13 January 2011

Kerajaan Selangor - Jika bapa kencing berdiri, cuba jangan kencing berlari.

Perbilangan orang tua-tua dahulu banyak benarnya. Salah satu darinya ialah ‘kalau bapak kencing berdiri anak kencing berlari’. TS Khalid telah mengumumkan bahawa semua ADUN yang mewakili PR akan mendapat RM1 juta untuk menampung pembangunan kecil-kecilan dikawasan masing-masing. Ini bermakna ADUN-ADUN BN yang merupakan wakil-wakil pembangkang diSelangor tidak akan mendapat peruntukkan itu.

UMNO Selangor memberikan reaksi yang marah-marah dengan keputusan TS Khalid itu dan menganggapnya sebagai tidak adil dan menuduh TS Khalid sebagai hipokrit kerana cakap tak serupa bikin. Itulah yang dikatakan oleh Dr Mohd Khir Toyo semalam. Isu ini merupakan isu yang sangat menarik untuk ditelaah.

Jika semua pihak mahu mengambil isu ini untuk dijadikan pelajaran, ambillah kesempatan yang ada ini untuk masing-masing memperbaikki etika dan kepimpinan yang telah dilunaskan oleh sistem demokrasi yang kita amalkan. Ada perbilangan Inggeris yang boleh kita jadikan sebagai peringatan kepada kita; ‘what goes around comes around’.

Sebagai pihak yang memerintah (diperingkat persekutuan) kita menghadapi pembangkang dengan tidak memberikan peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat kawasan kawasan-kawasan pembangkang dan ini telah menjadi amalan kita yang telah menerajui kerajaan sejak merdeka dahulu. Ini telah menjadi budaya yang sebati dan kita lihat disini bahawa rakyat tidak dihormati oleh pihak kita kerana tidak memberikan undi kepada kita.

Dari satu sudut saya berasa sukacita dengan apa yang dilakukan oleh TS Khalid ini; setidak-tidaknya pihak kita merasakan bagaimana peritnya sebagai pembangkang dinegeri Selangor kerana itulah yang dialami oleh rakyat bukan sahaja diSelangor tetapi diseluruh negara apabila mereka menggunakan kuasa undi mereka kepada parti yang lain dari UMNO atau pun BN.

Dulu kita mempunyai persepsi bahawa peruntukan kecil ini hanya untuk parti yang memerintah dan kita lupa wang atau dana itu juga datangnya dari cukai dari rakyat tanpa mengira perbezaan politik, agama dan bangsa yang tinggal dinegara ini. Kalaulah benar peruntukkan itu hanya untuk parti dan penyokong yang memerintah, sepatutnya dipulangkan balek semua wang yang dikutip dalam bentuk berbagai macam cukai kepada ahli-ahli pembangkang.

Menginiaya rakyat memang perkara yang biasa yang telah dilakukan oleh BN selama ini dan tidak siapa yang menegur dan membuat introspeksi terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan kita. Sepatutnya jika kita benar-benar bertanggungjawab dan menerima demokrasi yang dilaung-laungkan itu sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat, tak kira BN atau pembangkang mesti diberikan peruntukan itu kerana itu adalah kehendak rakyat yang demokratik.

Perlu diingat wang itu juga datangnya dari mereka yang menyokong pembangkang yang sama-sama membayar berbagai-bagai cukai kepada perbendaharaan negara dan negeri. Berbagai helah samada dari segi politik dan undang-undang dicari untuk meminggirkan negeri dan kawasan yang diwakili pambangkang. Sepatutnya jika kita benar-benar bertanggungjawab kita mesti mencari segala usaha untuk membantu, bukannya untuk menginiaya.

Jika BN tidak dapat menerima hakikat demokrasi maka kita ubah sahaja sistem pemerintaha negara kita. Wujudkan sistem yang hanya membolehkan BN memerintah dan tidak payah kita nak bermain-main dengan undang-undang.

Sekarang saya ingin menyeru kepada kerajaan Selangor supaya melakukan perkara yang berbeza dengan BN. Berikan jugalah peruntukkan itu kepada wakil BN. Jika kerajaan PR Selangor melakukannya maka rakyat akan dapat memberi penilaian yang tinggi kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid dan nescaya PR akan kembali menjadi pihak yang berkuasa diSelangor dalam jangka masa yang panjang.

Mari kita lakukan yang terbaik untuk rakyat. Sikap menginiaya itu adalah budaya politik yang selalu lihat dilakukan oleh BN. Jika PR mahukan perbezaan maka jangan ikut tari dan pencak BN itu.

