Ada beberapa orang rakan-rakan komentar dalam blog saya ini menuduh saya tidak tahu mengenang jasa Dr Mahathir semasa menulis sedikit komen tentang buku memoir beliau. Mereka meminta saya jangan memberikan komen negative tentang Dr Mahathir kerana jasanya banyak dan beliau tidak patut di kritik oleh sesiapa yang tidak berjasa seperti saya ini.
Mereka membayangkan kepada saya bahawa Dr Mahathir terlalu banyak jasanya dan beliau tidak boleh di kritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Bagi mereka hanya Dr Mahathir sahaja boleh mengkritik orang lain. Jika Mahathir mengkritik itu teguran ikhlas tetapi jika sesiapa yang mengkritik beliau orang itu ialah manusia yang tidak mengenang jasa namanya.
Dr Mahathir boleh memusuhi sesiapa tetapi tidak siapa pun, termasuk yang beliau musuhi itu memusuhinya. Dr Mahathir boleh mengkritik semua orang tetapi semua orang tidak boleh mengkritik beliau. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu jasa namanya termasuk membunuh UMNO dan memusnahkan telapak perjuangan bangsa saya (kita) sendiri.
Dr Mahathir sewenang-wenangnya menuduh pemimpin lain berbelanja RM20 juta untuk membeli undi semasa perhimpunan agung UMNO (asal) pada tahun 1987 dahulu tetapi ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya itu juga di anggap jasa.
Menggunakan ratusan billion untuk membina projek raksaksa yang tidak penting itu jasa dan mengambil balik pembiayaan pelajaran dan biasiswa untuk anak-anak kita untuk belajar itu juga jasa.
Merugikan wang BNM dalam perniagaan mata wang asing sebanyak 30 billion lebih itu jasa dan sesiapa yang mengkritik isu ini tidak mengenang jasa namanya. Itu dikatakan fitnah.
Banyak lagi yang telah merugikan rakyat yang dilakukannya semuanya jasa. Sesiapa yang mengkritik itu adalah pembawa fitnah dan orang yang pendendam namanya.
Sesungguihnya semua orang ada jasa mereka: tidak banyak sedikit. Jasa tetap ada bergantung jasa itu kepada siapa. Botak Chin adalah perompak yang di tembak oleh penguat kuasa undang-undang lebih dari 20 tahun dahulu. Botak Chin tidak ada jasanya. Tetapi wang rompakan itu digunakannya untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Jinjang dan di Kepong. Kepada peniaga-peniaga kecil yang dibantu oleh Botak Chin itu, mereka menganggap perompak itu adalah seorang yang berjasa setidak-tidaknya kepada mereka.
Semua orang berjasa. Tidak ada orang yang tidak berjasa, termasuk pemimpin-pemimpin kita. berbillion ringgit yang diperolehi secara haram itu digunakan untuk memperkayakan anak-anak dan keluarga dan itu adalah jasa setidak tidaknya kepada anak-anak dan ahli keluarganya.
Anggota tentera dan polis banyak jasa kepada negara. Petani yang besar dan kecil ada jasa mereka kepada negara. Pengayuh beca di Melaka banyak jasa mereka kepada industri pelancungan negara kita. Pegawai-pegawai dan penjawat awam ada jasa mereka. Negara perlukan jasa pemandu teksi. Begitu juga pemandu bas dan keretapi.
Ada yang bertanya apa jasa saya selama ini kepada negara. Mungkin saya seorang di dalam dunia ini tidak ada jasa tetapi kita mesti akui selain dari saya seorang semua manusia yang lain dinegara ini ada jasa mereka.
Imam-imam dan bilal-bilal banyak jasa mereka kepada masyarakat. Pendeknya semua orang ada jasa. Menabur jasa ini bukan ‘privilege’ Dr Mahathir seorang. Malahan ramai yang menabur jasa kepada Dr Mahathir akhirnya di kecewakan oleh beliau sendiri.Mungkin Dr Mahathir patut berfikir dan mengenang jasa-jasa orang lain terhadap beliau sehingga beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun.
Kita mesti ingat Muhammad saw lagi besar jasanya kepada dunia dan alam ini. Jasa Baginda pun selalu di lupakan umat sekarang ini. Kalau semua orang ingat kepada jasa, masakan ajaran Muhammad supaya jangan mengambil harta rakyat dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai kuasa?
Tetapi yang orang ramai persoalkan itu ialah tentang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat. Rakyat tidak mahu menerima segalanya itu sebagai jasa kerana wang mereka diambil oleh pihak-pihak yang bertaraf tinggi melalui rompakan kolar putih melalui rasuah dan sebagainya yang dilakukan secara sistematik itu.
Teringat pula kepada satu kata perbidalan; ‘jika kita duduk di dalam rumah kaca jangan membaling batu ke rumah orang lain’.
Itu sahaja setakat ini.
marah betul kar Mahathir--
ReplyDeleteRamai tidak tahu hendak membezakan JASA dan TANGGUNGJAWAB - kepertanggungjawaban TDM sebagai PM bukan jasa yang harus dihargai seperti menatang dulang berisi air yang tidak boleh ditumpahkan
ReplyDeleteTuan Alias,
ReplyDeleteRamai orang yang ,asih mempertahankan Dr Mahathir walaupun keburukan dan kemusnahan yang disumbang olehh beliau lebih dari jasa atau kebaikan. Mungkin orang yang menyanjung Dr. M sengaja tidak mahu mengambil tahu perkara ini atau terlalu menyembah Mahathis sebagai seorang dewa.
Your article look a bit emotional n irrational this time..
ReplyDeleteItu adalah salah satu jasa tuan krn menjelaskan apa yang sepatutnya
ReplyDeleteWell written. Frankly Mahathir has done irreparable damages to the country & the rakyat during his premiership of 22 years. The rakyat must realize that it is the responsibility of every PM in any part of the world to do his job in the development of the country & the rakyat. And Mahathir should not be an exception. But his despicable legacy which will take generations to resolve, has outweighed his required contributions, as follows:
ReplyDeleteDoes Mahathir have the manhood to tell & explain (the whole truth & nothing but the truth) in his memoir, his despicable legacy he left behind after 22 years as PM? Otherwise his memoir is nothing & insignificant for the rakyat to learn from those grave mistakes he made.
