Bagi seseorang pemimpin yang inginkan ‘self-actualization’ peribadinya, Dr Mahathir adalah pemimpin yang paling berjaya di dalam sejarah negara merdeka kita ini. Apa sahaja yang beliau mahukan berjaya di dapati dan dinikmati beliau. Saya menulis lagi tentang beliau kerana akhir-akhir ini nama beliau menjadi sebutan orang ramai selepas beliau menulis memoir beliau ‘Doctor in the house’ yang sekarang telah mencecah jualan melebihi 10,000 naskah.
Beliau mahir bagaimana hendak mendapatkan apa yang beliau mahu. Beliau memahami apa yang ada di dalam hati rakyat terutamanya orang Melayu dan lebih khusus lagi ialah orang Melayu di dalam UMNO. Dr Mahathir mahir mengambil kesempatan kepada kelemahan orang Melayu dan kefahaman beliau tentang sifat dan perangai orang Melayu.
Itulah sebabnya Dr Mahathir mengambil sifat mudah mengalah dan baik hati orang Melayu itu sebagai kelemahan yang boleh diperguna untuk kepentingan beliau sendiri. Beliau faham orang Melayu mudah percaya dan memberikan keyakinan kepada beliau walaupun banyak dari apa yang dilakukan oleh beliau itu memudharatkan perjuangan orang Melayu sendiri.
Beliau tidak sehaluan dengan semua pihak termasuk UMNO sendiri. Apabila UMNO (asal) itu seperti pertubuhan yang lain yang mempunyai perlembagaan membenarkan pertandingan di dalam parti, beliau mengambilnya ‘personal’ dan apabila parti mencalunkan orang lain untuk mendapatkan pilihan beliau secara sistematik menjadikan parti itu mati di sisi undang-undang.
Beliau kemudiannya menuduh orang lain kerana matinya UMNO itu. Beliau menyalahkan perlembagaan yang membolehkan ahli memilih pimpinan. Sekarang wujud UMNO (baru) yang di tubuhkannya dan parti ini adalah satu-satunya parti di dalam dunia ini yang tidak membolehkan ahli membawa apa-apa kes untuk ‘arbitration’ ke mahkamah. Keputusan undang-undang hanya terletak di tangan pemimpin-pemimpin semata-mata. Undang-undang hanya mereka yang memimpin untuk menentukan.
Keputusan undang-undang hanya untuk kepentingan mereka yang sedang di rasuk kuasa. Yang penting kuasa jangan terlepas kepada pihak lain. Biar putih mata jangan sesekali berputih tulang. Alasannya tentulah untuk menjaga perpaduan UMNO walaupun tujuannya ialah untuk perpaduan di antara mereka segelintir pemimpin yang mabuk kuasa.
Saya selalu bercakap yang slogan ‘kepimpinan melalui teladan’ anjuran Dr Mahathir sangat berjaya. Teladan ini di ikuti sampai kehari ini oleh pimpinan-pimpinan yang menggantikan beliau. Malahan sudah pun menjadi budaya yang diterima pakai oleh kebanyakan yang memimpin kita. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong UMNO pada hari ini ramai yang telah meneladani kepimpinan Dr Mahathir dan ini lah satu-satunya slogan ciptaan Dr Mahathir yang paling berjaya dilaksanakan dan dipraktikan.
Projek pembangunan yang mega-mega hanya dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai orang-orang yang berpengaruh di belakangnya. Setengah syarikat-syarikat itu ada Raja-Raja di belakangnya. Setengah syarikat itu ada Menteri-Menteri si sebaliknya, malahan hanya syrikat-syarikat dan kumpulan yang berpengaruh sahaja yang mendapat segala peluang dalam pengagihan ekonomi negara kita.
Bagi sesebuah negara menjadi negara yang stabil politiknya, asas yang paling penting ialah negara yang mempunyai kelas menengah yang besar. Kelas menengah ini merupakan kumpulan yang berpengaruh untuk menentukan jatuh bangunnya politik sesebuah politik dan negara. Itulah sebabnya di zaman perlaksanaan DEB dahulu Malaysia telah melebarkan kelas menengah rakyat dan apa yang menggembirakan ialah pertambahan bilangan orang Melayu yang termasuk di dalam gulungan ini.
