25 May 2011

Stigma buruk yang melekat kepada UMNO susah hendak dibuang

Kalau saya duduk termenung memikirkan nasib UMNO di masa akan datang, seperti juga ramai yang lain saya tidak dapat berfikir apa cara yang perlu dilakukan oleh UMNO untuk kembali menjadi parti yang dihormati dan disanjung bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti yang pernah dialaminya dahulu.

Maklum sajalah UMNO selama ini adalah tunjang kepada politik tanak air. Semasa hebatnya UMNO rakyat berfikir tanpa UMNO kita akan rebah rempah dan tidak tahu apa akan terjadi kepada negara. Semasa itu UMNO! UMNO! UMNO!, tidak ada yang lain melainkan UMNO.

Tetapi itu sudah menjadi bahan bacaan sejarah kepada kita. Sebagai seorang ahli sejak awal tujuh puluhan saya terasa dan nampak jelas perubahan yang berlaku di dalam UMNO. Kita akui semuanya itu tetap berubah mengikut waktu dan zamannya tetapi perubahan budaya dan etika di dalam UMNO itu hanyalah menjurus kepada kejatuhannya dan bukannya kearah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.

Kelemahan UMNO ialah untuk menguruskan kejayaannya. Itu nyata. Masalahnya bermula apabila UMNO diwariskan kepada pemimpin yang tidak berjiwa UMNO. Mereka hanya berteriak kuat tentang UMNO tetapi UMNO dipergunakan oleh pemimpin yang menerima warisan itu untuk kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

Ada pemimpin yang yang suatu ketika dahulu tidak mampu mengisi minyak kereta yang kecil sekarang sudah menjadi pemimpin besar. Itu pun tidak mengapa. Ramai dalam sejarah dunia pemimpin yang datangnya dari keluarga yang miskin tetapi berjaya menjadi pemimpin yang memperjuangkan rakyat jelata dengan baik. Tetapi yang tidak dapat di maafkan ialah mereka memerah segala apa yang ada untuk memperkayakan diri tanpa had dan lebih-lebih lagi tanpa malu dan segan pula bercakap tentang perjuangan yang tinggi-tinggi yang mereka sendiri tidak mampu melakukannya.

UMNO yang membina segala institusi demokrasi, UMNO jugalah yang membinasakan institusi-institusi ini. Apabila pelacuran ke atas bidang Kehakiman negara pada 1988 dahulu institusi kehakiman tidak kebah-kebah dengan imej yang tidak meyakinkan, bukan sahaja oleh rakyat negara ini tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. UMNO yang memperkuatkan institusi Raja-Raja untuk memperkuatkan kedudukan orang Melayu dahulu, UMNO jugalah yang merobek dan merebahkan institusi ini sehingga institusi ini menjadi lemah dan longlai.

Banyak lagi contoh-contoh yang ada tetapi blog ini telah menulisnya berulang kali dan tidak payah lagi lah diulang-ulang. Ianya menyedihkan dan menjemukan bukan sahaja kepada pembaca tetapi juga kepada diri saya sebagai penulisnya.

Tetapi warisan yang amat mengecewakan rakyat ialah budaya rasuah dan menggunakan kuasa dengan salah itu adalah dosa yang tidak dapat diampunkan oleh ramai rakyat pengundi. Mereka adalah di kalangan the ‘silent majority’ dan di antara mereka ini adalah ahli-ahl UMNO sendiri. Itulah sebabnya saya pernah menulis ahli-ahli UMNO keluar parti bukannya dihadapan kamera TV3 atau RTM tetapi bertukar parti semasa di dalam peti undi. Ini sudah terbukti kerana seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO pernah memberikan undi kepada parti pembangkang.

