22 March 2011

Kenali Dato T dahulu, baru ambil kesimpulan

Saya diminta oleh beberapa orang pembaca saya melalui e-mail dan komen di dalam blog saya tentang isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya tidak berapa berminat untuk menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana ada yang meminta saya mengomennya saya tulislah sedikit apa yang ada di dalam fikiran saya ini.

Yang meragukan ialah, benarkah ‘pelakon’ di dalam video itu Anwar kerana bak kata Anwar di dalam ‘press conference’ beliau yang perut pelakun itu buncit dan tidak seperti perut Anwar. Akhirnya jika dilakukan penyiasatan yang betul manusia yang dikatakan pelakon itu akan dapat diketahui umum juga.

Tetapi kemusykilan yang sangat besar ialah siapa kah dia ‘Dato T’ ini? Kenapa Dato T tidak tampil kehadapan dan menunjukan identity beliau? Jika orang umum hendak menjadi pengadil kepada isu ini, Dato T mesti terlebih dahulu zahirkan dirinya di khalayak ramai. Orang ramai mesti hendak tahu siapa Dato T ini. Setelah mengenali siapa Dato T ini barulah orang ramai boleh mengolah isu ini samada isu ini di lakukan oleh Dato T ini adalah bermotifkan politik.

Kita tidak boleh membuat kesimpulan yang pelakun itu ialah Anwar sedangkan kita tidak tahu siapa Dato T ini. Hanya orang politik yang tidak ‘center’ pemikiran sahaja yang terus mempercayai yang pelakon itu adalah Anwar Ibrahim.

Buat masa sekarang pihak yang berwajib patut menyiasat siapa ini Dato T dahulu. Setelah tahu siapa Dato T barulah kita buka mahkamah awam dan kita lakukan perbahasan dengan cara terbuka.

Dalam keadaan politik sekarang timbulnya video lucah ini tidak mustahil dilakukan oleh pihak-pihak yang sedang mengalami ‘political desperation’ yang ingin mengambil kesempatan di dalam keadaan dan situasi politik yang gawat.

Di negara ini bukan kita tidak pernah menyaksikan bagaimana pemimpin yang naik sampai ke kemuncak kerana pandai mengambil kesempatan dari keadaan krisis yang besar.

Dalam isu ini kita mesti tahu siapa Dato T dahulu. Selagi identity Dato T tidak dapat dipastikan isu ini mungkin menjadi isu ‘counter-productive’ kepada pemimpin-pemimpin dan parti yang memusuhi Anwar.

49 comments:

  1. Tuan, Apa pengajaran berguna yang boleh diambil dari skandal terbaru ini dengan Tun Mahathir?

    ReplyDelete
  2. Aspan,

    Aku tidak pernah suka kepada Anwar....tetapi aku sudah mula bersimpati dengannya.

    Takut betul setengah pihak dengan AI. Perlakuan politik sudah keterlaluan. Tidak boleh dibiarkan lagi!!!!

    peneroka cini.

    ReplyDelete
  3. Tidak ada lagi politik di negara kita sdr Aspan.

    Isu ini isu gilalah!! It's absurd.

    ReplyDelete
  4. Jangan di soal soal lagi tuan tuan.

    Ini adalah salah satu strategy UMNO lakukan terhadap pembangkang kerana mereka akan tewas dalam pru nanti.

    Begitulah jahatnya setengah pihak dan video ini merupakan strtegy untuk mempertahankan diri yang sudah lemah.

    Politik biol

    ReplyDelete
  5. gua sokong kita misti cari siapa itu datok t,,,vedio ini misti ada agenda,,,perancangan amat rapi,,,gua saran umno misti hati2,,,,gua curiga saperti ada udang disabalik mee isu ini,malah puak pkr dngan kuncu2 nya bagitu cepat melatah,samatelah meka belum tengok lagi vedio,malh vedio belum lagi tersebar,,,,yg pasti allah akan tunjok siapa benar siapa salah,,gua ingat tak lama dah allah akan tunjok,,,,