Itulah sebabnya usaha merapatkan perbezaan pendapatan di antara yang berada dan tidak berada menjadi teras utama di dalam usaha mencapai perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Kalau kita lihat contoh-contoh yang nyata, kita boleh melihat di negara-negara maju. Negara maju yang sangat ‘familiar’ bagi rakyat Malaysia ialah England, negara bekas penjajah Tanah Melayu itu dan elok kita lihat contoh yang terbaik untuk menyaksikan negara yang mempunyai kelas menengah yang besar.
Kesetabilan politik negara itu sudah sampai keperingkat optima kerana kebanyakan rakyatnya adalah tergulung kedalam kategori kelas menengah dan tidak banyak perbezaan dari segi pendapatan dan ‘social disparity’ yang besar. Kumpulan yang terkaya memperolehi kekayaan yang besar itu bukan dari keistimewaan dari kerajaan dan tidak kita mendengar PM Britain terlibat di dalam pembahagian projek-projek gergasi seperti yang berlaku di sini.
Gulungan yang terkaya hanya kecil bilangan jika dibandingkan dengan 55 juta rakyat negara itu. Begitu juga sebaliknya junlah yang miskin tidak begitu tinggi peratusannya seperti yang ada di sini.
Dr Mahathir lah yang memulakan budaya seorang PM mempengaruhi pembahagian projek-projek raksaksa kepada kawan-kawan dan kroni yang rapat sehinggakan sekarang ini kita mendengar ahli-ahli perniagaan yang bertanya serta tercari-cari siapa yang boleh membuka jalan untuk memajukan ‘proposal’ perniagaan terutamanya jika jumlah yang terlibat itu melibatkan berbillion ringgit.
Sesiapa yang mengenalkan dan membuka laluan kepada PM dan orang yang berkuasa yang lain sudah tidak bersusah payah untuk berniaga kerana komisyennya sangat besar. Jumlah kos komisyen itu sudah dimasukan ke dalam kos projek itu sebagai ‘pelincir’ untuk pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan kepada siapa projek itu di anugerahkan.. Budaya ini sudah menjadi budaya yang sudah sebati dan sesiapa yang menegur dan membangkitkan isu ini akan dianggap sebagai kesalahan.
Itulah sedikit sebanyak coretan yang membuktikan bahawa slogan ‘kepimpinan melalui teladan’ anjuran Dr Mahathir itu sangat berjaya sehingga ke hari ini. Budaya ini tidak akan dapat di hilangkan selagi UMNO masih dipimpin oleh jenis pemimpin didikan pemimpin besar dunia ketiga ini.
Sdr ku Aspan,
ReplyDeleteYou write spot on. I never miss reading your brave write-ups.
saleh man
Asalam saudara aspan,,,, Di zaman tun m. tidak banyak berita dan akbar yg kita bacakan,,, maka nmedia yg pro bn dan umno telan menjadikan tun m menjadi pemimpin yg cukup popular di kelangan org melayu..... Namun kini keadaan sudah berbeda, ,,, dedahan oleh media internet telah memberi lambaran baru, , di mana rakyat telah di dedah dgn perkara yg benar,,,tapi tidak di ambil paduli oleh badan di pertanggungjawapan ??? Di sinilah mula rakyat menyedari kerajaan di bawah umno bn tidak baik seperti yg sering di dakwa oleh media umno bn....Seperti kes bunuh atuntuya,,,, perbicaraan terlalu banyakm yg di reka kan hingga keputusan yg adil tidak di utamakan ... yg penting pm selamat, itu tujuan utama.....? Terlalu banyak kes yg di bawa oleh pihak pr, mahu rakyat biasa yg mencari keadilan tidak di layan oleh kerajaan umno bn,,,, Ini satu persoalan yg cukup besar di mata rakyat di bawah Tindakan yb terlalu berat sebelah di amal oleh pihak penguatkuasa negara malaysia ??? Tun m , mumgkin masih ada yg masih dengAR BUAH FIKIRAN DAN PENDAPAT DIA,,,, tapi rata rata yg dulu menjadi pengikut setia dia telah menjadi mual dan jemu ,,,cakap tak serupa bikin , terlalu banyak salah laku yg tun m buat tidak di jawab ??? Tun m akan rasa selamt bila umno bn masih jadi govt of today ??? Jika terjadi perubahan ge 13,,, sudah tentu akan kecut lari dari malaysia ???? BIar rakyat menjadi pengadil kepada umno danj bn ????
