Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.
Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami ‘vacuum’ kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.
Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang didesak untuk mengundurkan diri.
Kalau disini pihak yang memerintah akan menggunakan alasan ‘continuity’ atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.
Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.
Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga ‘aristocrat. yang ‘magnanimous’ telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato’ Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.
Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.
Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.
Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan di air yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.
Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga ‘aristocrat’ yang ‘magnanimous’ dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan ‘gentleman’ itu sudah tiada lagi dan jika ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak ‘gullible’ dan ‘ungentleman’.
Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang ‘viable’ untuk mentadbir Mesir.
Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.
Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.
Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.
Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan ‘vacuum’ kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.
Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai ‘blind sycophants’ yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan ‘viable’ bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.
Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.
Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.
Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.
Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan ‘tikus-tikus’ gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.
Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.
Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat.
Pandangan yg tepat dan patut diperhalusi oleh semua pihak. Mahathir hanya mengutamakan politik peribadinya.
ReplyDeleteAspan,
ReplyDeleteI think over criticising a person will only give a picture of someone trapped in worshipping him/her. Either one worships him/her through the door of love or worshipping through the door of hatred. Whichever way it is still worshipping.
It is like making zikir. One keeps repeating the same name.
Move on...
yy
Asalam saudara aspan.....Memang tepat sekali, apa yg terjadi mesir, tunisia akan menjedarkan rakyat di malaysia ini bahawa ,,, kuasa yg benar sebenar dari rakyat jelata....bukan pemimpin yg ada ??? Tidak ada kemustahilan perkara umpama di mesir tidak berlaku,,, seandai kerajaan yg ada umno bn ,,,,tidak belajar dari apa yg berlaku ???? Cukuplah dgn kerenah dan tipuan oleh badab spertyi spr,polis dan lain lain,,,,. rakyat sebenar telah berkali kali memberi pandangan terhadap apa yg jelek berlaku dlm negara kita???? Apa kah g 13 akan menampakkan kejujuran dan keiklasan dari umno bn ??? Seandai perkara yg jelek masih menjadi dan di lakukan umn bn,,,tidak mustahil,,,apa yg terjadi di negara`asea barat akan terjadi di negara kita???? Jangan lah umno dan bn yg hanya mengunakan talian hayat,,, sering mengunakan kuasa yg ada untuk menipu dan memperlekeh kuasa rakyat..... Penyesalan biasa tidak dulu ?????? Rakyat telah memberi cukup mandat untuk umno dan bn peluang memerintah selama ini???? Janganlah pula nak menjadi kerajaan yg umno bn,,,meningalkan nama yg busuk ddan keji....Dalam proses demokrasi negara??? Spr memainkan peranan penting ??? Jangan lah bertindak yg bukan2,,, masa kini rakyat yg pro ketelusan mahu melihat badan2 kerajaan yg melaksanakan piliharara, spr,polis, bertindaklah dgn baik dan bermaruah??? JANGAN lah rakyat menjadi mangsa sekali lagi, dalam menentu kerajaan yg mereka mahu???? Biar kali ini, rakyat akan menentu dan mengubah for better malaysia ???? Sudah ada ketua menteri yg telah menjagau 30 tahun menjadi ketua menteri ??? Taib mahmud,,, yg di dokong oleh umno,,,selama ini dgn kemampuan taib memerasuahkan kan pemimpin umno yg ada ???? Najib umno tidak pernah pun selama ini memberi tekanan yg cukup kuat , untuk meminta taib berundur ???? Mengapa ???? sudah tentu ada sebab yg cukup kuat untuk di ramalkan ???? Ingat suara rakyuat asda suara keramat....tq
ReplyDelete"Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan ‘tikus-tikus’ gemuk memakan hasilnya di kepuk padi."
ReplyDeleteSampai bila la agknya generasi UMNO totok & makcik2,pakcik2 Felda mau sedar..
Pak Malau
Itulah bezanya. Tun Hussein sanggup korbankan kerjaya beliau demi parti. Inilah tandanya beliau sayangkan parti. Bandingkan dgn pengganti beliau yg sanggup melihat parti berpecah sebanyak 2 kali (Semangat 46 dan PKR) gara-gara ingin mengekalkan kedudukan dlm parti. Tahun 1987 beliau sebenarnya telah tewas dlm pertandingan merebut jawatan Presiden tapi ditolong oleh penyelewengan spt juga penyelewengan oleh SPR (Suruhanjaya Penyelewengan Pilihanraya) dlm menjalankan pilihanraya di Malaysia.
