Situasi politik negara semakin bergelora. Bermacam-macam isu yang berbangkit dan tidak ada tanda-tanda politik akan kembali berada di dalam keadaan ‘civil’ seperti yang kita lihat di negara-negara maju. Benar, tidak ada permainan politik yang bersih dan suci, tetapi tahapnya biarlah berpadanan dan ada sedikit ‘civility’ di dalam menguruskan perbezaan di antara pihak yang berbalah.
Perkara yang amat membimbangkan ialah permainan isu perkauman yang begitu tidak terkawal. Semakin hampir pilihanraya semakain panas isu yang dimainkan oleh pihak yang ingin mengekalkan kuasa yang selama ini dinikmati mereka. Untuk bercerai dengan kuasa itu peritnya seperti hendak memisahkan kulit dengan daging.
Sebenarnya yang merasakan peritnya dalam keadaan hari ini ialah pihak BN yang telah berkuasa sejak merdeka. Bagi parti-parti pembangkang mereka sudah merasakan keperitannya sejak lebih dari 5 dekad dahulu. Bukan sedikit pengorbanan pemimpin-pemimpin pembangkang ini dan ramai di antara pemimpin mereka telah meninggalkan kita secara ‘unceremonious’ dan tidak pun sempat melihat apa yang telah dicapai oleh parti-parti itu sekarang.
Keperitan itu pula sudah mula dirasakan oleh pihak parti-parti yang memerintah dan telah pun mengalami kekalahan di baberapa buah negeri kepada parti pembangkang. Apabila pembangkang berjaya mendapatkan kuasa secara demokratik maka BN telah mengelabah sehinggakan pemimpin-pemimpin yang sudah terlalu biasa dengan keenakan berkuasa begitu carca marba pandangan mereka.
Perlakuan mereka seolah-olah seperti hendak menghadapi hari kiamat. Di akhir umur dan usia dunia ini nanti memang manusia itu akan berada di dalam keadaan serba keliru. Apabila matahari sudah terbit dari barat segala itu merupakan tanda dunia telah terlalu hampir kepada kehancuran. Kalau hendak perbaiki keadaan kita jangan ditunggu matahari terbit dari barat.
Semasa itu tidak ada apa yang kita lakukan akan berdasarkan kepada rasional yang baik. Masing-masing menumpukan kepada usaha untuk menyelamatkan diri sahaja. Tetapi kiamat akan datang juga dan tidak lagi dapat dielakkan. Hendak berbuat baik pun sudah terlambat. Semuanya akan hancur dan binasa.
Tetapi kalau dikaji dari segi hakikinya sekarang ini pun banyak perkara yang melambangkan elemen terbalik sudah pun berlaku, ibarat matahari yang terbit dari barat.
Di dalam kitab-kitab dan ajaran ahli-ahli agama yang muktabar dalil-dalil kiamat itu sudah banyak kita lihat secara terang dan kesemuanya terbalik dari norma kehidupan biasa. Kaum lekaki (kaum Adam) di turunkan untuk menguasai pimpinan, kerana Hawa itu dilahirkan dari rusuk kiri Adam untuk di bimbang oleh Adam dan bukan untuk membimbing.
Hawa tidak dijadikan dari kepala Adam untuk dijunjung dan tidak pula dilahirkan dari kaki Adam untuk dijadikan pengalas. Hawa dijadikan dari rusuk kiri nya untuk dikasihi dan dibelai dan memahami masalah yang dihadapi oleh Adam.
Tetapi sekarang ini ramai kaum Hawa yang sudah berkuasa di sebalik dan belakang Adam. Hawa sangat berpengaruh dan ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkan laba dari pengaruh Hawa itu. Hawa sangat digeruni oleh banyak pihak. Jika Hawa tidak bersetuju maka Adam tidak akan mampu untuk membuat keputusan jika keputusan itu tidak digemari oleh Hawa. Sampan sudah dikayuh dari belakang.
Keadaan yang terbalik dari norma-norma kehidupan yang biasa tidak lagi susah untuk dilihat dalam kehidupan seharian kita. Ahli Agama yang muktabar selalu mengingatkan kita yang perkara-perkara yang ganjil yang berlaku tidak lagi dianggap ganjil di akhir zaman. Yang bathil nampak betul dan diterima umum sedangkan yang baik dianggap tidak baik dan ditolak oleh ramai.