ReplyDeletesalam..pendapat tuan sememangnya bukan rahsia lagi..ianya diakui dan ianya menjadi darah daging orang yang bergelar ahli politik.. dan sindrom ini juga menjadi anutan peringkat penjawat awam yang menjadi mangsa dasar-dasar orang politik ini..justeru itu apa halatuju rakyat?..adakah mahathir yang harus dipertanggungjawab seorang malah teori ini di amalkan oleh semua pemimpin-pemimpin dunia..sebab itulah mereka bercakar sesama sendiri , baling kerusi dan yang paling malang sehingga sanggup mengambil nyawa..hanya untuk mendapat kedudukan dan kuasa..rakyat melayu khususnya orang umno sememangnya suka peluang sebegini sebab sebagai pemimpin khususnya peringkat cawangan tidak ada gaji atau elaun..orang kampung menagih simpati..maka fenomena ini akan berterusan sehingga umat melayu dan bangsa lain membenarkan diri mereka di beli dan di taja untuk kesenangan jangka pendek..
ReplyDeleteMo said...
ReplyDeleteTeori anda terlalu tinggi tahap andaian dan anda terkeliru sendiri.Hubungan rakyat dgn MAhathir hanya hubungan seorg mantan PM. Dia tidak perlukan pengikut setia krn dia mantan. Terpulang kpd rakyat utk menilai.Tapi cuba sdr nilai sendirilah, kalau Tun M turun padang rakyat akan berbondong2 hadir utk dengar apa yg diperkatakannya.Rakyat atas pagar dan non partisan ramai yg datang.
penjilat najis madey
ReplyDeletesdr aspan
ReplyDeletesaya percaya seperti saudara juga, saya tidak mengkritik TDM terhadap keperibadian beliau (seperti mempersoalkan darah kemelayuan atau mencaci cerla dsb). Saya juga percaya banyak kebaikan telah dilakukan beliau. apa yang menjadi persoalan bagi saya adalah adakah corak kepimpinan dan pembudayaan politik beliau khususnya di dalam umno, membawa kebaikan kepada bangsa melayu dan malaysia dalam jangkamasa panjang.
bagi saya, wawasan beliau untuk melihat melayu progresif dan mampu bersaing di mata dunia adalah suatu corak kepimpinan seperti juga para PM sebelumnya yang juga mempunyai corak dan pendekatan tersendiri. tetapi, adakah 'kepimpinan' yang menutup kritikan membina, persaingan politik sihat dalam parti dsb, demi mencapai wawasan tersebut, boleh dijadikan teladan.
hakikatnya inilah amalan politik yang menjadi warisan kita sekarang (menangguh pemilihan, syarat2 pencalonan yang menghalang cabaran sihat), projek mega tanpa pemilihan proses terbuka. walaupun semuanya ini adalah halal mengikut proses (samada parti atau parlimen), tetapi isu tersirat seperti 'legality' dan 'legitimacy' telah menimbulkan keresahan di segelintir rakyat.
bagi saya, masalah begini telah menular sebegitu mendalam sehinggakan minda rakyat telah menjadi kian sempit. 22 tahun adalah cukup lama untuk menjayakan indoktrinasi 'berterima kasihlah lalu akur sajalah apa saja yang pemimpin putuskan' di kalangan tunas bangsa yang akan (malah telah) menjadi barisan kepimpinan baru.
tidak hairanlah jika ulasan seperti saudara (malah ulasan saya inipun) dianggap sebagai luahan kosong dari mereka yang tidak dapat menerima realiti dengan apa yang berlaku pada 1987, yang mana saya anggap sebagai 'point of inflexion' bagi umno dan corak politik malaysia.
salam hormat
glasgow observer
terbaik dari ladang....sinis!