Tidak guna UMNO mempunyai ahli yang ramai. Ibarat tubuh badan yang besar tetapi tubuh yang mengalami banyak penyakit yang ‘terminal’ hanya untuk menunggu akhir kalamnya sahaja. Apabila ada ahli yang sedar dan mengkritik, penyokong dan pengampu-pengampu tanpa tauliah akan menerpa mengutuk dan membidas kumpulan kecil yang sedar ini. Pendeknya tidak ada apa-apa ruang untuk UMNO memperbaiki dirinya.

Sebagai seorang yang sudah bersara dari semua kegiatan saya mempunyai masa yang teruang untuk bertemu dengan manusia yang berfikir setiap hari. Sementara menunggu waktu menjemput cucu dari sekolah selalu saya berjumpa dengan orang ramai dan berkesempatan untuk bercakap. Biasalah, di negara ini semua rakyat bercakap pasal politik. Dalam perbincangan yang saya adakan amat payah bagi saya untuk terjumpa individu yang tidak mengkritik UMNO dan komponannya.

Baru dua hari yang lepas saya dijemput oleh orang yang saya belum pernah berjumpa untk minum kopi. Mereka bertanya di mana patut kita minum. Saya menjawab kalau ikut standard saya kita hanya patut berjumpa di kedai mamak yang hampir dengan rumah saya, kerana saya tidak berkemampuan untuk minum di restoren-restoren besar-besar. Akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa dan nyata mereka adalah di antara yang mengikuti tulisan saya.

“Encik Aspan, why are you so possessive of UMNO? Do you really know that you are being detested by the party leaders?” Saya menjawab pendek sahaja “Bro, I don’t care. Let them hate me but I shall stand where I am”.

Tidak dapat saya hendak mengingati perkataan-perkataan yang timbul dari mulut mereka, tetapi kumpulan ini adalah kumpulan yang selama ini mengndi UMNO tetapi sudah tidak tahan lagi dengan keadaan, sikap dan nilai yang ada kepada pimpinan parti ini.

“I can’t forgive them bro. They are milking the country dry. They are loads of corruptible leaders. There is no way can we stand their shenanigans any longer” kata salah seorang dari mereka serius. “All leaders up there are suffering from corruption addiction. They can’t get out of it. Our country is deadly in trouble and there should be concerted efforts from us to change it.” sambungnya lagi.

Saya hanya menjawab, “I am nobody and with no consequence what so ever. Let them do whatever they wish. Dia orang fikir dia boleh lari dari pembalasan. Mereka sangka mereka ada immuniti dari tindakan undang-undang dan immunity dari balasan Tuhan. Oleh kerana mereka hendak belajar dari pengalaman sendiri, biarkan!”

Perbualan itu panjang juga. Tetapi saya terpaksa meminta diri kerana hendak ke sekolah menjemput cucu. Tetapi sebelum saya bangun sempat salah seorang dari mereka bertanya, “Bang, abang ingat ahli-ahli MKT tu boleh memperjuangkan Melayu dan rakyat ke bang?” Rakan saya yang bersama saya dari awal menjawab juga pendek, “Kalau mereka benar-benar hendak memperjuangkan Melayu dan rakyat, mereka tidak sepatutnya berada di sana. They are rouges and should not be trusted”

Perbualan seperti ini memang kita dengar di mana-mana. Persepsi buruk terhadap UMNO itu tidak dapat dihilangkan lagi. Masalahnya apabila pandangan buruk seperti ini sudah menjadi lumrah, apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin kita tidak diyakini lagi.

Blog ini acapkali memperkatakan tentang isu ini dan selalu dibidas oleh banyak pihak. Kecenderungan rakyat untuk bertindak bertentangan dengan kehendak pemimpin kita semakain jelas kerana merek merasakan pimpinan sudah tidak layak diberikan keyakinan lagi. Rakyat ramai sedang cenderung untuk melihat kepimpinan turun dan menggantikan dengan kepimpinan yang lain.

