Dalam masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.
Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak di lakukan keatas kaum itu baik dari pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama UMNO masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu.
Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dengan zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.
Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh UMNO Sabah.
Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya UMNO di Sabah sudah sampai ke persimpangan. Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.
Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul.
Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.
Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.
Politik seperti juga ilmu metamatik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untuk diketahui umum…tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan.
Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mugkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya. Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan meeka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita.
Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.
Dengan ugutan ini ianya secara otomatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh UMNO.
Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan setengah pemimpin UMNO walaupun di dalam terang mereka mempertahankan UMNO itu.
Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan ‘soul searching’ yang intensif.
Naji lupa...orang melayu dan cina menyampah dgn UMNO dan MCA kerana tingkah laku pemimpin....gila kuasa, gila harta..moral rendah
ReplyDeleteAndaian sdr ini mungkin betul kalau betul org melayu sudah beralih kpd pas spt beralihnya majoriti cina kpd dap. Soalan saya adakah sdr sudah tengok sokongan org melayu kpd pas dlm siri PRK yg sblm ni? Adakah undi melayu yg diterima oleh umno merosot? Sila buat sedikit research pola pengundian melayu supaya andaian sdr benar2 boleh dibuat rujukan.
ReplyDeleteSayang sarawak
Nik aziz ugut org melayu...menentang pas bermakna menentang hukum allah. Undi umno menyokong kemungkaran dan kezaliman.
ReplyDeleteNajib ckp tu hujah matematik jugak aspan. Dia kata kalau cina undi pembangkang maka cina kena bersedia utk kehilangan representasi dlm kjaan. Wats wrong with the statement? Kalau dah tak ada wakil MP mca dlm parlimen mcm mana nak letak wakil cina duduk dlm kabinet?
ReplyDeleteCina lagi kuat ugut dan bukan sj ugut mintak itu dan ini dgn janji akan sokong BN, tapi akhirnya bantuan dpt undi tak bagi.
Cina bukan sj ugut mcm penjenayah culik anak dan mintak tebusan pd bapak. Bila dpt wang tebusan bunuh pulak anak.
Katalah apa pun tp soul seaching aku menilai org cina memang hipokrit dan tamak. Suka ugut mcm komunis. Tp mungkin sdr sgt percaya org cina kaum yg sgt jujur. Pemimpin dap mungkin bg sdr lebih jujur dan ikhlas dr pemimpin melayu dlm UMNO. Baguslah sdr fikir mcm tu.
Serba bagus
Rakyat perlu di beritahu perkara yang sebenar, jangan tertipu dik cakap DAP, PKR dan PAS.
ReplyDeleteRakyat dah lama di ugut oleh Lim Kit Siang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim. Kalau undi BN kata mereka, Malaysia akan bangkrap, BN tak tau jaga ekonomi negara, menyalahguna kuasa. Sejak zaman Tun Dr Mahathir, DAP dok kata begitu.
Saudara Aspan lupa?
Saudara Aspan,
ReplyDeleteNajib risau Cina tak undi BN. Yang Najib perlu risau sebenarnya ramai Melayu pun tak akan undi BN. Saya sekeluarga yang ada lebih kurang 50 orang yang layak mengundi pun dah bersepakat tak akan undi BN. Apa perlu Melayu jadi ketua kalau Melayu sendiri makan Melayu. Tak amanah.Melayu je yang tak sedar diri...sanggup undi BN walaupun telah nyata diperbodohkan.
Saya rasa tidak adil cakap kesemua orang cina tamak kuasa.
ReplyDeleteTidak bolehkah orang cina nak menentang kezaliman dan rasuah? Kan Idris Jala dah cakap negara mungkin bankrap tak lama lagi? Tidak bolehkah kesemua kaum bersatu padu menyelamatkan negara?
Susah nak buat begitu dalam BN. Semua pemimpin hanya mengutamakan wang.
serba paksa.
ReplyDelete1.adakah rakyat mesti undi BN ?kalau tidak ,dia itu tamak dan hiprokit? kalau macam itu,tak payah buat P.raya lah.
2.bantuan kerajaan itu duit kutipan cukai dari rakyat -bukan duit BN. Semua rakyat patut diberi
bantuan tak kira fahaman politik dan bangsa dan agama.
3. menteri-menteri MCA kalau berani patut keluar dari kabinet sekarang juga -jangan tunggu lagi - jangan cakap tak serupa bikin.
4.UMNO selalu kutuk Anwar tak bermoral tapi boleh terima CSL
hero video sex ??
double standard??
Katakan tidak kpd kezaliman, kemungkaran dan rasuah! Mari kita sokong anwar ramai2. Anwar tidak rasuah, anwar tak melakukan kemungkaran dan anwar tidak zalim.lahirnya anwar hanya utk dizalimi...