    ReplyDelete
  6. Apa yg pasti dato T adalah dr kelompok anwar dan mungkin org kepercayaan anwar. Jika tidak masakan anwar suruh dia tolongbambilkan jam yg tertinggal di hotel.
    Ko org mula lah nak jump to conclusion ini satu lagi kerja gila dan bodoh pemimpin umno.
    Mungkin para pengkomen dlm blog aspan bakal termasuk dlm kalangan org yg telah berjaya dimanipulasi minda oleh anwar. Anwar awal2 tuduh ini rekayasa dr smear politic yg tak habis2 nak mengenakan dia dgn isu sex. Tapi org spt anwar boleh lakukan rekayasa utk pulihkan persepsi rakyat dan pd masa yg sama bunuh 3 ekor burung dgn hanya guna 1 peluru.
    1. Video palsu cgi rekayasa anwar akan menyebabkan rakyat membenarkan bhw selama ini dia dianiaya sejak 1998.
    2. Rekayasa ini akan menenggelamkan terus kisah kedegilan anwar memberikan DNA.
    3. Pd masa yg sama dia dpt meyakinkan semula wan azizah dan anaknya yg mungkin sudah sedikit ragu dgn laki dan ayahnya.
    Inilah teori rekayasa menggunakan teknik aniaya diri utk mendapat simpati dan memulih semula sokongan.

    ReplyDelete
  7. Aspan and all,

    Do you all still remember when Dr M telling us that the injury on Anwar's eye was self inflicted?

    In the end it was the heinous work of the former IGP.

    That tells everything. Anwar will be be facing a lot more allegations before the GE.

    ReplyDelete
  8. Anon 07:59

    Tolonglah...! Bukalah minda dan akal waras anda dan janganlaah bangang sangat macam kerja talibarut. Tn Aspan sendiri tidak berani menuduh sebab ini IT. Gambar Najib pakai serbanpun, nampak real. Gambar Rosmah joget paut besi pun nampak real.

    Cukup musykil, buat apa BN nak keluarkan di muka depan akhbar Nasional macam Malaysia ni ketandusan berita. Tahu tak, berita gini kerja bodoh yang menyebabkan rakyat benci. Paparan gini merosakkan minda dan akal budi rakyat. Ini kerja bodoh.

    Tolonglah...! Rakyat dah jelak melihat fitnah2 menjatuhkan Anwar ni.

    Think wisely as a human being.

    ReplyDelete
  9. Salam

    Sy memang xberkenan dgn DSAI, tapi part2 cam ni, biarlah betul2 sahih, tunjukan bukti dgn jelas tanpa keraguan....ini bab maruah beb....

    Jangan lempar batu, sembunyi tangan

    ReplyDelete
  10. Bro Aspan,

    1.Timing pendedahan video terbaru ini begitu interesting sekurang-kurangnya dari 2 aspek.

    Pertama dari aspek ianya bertepatan dengan pembubaran DUN Sarawak.

    Kedua berkaitan dengan perkembangan terkini perbicaraan kes liwat 2 dimana pihak pendakwa sekarang ini berada dalam terdesak apabila DNA yang diperolehi Polis secara helah ditolak oleh mahkamah - bukti terpenting untuk mensabitkan DSAI sebelum election DUN Sarawak dan GE13!

    keputusan hakim esok mengenai 2 rayuan pendakwaan is very intersting to watch. So far,hujahan pendakwaan agak lemah berbanding dengan pihak penbela. if it goes DSAI's way ( which l doubt), then kita tahu mengapa video terbaru ini disebar semalam. else kita akan lihat " 8 1/2 twist somersault" terhebat telah dibuat oleh hakim - satu terjunan sukan papan anjal yang mustahil telah berlaku dan hanya boleh berlaku di malaysia!

    bersambung....

    bat8

    2.

    ReplyDelete
  11. Bro Aspan,

    sambungan...

    3. saya sependapat dengan bro bahawa kita perlu establish dahulu indentiti datk T ini. Satu perkara penting yang kita tahu, motif pendedahan datok T ini sama dengan motif Umi hafilda - untuk memaksa DSAI meletak jawatan politik!( both work for same goal or same dalang?...no?)

