It’s all political. Dato T sudah menzahirkan wajah-wajah mereka. Rahim Thamby Chik terlibat, Dato Shuib Lazim dan Shazryl Eskay merupakan trio yang terlibat dalam isu ini.
Dalam sidang akhbar mereka kalau dikaji secara kasar isunya hanya di sekitar isu politik peribadi semata-mata. Rahim telah membuka cerita lama bagaimana beliau diminta oleh Anwar untuk meletakan jawatan Ketua Menteri Melaka setelah terlibat dalam isu beliau dengan perempuan dibawah umur dahulu. Dendamnya tidak berkesudahan.
Cara beliau bercakap seolah-olah mahukan kita semua supaya menolak Anwar kerana membuang beliau dari kerusi Ketua Menteri Melaka dan kedudukan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak ada langsung kata-kata yang membayangkan isu negara seperti isu pembangunan rakyat dan negara yang menjadikan Anwar patut dibuang dari politik negara.
Eskay pula menjauhkan diri dari Anwar kerana beliau merasakan beliau telah dipergunakan oleh Anwar sebegitu lama dan beliau tidak mahu lagi diperlakukan oleh Ketua Pembangkang tersebut. Samada beliau sedar atau tidak sekarang beliau diperguna pula oleh pihak yang tidak mahu melihat Anwar menapak lebih jauh dalam politik negara.
Eskay hanya mahu menunjukan yang beliau hanya mahu berada di sebelah ‘buttered side of the bread’ sahaja. Itu lumrah di kalangan orang yang hanya melayani kehendak peribadi semata-mata. Kalaulah ditebalikkan oleh Tuhan hijab manusia di Malaysia dan memilih Haji Hadi menjadi Perdana Menteri, orang seperti Eskay ini akan mencari jalan pula untuk mengikut punggung Haji Hadi kesana dan kemari.
Shuib Lazim adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Sg Petani dan beliau adalah ‘foot soldier’ kepada Dr Mahathir dan semua di antara kita tahu dan tidak terkejut jika beliau bersama-sama terlibat untuk menjauhkan Anwar dari kekuasaan negara. Lagi pun anak menantunya adalah salah seorang dari Naib Presiden UMNO ini sekarang.
Jadi dalam isu ini saya tidak mengambil serius kerana kita sudah nampak cerita sebanarnya, Ia hanyalah cerita lama yang kembali timbul melalui dendam lama yang tidak padam-padam. Rahim masih bercita-cita, Eskay mahukan beliau diletakkan dipihak yang berkuasa dan Shuib pula akan mungkin mendapat pujian dari pihak-pihak yang sedang berkuasa.
Anwar pula sangat mudah untuk dikaitkan dengan kerja-kerja seperti ini kerana imej beliau yang telah dimomokkan oleh pihak media perdana yang ditugaskan untuk menjaga kuasa yang ada di tangan pimpinan pada hari ini.
Bak kata orang utara, ‘pi mai pi mai tang tu jugak’. Semuanya seronok untuk menjadi perkakas orang politik yang tidak bermoral. Saya secara peribadi tidak lagi mahu komen tentang isu ini kerana ‘it’s all personal politics’.
Biarlah apa yang nak jadi sekali pun. Kekusutan politik negara hanya Tuhan sahaja yang mampu untuk menyelesaikannya. ‘la haulawala kuata illa billah’.
Kita semua tahu Rahim Thamby Chik ini pun dulu sarat dengan isu benda-benda di celah kelangkang juga. Dalam hal ini Rahim memang orang yang mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal kelangkang ini dan beliau memang secocok untuk menjadi pembawa kepada isu ini.
Saya tidak mahu bergaduh dengan isu kotor ini. Biarlah rakyat menentukannya nanti.
Salam En. Aspan,
ReplyDelete110% saya setuju.
Banyak benda lain lebih penting. Polisi ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan.
Kesian orang melayu, bukan saja ada kat bawah tempurung, celah kelangkang pun ada!
Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan diri kita sendiri.
Rahim ni dari dulu hingga sekarang tak habis habis dengan cerita lubang di celah kangkang ini.
ReplyDeleteMalulah sikit Rahim. Nak impress pucuk pimpinan tak payah buat kerja hina ini.
Jais
Celaka betui politik Melayu sekarang ni. Buat malu kat bangsa lain sahaja.
ReplyDeleteIni melambangkan mentaliti pimpinan kita. Macam mana orang ramai nak sokong?...Bodoh betul. Pangkat Tan Sri tetapi perangai macam orang tak bertemaddun.
Intai sana, intai sini asyik nak cari kesalahan orang untuk masuk surat khabar sahaja.