- Large numbers of poor Malays (despite 40 years of NEP) & non-Malays
- Massive losses (in billions RM) suffered by the country in MAS, Port Klang, tin & forex trading
- The sorry state of affairs (independence & professionalism) in the judiciary, police, MACC, AG Chambers.
- RM 52 out of RM54 billion (at IPO price) bumi equity that was disposed for quick profit amounting to billions of RM, which has resulted in the 30% bumi equity being a contentious issue even today
- Rampant corruption which has become an incurable disease
- Selected UMNO Malays, war lords, cronies & family (e.g. Mahathir's billionaire son) being so filthy rich when large number of rakyat remain poor.
- Untold misery to the masses through "artifically inflated" car prices due to protection of Proton & AP beneficiaries.
- Systematic discrimination & marginalization of the non-muslim minorities due to blatant abuse of Article 153 based not on reasonable proportion but rather abnormal & obscene proportion
- Lopsided Agreements with the IPP & Tolled Road Operators, etc Coupled to subsidy of billions RM to IPP.
- Racial disharmony mistrust & hatred being promoted & reinforced.
- Selective prosecution & harrassment of the opposition & peaceful dissent through blatant abuse of power in ISA, OSA etc.
& many other misdeeds, corruption & abuse of power.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteTepat sekali ulasan tuan...
Dah berapa kali saya mintak pengampu madey senaraikan kebaikan 22 th madey perintah M'sia. X dok...
Pada saya madey sama macam penyamun yang membahagikan harta rompakkan kepada suku-sakatnya. kemudia minta dipuji melambong ...
... sambil berkata akula heru.. aku la raja.... kamu semua bodoh...
Tepat. Sebahgian besar drpd kita tidak mahu berfikir. Suka terima dan telan sahaja. Serupa dengan pelabur skim cepat kaya yang kurang periksa dan fikir. Susah nak periksa & fikir - telan sahaja maklumat yg dicanang.
ReplyDeleteSlogan kesatuan melayu, tak ubah seperti baju ayam yg dipaki oleh musang. Sebagian besar drpd kita mudah tergoda dengan "gula-gula" yg dihambur pada saat-saat kritikal untuk menggoda hati mereka. Kecurian besar-besaran itu dimaafkan dengan gula-gula tadi.
Sebagai bukti, tengok sahaja kemewahan mereka yg memegang kuasa. Apakah sumber kemewahan tadi? Sentimen marhaen menjadi permainan orang berkuasa untuk terus memegang kuasa kerana ia kunci untuk melakukan jenayah kolar putih secara sah.
Selagi marhaen boleh dibeli dengan gula-gula yang mengabui pemikiran kritis mereka dan budaya subsidi yang menebal, agak susah negara yg kaya ini menandingi satu daerah kecil di selatan negara.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteMohon kepada tuan aspan..
Gerakkan lah ini...
mohonlah..
Semua pemimpin Negara mesti istihar harta.. tak kira menteru ke... PM ke... asal ia berurusan dengan harta rakyat..
ini peon je kena istihar mana aci...
Diharakan kisah madey kutip harta untuk kaum kerabat tak berulang di masa hadapan..
cukuplah ia jadi kisah sedih anak cucu cicit kita. salam
Mahathir loves to demean & insult the Malay race. Firstly he has said that the Malays are a handicapped race & therefore the Government must provide crutches to help them. Then he said that after 40 years of assistance, the Malays are still handicapped & still require help from the Government.
ReplyDeleteNow he further demean & insult the Malays by implying that the Malays are lazy & would sell out. My goodness, how can the Malays take these kind of insults for so many years & from a former PM of 22 years who is nothing but an Indian descendent from Kerala India?
Rakyat,
ReplyDeleteKalau betul bagi bantuan utk melayu x pe. Ini contoh kalau keluar bantuan 100 juta, 90 juta bagi2 kat kerabat dulu. haprak betul..
Silapnya kawan saudara masih tidak dapat mengenal hati-budi saudara.
ReplyDeleteDan ini tidak ada kena mengenai dengan yang berhormat Tun Dr Mahatir tidak boleh dikritik. Ini adalah satu tuduhan yang tidak adil.
Nampaknya dalam tulisan saudara di sini sengaja menggambarkan bahawa saudara lebih senang membesar-besarkan keburukan Tun Dr Mahathir dan pula tidak menyuluh akan kebaikan yang berhormat Tun Dr Mahathir. Ini adalah masaalah saudara juga.
Bercakap tentang jasa, memang betul banyak manusia di dunia ini berlumba-lumba untuk membuat jasa. Tetapi jasa ada banyak jenis. Ada jasa boleh dipakai dan sebaliknya, ada pula hanya mengilirukan.
Jasa yang berhormat Tun Dr Mahathir bukan perkara kecil yang boleh dipertikaikan, kerana ia melibatkan marwah bangsa dan negeri Melayu.
Dipendekkan cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu besar jasanya kepada umat manusia, pun dipetikaikan oleh musuh-musuh Islam dan orang Islam yang tak sedar diri. Hanya Allah s.w.t. yang ‘perfect’.
manusia kalau terlalu lama berkuasa itule jadinya..FIRAUN abad 21.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya sekarang berumur hampir 50 tahun dan sepanjang kehidupan saya, saya diketuai oleh TDM sebagai PM. Apa yang saya fahami ialah, TDM adal seorang yang sangat sombong, tidak pernah hormat kepada sesiapa dan sentiasa berbohong untuk kepentingan diri dan keluarga. Beliau sanggup berbohong, menipu dan berbuat apa sahaja untuk memastikan apa yang diingi tercapai. Sudah lama sebenarnya saya buang nama dia dalam golongan yang perlu dihormati walaupun dia rasa dia amat berjasa kepada Malaysia. Saya amat yakin Malaysia akan jadi negara yang lebih baik jika dia tidak wujud didunia ini.
salam,
ReplyDeletekalau anda semua tengok cerita tamil,yg ada adegan2 yg melibatkan kesah orang politik...anda akan faham cara mahathir...
