27 May 2011

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Kalaulah pandangan saya betul, kita sedang melihat perubahan stuktur pemikiran ramai yang isu perkauman sudah menjadi isu yang agak dibenci dan tidak begitu gemari oleh rakyat pada hari ini. Keadaan ini berlaku kerana isu benci membenci di antara kaum telah dimainkan terlalu berluasa-luasa dan menjemukan mereka.

Rakyat sedar yang jika isu perkauman masih menjadi isu oleh mana-mana parti dan pihak, parti itu akan manghadapi kemungkinan ditolak. Bagi mereka isu perkauman adalah isu yang amat merbahaya untuk di mainkan dan rakyat sedar jika isu ini terus dimainkan oleh pemimpin-pemimpin yang akan merana rakyat sendiri akan menanggung penderitaannya.

Sudah nampak dengan agak jelas yang kecenderungan rakyat untuk menerima parti berbilang kaum di negara ini sedang melebar dan meminggirkan parti yang berlandaskan kepada perkauman secara beransur-ansur. Ianya bermula apabila pemimpin Melayu yang mengetuai pimpinan negara dan rakyat sudah hilang penghormatan rakyat dalam kadar yang amat deras.

Jika elemen baru yang berkembang ini terus-terusan menjadi sikap yang akan diterima oleh rakyat maka parti-parti yang ditubuhkan berlandaskan kepada kaum akan terpinggir dalam masa yang agak dekat. Melayu yang dahulunya dikaitkan dengan UMNO, sekarang Melayu sudah beransur-ansur menukar pendirian mereka dan tidak semestinya UMNO meyakinkan yang parti itu adalah parti perjuangan Melayu dan negara.

Perubahan ini dipercepatkan pula oleh kenyataan yang jelas dan nyata yang UMNO telah gagal untuk meneruskan kejayaan mereka untuk memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu kecuali segelintir Melayu yang mendapat keistimewaan kerana mengambil kesempatan di atas peruntukan keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara.

Peruntukan yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu itu memang ada termaktub dalam perlembagaan dan bangsa lain pun telah menerima hakikat itu. Tetapi apabila keistimewaan itu hanya untuk segelintir Melayu istimewaa sahaja dan bukannya untuk Melayu keseluruhannya, maka kesetiaan kepada UMNO kian pudar. Mereka selama ini menganggapkan yang UMNO itu ialah parti untuk rakyat Melayu yang ramai, tidak untuk bilangan Melayu ekskusif sahaja.

Keistimewaan untuk seluruh umat Melayu itu hanya dipompong oleh segelintiran Melayu yang hampir dengan kepimpinan sahaja bukannya kerana kemampuan Melayu yang ramai itu. Barang diingat orang Melayu merupakan penduduk majoriti dalam negara kita.
Orang Melayu sekarang sudah membentuk pemikiran dan kepercayaan yang menerima parti yang berbilang kaum sudah boleh diterima.

Mereka merasakan jika mereka terus-terusan berada di dalam UMNO pun tidak merubah keadaan mereka kecuali untuk menambah kekuatan kepada pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi pemimpin yang rakus dan kufur nikmat semata-mata. Bangsa-bangsa lain dalam negara ini yang telah bersetuju yang Melayu perlukan keistimewaan itu pun sudah jemu menunggu kemajuan orang Melayu, kerana mereka mendapati keistimewaan itu hanya di perolehi oleh kumpulan kecil Melayu, selalunya dari keluarga yang di dalam kategori ‘the rich and the famous’ semata-mata.

Perubahan pemikiran di kalangan orang Melayu ini melibatkan setidak-tidaknya dua parti, iaitu UMNO dan MCA. Melayu sedang menerima parti-parti PAS, DAP dan PKR sedangkan kaum Cina sudah hampir menolak MCA untuk memberikan keyakinan kepada DAP. Apabila DAP diterima oleh kaum Cina dan menambah pula penyertaan orang Melayu di dalam parti itu maka dijangkakan yang parti-parti yang ‘racial-based’ akan menjadi ‘obselete’ dalam jangka waktu yang agak dekat.

Keadaan ini wujud kerana UMNO yang mewakli UMNO tidak mampu menguruskan kejayaan selama ini. Melalui UMNO orang kita Melayu merupakan kaum yang paling istimewa kedudukan kerana orang melayu melalui UMNO telah diberikan kedudukan sebagai parti untuk orang Melayu dan juga tugasan dan berfungsi sebagai parti untuk menguruskan semua bangsa di negara ini.