ReplyDeleteU have balls, man...
ReplyDelete'Mahathir mengambil sifat mudah mengalah dan baik hati org melayu sbg kelemahan yg boleh diperguna utk kepentingan beliau sendiri'
ReplyDeleteSaya tidak faham apa sebenarnya yg sdr maksudkan. Adakah kepentingan diri itu meliputi semua segi atau kepentingan utk mengekalkan kuasa atau utk kepentingan peribadi spt tuduhan kronisma dan nepotisma?
Jika atas 3 faktor itu sdr mengambil kesimpulan dan menuduh mahathir mengeksploitasi sifat mengalah dan baik hati org melayu utk memperoleh keuntungan peribadi, saya berpandangan sdr mempunyai persepsi yg terlalu songsang terhadap mahathir, seolah2 sdr beranggapan tujuan mahathir memegang tampuk kuasa sehingga 22 tahun hanya semata2 utk tujuan itu. Hanya utk self actualization. Sdr membayangkan seolah2 mahathir tidak langsung memikirkan ptanggungjawabannya kpd negara sbg PM. Saya bersetuju jika sdr membuat tuduhan n tanggapan sebegitu jikanianya ditujukan kpd seorg yg gila utk menjadi ketua kampong atau pun gila uyk jadi ketua cawangan atau ketua bahagian. Utk menuduh seorg wakil rakyat biasa spt itu pun saya tidak dpt menerimanya 100%, inikan pula utk merendahkan taraf pemikiran dan accountability mahathir selaku PM setaraf dgn ketua kampong.
Mungkin sdr tidak dpt menghapuskan stigma dlm pemikiran sdr akibat dr kegagalan pesaing Tun M yg sdr sokong utk menjadi PM masih merangsang pemikiran paranoid sdr terhadap Tun M. Saya harap komen saya ini dikeluarkan supaya boleh dibahaskan oleh para komentator yg lain. Salam
Telapakholding
Ya, kepimpinan melalui teladan.
ReplyDeleteSetelah hampir kalah dalam pemilihan 1987, untuk kekal berkuasa , dia tubuh UMNO(Baru) dan telah membeli kesetiaan bahagian2 UMNO kepadanya dgn wang, pangkat dan project.
Beliau menang tanpa bertanding sampai baliau berhenti hasil tiada cukup pencalonan calon lain akibat dari quota yang diluluskan oleh orang/perwakilan UMNO yang telah dibelinya.
Pemilihan UMNO boleh ditangguhnya sesuka hati. Malah beliau sesuka hati boleh keluar UMNO dan diterima masuk balik dgn senang oleh pemimpin tanpa tulang belakang yang ketuanya adalah NTR.
Begitulah taksubnya sesetengah orang UMNO kepada TDM. Bagi setengah orang UMNO termasuk Perkasa, TDM can do no wrong and cannot be criticized. The fact that a lot of wastages, leakages, corruption and the rampant abuse of power that had destroyed the various institutions of this country during his 22 yrs rule is non of their concern. The followers are simply blind.
Semuanya ini akan dicontohi oleh majoriti pemimpin UMNO skrg yang natijah akan membawa negara kebelakang. Yang rugi adalah Melayu.
Aspan Alias...
ReplyDeleteBegitu juga negara akan hancor jika rakyat bermantaliti seperti Aspan yang masih tidak jelas dengan kenyataan Dan masih tak mahu matang-matang lagi walau dah mamah tua.
Sedarlah Span... Ada banyak musuh lagi perlu di tentang bukan negarawan agong orang melayu ini(walaupun darah mix) . Kalaupun benci sangat pun takde makna Aspan laaa woi, buang karan je.
Terima kasih Aspan Alias...
Betul ke Britain hanya ada sebilangan kecil org kaya dan malaysia lebih ramai org kaya drpd golongan kelas menengah? Adakah apabila mahathir memegang kuasa golongan kelas menengah melayu semakin berkuarangan dan disparity dgn bukan melayu makin besar dlm kelompok menengah ini? Jika betul sdr harus kemukakan data dan sdr tak boleh memberi komen secara tangkap muat dan agak2 saja. Analisa sdr terlalu bergantung kpd pandangan sendiri semata tanpa sokongan data. Analisa spt ini hanya akan membangkit semangat kebencian yg berterusan dr mereka2 yg sedia membenci mahathir.