ReplyDeleteMari kita sokong dap krn umno tak jaga melayu. Mari kita sokong pas krn umno menentang islam.
Mari kita terjun masuk neraka ramai2 .....
Neraka nikmat utk org2 yg tuli dan tak makan dik ajar...
Assalam Tuan Aspan,
ReplyDelete1.PRU12:BN hilang undi India,tak dpt majoriti 2/3
2.PRU13: BN hilang undi Cina,dapat simple majoriti
3.PRU14: BN hilang undi Melayu,Bn kalah,jadi pembangkang
Bijan Hamsor
ASALAM saudara aspan,,,,Memang dlm masa 2.3. hari ini, terlalu banyak kenyataan pm,,,yg memberi klu. kepada rakyat untuk menilai apa yg di maksud oleh pm....? Cina , melayu dan semua kaum tak perlu takut dgn gertak najib pm ,,,,biarlah kita tengok hingga bila ego pm dapat bertahan ????Pas sudah awal telah menolak kemahuan bn najib,,,. Ini bererti rakyat semua kaum di malaysia,,,tak perlu takut dgn apa jua gertakan dari kerajaan bn...? MenjelangnGe13,,, belum ada kepastian bn akan berkuasa kembali ? Ini harapan yg cukup besar bagi rakyat melihat kerajaan baru dari PR ? inI BERERTI siudah pasti kaum cina akan di wakil oleh dap dan dap, semantara melayu di wakil oleh pas dan pkr....Getak dari pm dan mca tidak membawa apa erti jika kita mampu mengubah kerajaan bn sekarang dan kerajaan PR...tq
ReplyDelete1 May 2011 09:40:00 GMT+08:00 kata:
ReplyDelete"Nik aziz ugut org melayu...menentang pas bermakna menentang hukum allah."
kata aku:
Yang ni aku tak pernah dengar TGNA kata. Nko berani ke berhadapan dengan Allah di padang masyar kelak menjawab statement nko ini?
Allah tu bukan Mahathir atau Najib tau! Inilah yang sedihnya perangai setengah-setengah orang melayu kita berpolitik, lupa kepada akhirat, hisab di padang masyar.
yang peliknya, pemimpin mereka juga yang kaya raya sedangkan nasib mereka ( kecuali segelintir) sama seperti rakyat lain juga. Harga petrol depa bayar sama seprtyi kita juga. Harga barang keperluan lain sama juga.
"Undi umno menyokong kemungkaran dan kezaliman."
Ulasan aku:
Yang ni ada logiknya.
Wak Jerman
Salam Tuan Aspan/semua,
ReplyDeletePendapat saya :-
1) Kerajaan mendapat sebahagian besar hasil dari CUKAI. Melebihi 50% adalah hasil cukai individu & pedagang Cina walaupun mereka bukan majoriti penduduk di negara ini.
2) Cina telah menguasai 90% pelbagai industri perdagangan samada yang halal maupun yang haram. Memepercepatkan Cina ini kaya adalah Pemerintah, Penjawat dan Rakyat.
3) Koperat Melayu, pemerintah, penjawat dan pencacai Melayu dapat hasil untuk kroni. Siapa-siapa Melayu yang kaya ni? Macam mana mereka boleh kaya sekelip mata? Bukan 1juta kekayaan sekelip mata mereka, tapi beribu-ribu juta. Contohlah CIMB. Dari Bank Bumiputera jadi Commerce Bank. Pemilik bertukar tangan. Dulu Melayu mempertahankan Bank Bumiputera. Sia-sia sahaja kerja murni arwah Abdul Jalil yang bergadai nyawa dan dibunuh pasal nak menyelamatkan Bank Bumiputera. Namun waktu itu Bank Bumiputera telah kehilangan 1 billion lebih. Ingat ke? Hak Rakyat Melayu miskin diinjak sehingga saban hari timbul ketidak sama rata diantara Melayu kaya/kaum lain berbanding Melayu miskin.
4) Cina boleh maju dan kuat kerana kerajaan dan Melayu lemah. Salah Cina ke? Kerajaan pula cara mudah, jadi kroni dan saudara mara kaya raya. Bagi Melayu UMUM pula, pandailah nak hidup. Ini berbeza dengan Cina kerana mereka saling tolong-menolong dan saling bertukar maklumat. Kalau pemimpin Cina buat salah, mereka akan memohon maaf dan meletak jawatan. Boleh ke orang Melayu buat gini..? Seorang Cina kalau mati sekalipun, kebajikan bangkai mereka akan terbela. Agaknya kalau orang Melayu mati cara kos pengembumian Cina, banyak bangkai Melayu bertaburan kerana tidak mampu nak dikebumikan. Kosnya bukan kepalang tanggung dan paling tidak $30,000.
