03 February 2011

Dr Mahathir bertukar wajah lagi

Isu perkauman semakin hari semakin panas dan ianya dipanaskan lagi oleh pemimpin-pemimpin veteran kita dan yang terakhir ialah oleh Dr Mahathir sendiri. Akhir-akhir ini Dr Mahathir sering memberikan kenyataan yang agak keterlaluan dengan membangkitkan semangat perkauman seperti yang pernah beliau lakukan semasa beliau mengkritik Tunku Abd Rahman setelah beliau (Mahathir) kalah di tangan PAS pada tahun 1969 dahulu.

Semasa beliau kecewa kerana kekalahan beliau pada pilihanraya itu Dr Mahathir telah membangkitkan semangat orang Melayu dengan menuduh yang Bapa Kemerdekaan itu telah melalaikan orang Melayu dan terlalu pro Cina dan bangsa-bangsa bukan Melayu. Kekalahan beliau dalam plihanraya itu membuatkan beliau menuding jari kepada semua orang kecuali pada diri beliau sendiri dengan menyibarkan surat terbuka menghentam Tunku dan menuduh Tunku dengan berbagai-bagai tuduhan yang menyakitkan. Surat terbuka itu telah dihantar kepada semua rakyat semata-mata untuk mengajak rakyat menjatuhkan Tunku.

Sikap ultra beliau telah menjadikan beliau diikuti oleh orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO dan ini merupakan strategi politik beliau yang sangat berkesan baginya. Dr Mahathir mengkritik keras Tunku kerana mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menuduh Tunku sebagai pemimpin kuku besi dan tidak demokratik. Mahathir menentang ISA dengan kuatnya sehinggakan Tunku terpaksa memecat beliau dari keahlian UMNO. Tetapi Akta itu jugalah yang diperketatkan beliau setelah beliau mendapat kuasa dan ramai dikalangan ahli politik yang tidak sebulu dengannya ditahan dibawah ISA.

Beliau bertindak berdiri diatas pentas PAS semasa pilihanraya Kecil Kapar apabila ADUN Hamzah Alang meninggal dunia. Pada beliau UMNO tidak ada gunanya langsung dan menuduh Tunku meminda undang-undang seperti menukar seluar dalam sahaja. Dr Mahathir menzahirkan perasaan marahnya kepada bangsa Cina yang telah memihak kepada PAS didalam pilihanraya umum 1969 di Kawasan Kota Setar yang telah menyebabkan kekalahan beliau dengan majoriti melebihi seribu undi. Pemimpin PAS yang telah mengalahkan beliau tidak lain dari Mursyidul Am PAS semasa itu, Hj Yusuf Rawa.

Semasa beliau didalam pemecatan beliau adalah orang yang paling hampir dengan pergerakkan pelajar dan salah seorang darinya ialah Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir menggunakan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi dan semasa itulah bermulanya budaya demonstrasi jalanan pelajar-pelajar dan Mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi. Hubungan Anwar dengan Mahathir memang begitu baik dan Dr Mahathir merupakan orang yang menjadi ikutan Mahasiswa semasa itu.

Kegiatan Mahasiswa hanya dikekang dengan Akta Universiti dan Kolej yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir sendiri setelah Tun Razak melantik beliau menjadi Menteri Pelajaran apabila beliau kembali kepangkuan UMNO pada tahun 1973 apabila beliau diterima sebagai ahli UMNO diRawang setelah permohonannya ditolak oleh semua cawangan UMNO diKedah.

Ramai diantara Mahasiswa yang berdemonstrasi diatas galakkan beliau dan membantu beliau dibalas dengan menyumbat mereka kedalam kem tahanan dikemunting, Perak.

Setelah mendapat mandat dan kuasa yang diberikan oleh parti dan kerajaan Dr Mahathir akhirnya menjadi Perdana Menteri dan imej pro Melayu beliau mulai pudar dan beliau sudah bertukar wajah menjadi seorang pemimpin yang liberal, malahan beliau merasa rimas dengan dasar mengutamakan Melayu sebagai yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau tidak lagi selesa dengan dasar memberikan tongkat kepada orang Melayu dan beliau mahukan tongkat untuk orang Melayu dan Bumiputra itu dibuang.

Walaupun DEB belum selesai dilaksanakan kerajaan pimpinan beliau sudah mula menekankan kepada dasar pembangunan jangka panjang tanpa memberikan tumpuan kepada dasar ‘social dan economic engineering’ yang terkandung didalam DEB itu. Unit penyertaan Bumiputra didalam semua bank-bank dan Kementerian-kementerian serta Jabatan-jabatan kerajaan ditutup. Dr Mahathjir mahukan pembangunan ‘express’ yang telah menghasilkan banyak elemen negatif kepada negara dan rakyat.

Yang penting bagi beliau negara mesti dihiasi dengan bangunan yang tinggi-tinggi dan semuanya mesti ditunjukkan sebagai yang terpenjang dan tertinggi serta terbesar didalam dunia. Dengan pembangunan yang tidak terancang projek-projek ‘express’ yang mega-mega telah memaksa kita mengimport ‘capital goods’ yang terlalu banyak hinggakan kos pembinaan sesuatu projek itu telah melibatkan perbelanjaan yang dua atau tiga kali ganda dari harga yang sebenarnya.

Selain dari itu pengimportan ‘capital goods’ yang begitu ‘massive’ telah menyebabkan kejatuhan nilai mata-wang kita dan hasilnya matawang kita telah dirobek oleh spekulator matawang antarabangsa dan krisis kewangan pun melanda negara kita tanpa kawalan.

Oleh kerana pembangunan hendak dilakukan dengan cepat maka proses tender terbuka mula dilupakan dan digantikan dengan proses rundingan terus dan disinilah bermulanuya budaya rasuah yang keterlaluan dan pemimpin-pemimpin kita terlibat dengan penyalaha gunaan kuasa dan rasuah yang begitu besar. Ketirisan yang begitu jelas dalam jumlah yang ratusan billion berlaku dan rakyat sedang membayar segala kos ketirisan pada hari ini.

Subsidi-subsidi kepada rakyat yang memerlukan dihapuskan tetapi segelintiran orang-orang yang teristimewa telah mengambil kesempatan diatas segala pengorbanan rakyat yang ramai ini. Dengan keadaan ini maka timbul pula masalah yang baru; iaitu pengecilan kelas menengah rakyat yang dibina oleh DEB yang telah menampakkan kejayaan sebelum Dr Mahathir mengambil alih tampuk kuasa negara.

