02 May 2011

Semuanya sudah terbalik - Yang betul nampak salah, yang salah nampak betul.

Kita tidak payah untuk membuat andaian bila pilihanraya akan tiba. Akhirnya ia akan tiba juga. Masa masih panjang sehingga tamat penggal sekarang ini. Bagi PM Najib untuk membuat keputusan memanggil pilihanraya bukan kerja yang mudah apatah lagi dalam situasi politik hari ini. Sebagai pemimpin yang sedang berada di tampuk kuasa beliau lah yang akan menentukkan tarikh dan waktu untuk memanggil pilihanraya itu.

PM Najib tentunya akan melihat dari berbagai-bagai aspek sebelum membuat keputusan dan keputusan itu hanya akan dibuat sesudah beliau yakin yang rakyat sedang bersama kerajaan pimpinannya. Dalam keadaan sekarang PM Najib masih belum mendapat ilham kerana politik negara termasuk yang melibatkan parti-parti dan ahli-ahlinya yang berada di dalam BN sendiri belum lagi berada di tahap yang meyakinkan.

Bagaimana PM Najib hendak mengadakan pilihanraya sekarang? Masalah terlalu besar yang ada di hadapannya termasuklah masalah beliau sendiri. Najib sedang berhadapan krisis kepimpinan yang sangat besar kerana beliau tidak dapat menguasai sokongan padu dari dalam UMNO itu sendiri serta tidak mampu untuk mengawal tingkah dan laku pemimpin-pemimpin di dalam komponen BN itu sendiri.

Najib tidak ada ‘privilege’ untuk membuat keputusan dengan tenang dan aman kerana beliau terlalu terpengaruh dengan pengaruh dari tepian parti seperti pengaruh bekas pemimpin raksaksa negara dan banyak lagi elemen yang mengganggu beliau di dalam membuat keputusan dengan sendiri.Pendeknya Najib bukan bermasalah dengan musuh yang terang, tetapi beliau bermasalah dengan harimau yang menghendapnya dari celah belukar dan semak.

Apabila persepsi ramai melihat Najib sebagai seorang yang kurang diyakini maka ramai di kalangan pemimpin yang tinggi dalam hairaki parti begitu jelas sedang mengambil ‘position’ politik bagi menyesuaikan dengan keadaan jika Najib mengambil tindakan untuk berhenti dan terus bersara. Oleh kerana tradisi di dalam UMNO itu memudahkan orang nombor dua mengambil alih di atas nama peralihan kuasa secara aman, maka sudah ramai pula yang sekarang menghampiri Muhyiddin kerana Muhyiddin adalah ‘putra mahkota’ UMNO sekarang ini.

“Bang, marilah bergiat balik bang. Nampaknya Muhyiddin akan mengambil alih dan abang bolehlah aktif balik. Muhyiddin sedang mengesut sedikit demi sedikit kepada kerusi yang diduduki oleh Najib bang” Kata seorang pemimpin bahagian dengan yakin. Saya menjawab, “Terima kasih lah bro, abang kau ni dah berehat dan menunggu mati aje. Kau bergiatlah. Abang nak tengok juga sejauh mana politk kau boleh pergi. Abang kau ni dah ramai cucu. Biarlah duduk jauh-jauh dan jadi pemerhati sahaja sambil-sambil menjaga cucu. Kalau abang nak komen abang komen melalui blog abang. Itu cukup dah!”

Kata-kata pemimpin bahagian itu, kalau dikaji betul-betul membayangkan ada pihak dalam UMNO sendiri yang ingin melihat Najib itu bersara secepat mungkin kerana ada orang yang sedang menunggu untuk mengambil alih kerusi yang di duduki Najib itu. Kabarnya usaha itu secara halus di dalangi oleh orang yang berpengaruh untuk memudahkan Muhyiddin menjadi PM dalam kadar yang segera kononnya untuk menyelamatkan UMNO dari ditinggalkan oleh orang Melayu.

Itu masalah dalaman UMNO. Masalah di kalangan parti-parti komponen di dalam BN juga merupakan masalah yang tidak boleh di abaikan oleh pucuk pimpinan BN di Kuala Lumpur. Keretakan di kalangan parti-parti di Sabah sudah mula dikesan dan sudah dizahirkan oleh LDP supaya UMNO tidak lagi menjadi ketua kepada BN di negeri itu. Mampukah keretakan ini dihalang dari menjadi pecah dan terbelah, belum lagi dapat dipastikan. Yang pasti keretakan wujud di kalangan parti-parti dalam komponen BN itu sendiri.

Oleh yang demikian saranan Najib untuk PAS bekerjasama dengan BN memang tidak salah. Tetapi masalahnya UMNO hanya mahu bekerjasama dengan PAS semasa keadaan terdesak sahaja. Semasa dalam keadaan kuat UMNO tidak melakukan usaha memperkuatkan kekuatan yang sedia ada tetapi di sebaliknya memaki PAS dan pimpinannya setiap kesempatan yang ada. Semua ulamak PAS dipersendakan kerana orang sudah ramai Melayu memilih PAS kerana parti itu mengambil landasan Islam dalam perjuangannya.

Dalam keadaan terdesak barulah UMNO hendak mencari PAS sedangkan dengungan kutukan pemimpin dan penyokong UMNO masih kedengaran di mana-mana. Apabila PAS ada ‘apprehension’ nya untuk menerima tawaran itu maka PAS juga yang di kutuk dan dikata dengan bermacam panggilan. Kita seolah-oleh bersikap dan berperangai seladang….kalau berjalan di hadapannya kita akan ditanduknya, tetapi apabila berjalan di belakangnya kita akan ditendangnya.