apa yg beliau buat untuk negara adalah tanggungjawab sebagai pm, apa2 kesilapan dalam membuat keputusan boleh dimaafkan atas kepentingan negara asalkan niat ikhlas....tapi dlm isu bailout anak sendiri menggunakan dana petronas...bolehkah itu dikatakan jasa?menghentikan biasiswa orang2 melayu itu jasa?jika ada tekanan dari bangsa lain,tambah jerla biasiswa untuk mereka juga...tapi jgn lah kurangkan hak2 pelajar melayu...bagi sesiapa yg termakan
jasa /habuan atas pertolongan mahathir...baguslah...tapi tak usah lah ingin menegakkan benang yg basah bagi menyokong mahathir...umno tetap umno...kesalahan pemimpin tetap dimurkai Allah swt..terutama nya yg membabitkan harta raayat...
anon 13 March 2011 09:53:00 GMT+08:00 kata;
ReplyDeleteJasa yang berhormat Tun Dr Mahathir bukan perkara kecil yang boleh dipertikaikan, kerana ia melibatkan marwah bangsa dan negeri Melayu.
Apa jasa dia - cakap la, aku nak dengar besar mana.
Pengadai bangsa ada la.
hapus kuasa raja pindah kat diri sendiri?
biasiswa melayu apa cite..
porah
Mahathir tidak react pun kpd sbhg besar dr kritika terhdp dia. Yg react ialah rakyat biasa yg merasakan kesan dr pemerintahan mahathir selama 22 tahun sbg pm. Rakyat biasa yg dpt merasakan ketiadaan mahathir sbg pm. Apatah lg bila dollah badawi mengambil alih.
ReplyDeleteRungutan spontanious rakyat, usahawan dan industrialist sejak mahathir tidak berjuasa membuktikannbahawa betapa berkesannya pimpinan mahathir. Jika mahathir hanya memikir kekayaan keluarga dan membolt 90 peratus dr kekayaan dan projek yg ada spt tuduhan sipengkomen buta di atas, sudah pasti komen spontanious dr rakyat, usahawan kecil dan besar dll sejak ketiadaannmahathir tidak akan berlaku. Hanya yg membutakan mata dan hati saja cuba menafikannjasa mahathir kpd negara bangsa. Mahathir tidak sempurna dan saya mengakui byk kesilapan sepanjang pemerintahannya dan mahathir sendiri mengakui dia byk silap. Yg tak mau mengaku ialah golongan pembenci mahathir saja.
Pegawai jasa
Sumatera pun ada jasa kat Malaysia.
ReplyDeleteKerana menahan tsunami melempah ke negara ni.
Kalau tak ada Sumatera, dah lama P.Pinang, Kedah (Langkawi) dan Perak menderita tsunami.
Sebenarnya rakyat Acheh (Sunatera) berkorban demi rakyat Malaysia.
Anwar ada jasa,
Ku Li ada jasa.
Aspan ada jasa.
Gua pun ada jasa.
Kah... kah... kah...
Tukar Tiub lagi banyak jasa,
kerana menibai menepati citarasa gua.
Moralnya, bukan Mahathir aje yang ada jasa.
Pada pengampu2 si Kutty tu, boleh jalan.
Ada satu lagi jasa Mahadey yang sampai hari ini aku menyumpah. Tiap kali aku bayar tol highway. Masa tu lah aku menyumpah dia, tak pa. Dia mati esok, aku salah sorang yang akan kencing atas kubor dia !!
ReplyDeleteAlalai bulan....
ReplyDeleteKelakar bunyi ayat...
"...Nampaknya dalam tulisan saudara di sini sengaja menggambarkan bahawa saudara lebih senang membesar-besarkan keburukan Tun Dr Mahathir dan pula tidak menyuluh akan kebaikan yang berhormat Tun Dr Mahathir...."
Aku tak kenal siapa Tun Mahathir secara dekat cuma aku tahu nama dan rupanya saja.
Berkaitan dengan buruk dan baik Tun Mahathir... Kebanyakan orang yang menulis dalam ruang komen ini hanya menyenaraikan keburukan nya saja.
Kenapa "bulan" tidak senaraikan tentang kebaikan Tun Mahathir dalam ruang komen diatas agar kita yang tidak pernah tahu tentang kebaikannya maka kita jadi tahu dan akan menghormatinya ?
Ada sesiapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia orang bangsawan seperti Tun Mahathir dengan Anuar Ibrahim...?
Sudah ditafsirkan seseorang yang diamanahkan melakukan sesuatu kerja dan apabila orang itu terima amanah tersebut maka ia disebut sebagai tanggongjawab dan beramanah dalam pekerjaannya.
Dari sudut mana pulak orang yang mohon pekerjaan sebagai perdana menteri telah diluluskan kemudian diberi kerja dan beri gaji dipanggil berjasa ?
Tun Mahathir berjasa dalam bidang apa... agama, bangsa melayu, negara Malaysia atau dia seorang pengkhianat terancang ?
Sebenarnya apa yang berlaku diantara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Anuar Ibrahim adalah peperangan antara Melayu keling dengan Melayu cina berkaitan dengan harta rakyat Malaysia.
Melayu keling menipu nak mencuri untuk diri dan keluarga, sedangkan melayu cina pula mencegah dan menghalang supaya harta itu boleh dibagi sama rata.
Lihat anak siapa yang jadi billionaire, dan siapa pula yang selalu bercerita tentang kesamarataan dalam menikmati ekonomi negara ?
Apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan ini adalah kerana ketakutan berhadapan dengan kekalahan parti UMNO Baru dalam pilihanraya yang akan datang.
Kekalahan UMNO Baru bererti segala kekayaan yang ditabur keatas anaknya secara haram akan ditarik balik. Dan segala kesalahannya sewaktu menjadi PM 22 tahun akan diungkit kembali.
Tidak kah Tun Mahathir pernah berkata bahawa jika Anuar Ibrahim jadi perdana menteri dia dan keluarga nya akan lari meninggalkan negeri..?
Bodohkah kita sebagai rakyat biasa melihat pekara yang berlaku didepan mata sehingga tidak boleh menilai dan berfikir...?
Atau kerana bercakap benar menjadi kesalahan dan menipu adalah kebenaran..?