Banyak lagi yang boleh diulas tentang isu Dr Mahathir dengan dasar pembangunannya. Tetapi kali ini kita hendak memahami siapa Dr Mahathir yang sebenarnya. Persoalan ini timbul kerana penampilannya yang berbeza dengan keadaan dan masa. Disatu masa beliau seorang yang berjuamg untuk Melayu tetapi dalam masa yang berlainan beliau adalah penyekat kepada dasar-dasar yang membina kemajuan orang Melayu.

Beliau meminta supaya Melayu tidak pakai tongkat. Mungkin elok jika kita tidak menggunakan tongkat itu, tetapi tongkat itu jangan dibuang. Tongkat itu patut disimpan dahulu kerana mungkin tiba masanya kita memerlukan tongkat itu…semula...jadi janganlah dibuang.

Dalam zaman pesaraannya Dr Mahathir kini kembali memakai baju Ultra Melayu, baju yang beliau pernah pakai sebelum mendapat kuasa dahulu. Didalam ucapannya beru-baru ini beliau telah mengingatkan bangsa lain supaya tidak lagi mengingati negara dari mana datuk nenek mereka datang. Ucapan beliau ini membayangkan yang beliau begitu was-was dengan generasi baru ini jika masih mengingati dan menganggap mereka masih menganggap negara dari mana datuk nenek mereka datang dahulu sebagai tempat untuk menempatkan kesetiaan mereka.

Dr Mahathir tidak sepatutnya menyebut isu sensitif seperti itu kerana kita hendak mengelakkan dari generasi muda kaum Cina terutamanya untuk membalas dengan mengingati Dr Mahathir sendiri dengan negara dari mana datuk nenek beliau datang dahulu. Kita tidak mahu memanjangkan isu yang boleh memecahkan keharmonian rakyat negara ini.

Sebenarnya Dr Mahathir seorang yang amat bijak tetapi kebijaksanaan beliau itu tidak dapat dimunafaatkan oleh rakyat yang inginkan perpaduan dan kehidupan muhibbah dalam negara kosmopolitan ini.

52 comments:

  1. Saudara Aspan;

    Saya rasa Aspan perlu membetulkan beberapa fakta yang saya kurang tepat dalam penulisan Aspan.

    i. Surat Layang - Surat ni bertanda-tangan dan beralamat, tak ditakrifan sebagai surat layang. Rujuk
    http://anwarite.tripod.com/mahathir_1969_open_letter.htm

    2. Surat berbau perkauman - tak nampak macam tu, nampak seorang negarawan yang amat cintakan bangsanya dan berani menegur pemimpin besar ketika itu. Lazimnya pemimpin Melayu ketika itu lebih senang ikut cakap ketua dari menegur.

    3.Mahathir dibuang dari UMNO kerana menentang ISA ?? ada fakta ke Aspan atau fikiran Aspan aje? setahu saya Mahathir dibuang kerana menentang pemerintahan Tunku yang melebih-lebihkan orang Cina sedangkan orang Melayu hidup dalam keadaan daif sekali. Perlu diingatan walaupun ketika itu hak istimewas orang Melayu ada dalam perlembagaan; tak ada inisiatif untuk membuat satu 'social engineering' untuk merubah 'status quo' ekonomi orang Melayu ketika itu. Hanya selepas peristiwa Mei 1969, dasar DEB diwujudkan oleh Tun Razak.

    4.Mahathir berkawan dengan Anwar dan mengalakkan demonstrasi jalanan - Anwar hanya dikenali selepas demonstrasi Baling 1974 dan ketika ini Mahathir dah pun jadi Menteri Pelajaran .Tak mungin Mahathir mengalakkan Anwar untuk berdemonstasi ketika itu.

    5. Label ultra- label ni diberi oleh LKY tapi Mahathir seorang pragmatik. Tak pernah saya dengar orang Cina rasa tertindas pada zaman pemerintahannya kerana kek ekonomi adalah lebih besar lagi.

    6.Projek-projek mega zaman Mahathir - Ada ke siapa ke komplen pasal projek mega ni kalau ia menjana ekonomi negara; seperti KLIA, PLUS, KLCC, Proton, Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya.

    Saya rasa kita perlu jujur dalam penulisan berpandukan fakta dan bukan emosi dendam yang membara.

    ReplyDelete
  2. Apa yang dikritiknya terhadap Tunku, itulah yang Mahathir buat.

    1) meminda undang-undang seperti bertukar seluar dalam. Dalam kontek ini Mahathir telah meminda the basic content dalam perlembagaan negara. Banayk peruntukkan dan undang-undang yg berkaitan denga institusi demokrasi dijahannamkannya.

    2) Mahathir telah menghapuskan UMNO yang mencapai kemerdekaan negara. UMNO yang ada pada hari ini tidak ada kena mengena dengan urusan pencapai kemerdekaan.

    3) keruntuhan sistem kehakiman sampai hari ini tidak dapat diperbetulkan. keyakinan terhadap sistem undang-undang negara sudah tidak diyakini oleh semua pihak.

    4) perlakuan Dr Mahathir telah membenihkan elemen rasuah yang begitu besar dan sampai sekarang rasuah menjadi sinonimkepada UMNO.

    5) Mahathir telah menarik balek segala kemudahan biasiswa dan penajaan pelajar-pelajar kita dan digantikan dengan PTPTN yang membebankan anak-anak muda dengan hutang sebelum mereka dapat membina kesetabilan keluarga mereka yang masih muda.

    6) perpecahan Melayu dan perpecahan diantara kaum yang sangat menebal.

    6) banyak lagilah!!

    Saya berharap Dr Mahathir elok hidup sebagai orang pencen. Tak payah sibuk-sibik lagi. Cukuplah kegawatan yang beliau telah lakukan.

    Sekian.


    jamil

    ReplyDelete
  3. Anon 1:

    Yang dikritik terhadap projek KLCC, Jambatan Pulau Pinang dan Plus ialah tatacaranya yang merugikan rakyat dari segi kosnya.

