17 January 2011

Mengundi pilihanraya umum melalui 'proxy' - SPR buat perangai

Semalam SPR mencadangkan untuk meminda sedikit undang-undangnya bagi melaksanakan sistem pengundian secara ‘proxy’ didalam pilihanraya yang akan datang. Ianya bermakna jika saya tidak dapat hadzir dipeti undi untuk mengundi saya boleh mewakilkan diri saya kepada orang lain untuk mengundi bagi pihak saya.

Ini merupakan satu tindakan yang amat merbahaya kepada demokrasi negara. SPR nampaknya sedang mengundang bencana kepada demokrasi dan memberikan hak untuk mengundi bagi pihak orang lain merupakan satu tektik pihak yang desperado untuk mendapat kuasa atau untuk mengekalkan kuasa kerana sistem ‘proxy’ akan pasti mengundang penipuan dan ketidak telusan pengundian.

Lepas satu datang satu lagi helah pihak yang tertentu untuk memporak perandakan amalan demokrasi kita. Saya mencadangkan supaya usaha ini ditentang kerana pengundian secara ‘proxy’ ini akan mengundang penipuan dan penyalah gunaan sistem ini. Kita tidak mahu melihat keresahan ramai dalam negara ini terus menerus berlaku.

Kalau sistem ini dipraktikan, eloklah kita berikan sahaja ‘proxy’ ini kepada Presiden UMNO sahaja atau Presiden PAS serta semua Presiden parti bagi pihak ahli-ahli untuk mereka gunakan mengikut kehendak nafsu syahwat mereka sahaja. Kalau Najib yang mencadangkan cadangan ini elok saja tidak diadakan pilihanraya lagi. Tidak usahlah berikan kuasa rakyat untuk melaksanakan sistem yang sedang kita amalkan selama ini.

Tidak akan dapat mengelak pandangan orang ramai yang akan menuduh cadangan ini adalah usaha pihak yang ‘desperate’ untuk mengekalkan kuasa kerana rata-rata kita lihat dan mendengar tentangan terhadap kerajaan yang berkuasa hari ini amat besar. SPR tidak mungkin tunduk dengan kehendak pihak yang tidak atau pun belum berkuasa lagi.

Semakin hari semakin banyak ragam pelik yang dilakukan oleh pihak yang memegang atau yang hampir dengan kuasa. Sistem ini akan dicabuli oleh pihak-pihak yang sudah hilang pengaruh untuk terus berkuasa dan akhirnya rakyat juga yang akan menanggung balanya.

Bagi sesiapa yang tidak dapat mengundi tidak payahlah mengundi kerana itu juga adalah satu amalan dalam demokrasi. Saya meminta SPR supaya melupakan sahaja niat untuk melaksanakan sistem gila ini kerana ianya akan menambah keresahan rakyat yang kini sudah sedia dalam keresahan melihat tindak dan laku mereka yang sedang memimpin.

Kita merasa hairan kerana undang-undang ditukar ganti macam kita menukar seluar dalam atau keluar masuk jamban sahaja. Helah ini akan mudah dibaca oleh rakyat. Samada bacaan mereka betul atau sebaliknya bukan menjadi hal.

Yang nyata ianya membayangkan yang pihak yang berkuasa sedang mencari berbagai-bagai helah untuk meneruskan kuasa dengan cara apa sekali pun.

Tak tahulah apa yang nak terjadi selepas ini. Tetapi semua berharap pihak yang bertanggunjawab berfikir habis-habisan dahulu sebelum melakukan kerja yang tidak semenggah ini.

Jangan pula undang-undang baru ini akan menjadikan proses pemilihan dalam pilihanraya itu menjadi berat sebelah. Kepada pihak yang memerintah, berhentilah membuat 'perangai'.

15 comments:

  1. Aspan,

    jika pindaan ini dilakukan maka kami akan meminta parti-parti alternative memulaukan pilihanraya yang akan datang.

    Kita tidak ada lagi negara dan tidak ada lagi demokrasi.

    Suruh sahaja Rosmah perintah kita, habis cerita.

    bibi anan

    ReplyDelete
  2. Kalau mengundi secara proxy diadakan aku akan mengumpulkan semua saudara mara aku dan aku akan pastikan yang mereka memberikan proxy itu kepada orang yang menyokong PAS atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

    Bagus juga tu. Kita sebat habis habisan, sampai tidak ada seorang pun yang mengundi BN.


    samsir ahmad

    ReplyDelete
  3. spr juga pun nak laksanakan transfomasi sabagaimana pelbagai TP yg dilaksanakan oleh najib. Fikir punya fikir maka lahirlah transfomasi ini. Memang nak menyelamatkan pihak yang desperate

    ReplyDelete
  4. Aspan,
    Senjata akan makan tuan. Percayalah!