ReplyDeleteKita memang mau menggunakan peti undi utk jatuhkan sesuatu parti tapi apabila pengadil berat sebelah susahlah sikit nak menang kecuali dlm suasana Tsunami sahaja.
pemerhati jauh
Kaji lebih mendalam perubahan drastik yang telah berlaku; misalnya revolusi Bolshevik telah menghapuskan pemerintahan beraja Rusia; yang menggantikan adalah diktator Stalin; berjuta rakyat Rusia dibunuh .. Revolusi Cina yang diketuai Mao Tse Tung juga mengakibatkan jutaan rakyat Cina menderita. Perlu ingat perubahan tak semestinya membawa kebahagian:
ReplyDeleteDi Cina misalnya; bila kerajaan bertindak secara kejam terhadap penunjuk perasaan di dataran Tinamen; negara Cina menjadi utuh dan ekonomi Cina berkembang selepas itu; saya pasti Cina akan berpecah seperti Rusia sekiranya pemerintah Cina berlembut kepada penunjuk perasaan.
Di Malaysia ; pada tahun 1988 Tun Mahathir secara autotraktik melancarkan Operasi Lalang; kerana dikhuatiri Akan berlakunya peristiwa berdarah antara orang Cina dan Melayu; negara kembali stabil dan ekonomi Malaysia meningkat selepas itu.
Bagi Hosni Mubarak ; saya nasihatkan "do as a leader supposed to do "; dah banyak sangat panduan sejarah yang boleh dujadikan iktibar; " decide and let history to judge you"
.
Saya tengok Aspan begitu sukar untuk memilih TDM sebagai model gentleman yang melepaskan jawatan dalam keadaan dia masih berkuasa; yang lain-lain terpaksa melepaskan jawatan kerana terpaksa.
Aspan salahkan TDM kerana tiada prmimpin pelapis selepas dia. Perlu saya ingatkan pada Aspan yang Pak Lah diambil semula oleh TDM walaupun beliau Dari kumpulan Team B dan pernah menentang beliau. Bukankah ini sifat gentleman juga?
Satu tulisan yang patut diambil iktibar oleh orang2 melayu supaya tidak terlalu mempercayai pemimpin yang terlalu lama berkuasa dan mempunyai agenda peribadi seperti Tun M.
ReplyDeleteSepatutnya Malaysia telah maju kehadapan dan status negara maju telah pun dicapai pada 2010. Tapi sebab percayakan manusia yang tak bermoral seperti Tun M, menyebabkan Malaysia menghadapi pelbagai masalan sekarang dan menunggu masa untuk melatup.
Semasa zaman kebangkitan rakyat 1998, Mahathir menipu melayu bahawa tindakannya pada timbalannya adalah betul, tapi sebagai seorang islam beliau telah mencemarkan imej malaysia keserata dunia. Orang melayu tertipu ketika itu kerana pemikiran melayu adalah kolot dan tidak berpaksi kepada ajaran islam sebab telah lama di indoktrinkan oleh umno bahawa melayu itu adalah Tuan, tetapi agenda sebenar adalah menutup segala kelemahan dan kegagalannya dalam mentadbir Malaysia dan melindungi dirinya dari kesalahan membazir wang rakyat.
Beliau tahu pemimpin2 umno yang melakukan rasuah tapi beliau suka dan membiarkannya demi survival diri dan anak2nya. Beliau akan bermati-matian untuk mempertahankan umno dan menentang bekas timbalannya itu sebab sekira beliau gagal memang rakyat malaysia secara amnya suka melihat beliau dan pemimpin2 yang rasuah didakwa atas kesalahan mencuri wang negara dan ini tidak menghairankan bahawa hampir 800 billion wang negara dipindahkan keluar negara sebagai bukti nyata.
jaffar albar jadi ketua pemuda 62 tahun!!!! mak datok
ReplyDeleteKata orang bahawa orang Melayu ni memang macam burung balam jadi Najib dan gerombolan tak perlu takut.