    ReplyDelete
  4. Gegajala rasuah merebak tanpa terkawal dibawah pemerintahaan Dr. Mahathir. Beliau mempergunakkan agenda bangsa melayu sama seperti seluar dalam. Beliau suka memberi kiasan kononnya orang melayu begitu bergantung kpd tongkat dan subsidi tetapi tidak mengambil kira subsidi, projek dan bailout yg diberi terhadap mirzan, mokhazani dan mukhriz madey

    ReplyDelete
  5. Aspan, jamil dan sokongpkr; komen anda tidak berlandaskan fakta tapi bertiangkan emosi kebencian..

    ReplyDelete
  6. KZSO, Sdr tidakbersetuju dengan pandangan penulis itu juga tidak ada fakta yang sdr berikan kenapa Dr Mahathir tidak boleh dikritik.

    Saya sudah berumur 62 tahun dan saya sudah dewasa semasa apa yang ditulis oleh Aspan ini berlaku.

    Dr Mahathir naik dengan menggunakan sentimen perkauman yg tebal.

    That's it.


    johan

    ReplyDelete
  7. salam semua

    wow sejak bila aspan tulis semberono begini? fakta dan auta jadi bercampur baur. sejak bila pula aspan menyerang peribadi mahathir sehingga tergamak mempersoalkan keturunan beliau. bukankah aspan pernah kata hanya kritik dasar dan bukannya peribadi. apa sudah jadi dengan aspan yang kritikal? jgn biarkan amarah aspan yang terpendam sekian lama terhadap mahathir menjadikan anda tidak jujur dalam penulisan dan analisis. biarkan masalah ku li dengan mahathir diselesaikan antara mereka berdua. sbg pengikut anda tdk perlu terpengaruh dengan sentimen 2 pemimpin itu. berkatalah yang benar walaupun pahit sungguhpun kebenaran itu tidak memihak dan menyakitkan kita.

    ReplyDelete
  8. tembelang sebenar sudah keluar ke aspan? tidak mampu disorok lagi.

    ReplyDelete
  9. fin,

    Sdr tidak faham bahasa walaupun bahasa saya adalah bahasa yang simple dan tidak sepatutnya saudara tidak faham.

    Saya tidak menyerang peribadi Dr Mahathir, hanya saya mengingatkan supaya tidak menyebut keturunan org lain kerana orang lain juga boleh menilik keturunan beliau.

    Itu tetap berlandaskan kepada dasar. Bukannya peribadi.

    Saya ulangi; jangan sebut keturunan org lain, nanti orang akan bincang keturunan kita pula!!

    Harap sdr faham. Jangan kusutkan pemikiran kerana prejudis perasaan prejudis sdr.

    Kalau tidak faham bacalah ayat-ayat itu beratus kali. Insyaallah akhirnya sdr akan faham jika hijab sdr diangkat.

    ReplyDelete
  10. Apa hal tak habis2 cerita rasuah ni..Seolah2 mahathirlah pencipta rasuah. Sehingga lupa pulak semasa mahathir PM, TPM adalah Anwar yg menggunakan privelege durum nawab ketiak mahathir Dan mengambil kesempatan sebuas2nya utk mengaut harts Dan kuasa dgn rasuah. Bila mahathir tak bertindak nanti kata dia yg membenarkan tp bila bertindak hangpa kata pulak Mahathir takut fixated Anwar...sebijik macam mat sabu Dan karpal punts anutan..

    Anwarular jadi naga

    ReplyDelete
  11. Anon 1634,

    1)mahathir bukan pencipta rasuah. Tetapi Mahathir adalah pembiak rasuah.

    2) Mahathir bertindak keatas Anwar apabila dia yakin Anwar akan menumbangkan beliau dlm pemilihan UMNO. Bukan pasal Anwar rasuah, bukan pasal Anwar seorang sodomy.
    Tun Hanif Omar telah memberitahu Mahathir yg Anwar ini melakukan sodomy pada tahun 1992 lagi. Mahathir sendiri yg mengaku hakikat ini. tetapi kenapa Mahathir tunggu sampai 1998 baru nak bertindak? Jawapannya ialah kerana Anwar bercadang hendak laan Presiden UMNO lawan Mahathir.
    Jadi Mahathir guna isu sodomy itu untuk menolak Anwar. Itu sahajalah bro.
    4) Tembelang Mahathir sudah diketahui ramai. Hanya orang ramai tak nak cakap banyak aje. Hanya dia sja tidak sedar yg orang ramai sedar tentang perkara ini.

    5) kalau Mahathir merapek lagi, tak usah dengar. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

    6) dia sahaja yg betul. Tetapi perpecahan-perpecahan ini semuanya berlaku dizaman pemerintahan dia.

    7) Mahathir elok duduk rumah sahaja...main dengan cucu. lebih berfaedah kan?

    8) sendiri bikin masalah sendiri bisisng-bising.

    9)Ramai lagi orang yg kita boleh dengar cakapnya.

    izuan

    ReplyDelete
  12. Aspan,

    Apa yg saudara tulis ini adalah isu berat yg memerlukan orang yg berfikir untuk menjawabnya.

    penyokong UMNO tidak akan mampu menjawabnya. Nanti mereka akan menjawab secara very personal atau dengan jawapan loyar buruk sahaja.

    Nanti mereka akan hanya memaki hamun sdr. sahaja. Bukankah orang UMNO ini sempit pemikiran? UMNO itu pada mereka lebih tinggi dari agama.

    ibnu

    ReplyDelete
  13. Salam tuan Aspan,

    1. Memang-bapak segala rasuah merebak di zaman TDM. Jika mahu boleh dihuraikan satu persatu.

    2. Mula naik UMNO dah kecoh - celaru - tak boleh ditegur, tegur tangkap. Ingat Tunkupun dikatanya nyanyok- sekarang siapa yang nyanyok??

    3. Segala perbuatannya tiada memmeri keuntungan kepada melayu bahawahan- hanya sebilangan melayu pilihannya.

    4. Di era beliau, Malaysia tercicir disegala segi dibandingkan dgn negara Asia lain.

    5. Berulang kali saya cakap, manusia jenis ne, sanggup lakukan apa saja untuk mencapai hajatnya.

    6. Jika masa tu M'sia diperintah dengan org lain yg lebih baik mungkin M'sia lebih makmur sekarang ne.

    ReplyDelete
  14. ibnu,

    Saya sedar yang saya akan dilontarkan dengan berbagai-bagai cemuhan.

    Tetapi saya nak buat apa? Saya sudah terlalu biasa dengan semuhan itu. Saya tidak kisah kerana yang saya utamakan ialah kebenaran kepada pandangan politik yang saya berikan.