Rahim! kau ni pariah!
anak melaka
Warghkahkahkah..
ReplyDeleteWarghkahkahkah..
umNO scuks BIG time..!
Yalah Aspan.. soalnya sekarang dlm video itu Anwarkah? Bagaimana kalau Anwar dalam video tu? Itu soalnya..
ReplyDeleteDan kau pulak boleh rela anak cucu menentukan masa depan yang kau sendiri tahu. Kau sendiri yang kusutkan keadaan dengan kaitkan macam-macam hal. Tak habis dendam dgn Mahathir. Itu hal kau taknak ungkit. Camne Aspan?
Kalau kau malas nak campor konon personal politic, kami pun tak peduli siapa 3 ekor ni. Tapi video tu kasi setel, lps tu sendiri wat keputusan.
Apakah Najib layak menjadi pemimpin negara kerana membiarkan perkara yang amat memalukan atau beliau sendiri bersama kumpulan Tambi Chik yang semua orang tahu perangai nya bersama budak bawah umur.
ReplyDeleteDi mana Ulamak kita. Kita patut takut kerana akibat pemimpin yang tidak bertanggung jawab maka negara ini akan menerima bencana dan balasan dari ALLAH SW.
Tak kan Najib langsung tidak tahu hukum dalam Islam atau ulamak semua mesti membisu dan membiarkan perkara sebegini berterusan. Kalau Najib tidak mahu bertanggung jawab sebagai seorang pemimpin negara yang berugama Islam maka ada lah lebih baik dia berundur sebelum Malaysia menerima bencana. Janji ALLAH pasti akan berlaku dan tiada siapa yang dapat mengelak nya.
Sekarang terserah kepada rakyat Malaysia membuat perhitungan!
Tak pulak Aspan sebut Shuib dan Eskay ni kawan baik Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteSeingat saya, Eskay lah yang membantu Raja Petra untuk meloloskan diri melalui Thailand.
Sorang demi sorang kawan baik Anwar yang telah berpaling tadah. Tanpa dia orang ni, tak mungkin kita tahu Anwar ni begitu pulak orangnya.
Cukuplah 13 tahun kita kena kencing. Rakyat dah muak Aspan. Kami nak tahu jugak betul ke Anwar liwat Shaiful dan betul ke Anwar main dengan pompuan Cina tu.Yang lain isu yang tak perlu dibangkitkan samada Shuib ni 'foot soldier' TDM dan samada RTC berdendam dengan Anwar.
Its about the message, stupid. Not the messenger. Who is the messenger is not important but message is what we want to know. Who is that guy who is doing 'perbuatan jahat dan menjijikkan' dalam video? Mendedahkan kemungkaran bukan 'perbuatan jahat dan menjijikkan' tetapi pelaku seks haram itu yang sebenarnya 'perbuatan jahat dan memnjijikkan'. Dan orang ini bakal perdana menteri Malaysia? Dah takda umat Malaysia yang lebih layak lagi ke? Fikir fikirkan.
ReplyDeletesalam anos 7.17..xhabis lagi sikap dengki,busuk hati dan bebal xhabis2..cubalah baca isu ini dengan hati yang terbuka,cuba semak balik kenyataan MP Sg Petani semalam,baca 6 sebab beliau yakin orang itu bukan DSAI..udahlah hati keras macam binatang..harap2 muka awak pun bukan macam binatang pulak...sila berhujah dengan fakta jangan tembak peluru kosong!
ReplyDeletesaudara aspan,
ReplyDeletewhat has become of the malays n malaysian politics after 30 years of NEP and over a half century of independence? we have been reduced to a bunch confined to discussing topics like this. worse, the commentaries of hurling verbal abuses serves to confirm how closed majority of the malay mind has become (sans ethics - just blind loyalty). how detracted we are from discussing national issues like defence, economy and policies viz-a-viz other countries. the malays seem to be intrigued with tabloid like issues, tahyuls, scandals,and entertainment (of course!). look at how the mainstream media sensationalise issues, the number of malam amals and majlis perasmians. must everything be glamourised before they attract interest? nak hantar bantuan ke jepun pun PM nak kena rasmi dulu.
i wonder if the favours-for-loyalty program and get-rich-quick-by-loyalty schemes has reduced the mentality of the dependants into a bunch of what we are today?
as mass media shape the mind of the people, am i too far off in theorising that the malay leaders do want the malays to discuss matters like sexual preference, menial religious issues etc. why? could it be that if the malays are encouraged (via mass media) to discuss topics like economic growth, education policies etc, the leaders will be exposed of their incompetence instead?
ebenezer scrooge
Tah la DS Najib ni, tak tahu hukum kakam ka, tunggu apa lagi, ikut je undang-undang syariah,.. Penzina yang telah merasai hubungan kelamin secara halal wajib diREJAM bila cukup bukti dan sabit. Ada cita-cita nak jadi PM konon, ramai pulak penyokong bongok tu,...
