17 March 2011

Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik

Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.

Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik yang murahan dan 'desperate'. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika.

Masakan kumpulan yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini.

Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur daripada mengingatkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.

Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukkan sangat desperado kita di khalayak ramai.

45 comments:

  1. Aspan,

    Orang takut hilang kuasa. Begitulah perangainya.

    ReplyDelete
  2. isu jubur la yg menyebabkan kaum nabi luth lingkup bro.

    lagipun yg buat demo tu kbykn adalah bekas ahli pkr sendiri. takde kena mengena dgn parti lain. itu cuma masalah dalaman pkr.

    jd siapa yg menilai dr sudut politik sebenarnya?

    kadangkala org hanya mahukan kebenaran. tiada kena mengena dgn politik.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara

    Anwar ajar guna demo.

    Anwar juga ajar menjawab guna media massa dan alternatif.

    Anwar jadikan media sebagai ruang perbicaraan mahkamahnya sendiri.

    Maka biarlah Anwar merasa kesan ajarannya sendiri.

    -anti liwat

    ReplyDelete
  4. Politik kebudakan Umno ni Mamak Mahathir yang ajar. Dia gunakan jubor Azizan untuk melawan Anwar disamping menyalahgunakan Polis, AG dan Hakim2 untuk mempastikan kemenangannya.

    Salah satu 'legacy' Mahathir ialah mengajar Menteri2 nya mengamalkan rasuah. Tak hairan, kalau Najib belajar dari Mahathir untuk melawan Anwar dengan menggunakan jubor Siful.

    Saya percaya Mahathir adalah orang yang tak percayakan hari pembalasan. Itu sebab tak takutkan Allah SWT. Umor sudah tua tetapi masih menjaja fitnah sana sini. Dia tidak reti apa itu dosa dan taubat.

    ReplyDelete
  5. Zaid Ibrahim pun minta Anwar serahkan DNA.

    ReplyDelete
  6. orang yang berdemo bukan sebab politik Aspan, mereka berdemo kerana nakkan kebenaran..

    apalah susahnya, kalau dengan penyerahan DNA akan memastikan Anuar bukan lelaki Y, Anwar akan jadi PM yang akan datang.

    Kalau Nuar takut, sahlah Nuar ni si Y dan memang patut dia masuk balik ke Sungai Buloh, dah terlalu lama kita kena kencing Aspan.. hanya DNAlah jalan untuk Anwar.....

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Setuju dengan En. Aspan. Isu ini menjelekkan, orang Melayu banyak membuang masa bertegang urat betul atau tidak dubur si anu di liwat dan benar atau tidak si anu meliwat.
    Isu ini menjadikan moral dan mentaliti orang Melayu semakin teruk, ditambah dengan masalah sosial yang menjadi-jadi sekarang ni.
    Political game ini telah merendahkan martabat Melayu dan Malaysia, `detour' dari isu sebenar yang di hadapi rakyat marhain sekarang.
    The truth is out there, only time will tell. Kita ada pilihanraya, undi saje lah siapa yang dipercayai.
    Kita ada masalah yang lebih besar tapi isu dubur yang di julang oleh pemimpin politik dan NGO yang En. Aspan maksudkan.
    Kecilnya jiwa Melayu!

    ReplyDelete
  8. Tuan aspan,
    Sdr org lama.dan boleh dikira masak dlm politik. Kenapa pulak NGO yg demo kamu anggap utk kekalkan kuasa BN, kamu pun tahu anwar org politik. Kenapa kamu tidak kata anwar jaja kes mahkamah dia sendiri dipentas politik bertujuan utk dapatkan kuasa? Bukan utk mencari kebenaran? Please be fair in when u argue bro.....

    ReplyDelete
  9. Anon 02:07,

    Oleh kerana saya sudah terlalu lama mengalami politik inilah saya tahu yang gerakan itu adalah gerakan politik.

    ReplyDelete
  10. salam, hal ini amat jelas.bukan isu serah DNA.isunya sekarang ialah bagaimana DNA itu akan diperherotkan oleh pihak yg bersekongkol dengan UBN nanti.anwar bukan bodoh untuk menyerahkan batang leher untuk disembelih dan dilapah hidup2.