    Saya memberikan pandangan dengan bertulis, bukannya cakap-cakap dibelakang.

    Lambat laun akan ada orang yang faham maksud saya dan itu pun sudah cukup untuk saya.

    Kalau saya sudah tiada semasa kebenaran itu terjadi hadiahkan saja saya surah al-fatihah.

    Jangan gusar, saya pentingkan bercakap secara jujur dan benar. Kebenaran memang susah hendak diterima kerana ianya menyakitkan.

    T Kasih kerana saudara 'concern' terhadap saya. Saudara seorang sahaja yang faham sudah memuaskan jiwa saya.

    salam.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan Aspan,

    Pedulikan org lain nak kata. Kita kata kat perasuah macam2 pun diorang buat dono je.

    TGNA kat TDM seorang yang bijak, Tuan pun kata begitu - agaknya dia ne memang bijak;

    1. putar alam
    2. main isu (sentimen)
    3. 1 untuk kau 10 untuk aku.

    Fikir lah rakyat M'sia jangan terpedaya lg.

    ReplyDelete
  16. Cheers bro!! Only you dare to say the crude truth.
    Waiing for Sakmongkol to say something.


    ilham

    ReplyDelete
  17. Izuan
    Kalau TDM tangkap 1998 tanya kenapa tak tangkap 1992. Kalau tangkap 1993 apa pulak komen tuan?
    Kalau aku mintak kau evident rasuah tu kau boleh bagi ke detail? Kalau aku mintak document rasuah PKR di sgor kau boleh Bagi ke? Kalau aku mintak kes rasuah balak di kelantan kau boleh Bagi ke? Akhirnya semua tu hearsay? Akhirnya kita akan gunakan daya agak2 saja. Mana yg kita benci kita akan terus percaya.mana yg kita suka terus kita nafikan. Bila org kita sokong dituduh kita mintak bukti, tapi bila org kita benci dituduh, kita terus iyakan...std la..pemikiran pun sudah tak adil apa lg la kalau dpt kuasa..

    ReplyDelete
  18. Lets talk about some others. Its not worth talking about this sneaky and slimy man any longer.

    juana

    ReplyDelete
  19. Salam Tuan Aspan,

    Gaji dan elaun PM/Menteri berapa juta setahun?

    Anak2/bini ada elaun jugak ke?

    Kalau anak/bini boleh kumpul ratusan juta - Apa bijaknya?

    Kita bukan dengki -
    Kita kata tak adil -
    Kita susah payah -
    Diorang senang2.

    Kita nak bagi anak/bini makan pun susah. Tapi diorang senang2 pelahap duit rakyat. Dia tau ke susah nak beli susu anak?

    Membazir sana, membazir sini, komisen sana, komisen sini..
    Bila nak faham masalah rakyat

    Nak bukti apa? bukti depan mata pun boleh simpan!!! porah

    ReplyDelete
  20. Apa yg Dr Mahathir kata itu benar Aspan. Tetapi dulu dia tidak berkata begitu. Dulu dia kata Melayu ini bodoh, Melayu ini jangan pakai tongkat, melayu tidak boleh diajar, bangsa lain itu telah membantu memajukan negara dan Merlayu tidak guna, Raja Melayu itu gunanya untuk kita mendapat bintang dan pingat sahaja, berbagai-bagai cemuhan kepada bangsa kiat dikhalayak ramai dan bangsa asing.

    Apabila bangsa asing mendengarnya mereka tidak lagi hormat kepada orang Melayu dan sekarang dia marah pulak kepada bangsa asing.

    Kalaulah Mahathir ini jadi nakhoda pala mabuk kita dibuatnya.

    bercakap berpusing pusing macam.....


    yusuf man

    ReplyDelete
  21. I pray that Dr M will live long enough to see the consequence of his doings.

    I thinks he soon will see what he had wanting to see....political devastation....

    baru puas hatinya.

    ReplyDelete
  22. Aspan, budaya menjatuhkan pemimpin memang Mahathir yang ajar. Budaya untuk kurang ajar kepada pemimpin Musa Hitam yg ajar.

    Kita telah sama-sama tengok dulu kan? Musa kata orang Melayu mesti kurang ajar.

    Kita yang berumur ini telah lihat semuanya ini berlaku didepan mata.

    What goes around, comes around...itu kata perbidalam Inggeris.

    Ziad.

    ReplyDelete
  23. revolusi indonesia menentang suharto, filipina menentang marcos dan estrada, thailand menentang thaksin, tunisian menentang ben ali, mesir menentang mubarak.....

    jangan harap umno x akan melalui nasib yg sama... kalau x kalah dalam GE13 atau 14, percayalah, rakyat akan bangkit seperti mesir dan tunisia satu masa nanti, x lama lagi.... tunggu jer

    ReplyDelete
  24. gunasekar,

    saya dan rami yg lain tidak mahu melihat apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia itu berlaku disisni.

    Kita mesti elakan perkara seperti itu berlaku kerana kita mahukan kehidupan yang aman.

    kita jadikan perkara yg berlaku disana itu sebagai sempadan maka kita semua mesti memperbaiki 'conduct' politik kita dengan baik.

    Kita ambil iktibar dari apa yang berlaku disana dan kita berdoa agar tidak berlaku perkara yang serupa disini.

    ReplyDelete
  25. Salam Tuan Aspan,

    Aktiviti2 mengaut harta negara di kalangan ahli politik, PM/Menteri, Ketua Pentadbir, Ketuya Glc's, ahli keluarga dan yang sewaktu dengannya sama ada secara;

    1. Rasuah
    2. Tipu daya
    3. Salah urus
    4. Cuai
    5. Berkomplot
    6. Membazir dll

    Adalah punca kekayaan negara tidak dapat diagih secara saksama di kalangan rakyat M'sia.

    M'sia memerlukan makanisme untuk mengekang kegiatan di atas sama ada secara;

    1. Peralihan pemimpin
    2. Sistem jentera kerajaan yg telus
    3. Kesungguhan ahli politik mula dr PM dan seterusnya mengistiharkan harta diri dan keluarga.
    4. Pindaan perundangan, pengasingan kuasa. Tiada seorang yang berkuasa penuh.

    Langkah2 di atas jika dilaksanakan dengan ikhlas sedikit sebanyak dpt mengekang gejala yg menjadi duri dlm daging dan mudah2an dapat menjadikan M'sia lebih makmur dan diberkathi ALLAH.