Kalau anda sayangkan melayu keling itu kerana kebaikannya maka sokong dan berkempen untuk UMNO Baru jangan bagi kalah dalam pilihanraya ke13.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteNampak Tuan hendakkan UMNO yang lama.Kritik Tuan ke atas Dr M pun tak dapat lari dari tema hendakkan UMNO yg lama.
UMNO yg lama adalah sesuai untuk orang lama.
UMNO baru pun bikinan orang lama.
Sukar saya nampak anak-anak orang UMNO nak terima UMNO.
PAS, PKR, DAP dan sebagainya pun adalah sebahagian dari politik orang lama dan berkait juga dengan orang UMNO yang tak puas hati tentang UMNO - baik lama atau pun baru.Lari dari UMNO. Maknanya hidup mati atas suka atau tak suka kpd UMNO. Sembah UMNO atas dasar suka atau benci. Zikirkan UMNO?
Anak-anak orang UMNO,PAS, PKR DAP dsbnya mungkin sudah muak dengan politik parti. Anak-anak yang kenyang atas sistem kapitalis.
Kalau dah kenyang apa nak berjuang lagi kata mereka.Ini cabaran baru.Cabaran kenyang.
Dalam keadaan ini Tuan Alias mungkin perlu kaji semula sistem politik kuno cara orang tua-tua yang semakin nampak ketinggalan zaman dan hanya nampak seperti sistem angkat usurokrasi.
Jika tidak sampai matipun kerja kita akan jadi kerja kutuk orang.
Sampai mati pun ingat musuh yang sama tapi zaman dah berubah.
Jangan kita mati dalam dok zikir atas dasar suka-benci Dr M sudahlah.Sebut atas dasar suka atau kutuk pun pun zikir juga namanya.
Bagaimana nak keluar dari sistem kotak undi.
Dah lama nampak terperangkap dalam kotak. Islam pun terkotak dalam peti undi.
wassalam
yy
y
Tuan Aspan
ReplyDeletedikhabarkan
"ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya "
Tuan misti mempunyai maalumat petikan diatas. Raayat tentu ingin mengetahui kisahnya. Sekiranya ada ruang sila catitkan di blog tuan..biar yang terlindung selama ini dapat sama-sama difahami.
Salam Tuan,
ReplyDeletejasa tuan ialah tulisan tuan dalam post ini.
kehoe
Madey bukan berjasa tapi pengkhianat Melayu.
ReplyDeletepengampunnya - bagi satu je jasanya.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteDahsyatnya komen2 disini tulisan tuan berjaya membangkitkan kemarahan..sudahkah semua mereka ini habis membaca memoir tu.Bagi saya semua orang ada jasa orang2 yang berjasa ini tulislah memoir sendiri selain kasi orang tahu jasa masing2 tengok laku ke tidak kalau laku banyak dapat duit tu...
Sedih pulak baca nukilan Aspan kali ni. Orang tua kalau dah merajuk macam tulah.. diungkit-ungkit semua benda dan dipusing (spin) ikut lain pulak.
ReplyDeleteSaya pun pengkritik Aspan dan saya memang selalu membaca blog dan komen pelawat Aspan. tak perasan saya ada siapa-siapa yang mengatakan hanya TDM sorang sahaja yang berjasa kat Malaysia. Saya rasa hanya perasan dan dalam fikiran Aspan saja kot!
Saya rasa untuk lebih adil tajuk perlu ditukar "Sapa yang lebih berjasa?
Bandingkan TDM, Pak Lah, TGNA dan juga DSAI..Ambik Paklah contohnya, dalam masa pemerintahan lima tahunnya, banyak duit dari hasil keuntungan Petronas yang digunakan untuk tabung negara berbanding dizaman 22 tahun pemerintahan TDM, apakah hasilnya?
TGNA, 20 tahun pemerintahan di kelantan apakah jasa yang boleh dibanggakan selain dari TESCO. KB Mall dan berhala-berhala Buddha yang besar-besar? Sistem pemerintahan Islam yang menjadi model untuk negara lain?
DSAI? tak perlu nak komen..faham-faham sendirilah.
Saya rasa kita perlu objektif dalam penilaian kita. Secara pukul rata, siapa yang lebih-baik dan siapa yang lebih banyak berjasa kat negara ni..Kalaupun (Pak LAh+ TGNA+ DSAI ) X 100 pun, saya rasa orang-ramai akan bersetuju, TDM seorang adalah lebih-baik lagi.
salam ,semua orang ada jasa,jasa tetap jasa,cuma yg kerja bawah jasa sahaja nampak nya tiada jasa...bila tiba pilihanraya...puak-puak jasa ini akan menyibuk disetiap bahagian,buat macam-macam program yang tiada faedah untuk membantu parti pemerintah...
ReplyDeletemajoriti kagum dan ternganga mulut bila pemimpin bantai USA dan sekutu nya israel,...berani pemimpin kita !! mereka kagum dan terus kagum hanya dengan membaca berita di utusan malaysia,nstp dll...sehinggakan tidak lagi berani marah atas kesalahan dan kemungkaran yg dibuat oleh pemimpin tersebut...hatta masa depan anak cucu sendiri makin tidak terjamin...
otak sudah di psikik atas dasar nasionalisma atau agama atau bangsa, di perbodohkan sehingga tidak lagi sanggup untuk menyanggah walau pun salah,apatah lagi bila sudah digula2kan perut masing2...
lihat lah sejarah sukarno,suharto,mubarak...juga gaddafi...rosak kerana anak2 disebabkan harta...
terlalu kaya pun tak boleh bawa masuk kubur lah...
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
ReplyDeleteAPA JASA MADEY??????????
ReplyDeletesy setuju komen sdr yg TDM patut kenang jasa org kpd nya...sbb tu dia boleh bertahan lama...malah Anwar pun berjasa besar dgn TDM...kalu tak pasal Anwar mungkin riwayat politik mahathir dh lama tamat...So sy mintak semua penyokong mahathir jgn lh terlampau taksub kpd nya...dia org biasa ja...