ReplyDeleteTapi kalau mereka berterusan mungkin orang Melayu akan ketok kepala mereka.
Tengok tengok lah kak mah yang perasan tu. Kalau tak berubah pasti rakyat akan merubah mereka...insya'ALLAH.
Ya, Dr. M memang seorang pemimpin yang amat mabuk kuasa. Rakyat telah dimabukkan dengan gimik politik dan manipulasi fakta dan informasi oleh Dr.M selama hampir 30 tahun. Sekarang baru ramai Rakyat sedar akan segala perbuatan jahat Dr. M sedikit demi sedikit. Masa sekarang adalah "hang over" period.Tak lama lagi (mungkin GE13 nanti)bila rakyat betul betul telah "sober" baru akan nampak kesan dan impak semua perbuatan jahat Dr. M selama ini. Harap masa itu akan datang tidak lama lagi. Harap Dr. M dapat lihat sendiri segala kesan perbuatan jahatnya.
ReplyDeleteSalam Tn. Aspan/semua,
ReplyDelete1) Sepatutnya dalam soal pemimpin negara, jangan... terlalu lama, hadkanlah macam di Amerika tu...! Paling2 2 penggal, 1 penggal teori dan 1 penggal praktikal. Indonesia pun boleh buat cara Amerika kenapa Malaysia sampai 3 dekad memimpin, dibiarkan. Kalau gini hutan perawan pun.... boleh gondol. Betuk tak?Qodarnya, mungkin ini petanda besar berlakunya perubahan pemerintahan.
2) Sistem demokrasi negara maju seperti Jepun, Britain dan contohnya Amerika : sekejap demokrat naik, sekejap republikan naik, takde masaalah pun. Bestlah. Airtime diTVpun adil dan tidak menipu. Ada ke ini berlaku di Malaysia? Nak berbahas pun tak berani! Betul tak?
3) Soal TDM tu, maklumlah dah hidup bonus lebih 23 tahun dah...! Ucapan dia pun dah tak relevan pada anak2 muda sekarang sebab Akademi Fantasia dan program2 media sekarang dah merelevankan pemikiran anak2 muda ke arah 3/4 budaya suka berfantasi. Sekarang asyik cerita momok. Momok..iklan...momok...iklan...
Selak-selak dibelakang, rupanya illuminati. Lepas tu, tengoklah siapa di belakang Gay Malaysia tu?
4) Fakta Malaysia hari ini adalah sama di dalam menyebabkan kejatuhan pemerintah secara paksa atau tidak iaitu kemiskina, rasuah, penipuan, bermegah2, harga barang naik, akses kepada maklumat yang benar banyak dan sensitiviti rakyat telah meningkat di dalam membuat perbandingan. Faktor utama, rakyat menjadi sedar adalah kerana terhimpit dengan kehidupan yang mahal.
Logiknya, komen2 dalam blog tuan belum memadai untuk menyedarkan rakyat kerana purata yang memberi komen tidak lebih dari 50 pembaca. Namun, catetan tuan telah menguatkan penghujahan mengenai kebenaran yang berlaku di bumi nyata yakni Malaysia.
5. Kata-kata semangat buat tuan, teruskan kebenaran tuan kerana ada asas sebagai tongkat kepada pembaca buta dalan blog ini. Syukurlah pada yang celik yang memahami arus kebangkitan rakyat. Ws.
"Teropong Ajaib"
Ano 23:36 merapu apa tu....! Kita cerita pasal kesedaran rakyat dalam memilih pemimpin berdasarkan demokrasi natijah daripada kecacatan pemerintahan. Malahan penulis Blog inipun tak cerita pasal rakyat nak ambil alih kuasa cara paksa.
ReplyDeleteDi Malaysia, dah 50 tahun lebih kot baru terkial-kial nak ubah kerajaan, perubahan drastik apa bendanya...! Nak tunggu lagi 50 tahun baru bukan perubahan drastik.
Logiklah sikit Bro....!
Straight to the point :-
Bolshevik ke..., Tiannanmen ke..., operasi lalang ke....., takda satupun yang relevan untuk dikaitkan dengan isu yang dibahas.
Ikhsan daripada :-
"Einstein Malaysia"
Aspan, This write up refreshes me of the days when we used to have leaders with high magnanimity. Tunku, Razak and Husein were leaders in that class.