    ReplyDelete
  26. salam semua
    saya suka baca tulisan aspan
    saya juga suka baca komen sdra semua

    saya harap yang memberi komen jangan la guna anonymous

    create identiti
    letak la nama apapun
    supaya mudah dirujuk

    caranya
    pilih nama sesuai / samaran
    kmdn klik name / url
    isi ruangan nama
    url tinggalkan

    TK

    ReplyDelete
  27. tuan rumah dan mereka yang seangkatan..

    sinpsis..

    tiada siapa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.rasulullah sendiri pernah melakukan kesilapan..kenapa harus di pertonjolkan dan diaibkan sedemikian rupa hingga melenyapkan terus jasa beliau yang besar terhadap negara?..rasuah ada di mana2.PAS,PKR,DAP pun sama.tiap kali terjadinya pilihanraya,siapa yang tidak mendapat imbuhan?setiap pengundi diberi duit poket untuk balik mengundi.amalan semua parti.kecil atau besar,rasuah tetap rasuah.kecil mungkin sebab tidak mampu.kalau jadi pemerintah negara,amaunnya akan jadi lebih besar..ISA.perlukah berlembut dengan pembuat kacau dalam negara?sabda nabi,mencegah lebih baik dari mengubati.kalau dah parah,dah jadi macam mesir,sudah tiada guna.setakat tahan tanpa bicara,apa sangat.kalaui zaman dahulu,pemberontak macam ne,terus di hukum pancung kepala.undang2 dah ada,sapa suruh buat juga.dah tau kalau toreh tangan dengan pisau akan terluka,yang pergi toreh sapa suruh?sebab bangang,diajar mereka yang bangang,terikut dengan kebangangan ketua yang telah sedia bangang...jangan dedahkan keburukan saudaramu,nescaya Allah tidak akn mengaibkan kamu diakhirat kelak..''sesiapa yang mati dalam keadaan berpaling muka dari pemerintah,nescaya matinya dalam keadaan mati seorang jahiliah''(hadis nabi)..wallahua'lam

    ReplyDelete
  28. Salam Tuan Aspan,

    Orang atas ne pandai sebut rasul, sebut nabi... ewah kena kat batang hidung dia ...maafkan...tiada siapa yang tak melakukan kesalahan konon..
    tanya diri sendiri dia ada memaafkan orang lain ke?: porah..

    penderitaan rakyat bertahun-tahun ne sapa nak jawab?

    ReplyDelete
  29. Saudara Aspan Alias...apa yang saudara katakan adalah benar dan tiadalah yang melainkan benar semata-mata.

    Bagi pengampu UMNO dan bukan pencinta UMNO asal seperti saudara, mereka tidak lagi dapat membezakan antara betul dengan jahat atau salah dengan baik.

    Kalau betul UMNO dari zaman Dr M nak bela Melayu dah lama royalti orang Kelantan dapat atau masa Terengganu diperintah pembangkang.

    Namun kerana dengki dan hasad khianat ke atas Melayu dinafikan royalti kepada orang Melayu yang majoriti penduduk di dua negeri pantai timur ini.

    Jahat Dr M dan UMNO. Saya rasa dalam hati mereka sekarang ni berkata apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir tak akan berlaku di Malaysia.

    Pengamatan saya tanda-tanda yang berlaku di Tunisia dan Mesir dah dan sedang berlaku di Malaysia. Cuma sekarang orang tak mahu cakap terang-terang tapi dalam hati ibarat sekam yang membara menyampah kat kerajaan yang ada.

    Biasalah bila ada yang menentang mesti ada yang menyokong tapi yang mereka tak tahu yang menentang ini ibarat ombak kecil yang nampak jauh ditengah laut tetapi semakin menghampiri pantai semakin besar.

    Kalau umur panjang apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir akan berlaku di Malaysia. Bila sudah berlaku tak cukup tanah perasuah dan pencuri duit negara yg majoritinya orang UMNO dan silap silap Dr M pun cabut lari.


    Mizuni

    ReplyDelete
  30. Anon 23:56,

    kalau pemimpin yang memalingkan muka dari tuhan dan hukum nya apa pula balasannya?

    Kamu ni bercakap seolah-olah Mahathir ngata orang tuhan ampunkan, kita yang mengkritik dasar kotornya akan masuk neraka. Mahathir pecah belahkan orang Melayu tuhan ampunkan, kita yang nak orang bersatu menolak kemungkaran itu tidak di ampunkan tuhan..gitu?

    Agama apa yg kau anuti?

    joey

    ReplyDelete
  31. I bet you that Mamak Kutty will change the subject and try to manoevre into another topic. Dey..Kutty...all Malays knows you very well. The only Malays that support you are the Bankrupt Malays who needs UMNO Baru's money and those who are paid to write for them.
    The least you can do is pay more so that you can get more intelligent Bloggers to support you rather than these half brain mangkuks...

    ReplyDelete
  32. Apa yg ketara ialah sikap penyokong Dr Mahathir yg malas berfikir dan menganggap apa saja yg dipercakapkan oleh TDM sebagai benar dan tepat. Mereka tidak berupaya mengupas motif dan sasaran hujah Dr Mahathir. Kalau kita teliti, apa yg dipercakapkan sdr Aspan Alias ni tepat. Dr Mahathir bertukar retoriknya mengikut zaman.

    Contohnya ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun adakah dia berani hendak mengkritik sekolah aliran Cina dan Tamil? Adakah dia berani mengambil risiko utk mengharamkan sekolah tersebut? Tidak, malah dia lebih berani melawan instusi Raja Raja dari menyentuh sekolah tersebut. Itulah Dr Mahathir - utk mengekalkan dan mengembangkan kuasa politiknya, dia sanggup berbuat apa saja. Bagi saya, Dr Mahathir adalah contoh pemimpin yg tiada integriti dan tidak boleh membezakan motif politik peribadinya dgn keperluan negara, ataupun dgn erti kata lain, beliau memimpin spt diktator

    ReplyDelete
  33. matlamat menghalalkan cara...itu la pegangan politik yang diamalkan oleh mahathir...sebab tu la mahathir boleh berubah-ubah berdasarkan keadaan...yang penting matlamat dia tercapai...

    satu untuk rakyat, 10 untuk mereka...bila rakyat komplen mereka kata mereka dah bagi...ini lah yang dikatakan pembahagian kekayaan tidak sama rata...

    kepada penyokong umno satu soalan perlu dijawab...kenapa org melayu semakin hari semakin benci dan jauh daripada umno? adakah kerana umno itu sendiri atau kerana pemimpin2 didalamnya samada dari peringkat cawangan sehinggalah keperingkat MT?...kalau ye ;pun nak sokong jgnla sokong membabi buta....