    ReplyDelete
  11. Aspan, semuanya oleh kerana politik. Kalau tengok dlm TV kita boleh lihat manusia yang tidak senonoh berkata DNA itu kerana hendak cari kebenaran. Kebenaran apa?

    Kalau hal DNA Anwar untuk kebenaran. Tetapi kalau hal rasuah pemimpin kita tidak pulak di buat demnstrasi.

    Semua menteri-menteri, MB2 dan pemimpin mengaut kekayaan tetapi tidak pul;ak berdemonstrasi untuk kebenaran.

    Maaf becakap. BN desperate takut kalau kuasa hilang. Maka dipergunakan budak-budak untuk melakukan demonstrasi jalanan.

    Bak kata sdr, mereka desperate.

    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  12. Uncle Aspan

    Apa ke halnya si Anwar tu tak nak beri sample DNAnya.
    Bersaahlah tu sebab tu takut sangat.
    Oleh kerana Uncle sayang sangat kat dia, nasihatlah dia suruh buat demikian.
    Fed-uplah dengan dia yang tak makan saman tu.
    Tak usahlah Uncle nak mempertahankan orang yang guilty. Boleh?

    ReplyDelete
  13. "Malaysia remains among the least popular markets for both global emerging market (GEM) and Asia-Pacific (AP) fund managers and suffered up to 43 per cent cuts in fund allocations, said a report by Bank of America Merrill Lynch (BoAML) released this week.In its March report, Malaysia retained its February rating as second least popular market after Columbia among GEM fund managers and is now tied with India for least-favoured among AP fund managers, after coming ahead of the South Asian nation in the February survey..."

    Oleh kerana terlalu banyak main politik dubur, maka Msia pun diletakkan di kedudukan "dubur" oleh para pengurus dana asing.

    ReplyDelete
  14. Budah mentah,

    Young man, I am not at least in love with this man Anwar. What I am trying to say is that we cannot go on the street to talk about cases which is on trail in court.

    Kalau kita lakukan apa yang kita lakukan itu ianya akan menunjukan sikap tidak matang kita. Biarlah mahkamah mengatasinya.

    Hakim-hakim lebih tahu apa yang patut dilakukannya. Kita bukannya hakim.

    Kalau perkara itu belum sampai kemahkamah bolehlah kita buat apa yang dibuat itu.

    Bila sudah sampai kemahkamah, we are supposed to keep mum and let the court decides.

    Kalau perkara ini boleh diselesaikan dgn demonstrasi buat apa nak bawa kemahkamah in the first place?

    Tinggal lagi masih ada yang nak marah pada saya, saya tidak peduli, kerana saya berkata perkara yang benar.

    Elok tumpukan tentang kes-kes rasuah yang dilakukan oleh setengah pemimpin kerana ianya melibatkan wang dari keringat rakyat.

    ReplyDelete
  15. Fin.... opppss

    hang kata kebanyakkan yang demo tu ahli PKR..? lu tengok betul2!! sapa dia punya tekong!! rasa geng songkok tinggi! macam biasa kenal, yang dok tunjuk buku perlembagaan dalam tv dan youtube! hang tak baca ka perkembangan terkini fin ooooooiii!!

    ReplyDelete
  16. anon 21.39..

    aku rasa anwar takda komen apa-apa pasal demo nie.... dia hanya protes melalui peguam bela dia di dalam mahkamah!! bukan melalui demo.. kalau ada ahli PKR yang berdemo itu diaorang punya pasal!! ada nampak anwar berdemo tak mahu serah DNA. Yang dia kerap berdemo isu lain bro.. lu kena baca tu.. demo tak salah tapi tujuan demo tu kena betul. Tak berkaitan dengan perundangan dibolehkan seperti isu rasuah, penyelewengan dll. kena paham tu..

    ReplyDelete
  17. anon 22.15..

    boleh linkkan mana kenyataan zaid minta anwar kemukakan dna.. jika ada pun kenyataan dia, sepatutnya biaq mahkamah yang tentukan..