PAS mempunyai pengalaman bersama UMNO di dalam BN dahulu kerana UMNO hampir pupus semasa pilihanraya 1969 dahulu. Semasa itu UMNO terdesak maka PAS diminta untuk bersama dan PAS setuju. Tetapi apabila PAS sudah bersama maka PAS dianggap sebagai masalah pula. Dr Mahathir telah mengakui ini beberapa hari yang lalui di Alor Setar yang PAS membawa masalah kepada BN semasa itu. Itulah sebabnya PAS ditendang keluar dari BN.

Sekarang perasaan terdesak UMNO itu kembali semula dan meminta PAS kembali bekerjasama dengan UMNO. Jika PAS kali ini menolak adakah itu salah PAS lagi? Kita telah membuktikan yang kita tidak selesa dengan perjuangan yang dilandaskan agama itu dan lebih mesra dengan parti-parti liberal seperti parti-parti di dalam BN sekarang. Maka itu juga hak UMNO untuk memilih.

Tetapi apabila UMNO cuba hendak menggunakan PAS kembali maka hak PAS untuk menolaknya jangan dipersoalkan lagi. PAS ada pengalaman bersama UMNO ini. PAS pun ada juga sedikit harga diri dan tidak mahu dipergunakan oleh UMNO hanya semasa mereka terdesak. Pemimpin PAS juga manusia biasa seperti pemimpin UMNO. Mereka ada perasaan dan perasaan itulah yang perlu kita fahami.

Pemimpin kita tidak sedar yang pemikiran orang sudah membangun dan UMNO tidak pernah berusaha untuk membangunkan pemikiran selari dengan pemikiran manusia sejagat. Kita wajar sedar yang Islam itu membangun mengikut masa dan zamannya. Bukan sahaja minat terhadap Islam ini berlaku di negara kita, malahan kecenderungan manusia di zaman ini terhadap Islam memang besar, termasuk di Amerika Syarikat sendiri di mana ratusan ribu orang putih Amerika memeluk Islam sebagai cara hidup mereka sejak akhir-akhir ini.

Pemimpin kita berucap di pentas dunia menuduh orang lain memberikan persepsi buruk terhadap Islam tetapi di negara sendiri pemimpin yang beriya-iya mempersendakan agamanya dan pemimpin yang berusaha kearah mengaddinkan Islam itu. Salah benar cerita lain, tetapi usaha mereka ada sedangkan kita masih lagi tersepit dengan pemikiran sempit yang parti itu adalah lebih besar dari agama.

Melakukan rasuah tidak menjadi isu besar, tetapi mengkritik UMNO itu dosa besar. Berkata benar itu salah tetapi meminda hukum agama mengikut kemahuan kita tidak salah. Mengaibkan orang lain tidak salah tetapi pihak untuk menutup keaibannya itu salah. Semuanya diambil dari sudut yang terbalik. Sedangkan Tuhan sendiri sentiasa menutup keaiban umatnya, kita pula yang melakukan perkara yang bertentangan denganNya. Kita tidak takut mengaibkan orang lain serta berbangga pula bila mangaibkan diri sendiri.

Agaknya kita ini memang sudah hampir kepada keadaan matahari akan terbit dari barat seperti yang saya sebut dalam posting saya yang lepas.

Wallaahualam.

60 comments:

  1. Memang benar UMNO berminat kepada PAS hanya apabila UMNO lemah. Kalau UMNO kuat PAS dikerjakan habis-habis. Boleh lihat kpd sejarahlah. Apa yg menyebabkan UMNO lemah dan siapa yg bertanggungjawab? Tak susah nak kenal pasti. Beliau ialah presiden UMNO yg berkuasa selama 20 tahun lebih. Semasa beliau menerajui UMNO ianya berpecah 2 kali, Semangat 46 dan PKR gara-gara mengutamakan kepentingan peribadi bukannya kepentingan parti.

    bekas ahli

    ReplyDelete
  2. UMNO tidak berminat kepada PAS.

    UMNO tak berminat pada Nik Najis

    UMNO hanya berminat kepada ahli PAS yang cintakan perpaduan melayu.

    ReplyDelete
  3. PAS bertambah sokongan. Tak usahlah bermain-main dengan UMNO ni...cukuplah pengalaman lama dahulu.

    UMNO has always been a 'vandal' in Malaysian politics bro.

    I wish PAS to lead the government if UMNO doesn't change its line of leadership and let DAP takes over MCA as its partner in the government.

    No worry..nothing is going to happen to the Malays.

    zamzari ahmad.

    ReplyDelete
  4. Anon11:58,

    Our feeling is mutual. We from PAS want UMNO members to continue voting for us as they did in 2008 general election.

    We don't want Najib, Muhyidin, Rais Yatim the psycophant, Hishamudin, Ahamad zahid hamidi,shafie Apdal and the whole bunch of goons in UMNO.

    We want UMNO members to do just what they did in the ballot boxes in the last election.

    Openly let them be UMNO members. In the ballot boxes be PAS members.

    There is no pain in doing just that.

    ReplyDelete
  5. Just do it! Pangkah PAS dan lenyapkan UMNO! Selamatkan Islam dari di permainkan olih pemimpin UMNO!