4) Cina maju kerana PEMERINTAH DAN PENJAWAT LEMAH AKAL BUDI. Banyak benda boleh dikautim. Ini salah Cina ke....?
5)Hari ini MCA dan pembangkang Cina boleh bertikam lidah. Esok mereka boleh bertaut kembali. Kalau Melayu boleh ke..?
6)Cina tidak mudah termakan hasutan dan ugutan kerana budaya yang mereka lalui cukup matang dan berpengalaman. Dari nilai hidup murni sampailah kenilai hidup kongsi gelap. Paksi mereka tetap PERSATUAN. Lihatlah bangunan PERSATUAN CINA yang tersergam dimerata tempat yang strategik. Bukan sekadar bangunan, jurat mereka juga sama tersergam. Mereka bangunkan dengan duit mereka sendiri. Melayu sanggup ke....? Pemerintah Melayu sampai dah nak nazak sekalipun, masih nampak kuman diseberang lautan, masih dangkal kera dihutan disusukan. Inilah suratan kejatuhan. Mereka-mereka ini bukan tahu nak minta maaf ke, nak rendah diri ke, tapi menegak dengan benang basah. Sungguhpun ada Rakyat yang masih bodoh tetapi tidaklah semua.
7) Sebab-musabab pada semua kelemahan bukanlah susah sangat.
Hari ini, Melayu hidupnya tergantung. Betulkan?
Sistem Ekonomi Melayu tergantung, Politik Melayu tergantung, Sosial Melayu tergantung, Kekeluargaan Melayu tergantung, Kewangan Melayu tergantung, Persatuan Melayu tergantung. Kehidupan Melayu sering dibawa arus. Melayu hari ini mudah terpengaruh daripada mempengaruh. Kalau arus kuat ke hulu, maka ke hululah dia. DALAM KATA LAIN, MELAYU TIADA PEGANGAN YANG KUKUH.
PUNCA KE ATAS SEMUA INI ADALAH DI SEBABKAN AGAMA ISLAM YANG MELAYU PEGANG HARI INI SAMA DENGAN ISLAM FABRICATE YAHUDI YANG DIAMALKAN SATU DUNIA YAKNI ISLAM YANG BERPAKSI KEPADA BID'AH, KHURAFAT, TAHAYYUL DAN DITOLAK ALLAH. MACAM MANA ISLAM INI BOLEH TERGANTUNG? SEBABNYA TIDAK MENGIKUT SELERA TUNTUTAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. KALAU CAKAP, SEMUA PANDAI MACAM IKUT QURAN/HADIS. TAPI BILA BAB ILMU DAN AMALAN, MAJORITI "0", MAIN CEDUK-CEDUK DAN AKHIRNYA KECUNDANG. PASTILAH HIDUP JADI SIMPANG BERENANG. MACAM MANA ALLAH NAK TOLONG...?
ISLAM YANG MURNI ITU ADALAH SEPERTI CAHAYA DISEBALIK CAHAYA. LAPISAN SEBENAR ISLAM DAN PENGAMAL ISLAM YANG BENAR ITU MASIH JAUH. ISLAM YANG DIPAKAI GUNA HARI INI DI SELURUH DUNIA, BUKAN SEKADAR ISLAM YANG TEMBUKNYA TELAH PECAH, TETAPI ISLAM YANG TEMBUKNYA TELAH LULUR BERKECAI.
Sama-samalah fikirkan.
Wassalam.
"Teropong Ajaib"
wak jerman
ReplyDeleteBykkanlah mendengar ceramah Nik Aziz. Cuba tengok dlm youtube ke,takkan itu pun saya nak tunjuk.
When a government is fair, no racial representation is required...
ReplyDeleteAnon 21:00',
ReplyDeleteBagi dan turunkan link youtube yang nko katakan supaya semua orang boleh tengok sendiri.
Kalau nko kata Mahathir yang kata aku pasti ramai yang percaya.
youtube link plse
Wak Jerman
orang UMNO memang bodoh la....yg bagi cina kaya tu umno juga...kalau tunku tak bagi kerakyatan kat cina cina tongkang tu...mana leh depa duduk lam mesia...sapa yg bagi??? UMNO la....dah lama duduk jadi kaya...sapa yg bagi kaya....bagi lesen macam macam....sapa yg bagi>>>??? UMNO la..org pas mana leh bagi lesen...congak mudah la ni sapa yg dapat lesen 4G,,,YTL...bagi free buta jer...lesen MAXIS, lesen DIgi..lesen Genting...lesen toto,,lesen mak nenek...melayu dapat gak lesen.,..lesen driving untuk rakyat umum...lesen besar untuk kroni...kroni kaya raya...anak kroni kaya gila..nak ngorat artis murah pun pakai heli,.anak org kampung jalan kaki jer gi sekolah...pangkah PAS la kali ni..biar UMNO mampus...
ReplyDelete