    ReplyDelete
  18. anon 22.50pm

    bukan masalah nak kebenaran tetapi masalah betulka cara nak dapatkan DNA.. Rekod DNA (bukan sampel) anwar memang dah ada dalam simpanan polis. mengapa kena minta yang baru? Jadi tak da masalah nak matchingkan DNA Y dengan rekod DNA yang telah disimpan. melainkan nak dicalitkan DNA baru pada pungkok saifool tak tahulah aku LOL!!

    kebenaran hanya ditentukan di mahkamah bukan berdemo.. mana-mana rakyat yang celik demokrasi (bukan malaysia) tahu perkara ini tidak sepatutnya dilakukan..

    ReplyDelete
  19. anon 02.07..

    Mungkin kamu tak reti takpa, demo tak seharusnya digunakan untuk menentukan wajar sesuatu tindakan dilakukan di dalam mahkamah.. hanya mahkamah, peguam bela dan pendakwa yang membincang dan menentukan perkara ini.. itu dimaksudkan dengan aspan. Jika tetap berdemo juga ianya mungkin berkaitan dengan politik..

    Kes anwar menjaja boleh dikategorikan samada adakah dia menjaja politik atau 'menjaja' ketidakadilan perjalanan mahkamah yang seharusnya dilakukan juga oleh orang lain yang bebas dalam sesebuah negara dengan melihat prosedur perbicaraan itu sendiri. sepanjang perbicaraan itu keadilan dinafikan iaitu barang bukti tidak ditunjukkan dan pendakwaan atas kesalahan yang berbeza dan pelbagai lagi. Kalau aku pun tak puas hati!! nak keadilan tapi dinafikan prosedur mendapatkan keadilan!! guna hang punya perkataan.. NOT FAIR!!!

    ReplyDelete
  20. AYOOO BUDAK MENTAH.... hang memang mentah..,

    aku copy paste semula kenyataan anon 9.59 "...bagaimana DNA itu akan diperherotkan oleh pihak yg bersekongkol dengan UBN nanti.." itu yang dipertikaikan. PRDM (Polis Raja Di Malaysia) ada semua maklumat DNA anwar (isu 1998) mengapa nak DNA baru? ada pikirka..

    ReplyDelete
  21. Keep writing Yop Aspan. I'll simplify ur notes for da commoner...

    ReplyDelete
  22. Salam Saudara Aspan

    Seperti Saudara, saya tidak dan tidak akan mempercayai apa yang mereka lakukan itu semua atas dasar menegakkan tuntutan Islam "amar maaruf nahi mungkar"... semua gelagat itu seperti saudara telah mengatakan adalah gerakan politik kotor. Di tahap yang memalukan itulah politik Malaysia telah jatuh dan begitulah rupa sebenar pengamal-pengamalnya.

    Jangan diperkatakan saya tiada hak yang hanya Allah SWT yang menetukan bahawa mereka akan menghuni neraka. Tanya dirilah apa tiada dalam Quran AlKarim pemfitnah dan pembawa fitnah akan menghuni neraka?

    Berat sungguh dosa mereka yang menuduh seseorang itu berzina (bersodomi) padahal dia tidak ada bukti sepertimana yang dikehendaki hukum Syarak! Tak cukup dengan dosa fitnah ditambah pula dosa memperlekehkan hukum Allah!

    ReplyDelete
  23. Salam Pak Aspan,

    Sungguh sedih saya melihat politikus2 di Malaysia merebut & mempertahankan kuasa.

    Kalau di Australia, 1 hari selepas John Howard kalah piliharaya, dia boleh pergi berjogging tanpa ada apa2 masalah.. kalau di Jepun, mereka boleh bertukar2 Perdana Menteri tanpa apa2 masalah..tapi masa depan politik di Malaysia bergantung harap pada dubur 1 orang budak muda yg sihat, gagah perkasa,tegap tubuh badan & ada beljar silat mengatakan dia diliwat oleh orang tua berumur 60 tahun.. sungguh malang..