Pengkhianat seperti perasuah dihormati dan dipertahankan sedangkan pihak yang cuba untuk keluar dari puak pembawa dalil ini akan di hina dan dinesta dan diketepikan oleh masyarakat akhir zaman. Tidak banyak orang tahu yang pembawa dalil ini ialah pembawa dosa kerana ianya bertentangan dengan kehendak syariat dan etika manusia yang beragama. Tetapi isu itu sudah menjadi perkara biasa dan tidak dianggap sebagai salah lagi.
Tetapi Tuhan juga berfirman yang dunia tidak akan kiamat selagi masih ada manusia yang berzikir kepadaNya walaupun seorang. Tetapi kepada mereka yang masih berzikir dan mengingatiNya dalam erti kata yang sebenarnya, mereka selalunya akan dihimpit oleh kebanyakan yang telah membudayakan kerja yang bertentangan dengan kehendakNya.
Tetapi yang salah sangat susah untuk dikesan kerana kesalahan itu sudah dibudayakan di dalam kehidupan ramai. Orang ramai lebih suka memberikan dokongan kepada pihak yang menipu dan membohongi mereka. Malahan jika kita membongkarnya mereka akan menuduh kita pula yang termakan bohongan pihak yang memusuhi mereka.
Ada orang yang sanggup melakukan sumpah laknat untuk meyakinkan keaiban yang dia sendiri berada dilokasi semasa berlakunya perkara yang aib itu dan dia berasa bangga kerana berjaya membongkar keaiban itu. Entah mana ilmu yang dia belajar saya pun tidak tahu.
Tuhan yang sentiasa menutupi aib umatnya tetapi umatnya pula yang sanggup bersumpah untuk meyakinkan yang dia bersama dengan orang lain yang dituduhnya melakukan keaiban itu. Semakin hari manusia semakin keliru dan menggunakan Agama untuk mengeluarkan keaiban orang lain dengan mengaku dia berada bersama semasa aib itu dilakukan.
Kerana apa ada orang yang sanggup melakukannya? Kenapa semasa bersama perkara itu ditutupi dan apabila tidak mendapat kerja sama untuk membolehkan mendapat laba maka segala keaiban yang di lakukan bersama itu dihebohkan.
Saya tidak tahu apa agama anutan orang ini, tetapi agama anutan saya menegah mengaibkan orang lain jika keaiban itu dilakukan di sebalik tabir yang terlindung.
Dosa tetap dosa. Biarlah penentuan itu berada di antara pelaku keiban itu dengan Tuhan sahaja. Kalau keaiban itu dilakukan di tempat yang terang barulah kita berwajib untuk melakukan tindakan seperti yang di lakukan oleh ‘ada orang itu’.
Tetapi apakan daya, ramai di antara kita berbangga untuk menjadi pembawa dalil hari kiamat itu dan mereka ini adalah di antara yang bergelar dan bernama. Itu piihan masing-masing.
Pak Aspan, terima kasih kerana menarik pembaca keluar dari lumpur kandang "kerbau politik" dan memberi kami sekilas pandang kejernihan sungai dan kehijauan padang. Agaknya politik ini tidak boleh ditunjangi oleh watak rasional dan bersih. Saya lemas membaca akhbar kini dan malu untuk membukanya di depan anak-anak. Malulah sedikit pada anak-anak kita (Apa jadi kalau ada akhbar dalam darjah?)
ReplyDeleteSamalah kita. Saya pun lama sudah tidak membaca akhbar kerana sebab yg sama yang sdr berikan tadi.
ReplyDeleteSaya tidak menyalahkan sdr. Anak-anak kita memang selalu mempersoalkan kenapa keadaan jadi begini.
Saya takut juga untuk membeli akhbar kerana cucu saya tidak lama lagi akan tahu membaca.
T Kasih
datok aspan nie hem-sem lah.
ReplyDeletesuka baca penulisan hang.