    4. yang paling penting kita perhatikan dalam 2/3 hari ini ialah apakah tindakan pihak berkuasa. yang Datok K telah melakukan satu kesalahan yang jelas - menayangkan tayangan lucah di tempat awam! Of all places, tayangan tersebut di buat di Sri Carcosa Negara! why not at any hotel in PJ or KL?

    5. ketiadaan lapuran polis bukan alasan yang lojik untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dalam kes yang dilapurkan dengan meluas di TV dan MSM!No action masuk hari ke 2?.......hahahaha

    6. Persedian Datok K untuk membuat pendedahan ini bukanlah kecil dan pasti melibatkan banyak orang dan pihak. Nak panggil senior editors MSM bukan kerja anak-anak dan senang! - yet nobody can sniff anything? Pengurusan Carcosa Negara tak tahu apa sedang berlaku semasa pendedahan itu dan tidak tahu bahawa satu kesalahan sedang berlaku di premis mereka sehingga mereka tidak mengambil tindakan menghubungi pihak berkuasa untuk melapurkannya?

    Lu orang pikiaq la sendiri!

    bat8

    ReplyDelete
  12. Ini faked punya sex video. Kalau genuine punya dan Anwar sah terlibat, Umno tidak akan buang masa dan tayangkan sex video itu satu dunia di TV1-9 termasuk Astro untuk tuntonan kita semua. Anwar tidak ada kes untuk saman, sekiranya betul dia terlibat.

    Ini Dato T..hantu toyol upahan Taib Mahmud. Kalau video itu genuine, dia akan publicly appear himself kerana ini soal maruah pemimpin negara.

    ReplyDelete
  13. Bro Aspan,

    Totally agreed with you & bat8. There are a lot of unanswered questions about this dato T character...if he really is a dato? I believe he is just a paid messenger.
    And his demand...AI & wife have to resign. No intention to lodge a police report? Obviously, this is a 'political motive' threat but the question is by whom? And who will benefit the most from this episode?

    In Dire Straits.

    ReplyDelete
  14. "Hanya orang politik yang tidak ‘center’ pemikiran sahaja yang terus mempercayai yang pelakon itu adalah Anwar Ibrahim."

    Teringat ulasan Zulkifli Nordin dalam buletin utama tv3 malam tadi....hehehehe.

    ReplyDelete
  15. datuk t, datuk k....

    i hate all these datuks....
    one day we will line up these datuks and pelt them with tomato and stones.....

    tiada negara di dunia yang betul2 gila gelaran melainkan MALAYSIA....

    wuekkkkkk

    ReplyDelete
  16. Ingin tgk video najib bersama ziana di Port Dickson....

    ReplyDelete
  17. Kalau tidak mahukan Anwar untuk menjadi pemimpin, jatuhkan dia dengan cara terhormat.

    Kalau tidak mahukan Anwar menjadi pembela nusa dan bangsa, nyahkan dia dengan cara beradab.

    Dulu aku tak minat dgn Anwar,tapi sekarang seluruh keluarga aku sudah simpati dgnnya. Kami tekad untuk undi PR kali ini biar apa sekalipun.

    Kami dah meluat dgn. akhbar arus perdana dok asyik perlekeh dia,
    macamlah pemimpin2 UMNO lain tu baik sangat!!!

    ahli umno sejak 1973.

    ReplyDelete
  18. bat8,
    bukan senior editor msm sahaja yg tengok...wartawan online dan Harakah juga dijemput dan hadir!
    Mereka sepatutnya yg perlu buat laporan polis kerana saksi terus kepada rakaman tersebut!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  19. anakjati-sgway,

    Buat apa nak lapor kepada Polis. Buang masa. Polis tak akan siasat sebab mereka tahu itu video tape palsu.

    Mereka hanya akan siasat sekiranya mereka tahu video tape tu genuine dan Anwar terlibat. Siasatan bukan untuk tujuan mendakwa tetapi nak bagi senjata kepada Umno untuk hentam PR dan Anwar.

    Tak kan tak kenal Polis malaysia lagi.