ReplyDeleteJasa terbesar beliau adalah memberi tahu cerita yg tak betul secara berterusan sehingga org kebanyakan mempercayai sebagai fakta, hidup mahathir.- sahocan
ReplyDeleteBulan,
ReplyDeleteEnta lah.......Kalau demi marwah
bangsa dan negeri Melayu kamu sanggup halalkan penyelewengan,cronisma,rasuah dan mengadaikan masa depan anak dan cicit kita......tak boleh saya komem apa apa lagi...
Apa guna marwah jika kita di kenali di seluruh sebagai bangsa yang tak boleh berdirikari dan tak boleh bersain walaupun salepas berpululuhpuluh tahun dibantu kerajaan.
Jika hendak maruah, kita hendaklah berdirikari and berusaha sendiri dan bersedia bersain dengan sesiapa pun untuk buktikan kebolihan kita sendiri, bukan menyuruh seluroh dunia berhenti dan tunggu kita 'catch up' !! malu-nya....
Demi maruah bangsa ,kita harus berusaha dan bersaing ,BUKAN memaksa pembahgian kekayaan akibat usaha titik peluh orang lain yang gigih bekerja untuk meningkatkan taraf hidup.
Kaya atau tidak,seseorang ADA MARUAH jika dia jujur,telus dan rajin ,bukan kaya akibat pembahagian kekayaan usaha orang lain!
Semua orang datang ka dunia ini berbogel, tiada nama atau kekayaan.Itu akibat usahawan dan perjuangan kehidupan dan itu juga MARUAH seseorang.Bukannya diberi kerajaan atau warna kulit!KITA ADALAH AKITEK MARUAH KITA SENDIRI,
dan memaksa orang lain bahagikan akibat titik peluh usaha mereka akan jatuhkan maruah !!
Renong je...demi maruah bangsa.
Mahadhir kan cakap yang 'M' mudah lupa. Yang 'M' tu lah dia. Dia dah lupa apa yang dibuat kepada orang. Memoir dia ni adalah Sejarah hidup dia atas pandangan dia. Bukan atas fakta kebenaran sebenarnya. Mahadhir cuba menghalalakan perbuatannya.
ReplyDeleteKepada Anonymous (13 March 2011 13:29:00 GMT+08:00)
ReplyDeleteSaudara membuat komen atau membuat propaganda nak laga-lagakan Melayu sama Melayu.
Kalau Melayu itu, tetap Melayulah kenapa misti panggil Melayu keling atau Melayu cina. Begitu juga Umno baru atau Umno lama, macam ada ‘agenda’ saja.
Saya bukan orang politik. Saya hanya menumpang bangga dengan kebolehan dan pencapaian yang disumbangkan oleh Tun Dr Mahathir yang mulia lagi dihormati, terhadap Malaysia sehingga hari ini.
Kalau saudara hidup senang sangat pergi ‘apply’ jadi perdana menteri. Lepas itu beritahu orang Melayu apa itu maknanya ‘jasa’.
Berkaitan dengan buruk dan baik Tun Dr Mahathir... kebanyakan orang yang menulis dalam ruang komen ini hanya menyenaraikan keburukannya saja. Ini adalah diumpamakan seperti orang ugama lain yang juga senantiasa memburuk-burukkan Islam dan Nabi kita. Sebabnya: mereka kurang teliti.
Pernah terdengar seorang berbangsa Inggeris tertanya-tanya, ‘Why do you criticize and condemn Tun Dr Mohamed Mahathir, when you are a nobody, in terms of experience and qualifications?’ O yes, I realize I am under-qualified in all aspects relative to the Tun’s.
Untuk pengetahuan semua, yang amat berhormat Tun Dr Mahathir adalah hanya orang yang kedua dalam dunia masa ini, walaupun selepas bersara, masih ambil berat tentang masa hadapan Malaysia, terutama bangsa Melayu.
Lagi... apa jasa madey....????
ReplyDeletesalan Tuan Aspan
ReplyDeleteBulan.. bulan ne patutnya menerangi alam, tapi yang ne duduk bawak ketiak madey.
Apa madey ambik berat pasal melayu, pasal no2.???
No 1 penyamun ada la.
Bak kata TT " jumapa kelinga, jumpa ular, ketok kepala madey dulu"
ReplyDeleteTuan aspan ada cakap hanya akan keluarkan komen yg berkaitan dengan topik dan akan tapis komen yg menghina peribadi. tapi sekarang apa sudah jadi? Prinsip berpilih macam ni tiada kredibilitilah.
ReplyDeleteJasa terbesar mahathir ialah memajukan negara dlm bidang ICT sehingga hari ini pembenci mahathir bebas mengkritiknya melalui media alternatif Tp mahathir tetap juga dituduh tidak demokratik.
ReplyDeleteWahai komentator sekelian,
ReplyDeleteKomen yg anda semua berikan tidak membantu sekelumit pun negara, agama dan bangsa anda utk menjadi lebih baik. Komen anda semua hanyalah komen yg bersifat ammarah dan menggunakan sebelah otak saja, iaitu otak prejudis, benci dan dendam. Otak positif, sangkaan baik dan rasional langsung tidak berfungsi. Jika dibaca semua komen itu, jika ada yg tidak kenal dgn mahathir, mungkin jika terjumpa mahathir org itu akan terus bunuh mahathir di atas segala kejahatan, kezaliman, pengkhianatan dan segala kerja@ setan yg lain yg dibuat oleh mahathir kepada negara, agama dan bangsanya.
Itulah gambaran kebencian yg dilemparkan oleh anda kpd Tun Mahathir.
