16 January 2011

Kita nombor satu dalam dunia.

Pilihanraya mungkin sudah hampir atau mungkin lambat lagi. Terpulang kepada Najib untuk mengambil keputusannya; nak diadakan sekarang atau setahun lagi atau bila-bila. Nampaknya pilihanraya sudah menjadi isu yang diminati oleh orang ramai dan kali ini penantiannya lebih dirasakan oleh rakyat jika dibandingkan penentian pilihanraya semasa Pak Lah dahulu.

Jika dilihat secara terperinci rakyat sedang tertunggu-tunggu untuk memasuki bilik mengundi untuk membuang undi bagi menggunakan hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan negara. Pihak kerajaan (BN) sedang bersedia dengan pengumuman berbagai-bagai projek pembangunan bagi menambat hati rakyat tetapi hati rakyat rasanya belum lagi tertambat kerana kekaburan yang mereka lihat tentang faedah secara ‘direct’ kepada mereka.

Pilihanraya kali ini akan berhadapan dengan isu kenaikan harga barang keperluan yang melambung begitu tinggi yang diiringi oleh keputusan kerajaan untuk menarik balek subsidi banyak barang keperluan dan perkhidmatan. Rakyat diajak bersama-sama berkorban dengan hidup tanpa subsidi dan sebenarnya rakyat bukanlah tidak mahu berkorban.

Tetapi rakyat juga kecewa kerana banyak pihak yang tidak mahu berkorban bersama mereka untuk membantu kerajaan dalam menempuh zaman kegagalan mentadbir negara dengan sempurna. Rakyat amat sedih melihat pengorbanan mereka tidak disertai oleh ‘concessionaire’ lebuhraya-lebuhraya misalnya untuk menurunkan harga toll sedangkan traffic yang menggunakan lebuhraya-lebuhraya itu bertambah. Mereka (concessionaire’) ini tetap dengan perjanjian berat sebelah yang dimeterai oleh mereka dengan kerajaan dahulu.

Rakyat juga kecewa dengan kerajaan kerana membelanjakan wang mereka dengan projek-projek raksaksa yang kos yang terlalu tinggi dan rakyat sentiasa merasa curiga dengan kos yang terlibat kerana wang yang akan dibelanjakan itu adalah wang mereka dan mereka jugalah yang akan membayar perkhidmatan yang tinggi itu. Projek MRT yang akan menelan belanja sebanyak RM36 billion yang belum termasuk kos pengambilan alih tanah dan lain-lain.

Yang memandu kenderaan pula sedang dibebani dengan saman ekor yang belum tentu salah dan benar mereka terpaksa membayar dengan ratusan ringgit dibalai-balai polis dimana-mana. Ibu bapa pula mundar mandir untuk mencari pembiayaan pelajaran anak-anak mereka kerana kos pelanjaran sangat tinggi. Semakin kaya kerajaan semakin tinggi kos untuk menghantar anak-anak mereka keluar negara.

Pemimpin kita berkata negara kita sudah maju tetapi kita dibawah ini masih dalam keadaan yang sama sahaja malahan lebih susah dari dahulu kerana kenaikan harga barang dan penarikan balek semua jenis subsidi dari kita. Hendak kritik kerajaan pula hanya akan membinasakan peluang kita untuk maju kerana kerajaan tidak suka dikritik walaupun mereka berkata mereka adalah pemimpin-pemimpin yang terbuka untuk ditegur.

Kepada mereka yang sudah berusia kos perkhidmatan perubatan walaupun nampaknya masih rendah dihospital-hospital kerajaan tetapi bagi penyakit-penyakit yang memerlukan perkhidmatan yang specialized seperti kos mendapatkan perkhdmatan dialysis buah pinggang masih terlau berkurangan dan pada mereka yang tidak berpencen terpaksa membayar dengan harga ratusan ringgit setiap kali mendapatkan perkhidmatan itu.