Untuk mencari perdamaian mesti ada satu pihak yang ada kedinginan pemikiran. Kepada PR Selangor saya mencadangkan supaya dilakukan apa yang ‘needful’ untuk menyemarakan semangat demokrasi itu. Kepada kerajaan Selangor, terajuilah politik secara baru dan politik secara ini memang dilakukan dinegara-negara maju. Tunjukan perbezaan itu, TS Khalid. Saya mengenali TS Khalid begitu lama dan saya tahu beliau mampu melakukan politik secara baru ini.

Orang ramai telah lama menunggu BN untuk melakukannya tetapi tidak nampak sikap itu bertunas dipihak parti pemerintah diPersekutuan ini. Jadi biar Khalid dan kerajaan Selangor yang memulakan langkah menyuburkan demokrasi ini. Sejukanlah hati dan jiwa rakyat. Ikutlah contoh yang baik dan elakan dari meniru contoh yang buruk. Lama kelamaan rakyat akan faham dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor.

Biar BN pula yang mengikut langkah yang baik ini jika mereka masih ada hidayahnya. Jangan kita mengharapkan hidayah itu datang dari pihak BN. Sekarang inilah peluang yang terbaik untuk PR menunjukan sikap keterbukaannya dalam mentadbir negeri dan negara.

Jangan merasa letih dan jemu dalam mencari kebaikan ini. Mencari kebaikan itu adalah perjuangan sepanjang hayat. Itulah fardhu kifayah yang sangat suci. Melakukan fardhu kifayah secara intensif adalah jalan yang paling singkat untuk kesyurga.

16 comments:

  1. Pohon maaf saya dahului. Saya tidak setuju kerajaan PKR Selangor memberi peruntukan pembangunan kepada YB BN. ini kerana:
    1, YB2 BN telah mendapat peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
    2, Aadalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan membngunakan negara tanpa merngira fahaaman politik, agama dan bangsa.
    3. Peruntukan YB2 PKR ini adalah bagi projak kecil-kecilan sahaja.

    Saya turut kesal dengan sikap tamak dan haloba YB2 BN kerana tanpa sega silu mendesak kerajaan Selangor turut meberi peruntukan itu kepada mereka manakal mereka menikmati peruntukan khas daripada kerajaan Persekutuan merekla tidak pernah pun meminta agar peruntukkan yang sama diberikan kepada rakan-rakan yang bukan sehaluan pafaman parti dengan mereka tetapi dipilih orang rakyat.

    ReplyDelete
  2. anon 20:45,

    Jika dipandang dari sudut sdr alasan yg sdr beri itu ada betulnya.

    Saya hanya memandang dari segi sikap kita terhadap rakyat dan jika kita melakukannya ianya akan memberikan pandangan tinggi dari rakyat dan mereka akan memberikan keyakinan yang lebih kepada kerajaan negeri. Itu sahaja.

    T Kasih kerana memberi saya pandangan dari sudut yang lain dan ada rasional yg baik dari sdr.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya kerajaan PR Selangor tidak perlu mengikut budaya yang diamalkan oleh UMNO bila berkuasa...seperti yang diketahui, peruntukan itu adalah hasil yang dikutip dari rakyat melalui cukai dan sebagainya tanpa mengira apa fahaman politik mereka...tetapi kalau dilihat satu perspektif yang lain ada kemungkinan juga dengan tindakan yang dibuat oleh PR sebenarnya mereka membuka mata rakyat tentang apa yang diamalkan oleh UMNO selama mereka berkuasa terhadap pembangkang yang mana selama ini UMNO nafikan...bacalah apa yang diluahkan oleh pemimpin UMNO Selangor terhadap kerajaan PR Selangor...seolah-olah mereka "mengata dulung paku serpih" dan mereka seperti "menepuk air didalam dulang"....

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Kenapa TS Khalid mesti beri peruntukkan kepada wakil2 BN?

    BN/UMNO dah berniat jahat ...nak hancurkan PR di Selangor.....masa'alah Khusrin, cow head protestors, burning of church, pig's head at a mosque dan macam2 lah bangsat UMNO buat.

    BN tak bagi peruntukkan pada PR juga.

    What goes round comes round lah.