Tp ingatlah, mahathir tetap begitu. Tiada apa yg mahathir harus paronoid dgn sesiapa pun. Dia dah pencen dah.Tak tau ke? Kritikan kpd mahathir tidak akan mengubah apa2 kpd negara, bangsa dan agama. Kritikan anda seolah2 PM malaysia masih mahathir dan seolah2 mahathir sj seorang yg jadi PM malaysia ni. Kadang2 geli hati dan kadang2 kesian melihat pengkomen melepas geram kpd org yg tak berkuasa lagi. Melayu macam ni lah tahap mentaliti dia.Mereka tidak buat apa2 tapi komen paling kritis berbanding dgn semua bangsa di dunia ini.tapi setakat komen dan lepas geram je lah. Tp mahathir cubalah tengok> dia buat sesuatu walau pun tidak jdi PM lg, ada saja yg cuba diperjuangkannya. sekurang2nya dia berbuat sesuatu utk memperbetulkan apa yg dikira tersilap samada kesilapan dia mahu pun kesilapan penggantinya. Anda tengok mahathir bantu anak jd billionair. Tp anda butakan mata anda tentang kerakusan anwar mencipta kroni dan kekayaan sekelip mata kpd org2nya. Kena ingat mahathir bantu anaknya yg sudah terjerumus dan gagal dlm perniagaan. Dia tak bantu utk mengkayakan. Anda pun sbg manusia biasa mungkin tak bantu anak semasa berkuasa utk dia kaya, tapi kalau anak anda terjerumus ke lemabah hutang, dikala itu anda pasti akan berusaha menyelamatkan anak anda krn anda selaku ayah tak tergamak melihat anak hancur lebur dlm perniagaan hanya disebabkan anda tak mahu dituduh membantu keluarga. Jgn tipu diri anda OK?
ya memang benar TDM berjasa tetapi atas kapasiti PM sahaja. Semua PM kena menabur jasa itu adalah tanggungjawabnya. Tapi jasa untuk rakyat bukan jasa untuk keluarga.
ReplyDeleteaNON 13 March 2011 19:48:00 GMT+08:00
ReplyDeletePatutnya ko sedar dah tau Madey bagi anak jadi billioair diam de lagi sokong. lagi bengap.
Pasal anuar makan duit tu dakwa la dia, kan puak ko yang berkuasa.
pasal pe pulak dakwa sodomy.
setiap sen wang negara adalah wang rakyat. PM tiada hak nak belanja suka-suka wang rakyat untuk ahli keluarga.
bukan ke tu salah guna kuasa. kenapa tak dakwa. mangkok hayun betul.
Anon 13 March 2011 19:29:00 GMT+08:00
ReplyDelete22 th beb tak kan tu je,
Lain kali keluar la dari tempurung.
ICT tu produk luar. mau tak mau kena bawak masuk. bukan idea dia mengong.
idea dia macamana nak masukkk melalui projek ict ne. lol
Aspan,
ReplyDeleteYou belong in the 70s. Change is good my friend.
Shalela
Anon 19.40
ReplyDeleteBantu anak pakai duit sendiri tak apalah bro. Kalau pakai duit rakyat, itu salah namanya. Nampaknya awak yang pakai sebelah otak.
madey adalam PM yang paling lemah dalam sejarah melayu moden.sentiasa guna segala kuasa seorang PM untuk terus berkuasa.ini tak pernah berlaku pada tunku,tun razak,tun hussein.seorang megalomaniac untuk kemegahan namanya.mengizinkan korup untuk akhirnya mengawal si korup.bersubahat makan duit haram dengan anak anak yang super kaya,hasil songlap duit rakyat.sejak pemerintahannya politik malaysia tak pernah aman dan rakyat berpecah belah.
ReplyDeleteKepada Anon 13 March 2011 19:48:00
ReplyDeleteJenis puak2 kamu ne memang selalu menganggap orang2 kecil seperti kami ini tak patut bersuara atau kalau bersuara pun tiada siapa yang dengar.
Itu tidak mengapa, cukuplah kami kalau tuan aspan yang dengarnya.
kamu tuduh orang guna sebelah otak tapi tak sedar diri sendiri cakap langsung tak guna otak. Tak ubah macam Tv3 suku je.
Asyik2 kamu cakap mahatir perjuangkan. Apa yang Mahathir perjuangkan??? cerita seks sodomy???
Pencen. Kalau dah tau pencen duk diam2. Taubat, kubur dah kata mari rumah dah kata pergi, sedar la. Jangan nak fitnah2 faham.
Kami rakyat biasa, kami tahu diri kami, memang kami sering kena tindas, kena maki tapi ingat Allah Maha Besar KuasaNya. Dia boleh bagi hormat dan dia juga boleh bagi hina.
Mahatir boleh kata apa saja ye sebab dia bekas PM, kami ne rakyat tak boleh cakap. Cakap lebih tangkap, ISA begitu. Ingat lah dunia ne sementara je.
Ingat lah. Ingat balik. Sejak Mahathir ambik alih kuasa macamana.? Cara mana. Semua pergolakan-tiada yang yang bersih.
Tapi slogan; bersih cekap nak amanah, pelik kan.
Kamu mungkin duduk di atas, tak sedar orang yang duduk di bawah. Kami ne banyak yang kena tindas tau tak!!!!.
Makan gaji- ini tak boleh, itu tak boleh semua tak boleh. Rakyat bawah langsung tak untung sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah. Rugi ada (contoh,biasiswa dikurangkan).
Buat swasta. semua nak di swasta, buat undang2. Kalau swasta rugi rakyat kena bayar. apa ne...pikir la. meniaga memang nak untung dan adakala rugi. Jangan la untung tak tentu fasal.
Kamu cakap anak dia meniaga rugi. Bapak kerana PM guna duit rakyat tolong dia. apa ne??? akal mana guna???
Tu baru sikit je. jangan pandai nasihat orang je diri sendiri terpalit najis.
Cuba kau fikir mana penting nak guna wang negara; nak bantu anak yang nak bengkrap atau nak bagi biasiswa rakyat belajar atau rakyat yang nak makan pun susah, mana yang utama?
Yang peliknya bantu sampai billionair pulak tu..
Hai labu..labu
Tak tau la kalau buka aib orang, tulis dalam buku satu jasa juga.
ReplyDeleteKepada Anon2 yang menyayangi Dr. M, satu sahaja yang saya menyampah, ada ke presiden yang bersara sibuk bersuara, menghentam sana sini dan baru-baru ini menulis buku memoir yang bukan macam memoir. Kalau sudah bersara buat apa hari-hari mau keluar paper, time mati je la baru keluar paper. Tugas bapa menyelamatkan perniagaan anaknya.. guna wang siapa?, akai pakai la skit. kalau dia pakai wang simpanan ASB dia, wang jual roti ke, ada semua orang kisah ke?.