ReplyDeleteBUT all those kind is gone. Husein was the last. Since Mahathir UMNO is led by ungentlemen.
The last residue of that class is TRazaleigh who is still living but UMNO members do not see all those qualities in him.
In actuality he is the only one who can survive the nation.
Dtk Ismail
ada kesalahan dalam artikel tuan.
ReplyDeletebukan "Hizbul Muslimin" Mesir tapi "Ikhwanul Muslimin". Dua pihak yg berbeza tu.
Anon 23:36 (lain kali berilah nama, nama samaran pun cukup supaya senang dirujuk. Nak bagi nama samaran pun takut ke?). Mahathir sebenarnya terpaksa letak jawatan, bukannya secara sukarela. Jika tidak, banyak lagi negeri dan mungkin juga Putrajaya akan jatuh pada PRU 2004. Ini terbukti bila rakyat memberi sokongan besar kpd BN selepas Mahathir tiada. Sesiapa sahaja yg memimpin BN waktu itu akan mendapat mandat besar kerana mereka gembira Mahathir sudah berambus dan memberi harapan yg besar kpd Pak Lah. Malangnya Pak Lah terbuai dgn kemenangan itu dan tidak bersungguh2 untuk "undo" mana-mana yg buruk yg dilakukan Mahathir. Akibatnya PRU 2008 menjawab segalanya. Pada mereka Pak Lah & Mahathir 2x5 saja. Mahathir memang suka melantik org yg lemah spt Pak Lah dan Gafar Baba kerana terbukti beliau tidak boleh bekerja dgn timbalan yg strong will spt Musa Hitam atau Anwar Ibrahim.
ReplyDeletepemerhati jauh
1) Who are those people, Najib, Hishammuddin, & Mukhriz and what is their relationship among them? This is what we called “Anak Bangsawan”. These silver spoon feed kids were brought into UMNO because of their family connection with UMNO. Egyptian people had rejected Mubarak after ruling 30 years in Egypt. Because of this uprising, Mubarak had given up his ideas of appointing his son as a successor.
ReplyDeletea) Are these “Anak Bangsawan” in the line to be appointed as a prime minister in the near future?
2) Does UMNO belong to these people? Does this nation, Malaysia belong to these people? Can we conclude that a dynasty was built within this family tree? Can we conclude that our future as a Malaysian is destined by these few people? If that so, what is the purpose of having a election?
3) What was the hidden agenda for Mahathir to criticize the non-Malay? The special privilege of Malay communities was protected in our constitution. Did he truly and sincerely of protecting the Malay communities or protecting his own agenda? If he was truly protecting the Malay communities, why was NEP failed to achieve the main objective, as he had ruled this nation for 22 years?
4) Why did Mahathir undermine his own successor, Tun Abdullah? What was the main hidden agenda for him to criticize Tun Abdullah? The act of humiliating and insulting Tun Abdullah was not accepted in the Asian culture. The reason which was given by him was due to Tun Abdullah’s weak personality. Tun Abdullah was one of the oldest and experience cabinet members. If he knew that Tun Abdullah was a weak person, why did he appoint Tun Abdullah as a successor? It was so easy for him to declare his mistake of appointing his successor.
I’m a confused Malaysian, please give me an answer.
Dear Aspan,
ReplyDeleteI think many are hoping for an ideal democracy and an ideal leader. Idealism can be a god. Singapore and LKY? No thanks. US with Bush, Clinton and Obama? No thanks. India and Japan? Ho ho.Blair and UK ? hah.
Mao Ze Tung and China? Putin and Russia? No thanks.
Are these our models? Where are the models? All are in the same religion of capitalism. All are on usurocracy/corporate hegemony based on The BOX.
Of course our own leaders were also looking for examples. They are no angels by the way. Well for angels to be leaders we need angelic people to be citizens. But as you said it the other day we might be people of Kufur Nikmat forgetting what Allah has given to us despite the various constraints that we have.