    ReplyDelete
  6. Dr aziz, i agree with your approach for unity. I have been doing just that for the past 2 GE.


    syed (UMNO member)

    ReplyDelete
  7. Syed, As I have said above, just vote PAS or whichever party quietly. By doing so we don't need to quarrel with our neighbors.

    Just campaign with your family members. If everyone does that you will see the changes without quarrel.

    I am an UMNO member too.

    ReplyDelete
  8. Dr Aziz dan Syed, saya bergembira kerana saudara semua mengamalkan demokrasi dengan cara yang berhemah.
    Saya dan keluarga juga adalah ahli UMNO yang sudah lama memainkan politik cara ini.

    Kita tidak bergaduh dan kita boleh mengundi parti yang lain. Parti itu partilah, sebab nak jaga sensitivity jiran tetangga, tetapi wadah pwerjuangan yg ada di dalam diri kita kita laksanakan dengan sebaiknya.


    bendahari cawangan

    ReplyDelete
  9. These are the things that will happen when UMNO is weak and without credibility leading to a weaker UMNO and goverment leaving the malays in a desperado state thus losing confidence in UMNO.

    ReplyDelete
  10. Kebanyakkan ahli umno adalah manusia biasa yg tidak mahu bertengkar dgn jiran tetangga tetapi yg busuk hati dan bertalam bermuka-muka adalah pemimpim2 umno akibat terdesak utk berpaut kepada kuasa yg mereka ada sekarang ni, jadilah ahli yg bijak dan undi anda menetukan arah tuju masyarakat yg nak hidup aman dan damai bukan utk pemimpin yg gila nak berkuasa

    Pengundi berdaftar

    ReplyDelete
  11. i am blunt man but now campaigning in a quiet way among UMNO members to think of voting PAS in a quiet manner.

    Dr Aziz and syed's opinions make sense. Malays can be united if everyone in UMNO thinks the way we are.

    Avoid quarrel and just don't react if those umno activist annoy us. we just at them.

    ReplyDelete
  12. Aspan, I have an addiction of reading your writing. You are very smooth in your thinking flow.

    Waiting for the next posting man...

    jalil hasan

    ReplyDelete
  13. PAS lebih indah tanpa Nik
    Aziz tanpa PKR tanpa DAP - sekarang PAS bernafas dalam lumpur, suci dalam debu.

    ReplyDelete
  14. I have seen this kluangman's comments in some blogs that i read.

    kluangman is a novice in politics saying some thing which have the standard of of joker.

    This kind of boy is what UMNO is having. good luck u UMNO

    justine sam

    ReplyDelete
  15. Baru bercerai talak satu..X kan x leh kahwin balik..Melayu+Islam=Di homati dan berkuasa...

    ReplyDelete
  16. Sehingga kini saya memerhatikan ttg kesedaran pemimpin Umno,bahawa Pas sebenarnya adalah kawan sejati. Tetapi demi kuasa dan positon yg di pegang maka pembuktian di matrealisekan sebaliknya. Sekali sekala timbul juga keinginan samada untuk menguji atau membuktikan apa yg terpendam. Mungkinkah Datuk Najib melatah atau keinginan hati kecilnya utk melihat Pas sekali lagi bersama Umno/BN. Saya rasa dia jujur,tetapi kejujurannya tidak bertampat dan bertepatan dengan masa.
    Kenapa dibuat sekarang? masa UMNO sudah parah? Kenapa tidak mengutarakan ini semasa gah di persada?
    Sebenarnya UMNO dan PAS berada di atas pentas dan pltform yg sama-Melayu dan Islam. Sifat dan tabiat menganaktirikan kawasan Melayu inilah menjadi penyebab kapada perpecahan besar. Pemimpin2 Melayu menjadi sasaran hukuman dan fitnah. Tengoklah sejarah penghuni Kemunting,fitnah sesama Melayu dan serangan terhadap Ulamak. Dalam ertikata lain UMNO telah gagal membendung dan menilai sensitiviti Melayu. UMNO juga telah gagal menilai ulamak. Zaman Dr Mahadhir dianggap era menghina Ulamak dan menekan Melayu.
    Umno juga tidak mengambil iktibar dan panduan pada kemenangan bergaya Pak Lah, PRU 2004. Gaya hidup cara berpolitking Pak Lah menjadi pilihan pengundi. Tetapi Pak Lah juga dijatuhkan - bukan kerana Pak Lah tetapi segerombolan opotunist di sekelilingnya...dlam PRU 12, sebagai faktor penyumbangnya.
    Datuk Sri Anwar dengan auranya menambahkan ketenatan Umno. Anuwar dengan momentum pendakian yang begitu bergaya dan rhythmic,bergerak dengan tempo yang lincah menambahkan tekanan pada Umno. The carefully orchestrated drive towards the goal olih Anwar telah gagal dibendung dan sudah terlewat. Cara tekanan terhadap Anwar bertukar menjadi tenaga baru utk dia terus mamacu. Sekali lagi Umno dilihat gagal dalam tektikal.
    Sebagai Kutua dalam BN,Umno juga telah gagaldlm:
    1. Challeges of sustaining
    2. challenges of redesigning and rethinking.
    Umno mempunyai ramai pemimpin yg bolih bercakap kerana kuasa,tetapi tak ramai yang bolih menumpu pada stretegy dan approach kpd sensitiviti kelilingnya,dan gagal untuk mengumpul kumpulan yang bolih bergerak sanada.
    Dan Umno semakin lemas.

    bersambung.....