    ReplyDelete
  20. Aku pelik dgn blogger umno nih, dulu kata aljuburi, sekarang dgn pompuan pulak, dulu kata gay lah homo lah. Podah bloggrr dumbno ni, memang betul2 DUMB, dgn duit jalan lah bila x dpt duit dok melompat mcm beruk mat yeh.

    ReplyDelete
  21. Tuan,

    1. hari ini DSAI telahpun membuat lapuran polis mengenai video tersebut. Jennng....jeng...now the interesting part is about to begin. kita sama-sama tengok sejauhmana kecekapan polis kita menyelesaikannya.

    kalau siasatannya slow macam siput tu, kita buatlah penilaian sendiri. Selalunya kalau kes yang melibatkan pembangkang, mereka menjadi begitu efficient!....hehehe

    2. Kita tahu Carcosa negara adalah sebuah hotel yang amat ekslusif dan steep in tradition. pak mat tempe sure tak mampu nak tidoq sana. silap-silap pak mat tempe kena halau sebelum sempat nak bukak mulut.

    3. jadi polis tidaklah sukar untuk mendapat maklumat siapa yang membuat tempahan bilik yang dibuat tayangan tu kan. wartawan-wartawan yang hadir sure boleh bagi no-no bilik tersebut. so taklah susah sangat polis nak pi cekup siapa dulu. Sama-sama kita saksikan episod seterusnya.

    4. apapun, motifnya cukup jelas. yang pasti, pihak yang merancangnya sememangnya sloppy dan desperado. Terlalu panik dan mengelabah beruk. tentang apa ye....hehehe.


    wak jerman

    ReplyDelete
  22. tn, bbp kemusykilan ana,

    1. pasai apa laci hotel dikunci. bukan ka laci untuk kegunaan pelanggan; sapa pegang kunci..pihak hotel?
    2. khadam dsai mesti dah recce bilik tu, pastikan selamat.
    3. cctv tu dah pasang awal..macam plan nak perangkap dsai. pasai apa depa yang pasang tu tak terus amik video tu bila selesai. ni atok pulak yang jumpa. macammana dia masuk bilik..boleh mintak kunci macam tu ja?
    4. atok ni mesti dah tau perangai dsai, tu pasai dsai suruh dia amik jam tertinggal. Pasai apa mangkuk ni terkejut tengok video tu
    5. amoi tu kebas jam...dah belah baru dsai perasan tertinggal jam...tak lojik.
    6. Pelacur yg pro tak kan kebas jam...too obvious. Nanti kena belasah dgn bapak ayam... sbb curi barang pelanggan.
    7. video tu 21hb feb, awat lambat sgt dedah..price not right kot..
    8. Awat suruh wan azizh berhenti...patutnya simpati
    9. kalu atok rapat dgn dsai, tak kan dsai tak kenai dia.
    8. kalu betui...bodo nya dsai. Dah tau orang perati pergerakan dia, masih nak cari nahas lagi.

    ReplyDelete
  23. Mengejutkan!!!!! Pertunjukan Video Seks kepada para wartawan di Carcosa. Tak hairanlah pihak wartawan semakin 'gila seks' sekarang ni.

    Terfikir pula apa yang akan jadi kepada generasi kita nanti. Rakyat Malaysia dah 'overdose' dengan berita-berita seks sekarang ini. Tsunami Seks dah menyerang Malaysia.

