12 March 2011

Mahathir 'paranoid' dengan Anwar

Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara ‘expedient’ setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu ‘tersohor’ dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu ‘rampant’ yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong UMNO Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden UMNO dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai. Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini.

40 comments:

  1. begini la perangai org UMNO. bila dah marah habis semua geng lama dia tibai.
    patut la nik aziz tak suka nasionalis macam ni. bila pegang bangsa maka agama diketepikan.
    sy cadangkan bro aspan join le ngan kita org. tak payah le tibai mahathir lagi. dlm PAS kita org dah tahu anuwar ngan mahathir. tak payah marah mahathir ngan anwar lagi. kita org boleh bagi tahu apasalb M benci ngan anwar.
    tengok bob lokman, dia dah tahu apa tu PAS

    ReplyDelete
  2. Aku tak faham apa ko nak cakap .. pusing pusing..putar putar ..

    Madey tahu lebih awal tapi x ambik tindakan?? Mengapa?? kerana masa itu dia tak dapat terima anuar berperangai begitu .. akal sihatnya menafikan perbuatan itu ..

    Namun akhirnya setelah bukti demi bukti .. rujuk juga surat umi hafilda pada madey .. akhirnya madey tiada pilihan .. setelah diyakininya .. terpaksalah perdana menteri gay itu disekat dgn apa cara sekali pun .. bukan kerana kuasa .. kerana jenis sodok lubang taik tidak sekali kali boleh dibenarkan menjadi orang no 1 negara ..

    takkan tak faham kot???

    ReplyDelete
  3. Silap fakta Aspan,, Mahathir tak memberhentikan Anwar kerana nak mengekalkan beliau berkuasa tetapi sebab Anwar seorang 'sodomite'
    .period.

    Kalau ditahun 1998 mungkin majoriti orang melayu akan mempercayai sebagai konspirasi mahathir, sekarang ni majoriti melayu akan menerima hakikat yang si Anwar ni seorang 'sodomite'. rujuk aja pada keterangan di mahkamah dan lihatlah tindak-tanduk anwar yabg begitu liat nak memberikan dna, kenapa beliau takut. kalau beliau dipihak yang benar, mesti berani kan!

    Saya percaya satu hari nanti orang melayu akan menerima salah satu jasa besar peninggalan mahathir 'adalah memecat Anwar dari jawatan TPM'

    ReplyDelete
  4. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

    ...You implying anwar really involved in 'sodomy'?

    ReplyDelete
  5. Saudara Aspan, Mahathir sudah berhenti jadi PM 8 tahun lalu, tidakkah saudara sedar? Jadi, buat apa nak ulas ular yg sudah hilang bisanya? ATAU saudara sendiri masih takut@paranoid bahawa dianya masih berbisa?

    "Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden UMNO dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini."

    Saudara Aspan, Abdullah Ahmad Badawi ialah penentang Mahathir dan dipilih jadi PM. Jangan buat-buat buta.


    "Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar."

    Ini logik yang terbaik dari saudara Aspan setakat ini. FYI, 'lemah' tak pernah sama dengan 'kejayaan'. Kalau 'lemah' berjaya sekali tak apa, tapi kalau 'lemah' berjaya berkali-kali, maknanya tu bukan kebetulan.

    Yang lemah ialah yg hujah yang tak relevan dalam artikel ni. Cubalah sajikan hujah yg lebih baik untuk imbangkan memoir Mahathir.

    ReplyDelete
  6. Saudara Aspan;

    Tulisan anda yang menuduh Anwar memang peliwat adalah satu kesalahan nyata kecualikan anda punyai bukti.

    ReplyDelete
  7. Yeah, Mahathir is paranoid of Anwar and you are paranoid of Mahathir.

    ReplyDelete
  8. Sdr Aspan,
    Walaupun kita mungkin merasa marah dan panas hati terhadap Dr Mahathir dan taktik kejinya, tetapi kita bakal ketawa berdekah dekah kalau teringat kelibat Mukhriz dan kroninya.