    ReplyDelete
  17. Tn Aspan, i follow your blog daily. You are one of the highest wisdom blogger i ever come across. I respect you. Keep on your good work.

    Sean Liew

    ReplyDelete
  18. Saya setuju.......
    Dalam diam kita undi PAS....
    Apa yang UMNO rasuah semasa kempen kita sapu....namun undi tetap pada PAS
    Kan aman damai kalau semua guna taktik senyap,bila ada makan bersama pemimpin kita bedal, jangan kasi can...
    UMNO suruh melayu bersatu kita bersatu......tapi undi tetap PAS...
    Aman Malaysia, kalau semua rakyat Malaysia guna taktik yang di cadangkan.....

    ReplyDelete
  19. umno juga perlu berterima kasih pada maklok perosak seperti anon 11:58 yang bahasanya adalah bahasa setaraf trio 3 t,kumpulan yang mengetuai umno sekarang

    ReplyDelete
  20. Pak Aspan, analisis tuan makin menjurus kepada pandangan UMNO bakal hilang kuasa. Namun pada saya UMNO tidak hilang kuasa kerana ramai antara orang Melayu yang merasakan UMNO "is a workable solution". Yang lain itu belum diuji..Cuma UMNO itu perlu dibetulkan. Jadi bolehkah UMNO itu dibetulkan..apa mekanismenya?

    ReplyDelete
  21. Orang Miskin Miskin2 May 2011 at 18:02:00 GMT+8

    Salam Pak Aspan, Dr. Aziz, Syed, Auzir,

    Saya juga ahli biasa UMNO. Kita tak perlu bising-bising dan bertekak sesama kita just to proves wrong or right. Kat ballot box nanti pangkah je lah pilihan hati.

    Yang tengah risau sekarang ni pemimpin-pemimpin UMNO. Whatever the conspiracy theory is not for us, members of the public, to worry much about. Hilang kuasa memanglah lah memeritkan, it hurts much more than losing money or someone close to us. It means losing all the priviliges, the limelight.

    Pak Aspan, you did good!

    ReplyDelete
  22. Melayu boleh bersatu tapi bukan dibawah UMNO.
    Saya ahli UMNO tapi dah lama tak sokong UMNO.

    ReplyDelete
  23. Salam tuan ,

    Baru-baru ni masa DSNTR datang ke Trengganu , ambe dan kawang2 minta RM50 untuk gi ke Manir dan Jamuan Rakyat di Syahbandar . Derih Jusoh lebih popular dari Md Said dan ambe rase PM nampok keadaan tu . Nampok gaye , PAS ada harapan menang sebab puok-puok Derih dan Md Said dah mula main politik cah keting .
    Kesiang betul PM sebab puok-puok yang berbaloh ning masing-masing gong !

    ReplyDelete
  24. Benar kata tuan hari ini yg benar nampak salah yg salah pulak nampak benar. yang salah dipertahankan yng benar dikutuk dan dihina.
    Ulamak pun turut tertipu dan menyumbang mempertahankan kezaliman dan kemaksiatan
    Begitu ramai umat melayu islam yang rosak akhlak dan berzina di sana sini tetapi ulamak hanya melelapkan mata.sebaliknya bila ada pihak yg menghadapi tuduhan zina dan liwat mereka segera bangkit mempertahankannya. Inilah kebenaran yg sedang cuba ditukar kepada kepalsuan.apabila kebenaran sudah hampir pihak ulamak pula yg menjadikan keadaanbertambah keliru.

    ReplyDelete
  25. Aspan,

    Saya ni masih mahu menyokong UMNO/BN ini. Tetapi bila Najib bercakap sekejap lain sekejap lain ini membuatkan saya begitu keliru.

    Kta nak perjuangkan 1Malaysia, tetapi mengugut orang pula. Dalam keadaan sekarang udah cerita pasal 1Melayu dan entah apa-apa lagi.

    Semakin hari saya bertambah yakin yang Najib ini bukanlah seorang pemimpin yang patut disegani.

    beliau hanya bersandar kepada perwatakannya sahaja tetapi tidak ada substancenya.

    Sampai bila nak tunjuk maco ni? Saya sampai bergaduh dengan isteri kerana isteri saya cenderung kepada PAS/DAP.

    Kalau keadaannya begini saya pula yang ikut isteri saya. Nampaknya isteri saya sudah membuktikan kebenarannya.

    Sekali sekala biarlah ikut bini. Tak guna bergaduh dengan bini kerana hendak mempertahankan Najib dan BNnya.

    Saya pun tak bergadu dalam rumah.


    ismail darus.