Saya masih tergayang-gayang mengingati zaman itu. Sekarang semuanya sudah tiada lagi kerana kesalahan dan kesilapan kita untuk menguruskan kejayaan itu. Kita terlupa dan terleka dengan kejayaan itu kerana kita sentiasa berfikir yang kejayaan yang dicapai itu akan kekal walaupun tanpa pengurusan yang baik.

Peringatan selepas peringatan diberikan kepada bangsa kita khususnya pemimpin kita tetapi mereka lalai dan bersikap sambil lewa dalam menguruskan kejayaan yang jarang-jarang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini. Kita ‘sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Mungkin kah kita akan mencapainya kembali? Tidak siapa boleh menjawabnya secara meyakinkan.

Pada saya kaum India merupakan kaum yang bijaksana di dalam politik. Apa pun orang nak kata, saya tetap menyatakan dengan tegas, kaum India berjaya politik mereka. Kaum India merupakan kaum yang terkecil di Semenanjung Malaysia. Mereka hanya merupakan 15 peratus dari jumlah penduduk negara kita ini. Parti yang mewakili mereka sejak lama dahulu ialah MIC. Walaupun MIC merupakan parti yang kecil dan telah melalui zaman berpecah-pecah sejak lebih 20 tahun dahulu, tetapi kaum India sentiasa menambah jumlah wakil mereka di dalam Dewan Parlimen.

Kaum India diwakili melalui MIC, DAP, PKR, PPP dan yang lain-lain. Berpecah tetapi sentiasa menambah perwakilan mereka di dalam Dewan-Dewan Lagislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri. Saya tidak dapat angka yang tepat tetapi kenyataannya mereka diwakili oleh jumlah yang ramai di Dewan-Dewan Lagislatif negara dan negeri-negeri.

Bagi orang Melayu, jika DAP boleh membuka ruang untuk kaum Melayu menjadi ahli dengan luas serta diberikan peluang untuk mewakili parti itu untuk mewakili pengundi-pengundi di kawasan mereka maka parti itu akan mendapat banyak ‘advantages’nya. Pertamanya parti itu akan membuktikan yang parti itu adalah parti berbilang kaum dan bukannya parti yang di monopoli oleh kaum Cina sahaja. Keduanya DAP akan mendapat tambahan sokongan orang Melayu dan Bumiputra di seluruh negara.

Yang pentingnya DAP benar-benar melunaskan perjuangannya mengikut kehendak perlembagaan negara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu yang saya sendiri telah membacanya berulang kali. Lebih baik lagi DAP menerima orang Melayu untuk menjadi Ketua Kerajaan Negara ini (Maksud saya PM). Malahan DAP akan lebih mudah untuk meyakinkan yang mereka tidak akan menjadi Ketua Kerajaan kerana jumlah kerusi yang dibertangkannya di dalam setiap pilihanraya tidak melebihi 60 kerusi sahaja.

Saya menulis isu ini kali ini kerana sudah jelas rakyat berbilang kaum sedang beransur-ansur menolak parti-parti yang berlandaskan kepada keahlian mengikut kaum. Lagi sibuk parti-parti bercakap tentang isu perkauman, lagi bertambah jemu rakyat mendengarnya.

Itulah yang saya dan ramai orang ralatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Kita telah pun berjaya mendapatkan orang Melayu di terima sebagai kaum yang mengetuai siasah negara, tetapi kita telah gagal untuk mengurus tadbir kejayaan dengan baik. We have been taking everything for granted.

Semuanya kerana permainan politik peribadi pemimpin-pemimpinnya yang rela merebahkan parti bersama mereka. Mereka tidak mahu dan bersedia untuk berkorban untuk parti yang telah menempa kejayaan itu untuk terus relevan untuk melayu dan rakyat..

Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kita salahkan diri kita sendiri.

33 comments:

  1. Simply . .Najib fooled by certain groups around him to adopt the 1Malaysia symbolism.He was misled cos his advisers played on his weakness and propensity for showboating.He completely failed to understand implications.
    Now its biting him in every direction.

    Only way out for him is to retire gracefully.Continuing his cliched storylines to protect that singularly big error of judgement will only make the hole deeper n cause irreversible damage to the country.
    He must swallow his pride and hand over the reins to DPM.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Kami cuma ingin mengajukan soalan, jika tidak disiarkan pun komen ini tidak mengapa.