    Ya Allah, semoga kau selamatkanlah mereka-meraka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  24. Asalam saudara aspan,,,,Dalam kes2 anwar semenjak tun m dulu hingga najib kini,,,kes kes anwar terlalu banyak yg di buat buat seolah rakyat di malaysia ini sangat bodoh .... dulu mata lebam, sendiri pukul, apa jadi igp pukul, kes lewat tak 1 tak bersalah, anwar di hukum atas kesalah yg lain konon ? Terlalu banyak bokti2 yg rakyat secara logik tak dapat terima lagi main politik yg lansung tidak bermaruah ini...??? Malu kita rakyat malaysia jika mentaliti politikus yg kita harap di malaysia ini masih memiliki mental yg usang dan kuno ???? Di negara lain pemimpin boleh terima kekalahan sekira itu kehendak rakyat,,,tapi di malaysia ini lain, seolah kerajaan yg ada harus dan mesti di pemimpin umno ???? Maka dgn mentaliti yg sebegini maka terjadilah rekaan fitnah yg menjadi agenda mempastikan kekuasaan dapat di pertahankan.... Dgn isu terkini sex,,,dun sarawak akan di adakan,,, isu ini kan memberi impak yg cukup luas kepada rakyat,,,,Sekira dalam masa terdekat kerajaan bn umno tidak dapat memboktikan bahawa itu adalah anwar ???? Rakyat sudah tentu menuduhkan bn umno adalah parti yg banyak pembohong ????tq

    ReplyDelete
  25. Lagi-lagi konspirasi. Cukuplah. Ini rekaan terbaru Anwar nak divert attention daripada kes dia. Bagi saja DNA tu. Habis kisah. Orang pun tak minat dengan video lucah ni. Banyak lagi cerita Ummi Hafilda yang anwar sepatutnya maly dan repot Polis. Kenapa tak repot? Yang ini kenapa repot? Sebab nak perah belas kasihan maximum kan? Lepas tu nanti demontrasi besar-besaran. Mintak tolong Amerika.Dapat inspirasi dari Mesir dan Libya ke?

    ReplyDelete
  26. I say that this is the job of PKR themselves, and not UMNO?

    Why did I say that?

    During the PC, DASI said that the guys is that video has a bigger belly than his (org tu lagi buncit drp dia).

    Later, he said that he has not watched the video. If he has not watched the video then how does he know that the guy's belly is more buncit than his?

    And, did his wife show the Omega atch that he said is being kept by his wife? No right?

    So, to me at least, the whole thing is done by PKR for the sole reason of getting more sympathy from the fence sitters and of course, so that BN and UMNO will become a laughing stck by the whole world.

    Am I wrong?

    ReplyDelete
  27. Jual dan miliki video lucah tu salah dan kena tangkap....tunjuk video lucah pada public, polis tak berani tangkap pulak? Apasal? Kalau actornya orang UMNO, sudah lama itu Datuk T kena tangkap. Hipokrit!

    ReplyDelete
  28. Kalinda,

    1. You seem sure the latest video is a work of DSAI. I presume you have proofs which you could pass to our PDRM to help them nail him.

    2. You tentunya akan disanjung kerana berjaya melaksanakn tugas yang TDM, NTR dan UMNO Baru gagal. You adalah wira melayu yg sejati.

    Wak Jerman

    ReplyDelete
  29. Tak perlulah kita apologetik nak menyiarkan kisah sex Anwar ni. Satu Malayi dah tau.
    Lepas tu kita cuba nak cari excuse untuknya. Kalau orang UMNO yang buat kotor macam tu, cepat sahaja kita terkam.
    Dah melalut pula sampai nak tengok video Najib dengan Ziana.
    Anwar boleh atau halal buat apa sahaja, Najib tak boleh. Sayang sangat kat dia, menghalalkan caranya.
    The onus is on him to prove his innocence. He has made a police report. So let things take its course.
    Tak perlulah kita jadi loyar tak bergaji dia.
    Hey my friends, betullah Mahathir cakap tentang Anwar dan sexcapades dia kat Kenny Hill.
    Tak caya?
    Tabiklah kat dia, perempuan boleh, jantan jambupun boleh. Kenapalah dia tak pernah jumpa saya, hahaha.

    ReplyDelete
  30. Masih ada lagi idiots yg ingat dsai sendiri buat, masih x bangun tidor lagi ka, tak ingat ka dsai pernah kena penjara kena tumbuk naik turun mahkamah, hampa ingak syok kot. Ada any pemimpin umno yang dah kena macam anwar? Cukup2 lah dok kenakan dia, sebagai manusia yangwaras, tak sanggup bila org di aniaya sebegitu. Aku rasa bila anwar dah x dak kat dunia ni baru lah idiots sedaq.