    ReplyDelete
  26. PAS boleh menggantikan UMNO sbg malay base party dgn syarat PAS mesti disokong oleh sekurang2nya 60ke 70 % melayu. DAP sudah jelas boleh menggantikan MCA. Persoalannya apakah PAS mampu utk mencapai sasaran 60 ke 70% sokongan melayu? JIka PAS tidak mampu mendapatkan sokongan elayu sejumlah ini maka tiada parti malay bas yg dominan lagi. Apabila tidak ada malay base yg dominan lagi, maka DAP bolehlah menggantikan UMNO sbg alternatif parti tunjang kpd PAkatan Rakyat. Orang melayu boleh menerima DAp skrg ni. DAP boleh dipercayai krn DAp akan turut menjunjung perlembagaan negara. PAP spore pun mendokong perlembagaan juga, di mana melayu spore juga dilindungi oleh perlembagaan. JAdi kalau PAP spore boleh kenapa DAP tak boleh. Org melayu tidak lenyap dispore sampai kini. Yg lenyap hanyalah segala kepentingan dan kedaulatan melayu. Melayu spore hidupspt biasa. Melayu cukup hidup sekadar yg ada. tak payah lebih-lebih. anak melayu spore masih boleh juga menyambung pendidikan spt rakyat spore yg lain, berkahwin dan berkeluarga. Kjaan spore tak hapuskan melayun spore pun. Mana ada penghapusan etnik dispore.
    Kuasa tak penting pd melayu. Melayu bebas mengundi sesiapa yg dikehendaki. tak pelu fikir apa-apa dan tak perlu rancang apa2 yg strategik utk pengekalan kuasa melayu. Sebab kalau melayu berkuasa semua akan tuduh pemimpin itu berjuang hanya utk keluarga dan dia akan abaikan melayu seluruhnya. UMNo sudah buktikan bagaimana melayu terhimpit di bumi sendiri. UMNO dah buktikan tiada apa2 pun kebaikan yg diperjuangkan untuk melayu.
    PAS sudah tidak percaya pd UMNO sejak UMNo ini diperintah noleh Tun Hussein Onn lagi. Zaman tun Husseinlah PAS diterajang oleh UMNO. Kerajaan UMNO pimpinan tun husseinlah yg telah mengencingkan PAS sehingga PAS tersungkur oleh BERJASA di kelantan. Mungki dalang dlm UMNo yg menyingkir PAS ketika itu Dato NAjib yg jadi PM skrg. Mungkin juga Tun MAhathir. Bolehlah kaitkan siapa2 pun sebab hari ini org yg benci UMNO akan percaya apa saja yg ditimbulkan oleh pembenci UMNO. UMNO yg ada hari ini hanyalah puncing bag utk segala kesalahan dan kelemahan melayu.

    ReplyDelete
  27. Encik Aspan, kalau Najib berhenti atau diberhentikan semestinya kah pemimpin yang tembam dari Johor itu mengambil alih? Kalau dia ambil alih selesaikah masalah yang ada pada hari ini? Saya rasa lebih teruk lagi.

    jentayu, Muar

    ReplyDelete
  28. I trust that comments from some commentators that we should just keep quiet and do not respond to agitation by UMNO members is a very effective way of campaigning for PAS.

    whispering campaign is the best and it would not ripple the country's security.

    i, for one support the idea and I have 23 within my reach to this whispering campaign.

    Just nod our heads if UMNO campaigners come to us. If they become abusive attacking PAS then what we needto say is.'Astaufirullah!, but don't forget to smile at them.


    mohd hatta.

    ReplyDelete
  29. Sdr Aspan:

    Kdg2 saya rasa seolah2 org UMNO berprinsip mengikut ajaran didalam Talmud ... semua terbalik. Justru itu tidak hairan jika org Melayu yg neutral pun rasa keliru.

    punk5terung

    ReplyDelete
  30. Aspan, one of the sure attributes of a dying organization is that the leaders become so confused and losing sight of its reason of existence.

    UMNO is certain to be one of those. I am also a member of this party but let me tell you with utmost honesty, UMNO is falling apart.

    I am not asking anyone to leave the party but its suffices to say that the days are numbered.

    When it dies you are automatically detached from the party. One does not need to leave UMNO as soon everyone will be detached from it.

    You don't have to believe me. It's ok.

    ReplyDelete
  31. Kepada semua,

    UMNO tidak payah dijatuhkan. Ia akan jatuh dgn sendirinya.

    ReplyDelete
  32. Justine Sam - suka aku lah macamana dan bagaimana aku nak tulis, kalau kamu tidak pandai baca yang tersurat, itu masalah kamu, bukan masalah aku.

    Ramai sungguh ahli UMNO di sini talam dua muka, ahli UMNO tapi pangkah PAS. Adalah lebih baik keluar UMNO dan masuk PAS, itu lebih mulia dan supaya anak2 kamu melihat contoh moral yang baik.

    Apakah UMNO memerlukan ahli seperti kamu? dan apapula anggapan PAS terhadap kamu?

    ReplyDelete
  33. Assalam w.b.t Tuan Aspan,Salam perjuangan dihulur.

    Saya melihat penolakan undi Cina seperti yg berlaku di S'wak baru2 ini merupakan satu tamparan hebat pada BN.

    Apa tidaknya,Cina yg rata2 duduk di bandar dan mendapat kemudahan dan peruntukan yg besar berpaling tadah.

    Bererti cara berhemah seperti yg dicadangkan diatas sudah awal2 diterajui pengundi Cina-org beri kita ambil,undi tetap pada PR.

    Undi Cina nampaknya solid pada PR.

    Pecahan undi Melayu terbahagi 40:30:20:10 dengan didahului UMNO,dikuti PAS,PKR dan lain-lain.

    Golongan India pula saya jangkakan MIC masih padu dengan 60peratus.

    Sementara itu kantung 'war chest' kering dengan hampir RM1billion di belanjakan di S'wak.

    Berdasarkan kecelaruan ini,dijangkakan ugutan2 kaum,polisi2 baru utk menarik sesuatu kaum dan serangan2 peribadi akan berterusan sehingga Julai/Ogos yg dijangkakan PRU13.

    Desas-desus pula mengatakan video Datuk 3 didapati palsu dan cuba 'disenyapkan' dari media.Jadi nantikan propaganda/serangan terbaru yg sedang dirancang.