Usaha Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin untuk menghalang orang Melayu dari mendekati DAP misalnya tidak diiraukan orang ramai lagi. Rakyat menganggapkan pemimpin-pemimpin itu sedang merasakan ketakutan mereka terhadap sokongan parti itu dari berkembang. Rakyat tidak segan dan silu lagi untuk memberikan perhatian kepada DAP kerana mahu mengambil kesempatan untuk memberi pengajaran terhadap pimpinan yang mereka anggap sebagai perosak kepada negara kita. PAS juga sedang menerima sokongan dari ramai rakyat Islam yang berpendidikan yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Kepada yang serius cuba anda fikirkan cara dan kaedah untuk UMNO mendapatkan kembali keyakinan rakyat tanpa banyak persoalan. Saya tidak nampak cara yang lain selain dari keseluruhan pimpinan parti ini dibarisi oleh barisan yang baru secara total untuk melenyapkan imej dan stigma buruk yang di alami oleh UMNO sekarang ini. Kita wajar mengakui UMNO telah terabai sebegitu lama.

Ini sahaja tindakan yang boleh melenyapkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO jika benar-benar mahukan UMNO terus menerajui pimpinan negara. Kalau tidak mahu percaya tidak mengapa. Memang kita tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain. kita lebih suka untuk belajar dari kesilapan kita sendiri.

Kata perbilangan, ‘sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

20 comments:

  1. Asalam saudara aspan,,,tidak di ragui lagi segala pandangan saudara ada kebenaran, hanya org yg menjadi penykong tuli umno, tidak akan setuju....Rakyat melayu khas nya tidak ada jalan lain, melainkan menghumban umno ke lautan yg besar,,,biar dia lepas dan setengah mati ? Biar kali ini, kita ubah dgn menberi kepercayaan kpd pas, pkr, dap, untuk mengurus negara yg kian menjadi miskin dan parah oleh para pak menteri yg tak tahu di ajar ??? G13 adalah , hari akhir untuk umno ? Biar keadilan rakyat yg menghakim semua mereka...? tq

    ReplyDelete
  2. Aspan, you just by your current stand. The lost ground is irretrievable for UMNO.

    UMNO's demise is a inevitable sequence of Malaysian political happening.

    UMNO members won't believe it but they will believe it by mid night of PRU13.

    The result is predictable and it's better for us to talk and deliberate on some other issues.

    UMNO selayang

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Aspan,

    Saya faham maksud arkitel saudara. Ingin bertanya apa pendapat Sdr Aspan tentang reaksi UMNO jika mereka merasa kuasa mereka akan hilang? Soalan saya mungkin nampak mudah tetapi saya berpendapat implikasinya amat tinggi.

    Pada hemah saya UMNO sudah terlalu kaya dan bongkak. Situasi ini amat menakutkan kepada saya sebab mereka akan berhempas pulas untuk tidak melepaskan kuasa didalam apa keadaan sekali pun.

    Berpaling kepada tiga komposisi PR, saya berpendapat, berbanding dengan 13 aggota BN, agak sukar PR ke Putrajaya tetapi mereka akan memberi saingan hebat.

    Wbgpun, jika keadaan menjadi genting nanti, UMNO, sebagai anjing yang sudah besar dan garang, pasti akan meletak suasana keselamatan kita kedalam keadaan kelam kabut.

    Saya nampak senario ini pasti akan menjadi realiti. Saya sendiri akan mengambil langkah berjaga-jaga suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. sdr Aspan,
    Tulisan saudara amat menarik. saudara mampu terjemah dlm bentuk huraian yang tersusun. Saya seorang pesara jadi ahli UMNO sejak 1965. Jadi apa yang saudara tulis tu saya faham sangat. Memang kebanyakannya tepat.Pemimpin UMNO dulu lain pemimpin UMNO sekarang lain.