Anak-anak muda yang masih muda yang baru menerima segulung ijazah pula dibebani dengan hutang yang besar untuk membayar kembali pinjaman PTPTN semasa belajar diUniversiti dahulu. Dalam pada itu gaji yang masih kecil itu terpaksa digunakan untuk membantu ibu bapa yang sudah tua yang rata-rata miskin dikampong. Akhirnya mereka terjebak dengan hutang kad kredit pula dan ribuan anak-anak muda sedang menghadapi kemungkinan muflis.

Mereka terpaksa memohon kad kredit untuk menyambung kehidupan mereka kerana kebanyakan pendapatan dan gaji mereka yang tidak seberapa itu digunakan untuk membantu ibu bapa dan membayar balek hutang dengan PTPN.

Akhirnya anak-anak yang masih muda ini terkial kial untuk meneruskan hidup dan dalam pada itu mereka membaca kenyataan-kenyataan pemimpin kita yang mengatakan kita adalah sebuah negara maju dan akan menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Pertembungan diantara kenyataan pemimpin-pemimpin dan keadaan sebenar yang mereka hadapi membuatkan mereka merasa keliru.

Saya yang sentiasa berada bersama dengan mereka yang susah-susah ini menerima banyak aduan dari mereka ini yang sedang menhadapi apa yang telah saya sebutkan tadi. Tetapi saya hanya setakat mendengar dan memberi mereka semangat supaya jangan berputus asa dan berdoa sentiasa kepada Tuhan kerana dalam keadaan kesusahan san keresah mereka sekarang ini, mereka hanya boleh dibantu oleh syufaat Rasul dan Rahmat Tuhan semata-mata.

Keadaan ini tidak dirasai oleh mereka yang bergelar pemimpin kerana mereka yang diatas itu terlalu sibuk dengan cita-cita masing-masing dan tidak ada masa untuk memikir dan melakukan apa-apa untuk membantu rakyat seperti ini. Mereka ini mungkin dapat sedikit sebanyak bantuan jika sampai pilihanraya sahaja. Tetapi pilihan raya akan tiba lambat lagi dan jika bergantung untuk mendapat bantuan hanya semasa piliharaya sahaja maka bantuan itu akan hanya datang 5 tahun sekali.

Saya terlalu sensitive terhadap isu pelajaran dan kesihatan yang dihadapi oleh mereka ini. Kadang-kadang saya berfikir dari ketirisan ratusan billion selama ini kenapalah tidak tiris sedikit untuk merperumpukkan untuk pelajaran anak-anak kita. Rakyat nampak keitirisan ini. Tidak bolehkah asingkan 3 atau 4 billion ringgit dari jumlah puluhan billion yang dicuri ini untuk mereka yang hendak melanjutkan pelajaran mereka.

Apa faedahnya bangunan yang gagah seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan yang gah diPutrajaya jika rakyat masih ‘menyelapu’ untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran anak-anak mereka atau untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik bagi mereka?

10 Downing Street diLondon hanya diletakan dipenghujung Jalan Downing disana yang berkampir dengan rumah kedai tetapi disitulah kuasa dunia terbesar ditadbir. Pejabat dan kediaman PM Britain terletak disitu sejak dri dulu sehinggalah sekarang. Mereka tidak bina pusat pentadbiran yang melibatkan wang rakyat sebegitu banyak kerana yang penting bagi kerajaan Britain ialah ‘efficiency’ pentadbiran kerajaan untuk mengelolakan rakyat.

Apabila kerajaan sudah kurang effektif rakyat akan tukar kerajaan dan tidak payah menjadikan isu-isu besar dalam menukar pimpinan negara itu. Gordan Brown meletakan jawatan dalam tempuh 5 jam sahaja apabila parti buruh tidak berjaya mendapat majority untuk membentuk kerajaan dan dalam tempoh 5 jam jugalah dimasyorkan PM yang baru mengambil alih.