    Meanwhile,grab your popcorn,sit back and enjoy your show.

    ReplyDelete
  34. Budaya ahli UMNO membunuh UMNO cara senyap2 mcm dua 3 org di atas adalah budaya munafik. Ramai juga yg sembahyang 5 waktu tp niat salah. ada yg niat nak kaya dan ada yg niat tak nak susah.Paling ramai ialah krn nak pahala kononnya dgn pahala boleh masuk syurga. Ke dua2 sifat ini dr segi agama tak betul. silap2 boleh jatuh munafik.

    ReplyDelete
  35. Sdr kluangman, nampaknya anda bersendirian cuba menegakkan benang yg basah. Mereka bukan talam 2 muka,mereka cuma tidak mahu konfrontasi. Dgn tidak meninggalkan umno menunjukkan mereka masih menaruh harapan. tapi saya tak fikir umno akan berUBAH.

    ReplyDelete
  36. Tobat Lahum Aku Benci umno3 May 2011 at 00:15:00 GMT+8

    wahaha... ada makhluk berasa panas pulak kat sini..... hahaha... dasar cybertrooper umngok.... wahaha

    ReplyDelete
  37. Salam Perjuangan,

    Dalam hal pengundi :-

    1) Tak perlu ragu dan jamin cara mengundi senyap kepada selain UMNO ini adalah cara betul dan jauh dari sifat atau munafik kerana itu hak pengundi dalam menangani masalah. Seperti anak merengek minta Bapa beli pistol mainan, dalam masa sama bapa tahu ianya tidak baik untuk anak, maka bapa dalam diam tidak membeli malahan diganti dengan nasihat sungguhpun tidak disukai anak. Sebenarnya agama mengajar kita cara begini. Ini adalah jalan terbaik supaya kita menghindari konfrontasi, tiada tohmahan dan tidak menyakitkan hati orang atau jiran. Kalau ditegur secara terang, mungkin penegur itu mendapat masaalah.

    Syabas sebahagian Melayu dah mempunyai daya intelektual.

    Inilah namanya pembalikan saikologi untuk mengelakkan diri dari difitnah.

    Kamipun gitu dalam diam telah mengumpulkan 200 undi ahli keluarga untuk mengundi PR. Maklumlah keluarga besar.

    Kami cukup selesa PKR memerintah di Selangor. Banyak manfaat yang Rakyat dah perolehi sungguhun Kerajaan PR ini disabotaj dengan pelbagai kerenah menjijikkan dari Pembangkang UMNO.

    "Salam Perjuangan"

    ReplyDelete
  38. I must say your opinion is terrific on this issue bro. Keep your political seriousness at all time.

    Cheers

    zaly

    ReplyDelete
  39. Tuan Haji Aspan,

    Syabas!! Selain dari blog sdr saya hanya berselera membaca blog Sakmongkol dan Kadir Jasin.

    Keep it up sdr.

    ReplyDelete
  40. Tidak ada yang panas, tidak ada yang emosi, rasionalnya cuma dalam kebenaran apalagi survival politik Islam dan Melayu kita kena jelas dan tegas dalam menyatakan sokongan.

    Tidak langssung dipertikaikan sokong UMNO atau sokong PAS tidak mulia, tidak baik, semuanya baik ikut selera masing2, yang dipertikaikan ialah sikap talam dua muka.

    Bagaimana parti samada UMNO atau PAS akan jadi lebih baik kalau sikap talam dua muka ini ujud di kalangan ahli mereka. Sewajarnya yang sokong PAS terus istihar keluar dari UMNO sebagai isyarat dan signal kepada kepimpinan UMNO bahawa gelagat mereka semakin tidak disokong. Itu adalah cara tindakan yang sewajarnya.

    Jangan bila ada jamuan rakyat UMNO, pergi berduyun, bila pangkah parti lain pula... apa hukumnya itu?

    Mana mana parti pun, hatta parti orang kafir pun tidak memerlukan ahli bertalam dua muka.

    Kecuali dalam keadaan darurat seperti dalam pilihanraya apabila calon dari parti sendiri tidak bertanding, mnaka wajib kita pangkah dan sokong kepada calon Islam tanpa mengira mana parti yang diwakilinya.

    ReplyDelete
  41. Sebagai ahli parti adalah wajar dan berhak untuk kita kritik, tegur dan komen ke atas kepimpinan hatta hingga ke Presiden tetapi dari segi undi, sangat tidak bermoral untuk tidak mengundi calon parti sendiri sedangkan masih ahli.

    Jika suara kecil anda tidak mendapat perhatian, ia menjadi minoriti, dalam demokrasi, yang betul (walaupun bukan benar) adalah majoriti, samada kita akur atau kita keluar.

    Mahathir telah keluar UMNO apabila suara kecilnya tidak diberi perhatian.

    ReplyDelete
  42. Salam perjuangan
    Cuba senaraikan apa benafaat yg ko dah perolehi swjak PKR memerintah.? Jgn senarai benafaat ko dpt je. Itu bersifat peribadi. Senarikan apa yg islam dpt, apa yg bangsabdpt apa yg rakyat seluruhnya dpt....? Jgn tipu la. Kena senarai dgn jujur...

    ReplyDelete
  43. Lebaikudin...cerita tetang khabar video itu palsu adalah cerita yg preempted by PKR. Anda adalah salah seorg mangsa yg telah diliwat minda oleh gerakan psywar anwar dan pasukan propaganda ala yahudinya. Kasihan saya...