ReplyDeletejasa atau tanggungjawab sebagai seorang PM. itulah dah jadi PM pon tak pandai2 lg.. menjadi PM adalah tanggungjawab die sebagai PM untuk rakyat, bukan jasa.. melainkan die jadi PM tanpa gaji.. itu adalah jasa, paham tak wahai pencacai UMNO. mudah bukan... ape yg dia buat klu mengikut islam, semua itu tanggungjawab dia sebagai PM. dan jika dia tak buat dan menipu rakyat. mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan kroni, itu nama nya pecah amanah.. amanah rakyat kepada PM menjaga harta rakyat, menjaga negara bukan untuk kroni dan keluarga.. jadi sebelum bercakap pasal jasa.. tengok dulu diri sendiri.. fikir lah wahai pencacai UMNO.. aku rasa kebanyakan org UMNO ni klu jadi PM, dlm kepala hotak diaorg ni takkan pikir rakyat dulu.. kompem duit masuk poket dulu punye... hahahhaa.... mengumpat dah aku ni..
ReplyDeleteMahathir semasa jadi PM memang banyak berjasa. Kalau nak bukti cuba tanya orang2 dibawah.
ReplyDelete1. Ananda Krishnan, Vincent Tan ( tokay judi), Tan Sri Lee, towkaey cina yg develop Sungei Besi mines, Michael Yeoh yang dapat IPP dan lain2 penswastaan, spt hospital privatisation.
2. Kroni2 dia dalam Umno dan non-Umno.
3. Anak2nya dan kaum kerabatnya.
Mahathir banyak berjasa kepada orang2 seperti diatas. Lingkup duit rakyat..RM100 billion Mahathir kerja untuk berjasa kepada mereka. Rm50 billion saham2 untuk Bumiputra juga lingkup dan hilang kerana Mahathir hendak berjasa kpd Kroni2 dia dlm Umno.
Jadi kepada komentar yg hendak bukti akan jasa2 Mahathir, yg aku dapat kumpulkan hanya diatas sahaja. Setakat buat twin tower tu, nenek kau orang pun bolih buat...kannn.
tun mahadhir memang berjasa....banyak kepada families and friends and cronies....raayat biasa tak banyak dapat jasa dari tun mahadhir jadi yang sokong beliau sekarang ini ada lah yang dapat habuan darinya....memang tun mahadhir tak adil dan tak bertanggong jawab sabagai pemimpin selama 22 tahon sebsb beliau gagal dan tak berjasa kecuali kepada 3 golongan tadi......
ReplyDeleteTahniah Aspan.
ReplyDeleteKo secara konsiste telah mengkritik Mahathir dan kritikan ko mendapat sambutan oleh para pembaca.
Ko tak perlu nak buat memoir,teruska dgn kritikan ko,dan bukukanlah jadikan koleksi.
Aku tertanya apa yg Mahathir dah buat kat ko.
concerned abt next generation of our anak2/cucu2. nampaknya dasar sekarang masih buat org melayu bergantung 100% kpd bantuan dan tongkat. sementara anak muda mjadi semakin lemah, tak bermoral, ghalik dgn program hiburan. bila nak ada jati diri atau pembentukan ke arah itu. maklumat yg mbantu govt dan tidak mjejaskan sokongan shj disiar.
ReplyDeleteIt was Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew himself who brought to the attention of the late Sultan of Johore that Mahathir had written Indian Muslim in the space for race when applying to join the University of Malaya in Singapore as a medical student. Lee gave the Sultan a copy of Mahathir’s application form. Mahathir, we learn, was not really completely qualified to enter the university but they let him in anyway to make up the numbers. Another notable omission from Mahathir’s memoirs.
ReplyDeletehttp://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/14/labels-in-mahathir-memoirs-ticking-%E2%80%98time-bombs%E2%80%99/
Bijan Hamsor
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSedih gak baca blog Pak Aspan. Tapi, itulah hakikat dan sejarah yang terpalit dalam hidup Malaysia. Mahathir 22 tahun memerintah, akhirnya buat buku buka aib orang lain. Udah le tu Mahathir, tak usah ler cakap pasal buruk orang.
Bila agaknya nak buat buku 'Bagaimana untuk memajukan diri di Malaysia untuk Generasi Baru setelah Regim Mahathir mengaut keuntungan dan meninggalkan keperitan kepada rakyat Malaysia?' barulah syiok. Semua orang ada jasa, semua rakyat bayar cukai sejak lahir lagi.
Bulan,
ReplyDeleteHitler, Hosni Mubarak,Ghadafi adalah contoh pemimpin yang di angap banyak berjasa kepada mereka yang kurang membaca dan taksub secara membuta berdasarkan maklumat propaganda kerajaan. Mereka lupa tanggung jawab sebagai pemimpin yang di pilih. Mahathir, MuGambe dan Ali Abdullah jga dalam kategori ini. Pada saya setelah membaca article di Star saya lebih cenderong untuk kategori kan Mahathir sebagai seorang pelawak. Baca keratan tulisan beliau:
"......as Prime Minister, I made a mistake or an unpopular decision, people were ready with their “dim-witted Malay” slurs. But when I made good decisions, it was always because I had Indian blood. I wanted to prove otherwise: that Malays were more than capable of thinking, progressing and leading......"
Errr....dia nak buktikan Melayu lebih berupaya berfikir, berdaya maju dan memimpin. Kalau di fikirkan macam mana nak buktikan. Bila dia buat good decisions (or bad) he is still not a Malay making them.
Pak Aspan,
ReplyDeletePemilihan UMNO 1987 dulu dengar ceritanya ada peristiwa ajaip.
Macam mana tiba2 boleh blackout?
akhirnya lebih 43 pun jadi lah.
Cerita la....
Aspan,
ReplyDeleteOne can say anything he likes but the fact remains that Mahathir was or still is a weak leader.
He needed crowds to surround him to feel strong. He has the forbia of being challenged so he became dictator in the democratic community.
He is in actual fact having a small heart.