Salam Tn. Aspan/semua,
ReplyDeletePendapat saya :-
1) Samada di sedari atau tidak, tahap kemakmuran Malaysia semakin hari semakin terhakis dengan isu2 yang tidak munasabah seperti pembunuhan, penindasan, perkauman dll.
2) Semua tahu bahawa faktor utama yang meracuni pemikiran rakyat adalah berita2 berunsur propoganda dan negatif dari media cetak maupun elektronik.
3) Laporan badan dunia, 3 dari 10 cerdik pandai rakyat negara ini telah berhijrah meninggalkan negara ini, menjadikan tahap intelektual rakyat rendah. Ini kesalahan Pemerintah dan Penjawat kerana Graduan2 menunggu terlalu lama untuk mendapat perkerjaan.
4) Kesedaran sosial dan kerohanian dari kalangan penjawat awam terutamanya yang menguatkuasa hukum ke atas rakyat telah hampir berada dipuncak kezaliman.
5) Rata-rata Rakyat Melayu yang beragama Islam mempunyai akidah yang tergantung. Islamnya pula adalah dari nama dan baka sahaja. Ilmu dan amalan tonggang terbalik.
APABILA PEMERINTAH DAN PENJAWAT LEMAH,MAKA RAKYAT JUGA LEMAH DAN APABILA RAKYAT LEMAH MAKA PEMERINTAH DAN PENJAWAT JUGA MENJADI LEMAH.
Hilangnya martabat pemilik pendayung dari belakang ini disebabkan cara pemilik mendapatkan pendayung ini juga tidak bemartabat.
Benang telah bersimpul kuat, kudis telah menjadi tokak, saban hari beban masalah menimpa-nimpa buat kedua Pemerintah secara tidak langsung dan Rakyat secara langsung. Duit, matabenda, gelaran dan habuan ketika ini menjadi perkakas untuk mendapat kembali kuasa. Namun penagihan yang tidak adil menjadikan ianya kurang berkesan. Disebalik itu, gelombang Rakyat yang sedar untuk keluar dari kepompong penindasan agak kuat sungguhpun tersekat-sekat.
Jalan kefahaman terbaik Rakyat masakini adalah melalui Blog2 seperti Blog Tuan.
NAMUN, LINK LIST TUAN KE ATAS MEDIA-MEDIA YANG TIDAK BERETIKA AGAK MENCEMAR DAN TIDAK LAYAK BERADA DI DALAM BLOG TUAN. RAKYAT AKAN CONFUSE..!
INFO BENAR DARI TUAN ADALAH MENCUKUPI DAN TIDAK MEMERLUKAN MEDIA2 YANG BERUNSUR SAMPAH TERSEBUT KERANA IANYA ADALAH SYUBHAH.
Mudah2an kualiti dan integriti negara, pemimpin serta rakyat negara ini akan bersinar dengan paksi kebenaran.
Wassalam,
"Teropong Ajaib"
Orang selalu baca ayat yang bermaksud "Tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah..." tapi tak mahu menerimanya bila tidak menyebelahi mereka. Kalau hendak terima, terimalah secara total. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh YB Tuan Guru Haji Hadi pada 7 April 1981.
ReplyDelete"Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku".
Jadi persoalan saya kepada saudara Aspan adalah...
Semua ini bukanya berlaku tanpa izin Allah?
dan Siapakan perancang yang terbaik di seluruh Alam ini?
Tuan Aspan, TRH? atau Allah?
Tepuk dada tanya selera.
Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin. Well done people!"
ReplyDeleteI must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"
ReplyDelete- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.
Tentang sumpah laknat..
ReplyDelete"According to hadith collections, it is narrated that during the 9th–10th year after hijra an Arab Christian envoy from Najran (currently in northern Yemen and partly in Saudi Arabia) under the leadership of their chief priest Abd al-Masih came to the Prophet Muhammad at Medina to ask him about his views about Jesus because the Christians themselves were divided into four different beliefs in regards to Jesus' relationship with Allah:
Jesus is Allah.
Jesus is the son of Allah.