    Tuan adil...tapi parti kamu tak adil.

    ikan gurame

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan cadangan Sdr Aspan agar YB2 pembangkang di Selangor juga diberikan peruntukan. Itulah semangat demokrasi yang betul. Salah satu cara ialah jumlah yang diberikan itu berdasarkan kepada perbezaan antara peruntukan kerajaan negeri dengan jumlah yang mereka terima daripada kerajaan pusat. Ini bagi memastikan jumlah yang diterima oleh semua DUN2 samarata. Sekiranya jumlah yang YB2 BN telah perolehi dari kerajaan pusat melebihi peruntukan kerajaan negeri, tak payahlah ditambah lagi.

    Yang penting kerajaan negeri Selangor hendaklah menubuhkan satu badan (Auditor) bagi memantau penggunaan wang peruntukan tersebut oleh kesemua YB2 PR dan YB2 BN.

    Pok Li

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya apa yang di katakan oleh TS Khalid dalam laporan Malaysiakini bahawa beliau akan mempertimbangkan semula peruntukan pada Adun pembangkang sekiranya Kerajaan Persekutuan menarik balik sekatan pada Adun dan MP Pakatan yang dikenakan sekatan ekonomi.

    Saya percaya TS khalid tidak akan melakukan perkara yang tidak adil tetapi hanya ingin memberi pengajaran kepada umno jangan besar kepala. Sudah lama umno bersikap kurang ajar dengan rakyat khususnya dengan orang melayu dengan menganaktirikan melayu yang tidak menyokong mereka. Tengok di Kelatan umpamanya, seratus peratus orang melayu tapi mereka menekan melayu dan menindas mereka. Tetapi umno masih besar kepala. Duit tu bukan duit umno, tapi rakyat juga dikenakan pelbagai cukai dan mereka rakyat Kelantan juga membayar cukai.

    Ketika di era PM Bedolah mereka mengumpul kesemua wang rakyat untuk melabur dan membangunkan Kepala Batas tapi bahagian2 lain di lupakan. Berjuta wang rakyat di hamburkan disana dan ramailah orang2 umno menjadi kaya yang akhirnya merugikan melayu. Sekarang mereka telah sedar sekarang mereka tiada kuasa dan jadilah mereka manusia paling hina di negeri Pulau Pinang dengan berarak di jalanraya seperti anjing jalanan. Umno tidak akan bangkit lagi di Pulau PInang sebab pemimpim mereka rata-rata bongkak dan orang melayu tidak akan memberi mereka peluang lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  7. Pembelaan Kepada Rakyat adalah teras pemimpin tidak kira Parti selagi dia diamanahkan sebagai Wakil Rakyat. Saya setuju peruntukan ini diberi sebab menepati "good governance" kepada siapa jua yang mewakili rakyat. Turning pointnya Kerajaan Negeri ini akan mendapat kredit daripada Allah dan rakyat. Adil tanpa membalas dendam itu pasti mendapat balasan baik dari Allah. Kalau mereka yang disalurkan Peruntukan ini tidak amanah, itu soal lain. Sebelum ini pun Bangkai Nasional terlalu biadap kepada Rakyat kerana peruntukan ini hanya terlepas ke tangan Kroni sahaja. Selain itu, yang memerintah seharusnya melalui good governance ini juga, pasti ada jalan untuk mengawal bahawa peruntukan sampai ke tangan rakyat. Lagipun 1 juta pada wakil2 Bangkai Nasional yang tidak amanah tu, celah gigi aje. Siapa tahu mereka boleh jadi insaf disebabkan ini.

    ReplyDelete
  8. saudara aspan,

    Pendapat saya, peruntukan kepada kedua kedua ahli politik ini tidak patut dibuat lansung, baik pada BN atau pad PR.

    Selama ini saya tidak pernah lihat apa apa peruntukan digunakan membawa menafaat kepada saya dan keluarga.

    Sebenarnya saya lansung tidak berkehendakan sebuah kerajaan seperti hari ini.

    Tidak berguna lansung. Yang penting bagi saya ialah sebuah kerajaan yang menjaga keluarga dan masyarakat dari penyeksaan kehidupan hari hari agar tidak menjadi gila.

    Sekarang ini sudah ramai jadi gila. Gila Insing. Tak keruan. Kalau ada senjata mahu di keruan kan dia. Itu lah kata perpatah musim sekarang. Tidak aman lansung.

    Itu pendapat saya.