Tetapi kita tidak dapat membayangkan betapa tingginya kos menguruskan bagunan yang begitu besar diPutrajaya itu. Kalaulah jumlah itu dipergunakan untuk menghantar anak-anak bangsa kita untuk melanjutkan pelaran keluar negara sehingga peringkat yang tertinggi tidak salah jika dikatakan jumlah dana yang digunakan untuk membangunkan Putrjaya itu boleh menghantar sejuta anak-anak kita kel;uar negara bagi mendapatkan pelajaran. Jika tidak jumlah itu boleh digunakan untuk membina banyak lagi pusat pengajian iktsad dan separa iktisad untuk jutaan rakyat.

Tetap apa nak buat. Pemimpin kita lebih hendak menunjuk-nujuk. Bagi mereka lebih besar bangunan lebih besarlah kejayaan kita. Kita hanya mahu nama. Kita bangga dengan tiang bendera yang tertinggi didunia, jabatan yang ketiga terpanjang didunia, Gong yang terbesar didunia yang pernah diletakan diangkasapuri seta bangunan berkembar yang tertinggi didunia dan semuanya yang nombor satu dalam dunia.

Akhirnya kita juga yang berhadapan dengan kegiatan rasuah diantara yang terhebat didunia. Kita juga terjebak dengan perbelanjaan kepada perkara yang tidak perlu yang keterlaluan. Dinagara ini jugalah kos untuk perbelanjaan kegiatan isteri PM yang tertinggi didunia. Saya rasakan wanita pertama kita berbalanja lebih tinggi dari Michelle Obama atau Imelda Marcos dari Filipina dahulu.

Entah apa yang disibukannya kita pun tidak faham. Semuanya itu rakyat yang tanggung. Tetapi apabila rakyat marah-marah, rakyat pula ditempelak akhirnya. Kepada pemimpin-pemimpin kita ingin bertanya; tuan-tuan semua nak jadikan rakyat ini sebagai apa? Jadi lembu? Atau kerbau untuk membajak? Atau apa?

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? jawab setengah anak muda sekarang, "lu pikirlah sendiri"

28 comments:

  1. Sdr Aspan,

    Imuniti politik UBN bagi saya ada persamaan dengan imuniti politik Zionis dalam satu aspek. Apa yang saudara laungkan dalam posting saudara ada kebenaran (bagi saya tidak boleh dipertikaikan kebenarannya). Tetapi dalam persada penuh kemungkaran dan kemungkiran, suara kebenaran menjadi sumbang. Seperti jua kebenaran fakta kekejaman Zionis, laungan tersebut tidak diendahkan serata dunia.

    Teruskanlah tulisan saudara. Ramai di antara kita yang masih mampu berfikir. Saya percaya semakin ramai akan sedar an ingin menukar budaya penyelewengan kuasa UBN.

    Regardless of our political belief, at the heart of it we are Malaysians with the primary duty of saving this country. Our votes cannot be denied.

    Sdr Aspan; I am a Malaysian citizen first, an UMNO member second.

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri musykil dengan PTPTN nih... kalau pelajar tak nak PTPTN? Kaslau ibubapa mampu? Tapi kena buka akaun minima RM3000 pula. Anak saya akan menghadapinya tahun ini? Bergantung kepada keputusan SPM. Perlukah saya benarkan dia ambil PTPTN? Habis belajar menanggung hutang dahulu bukannya menyimpan dahulu. Patutlah pelajar U susah nak dapat kerja sebab kerja gaji CIPUT tapi mereka nak lebih lagi sebab nak bayar PTPTN. Belum kerja dah belajar berhutang..... Patutlah Bank amat aktif mengesyorkan Credit Card tanpa gusar pendapatan minima

    ReplyDelete
  3. tak perlu lah ambil wang ptptn,pakat ramai2 boikot wang ptptn lepasni beranak terus ambik insuran pebelajaran utk anak2 biar kita susah dahulu supaya kemudian tak di tempelak olih anak2 disebabkan utang......tak perlu lah kita berbicara pasal wang ptptn,masalahnya org kita kalau ada tempat nak berutang belari2 cari masalah....bila ada masalah mula bising org tu tak betul org ini tak betul habis sapa yang betul...kita fikir2kan lah untuk anak2 kita jangan hanya kita bising tapi tiada tindakan untuk anak2 kita,betul lah kata pepatah kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya.Kalau dah jadi buluh macam sekarang lah jadinya.