The leaders do get boxed. They do not know how to get out of the box. Not many are willing to listen to get out of the box when their time comes. Some waited for the coffin box. Well they were the products of the ballot boxes. Now the box has become more divine than religion itself. Even Islam is put into the box to be voted. Every 5 years you are given the freedom to put Islam into the box or to chuck Islam out. A boxed Islam.Islam every 5 years if it gets boxed. That is freedom? Freedom to throw away Islam by worshiping the box.
Here we are talking about why do they not follow the wishes of the people of the box? People also wants to worship their own boxes.They get a leader into the box and they want to rule their leaders that they put in the box too.
So to whom owes the oath of allegiance? To the box?
Such divine boxes.
So where do we go to?
The BOX again? huh.
Is this all that we can think of?
The box and the box?
Glorious mistakes.
yy
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteKomen ne untuk yg mengaku ‘aku melayu’, tapi tengok gaya hujah tak macam melayu -dalam posting Tuan bertajuk “Dr. Mahathir bertukar wajah lagi”.
Di Malaysia ne apa yang sinonim dgn Melayu? Di antara 3 kaum terbesar di M’sia; Melayu, Cina dan India, mana yang paling banyak miskin? Jika “aku melayu” tak mampu nak jawap soalan ne memang padan lah kau berhujah seperti berikut;
“-derita?sape yang derita?hanya mereka yang tidak pernah mencapai cita2 akan merasa derita.derita kerana cita2 untuk memerintah negara tidak di capai.hidup dalam angan2 yang tidak sudah.tiada derita,tiada sengsara di bumi tercinta ini.makan cukup,hidup bebas,tiada peperangan,tiada kebuluran.PRU menjelang tiba.ushalah dengan bsunguh2 agar mencapai kejayaan.andai tercapai,itulah takdir untuk kamu.andai gagal,terimalah dengan hati terbuka dan muhasabahlah diri.pasti ada kekurangan yang menyebabkan kejayaan kononnya milik kamu itu tertanguh.”aku melayu
Hujah ne mengambarkan ‘aku melayu’ tak pernah melihat penderitaan rakyat M’sia.
Tinggal kat mana? Rajin2 la berjalan2 sekurang-kurangnya ke Kubang Pasu ke atau ke Kemunting kot?
Persoalaan asas ketidakpuashatian tak terjawab.
Contohnya begini;
1. Peminpin salah tadbir/tindakan, pecat hakim – selang beberapa tahun kerajaan kena bayar pulak kat hakim2.
2. Pemimpin salah urus/tindakan, buat perjanjian kemudian batal kemudian kena saman kemudian kena bayar pampasan.
Dua contoh mudah di atas menyebabkan wang Negara (rakyat punya) dibazirkan dengan sewenang-wenangnya. Tanpa rasa bersalah. Cuba bayangkan berapa ramai rakyat M’sia akan terlepas dari penderitaan jika wang tersebut digunakan untuk membantu mereka.
Dalam soal di atas saya tidak akan ambil peduli jika wang itu diambil dari kocak pemimpin tersebut atau dari kantong UMNO, ini wang rakyat, rakyat berhak setiap sen dibelanjakan.
‘aku melayu’ boleh berhujah apa saja termasuk pasal takdir seseorang. Tapi rakyat M’sia mahukan keadilan jika kau dapat satu kamipun nak satu juga. Jangan la ambil hak orang lain.
Ada faham???
Berubah lah kamu kerana kebenaran.
ReplyDeleteBerubah lah kejalan agama yang mengajar kebenaran.
Berubah lah menjadi mausia yang sentiasa merindukan keamana dan kemakmuran.
Berubah lah menjadi mausia yang sentiasa berfikiran jernih dan positif.
Berubah lah menjadi mausia dan rakyat yang bertanggung jawab.
Jadi lah manusia yang bertindak atas keimanan dan bukan nya nafsu.
BERUBAH DEMI KEBAIKAN SEJAGAT.
JANGAN LAH KITA BIARKAN DIRI KITA DI-PERBODOHKAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG BERKEPENTINGAN PERIBADI.
INSAF...INSSAF...INSAF.. LAH DAN BERWAPADA LAH TERHADA IBLIS DAN SYAITAN YANG MENJELMA SEBAGAI MANUSIA ALIM YANG BERTOPENGKAN UGAMA DAN MEREKA-MEREKA YANG MENANAM TEBU DI-BIBIR.