    ReplyDelete
  5. Tok Pan,
    Kalau..Kalau..Kalau..
    PRU13..PR kalah..dah biasa dah.Kalah hari nie, besok depa buat ceramah besar-besaran, tempat biasa la, kat bawah pokok getah baik cket kat dewan ngo cina, sekatan nak pi ceramah biasa juga mesti ada P..he3..bla..
    PRU13..BN kalah....ech3..kau bayangkan orang tak biasa kalah, nak buat ceramah kat hotel tak ada orang taja (taji ada la)..dewan kemas (dah tak kemas)nak ajak rakyat mai ceramah, he3..macam mana RTM kena ikut saluran, Mediaprima sibuk..itu jam banyak terok oo..
    Saya ada cket pengalaman kekalahan kecil BN (kiamat kecil), masa BN kalah di Penang. Kalut oo, ari nie kalah esok panggil ahli mesyuarat, yang datang ech3..tak berapa kerat la yg datang..Banyak oo cerita belakang tabir bila kalah kat Penang (nanti ada masa, kita cerita lagi)
    Jadi, Tok Pan, kau bayangkan lah..kalau BN kalah kelak dlm PRU13..
    He3..-sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  6. Masaalah utamanya Pemimpin UMNO suka cakap bohong dan suka main kuntau putar alam.

    Siddiq, amanah, tabligh, fathonah sudah tiada lagi di dalam benak mereka. Walhal inilah satu-satunya formula selamat yang Pemimpin UMNO patut amalkan.

    Ambillah contoh terkini, Pemimpin UMNO cakap FELDA banyak duit rezab.
    Tau2 FELDA nak pinjam KWSP RM2.0 Billion. Duit rakyat lagi yang kena. Sampai tahap krtikal ginipun, Ketua Penerangan UMNO nak temberang rakyat. Mungkin tolol-tolol ini lupa bahawa hari ini sumber maklumat adalah dihujung jari.

    Macam manalah rakyat nak percaya!!

    Sebenarnya tipu daya, helah dan muslihat tidak boleh kekal lama dan UMNO tidak boleh bertahan dengan cara ini.

    ReplyDelete
  7. Baik dimana mana bila bercakap pasal UMNO semuanya mengejek ngejek.Saya setuju dengan Aspan, UMNO sudah hilang keyakinan menyeluruh kecuali di kampong-kampong dan orang orang tu sahaja.
    Saya rasa bila orang tua tua ini sudah tiada maka UMNO pun tiada.

    Ini pandangan jujur dari saya. Saya bukan ahli politik. Saya tidak kisah siapa yg pimpn kita. UMNO punbukan memimpin kita. UMNO melatih kita jadi perongos.

    jiwa jiwa

    ReplyDelete
  8. sebenarnya, kito mempunyai pilihan. parti parti di bina untuk menyatupadukan rakyat. jikalau parti yang di pilih tidak dapat mengurus negara secara sempurna dan aman, ia bukan parti yang patut disokong. a party is just a name. what matter most is the people. one should not differentiate the differences with each other. leave religion alone. it is for one to be keep at heart. if this can be achieve, malaysia could have gone further. each of us were given a choice to choose the right and wrong. make that choice to make malaysia a beautiful country again like before... during tunku days. always remember, darah kito semerah. kito sekeluarga... humanbeing.