    ReplyDelete
  4. Anon 19;03,
    Janganlah sombong sdr. bapa u boleh belikan insuran tak apalah. Baguslah. Tetapi orang kg insuran pun tak tahu.

    Kalau sdr jadi pemimpin mati semua orang kerana sdr nak suruh orang buat macam sdr.

    Yang kita cakap pasal dasar bukan pasal mampu ke atau tak mampu.

    Kalau tak berhutang dgn PTPN tak sekolah anak orang kg.

    Hanya nak ingatkan sdr. pemimpin UMNO yang jenis sdrlah yg membuatkan kerajaan hancur.

    Awak tidak tercecah kaki kebumi. You are UMNO typical. taht's it.

    ReplyDelete
  5. Syabas saudara Aspan kerana meluahkan apa yang telah lama terbuku di hati ini.Saya pun tak sabar-sabar nak tunggu pilihanraya yang seterusnya....

    ReplyDelete
  6. Tn. Hj. Aspan,
    Kalau tak buat bangunan hebat2, tinggi2, con..sultant alias kroni2 nak kaya macamana. Con..tractor nak bagi sumbangan tabung pilihanraya nak gagau kat mana plak. Jadi kena la reka projek yang entah apa2 la baru dwet beredar di pasaran. TDM pernah kata jangan simpan dwet bawah bantal, belanjakan ia baru semua orang dapat hasilnya..Rakyat..He3..Melayu mudah lupa.
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  7. Asalam saudara aspan,,,, Selapas sahaja dapat sijil spm,,,nak lanjutkan perlajaran ke u ? Kali2 timbul permasaalah kewangan di kelangan rakyat ???? Terlalu banyak kelohan dari rakyat di bawah ini ??? namun tidak ada penyelesaian yg cukup baik....Dalam bn umno tidak ada yg percuma melainkan kena bayar juga itulah hakikat yg ada...tidak ada free lagi... walaupun pendidikan untuk anak bangsa ????Mereka telah menjadi mabuk dgn pembangunan yg mewah2 dan dagang2 yg besar2..., Keceawaan rakyat telah begitu meluas dgn kerenah bn umno,,, hanya penantian yg pasti,,, mereka membuat pemilihan yg betul dalam g13.... Sekira masih juga memilih kapal yg lama,,,maka sudah tentu pembaharuan yg di harap tidak akan menjema ???? Jadi biar lah jadi rakyat yg lebih bijak dari dulu...? tq

    ReplyDelete
  8. Diajar UMNO ni betul-betul. Mereka asyik makan duit saja kerjanya. Macam duit datuk nenek mereka.
    Cukuplah UMNO!!

    Jgnlah kau memerintah lagi. Menyakitkan hati!!!.

    kembar

    ReplyDelete
  9. k penetahuan saudara sam sebenarnya saya tak punya mana2 parti tetapi lebih banyak bekawan ngan bangsa cina saya rasa x ada salahnya kita meniru cara mereka dan cepat kita mengalah pada diri apa bezanya mereka dgn kita,cuma mereka ni rajin sikit dari kita bermakna bukan kita malas mungkin sejarah mereka mengajar mereka tu yang perlu kita pelajari bukan perkara2 yang tak betul.