ReplyDeleteAl-Qur'an telah menuntun kita untuk memberi amanah kepada pemimpin yang menjalankan agamanya dengan baik, menegakkan hukum dan keadilan, berpegang pada kebenaran, lekas bertaubat bila keliru, memberi informasi yang benar pada rakyatnya, tidak menurutkan hawa nafsu dan selalu membina hubungan baik dengan Allah dan masyarakat. Pemimpin yang seperti ini akan menyebarkan barakah disekelilingnya. Sebaliknya, kegagalan memilih pemimpin yang sesuai dengan nilai normatif Qur'ani, bukan saja menebar musibah di kalangan manusia, namun akan membuat buah yang manis menjadi kecut, tanah yang subur menjadi kering, dan keberkahan menjadi hilang.
ReplyDeletePetikan Sumber : http://media.isnet.org/isnet/Nadirsyah/pemimpin.html
Seorang pemimpin yang zalim, menyengsarakan kehidupan rakyat secara lahir dan batin, ia dan para pendukung serta pemilihnya telah berada pada titik murka Allah swt yang dosanya tak terampuni kecuali ia mampu dan telah menghibur jerit-tangis batin rakyatnya, membahagiakan kesengsaraan mereka; mengentaskan mereka dari kemiskinan dan kefakiran, menyelamatkan mereka dari lembah kehinaan dan kemaksiatan karena kemiskinan. Belum lagi dosa dan penentangan yang secara langsung diarahkan kepada Allah dan Rasul-Nya. Karena itulah, kepemimpinan adalah puncak segalanya: puncak kemuliaan sekaligus puncak kehinaan, puncak keutamaan dan sekaligus puncak dosa.
ReplyDeleteSumber Petikan : http://newsgroups.derkeiler.com/Archive/Soc/soc.culture.indonesia/2008-05/msg02437.html
Kepada anon8:45, saya memang penyokong fanatik TDM, jangan di kritik sikit pon. Alhamdulillah, saya di beri hidayah dan pada tahun 1998, saya sedar betapa jijik dan kejinya perangai TDM, sehingga sanggup memalukan AI, hanya manusia berhati binatang saja yang sanggup berbuat begitu. Kepada penyokong setia TDM teruskanlah, mudah2an anda diberi hidayah dan sedar satu hari nanti. Jika seseorg itu fanatik ckp apa pon x de guna telinga dah pekak mata dah buta.
ReplyDeleteLetchumi kerala,
ReplyDeleteanda diberi hidayah selepas pemecatan Anwar? saya pasti anda adalah dikalangan org yg tidak mengambil tahu langsung hal-ehwal politik dan perkembangan semasa.Anda terkejut apabila negara gegak gempita dgn pemecatan Anwar. Gegak gempita yg dilakukan oleh Anwar sehingga rakyat yg tidak mengambil tahu apa2 pasal politik tiba2 terjaga dari tidor. Bila anda terjaga terus anda mencari maklumat dari sebelah pihak Anwar yg memang berkehendakkan org spt saudara yg tak tau apa2 seramai mungkin utk anwar perkudakan minda yg baru terjaga dari tidor. Kefanatikan akibat dr propaganda anwar telah mendatangkan rasa simpati anda terhadap kononnya kezaliman mahathir. Tanpa mendengar kedua2 hujah sebelah pihak anda terus menolak bulat2 apa pertuduhan yg dikenakan thdp Anwar. anda pasti termasuk dlm golongan org tahap fanatik gaban sehingga gambar mahathir yg keluar dlm TV pun anda kata itu gambar lama dan sekarang mahathir sudah lumpuh akibat dr kezalimannya terhadap anwar ibrahim. Anda juga org yg rasa simpati dgn anwar yang telah dicucuk dgbn kuman HIV oleh polis atas arahan mahathir. Akhirnya semua cerita itu terbukti pembohongan dari Anwar. Dan anda adalah salah seorang yg jadi mangsa manipulasi Anwar. Adakah ini pentunjuk? hihihiohi...