Jesus is one of a trinity or
Allah is far from what they attribute to Jesus.[5]
After the Christians likened Jesus' miraculous (fatherless) birth to Adam's creation, the Prophet responded, "He (Allah) created him (Jesus) from dust, then said to him: "Be", and he was". The Prophet continued, "The truth comes from Allah alone; so be not of those who doubt. If anyone disputes in this matter with thee, now after full knowledge hath come to thee, say: Come, let us call our sons and your sons, our women and your women, ourselves and yourselves, then pray and invoke the curse of Allah upon the liars." [6] This, was the Prophet's call for Mubahala. The Christians consulted each other and refused to accept the Prophet's response to not deify Jesus, Jesus was only mortal created by God but not God Himself[7] together with the Prophet, the two sides scheduled the Mubahala for the following morning. Before dawn of the next day, the Prophet sent a close companion, Salman al-Farisi, to construct a shelter for the people who the Prophet was going to take with him.[8] It was uncommon for Mubahala to include families of the parties involved but when included, the family causes the process to become more effective.[9] Because the Prophet brought only select members of Islam's most religious, prestigious and pure family, carrying Husayn in his arm with Hasan holding his hand, followed by Fatima and concluding with Ali. The Prophet declared, Lord these are the People of my House, Ahl al-Bayt and covered his family with a cloak. The leaders of the Christian group recognized the gravity of the situation, prophethood of Muhammad and the Prophet's confidence in the outcome of the incident. The Christian leaders became frightened and advised their followers to pull out of the Mubahala stating that, "By God! He would not have come with them (the Ahl al-Bayt) if he was afraid that the proof would be against him. Therefore, be warned against the contest of prayer with him. By God! If it was not for the position of Caesar (the Byzantine emperor), I would submit to him. But (now) make peace with him on what can be agreed between you and him. Return to your land and think about it yourselves."[10] The Christians took the advice of Priest Abd al-Masih and formed a peace treaty with the Prophet, the Christian proposal being you remain on your religion, while we remain on our religion and the Prophet's proposal forcing the Christians to pay Jizya, a levy on free non-Muslims under Muslim rule. The Christians continued, asking the Prophet to send with them a trustworthy man to aid them in judging monetary disputes amongst themselves.[11] The Prophet agrees and appoints 'Abu 'Ubaydah bin Al-Jarah out of a large group of willing and hopeful contenders".
Kenapa la agaknya kalau melibatkan pemimpin dari parti yang Aspan jadi ahlinya dulu semua skandal adalah betul dan tidak perlu dibuktikan mahupun bersumpah?
ReplyDeletetapi kalau "orang itu" terus tak masuk dek akal?
Maksumkah dia? Nabikah dia? Rasulkah dia?
At least Eskay bersumpah laknat yang manaya saya percaya Tuan Aspan tahu kesan dan akibatnya.
Bila bab Anwar diaib dan didedah semua org kena ikut saranan agama jgn aib org lain.
ReplyDeleteTp bila bab najib dituduh dan diaib, desak mesti disiasat. Pendedahan aib perlu utk mencegah pemimpin dr berlaku zalim.
Golongan ini jadikan agama taraf cap ayam. Mcm pampers budak boleh pakai buang.
Baguslah.
Tanya hati la...kalau tak ada tersedik rasa benci pd kemaksiatan atau tak rasa sedih melihat org islam melakukan maksiat..tak payahlah nak sedih sgt kalau umat islam dedah maksiat org lain.
Anon 04:23,
ReplyDeleteSdr tidak faham maksud saya. Yang saya persoalkan bagaimana seorang yang berada di okasi atau bilek keaiban itu dilakukan mengaku dia yang baik dan orang lain yang jahat?
Adakah merakamkan video adengan jahat itu di simpan dan digunakan untuk menjatuhkan sesorang itu dibenarkan oleh Islam.
Nescaya kalau Anwar bersetuju untuk menjadi saksi di dalam tuntutanya terhadap satu kes saman video ini tidak akan keluar.
tetapi keangganan Anwar menjadi saksi itulah 'sidia' ini berdendam untuk menggunakan video ini.
Niatnya apa?...sehinggakan sanggup membuat sumpah laknat untuk mengaku dia sendiri bersama subahat melakukan kerja hina itu?