The Tunisian uprising began with Sidi Bouzid:-
ReplyDeleteTwenty-six year old Mohamed Bouazizi had been the sole income earner in his extended family of eight. He operated a purportedly unlicensed vegetable cart for seven years in Sidi Bouzid 190 miles (300 km) south of Tunis. On December 17, 2010 a policewoman confiscated his cart and produce. Bouazizi, who had such an event happen to him before, tried to pay the 10-dinar fine (a day's wages, equivalent to 7USD). In response the policewoman slapped him, spit in his face, and insulted his deceased father. A humiliated Bouazizi then went to the provincial headquarters in an attempt to complain to local municipality officials. He was refused an audience. Without alerting his family, at 11:30 a.m. and within an hour of the initial confrontation, Bouazizi returned to the headquarters, doused himself with a flammable liquid and set himself on fire. Public outrage quickly grew over the incident, leading to protests.[30][31] This immolation and the subsequent heavy-handed response by the police to peaceful marchers caused riots the next day in Sidi Bouzid that went largely unnoticed, although social media sites such as Facebook and YouTube featured images of police dispersing youths who attacked shop windows and damaged cars. Bouazizi was subsequently transferred to a hospital near Tunis. In an attempt to quell the unrest President Zine el Abidine Ben Ali visited Bouazizi in hospital on December 28, 2010. Bouazizi died on January 4, 2011.[32]
The sources: http://en.wikipedia.org/wiki/2010%E2%80%932011_Tunisian_uprising
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteAnonymous said...
1) Who are those people, Najib, Hishammuddin, & Mukhriz and what is their relationship among them? This is what we called “Anak Bangsawan”. These silver spoon feed kids were brought into UMNO because of their family connection with UMNO. Egyptian people had rejected Mubarak after ruling 30 years in Egypt. Because of this uprising, Mubarak had given up his ideas of appointing his son as a successor.
a) Are these “Anak Bangsawan” in the line to be appointed as a prime minister in the near future?
2) Does UMNO belong to these people? Does this nation, Malaysia belong to these people? Can we conclude that a dynasty was built within this family tree? Can we conclude that our future as a Malaysian is destined by these few people? If that so, what is the purpose of having a election?
3) What was the hidden agenda for Mahathir to criticize the non-Malay? The special privilege of Malay communities was protected in our constitution. Did he truly and sincerely of protecting the Malay communities or protecting his own agenda? If he was truly protecting the Malay communities, why was NEP failed to achieve the main objective, as he had ruled this nation for 22 years?
4) Why did Mahathir undermine his own successor, Tun Abdullah? What was the main hidden agenda for him to criticize Tun Abdullah? The act of humiliating and insulting Tun Abdullah was not accepted in the Asian culture. The reason which was given by him was due to Tun Abdullah’s weak personality. Tun Abdullah was one of the oldest and experience cabinet members. If he knew that Tun Abdullah was a weak person, why did he appoint Tun Abdullah as a successor? It was so easy for him to declare his mistake of appointing his successor.
I’m a confused Malaysian, please give me an answer.
5 February 2011 11:57:00 GMT+08:00
Anon 11:57:00,
Saya dah cakap banyak kali TDM pemimpin yang gagal, talam 2 muka, jadi jangan jadikan beliau contoh.
Pemimpin jenis ne hanya membela kantong sendiri je... masa akan menentukan kata2 saya ne.
yindanyan,
ReplyDeleteYou are right. That is why some people also zikir intensively to avoid the deceits from satan and the bathil (s).
Dear Aspan,
ReplyDeleteThanks for your comments.
On another related note the current zikr that we are seeing now is zikrulislam. People are making zikr on Islam. It seems that they know not how to make zikrullah. They make zikr on other than Allah. They call on Islam and not call on Allah.
It seems that their god is not Allah but Islam...They go for universiti islam, ekonomi islam,
bank islam, saham islam, insuran islam, kaunter dow jones islam, perlembagaan islam, and of course parti islam. And the list does not stop there.In indonesia we have hundreds of parties claiming to be islamic.
In situations that we are facing such as in Egypt or the middle east, can't we see that the leaders being placed before or even after the current crisis are always people endorsed by the banking-corporate fraternity. Not even Obama can claim himself free from the such hegemony. He is also placed there. Remember the first war in the US was called the bankers war.The right to define money.