    ReplyDelete
  10. Tn. Hj. Aspan,
    Banyak yang dok hentam BN la nie. Nanti PEAM akan teragak-agak plak buat PRU13. Saya cadang la kalau bleh lepas nie kita sokong plak. Bila umum Harga barang naik/selaras, kita ramai-ramai hantar kad ucapan terima kasih, bila ada perjumpaan, kia gi ramai2. baru dia rasa semua sokong dia dan bubar parlimen. Masa undi baru kita pangkah yang serasi..Rakyat..He3..
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  11. bukan setakat nak no 1 di dunia....bini PM pun nak no 1...sibuk menghabiskan duit rakyat..first lady...first in spending..everything must be first..mati la rakyat kalau macam ni...cuba PM makan gaji pokok saja..tarak elaun apa apa...first lady gi beli santan pun mesti merungut...barang mahal katanya..

    ReplyDelete
  12. Pemimpin umno memang tahu dan faham masaalah spt yg tuan sebutkan itu. Tapi mereka tidak mahu membawa keatas kerana nak jaga hati ketua dan semuanya beres, dengan harapan dapat lagi peluang bernaung dipohon yg rendang

    ReplyDelete
  13. Kritikan tuan amat menarik sekali betul memang rakyat dalam serba kesusahan dan kalaulah ini caranya Meno memerintah negara sah Melayu banyak akan terus hilang kuasa kepada Melayu sikit, elit kononnya.Mereka akan makan ikan dan kita ditinggalkan sisek2 aje!dekat2 nak mengundi besar barulah dapat makan isian-isian tepi ikan dan ramai akan lupa sisek2 selama 4-5 tahun tu dah pangkah Meno balik!Jangan yup!
    Kalau sayangkan Meno cantas dia terus kali ni dan biarlah batang2 baru Meno tumbuh dan naik rimbun semula..tanam semulalah tu singkatnya.Kalau tuan Aspen saya undi.

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan Aspan,

    Komen ne saya tujukan kepada ahli2 UMNO (kalau dikira rayuan, ok la saya merayu). Nak merayu kepada pemimpin tak dilayan jadi merayu la pulak pada ahli, mana tau Tuhan bukakan hati untuk lakukan perubahan.

    1. Cuba kamu buka mata, isteri PM senang2 je guna duit juta2 tanpa raya salah. Duit yang dia guna tu duit sapa?

    2. Projek PERMATA ratusan juta sapa dapat faedah? Mereka dah pandai, kaya lagi apa nak dibantu lagi. Bantu la yang kurang pandai, papa kedana lagi.

    3. Nagara Kaya, rakyat lebih banyak yang miskin, pemimpin pula sibuk kumpul harta, salah urus, membazir, bila gagal salahkan orang lain.

    4. Kami rakyat susah, beras naik, minyak naik, yuran naik, hutang keliling pingang, bila kerja lebih dapat gaji lebih sikit dah kena cukai berjadual. Bila pendapatan nak bertambah?

    5. Tolong la ahli2 UMNO buka mata luas2.. Tambang bas naik, cukai pintu, bayar maintenance, bila air, letrik semua kena bayar. Pandang la orang sekeliling. Berapa kos sara hidup, berapa pendapatan untuk cukup hidup. Tolong la kira...

    6. Buat la perbandingan, bagaimana pemimpin2 tu boleh jadi kaya raya berlebihan (ada yang kumpul ratusan juta)dan bagaimana pula rakyat biasa tu boleh terlalu daif hingga ada sampai merempat.

    7. Saya merayu la, buat lah apa yang terdaya, lakukanlah perubahan kerana ALLAH semata-mata.

    Salam.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan Aspan,

    Satu lagi nak tambah, kabonya 1st lady dah bukak pejabat kat t.4, Cet Det tak nak komen ke...