Itu yang saya persoalkan. Saya bukan membela orang yg dituduh melakukan adengan seks itu.
Saya tidak pernah bersama dan menyokong orang yang dituduh itu, dari dulu sehinggalah sekarang.
Saya mempersoalkan kenapa 'ada orang' yang sanggup mendedahkan keaiban sendiri semata-mata untuk meyakinkan orang yang dituduhnya itu adalah perlaku kepada adengan itu?
Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Anwar dipejabatnya sejak beliau menjadi Ahli Parlimen pada April 1982 dahulu. Percayalah.
Takkan lah saya terpaksa bersumpah laknat pula untuk meyakinkan sesiapa yang saya tidak pernah menyokong Anwar.
Nak percaya percayalah, tak nak percaya gasaklah.
Anon 08:11,
ReplyDeleteSdr sedih tengok orang Islam berbuat maksiat?? Ha..ha bagus, bagus.
Maksiat rasuah macam mana? Maksiat rasuah yg dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam jumlah billion itu sdr tak sedih?
Oh, dosa yang Anwar lakukan itu maksiat. Dosa rasuah hampir semua pemimpin BN dengan billion bilion itu bukan maksiat dan sdr tidak pula sedih.
Apa lah lu!!
Saya senang saja. Berani kerana benar takut kerana salah.
ReplyDeleteJadi Eskay berani bersumpah laknat kerana memang benar pelakon video tu Anwar.
Anwar pula asyik berdalih dan baran dengan reporter yang menanyakan hal tu.
Eskay telah berikan DNAnya. Anwar tidak mahu dan tidak akan berbuat demikian.
Hanya ALLAH yang mengetahui segala gala nya.
ReplyDeleteApa kah orang Melayu Islam mahu yakin dengan anak kelahiran Siam yang amalan nya amat meragukan!
Kita tunggu kebangkitan para Ulamak dan pejuang Islam bangkit menentang dan membetulkan keadaan atau rakyat yang mula meluat akan bertindak mengatasi segala gala nya di dunia ini yang akan mejurus kepada kehancuran.
Apa yang mereka lakukan mengudang dendam yang pasti menghancurkan. ALLAH maha perkasa dan remember this GOD acrs in a mysterious way.
Tidak kah kita semua gentar!
Kalau pemimpin negara sendiri tidak faham Islam dan tidak sanggup mempertahankan Islam demi ingin terus berkuasa maka yakin lah sekira nya tiada siapa yang bertindak, kita lihat lah bala yang akan menimpa negara ini dan umat Melayu khas nya.
Anak2 kecil kita pun dah biasa dengar tentang Liwat, DNA, Video Sex dan Sumpah Laknat. Kalo depa tanye amende tu payah gak nak explain. Kalo bapaknye org umno, jawapan senangnye itu sume nama samaran Anwar Ibrahim!! Apa bleh buat, setiap hari media arus perdana siarkan benda yg sama. Malu gak nak nengok berita ngan anak2 apalagi yg dah remaja. Last2 tengok sukan, puas hati. Tak tau le pas ni benda baru ape plak yang muncul.
ReplyDeleteSalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteHari ini 30.4.2011 TPM berada di Mersing menghadiri majlis UMNO Bahagian. Ramai la orang..dengan bebudak sekolah, kakak2, abang2, mak cik, pak cik, orang Gomen, VIP, VVIP..ada makan free..mewah dan meriah majlis. TPM sampai dengan helikopter. Dapatlah orang kampung makan sedap, boleh le jimat belanja pasar hari ni!
Bagus kalau pemimpin negara datang ke Mersing selalu..bagi orang kampung makan percuma sedap-sedap kerana ramai yang terpaksa bercatu bab nak bagi makan anak bini. Bagus juga kalau orang UMNO Bahagian bawa TPM jenguk pasar Mersing..tengok kebersihan dan check harga ikan, sayur, ayam berapa sekilo.
Dalam masa yang sama orang kampung dapat tengok berbagai model kereta-kereta mewah milik VIP & VVIP UMNO. Ahli-ahli UMNO Mersing yang berjaya sebagai Kontraktor kelas F juga sama hebat!