University of Malaya
Komentator pakai otak sebelah sekelian,
ReplyDeleteApa pun ko org kata gagal memberi hujah yg benar2 comprehensif dan gagal melabelkan walau apa gelaran hodoh yg ko org beri pd dia. Hujah ko kata dia hanya beri kawan, anak dan kroni terlalu dangkal dan buta mata. Ribuan kroni kerajaan dr bangsa melayu sudah dpt benafaat dr ekonomi yg vibrant sepanjang pentadbirannya. Cuma yg buat sial adalah adanya TPM ketika itu yg sering mengmbil kesempatan dan merompak seadanya dgn memalitkan nama mahathir. Mahathir bukan seorg yg mudah utk ambil tindakan apalagi org itu TPM dan peliwat tegar yg degil dan tak reti bahasa.
Tp hebat tak hebatnya mahathir yg ko org pasti tak teemampu buat ialah kehebatannya dan keberaniannya yg membuat keputusan penting dlm tempoh satu hari. Memecat anwar dan pd masa yg sama membuat capital pegging. Dlm tempoh itu jgk sukan komenwel berlangsung di malaysia.
Tiada siapa yg boleh lakukan jika tiada keistimewaan yg dianugerahkan tuhan beb. Ko org hanya tahu menjalankan tugas mengodit setiap tindakan mahathir.tap mahathir terus juga mentabir dgn penuh yakin. Akhirnya malaysia tak pulak lingkup zaman mahathir. Ko org semua mewqh tak spt kesusahan ko org masa zaman paklah. Tp otak berfungsi sebelah. Akubtak boleh salahkan ko orang. Kesian.petunjuk tuhan taknada kat ko org ni
Ko org dah check ke anak mahathir masa dia pencen 2003 dulu tu billionaire? Billionaire hutang ke billionaire asset?
ReplyDeleteKroni mahathir? Siapa? Robert kuok? Ananda krisnan? Semua dia org ni jadi kroni kpd semua perdana menteri sejak zaman tun razak lagi tau tak? Memang dia dah kaya dah byk duit. Duit dah byk melaburlqh lagi takkan nak berenti pulak. Otak separuh functional la ko org..
Lim goh tong tu siapa? Bukan kroni tun razak ke? Tun razak yg bagi tanah satu bukit kat dia. Lesen judi pun atas nama pak mertua tun razak. Jadi ini kroni tun razak lah ye? Otak separuh fungsi
ReplyDeleteTajudin ramli? Halim saad? Samsudin hassan? Anda kenal ini org? Kroni mahathir? Maksud kroni ni proksi lah? Adakah dia kroni mahathir yg terlingkup? Jgn bersikap ada saja jutawan melayu atau cina atau india yg lahir di negara ini iyu adalah kroni PM. Dgn asset dan pelaburan mereka sudah semestinya mereka sgt penting kpd negara dan perkekembangan ekonomi. Sudah mestilah mereka akan diambil tahu pleh kerajaan ttg perniagaan mereka. Adakah bila kjaan bantu mereka itu adalah kroni PM atau lebih tepat lg kroni mahathir? Lg sekali otak tak berfungsi dgn betul.
ReplyDeleteAnon 15:00,
ReplyDeleteSebenarnya kami hanya menggunakan suku dari kemampuan otak kami berfikir untuk berbahas dengan awak, sebab awak terus tak pakai otak.
Otak awak mungkin dudknya kat lutut. Awak tak malu ke bercakap macam tu? Awak ada pergi sekolah ke? Kesian.
Susah jadinya bila yg bohong mahathir cakap di ulang ulang hingga jadi betul.
ReplyDeleteDasar lidah biawak Mahathir ni. Ku Li dah jawab dah.
Isu korek korek korek dia pun dok senyap x mahu ingat.
Mahathir mudah lupa...
Ramli
hamba abdi membuat jasa
ReplyDeletejasa dibuat mendapat puji
orang berbudi kita berbahasa
bahasa kita bukan mencaci keji
Tun Dr Mahathir sudah ternama
seperti sinar surya bulan purnama
besar jasanya pada bangsa dan ugama
dari timur hingga ke barat sudah bergema
lelaki Y suka mengawan
ditangkap orang marah sekali
alangkah besar jasa negarawan
korang tak suka aku tak peduli
apa guna kaki terajang
kalau cantik berteka-teki
apa guna caci memanjang
kalau kritik berisi dengki
kalau lidah tidak bertulang
menjelir keluar menjadi jalang
kalau sudah ada pertualang
mahir berkata sukar dihalang
kesian sgguh bile bace entri pakcik..
ReplyDeletelg kesian bile bace komen2 kat entri pakcik ni...
kesian.....
tuan aspan,
ReplyDelete1. kalau nak mencegah kemungkaran dengan fizikal dikatakan ektremis dan macam2 gelaran lagi..
2. mencegah kemungkaran dengan lisan atau tulisan dikatakan penghasut atau pemfitnah..
3. mencegah kemungkaran dengan mendiamkan diri atau membenci dalam hati...itulah selemah-lemah atau senipis-nipis iman
ramai tergolong dalam no.3
...layakkah kita dimasukkan dalam golongan orang yang beriman kalau iman setebal kulit bawang
Semua manusia berjasa.
ReplyDeleteMahathir lagi banyak berjasa dari yang lain.
Kenapa perlu diketengahkan jasa mahathir?
Kerana Mahathir dikritik, dibungkamkan, difitnah, seolah2 tiada jasa padanya.
Ku Li juga berjasa, Anwar juga berjasa..tetapi apa guna berjasa kalau suka berpecah belah.
Apa guna berjasa kalau suka merosakkan keharmonian negara.
Kecuali mereka yang ikhlas mahu membasmi penyangak, teguran membina adalah kebaikan bagi semua.
Mereka yang rakus sombong, tetap akan ditolak. walaupun berjasa pada nusa dan bangsa.
Sdr. Aspan.
ReplyDeleteKita harus beri pengiktirafan kpd. TDM terhadap jasa-jasa yang telah beliau sumbangkan kepada rakyat Malaysia.
Penting juga kita harus
mengkritik dengan pandangan terbuka dan ikhlas terhadap kemungkaran2 yang telah TDM lakukan yang merugikan negara supaya pemimpin politik sekarang tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bagi rakyat malaysia berfikir/menilai/berhujah dengan bijaksana dan rasional sebelum memilih pemimpin politik/parti politik dalam pilihanraya.