    salam... burn

    ReplyDelete
  9. Analisa saya agak bertentangan dgn pandangan sdr aspan. Saya juga ahli umno tapi sejak 1998 saya beralih angin.
    Perbezaan antara skrg dan tahun 1998 amat jauh. Tahun 98 org umno nak pakai baju umno pun malu, nak pakai tag umno apa lagi. Tiada kalangan pemimpin umno yg lantang ketika itu. Masing2 byk berdiam diri dr mempertahankan umno.
    Hari ini walau pun ramai komentator yg menyanggah umno tp saya dpt rasakan suasana 98 lebih getir kpd umno. Hari ini umno nampak lebih offensive dr dulu. Lebih2 lagi isu Anwar yg sudah tidak menjadi isu besar lagi di kalangan rakyat. Mereka sudah ramai yg tawar hati dan tidak ambil pusing lg dgn Anwar. Mereka tidak xstreme spt zaman saya dulu.
    Saya sarankan jgn terlalu yakin umno sudah ditolak rakyat. Isu rasuah tidak cukup lagi utk larikan sokongan drpd umno kerana hari ini PR pun sudah terpalit jugak dgn rasuah krn mereka jg sudah berkuasa di byk negeri. Rakyat juga melihat pentadbiran PR di ngeri2 ini tidakl ada value add yg membezakan mereka dr UMNO. Dari segi khidmat kpd rakyat juga sudah nampak wakil PR juga melakukan perkara yg sama spt wakil umno. Mereka juga lebih banyak kpd publisiti dr melakukan khidmat sebenar.
    Wpun saya masih tetap bersama PR tp hati kecil saya dpt merasakan bahawa PR juga sudah diyakini lagi oleh rakyat spt juga umno.

    Pejuang Pembebasan Rakyat.

    ReplyDelete
  10. Askm Tuan Aspan. Saya juga ahli UMNO Sabah, dahulu saya begitu bangga dengan pemimpin-pemimpin ini tapi hari ini ramai dalam kalangan kami yang sudah muak. Betul kata tuan, ramai yang keluar UMNO tetapi tdk di depan tv. Sebaliknya memberikan sokongan kepada parti lain secara diam-diam. Satu perkara yang saya benar-benar tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini ialah pemberian kewarganegaan secara sewenang-wenangnya kepada PATI untuk memenangkan mereka. Benci betul saya dengan sikap pemimpin UMNO yang sanggup menggadaikan masa depan rakyat tempatan untuk kepentingan diri. Saya setuju jika barisan kepimpinan hari ini ditukar secara total. Ahli-ahli UMNO juga perlu dididik agar tidak menerima rasuah. Sebelum UMNO masuk ke Sabah, politik wang ini tidak kedengaran dalam pemilihan mana-mana parti yang lahir di Sabah. Hari ini politik wang ini berleluasa. Akhirnya pemimpin-pemimpin yang rasuah inilah yang diangkat menjadi pemimpin negara.

    ReplyDelete
  11. sbg rakyat bkn ahli mana2 parti...saya lihat di tempat saya...umno masih selamat dgn undi org2 tua...dan org2 yg tinggal dikampung...org2 yang menuntut kitab "Al UTUSAN" tapi sampai bila kan.. kampung makin sunyi...yg veteran2 dah makin ramai dipanggil Ilahi..

    saya dibesarkan dlm dunia umno...arwah ayah dan mak tulin umno nya...ayah pernah jadi ajk bahagian Kuala Pilah..Mak jadi pengerusi tetap wanita bahagian kuala pilah....semua sedara mara tok nenek ahli umno... tapi saya sorang saja yg tak diumnokan... sbb apa yg saya lihat...pemimpin2 umno ni bila depan org2 kampung cerita pasal semangat melayu..pembangunan...islam...tapi bila dah habis ceramah..masing2 sibuk cerita pasal projek..tikam satu sama lain...itu yg buatkan saya tak minat langsung dgn parti ni...nampak sgt perangai nak menipu org kg...politik api..air..lampu...jalan tar... kadang2 saya rasa terhina bila org2 umno ni sibuk mengungkit pasal api..air..jalan tar ni...nampak sgt memperlekehkan org melayu sendiri...

    umno mungkin slmt dlm PRU13....tapi tetap sakit...selalu saya pesan kat org2 kampung...jgn dimanjakan sgt umno ni..sesekali kena ajar diorang ...baru lps tu diorang tgk kita...

    goodluck to UMNO..and i dont mind to give PR a chance to rule...wassalam

    ReplyDelete
  12. Sdr Aspan,
    Saya ahli Umno Dan sejak 1982, saya mengundi BN. Even in 2008 when I was fed up witH Umno, I voted BN. Kini, saya tak dapat tahan perasaan jelek Dan muak dengan perangai pemimpin2 Umno, presiden hingga ke ketua2 bahagian. Saya Akan mengundi Umno atau BN lagi. Cukuplah saya terpedaya Dah begitu banyak Kali.