    Masa Dr Mahathir sudahpun berakhir. Beliau seperti tsunami yg sudah melanda tetapi kini diseret kembali ke lautan. Walaupun masih berbisa, ianya tidak akan kekal untuk lama lagi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sdr Aspan,
    Tidak pasti posting saya akan dikeularkan atau tidak tetapi tidak mengapalah. Adat sesama islam, tegur menegur itu adalah suatu yg dituntut.

    Daripada pengamatan saya, adalah tidak baik jika Sdr sering membuat posting soal2 sebegini yng terlalu subjektif n kualitatif sifatnya adalah lebih baik sdr menumoukan kepada soal perlunya DSAI MEMBERIKAN DNA nya untuk tujuan membersihkan namanya. Itu lebih baik saya kira! Posting tajuk2 yg sebegini cenderung untuk menampakkan harga diri kita sebenar. Jadi ulaslah perkara2 yang perlu diulas, bukan perkara yg bersoal/berkait tentang dendam & kesumat.Wallahuallam.

    ReplyDelete
  10. Mahathir patut bertaubat sebelum. Mengaibkan seorang muslim dikhalayak ramai. Kalau tak betul..fitnah namanya.
    Aku takut nanti, semasa saat kematiannya apabila disuruh mengucap Syahadah..Mahahtir hanya mampu menyebut..anwar..anwar..kaki liwat..kaki liwat. Nauuzubillah.

    Harussuni dan ulamak2 Umno baik suruh dia bertaubat dan mintak maaf pd Anwar sebelum terlewat. Paranoid is a soft word to use. Gila meroyan is more apt.

    ReplyDelete
  11. Issue annuar Dan Mahathir ini adalah kesimpulan dua jaguh bergaduh atau dua gajah bergaduh. Ianya Akan melibatkan pengikut yang semuanya berkepentingan.
    Segala taktik Dan strategi Akan digunakan. Baik atau tidak bergantung kapada hati masing masing.
    Kesimpulanya akhir kata penilain peribadi kedua pemimpin ini yang dapat menentukan siapa yang benar. Terpulanglah kid pembaca.

    ReplyDelete
  12. Agenda terselindung yang membawa DSAI tersungkur dan diseret ke mahkamah tidak sukar dibaca setelah melihat agenda serangan ke atasnya bertukar ganti dan bertali arus.
    DSAI merupakan musuh politik mamak kutty yang perlu dihapuskan kerana kepentingan peribadi.
    Mencantas DSAI melalui pentas politik amatlah sukar kerana DSAI mempunyai kekebalan yang mamak kutty itu tiada.
    Selepas DSAI dibebaskan dari sodomi 1 oleh mahkamah, beliau masuk bertanding. Di situ bermulalah serangan ke atasnya melalui orang suruhan mereka. Bermula dengan sumpah sipol di masjid wilayah. Akhir sekali di atas pentas poltitik ialah ulangtayang cerita umi hafilda di PRK Merlimau/Kerdau.
    Karya mamak kutty bukanlah coretan sejarah yang patut dibaca tetapi ulangtayang cerita lama yang beliau refresh dalam bentuk buku sebagai usaha terakhir beliau.
    Barangkali ramai masih ingat kenyataan mamak kutty itu di Jepun yang mengesahkan bahawa DSAI tamak kuasa ingin menjatuhkannya adalah penyebab beliau disingkir.
    Mamak kutty ini sebenarnya sudah nyanyuk dan ramai suka malayan untuk membuat beliau lebih nyanyuk.
    Cerita DSAI terbabit dengan skaldal hanya me'refresh' ingatan orang agar DSAI dilebel sebegitu.
    Lihat jalan cerita yang didendangkan di mahkamah seolah-olah cerita itu betul-betul berlaku. Maka disesuaikanlah dengan penemuan-penemuan yang menjelekan.
    Percayakah anda kepada cerita ini? Sama-sama kita fikirkan....

    ReplyDelete
  13. Munculnya memoir terbaru ini memang dirancang dengan teliti serentak dengan perbicaraan Sodomy II dan p/raya umum tak lama lagi.

    Ini untuk membunuh karier politik Anwar,'once and for all'.

    Beliau akan cuba berhempas pulas untuk mempertahankan BN agar tidak lingkup pada PRU 13,kerana jika ini berlaku,segala 'skeleton in the cupboard' akan diselongkar dan meringkuklah juak2 ini dlm penjara.