    ReplyDelete
  44. Salam perjuangan...
    Aku ada 201 ahli keluarga yg akan terus beri undi pd BN pd pru13 akan datang. Lebih 1 dr kau. Majoriti 1 undi sudqh boleh memerintah. Ini demokrasi...heheheh.

    ReplyDelete
  45. Salam Saudara Aspan

    @kluangman. Sering sangat kamu menyerang dan menghina ulamak-ulamak yang tidak dari atau yang menyokong UMNO/ kerajaan BN.

    Sejarah Islam telah banyak menunjukkan ulamak-ulamak yang tulen sejati dan selepas zaman mereka yang seterusnya digelar ulamak iktibar adalah mereka yang tidak pernah bersama atau tidak mahu bersekongkol dengan tingkah laku dan kezaliman politik memerintah.

    Bila lagi kamu mampu mempelajari dari sejarah dan mulai pandai menilai ulamak yang se-zaman dengan kamu?

    Ulamak-ulamak yang membisu korupsi dan ketidakadilan dalam kerajaan kini menempah masa depan dan akhirat mereka yang cukup cerah!!

    Bagaimana kamu yang selain menurut membisukan kemungkaran dan dengan sengaja membelit-belitkan teguran ulamak demi kepentingan songsang?

    ReplyDelete
  46. from suratman
    en kluangman ni org atasan agaknye..kami ahli umno biase2 ni mane blh gune cara madey.dia kck ati,ramai nak pujuk.kami yg robek hati ni,ketua bahagian pun blh ckp pegi mam***.so tpaksalah gune taktik senyap..dpn yes bos.blakang,pegi mam***

    ReplyDelete
  47. menjawab anon 3 May 8:133 May 2011 at 14:01:00 GMT+8

    Aku tak pernah dapat apa2 menafaat bila PR memerintah TETAPI antara nikmat yg dapat dirasai sekiranya kau rajin pergi Masjid2 dan surau2 di Negeri2 PR ialah suburnya majlis2 majlis Ilmu oleh para pendakwah dan Ustaz2 dan Tok2 Guru.....

    lain jadinya ketika BN memerintah... Surau2 bila ada majlis2 Ilmu yg bila para Ustaz kenen dan terkena batang hidung para pemimpin umno... terus nak robohkan surau macam apa yang Anak Toyo buat di Kajang... Masjid pula, habis AJK kena tukar dengan org PRO umno... hasilnya... Masjid jadi suram... hanya sebagai tempat sembahyang dan baca Yaasin...

    ReplyDelete
  48. Orang Miskin Mersing3 May 2011 at 15:27:00 GMT+8

    @Kluangman @Anon 3 May 8:13 @Anon 3 May 8:16,

    It's not about Anwar anymore..its about what we see with our own eyes and right infront of our doorstep..

    PRU13 UMNO/BN mungkin masih boleh survive, yang pasti makin banyak hilang kerusi. So brace yourself for the worst that may come.

    UMNO had the chance, but you people blew it..

    ReplyDelete
  49. Saya ahli Pas saumor hidup. Maaf cakap 90% ahli istiqomah solat 5 waktu dan 50% kekal berjemaah. Umno ada lah sebaliknya. Kadar 10% berjemaah dan 50% istiqomah dan selainnya wallah hua'lam. Jarang sekali melihat menteri2 org. bergelar datang berjemaah ke surau dan masjid waktu2 biasa.. Adakah mereka ni terlepas dari tuntutan berjemaah? Jadinya ahli Pas berkawan dgn Umno tetapi tidak sadikit pun menyukai mereka. Sebab apa, bagi Umno rasuah dan menzalimi seagama dan sebangsa ada perkara biasa . Bagi mereka diri dan keluarga mendapat habuan memadai dan orang lain pergi mampus, Bagi Umno mereka suka dan sayang orang Pas apabila ada kematian untuk solat jenazah dan berdoa, Sebab apa Pas lupakan siapa jenazah yg dimandi dan disolatkan sungguh punmusuh politik atas tanggongjawab"fardu kifayah" Itulah istemewanya Ahli Pas. Orang Umno ziarah jenazah ..berdiri saminit dua dan belah,Orang Pas tunggu untuk solat. Bagi Umno menzalimi seagama dan sebangsa rakyaat Kelantan dan merendah2kan kebolehan TGNA mentadbir sebagai ulamak ada perkara biasa.Itulah kemungkinan Pas dan Umno bergabong adalah MUSTAHIL.

    ReplyDelete
  50. To everyone,

    This piece reveals and unveils the real and actual nasty truth in Malaysian politics where the ruling party stoops so low to maintain its domain in politics.
    It has gone up to an extent that the people has to accept reality by putting the current leaders to retire and life in repentance.

    ReplyDelete
  51. Tuan Aspn.
    Sekiranya PAS sanggup menjilat kembali ludahnya sepertimana UMNO, ertinya PAS sanggup kembali bersama UMNO, sayalah orang yg pertama akan keluar dari PAS dan biar pun saya terpaksa memberikan undi saya kpd PKM sekalipun saya rela dari bertuankan UMNO! Saya berhenti dari perkhidmatan ATM dulu pun kerana menyahut cabaran Mahathir semasa dia mula mula menjadi PM; "Siapa tidak suka pemerintahan saya, sila berhenti". Dari awal lagi saya telah tercium busuk hati Mahathir Al-Mamak ni!