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Ne sy penghutang PTPTN nk cite sket..
    Pinjaman PTPTN skrg diambil oleh kerajaan dari CIMB(bank Adik P.M) dan dikenakan kadar faedah 5%..
    Syabas(Syarikat Air Selangor) menerima pinjaman dari Kerajaan Pusat dgn kadar faedah 0% dan bayaran balik pinjaman dlm tempoh 30 tahun..Dah la pinjam xder bunga,bla org bantah kenaikan Tarif,ko hantar polis belasah org2 yg membantah krn memikirkan kesusahan rakyat..
    Duit dari bank sedara mara ko,saje2 je ko ambik dgn kadar faedah utk buncitkan lg perut suku sakat,yg kena tanggung,adalah anak2 yg belajar di Universiti..
    Utk rakyat,ko bebankan dgn Faedah,utk geng2 Kroni,pinjaman ko bg tanpa faedah dgn tempoh bayaran boleh dilanjutkan...
    Bila pilihan Raya,Kroni2 neh yg sponsor,dptlah org2 kg kain pelekat,gula beras,maka terharulah hati diorang dan dipuji2nya la org2 yg membodoh-bodohkan rakyat ini tinggi melangit..
    Walhal pemberian tu semua adalah dari duit rakyat yg dibagi kpd kroni2 utk meniaga..
    sedarkah kita bahawa dlm kita menganggung jumlah sudsidi yg dikurangkan oleh kerajaan,mereka boleh bg Kroni2 mereka pinjaman tanpa faedah,dan sebagai return Favour diorang sponsor utk belanja pilihanraya..Duit rakyat dia buat mcm main kutu!!!!

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan Aspan,

    Terima kasih atas perkongsian yg menarik dan membuka mata seperti ini. Perkongsian seperti inilah yg diperlukan untuk renungan kita bersama. Moga tuan diberi kekuatan untuk terus menulis.

    Pandangan peribadi saya, cukuplah memberi peluang kepada pemimpin yang tidak telus dan tidak bijak memimpin. Puluhan tahun diberi peluang membuatkan mereka bongkak dan sombong!lupa diri dari tanggungjawab membangun bangsa ini... Dengan rendah diri, ayuh jauhkan mereka dari terus memporak perandakan bangsa yang dicintai ini!

    - pemerhati bebas

    ReplyDelete
  18. Hari ini, rata-rata Kepercayaan Rakyat terutamanya Generasi ke-2 dan ke-3 ke atas Eksekutif, Kehakiman dan Raja amat rendah sekali.
    Krisis keyakinan Rakyat pada Kerajaan, langsung dibuat tak tahu, malahan boleh bercakap bohong lagi.
    Mungkin hantu Napolean Bonaparte dah masuk badan kot. Musuh dah dekatpun, dia kata masih jauh lagi. Sebab apa ye..! Apa dah jadi?

    ReplyDelete
  19. Rakyat marhaen seperti saya hanya tahu melihat angka berbillion-billion bertaburan di sana-sini dalam ucapan yg disiarkan di dada-dada akhbar. Apakah makna sebenar angka-angka ini kepada penghidupan saya seharian amat sukar dimengertikan. Apatah lagi dengan segala macam acronym terus tercipta dari sehari ke sehari.

    Saya teringat cerita seorang sahabat menghadiri kursus di Indonesia beberapa tahun lalu. Antara hand-out yg diterimanya di awal kursus ialah satu volume yang mengandungi segala aneka acronym yg perlu dihafalnya. Kalau tidak dia tidak akan faham hujung pangkal syarahan yg diikutinya kelak.

    Mungkin kerajaan Malaysia boleh buat perkara yg sama for the benefit orang kampung seperti saya.

    ReplyDelete
  20. Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk kita semua. Orang melayu terlalu leka di buai dek pembohongan umno. Saya di tahun 1990 telah dibohongi oleh seorang ketua menteri kononnya boleh mendapat pinjaman pelajaran atas sifat beliau sebagai wakil rakyat. Sejak dari itu saya tidak lagi percaya pada ketuanan melayu tajaan umno.