    ReplyDelete
  9. Asalam saudara aspan, ,Inilah cadangan yg cukup baik dasn bernas, walaupun mungkin ada banyak yg kurang setuju ? PR tidak sepatut mengikut langkah pentadbiran yg bodoh ? harus di ingat selagi rakyat mempunyai hak yg sama, hanya umno bn yg menjadi pemerintahan yg bodoh dan kejam....Hanya pihak pr harus memberi pentadbiaran yg telus.... Rakyat sudah mampu menilai yg kaca atau intan.....kebaikan yg pr buat akan mendapat hasil yg lebih baik dalam g13....tq

    ReplyDelete
  10. Saya setuju MB Selangor tak perlu ikut BN a.k.a persekutuan.
    Dua hari berturut saya buat entry fasal hal ini,
    http://mahaza.blogspot.com/2011/01/aku-setuju-mb-selangor-takharus.html

    ReplyDelete
  11. Saudara Aspan,

    Kalau tidak silap semalam saya ada membaca yang Dato Shahrir Samad berkata bahawa pembangkang (di peringkat persekutuan) tidak layak mendapat peruntukan dari kerajaan kerana pembangkang tak sokong belanjawan yang dibentang di parlimen. Sebagai pembayar cukai, patutkah saya tidak membayar cukai sebab saya pun tak sokong belanjawan?

    ReplyDelete
  12. Tuan,

    Di kampung saya, ada satu spot yg dipanggil Konar Kambing. Selekohnya tajam. Kemalangan yang paling famous melibatkan pelakun Marlia Musa yang terbabas di situ ketika balik selepas penggambaran. Masa tu beliau masih anak dara dan saya pun belum bermastautin di situ. Tahun ini adalah tahun ke 11 saya bermukim di situ. Setiap hujung tahun, jalan utama kampung akan diturap sebahagiannya. Tahun ini, jalan diturap dan ada tambahan. Cat's eye diletak dijalan. Susunannya sangatlah rapat antara satu sama lain. Orang luar yg memandu di situ pada waktu malam pasti akan kecut perut kerana memasuki 'zon merbahaya'. Kalau tuan ada masa, datanglah ziarah pasar malam Paya Jaras. Tumpukan perhatian kepada papan2 tanda 'Kuala Lumpur'.

    Apa relevannya cerita saya dgn soal peruntukan? DUN saya diwakili ADUN BN. Dalam tiada peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor, ADUN masih lagi merasa tidak segan silu menggunakan peruntukan JKR membiayai cat's eye yang manfaatnya amat sedikit. Mungkin inilah yang dikatakan manusia merancang, Allah juga merancang. Cat's eye ini menjadi satu peringatan yang bersinar saban malam mengingatkan penduduk kampung bahawa rakyat terbanyak bukanlah golongan yang diutamakan.

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  13. ermm.. mak orang.. ini hanya penegasan dari tan sri khalid. Perkara ni x diputuskan lagi. Ni terita mata kucing apa plak ni. xkan nak beli mata kucing dua tiga biji tu pun nak tunggu peruntukan. jgn sengal sgt boleh x?

    ReplyDelete
  14. Tn. Hj. Aspan,
    Negeri MAJU, Kerajaan belum melepasi tanda aras MAJU. Dulu kau tak bagi peruntukan, skrg masa aku plak.Tanggungjawab rakyat la, bagi tau kat PR hendaklah berjiwa besar..Rakyat..He3..
    sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  15. salam perjuangan.harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..Terima Kasih....
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. cadangan tuan aspan tersebut ada rasionalnya, pernah terdengar berita bahawa kerajaan selangor pernah memberikan wang kepada beberapa Yb2 pembangkang di beberapa kawasan yang dirasakan perlu....ttp kesudahannya hanya sedikit sahaja yg sampai....mungkin dari situ TS khalid memulakan program adun angkat kpd YB2 PR utk 'membantu' YB2 BN dalam menyampaikan peruntukkan kpd kwsn2 YB2 BN...

    kita mungkin hanya mendengar dr luar shj yang YB2 PR dpt peruntukkan RM 1M, ttp mungkin untuk menampung perbelanjaan di kawasan2 DUN2 yg YB2 PR menjadi ADUN angkat di sesuatu2 kawasan....

    yg penting kita mencari sumber dari kedua2 belah pihak dan bertanya dgn lebih mendalam kebenaran sesuatu berita....

    apa2 pon pandangan tuan aspan sangat bernas dan mungkin akan didengari oleh kedua2 belah pihak....

    didoakan agar tuan aspan terus memberikan pandangan dan kritikan2 bernas di hari2 mendatang....

    -ORG BARU BELAJAR-

    ReplyDelete