When the time is up, one might think the people or rakyat will change their leaders. Yes people call it a change but it has always been an orchestrated change.The story has been repeating itself. Always.
Even when we talk about the alqaedah, the talibans in afghanistan or mujahidins at one time in bosnia we can see their hands. These were created organisations for good sustainable war reasoning. Created for good excuses for them to come in again and again.
Politically people from whatever parties or boxes end up fighting one another but economically their wealth and even the zakat is already defined by the banking capitalists. Labelling bank as islamic just make the forced banking money system more acceptable. That makes riba of based on false money easier to handle.A halal riba? A halal pig? And this is the basis of current political-economy. The muslims will fight among themselves politically while economically both sides of the political divide agree on halal riba.
High time we do rethinking on current orchestrated political ways.
Wassalam
yy
Yindanyan,
ReplyDeleteI am exceedingly delighted that you are aware that zikrullah in essence is the actual cleansing exercise of all impurities of our soul, ie our actual self.
Don't get disturbed by the act of misusing Godly name for commercial and businesses as there is nothing we can do about it.
Thanks bro. Let the zikrullah just be for us and those who can comprehend what that zikrullah is meant for.
Thanks bro.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteUntuk pentokong tegar UMNO;
Ini bukan saya kata, ne Tuan yg kamu puja kata;
Dalam satu kenyataannya di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider [M'sian Insider], Tun Mahathir mengakui bahawa parti United Malays National Organization, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan.
Lepas tu suruh undi UMNO, lidah bercabang ketidak ne??
'aku melayu' mintak la bukti kat Tuan kamu tu..
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/tun-mahathir-akui-umno-tidak-lagi.html#ixzz1D5fStNK4
1.'Keluarga aristokrat yg magnanimous'..Tun Hussein Onn n Tun Razak... Bila disebut keluarga sudah tentu ia turut melibatkan Najib dan Hishamuddin..Di mana titik nokhtah pengiktirafan terhadap kepimpinan darah aristocrat di tanah melayu? Seolah2 tuan favour kpd kepimpinan dr keluarga aristocrat...tp dlm masa yg sama... Don't make me confuse..
ReplyDelete2. Tun hussein berjiwa besar kerana sanggup melepas jwtn setelah dia rasa ada suara yg menentang beliau... Apakah benar? Sifat ini diwarisi dr Dato Onn. Bertindakbalas dgn mereka yg tak bersetuju dgn idealismanya dgn cara merajuk...tak mahu menegakkan apa yg dia percaya sag sesuatu yg benar Dan baik utk bangsanya. Apakah mereka berjiwa besar atau berjiwa kecil? Tak spt Tun M melakukan dgn penuh yakin sesuatu yg dikira baik wpun ditentang dia akan pertahankan..lebih magnanimous lagi, Tun M melepaskan jawatan setelah semua yg dia percaya itu berjaya dilakukan..dia berhenti dipuncak kuasa...dia tidak mengalah spt mudahnya keluarga Onn mengalah..Bukankah sifat kental yakin itu lebih baik dr sifat mudah putus Asa? Sifat kental,yakin dan berani menempuh gelora inlay sepatutnya Ada kpd pemimpin melayu tak kiralah dia aristocrat atau haprak..
Melayumalas fikir...
Anon, 6hb Feb. 11.08'
ReplyDeleteAda pertembungan nilai disini. Dr Mahathir mempertahankan jawatannya 'at an expensive cost'. Dalam mempertahankan jawatannya hancur system kehakiman, bala kepada keluhuran undang-undang, menjahanmkan banyak institusi demokrasi yang penting seperti institusi raja-raja melayu, rosak budaya politik sehinggakan yang uruk menjadi pemimpin yang baik diketepikan.
Tetapi Mahathir tidak salah sebab beliau adalah seorang yang ada budaya yang lain sedikit dari budaya Melayu.
Tak guna nak disebut-sebut lagi, nasi sudah menjadi bubur dibuatnya (Dr Mahathir).
Mana ada dalam dunia pemimpin menghancurkan partinya sendiri kerana nak terus berkuasa?
Saya bersetuju dengan Aspan Alias. Aspan berani berkata benar.
jamal din