    Soalan kami, benarkah dapatan tuan mengatakan ramai rakyat sudah semakin menolak parti berasaskan kaum? Adakah tuan ada data atau kajian khusus untuk menyokong hujah tuan. Ini kerana kajian sikap dan analisis desktop yang pihak kami jalankan di beberapa buah negeri sangat berbeza dengan dapatan tuan. Data kami menunjukkkan hampir 80% bangsa Melayu dan kaum Cina masih lagi mementingkan parti berasaskan kaum. Cuma keputusan yang berbeza pendapat hanya pada sesetengah kaum di kawasan bandar sekitar lembah kelang, tetapi ramainya di kelantan. Itupun tidak kurang 20%.

    Keduanya, analisis desktop juga menunjukkan, kebanyakan kaum Cina di negara ini masih lagi menganggap DAP sebagai parti kaum Cina, sama seperti MCA dan GERAKAN walaupun DAP/GERAKAN terbuka keahliannya. Ditambah dengan kempen pilihanraya oleh pemimpin-pemimpin DAP/MCA/GERAKAN diperingkat akar umbi terutamanya kepada kaum mereka adalah bertunjangkan perjuangan kaum Cina. Ucapan sebegini banyak terdapat di mesyuarat tertutup, pentas ceramah, majlis dinner, youtube mahupun blog-blog pemimpin ketiga2 parti. Cuma tuan perlu cari pemantau dan penterjemah sahaja.

    Soalan terakhir kami, adakah untuk menerima perjuangan dan sikap sebenar DAP hanya cukup dengan membaca perlembagaannya sahaja?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. jilat sikit pak aspan...

    jilatan ini saya tujukan kepada 'aku juga melayu' komenter di blog paneh miang...

    pakya, makya, tukya dan adikya.

    he..he..

    ReplyDelete
  4. Mungkin juga bila penulis mengatakan bagi pihak orang melayu, berkali kali pulak tu, ia mewakili orang orang seperti penulis, supermangkok M16 dan beberapa pencinta UMNO sebelum zaman TDM yang merasakan mereka tidak lagi dihargai oleh orang orang UMNO sekarang tapi malu untuk aktif dalam mubarak atau yg sewaktu dengannya.

    Shalela

    ReplyDelete
  5. salam tuan aspan,

    sekadar beri pandangan ..... tuan katakan Melayu mula meninggalkan Umno dan cina semakin ramai menolak Mca dan masuk Dap sebagai satu trend kecenderungan rakyat kearah parti pelbagai kaum.

    Saya tak setuju.

    Apakah tidak mungkin Melayu semakin meminggirkan Umno kerana mereka lihat Umno sudah 'kurang' Melayunya ? Dan semakin ramai cina pindah ke Dap kerana mereka lihat Dap semakin vokal memperjuangkan hak mereka ( yang dijual sebagai kesamarataan ) ?

    Ya, saya setuju hanya segelintir Melayu yang mendapat pelbagai keistimewaan melalui Umno tapi tidak semestinya menjadi penyebab untuk Melayu bertukar haluan kearah kepelbagaian bangsa. Protes Melayu boleh saja diterjemahkan sebagai tuntutan supaya pemimpin Umno kembali memperjuangkan Melayu.

    Umno dibawah Najib menjadi semakin terbuka .... mungkinkah keterbukaan itu yang ditentang oleh Melayu ?

    ReplyDelete
  6. bro aspan boleh ka aku kata yang aku suka komen pakya, makya, tukya dan adikya.

    komen dinturtle pun bagus. tunggu anak beranak ya ulas.

    ReplyDelete
  7. Pak Aspan,

    Ehem..pukul anak sindir menantukah?

    ReplyDelete
  8. Kalau begitulah tilikan Aspan, dah tentu berduyun-duyun orang Melayu dan India akan masuk DAP. Mungkin dah beratus-ratus cawangan DAP ditubuhkan dan beratus-ratus cawangan UMNO dibubarkan.

    Amat berharaplah Aspan lah akan jadi hero DAP dengan mengistiharkan keluar UMNO dan masuk DAP. Berani ke?

    ReplyDelete
  9. have said this before, lain orang lain ragam. some are not willing to open up their mind a little to see more, to read more, and to understand a simple word meaning call... "humanbeing". it has, and has always been on race or religion. name of race are just a given name to differentiate ppl origin. who created the names, it is the people themselves. yet, kito semua sama. kalau nak di katakan kan melayu, i know few ppl, one of them come from "pakistan" 30 years back. he was consider a malay because of his religion and was given a bumiputra status. how can a "pakistani" being consider a "malay" when he is not even born here. to me, i do not care much of all this nonsenses since i don't look a skincolor nor religion. i never harap sesen pun from the gomen. what i don't like is when ppl wanna start creating havoc in the name of race or religion when things are not looking good on their side. in reality, this has got nothing to do with race nor religion but only for self interest. it is pity that many are still blinded and like to look upon race up till now. do "god" teach ppl to differentiate skincolor?