Bila berkuasa terlalu lama,menjadi sukar membezakan antara harta sendiri dan harta negara.
ReplyDeleteBila dah sedap makan harta haram,ditambah pulak dengan kuasa yang tiada had maka bertambahlah kekejaman terhadap mereka yang menkritik atau mempersoalkan penyelewengan tersebut.
Maka berlakulah konspirasi,tipu helah,penipuan,ugutan,penganiayaan,yang ditunjangi badan2 kehakiman,penguatkuasa undang2 dan penjawat awam yang dinaungi atau dirasuah untuk menjalankan agenda keji tersebut.
Berikutan itu muncullah undang2 yang kejam seperti ISA,Akta Hasutan,OSA dsb.
Perbuatan keji tersebut dilakukan dengan alasan menjaga kepentingan Melayu,keselematan negara dan terbaru mengheret Raja-raja sebagai langkah terdesah.
Sentimen Raja2 Melayu dimainkan kerana org Melayu begitu sensitif dan bangga dgn sejarah kegemilangan Raja terutama kesultanan Melaka.
Raja2 yg dahulunya "memayungi" rakyat,sekarang ini memayungi UMNO.
Rasa terhutang budi disebabkan dapat projek2 dan konsesi balak diutamakan lebih2 lagi kalau dilihat senarai penerima anugerah kebesaran - kebanyakan towkay2 besar yang banyak "berjasa" kepada istana.
Yang terbaru UMNO cuba mengheret Angkatan Tentera yang dgn tiba2 memberi amaran supaya rakyat jgn cuba meniru Mesir,Tunisia atau lebih dahsyat Libya.
Seperti yg berlaki di Libya,tentera adalah benteng terakhir penentu tampuk kuasa atau
"kingmaker".
Persoalannya ialah adakah kita sanggup bersabar diperkudakan selamanya?
Bijan Hamsor
Wah... Aspan...
ReplyDeleteLepas aku baca artikel anda mengenai Mahathir paranoid dengan Anwar baru aku tahu siapa kau.....
Memang tak boleh pakai
Bijan hamsor,
ReplyDeleteBijan bijan. Apalah macam ni jadinya komen kau ni. Fakta sesedap rasa dan sesedap hati dan missing link serta tunggang terbalik.
Akta ISA, hasutan tu bila wujud..zaman mahathir ke? Cubaan mengguna tenteralah, raja jadi alat umno lah.
Macam mana ko ni tak tau membezakan andaian dgn fakta kes ni? Aku tengok hearsay pun pun kau anggap fakta.
Memang ko ni makanan kesukaan shaitonirrojim lah.
Pemimpin mesti memberi teladap yang baik.
ReplyDelete1. Jangan ambil walau 5 sen wang negara suka2.
2. Jangan kejam kepada rakyat, cukai2 sana cukai sini tapi dia semua free.
3. Jangan membazir melampau, makanan membazir sana sini, buang duit sana sini, rakyat banyak makan ikan masin je malah ada tak makan 2-3 hari.
Jangan sangkal cakap saya macam2, tunjuk teladan cari orang susah. jangan glemor nak masuk tv je.
sape2 yg jd pemimpin zaman sekarang nih akan sama sahaja perangainya. bahkan mungkin lg teruk yang sebelumnya.
ReplyDeleteatau jika pakcik sendiri yg menjadi pemimpin sekali pun, perangai pun tetap sama nnt..
mata gelap dek RM
same saje!
creative,
ReplyDeleteIni dunia. Macam-macam boleh terjumpa. Jangan samakan semua manusia engan Mahathir dan pemimpin tajaan nya.
Cukuplah kerosakan yg Mahathir telah buat. Cukuplah
Aspan,
ReplyDeleteI adore you for being patient to attend to stupid comments from commentators with little brain.
Some of your commentators, I can safely say, that they either have mud or cow dung in their heads.
Some seem to have tumors in their brain. OR a bit of brain in their tumors.