ReplyDeleteAnon 07:17:00 GMT+08:00,
ReplyDeleteHang ni bodoh yang terencat akal ke apa? Setelah 2T itu beri PC, Dato' shazryl telah mengaku ia dalam video tersebut. jadi tak payah la nak menagih simpati OKU kat sini (Minta maaf bro..the guy is too much la).
Bro Aspan,
1. Yes, it is about a personal vendetta but the choice of action, the timing, the position of Rahim as an official of his party by being a member of MKT and member of the goverment via post of chairman of Risda also make the whole issue political.Not to say by the next day the jaggenaut of power that be has started rolling to strike the deadliest political blow to Anwar.
Yes it is a personal vendetta but it has drag the party and gomen directly into it. Remember, the rooms at carcosa seri negara were booked under Risda!RAHIM THAMBYCHIK ADALAH PENGERUSI RISDA DAN RISDA ADALAH AGENSI KERAJAAN!!!
2. Rahim bukan ahli biasa UMNO cawangan Kg. Chubadak. Dia bekas ketua pemuda UMNO Malaysia, bekas ketua Menteri dan sekarang ahli MKT- ahli pucuk pimpinan parti peringkat pusat. Mustahil dia tidak tahu dan faham pilihan cara beliau gunakan ini untuk membalas dendam itu akan akan mengheret UMNO dan kerajaan. rahim bukan baru masuk UMNO sehari sebelumnya.
3. Tindakan rahim itu bukan macam kes say, rahim terlanggar ayam ditepi jalan. Ayam itu mati ke tidak, ia tidak memberi sebarang keuntungan atau kerugian kepada UMNO. The acid test dalam soal ini ialah ADAKAH UMNO AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN SEKIRANYA RANCANGAN INI BERJAYA?
kes ini berbeza dengan kes pembunuhan ADUN Gemenceh oleh dato Mokhtar Hashim, seorang menteri kabinet dulu untuk membalas dendam peribadi kerana merosakkan maruah adik( or adikpar?) perempuan beliau. dalam kes ini ia tiada kaitan dengan UMNO apabila acid test diatas diguna.
4. Untuk spin dengan mengatakan tindakan rahim itu adalah adalah tindakan peribadi dan tidak mendapat restu pucuk pimpinan parti dan kerajaan tidak timbul dan tidak boleh diterima akal yang waras by virtue of reasons stated above.
yang jelas tindakannya memberi kesan yang besar kepada imej dan kredibiliti parti dan kerajaan. parti dan kerajaan terpaksa memikul tanggung jawab! UMNO
tak boleh nak cuci tangan as if rahim ini baru sehari sebelum kejadian menjadi ahli biasa UMNO cawangan Kg. Chubadak yang mana yurannya pun dibayar oleh ketua cawangan!
bersambung....
bat8
Bukan susah pun, anwar kan kata dia ada alibi dalam kes liwat tu. ambik la saksi2 tu jadi alibi dia.nurul izzah kan kata papa ada bersama keluarga. hasanudin kata anwar ada di rumah sebagai tetamu. wan azizah kata anwar tengah mesyuarat. kan semua tu alibi tu. hahaha...
ReplyDeletesuruh la karpal singh panggil geng2 ni jadi saksi...
yang kes seks ni pun dia kata dia ada alibi. waktu kejadian dia kata dia ada bersama keluarga, anak, cucu. apa nak heran. derang ni boleh jadi saksi dia. tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat. puak2 ni kan suka dengan suruhanjaya diraja. buat je la satu. panggil semua pemimpin pembangkang, ngo jadi ahli...
Datuk eskay kata jam omega ada kat dia, anwar kata jam omega dia ada kat wan azizah.. suruh la wan azizah tunjuk jam tu.
buat satu press conference tunjuk segala bukti dan alibi. senang..
kalau susah sangat, sumpah muhabalah je. panggil eskay n anwar sambil disaksikan semua ulama2 pastu sumpah. kalau kata sumpah tu cara yahudi ka kristian ka, tunjuk dan ajar la macam mana nak bersumpah cara islam.
dr asri dah kata dah. panggil kedua-dua pihak pastu bersumpah. then tutup kes. tarik balik laporan polis. biar ALLAH orang islam yang tentukan.(lani ada Allah untuk bukan islam pulak).
itu cadangan aku ...
Dear Aspan,
ReplyDeleteIt's gutter to the core. Tamby always have a political vendetta against Anwar since the rape scandal in 1995 and blames him always.