    ReplyDelete
  13. Saya ahli PKR sejak 99. Saya tak tau pasal politik tp bila Anwar dituduh liwat baru saya mengikuti perkembangan dan minat pd politik pun datang.
    Tp skrg saya tengok Anwar sudah semacam. Hati saya tergerak utk menilai siapa Anwar. Pd saya tidak mungkin niat jahat terhadap Anwar berlaku dgn berulang2 isu yg sama. Saya yg bodoh pun tidak akan lakukan sebegitu apa lagilah pakar politik spt UMNO yg dah season dgn mainan politik.
    Apa yg saya lihat anwar sendiri yg mengulang2 alasan dan tuduhan balasnya kpd kjaan. Mcm tak ada modal lain.

    Saya tobat. Lebih bauklah saya undi UMNO drp undi puak kalut tak habih2 ni..

    ReplyDelete
  14. In this peninsula PKR is a party, which is a photo copy of UMNO. They were from UMNO anyway.

    The only 2 parties which have the discipline together with their principle are DAP and PAS.

    If these 2 parties get together they can be the agents of change.

    As for many, they choose no UMNO and PKR candidates. The have the tendency to go for PAS and DAP and i am agreeable to their cause.

    ReplyDelete
  15. Anon 21:55:00 GMT+08:00,

    Tak payah menyamar jadi ahli PKR lah. Bila baca komen hang, 10 batu orang dah tau hang geng haprak UMNO Baru!!

    2. Setiap individu mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan bebas untuk berpesatuan, termasuk juga menyokong mana-mana parti politik yang sah berdaftar.

    Jadi tak payahlah nak menyamar, baling batu sembunyi tangan. Nampak sangat bodoh sombongnya...bak burung ostrich yang menyorok kepala dalam pasir....Patut le ramai yang menyampah dengan UMNO Baru pasai tak gentleman, pasai takdak teloq....beginilah rupa perangai ahli dan pemimpin.

    Mat Aloq Janggus

    ReplyDelete
  16. salam semua.GE 13 akan datang mungkin parti saya akan kalah kali ni.sekiranya parti yg satu lagi dpt memerintah negara kita adakah pemimpin2 ini 100% telus dlm urus takbir negara kita.kalau telus alhamdulillah.tapi saya tk nampak perkara ni akan berlaku.cakap memang senang.apakah tidak ada lagi penyelewengan rasuah kroni2 dsbnya.orang2 politik mulutnya memang manis bila menabur janji.kepada pemimpin2 pemerintah sekarang cukup2lah nyawa kalian semua sudah sampai keparas hidung dah.ada lg masa utk bertaubat.
    wasalam.