    Ingat Pak Aspan, MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA BERGANTUNG PADA DUBUR SEORANG PEMUDA..KAH KAH KAH..

    Pemuda Tegap Pantang Diliwat..

    ReplyDelete
  24. Anon kata,

    "salam, hal ini amat jelas.bukan isu serah DNA.isunya sekarang ialah bagaimana DNA itu akan diperherotkan oleh pihak yg bersekongkol dengan UBN nanti.anwar bukan bodoh untuk menyerahkan batang leher untuk disembelih dan dilapah hidup2."

    18 March 2011 09:59:00 GMT+08:00

    Komen:

    Kes ini diikuti di serata dunia dan tertuduh di bantu oleh pakar DNA tersohor.

    Kalaulah ada DNA yang diherotkan masakan dunia tak boleh sedar dan masakan pakar DNA tersohor tak boleh kesan. Betulkan?

    Dan kalau dunia sedar atau pakar DNA tertuduh dapat kesan, bukankah nanti ia dengan sendirinya membuktikan tertuduh tidak bersalah?

    Makanya jalan ke depan terbaik ialah dengan tertuduh menyerahkan pengenalan biologikal dirinya dan dalam masa sama yakinlah kerana satu dunia dan satu barisan pakar DNA handal berdiri teguh di belakangnya. Tak cukupkah itu?

    MIDDLE LANE

    ReplyDelete
  25. Nampaknya pemimpin UMNO Baru kena tukar nama parti kepada parti Dubur Saiful.

    Semua parti politik yang aktif memang mahukan kemenangan dan berkuasa. Tidak ada satu parti pun yang berceramah kehulu kehilir hanya suka-suka.

    Strategi menjatuhkan pihak musuh dalam dunia politik memang ada berbagai cara dan beragam. Kawan jadi musuh dan musuh jadi kawan adalah pekara biasa. Cuma penyokong saja yang tidak tahu, keliru dan diperbodohkan.

    Konspirator dari puak UMNO Baru telah gagal mengalahkan Anuar Ibrahim dengan isu liwat II. Itu adalah fakta sebenar. Semua orang tahu.

    Itu sebabnya saudara Aspan Alias mengingatkan para pemimpin UMNO Baru cari idea baru untuk lawan Anuar bukan terus menerus duduk dalam dubur Saiful.

    Kenapa mesti terpekik terlolong mendesak dari luar mahkamah timbulkan soal DNA sedangkan pendakwa telah kalah berhujah walaupun telah diberi berbagai keistimewaan dan perbicaraan berat sebelah...?

    Apakah anda juga salah seorang yang terlibat dalam konspirasi liwat II ?

    Ketika ini kalau pemimpin UMNO Baru berfikiran bahawa dengan memasukkan Anuar kedalam penjara mereka boleh selamat dan terus memerintah.... angan-angan itu amat silap dan salah.

    UMNO Baru ada orang melayu, PAS ada orang melayu, PKR juga ada orang melayu.

    Kita perlu ingat bahawa Anuar Ibrahim adalah orang yang berbangsa melayu beragama islam. Apakah semua ahli UMNO Baru bersikap kejam, zalim dan hipokrit seperti Mohd. Najib, Rosmah dan Tun Mahathir terhadap Anuar ?

    Tahukah kita berapa ramai ahli UMNO Baru yang bersimpati diatas nasib orang melayu bernama Anuar Ibrahim ?

    Pilihanraya ke 13 adalah gelanggangnya....... !

    ReplyDelete
  26. Aspan,

    All are politics. Malaysian especially the Malays only talk about politics to an extent stooping very low by using Anwar's DNA as the main issue.

    It's disgusting. It's good that you write on the issue. UMNO should be able to go to the front with quantifiable issues not about anus of somebody.

    It's already in court. Let the court come out wth the verdict.


    disgusted bachelor.

    ReplyDelete
  27. Umno dituduh guna dubur utk kekalkan kuasa. Tapi anwar juga guna dubur yg sama utk dapatkan kuasa. Ini yg saya maksudkan bro aspan. Walau pun sdr org lama tp sdr hanya nampak gerakan politik umno tp tak nampak gerakan politik anwar...saya tak pasti samada sdr tak nampak atau buat tak nampak. Ini yg saya kata sdr kena adil.