    Saya berdoa mudah-mudahan Allah lanjutkan usia TDM agar beliau dan kroni2 ini dpt diadili dan rakyat Malaysia tidak ditipu selamamnya.

    Begitulah 'hebatnya' TDM yang sehingga hari ini masih belum membuktikan dirinya seorg Melayu.

    Ingat lagi buku Malay Dilemma?Beliau menghentam Melayu mudah lupa.

    Dalam kes Lingam terlalu banyak benda yang dia lupa.

    Sunguh menghairankan dlm memoir ni banyak pulak yg dia boleh ingat!

    Kalau diperingat negara,kita adalah 'selective persecution',gurunya ialah TDM dgn 'selective amnesia'.

    Never trust Mamak Mahadey..

    Bijan Hamsor

    ReplyDelete
  14. Itulah Mahathir. Sangat berhati2 dan tidak mudah utk dipengaruhi dlm membuat keputusan. Wpun hanif omar sudah lapurkan bukti2 bahawa Anwar melakukan liwat. Kalau dosa liwat ini lebih kecil dr dosa rasuah liwat harta kerajaan takkanlah nabi tak mengaku umat dan takkanlah allah terbalikkan bumi umat nabi lut. Dosa rasuah nabi tak sebut tak mengaku umat. Dosa rasuah memang besar krn kesannya amat besar dlm masyarakat tp menuduh org lain rasuah hanya berdasarkan khabar angin dan tanggapan dr mulut ke mulut juga adalah satu dosa besar yg lain jika tuduhan itu tidak jelas dan tepat. Dosa itu jatuh dlm fitnah dan ia juga serious dan dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh sdr semuslim.
    Jadi sdr aspan tidak boleh membuat kesimpulan bahawa tindakan mahathir itu suatu fitnah besar, manakala tindakan anwar mempertahankan diri dgn cara mengalih isu pokok dgn melempar bahan berupa fitnah juga, tidak termasuk dlm fitnah. Tuhan tidak menjatuh hukum secara berpilih seperti mana sdr aspan letakkan kesalahan secara berpilih danmeletakkan segalanya di bahu mahathir seorang, seolah2 dosa yg dilakukan oleh seluruh kerajaan umno adalah dosa mahathir seorg dan yg lain terlepas. Nabi muhammad pun ada mintak untuk tanggung dosa umatnya supaya umatnya boleh lepas dr api neraka tp tuhan tak luluskan.

    Mat sembahyang niat.

    ReplyDelete
  15. Tuan Aspan,
    Analisa tuan kali ini tak spt analisa tapi bersifat andaian. Tuan ceritakan kronologi kenapa mahathir bertindak terhadap anwar seolah2 spt tuan dengar pengakuan dr Tun M sendiri.
    Contoh..tuan kata Tun M sudah dberitahu oleh IGP tahun 92 lg, kenapa tak ambil tindakan tp bila Tun M merasa terancam dgn anwar barulah dia ambil tindakan. tuan kata Tu M tak kisah pasal sodomi sgt tp lebih bimbang kedudukan politik dia. Saya nak tanya tuan dpt cerita dr mulut Tun M sendiri ke?
    Pandangan tuan dlm hal ini kali ini saya kira tidak ada kredibilitinya. Maaf.

    ReplyDelete
  16. Aspan,

    Tindakan Dr Mahathir keatas Anwar memang pasal dia takut pengaruh Anwar. Tetapi isu sodomi ini menjadi alasan yang paling sesuai untuk bunuh karier politik Anwar.

    Betul kata sdr. kita sama-sama tahulah.

    zain mydin

    ReplyDelete
  17. From Malaysian Insider..."Responding tonight, Tengku Razaleigh also mocked Dr Mahathir’s book, calling it comedic. Political lying comes through the media and sometimes by writing so-called books of memoirs. One book was recently launched under a pseudo title called ‘Doctor in The House’.

    “I say ‘pseudo’ because it is a copycat title of a famous British comedy film of the 1950s based on a novel by Richard Gordon. Perhaps it was deliberate, as it does reflect some comedianship, apart from political lying. The ‘Doctor in The House’ makes allegations against me which are not new,” said Tengku Razaleigh.