    ReplyDelete
  31. Anon 8.45
    Tolonglah kamu jgn jd bengap. Gambar rosmah gambar najib tu mcm real sape punya angkara dan kepakaran kalau bukan kerja budak2 anwar?
    Tengoklah akhbar harakah dan keadilan... Betapa headline yg dikeluarkan tidak pernah sunyi dr cerita rekayasa yg mengaibkan pemimpin BN...
    Jelas tuan aspan ckp tunggu siasat siapa dato T, kenapa kamu terus lompat tuduh BN tak habis2 nak aibkan anwar?

    ReplyDelete
  32. 19.37 Pasal bengap sangat. Saya maksudkan semua dalam IT orang boleh buat. Tak kiralah siapa yang buat. Pokoknya, boleh buat. Tak sekolah ke...!

    ReplyDelete
  33. Kepada 19.37
    Kalau nak bela dan sokong UMNO pun biarlah yang benar.
    Mungkin 8.45 merasakan keadilan orang yang memerintah hari ni, banyak sangat seleweng sehingga PRU-12 lalu, rakyat yang tidak berinternet sekalipun boleh berfikir kebenarannya.
    Kita ingin dekatkan jurang perbezaan keadilan ini supaya anak-cucu kita tidak merana disebabkan kesilapan yang kita lakukan di dalam memilih pemimpin.

    Wak Sanggang

    ReplyDelete
  34. PDRM dan UMNO sama2 serba salah pasal video ni.

    1-0 kemenangan moral kepada Anwar.

    Congrats.

    ALLAH Maha Besar!

    ReplyDelete
  35. Anon 17.39
    Bangang jugak kau ni. Bila pulakmpolis nak tangkap dato T tu...bukan ke baru semalam video tu didedahkan..... Lama amende ni yop?

    ReplyDelete
  36. Anon 20.58
    So wat r u trying to say? Semua orf boleh buat jadi kenapa terus tuduh anwar dianiaya? Pasal media harakah dan keadilan apsal kau tak komen?

    ReplyDelete
  37. Wak sanggang,
    Kalau nak bela anwar pun biarlah sudah diketahui kebenarannya bukan main agak2 saja anwar pasti bersih..
    Kebenaran tu wak bukan setakat main fikir dan pakai instinct je wak..

    ReplyDelete
  38. Anon 22.09
    Hangpa cakap umno serba salah? Jadi hangpa setujulah anwar buat perangkap ni?

    ReplyDelete
  39. Mamak karala...
    Baguih noo hangpa ni..hati suci sungguhhhh...memang anwar suka ada org mcm hang..lagi ramai yg otak mcm hang lagi anwar sukaaa nooo...

    ReplyDelete
  40. Ahli umno sejak 1973..
    Sabar pak ya..jgn kaget bangat... Kenapa mesti bapak terus ambil kongklusi kerja ini kerja umno?? Enggak bagus gitu...terlalu awal bapak membuat kongklusi...tunggu episodnya masih panjang...

    ReplyDelete
  41. bro Aspan,

    1. hakim mahkamah telah buat keputusan bahawa penahan DSAI sah dan bukti DNA yang ditolak kini diterima balik.

    satu keputusan yang memang ramai dah jangka. saya dah sebut perkara ini dalam pos sebelum ini.keputusan menolak sebelum ini adalah untuk memeberi credence bhawa perbiraan ini adalah fair.

    2. mungkinkah kes video sex tempohari merupakan satu backup plan jika keputusan hari ini adalah sebaliknya?

    Another clue to watch adalah cara penyiasatan polis plak. saama-sama kita tengok....

    bat8

    ReplyDelete
  42. Bro Aspan,

    Maklumat yang bro tanya, dah ada leadnya - siapa dato T dan siapa book bilik untuk tayangan video sex dsai di carcosa seri negara terapat di blog MALAYSIAN UNPLUGGED.