    ReplyDelete
  28. Saya keliru bila tuan aspan cakap biarl mahkamah menentukan krn kes telah dibawa kemahkamah at d first place. Kalau tuan tak setuju gerakan demo yg dibuat oleh ngo supaya anwar serah DNA kenapa tuan tidak komen pasal tertuduh yg menggunakan pentas politik utk membicarakan kes mendudbur ini?

    Keliru.

    ReplyDelete
  29. Anon 17.29
    Mahkamah berat sebelah? Hujah pendakwa kalah? Apa yg kalah? Yg kalah bicara dlm bicara pasal tiga bahan bukti yg ditolak sbg bukti. Kau ni tak faham lah.
    Konspirator dtg dr umno baru?
    Penduburan berlaku dlm apartment hasannudin org kuat anwar. Dia bgi apartment percuma. Saiful org suruhan peribadi anwar. Hebat sungguh konspirator ciptaan umno baru yg berani fabricate pertuduhan dlm tempat pejumpaan sulit anwar dan gunakan pulak budak suruhan anwar sbg pihak yg menuduh. Aku tabik dgn kehebatan konspirasi puak umno baru kalau boleh buat sampai tahap ni.

    ReplyDelete
  30. Anon 22:29

    Nampaknya anda tidak mengikuti perbicaraan sodomi 2 sejak dari mula. Bagi yang mengikuti secara konsisten tentu tidak sukar untuk mengikuti pelbagai perkara luar biasa yang berlaku yang nampak jelas berat sebelah. Insiden-insiden berat sebelah yang berlaku dalam kes sodomi 1 nampak jelas berulang lagi.

    2. Heran dgn konspirasi UMNO Baru? Bapak kepada konspirasi ini ialah bagaimana Menteri Dalam Negeri sengaja mem biarkan UMNO terus mati dalam tahun 1987 dulu. Dia buat parti baru yang bernama UMNO BARU

    WAK JERMAN

    ReplyDelete
  31. Depa lupa pula minta DNA Najib dan Rosmah berkaitan dengan pembunuhan Altantuya??????

    ReplyDelete
  32. Salam,

    Parti2 di negara kita seperti umno...pkr pas dap dan lain2 dah hancur...kami org2 muda dah muak dengan apa yang terjadi....saling tuduh menuduh satu sama lain...berbagai fitnah timbul....aku rasa suatu parti baru yang menjaga kepentingan rakyat patut ditubuhkan...

    ReplyDelete
  33. Salam Saudara ....apa yang saudara tulis memang betul...tetapi bagi mereka yg ada kepentingan terlalu sukar untuk menerima kebenaran...
    teruskan menulis saudara...

    ReplyDelete
  34. Wak german..
    Apa la lu..gua tanya pasal konspirator umno baru pasal dubur yang lu pegi lari kes 87 apa hal...

    ReplyDelete
  35. Kalau dah empunya dubur tak jaga duburnya, tanggungjawab orang lainlah untuk menjaga duburnya.
    Maka tak salah orang berdemo mintak dia buktikan kebenaran dengan DNA.
    Betulkan begitu Tuan Aspan.
    Janganlah pulak ada satu law untuk Leather King dan satu law untuk orang biasa.
    Mana ada jalan macam tu.

    ReplyDelete
  36. Wak german ikutka kes sodomi 2 dr awal sampai akhir? Kalau ikut bagilah bukti bab yg mana berat sbelah tu???