    ReplyDelete
  17. Salam Saudara Aspan,

    "Semasa hebatnya UMNO rakyat berfikir tanpa UMNO kita akan rebah rempah dan tidak tahu apa akan terjadi kepada negara. Semasa itu UMNO! UMNO! UMNO!, tidak ada yang lain melainkan UMNO." APA YANG SAUDARA SEBUTKAN DISINI MEMANG TEPAT DAN BENAR. ITU SEBAB ORANG MELAYU LINGKUP. SEPATUTNYA MEREKA HANYA PERCAYA KEPADA KEKUASAAN ALLAH SWT. MEREKA SEPATUTNYA TIDAK RISAU JIKA UMNO TIADA.....KITA ADA YANG MAHA ESA...ALLAH SWT YANG TIDAK AKAN MATI SELAMA-LAMANYA.KENAPA PERLU SANDARKAN NASIB BANGSA DAN UGAMA KEPADA UMNO? ALLAH SAHAJA TEMPAT MENGADU. DAN KENAPA MASIH RAMAI ORANG MELAYU TAKUT BN@UMNO LINGKUP? SEOLAH-OLAH UMNO ITULAH YANG BOLEH MEMBANTU ORANG MELAYU, BUKAN ALLAH SWT. UMNO HANYA PARTI YANG DICIPTA OLEH MANUSIA DAN KINI MANUSIA DALAM UMNO ITU SENDIRI TERDIRI DENGAN MANUSIA YANG PENUH DENGAN NODA DAN DOSA. KENAPA UMNO, JIKA BENAR INGIN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM TIDAK MENURUT AJARAN YANG DITURUNKAN ALLAH MELALUI RASULNYA. KENAPA TAK IKUT AL-QURAN. TERLALU BANYAK UMNO BUAT KESILAPAN DAN TERLALU RAMAI PULA ORANG MELAYU YANG MASIH LEKA DITIPU DAN DIBUAI MIMPI OLEH JANJI DAN PEMIMPIN UMNO. KENAPA ORANG MELAYU MASIH BERHARAP PERTOLONGAN DARI UMNO? KENAPA TIDAK MENADAH TANGAN DAN MOHON DARI ALLAH SWT. KAN MAJORITI MELAYU MENGAKU BERAGAMA ISLAM, JADI IKUTLAH AJARAN ISLAM.

    ReplyDelete
  18. sama spt tempat2 lain yg saya dah komen ttg isu sexs anwar ni....

    betul anwar atau bukan anwar dalam video tu tak memberi apa-apa kesan kpd kualiti hidup rakyat...

    tak payah pening masing2 nak bawa dalil org itu adalah anwar atau org itu bukan anwar...

    kerana isu ini tak dapat menyelesaikan isu minyak nak naik, harga barang nak naik, gstp nak kena bayar, tarif letrik nak naik dll yg berhubung kait dgn urat saraf kita..

    pakya

    kesian pak aspan...sebab komen saya dalam paneh miang ttg soi lek, pak aspan dikaitkan sama..

    tapi insyallah dapat pahala free.....

    ReplyDelete
  19. Pakya,

    1. Melihat cara kerajaan menanggani masaalah kenaikan harga barang,kenaikan harga minyak,perlaksanaan GST, kenaikan tarif elektrik dan pelbagai masaalah negara termasuk kelembapan ekonomi - jalan penyelesaiannya hanyalah SATU! iaitu HAPUSKAN ANWAR IBRAHIM!!!

    2. Melihat kepada kesungguhan kerajaan dan UBN berusaha dengan pelbagai cara, mengguna seluruh kekuatan negara untuk menghapuskan Anwar Ibrahim - negara kita akan menjadi negara maju, pendapatan rakyat akan meningkat setaraf dengan negara maju, barang-barang murah, letrik murah, taraf pendidikan kita bertaraf dunia, bak kata kita akan lebih hebat dari semua negara maju HANYA....JIKA....ANWAR IBRAHIM DAPAT DIHAPUSKAN DALAM POLITIK TANAH AIR.....

    3. Sdra tersilap mengenai isu siapa pelakon video sex tersebut. Siapa bukan punca tetapi adalah salah satu usaha untuk menghapuskan kesan AI sekaligus menyelesaikan masaalah-masaalah yang sdra sebutkan.

    Isu liwat, Perkasa, Pembela, isu perdana menteri kristian dll isu yang dimainkan sekarang ini adalah usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan menghapuskan AI dari arena politik tanahair.

    wak jerman

    ReplyDelete
  20. Sepatutnya UMNO menyelami diri sendiri demi kebaikan negara. Menteripun tiada kualiti memimpin mcm mana M'sia nak maju?

    ReplyDelete