    ReplyDelete
  34. Tn. Hj. Aspan
    Tok Det kata kat TGNA. Biasa la tu, orang politek memang macam tu. Bagi la apa-apa ulasan/hujah tak dak satu pun mau kalah. Kita kan rakyat zaman 2..Y.Biak pi kat depa bertojeh, kita jangan emosi pi bertojeh sama. Mai PRU13, baru kita tunjukkan jalan keluar pada yang KPI terok..Rakyat..He..
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  35. Seorg pembahas yg takut bagi nama (walau pun nama samaran) memetik hadis nabi yg katanya sesiapa yg mati dlm keadaan berpaling muka dari pemerintah matinya adalah spt matinya org jahiliyah. Wallahua'lam tentang hadis ini tetapi kalau pun ada ianya telah diatasi oleh firman Allah yg bermaksud: Taatlah kamu kpd Allah dan taatlah kamu kpd Rasul dan Ulil amri (pemerintah). Allah ulang perkataan ""taatlah kamu" apabila merujuk kepada Allah dan Rasul tetapi tidak mengulanginya apabila merujuk kepada pemerintah. Ini menjuruskan para ulamak terdahulu utk mentafsirkan bahawa taat kpd Allah dan Rasul adalah mutlak iaitu tanpa syarat sedangkan taat kpd pemerintah adalah bersyarat iaitu pemerintah hanya wajib ditaati apabila mengerjakan yg baik. Ini amat logik sekali kerana jika saya tinggal di England atau di Israel adakah mati saya mati seorg jahiliah sekiranya saya menentang pemerintah England atau Israel. Oleh itu jika nak guna hadis rujuklah dulu kpd yg mengetahui jgn main hentam saja, bahaya besar tu...menyesatkan org...

    ustaz kg

    ReplyDelete
  36. ''Desa Mentari said...

    Salam Tuan Aspan,

    Orang atas ne pandai sebut rasul, sebut nabi... ewah kena kat batang hidung dia ...maafkan...tiada siapa yang tak melakukan kesalahan konon..
    tanya diri sendiri dia ada memaafkan orang lain ke?: porah..

    penderitaan rakyat bertahun-tahun ne sapa nak jawab?
    3 February 2011 23:56:00 GMT+08:00 ''


    -derita?sape yang derita?hanya mereka yang tidak pernah mencapai cita2 akan merasa derita.derita kerana cita2 untuk memerintah negara tidak di capai.hidup dalam angan2 yang tidak sudah.tiada derita,tiada sengsara di bumi tercinta ini.makan cukup,hidup bebas,tiada peperangan,tiada kebuluran.PRU menjelang tiba.ushalah dengan bsunguh2 agar mencapai kejayaan.andai tercapai,itulah takdir untuk kamu.andai gagal,terimalah dengan hati terbuka dan muhasabahlah diri.pasti ada kekurangan yang menyebabkan kejayaan kononnya milik kamu itu tertanguh.


    ''Anonymous said...

    Seorg pembahas yg takut bagi nama (walau pun nama samaran) memetik hadis nabi yg katanya sesiapa yg mati dlm keadaan berpaling muka dari pemerintah matinya adalah spt matinya org jahiliyah. Wallahua'lam tentang hadis ini tetapi kalau pun ada ianya telah diatasi oleh firman Allah yg bermaksud: Taatlah kamu kpd Allah dan taatlah kamu kpd Rasul dan Ulil amri (pemerintah). Allah ulang perkataan ""taatlah kamu" apabila merujuk kepada Allah dan Rasul tetapi tidak mengulanginya apabila merujuk kepada pemerintah. Ini menjuruskan para ulamak terdahulu utk mentafsirkan bahawa taat kpd Allah dan Rasul adalah mutlak iaitu tanpa syarat sedangkan taat kpd pemerintah adalah bersyarat iaitu pemerintah hanya wajib ditaati apabila mengerjakan yg baik. Ini amat logik sekali kerana jika saya tinggal di England atau di Israel adakah mati saya mati seorg jahiliah sekiranya saya menentang pemerintah England atau Israel. Oleh itu jika nak guna hadis rujuklah dulu kpd yg mengetahui jgn main hentam saja, bahaya besar tu...menyesatkan org...

    ustaz kg
    4 February 2011 12:02:00 GMT+08:00 ''


    apa kejahatan yang telah dilakukan pemerintah sekarang hingga ianya wajib ditumbangkan?rasuah?smua parti melakukan rasuah.ustaz orang PAS?adakah PAS bersih?tanya pada pengundi PRK manik urai tahun lepas secara jujur.apa yang pas bagi mereka.sy pengundi dun sini..telus?ap jadi krisis pbmk?..konon kerja untuk akhirat.ustaz datang kuala krai,tanya tanah siapa sebelah ladang rakyat dekat kg.sg sam.berpuluh-puluh ekar lagi yang tidak pernah di istiharkan.tanya setiap adun kelantan,berapa puluh ekar tanah dorang ada...orang kuat PAS mana yang ada ladang kambing yang luas di rantau panjang dan tiap kali pergi kesana berseluar pendek bertopi koboi sedangkan dalam kawasan sendiri sentiasa berjubah,brkopiah.. orang kuat PAS mana yang lepas PRU dapat tambah bini baru,beli 2 biji mercedes baru..cuba ustaz cari sendiri siapa.tak elok sebut nama terus.saya berada dalam lubuk PAS,saya nampak semua.jangan cakap saya fitnah tapi ustaz leh selidik sendiri.sb,bila datang khabar kepadamu,seledikilah dulu bimbang kamu akan membuat keputusan yang silap yang menyebabkan kamu menyesal nanti..balik pada taat.tidak ada sebab untuk ditumbangkan pemerintah sedia ada.senaraikan kejahatan mereka yang ustaz nampak yang mungkin membuka mata saya untuk bersama berjuang di pihak ustaz.;-)

    ReplyDelete
  37. Seorg yg tanpa nama mengatakan Anwar Ibrahim hanya dikeanli ramai selepas peristiwa Baling 1974 lalu merumuskan yg Mahathir tak mungkin telah memperalatkan Anwar utk mengadakan demonstrasi jalanan. Hakikatnya ialah Anwar telah mula dikenali ramai oleh warga kampus seawal 1968 lagi apabila beliau terlibat dalam PBMUM, PKPIM dan ABIM. Adalah merupakan fakta sejarah bahawa Anwar dan Mahathir berkongsi pentas dgn Pas pada 1969 utk mengutuk Tunku.

    bekas pemimpin pelajar

    ReplyDelete
  38. 1. terlampau banyak fakta yang salah, yang dicampurkan dgn andaian dan prasangka.