    salam... burn

    ReplyDelete
  10. ASALAM SAUDARA ASPAN,, saya masih bersempendapat dgn aspan,,,melayu kini sudah mula mual dgn isu resis, yg di bawa oleh raja katak tajaan umno ? Saya nak tanya berapa shj yg mendokong perkasa ? Kalau ada demo, nampak legang shj, ini bererti kempulan perkauman sudah tiada taring yg tajam. tidak seperti dulu zaman 70 han 80 han...? Betul kata aspan, seperti dap, dulu saya sendiri kurang senang dgn DAP. lim kiat siang, kapal singe, kini lain pula ramai di kelangan member2 melayu dapat menerima mereka. Ini adalah satu bokti yg kecil, untuk menjadi renongan...? Ini lah peranan datuk sri anwar sangat penting bagi PR,,,maka umno menghidu kekuatan ini ada anwar,,,maka segala apa yg kita baca selama ini, tidak lain, melainkan kata yg sunsang semua,,,tampa bokti yg boleh meyakinkan rakyat....tq

    ReplyDelete
  11. paneh,anon 19.40.00,shalela,dinturtle & geng,

    Senang je nak bukti yang adil,tidak bias mana-mana pihak - Bubarkan parlimen minggu depan dan mengundi seminggu selepas parlimen bubar/ Kedua-dua pihak, UBN & Pakatan Rakyat tak perlu kempen apa-apa. Kita serah kepada rakyat membuat pilihan.

    2. Buat election secara anak jantan, stail winner take all,looser will perish.UBN jangan guna guna jjntra kerajaan, dana kerajaan, SPR dll.

    Setakat nk bertegang urat kat sini tak guna.


    wak jerman

    ReplyDelete
  12. Kepada komentar-komentar di atas,

    Kalau diminta saya memberi bukti yang ramai sudah tidak mahu lagi politik berdasarkan rasis, saya tidak ada. Angka tidak memberikan apa-apa kepada kita. UMNO mempunyai ahli melebihi 3.2 juta orang tetapi pada pilihanraya yang lepas 1.5 juta ahli UMNO telahmengundi pembangkang.

    Kepada yang mengatakan tidak nampak orang Melayu berduyun-duyun masuk DAP, saya hendak memberi tahu yang mereka tidak berduyun-duyun masuk DAP tetapi mereka akan masuk DAP semasa membuang undi. Pilihanraya dulu telah menunjukan bukti ini.

    kepada siapa yang emional dan meminta saya masuk DAP kerana komen saya ini saya tidak mahu menjawnya kerana ia terkeluar dari tajuk dan tidak kena-mengena dengan isu yang saya tulis.

    Kepada siapa yang masih menganggap UMNO masih kuat saya berharap begitu juga. Tetapi saya tahu keadaan adalah sebaliknya.

    Apa pun, tunggulah pilihanraya ini. Saya mengaku yang saya tidak pandai berbanding dengan saudara semua, tetapi saya tetap dengan pandangan ini, sebab pengalaman yang ada pada saya masih ada sikit-sikit lagi.

    Mungkin sdr semua mempunyai lebih pengalaman. Itu hak sdr semua untuk mempercayainya.

    Pilihanraya bukannya jauh lagi. Semuanya akan terjawab.

    Yang pentingnya jangan kita takbur. The votes may go either way.

    TKasih.

    ReplyDelete
  13. Apabyg sahih ialah UMNO memang sudah mengurangkan kemelayuannya manakala DAP pula memang selama2nya diangga oleh kaum cina sbg parti yg lebih kecinaan dan cauvinis sehingga lebih kelihatan lebih ke hadapan dr MCA dlm memperjuangkan isu kaum cina spt sekolah vernakular dan isu pendidikan kaum cina.
    Cuma aspan mungkin lebih percaya dr kaum cina sendiri dgn mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum sedangkan kaum cina sendiri tidak berfikiran begitu.
    Apabila DAP cuba lebih memelayukan DAP, maka hubungan antara parti Pkatan Rakyat juga juga akan mwmberi kesan. Paling jelas, pembahagian kerusi dikawasan majoriti melayu akan lebih komplikated kerana PAS, DSP dan PKR sudah pasti akan menuntut kerusi kawasan majoriti melayu. Hakikatnya selama ini wpun mereka kata mewakili parti berbilang kaum tetapi bila berhadapan dgn realiti PAS akan bertanding dikawasan majoriti melayu, PKR akan fokus kpd kwasan bercampur2 manakala DAP akan bertanding dikawasan majoriti cina.
    Parti berbilang kaum dan oerkembagaan parti mereka hanyalah window dressing.
    Cakao selalu tidak sama dgn bikin.