Jadinya isu-isu sumpah menyumpah ni tak mendatangkan apa-apa hasil kepada kita semua. Lebih baik UMNO buat majlis Pemimpin dengan rakyat lebih kerap, dapat le kami orang kampung makan free dan jimatkan belanja!
anon 08:11
ReplyDeleteKo mmg BeEnd totok tegar.
Kenapa marah ni?
Takut hilang kuasa,pangkat,harta?
Tegakkan la benang basah ko tu..
Bijan Hamsor
Memang agak sukar membicarakan soal amal makruf,nahi munkar
ReplyDeletedalam keselesaan bilik air-con,kereta Mercedes,kopitiam,coffee house
di waktu org lain bersabung nyawa di Libya,Palestin,Syria
kita bertelagah dan bertelingkah soal
tembolok yg tak pernah kenyang
kuasa yg tak pernah cukup
projek-projek yang tak pernah lekang
maka diciptalah alasan demi alasan
bagi menghalalkan kezaliman dan penindasan
muncullah slogan-slogan patriotik
fitnah aib yang meloyakan
pemimpin semakin jahil
ulamak terus membisu
MasyaAllah
LK
Salam,,,,negara kita yg kita sayangi sudah condong kearah negara mengamalkan politik fitnah dan sumbang ??? Keadah yg di guna pakai oleh umno ,,,nampak sudah peringkat, tidak membuat perhitungan moral dan maruah, maelayu dan islam,,,walaupun mereka tahu segala perbuatan sedemikian adalah jahil.....namun umno dan najib dan hulu balangnya,,,tidak menghiraukan ini semua, yg penting ,,harus di jalan demi kuasa yg sangat sangat sedikit lagi....? Dalam kita mempersoalkan keadaah umno bn, dalam pmempergunakan isu sex ini,,,,untuk memperkasakan mereka ???? mereka lupa,,,inilah keadah yg mungkin akan menjadi keadah jerat yg menjerat diri barngkali ??? Seluruh negara rioh dgn media perdana memainkan vd sex,,,senantiasa menjadi tayangan utama mereka........MAlu satu malaysia di buat nya,,,,
ReplyDeleteBila kia aibkan seseorang...jgn lupa org lain akan aibkan kita lagi teruk....
ReplyDeleteUMNO memang busuk dan membusukkan...UMNO sudah hilang arah...tiada visi yg jelas dalam memaju negara...UMNO hanya lebih fokus tentang kuasa yg semakin hari semakin terhakis...kuasa siapa..? kuasa UMNO..bukan kuasa melayu am nya...kalau tidak masakan PM Najib memohon PAS meninggalkan PR...ini bukti orang yg semakin hilang kuasa...
ReplyDeleteJamal pendek..
ReplyDeleteApa la kau ni diversion mcm nuar jgk la stle kau. Org cite specifik pasal kes aib nuar kau cite pasal rasuah bilion2. Inilah penyakit kronik yg dihidapi dek pentaksub nuar. Masalah betul la.
Nuar punya rasuah billion2 rompak saham dan kayakan kroni kau lupa ke atau kau anggap halal ke atau kau nafi lagi?
Bijan hamsor...
ReplyDeleteKau pun sama mcm jamal pendek jugak..kau tak tau aku kaya hasil dr ladang zaman british lg tp pasal kau ni kaki tuduh yg totok tak tentu pasal memang kau pun jatuh tahap totok dan lol jugak la...aku totok pasal bukti najib bunuh altantunya rupa2nya rekayasa nuar. Nuar ni kena hukum karma kau tak tau ke? Hukum aib lawannya aib. Ni anwar tengah dok kena aib hasil dr keje aib dan fitnah org Tak berenti2 la ni. Pasal tu tuhan bagi dia kow2 punya..
anon 00:47
ReplyDeleteMuak la ko ulang2 skrip lama,macam CD rosak..berapa kali nak usung tilam ni?
Cakap je la takut hilang kuasa & habuan
Satu perkataan saja: ZALIM
Hidung ko dah kematu,tak bau taik pasal lama sangat duk dalam tong taik ameno/beend
Memualkan
Bijan Hamsor