    Can't wait for TDM & his supporters reaction to Ku Li's comments.

    p/s: Bro Aspan, ada tak our Doctor ceritakan pasal Krisis Perlembagaan 1993 in his memoirs.

    ReplyDelete
  18. Maaf, bukan 92 atau 93 anwar jd mof.. Tahun 91..

    ReplyDelete
  19. Aspan
    Saya tidak sangka sdr jg turut mengguna pakai alasan madey pecat anwar krn takut dicabar. Sodomi hanya alat utk sabit pemecatan. Itu yg sdr maksudkan?
    Jika madey tak pecat dan anwar jd PM sudahnpasti sdr dan sesiapa juga yg tidak sehaluan dgn anwar akan menggunakan isu sodomi utk jatuhkan anwar. Dan sdr juga akan kata mahathirlah org yg btanngungjawab sehingga negara dipimpin oleh seorang peliwat. Sdr dan ramai lg tmasuk karpal singh dan nik aziz juga akan kata mahathir lepaskan anwar jd PM sebab mahathir pegang telur anwar, jadi anwar akan lindungi mahathir dan segala rasuah dan kepentingannya. Sama saling memerlukan....ini andaian saya pula kalau mahathir tak ambil tindakan...jadi kesimpulannya sdr dan sesiapa juga yg memusuhi dan mendendami mahathir pasti akan menghalakan peluru kpd mahathir walau apa pun pilihan yg mahathir buat. Kalau hati dah tak suka semua akan dilihat salah

    Sibutadari gua

    ReplyDelete
  20. Normally I don't read anything written in Malay because they ain't got nothing in the head. They are just like Utusan writers. Good for nothing. If you want to improve your political knowledge, read articles written by PRK or Martin Jalleh. This guy writes nonsense. Did he write about the "BAIL OUT" of Mahathir's son business? Did he know that Azizan was not sodomised. Azizan was asked by Christopher Frenando , whether he was sodomised. The answer was NO. He repeated 3 times that was on Friday. But what happened on Monday.....
    Penat mahu layan politik Melayu. Please get your fact "korek!! korek!! if you want to write Politik Melayu. Adios

    ReplyDelete
  21. pada masa itu mahathir terancam dengan anwar..anwar nampak alim dan berkaliber..
    bila dapat tahu dia amalkan liwat..ini adalah peluang besar untuk bunuh carier anwar..
    seperti org kata..sudah mengantuk disorongkan bantal..

    ReplyDelete
  22. Pelik ya, bagaimana ada jugak orang yg membuat kesimpulan yg Anwar tu peliwat sedangkan tiada pun bukti yg mensabitkan Anwar kepada kesalahan liwat sunggohpun Pendakwa/Peguam Negara bersunggoh-sungguh mendakwa Anwar sampai lah sekarang, masih dakwa lagi. Yg dpt. dr Sodomi 1 & Sodomi 2 ialah sistem kehakiman negara kita diketawakan dunia & memalukan negara ini dengan sistem nya yg tak adil dan dikawal pemerintah. Mentaliti ulu pemimpin BN/UMNO ni sungguh memualkan. Kalau ikut hukum Islam dah lama kes bodoh sodomi dah dibuang kerana tiada bukti. Kemungkinan si Saiful tu mungkin didakwa kerana menfitnah & kena hukum sebat. Selain dr itu kes Sodomi 1 & sodomi 2 membazir duit rakyat-pembayar cukai. Puak UMNO celaka ni dakwa kerana dia nak kekalkan kuasa, pastu disokong pulak dgn Melayu bodoh, ignorant tak tahu hukum (sivil + Islam) Ya Allah selamat kan negara ini dr pemimpin2 kaki sapu ni. Salam SAPU MALAYSIA.

    ReplyDelete
  23. kepada komentator yang berkenaan,

    Hanya satu sahaja komen yang saya hendak memberikan jawapan; iaitu pandangan beberapa orang yang menganggap saya mengatakan Anwar itu adalah 'sodomist'.

    Saya tidak bermaksud begitu tetapi mungkin ayat yang saya tulis itu tidak betul susunannya. Saya mesti akui yang salah susunan ayat akan membawa makna yang berbeza.