    Parti berbilang-bilang

    ReplyDelete
  14. Baik sangka tuan kpd perjusngan DAP sgt terserlah dalam byk posting tuan. Saya sgt musykil dgn pendirian tuan.
    Sangka baik tuan terhadap PKR dan Pas juga tidak kurang positifnya. Cuma kenapa sifat sangka baik tuan hilang terus terhadap umno? Tuan boleh tolerate dgn kelemahan dan kekurangan mereka, sebaliknya dgn umno spt tiada kompromi langsung.
    Saya membangkitkan perkars ini kerana saya juga tidak mahu bersangja buruk dgn tuan.

    Parti berbilang-bilang

    ReplyDelete
  15. masih tak paham dengan kerenah sesetengah individu. why do they have to be so shallow. again and again, they keep on repeating the same issues... this party and that party, this race and that race. if one are willing to open their heart thoroughly and see beyond everything, this unthinkable thingy will not happen at all. our country system have totally being screw up when one start teaching others the wrong direction. it seem, they have managed to lock many ppl mindset to think and look at one direction! race race race... lain takdo! luckily more and more have matured and awake to see the real happenings surrounding them.

    salam... burn

    ReplyDelete
  16. wak jerman,

    sblm nak bubar parlimen kena la bersedia dulu. jentera spr perlu dilatih, kerana kebanyakan mereka adalah temporary workers, sukarelawan. pusat mengundi byk di sekolah2. kebanyakan cikgu menjadi petugas sukrelawan spr. so kena bagi masa pada mereka bersedia/dilatih. bukan boleh ambil org yang sama saja setiap 5tahun menjadi petugas spr bagi mengelakkan jadi bias atau jadi pertikaian pihak bertanding. so kena latih orang baru. jadual polis kena atur. tempat kempen. permit. masa pengundi supaya bersedia utk apply cuti, atur masa untuk mengundi dan banyak lagilah persediaan kena lakukan. bukan boleh dibuat terburu-buru saja.

    kadangkala bercakap guna emosi ni pun susah juga.

    ReplyDelete
  17. pru 1999 ramai juga ahli umno dan orang melayu yang mengundi pembangkang saudara aspan. tapi pru 2004 rakyat keseluruhannya termasuk dari pkr dan pas sendiri kembali menyokong umno dan bn. jadi asas hujah saudara berdasarkan keputusan pru 2008 mengatakan ramai akan mengundi dap saya rasa tidak tepat. pru akan datang suasana sudah berbeza kerana faktor2 terdahulu yg menyebabkan bn menjadi teruk sekurang kurangnya sudah tiada kini. jadi keputusan 2008 tidak boleh dijadikan sandaran untuk saudara mengatakan melayu akn undi dap. silap silap pr akan teruk merudum kecuali dap yang disokong hanya kaum cina berdasarkan pola pengundian dalam beberapa siri prk dan prn sarawak baru2 ini.

    ReplyDelete
  18. @ Parti berbilang-bilang 27 May 2011 22:37:00

    Sebenarnya sudah lama kita disajikan dengan pemikiran "... memang pemimpin UMNNO ni sudah teruk dan sudah lama kita merasa keranah tetapi mereka di Pembangkang itu apa bezanya! Sama saja!..."

    Kita sudah sedar pemikiran ini tak boleh digunapakai lagi. Macam mana sama - UMNO yang memerintah dan mereka adalah Pembangkang. Bukan mereka sebagai Pembangkang yang mengaut kekayaan tetapi adalah Pemimpin UMNO yang korup dan rakus kuasa; bermaharajalela dengan kezaliman.

    Yang amat mengecewakan kita mereka pula yang memperkatakan yang kita menderhakai sebangsa bila kita mula enggan menyokong Pemimpin UMNO yang telah lama mengkhianati amanah bangsa Melayu dengan mereka hanya nak mengkayakan diri dan kroni mereka.

    Seperti Sdr Aspan telah mengkatakan dalam tulisannya, ramai semacam kami telah jadi Melayu liberal. Sebenarnya kami telah jadi liberated dan terbuka kepada pemikiran DAP menyamaratakan hak-hak warga Malaysia. Adalah akan membawa manfaat sekiranya ada polisi ekonomi dicipta dan di taja kaum Cina memahukan hak-hak kaum Cina itu dapat disamaratakan dengan hak-hak Melayu atas dasar satu hak sewarga Malaysia.