"pi mai pi mai tang tu jugak". This whole thing becomes a comedy of errors and sick jokes that our mutual friend "flyer" always say about.
Take care.
hang pon sama Aspan cari lah benda yang baik untuk negara jika nak komen. Ini asyik nak perburukan orang saja .Tak abih abih hang dok cari salah sebelah umno.tula hang tau.apasal hang marah sgt kat umno.Cari lah bahan untuk perbaiki keadaan bukan hang pi simbah minyak lagi.Kalau hang ikhlas beri lah komen yang boleh membawa perubahan yang baik kepada negara.
ReplyDeleteAnonymous Ataihpagaq,
ReplyDeleteBerapa kali nak tegur, bagi cadangan?
Kalau semua buat dek je... baik pergi mampos...
HANG KOMEN 'hang pon sama Aspan', maknanya UMNO ne memang kaki kangkang ke?
Salam Saudara Aspan
ReplyDelete@ataihpagaq tak sedarkah yang berperangai buruk itu adalah orang UMNO memburukkan perwatakan bangsa Melayu.
Kalau dah durjana nak Saudara Aspan katakan molek?
sudah2lah aspan..hang dah pi aji dah. munajat saje lah, umo pun dah dekat ke sana. apa yg tak puas hati sangat.
ReplyDeleteYa Allah, kau butakan hati orang orang yang menyokong UMNO padahal mereka mengetahui para pemimipin UMNO telah menyeleweng dari perjuangan sebenar dan terlibat dengan rasuah
ReplyDeleteAsalam saudara aspan,,,, Umno tiada yg baru melainkan cakap sahaja y g baru ? Strategi politik masih belum lagi berubah,,, dari zaman tun m, hingga ke najib,, lakunan yg di hidangkan kepada rakyat tak berubah... hanya rakyat yg buta hati tidak bisa sedar atau mengerti mainancorak lama oleh umno. Umno sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi,,,di mana kebanyakkan rakyat,,,fitnah,rasuah,salahguna kuasa,perkudakan polis,macc, tidak menjadi masaalah kepada umno....Inilah akibatnya bila mana pemimpin dan tuan2 dalam umno di pilih bukan secara bersih, tapi kemenangan berlandas kepada berapa banyak rasuah di laku....dengan sendiri pemimpin yg di hasil tidak mempunyai kejujuran, amanah, ????
ReplyDeleteHanya sekeping VCD lucah yang didakwa Anuar Ibrahim sebagai aktornya sekarang kita dah lihat suasana sudah jadi kalam kabut.
ReplyDeleteDalam keadaan Datuk Seri Mohd. Najib terkial-kial mencari rentak dalam mempengaruhi rakyat agar menyokongnya dia terpaksa memesongkan pandangan rakyat dari berkempen pilihanraya DUN di Sarawak.
Kalau ikut politik sex yang diamalkan oleh UMNO Baru ini memang kita kena layan. Tapi kita tidak boleh lupa kerja utama yang telah dirancangkan iaitu menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya DUN Sarawak dan pilihanraya umum ke 13.
Semuga ahli PR dan PKR jangan melatah ketika melayan kerenah UMNO Baru. Mereka tidak pandai berhujah tentang ekonomi, pelajaran, pengangkutan awam, kesihatan rakyat. Tapi mereka lebih pandai berhujah tentang zakar, faraj, dan dubur.
Cuba lihat berapa ramai ahli UMNO Baru telah bangkit memberikan hujah masing-masing tentang VCD lucah ?
Berbeza dengan pertanyaan kita tentang ekonomi rakyat. Tiada siapa yang berani bangkit bersuara. Kalau bersuara mereka akan menipu. Itu adalah fakta dan buktinya.
Oleh kerana itu ahli PKR sila berbincang dan tubuhkan kumpulan yang dianggotai beberapa ahli khusus untuk berhujah berkaitan dengan politik sex.
Layan berahi mereka walau dimana pun sehingga mereka lesu dan mati pucuk.
Ahli lain boleh tumpukan untuk berkempen menerangkan penyelewengan kerajaan BN.
Setiap kali mereka serang Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan apa jua isu maka kukuhkan perpaduan sesama ahli dan penyokong.
Jangan biarkan mereka mengambil kesepmatan memecah belahkan kekuatan PR dengan mudah tapi perlu tentang mereka habis-habisan walaupun polis dan mahkamah berpihak pada mereka.
Lawan tetap Lawan sehingga BN tumbang...!
18:02 Syabas...! Your fruithful comment is touching the ignorance. Continue your mission.
ReplyDeleteIni komen orang yang berakal dan bernas.
Wak Sanggang.