    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  5. Tn. Hj. Aspan,
    Rakyat..He..
    Dulu wakil rakyat, tak menang buat wakil pos. Dah abis modal la nie WAKIL PROXY. Ops nanti YB kita nak kena panggil apa no?.
    -sender Rakyat Penang lo

    ReplyDelete
  6. Bro Aspan,

    1. Cadangan pengundian cara poxy ini dilontar oleh Pengerusi SPR. Persoalannya adakah pengerusi SPR berani mencadangkan perubahan ini tanpa dirujuk dulu kepada PM dan mendapat greenlight untuk berbuat demikian.

    2. Pada saya ia sengaja dilontarkan nak gauge pandangan ramai; parti-parti politik dan orangramai.

    3. Desperation untuk menang mungkin motif disebalik cadangan tersebut. yang paling jelas dengan cadangan ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran dan politik dipihak UBN.

    4. Jika SPR betul-betul nak buat perubahan, perubahan yang paling penting adalah menggunakan dakwat bagi menanda pengundi yang telah membuang undi untuk mengelak pengundian berkali-kali.

    bat8

    ReplyDelete
  7. salam bang,

    ni yang edan tak begapo goma ni.

    esok dalam kubur, buleh ko anta proxy jawab nungkar-nangkir?

    ReplyDelete
  8. Undi proksi bermaksud membolehkan seseorang pemilih yang uzur boleh diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

    Kalau pemilih yang uzur itu mahu memangkah calon dari Barisan Nasional, apakah proksi yang mewakilkan nya boleh dipercayai bahawa proksi itu juga akan memangkah calon dari BN atau mungkin orang suruhan itu memangkah kertas undi calon dari Pakatan Rakyat...?

    Persoalannya ialah bagaimana nak memastikan kehendak pemilih yang uzur dengan proksi itu sama bagi menentukan calon mana yang patut dipangkah dalam kertas untuk dalam sesuatu pilihanraya...?

    Bagaimana untuk memastikan proksi yang datang mengundi itu benar-benar mewakili pemilih yang uzur...?

    Mungkin pendatang asing boleh dijadikan proksi bagi pemilih uzur..?

    Bila SPR memberi cadangan mewujudkan sistem undi proksi... bermakna kerajaan sedang menilai riaksi rakyat. Boleh atau tidak boleh diteruskan undi proksi bergantong diatas keberanian rakyat menentang kerajaan yang bersedia berlaku zalim.

    ReplyDelete
  9. En Samsir,
    Kalau proxy yang HANYA diluluskan oleh SPR sahaja apakah maknanya pula?

    Kalau ini dibenarkan bagaimana pula penentuan proxy tersebut. Kalau saya jadi wakil parti utk memantau perjalanan undi. Saya ambil waktu rehat untuk mengundi tiba-tiba dah ada orang mengundi bagi pihak saya - proxy? bagaimana nak mengesahkan? Bawa IC saya? Tulis surat? Ada borang proxy? Atau sediakan borang dan tulis parti pilihan dan suruh sahaja petugas SPR dalam dewan tandakan kertas undi. Berbezakah?

    Maka betullah kata-kata Isham Rais (Tukar Tiub) - Kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan, tentu pilihanraya diharamkan.

    ReplyDelete
  10. Tn. Hj. Aspan,
    Tawarikh menceritakan Presiden Marcos menang pilihanraya, Rakyat humban dia dan Imelda keluar negara. Minggu sudah rakyat Tunisea plak hantar presiden mereka ke Arab Saudi. Mereka merancang, ALLAH MAHA..
    Rakyat..He3..
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  11. Asalam saudara aspan,,,,Kelakuan dan cadangan spr nak memperkenalkan proxy dalam pengundian , adalah negara malaysia yg pertama menjadi juara dunia, kalau di laksanakan,,,? Usul sebegini bukan sahaja memalukan bah tidak lansung memberi gambaran yg baik kepada umno bn dan spr itu sendir...? Bagai mana cadangan dan idea sebegini boleh datang,,,melainkan hanya dengan berniatkan , kemenangan dan kekuasaan,,,tampa padulikan rakyat yg sekian lama menjadi mangsa pemerintah kini ??? Sekira idea ini di laksanakan,,, tidak mustahil negara kita yg kita sayangi akan menjadi nhuru hara, dgn kekecauan, di mana rakyat akan menjadi keliru .... Sekira di laksana jua,,,rakyat yg cinta kan malaysia mesti akan bangit menuntut keadilan???? Apadah jadi semua ini ??? Kerajaan , spr, seolah tidak mempunyai idea yg lebih baik, melainkan idea yg sangat mengelirukan.....Janganlah sampai seluruh rakyat menjadi kan jalan raya tempat menutut keadilan,,,mungkin setakat ini rakyat masih lagi sabar dgn kerenah yg di lakukan oleh kerajaan, tidak mustahil ia nya akan mnejadi bom atom yg boleh meletup dgn kuat dan berkuasa....tq