    Apa yang saya maksudkan ialah Anwar terlalu lalai kerana terjebak dengan isu yang tidak senonoh ini. Saya bukan kata Anwar buat tidak senonoh dan peliwat.

    Saya hanya bermaksud Anwar tidak sepatutnya gagal untuk menyekat isu ini di kaitkan dengan beliau.

    Saya tahu seperti juga saudara, tidak ada siapa di kalangan kita melihat kejadian itu jika ianya benar berlaku.

    TKasih

    ReplyDelete
  24. Atuk agree with cossack....ini mentaliti melayu yang mudah menerima sesuatu yang jelek dan bejat telah di rosakkan sendiri oleh penulis2 hantu yang di-upah oleh pemimpin2 melayu itu sendiri.
    Mahathir mamak kutty ni sudah gaduh dgn DSAI dalam pejabat mahathir sendiri dan mereka itu tak sehaluan jadi kenapa harus ajar orang melayu untuk memfitnahkan DSAI....period.

    Jadi lah orang yang berfikiran dan niat yang baik selalu daripada menulis dan menimbulkan fitnah pula...tak gitu?

    ReplyDelete
  25. Anon 6.30
    Aku lebih pelik dgn pemikiran kau yg tidak langsung mengeshaki anwar seorg peliwat. Kalau mahkamah perlu tunjukkan bukti beyond reasonable doubt utk mensabitkan anwar, apa pula bukti kau utk mempertahankan anwar tidak meliwat? Tuduhan balas mengatakan mahkamah, polis dan pemimpin tertinggi berkonspirasi itu bukanlah bukti anwar tidak meliwat. Itu tuduhan krn kau tak percaya.nkau perlu tunjukkan bukti anwar bersih baru aku boleh ikut..

    ReplyDelete
  26. Salam Tuan Aspan,

    Walau apapun komen, saya masih percaya Madey banyak membawa kemusnahan kepada Malaysia.

    Juak2nya juga gagal menyenaraikan apa kebaikan Madey jadi PM selama 22 tahun.

    Saya merasa amat rugi selama 22 tahun. Malah saya secara peribadi tak akan iktiraf Madey sebagai PM.

    Buat apa menyanjung org/pemimpin yang penting perut sendiri, sedang banyak rakyat hidup susah. Sudah la susah dimaki pulak.

    Saya tak halal kesensaraan saya sepanjang Madey memerintah.

    ReplyDelete
  27. Untuk menuduh orang liwat bukan mudah...sama jugak nak tuduh orang berzina bukan mudah...mau 4 saksi dan jika lebeh afdal nya kena tangkap basah atau red-handed. Jika sekadar hearsay sana sini.... itulah yang akan menimbulkan fitnah...mentelah lagi mahkamah kangaroo di-malaysia...dan kalau kamu yakin lah mahkamah di-malaysia itu adil dan tiada inteference dari executivenya maka sah lah yang kamu ini dari mereka yang menokong mahatir mamak kutty.

    The simplest fact of court bias towards DSAI was when the date of the building completed and the date of the sodomy happen just doesn't match....so case throw out of court but...alas ...its IRRELEVANT...KOREK>KOREK?KOREK?

    ReplyDelete
  28. Sdra Aspan

    Sdra kena baca buku Mahathir sekali lagi sebab saya rasa sdra tak berapa faham apa yang Mahathir tulis.

    ReplyDelete
  29. Tak sangka pengampu2 masih ramai. Nasib la kau melayu...

    ReplyDelete
  30. Saya mempercayai bahawa wujudnya buku ini semata-mata untuk survival politik keluarga dan kroninya. Berapa tahun Dr. M rilek tak menulis buku tiba-tiba wujud pulak buku Memoir tapi tak layak digelar Memoir kerana menghentam semua orang Ku Li, Anwar, Perdana Menteri Singapura dan lain-lain lagi. Perlu ke mencerita kesalahan orang lain bagi menutup kesalahan diri sendiri. Jikalau anak beliau tiada dalam kabinet nescaya beliau takan berbuat begini. Hentam sana hentam sini salahkan sana salahkan sini. Ini semua survival je.