    ReplyDelete
  37. Pandangan tuan bergantung pada dubur utk mileage politik saya kira amat dangkal. Tuan seperti cuba memperlekehkan mahkamah dan institusi kehakiman dan seluruh institusi yg wujud di negara ini. Tuan cuba mengatakan di malaysia kuasa semua bawah prerogative penguasa politik semata.
    Jika ikut analisa tuan, semua hakim, pendakwa atau penyiasat adalah pasukan robot yg tiada jiwa,perasaan dan maruah mahupun accountability thdp bidang,tugas dan tanggungjawab sbg seorg kakitangan eksekutif dan kehakiman dan sbg seorg hamba tuhan. Adakah tuan cuba memberi tahu mereka2 ini hanya mengikut telunjuk penguasa politik dan tidak seorg pun dikalangan mereka yg ada maruah dan harga diri? Apakah apabila mereka menjalankan tugas mengikut sop yg mereka perlu ikuti, maka itu juga sop yg ditelunjuk oleh penguasa politik?dan adakah sebarang isu yg dipaparkan oleh media bkaitan dgn kes ini tidak ada reaksi langsung dr rakyat? Apakah bila pelbagai reaksi dr rakyat ini yg menyebabkan kpd perdebatan dan perbahasan ini juga hasil dr spinning dr penguasa politik? Apakah hanya penguasa politik umno sj yg perlu dtuduh menggunakan isu dubur utk mileage politik dan pihak anwar dan gerombolannya tidak langsung memanipulasi kes ini supaya rakyat semua akan beranggapan penguasa umno hanya mahu kuasa dan akan lakukan apa sj utk kuasa? Di mana tuhan?
    Tp komen sy yg nampak boleh mempengaruhi pembaca jarang sekali dikeluarkan oleh pemilik blog ini atas sebab yg saya sendiri tak tahulah...

    Keliru

    ReplyDelete
  38. Anon 01.38

    Anda tanya kenapa Najib tak dminta kasi DNA berhubung kes Altantuya.
    Hari ini Najib kata dia tak takut beri DNA. Dia bersedia jika diminta seperti Anwar.
    Begitu juga Muhyiddin,jawab beliau.
    Berani kerana benar katanya.

    ReplyDelete
  39. Salan Tn. Aspan/Semua.

    Lama dah tak komen.

    DARIPADA 41 PEMBERI KOMEN DI ATAS TERMASUK SAYA DAN PEMILIK BLOG.

    26 menyokong penulisan Tn. Aspan
    14 membangkang
    1 atas pagar

    PERATUSAN MENYOKONG = 63.41%.

    Kesimpulan saya :-

    1) 63.41% adalah kumpulan sedar dan celik yang nampak negara ini ditadbir secara tidak telus dan tidak betul.

    2) BN mengulangi kelemahan dan kesilapan yang dibawa Mahathir.

    3) Kreativiti Pemimpin BN di dalam menanggulangi permasalahan negara adalah cukup lemah sehinggakan hal dubur yang paling jijik dalam anggota manusia digunakan untuk menjijikkan kepala Rakyat.

    4) Negara bangun atas dasar Pemerintah, Rakyat, Politik dan Ekonomi yang SIHAT.

    5) Pemerintah tidak sihat akan menggunakan isu desperado dan fakta tidak sihat dan yang bangang-bangang untuk membangangkan rakyat. Fakta ekonomi juga tidak terkecuali dengan isu dan fakta bangang. Akhirnya, keadaan menjadi tidak sihat.

    Kesimpulannya :-

    1) JADIlah Rakyat yang celik akal dan mata hati.
    2) JANGANlah jadi Rakyat yang banggang dengan mudah untuk dibangangkan dengan isu2 bangang.

    Jika panduan 1) dan 2) ini diamalkan, Insya'allah anak keturunan akan jadi sihat, bijak, celik dan tidak bangang.

    Sama-samalah fikirkan.

    "Teropong Ajaib"

    ReplyDelete
  40. @anon 19 March 08:42

    Apa bukti-bukti yang kes ini boleh jadi kes mahkamah di Malaysia?!!

    Kalau di negara-negara di mana procedure kehakiman dapat diteladani dan sentiasa dijadikan buat rujukan, kes ini tentunya di terbalikan menjadikan kes salah guna kuasa kerana bukti-bukti yang jadi penentu baginya adalah lebeh jelas.