They talk about politics which they know too little.
shahrudin, JB.
Aspan,
ReplyDeletekomen-komen kau tentang TDM amat tepat sekali dan den doakan kau terus berjaya dalam karier baru kau ni.
terimakaseh
Kamarol zaman (Bahau)
Shaharudin JB,
ReplyDeleteEven if you can see a tumor inside a brain that does not mean you have more brain tissue compared to those who could not see it (tumor). I actually wonder where you get that specialty -- able to see tumor inside people's brain? Now i realised where you got it. Mud and cow dung in the diet are probably the contributory factor! No?
hik hik
mahathir is the greatest deceiver as he can mesmerize even the so-called educated Malays to believe him.
ReplyDeleteHe is a fake Malay leader and he does not have the love for his race.
He is Indian by blood and a Malay by his choice.
he lied and lied for more than 3 solid decades.
I know he is laughing at all Malays for believing his deceits.
He hates anyone who realizes who he is.
SEBENARNYA..APA YANG KORANG NAK DARI ORANG POLITIK? SEMUA YANG ORANG POLITIK BUAT SALAH..BAGI AKU LA, AHLI POLITIK KERAJAAN DAN AHLI POLITIK PEMBANGKANG ADA BAIK DAN ADA BURUKNYA..ITU ADALAH LUMRAH MANUSIA CIPTAAN TUHAN, BANYAK KEKURANGANNYA...
ReplyDeleteNI AKU NAK TANYA PADA KOMENTAR2..APA SUMBANGAN KORANG PADA NEGARA? X KISAH LA SUMBANGAN APA PUN..SEKURANG-KURANGNYA AHLI2 POLITIK ADA LA SECUIT SUMBANGAN..INSYA ALLAH ADA PAHALA TU, YANG KORANG NI APA SUMBANGANNYA? ASYIK NAK CAKAP ORANG TU SALAH, ORANG NI SALAH..KORANG TU BUAT SEMUA BETUL KE NAK TUNJUK ORANG LAIN SALAH NI??
CAKAP ADA ORG SUSAH MAKAN IKAN MASIN 3 HARI..HA.>APA SUMBANGAN KO NAK TOLONG ORG TU? KOT LA BAGI SIKIT IKAN KE KAT DIA..TOLONG LAPOR KAT JABATAN KEBAJIKKAN KE..
SUDAH2 LA MENGKRITIK ORANG WEI..CERMIN DIRI MASING2..NI DOSA HINA DAN FITNAH ORG NI SUSAH NAK AMPUN, KENA PEGI MINTA MAAF KAT ORG YG KINA HINA DAN FITNAH TU, KOT MATI LAH ORG TU, BWK DOSA KE KUBUR LA KITA..IKHLAS
SALAM
Aspan,
ReplyDeletePenyokong membuta tuli Dr Mahathir tidak berbahas di atas tulisan sdr. Mereka adalah di kalangan manusia yang tidak mampu mempertahankan apa yang saudara katakan tentang Dr Mahathir.
Kehilangan kewibawaan judiciary dan kehilangan kredibiliti pdrm serta banyak lagi kerobohan institusi demokrasi di bawah pemerintahan mahathir tidak dijawab.
Keruntuhan budaya politik yang baik tidak dijawab. Yang lebih lagi ribuan juta ringgit wang rakyat yang dipergunakannya untuk menyelamatakan perniagaan anaknya mirzan tidak di nafikan.
Bagfi saya, jika pemimpin menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak yang gagal itu adalah pemimpin yang berdosa kapada rakyat dan negara.
Ini sahaj sudah cukup untuk mengecap Dr Mahathir tidak bertanggun jawab di atas kepercayaan rakyat yang di terimanya.
Dr Mahathir pendusta besar. Walau bagaimana pun saya puji sdr kerana berani mengeluarkan isu yang orang lain takut untuk menyebutnya.
Syabas sdr.
ikhwanul muslimin.
Sekelian yang terbaca komen saya ini,
ReplyDeleteDr Mahathir selamba sahaja berbohong dan ramai pula yang percaya tu.
Tak usahlah nak menegakan benang basah Dr Mahathir.
ismail din