    ReplyDelete
  19. KUALA LUMPUR, May 27 — Utusan Melayu Bhd funnelled millions in profit into subsidiaries even while claiming it could not pay workers their mandatory bonus, the National Union of Journalists (NUJ) revealed today

    Apa komen PERKASA ?

    ReplyDelete
  20. Cepat-cepatlah Aspan isi borang masuk DAP. Untung nasib boeh jadi MB.

    ReplyDelete
  21. Pak Aspan,

    Siapakah yang berani menafikan UMNO akan merasuah pengundi disaat-saat akhir mengundi jika dirasakan ia akan kalah?

    ReplyDelete
  22. Parti berbilang-bilang..

    UMNO parti yg memerintah. tp gagal seba-serbi.. menyusahkan rakyat lg ada.

    Apakah UMNO tak mahu insaf? atau masih mahu menyalahkan rakyat?

    Sekali boleh tipu tapi jangan berkali2 ditempat sama!!!!

    Bosan dgn UMNO.

    ReplyDelete
  23. Fin,

    1. Awatlah orang-orang belah hangpa ni bengap sangat, payah sangat nak faham, jenih kena penyakit selalu mistaken a tree for a forest.

    2. Tang mana pulak yang aku emo. Posting hang @ 03:29:00 adalah asas mengapa aku kata kat ataih - hang asyik dok kata parti hangpa dah kuat, dah mampu boleh menang dalam PRU. Pihak lawan pulak dok kata sebalik. Pemimpin-pemimpin hangpa pun dok kata serupa dengan hang.

    3. Jadi camne nak tau kedudukan sebenaqnya macamana? Aku kata buat pilihan raya segera. Lawan secara anak jantan. Tak payah nak kempen lama-lama, buat macam PRK - tempoh kempennya seminggu je.

    yang penting biarlah PRU ini dibuat secara adil, teluih. Parti lawan parti, jangan guna jentera kerajaan, dana kerajaan dsb. SPR, polis dsb bertindak secara adil.

    Nak lagi konklusif keputusan PRU nanti, lawan secara "raw" - winner takes all, looser shall perish, yang menang nampak jelas, yang kalah pun jelaih bak mentari tengahari!

    4. Biaq betoi alasan hang pasai SPR tu. Dah 12 kali SPR dok buat PRU. Entah berapa PRK depa dok handle, takkan pasai persedian PRU ni depa takleh handle. Nak sampai berpuluh tahun lagi ka baru depa ni cekap? Abih sejak 53 tahun merdeka depa ni tak cekap-cekap ka nak handle PRU ke 13 ni? Biaq betoi hang!

    Awat hang tak bagi alasan puak eskimo kat alaska tu hilang terompah ski depa atau keadaan gawat kat Libya, maka PRU 13 kat sini takleh buat segera:P

    wak jerman

    ReplyDelete
  24. Anon 09:52 28th May,

    Saudara masih tidak memahami apa yang diperkatakan. Apabila kita mengambil sikap mengakui kebaikan pihak lain sdr menganggap kita hendak menyertai parti itu.

    Yang sdr mahu mungkin hanya mengangguk kepada segala kemusnahan yang di lakukan oleh pimpinan kita. Itu caranya sdr menyokong parti yang sdr sokong.

    Elok meneliti apa yang saya perkatakan. Mengakui kebaikan pihak lain adalah sikap yang baik dan cuba untuk menjadi lebih baikdari mereka.

    Barulah kita menjadi ahli yang membina. Jika tidak mampu berfikir sampai ketahap itu elok jangan menyertai sembang dan berbahas tentang isu yang sangat penting untuk kita semua.

    TKASIH.

    ReplyDelete
  25. Setuju cakap Anon 09:52, kalau Aspan fikir DAP terlampau baik, eloklah Aspan isi borang masuk DAP.. lepas itu war-war kan secara besar-besaran, jemput sekali Khalifah LGE dan media bila Aspan berbuat demikian.

    Insyaalllah saya pun akan sedekah pisang ke masjid tanda kesyukuran Aspan masuk DAP.

    Saya bukannya perli Aspan, Saya memang selalu masuk blog Aspan melalui portal UMNO; penggabung suara..Kalau blog Aspan tak disenaraikan disana, saya rasa tak mungkin saya nak melawat blog Aspan. Bila dah selalu baca blog Aspan, apa yang saya nampak , Aspan hanya menulis untuk menabur kebencian kepada UMNO macamlah UMNO ini terlalu buruk untuk Aspan. Kalau UMNO bagus pun, hanya UMNO lama saja yang bagus sedangkan UMNO baru amat teruk sekali.

