekian,kita wajib patuh kepada parti pemerintah sekarang tanpa mempersoalkan sebarang tindakan yang dibuat olehnya,kita mesti setuju apa sahaja tindakan drastik yang dibuatnya termasuk menerima apa tindakannya dengan membabi buta tanpa mempersoalkannya walaupun mereka menaikan harga barangan seperti minyak,susu,gula,tepong,air,api dan lain-lain.ini adalah satu pengorbanan yang patut kita buat untuk kepentingan selogan 1 malaysia,dan juga kepentingan puak puak pemerintah .kalau boleh kita mesti ikut sahaja apa-apa sahaja tindakannya .kita mesti lakukannya kalau boleh diri kita,anak kita dan juga periuk nasi kita pun kita mesti korbankan untuk pemimpin umno yang kita sentiasa sanjung.....tak usah kita pertikaikannya semuanya untuk satu malaysia.biarkan rakyat berada dalam kesusahan selamalamanya asalkan perut pemimpin kita sentiasa terisi itulah maknanya pengorbanan yang mesti kita tunjukan kepada pemimpin kita.....SELAgi otak yang diberikan oleh tuhan tidak digunakan sepenuhnya,selagi ALQURAN dan HADIS TIDAK DIJADIKAN PEDOMAN DAN DIPATUHI SELAGI ITULAH KITA AKAN DIPERBODOHKAN.
ReplyDeleteKepada,
ReplyDeleteSemua Pembaca.
Rencana En. Aspan agak menarik dan sedap dibaca. cuma ianya hanyalah anggaran sahaja. Bila membaca beberapa komen rakan kita saya terfikir orang kita memang banyak cakap tapi tak banyak bekerja. Memang betul sebagai manusia biasa tiada yang sempurna. Adalah di sana sini kurang dan lebihnya.Sasa mencadangkan beberapa perkara berikut;
1. Berfikiran positif.
2. Membaiki apa yang kurang.
3. Berfiran jauh ke hadapan.
4. Jangan mudah menghina orang.
5. Tingkatkan taraf pendidikan orang melayu.
6. Tingkatkan perniagaan orang melayu.
7. Sokong menyokong sesama melayu islam.
8. Kukuhkan insituisi melayu islam.
9. Jangan terlalu fanatik
10.Belajar dari sejarah silam
orang melayu islam kena bersatu dan maju
ReplyDeletekita orang melayu...mungkin akan hidup susah di tanah air sendiri..jika tidak bersatu,bangsa lain yang untung..Orang yang KAYA BERTAMBAH KAYA..YANG MISKIN + MISKIN...PUAK PEMERINTAH2 HARI NIE MASING-MASING MENGAUT KEKAYAAN UNTUK ANAK-BERANAK DIA..serta SIMPANAN selepas TIDAK MEMERINTAH lagi nanti....
ReplyDeletemereka ini langsung tidak peduli kesusahan rakyat..
umno kata pejuang bangsa islam melayu...
ReplyDeletetapi tanah dan air jual juga pd singapore...pulau, telaga minyak juga bagi je percuma pd org luar..
rakyat di dahulukan....tapi minyak petrol, diesel, minyak masak naik, barang naik, ...barang luar kawalan juga naik. katanya luar kawalan kita tk boleh nk kawal...
umno kata pjuang tanah air dan sultan......tapi
ReplyDeletetanah dan air jual pd singapura,
sultan juga ditarik kuasanya(krisis plembagaan).....