    Atas sifat ingin berjaya dan meniru sifat bangsa cina yang berdikari tanpa disuapkan kemulut, akhirnya saya berjaya mendapatkan wang yang sangat saya perlukan. Saya terpaksa menghabiskan masa selama hampir 3 tahun untuk mendapatkan wang dengan bekerja dahulu dan terpaksa bergadai bergolok. Saya berjaya akhirnya dan sungguh simpati pada orang melayu masa kini kerana tiada membuat persiapan hari mendatang untuk anak demi pelajaran. Orang melayu kini tidak boleh mengharapkan parti umno lagi sekiranya hendak memberikan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak mereka, mereka kena berjimat dan melatih anak2 mereka supaya mengerti kehidupan masa kini dengan tidak memanjakan anak-anak mereka.

    Apa yang di kesalkan orang2 melayu sekarang seperti melutut ditepi gantang memohon pembiayaa pelajaran anak2 mereka ke Universiti. Bagi hidup saya, saya terasa puas yang amat sangat kerana berjaya menuntut di seberang laut dan telah merantau ke serata dunia tanpa bergantung kepada sesiapa lebih2 kepada umno. Sejak dari itu saya memang tidak pernah lagi memangkah parti yang suka berbohong itu. Jadi pada mereka2 yang tak sedar diri tu ingatlah, didalam dunia ini tiada apa pun yang percuma selagi umno memerintah malaysia.

    ReplyDelete
  21. Malas nak komen-komen lah
    Najib rasa kalau pembangkang memerintah, negara akan muflis! Kenyataannya, kalau pembangkang memerintah, bukan negara yang akan muflis tetapi kroni-kroni UMNO dan BN dah confirm muflis ke beberapa generasi. Pilu jugak rasanya !

    ReplyDelete
  22. Kan nak jadi 1st Lady yg TERboros, TERkaya, TERcantik, TERkenal, TERkutuk, TER TER...
    Jadi lembu? Alaahai Pan, dah tahu tanya pula!

    ReplyDelete
  23. Itu sebab demonstrasi jalanan penting untuk nak ajar tahap pemikiran pemimpin tertinggi hanya bertaraf jalanan... nak bincang banyak2 tak guna dah ... sebenarnya pemimpin tertinggi sangat takut dengan demonstrasi jalanan...nak ajak berdebat Najib kata tak ada hasil..Apa punya otak pun gua talak pahamlah ini Najib. Setiap dialog, seminar dan debat mesti ada hasil kepada rakyat dan bukan hasil kepada pemimpin.

    ReplyDelete
  24. Bina bangunan tinggi-tinggi dpt komisen tinggi-tinggi. Macam beli kapal selam scorpien. Tubuh syarikat rm2.00 modal berbayar dpt komisen je rm500 juta (pembesar umno kata bukan rasuah).Syarikat syabas lagi hebat berniaga atasd angin tapi gaji pengerusi ekskutif dia aje gaji rm150 ribu utk satu bulan. Bahan mentah ceduk dari sungai je bukan macam minyak terpaksa gali tengah laut dgn kos yg tinggi tapi rakyat terpaksa bayar air dgn tarif yg tinggi.Kemudian pinjam duit bank ribuan juta tanpa faedah. Jika syarikat lingkup kerajaan boleh bail out. Semua pengurus syarikat selamat dan kayaraya.Tak ada yg muflis. Tapi cuba rakyat biasa tak mampu bayar hutang bank ke, mara ke disebabkan kos sara hidup yg semakin membebankan. Anda akan di mufliskan dan hidup merana.Dan yg ramai terlibat adalah kalangan org melayu.Yg merungut org melayu. Tapi yg paling sedih. Umnobn tetap di sokong oleh orang melayu. Selamat mengundi org melayu di PRU13.