    2. harap dapat semak fakta terlebih dahulu.

    3. jangan jadikan pendapat dan andaian sendiri sebagai fakta.

    4. jauhkan prasangka negatif.

    ReplyDelete
  39. Anon 17:35,

    Berikan fakta mana yang salah. Saya hanya menulis apa yang saya nampak berlaku dihadapan mata saya.

    Tolong senaraikan.

    ReplyDelete
  40. Adoi bengap sungguh yg sorg ni. Minta saya senaraikan kesalahan2 yg dilakukan pemerintah skrg. Dlm blog ini saja pun berton-ton telah disebut. Mata letak di punggung kot. Tak nak laksanakan hukum Islam, rampas royalti Terengganu, mempariakan polis, kehakiman, peguam negara dll. Ini semua hanya segelintir. Jgn jadikan RTM dan media arus perdana satu-satunya tempat rujukan. Barulah terbuka sikit minda. Jgn jadi pak suruh mcm ketua2 cawangan UMNO.

    ust kg

    ReplyDelete
  41. apa pun... TDM memang seorang yag bijak... ye la... kalau tak bijak... mana mungkin masih ramai yang masih lagi percaya kata2 TDM... tu la part yg paling lawak... hahahahaha

    ReplyDelete
  42. untuk ustaz kg..

    1.hukum islam
    -ada 4 sumber kan?quran,hadis,ijma dan qias.ada jenayah yang dinyatakan terus hukuman melalui quran dan hadis dan ada yang perlukan ijma dan qias.ada juga yang perlukan pertimbangan pemerintah dalam melaksanakan hukuman.inilah yang diamalkan di malaysia dan selari dengan islam.islam bukan agama yang terus menghukum.ada bab tertentu yang diringankan.hudud dan qisas perlukan saksi yang kukuh,tidak fasik.hukum zina perlukan 4 orang saksi yang tidak fasik,nampak kemaluan lelaki masuk dalam kemaluan perempuan baru boleh dihukum rejam.pada masa sekarang mengikut pandangan ustaz,ada tak walau seorang pesalah akan di hukum andai di laksanakan hukum ini?saya berani potong jari takkan ada.skarang orang berzina dalam hotel,ada ke lubang boleh nampak kemasukan alat sulit?kalau rumah kampung boleh la.mana nak cari 4 saksi yang tidak fasik,yang banyak munafik bertopengkan islam.belajar dulu undang2 islam dalam2 dengan banyak guru,jangan terlalu taksub dengan pemikiran guru yang 1.lagi pun,bukankah PAS sekarang tidak menjadikan agenda undg2 islam sebagai agenda utama?so,apa lagi yang beza dengan kerajaan sekarang?untuk laksanakan undg2 islam,yang pertama kena didik masyarakat jadi berakhlak tinggi dulu.kalu akhlak tak elok,x kan dapat laksanakan.sb,pesalah akan sentiasa terlepas.zaman saidina osman sendiri pun,baginda mengambil masa untuk mendidik masyarakat sebelum dilaksanakan hukum ne.bukan senang2 jer.baca sejarah n paham betul2.

    2.royalti
    -sape rampas?dah memang perjanjian tidak boleh bagi apa bleh buat.krajaan bagi dulu pun sb sj nak bagi sb kjaan negeri masa2 bn.bila bertukar parti,ap salah trik balik.dah memang tak berhak.anak sendiri mesti bagi kalau anak orang lain nak bagi tak?sendiri pikir la.

    3.mempariakan polis
    -sama macam kat kelantan negeri ku tercinta,penguatkuasa MPKB-BRI di pariakan oleh PAS.kat selangor MBSA dipariakan PKR.di penang majlis perbandaran dipariakan DAP.sama je beb.buka mata,buka hati,pandang sejenak.apa yang beza?

    4.kehakiman
    -apa lagi tak puas hati dengan kehakiman negara?kalau tak puas hati kenapa asyik ada masalah,wat repot,nak bicara kat mahkamah malaysia?leader ustaz si nuar kan suka saman menyaman.nape bawa kes ke mahkamah malaysia?nape tak bawak ke mahkamah antarabangsa?dah tau hempedu tu pahit,yang tak sudah2 makan apa kes?lepas makan cakap pahit.tapi makan juga.tak ke bangang lagi bengong tahap maksimum namanya?

    5.peguam negara
    -dah nama peguam negara,kena la ikut dasar kerajaan yang memerintah.pgawai undang2 negeri kelantan,penang,selangor pun sama la.mesti backup tokey.lagi alasan bangang dari ustaz jumud.

    6.RTM
    -sama juga dengan puak ustaz malah lagi teruk.jangan jadikan haraqah kitab suci anda.sampai boikot terus utusan,rtm ape kes?kata suruh buka minda.baca la semua.tengok lasemua.lepas2,buat penilaian sendiri.saya baca gak haraqah tapi banyak mengarut dari yang betul.minda ustaz lagi tertutup sebab terlalu dibuai mimpi dan angan2 yang tak pasti.berpijaklah di bumi yang nyata.jangan jumud.ambil yang baik,ketepikan yang buruk.jangan terus kondem je..iqra..iqra..iqra..

    hujah tak rasional la ustaz.tak boleh pakai.emosi jer sumer.tak membawa saya nak sokong puak ustaz lagi.bagi lagi hujah power sket.;-)

    ReplyDelete
  43. aku melayu satu soalan yang aku nak tanya...kalau pemimpin umno menghina dan mempersenda Islam dan Hukum Allah...perlu ke kita taati atau perlu kita singkirkan....

    ReplyDelete
  44. Aku Melayu,

    Saya nak komen tentang hukum Islam shj. Lain lain kurang penting bagi saya.