    ReplyDelete
  12. biarkan SPR dan umno merancang untuk menang mudah, saya percaya matlamat utk meramaikan anggota RELA juga adalah sebahagian perancangan umno. Abang Aspan sbg ahli umno dan terlibat dalam kerja umno zaman Ku Li dan terjun balik dlm umno baru tentu byk pengalaman ttg kedurjanaan umno untuk kekalkan kuasa. Saya tak pasti adakah betul apa yang pernah diceritakan oleh petugas S46 dulu iaitu mereka pernah menelan kertas undi, menukar peti undi dan sabotaj masa pengiraan undi semasa bertugas untuk umno. Benarkah praya 1999, kertas undi pos yang memenangkan BN di Dun Kuala Klawang datang dari sebuah balai...? oh Tuhan, jahat sungguh umno nih.

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan Aspan,

    Mintak tlg Tuan Aspan tanyakan kat Tuan2 Mufti, tipu2 pilihanraya ne apa hukum nya. Halal ke haram?

    Apa hukum yang bersubahat dlm kerja tipu ne. duit gaji yang dimakan macam mana?

    Saya rasa benda ne sangat penting untuk fatwa kan.. Ini soal mendapat keredhoan Illahi. Soal asas sekali.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Tuan Aspan,

    Oleh kerana 'persepsi' saya yg SPR adalah appendage kepada UMNO/BN, maka saya cadangkan supaya pengundian secara proksi dicadang utk dipakaiguna di dalam UMNO dan sekutunya di dalam BN. Dengan cara ini, apa-apa masalah yg timbul boleh di atasi dan segala kelemahan boleh diperbaiki sebelum ianya dilangsungkan di persada negara. Dengan tindakan ini, barulah UMNO/BN dapat memperlihatkan sikap 'besar hati'nya sekaligus menangkis hujah yang tindakan ini adalah tindakan desperado.

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  15. Kesejahteraan buat Tuan Aspan dan semua,

    Kiraan SPR mudah je, cadangan Proxi ini dah lama digunapakai dalam UMNO kerana dalam UMNO juga terdapat ramai ahli Pertubuhan Spesial dari kalangan ahli2 terbang dan arwah2. Hebatkan, dah arwah bertahun2 pun, masih boleh jadi ahli setia UMNO. Tukang soal kuburpun terperanjat beb....!
    Penyoal Kuburpun Bertanya "Kok hebat sekali hubungan politik kamu masih erat dong...! Amerika ngak ada, PBB ngak ada kok diMalaisia bisa ada orang mati jadi ahli UMNO....! Ilmu apa yang UMNO ini amalkan ya....? Bedebush...!

    Inilah kehebatan UMNO, bukan hanya ada ahli seumur hidup, tapi ahli berumur-umur.... pun ada! Macam mana nak tumbangkan...? Kah..Kah...Kah...!

    Sebab tu UMNO boleh klaim ahlinya ada sampai 3 juta.

    Ahli-ahli "proxinya" boleh terbang sana sini, maklumlah ahli terbanglah namakan, ahli arwah jugak boleh, dan lain-lain ahli yang pelik-pelik pun boleh. Yang best, ahli Pas ke, ahli PKR ke..., pun ada jugak tu yang terselit mengundi dalam persidangan UMNO. Pakai proxilah katakan. Yang penting ikut selera Ketua Cawangan dan Bahagian masing2 yang maish berkuasa. Patutlah susah nak tumbang.

    Hasilnya UMNO jadi lemah sebab banyak sangat hantu tak bertuan dari yang empunya badan. Sesiapapun boleh gunakan sistem pelik ni untuk mempertahankan kuasa dalam UMNO.

    Selain itu, kalau sistem proxy ini dibenarkan, Malaysia mencipta satu lagi lakaran sejarah demokrasi
    1Dunia mengalahkan Amerika. Demokrasi pelik....! Apataknya, orang matipun boleh mengundi, Mat Myanmar boleh mengundi, Mat Vietnam boleh mengundi, Mat/Minah Indon boleh mengundi, Mat Banglapun boleh mengundi. Inilah jalan cerita2 Mat Sentul dulu-dulu.

    Ketirisan pembangkang pula, dalam PRU akan datang, terlepas pandang sebab tak tahu data sebenar Mat-Mat yang dah dapat IC ni? Mat-Mat inipun boleh juga digunakan dalam PRU nanti.....!

    Jeng, jeng, jeng, ada lagi. Bagaimana ye perkembangan software Mat Sentul untuk pilihanraya yang sedang direka kat India tu...! Dah siap ke...?

    Aduh.....! Pelik tapi benar. Ws.
    "Teropong Mat Sentul"

    ReplyDelete