    ReplyDelete
  25. la ni semua naik dan mungkin sebulan dua nak praya nanti, secara mendadak PM dan melaun mereka akan umumkan program tradisi membela rakyat, rakyat akan diutamakan.. harga barang akan turun, petrol 95 turun 10 sen, bonus atau kenaikan gaji pekerja naik.. harga getah dan sawit akan cuba diapungkan atau dikekalkan. jutaan pengundi melayu luar bandar dan felda akan membalas budi. mari kita tengok siapa yang kenaaaaa.....

    ReplyDelete
  26. Salam Tuan aspan,

    saya tertarik pada pandangan salah seorang pembahas di sini mengenai sikap melayu yang mungkin malas sedikit dari orang cina.

    Ini pandangan sayalah. cina rajin bukan sebab mereka cina. negara cina tu pun bukan semuanya kaya raya. berapa ramai cina miskin? dan melayu pula, lihat kalau yg tinggal di luar negara, boleh pula mereka rajin kerja dan mengumpul harta. kenapa? memang sifat semulajadi manusia yang berada di negara orang, tentu takkan mempersia2kan kehidupan mereka tetakala mempunyai peluang. manakala bagi orang yg dah selesa di negara sendiri, akan terus merasa selesa dgn apa yang ada sebab mereka tahu mereka tetap ada rumah dan tempat tinggal mereka walau buruk macamana pun.

    so, pada saya, ini bukan soal cina atau melayu, tapi soal sikap masing2. ada orang yang selesa dgn kehidupan sederhana, tapi ada pula yang rajin bekerja, manakala yang jenis pemalas, eloklah depa ni dihantar ke luar negara biar mereka belajar hidup terkontang kanting di negara orang.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  27. salam....
    saya baca komen2 di atas ne mmg 'stock' hentam kerajaan semua nie.sy phm peritnya rasa bile semua yg kita ingin kan iaitu kselesaan hidup n suara kita2 nie xdpt feedback.sy bkn pro kerajaan or pembangkang, dkt sini sy ckp as rakyat malaysia
    sy akui 'lately' nie bnyak bnd yg kita tngk makin menjadi2,
    harga brg naik, petrol naik, dh mcm2 lah naik.
    bila di tenggok kan, negara kita nie antara negara membangun tambah pulak dgn hasil & sumber negara kita yg ssh nak kita kira & cakap.
    kalo nak kira lah kan, mmg bnayak duit kerajaan kita nie. sy mula dtg pelik bila sy banyk ber 'deal ngn rakyat singapura.
    sy dpat lihat gaya hdup dorg, ekonomi dorg semua mmg jaoh berbeza dgn kita nie.
    walhal apa sumber pendapatan & hasil negara mereka.
    tu yg menhjadi tanda tanye sy.
    tp dorg hidup mewah & berjaya tanpa subsidi, dorg berjaya hdup dgn pendapatan yg agak lumayan.
    bek melayu, cina & india.
    n 1more rakyat luar dtg sane pn hdp ok ok la kira berjaya jgk la.tp kenapa kita xmcm dorg.
    negara kita kaya kot ngn sumber & industri.sxpyh mintak banyak bnd, kerajaan boleh ada kan 'public trans' untuk seluruh lembah klang n service tiptop pn dh ok dh untuk mengatasi maslah sesak jln raya, harga brg dpt control seadaanya selari ngn taraf hdup kita nie pn dh ok dh xbeban sangat2, then petrol, negara kita antara pengluar petrol tbesar asia & blh dkatakn dunia jgk la.so pttnya xde mslh2 nie dr buang duit nk blagak wat bgunan2 tinggi 'in fture' pn xguna bile rakyat menderita, abes kuat bangga xde makna.
    bg saya bile satu2 negara dpt atasi bnd2 diatas, br lah senang n sejahtera rakyat.xkira lah mana2 parti pn, tp bia sekali wat kputusan xperlu risau sepanjang masa, tkty bila dh buat keputusan, mnyesal bangsa sendiri diabai, harap pagar, pagar makan padi.

    ReplyDelete