    ReplyDelete
  31. Ryzal 72: DNA punya sample tidak akan lupus walaupun beratus tahun. Tahun 1998 mereka sudah punyai sample Anwar. Apa pasal mahu mintak lagi?. Terlupa ke mereka nak pakai lagi pada tahun 2010?

    ReplyDelete
  32. I'm quite sure u has yet to read The doctor in tye house.. To give opinion espc.on Tun M u'v to make thorough homework bro...

    ReplyDelete
  33. There is only one thing Mahathir need to do.. REPENT! Bertaubatlah! You are living on borrowed time Tun. Tak payahlah nak fitnah2, nak reka cerita lagi, atau sdra Tun terlalu takut dgn Anwar??? Takutlah kepada Allah Yg Maha Mengetahui, Maha Keras SeksaNya terhadap hamba2Nya yg zalim, yg suka menabur fitnah! Ramai tuan2 disini yg menabur fitnah, terlalu jahil tentang hukum Allah. Ketahuilah, kalau ikut hukum Allah, menuduh orglain berzina (termasuk liwat) berat hukumnya, kecuali anda2 semua, termasuk Tun, ada bukti2 yg jelas, seperti 4 org saksi yg boleh dipercayai, melihat secara nyata dan jelas perbuatan trsebut. Sekiranya takde, STOP IT! Tak usah ditabur fitnah, direka cerita lg! Tapi kalau anda bukan seorg yg beriman kpd Allah, terpulanglah. Neraka sedang menunggu mereka yg tukang fitnah, penyebar fitnah dan zalim.
    Bukan DNA yg kita patut risaukan, itu hanya 'bukti' sampingan. Tetapi keMURKAan Allah terhadap pemimpin2 zalim yg tak sedar diri, dah tua, dah kubur kata mari pun masih tak tahu dosa pahala tak sedar diri.. Insaflah sdra2, insaflah Tun, cepat2lah bertaubat, sebelum kita dimatikan, dihadapkan dimahkamah Allah nanti. Itulah pengadilan yg sebenarnya!

    ReplyDelete
  34. "Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu."

    Aspan, I thought you were the smarter UMNO blogger, tapi another 'country bum'. Macamana hang boleh percaya DrM yg kata TS Hanif bagitau dekat dia DS Anwar tu peliwat. Hanif ada gambar Dia atau rakaman tape dia liwat kah, macam tape Chua Soi Lek. Dengar kata polis Msia terbaik di dunia. Pasal apa tak Ada satu pun hard proof DrM atau pendakwa raya tunjuk kat Mahkamah.

    Saya berdoa Supaya Allah lanjutkan usia DrM Dan dapat dia merasai sendiri azab dan aib yang dia lakukan terhadap orang lain.

    Allah sahaja yg maha adil.

    iWonder

    ReplyDelete
  35. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    ReplyDelete
  36. ashintura,

    Madey ne bukan peduli firman Allah, dia peduli perut anak-beranak je.

    kalau dia peduli M'sia ne tak de orang miskin.

    ReplyDelete
  37. Org yg paling takut PR memerintah negara skrang ialah TDM...sbb mmg dia akan kena...kita korek korek korek semua kesalahan dia...mmg sure masuk penjara...i will wait for that day...sbb dia lah negara kita dh jd porak peranda...baik dr segi kewangan maupun keharmonian...semua dh hilang... sy sbg rakyat tak kan memaafkan dia...

    ReplyDelete
  38. Mahathir once wrote the "Malay Dilemma" . As I see it, his memoir published now is " Malay Dilemma" Part II. The first one was for him to get up to Premiership, Part II paves the way for his Dynasty to move up and his romies to entrench. Well, the Rakyat should be prepared for the history to repeat .
    Adios....

    ReplyDelete
  39. Habis kenapa dia benti Aspan??
    Gaya cakap kamu tu macam dia masih lagi memerintah. Atau kau masih dihanyut alam khayalan zaman muda monyet kamu.
    Kau ni cakap nampak sangat berpusing-pusing..

    ReplyDelete
  40. anon bengap 15 March 2011 17:18:00 GMT+08:00

    dia kena paksa berhenti sampai nangis..

    kalau tunggu lagi dia kena humban dlm tong najis.

    ReplyDelete