    Kalau ikut procedure Mahkamah Syariah pula, dengan bukti-bukti yang sedia ada kes ini tentu terjadi kes dimana ramai (seperti sepatutnya TDM patut didakwa kerana berlebihan pada sodomi 1) dihukum pesalah-pesalah atas dakwaan Qazaf dan seterusnya kenyataan-kenyataan mereka tidak lagi perlaku kerana telah dihukum telah pernah membohong dan memfitnah.

    Samada sedar atau tidak perbuatan memperlekehkan tuntutan pengadilan mengikut Islam itu pasti akan dituntut dan masa depan pelaku-pelakunya amat cerah sekali ketika dihadapkan di Mahkamah Allah SWT kelak!

    ReplyDelete
  41. Bukti berat sebelah:

    1. Saiful cakap merapu..2 hari tak berak. Cakap dipaksa semasa diliwat. Tapi siap bawa gel. Dan pertuduhan adalah suka sama suka. Defence Counsel minta salinan percakapan Saiful..kerana beranggapan Siful cakap merapu dan bohong. Fasal apa Pendkawa bantah sedangkan s.113(2) kanun Acara Jenayah jelas memperuntukkan supaya statement dia hendaklah diberi kepada pihak pembela.

    2. Apasal semua dokumen2 dan lapuran2 Doktor dalam pengambilan specimen dlm jubor Siful tidak diserahkan kepada pihak pembela apabila diminta. Last2 dpt tahu proforma yg disediakan dlm pemeriksaan Siful tertulis: 'attempted sodomy'.

    3. Apasal pendakwa cakap tak tahu menahu tentang laporan Doctor Pushrawi yg menyatakan pengakuan Siful jubornya ditosok dng Plastic. Doktor Pushrawi mengesahkan tiada kesan liwat dijubor Siful. Ini juga disahkan olih Doktor GHKL.

    4. Dalam kes rogol: perempuan kena cakap dia dirogol atau dia serah 'dia punya' secara sukarela. Kalau serah secara sukarela mana bolih lekat kes rogol. Dalam kes Siful ni...pertuduhan cakap sukarela tetapi Siful bagitahu satu dunia dia dipaksa. Ini bermakna keterangannya tak bolih dipakai. Itu sebab statement Siful mesti diserahkan kepada pihak pembela untuk memulakan tindakan 'prosiding mencabar kesahihannya'..iaitu cakap berbelit dan bohong.

    Banyak lagi yg tak kena. Kalau dulu kau tanya munkin aku bolih bagi 10 muka ketidakadilan kes ni.

    ReplyDelete
  42. pening la...terutama bila tiba pru 13 nanti..rasa nya tak mau undi bn atas sebab yg bermacam2...tapi nak undi pkr pun...DSAI juga anak didik TDM...asal bn juga.selain isu peribadi..cara2 memerintah lebih kurang..tak ada alternatif yg lebih bagus lah...susah2 tak usah mengundi...toleh kiri toleh kanan dua2 aku benci...
    kalau lah kumpulan bebas juga ada pakatan...mungkin jadi pilihan ke 3..tapi yg menjadi ahli bebas pun nampak nya tak lah bebas juga..
    -berdosakah aku kalau mengundi calon yg rasuah?kalau dua2 calon rasuah macamana pula?mana bukti nya dia rasuah?...ah susah....susah...mahkamah tak pernah buktikan dia rasuah...rezeki dari langit la tu...makan lah banyak2 sebelum cacing makan kamu...

    ReplyDelete
  43. Kalau ini negara normal, saya sokong Anwar serah DNA. Tetapi ini negara telah mengeluarkan laporan hospital bahawa mata lebam Anwar kerana terlanggar dinding penjara, kerana memukul diri sendiri. Sedarlah wahai PUKIDA dan PERKOSA, ini negara badut dan Jabatan Kimia, Hospital Besar semuanya di bawah pengaruh Mahafiraun Kutty. Kalau tidak kerana demonstrasi rakyat, laporan perubatan oleh hospital besar Kl dan pejabat peguam negara akan mengisytiharkan Anwar sebagai memukul diri sendiri sehingga pengsan. Sebelum serah DNA, tengoklah dulu siapa yang akan mengambil tersebut. kalau penyamun dan perompak, tak payah serah.

    ReplyDelete