    Pepatah Malayu kata: nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cantik sekali pepatah ini. Bila baligh kita kena sembahyang, tak kira sama ada kita dah betul2 tau hukumnya atau tidak. Buat setakat termampu sambil itu terus belajar dan belanjar hingga mantap. Kalau nak tunggu betul2 mantap 40 tahun pun belum tentu. Jadi tak sembahyanglah walaupun umur dah 40 tahun. Begitu jugalah undang2 Islam. Buat dulu setakat mampu. Jgn banyak sangat dalih takut2 di akhirat dalih2 ni tak laku.

    Yg lain tak nak komen sebab terkeluar dari tajuk asal. Org Melayu suka berpolimik terutama BN

    penyokong ust kg

    ReplyDelete
  45. Aspan Alias said...
    Anon 17:35,

    Berikan fakta mana yang salah. Saya hanya menulis apa yang saya nampak berlaku dihadapan mata saya.

    Tolong senaraikan.
    4 February 2011 17:53:00 GMT+08:00

    Sejarah tidak pernah menipu kita.

    Kita telah di-tipu oleh mereka-mereka yang menipu sejarah.

    TUAN ASPAN, tidak kah benar yang jauh sebelum MALAYSIA ujud kita di-kenali sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU atau FEDERATED MALAY STATES.

    Contoh sejarah yang masih kekal sehingga kehari ini.

    KTM "KERETA API TANAH MELAYU' masih berdidri megah dan masih berbakti kepada seluruh rakyat MALAYSIA tidak kira bangsa atau ugama.

    Satu lagi contoh sejarah yang masih kekal sehingga hari ini.

    KTM "KERETA API TANAH MELAYU'atau 'FEDERATED MALAY STATES RAILWAY' masih berdidri megah yang menjadi antara mercu tanda di-bumi PULAU TEMASEK "REPUPUBLIK SINGAPURA" yang menjadi duri dalam daging kepada LEE KUAN YEW dan pemerintahan abang DAP iaitu PAP dan masih berbakti kepada seluruh rakyat MALAYSIA dan PULAU TEMASEK "REPUPUBLIK SINGAPURA"
    tidak kira bangsa atau ugama.

    Tuan Aspan, apakah DR. Mahathir menghalau non-malays dari TANAH MELAYU atau di-suruh nya non-malays menjadi bangsa MELAYU?

    ?ADAKAH DR. MAHATHIR BERKATA BOHONG?

    APAKAH TUAN ASPAN NAK MENIDAKAN KEBENARAN SEJARAH ?

    TUAN ASPAN, KATAKAN LAH YANG BENAR WALAUPUN IA NYA PAHIT DI-TELAN.

    ReplyDelete
  46. Aku Melayu berbahas macam standard ketua cwangan UMNO je. Dia kata baca Harakah tapi saya tak percaya (Ejaan harakah pun salah). Kalu baca Harakah pasti terjumpa bukti2 mempariakan mahkamah, peguam negara dsb. Bacalah artikel oleh NH Chan (bekas hakim) dan Aziz Bari (pakar perlembagaan) tapi dlm bahasa Inggerislah. Kebanyakan ketua cawangan umno mungkin termasuk Aku Melayu harus sukar memahaminya. Itu yg jadi celaru termasuklah kecelaruannya dlm bidang agama.

    tak celaru

    ReplyDelete
  47. Anon 14:00 begitu ghairah dgn fakta sejarahnya sehingga mengelirukan dirinya sendiri. Persekutuan Tanah Melayu bukannya Federated Malay States (FMS) tetapi Federation of Malaya. FMS tu dlm BMnya ialah Negeri2 Melayu Bersekutu. Harap dapat bezakan.

    part time historian

    ReplyDelete
  48. nape komenku tak disiarkan?

    ReplyDelete
  49. komenku juga tak disiarkan

    ust kg

    ReplyDelete
  50. aku melayu,

    Jawabnya mudah. Pemikiran anda tidak sealiran dengannya. Apatah lagi kalau argument anda didokong dengan fakta-fakta yg sahih.

    ReplyDelete
  51. (Mungkin Tuan Aspan telah terdelete post saya bagi menjawab post aku melayu bertarikh 4 Feb, maka inilah saya karangkan semula)

    Saya rasa beliau ni gone case dah dari segi politik tapi tak apalah. Tapi dari segi agama saya nak perbetulkan salah tanggap beliau. Semasa saya mula2 memberi komen terhadap post beliau dulu pun saya hanya menyentuh hal agama sahaja. Soal nak dengar tak nak dengar itu tak penting bagi saya dan saya tak rugi apa2. Yg pentingnya saya kena bagi tau.

    Memang dlm Islam ada sumber2 lain selain al Quraan dan Hadis. Ada satu lagi yg beliau tak sebut iaitu Istihsan (jadi ada lebih dari 4). Perlu diingat sumber2 ini ada hiararkinya iaitu al Quraan no 1, hadis no. 2 dan diikuti oleh yg lain-lain itu. Ini maknanya jika sesuatu isu telah disebut dgn nyata oleh al Quraan (spt isu taat kpd pemerintah yg dibahaskan ini), sumber2 lain tidak boleh dipakai lagi dlm isu tersebut. Ini perkara asas yg perlu difahami sebelum menggunakan sumber2 tersebut dgn membabi buta.

    ust kg

    ReplyDelete
  52. aku melayu

    Jgn sedihlah kalau komen tak keluar kerana itu haknya. Begitu jugalah bila saya menulis kepada akhbar arus perdana dlm ruangan surat2 dari pembaca, tulisan saya tak pernah disiarkan walaupun kritikan saya menggunakan perkataan2 sopan dan tidak sepedas kritikan ake melayu (dgn menggunakan perkataan2 kurang sopan) terhadap penyokong2 Pas atau ulamak2nya yg telah disiarkan oleh Tuan Aspan. Saya percaya Tuan Aspan sedia maklum akan hal ini kerana beliau pernah aktif dlm arwah S46 yg pernah dipimpin oleh Tg Razaleigh dan Rais Yatim @ Mat Rais bin Jatin @ Yatim (jgn marah kerana ini nama sebenar beliau, seperti juga nama sebenar TPM kita ialah Mahiaddin bin Md Yasin) di mana berita2 mengenai S46 digelapkan atau diputar belit oleh media arus perdana. Namun itulah hakikatnya di bumi M'sia boleh!!!

    org lama

    ReplyDelete