    Saya rasa toksahlah Aspan bersembunyi sebagai ahli UMNO untuk mengkritik secara membina UMNO, saya tak nampak Aspan berbuat demikian. Kerana jiwa Aspan lebih DAP ataupun lebih PKR, lebih PAS atau lebih KITA , saya syorkan Aspan berhentilah jadi ahli UMNO dan jadilah ahli-ahli mana-mana parti kesukaan Aspan.

    Orang-orang UMNO lain saya percaya akan sokong dengan saranan saya. Orang DAP tentu akan mengalu-alukan Aspan.

    Saya bukan ahli mana-mana parti, tapi saya dah tua untuk menilai parti mana yang berjaya mengemudi negara dari parti yang pandai berretorik. Tahun 2008, saya telah mengundi DAP kerana saya bencikan Pak Lah , bukan saya benci BN dan bukan saya sukakan DAP.

    ReplyDelete
  26. Wah ramai juga yg bengang dgn parti berbilang2 ni. Nak ketawa pun ada. Punyalah emosional. Tak boleh langsung pulak angkat umno sikit.
    Brader2 semua. Belajar la terima pandangan org lain. Belajar jugalah menilai dan membuka mata sikit. Jika brader semua kata umno langsung tak guna, menyusahkan rakyat dan hanya utk mengayakan kroni, saya tak setuju langsung. Itu semua hanya persepsi kamu semua. Tidak logik langsung. Bukan tidak wujud rasuah atau program memperkayakan diri di kalangan mereka. Ada. Saya rasional. Saya akui.
    Tp yg tak betulnya brader2 semua ni ialah seolah2 umno dan pemimpinnya mcm pelakon jahat atau pelakon raja jahat dlm drama melayu yg merompak harta rakyat dan membuat onar kpd rakyat serta siang malam hanya
    mengugut dan menzalimi rakyat.
    Itu dlm filem. Dlm filem hindustan pun byk karakter mcm tu. Tuduhan brader semua terlalu dahsyat. Tak berbukti langsung. Main buat kesimpulan...bila umno sah rasuah bila umno sah mengayakan kroni. Hujahbsebegitu tak mampu nak yakinkan komentator lain apa lagilah utk meyakinkan rakyat. Tak pro la...boring.
    Kamu boleh temberang sekali dua tp kamu tak boleh temberang berkali2. Kami pun ada hujah kami.
    Kami dr umno juga ada maruah diri. Jgn merendah2kan pemimpin umno secara pukal.
    Kamu org nak sokong DAP ke Pas ke parti yg dipimpin penzina tegar ke itu kamu punya pasal la. Kami juga nampak lompong perjuangan parti2 yg kamu org harap2kan boleh menyelesaikan semua masalah rakyat tu...kononnya. Jgn cuba membuang penyakit gatal dgn miang buluh atau pun dgn daun bemban. Apa yg kamu semua lakukan utk membuang penyakit umno ini hanya pada tahap mekanisma daun bemban. Makin diganti kamu akan makin bertambah merana.
    Parti berbilang2

    ReplyDelete
  27. You can fool some people some time, but u cant fool all the people all the time.i terima hujah pak aspan.

    ReplyDelete
  28. wak jerman. bukankah guan eng yg mendesak negeri bawah pakatan supaya jangan bubar dun jika pru diadakan pada tahun ini? so pihak mana yg dah bersedia utk bertanding secara anak jantan tu?

    "Awat hang tak bagi alasan puak eskimo kat alaska tu hilang terompah ski depa atau keadaan gawat kat Libya, maka PRU 13 kat sini takleh buat segera" - ayat ini saja sudah menunjukn wak jerman ini jenis emosi. agaknya wak jerman sendiri jenih kena penyakit selalu mistaken a tree for a forest.