    2. Saya tak pasti kesahihannya, nilailah sendiri. Semalam ada blogger speculate nama lain, hari ni lain pulak.

    kita sama-sama tonton apa yang lead yang terbaru yang akan keluar dihari mendatang.

    bat8

    ps: saya teringat pasal org yang dinamakan oleh malaysian unplugged tu. sekitar 20-30 tahun dulu dia masuk paper Utusan or bh- dia amsa tu seorang fisioterapis melayu yang bekerja di US. lepas tu no news about him until terbaca dan tengok gambarnya dalam Malaysian Unplugged

    ReplyDelete
  43. aku muskyil ni?

    cuba korang fikirkan balik.. Anwar suruh Datuk T ambil jam tangan Omega yang tertinggal dalam bilik hotel tu..tapi tak jumpa. Yang anehnya dia kata pelacur tu pulang balik jam tu kat dia..Pelacur tu kenal dia ke? atau dia yang sponsor pelacur tu kat Anwar.

    Satu lagi tak kan lah Anwar tak tanya Datuk T mana Jam tangan dia dari 21 Feb sampailah video seksnya ditayangkan.Lupa kot Anwar ni..

    tup..tup Halfida pun nak nama juga dengan mengatakan sebenarnya ada lebih kurang 18 rakaman seks Anwar dan tersimpan sejak 13 tahun lalu.Tapi dia tak pasti samada yang ini termasuk yang 18 tu.

    lagi aku pening kepala

    ReplyDelete
  44. Sekarang sudah terbongkar.

    Kepala konspirasi dlm pembikinan video sex ialah Rahim thamby Chik, bekas KM Melaka...perogol bersiri. Dimelaka dulu, kalau tiang talipon dipakaikan 'blouse and skirt', tiang talipon pun belum tentu selamat dari Rahim Thamby. Bagitulah 'local jokes' yg dibuat olih orang melaka untk mengambarkan kebuasan sek Rahim Thamby.

    Yg jadi pelakon ialah Dato T sendiri..Dato Eskay..muka macam Anwar juga.

    Sumber: P/C MP Johari-S.Petani yg tengok video tu bersama Rahim dan Dato T.

    ReplyDelete
  45. well, well..... datuk T is 3 fellas consist of one famous Perogol Kanak-kanak bernama Rahim Thambhi Kechik.... no surprise, but they choose an asshole to say that anwar is a scumbag and sex maniac....

    Rahim Thambhi Kechik is a bigger bastard in UMNO which is full of Bastards and Beggars who dono to do any job in the real world except cheating the Public and live life as ALIBABA and the rest of 4000 thieves

    UMNO is a bastard English name Party indeed....

    ReplyDelete
  46. dlm dunia moden & canggih hari ini semua gambar dan video boleh dibuat. ada sapa2 nak tengok najib main dgn altantuya? ada org boleh membuatnya.

    dpd: tukang gambar canggih

    ReplyDelete
  47. Salam Saudara Aspan

    Datuk T adalah Rahim Thamby Chik.

    Dia buat pendedahan Sex Video kerana dia anggap Anwar tak layak dari segi moral?

    Dengan perbuatan memfitnah sebegitu rupa oleh pemimpin seperti dia apa UMNO itu adalah parti bermoral tinggi?

    ReplyDelete
  48. anon 23 March 2011 17:02:00 GMT+08:00,

    Bukan takat tu je.. lembu pakai sari pun ditibainya..

    ReplyDelete
  49. Bro Aspan

    1. Isu ini akhirnya terjawab. Sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Kuasa. Akhir satu fitnah besar telah ditelanjangkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Kita org islam perlu mengambil iktibar dari episod ini tak kira org UMNO ke PAS ke PKR ke atas/bawah pagar.

    2. Kuasa manusia tak kemana jika Allah tunjukkan kuasaNya. Mana perginya kekuatan yang menyokong rancangan kumpulan "Dato T" ? Kuasa yang mereka rasa begitu kuat sekali, yang telah banyak memakan korban selama 30 tahun kebelakangan ini.

    3. Sama-sama kita kembali ke jalanNYA yang lurus. Laksanakn amanah yang diberi.

    Tak berbaloi upah RM 2.50 satu twitter untuk menyeba fitnah kat alamaya

    Bat8

    ReplyDelete