    ReplyDelete
  29. Sdr Aspan,
    walaupun huraian saudara itu agak menepati keadaan yang berlaku, tetapi pada pandangan saya saudara juga patut sentuh kenapa terjadinya hujan di tengah hari. Ramai orang sekadar salahkan pemimpin yang ada sekarang terlepas pandang bagaimana mereka ini wujud. Kebanyakan pemimpin sekarang ini sebenarnya bukanlah mereka yang dibarisi untuk mengambil alih teraju negara. mereka bukan yang terbaik. Pemimpin Umno yang dijadikan pelapis(WARISAN) kebanyakannya naik pangkat terlalu cepat dan direstui oleh PM Mahadir sekitar 1996/97. Penunjulan mereka ini menimbul sakit hati yang amat sangat kepada pemimpin veteran ketika itu yang sedang enak memunggah kekayaan negara. Barisan ini juga menjadi threat kepada mereka. pendek cerita barisan ini mesti dihapuskan. ketuanya disingkir melalui tuduhan liwat. Walaupun hanya fitnah tetapi kerana ada duit, ada media, fitnah boleh ditukar menjadi benar. Yang benar menjadi salah. impak dari kejadian ini sungguh besar:
    1. Pemimpin kaki bodek dan tukang angguk mewarisi UMNO.
    2. Banyak institusi Kerajaan, kredibilitinya mula dipersoalkan. sebelum 1998 tak pernah dengar orang permainkan Yang Arif.
    3. Orang Melayu kata Tun Mahadir berpecah kepada tiga, UMNO, PAS dan PKR. Beliau sedih. Dia terlupa pula bahawa dialah penyumbang yang paling hebat.
    4. Orang Melayu tak akan lagi selesa mentadbir negara seperti zaman sebelum 1998.
    Hujan ditengah hari tak dapat dielakan kerana media berjaya membuat orang ramai percaya tahi ayam adalah tepung dan tahi itek adalah manisan.
    UMTUA2.

    ReplyDelete
  30. Fin,

    1. Wak tidak emosional. hangpa tu yang bengap. Wak tulih dalam bahasa yang paling simple, stail orang kampong supaya hang dan kengkawan yang bengap mudah paham.

    Ramai pembahas-pembahas lain guna bahasa yang standard, lagi le hang tak faham. Bahasa mudah, stail cakap orang kampong, direct, tak berbelit-belit pun tak faham...aku surrender lah dengan hang, Fin.

    2. Kalau piliharaya umum( Parlimen) dengan pilihanraya negeri (DUN) pun hang tak tahu beza, wak rasa wak fahamlah tang mana kedudukan hang sebagai ahli dan penyokong tegar UMNO Baru.

    3. Nak pendekkan cerita, hang ambillah nasihat Pak Aspan kat atas ia itu ".....Jika tidak mampu berfikir sampai ketahap itu elok jangan menyertai sembang dan berbahas tentang isu yang sangat penting untuk kita semua."

    Elok sahaja mula berbahas kat laman blog Upin dan Ipin je lah lagi berfaedah.Tak payah campur isu-isu yang tak sampai nak pikiaq.

    wak jerman

    ps: Wak rasa takde faedahnya je wak nak explain pasal orang eskimo yang wak tulih tu...ikut suka hangpa la.

    ReplyDelete
  31. kata bro aspan "membuat komen yang berpatutan tanpa menggunakan bahasa yang kesat."

    jadi wak jerman menggelar orang lain bengap bagaimana pula? bukankah penggunaan perkataan "bengap" itu menunjukkn emosi wak jerman yg tidak stabil?

    jika kerajaan membubarkan parlimen, negeri pakatan terpaksa ikut sbb itu bawah bidang kuasa persekutuan dan mereka tak boleh buat apa2. jadi cara pakatan nak halang atau sabotaj kerajaan ialah dgn tidak membubarkan dun di negeri pemerintahan mereka. bukankah ini logik menunjukkan kegusaran dan kebimbangan pakatan jika pru diadakan pada tahun ini? jadi apa yang bengapnya?

    wak jerman memperlekehkan orang kononnya tahap fikir orang lain tidak sampai utk berbahas seperti wak jerman.

    hmmmm...berdasarkan pengalaman saya, sekali kita menuding pada orang, 10 kali orang menuding pada kita. akan diterbalikkan doa itu kpd yang selayaknya.

    ReplyDelete
  32. Fin..

    nampaknya kau bukan saja kelihatan bengap tp memang sesungguh bengap.

    ReplyDelete
  33. saya sokong pendekatan saudara mengkritik pemimpin UMNO kerana PUJIAN adalah salah satu cara untuk menjatuhkan seseorang atau organisasi. cuba rujuk sikit kitab2 lama yang banyak menghuraikan bab MEMUJI ini. Jalan yang yang paling ampuh untuk menjatuhkan kawan kita ialah dengan selalu2lah bagi pujian. Berdasarkan pengalaman pun ramai yg terjunam dan tersungkur kerana PUJIAN.

    Syabas saudara Aspan saya dapat menghayati saudara telus dalam mengkritik .... teruskan saya doakan saudara sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah swt.

    ReplyDelete