    ReplyDelete
  52. Saya amat setuju dengan SALAM PERJUANGAN dan 14.01. Straight to the point.

    Nak tulis kebaikan Kerajaan PR Selangor banyak sangat, tapi berikut adalah contoh2 baik Kerajaan PR yang baru setahun jagung ni dah buat dan berjasa kepada Rakyat.

    Masjid diSelangor sekarang berfungsi lebih baik dengan pelbagai aktiviti ceramah dll yakni dari subuh sampai subuh. Cuma you all yang tukang karut tu, nak dengar atau tidak. Tok Guru yang berceramah juga ikhlas bukan Tok Guru yang makan gaji ikut telo BN tu....! Kerajaan BN dulu ada ke..?

    Selangor telah melaksanakan tuisyen free pada semua anak termasuk anak2 ahli BN yang miskin. Kerajaan BN dulu ada ke...?

    Ibu kawan saya yang susah diKawasan Miskin Bandar diSelangor, baru meninggal dunia. Memikirkan kesusahan, dia mengadu kePekjabat YB PR. Wakil kepada Wakil Rakyat PR, dalam 1 jam telah menyerahkan RM1,000 dan baki $1,000lagi dalam tuntutan dan dalam seminggu lepas tu dah dapat. Ini janji dan Peruntukan Kerajaan PR untuk semua rakyat Selangor. Kerajaan BN ada ke...?

    Anak masuk Universitipun dapat cash $1,000.00. Kerajaan BN ada ke...? Kalau adapun tapi pinjam atau untuk kroni.

    Sayapun seperti Rakyat biasa seperti anak2 Selangor yang lainnya dapat air 20m3 percuma. Tukang komen atas tu kalau menidakkan ini, maka haram minum air free tu nanti anak2 kau jadi bodoh. Atau kalau tak suka dan buta apa kerajaan Selangor PR buat, keluar aje dari Selangor ni. Ramai lagi yang nak tinggal di Selangor ni kot...!

    Ada baghal di atas yang cakap ahli UMNO yang mengundi PAS talam 2 muka. Kau tak tengok ke-Pemimpin2 UMNO yang bertanding ni semuanya talam 20 muka. Mereka ni bukan musang berbulu ayam lagi tapi musang yang banyak bulu. Tah apa-apa bulu semua dia boleh pakai. Oleh kerana Kluang suka bergantung, kepala otak siBaghal macam Kluangman ni pun sama tergantung. Puihhh... Besar musibat punya manusia. Tak sedar diri.

    Anti Musibat Dan Anti Pencacai.

    ReplyDelete
  53. Rakyat tak salah untuk ambil apapun dari Kerajaan BN.

    Yang Kerajaan BN hamburkan duit tu dan buat jamuan dan macam-macam, semua itu duit Rakyat.

    Baguslah Rakyat dan ahli UMNO yang dah sedar. Di jemput makan, makan. diberi duit, ambik jangan tak ambik. Duit kita kot..! Kan kita bayar cukai.

    TIME UNDI SUKAHATI KITALAH SEBAB KITA BAYAR CUKAI DAN HAK KITA. SAYA PUN AHLI UMNO TAPI UNDI PR.

    Kah....Kah... Kah..... Pandaikan!

    ReplyDelete
  54. Kluangman punya tersurat kat atas tu, tah apa-apa tah, macam kluang tergantunglah. Tak best...., tak bijak..., masih mentahlah....
    Kluang suka makan taik agaknya kot!

    Kesian, kesian.

    "Batman Omputih"

    ReplyDelete
  55. Salam Tuan Aspan,

    Nampaknya BN dlm bahaya jika banyak ahli parti tidak mengundi parti masing2, Ini satu taktik baru dlm berpolitik. Para penganalisa dan peramal pun susah nak buat ramalan kekuatan masing2 parti. Saya rasa pun setuju dengan cara ini untuk kepuasan hati dlm pengundian dan peranan setiap dari kita dlm memilih kerajaan mengikut selera kita tanpa kecoh2 dan rasa kecil hati dan bermasam muka dlm masyarakat. Memang bijak idea ini. Pemimpin selalu berpesan menggunakan kuasa undi dengan bijak. bijak tu kan subjektif sifatnya. Kesimpulannya UNDI ADALAH SULIT DAN RAHSIA, Jadi jaga lah kesulitannya dan jadi rahsia masing2.

    Momokan Pembangkang tak boleh memerentah tu sudah tak boleh diterima dan buat rakyat sekarang ketawa kerana majoriti rakyat dah tahu membezakan rakyat , parti , kerajaan dan ajensi2 kerajaan.
    Ayuh kita menari mengikut gendang mereka.

    Syabas Tuan Aspan yang sentiasa ada idea dlm setiap posting nya. Salam dari Saya

    ReplyDelete
  56. Salam, ini pertama kali saya berkunjung ke blog ini dan saya tertarik dengan gaya penulisan yang lancar dan logik oleh tuan.

    Apabila membaca komen-komen di sini, saya terlihat selalu disebut "perpaduan melayu" atau "melayu bersatu".

    Mungkin sebab saya bukan Melayu, tetapi saya agak curiga kenapa Melayu perlu bersatu di bawah satu parti. Apa keburukkannya kalau ada Melayu yang menyokong UMNO, PAS atau PKR?

    Bagi saya, setiap parti mempunyai ideologi dan priorit yang berbeza, sama seperti kaum Melayu. Ada yang ingin memfokus pada agama seperti PAS, dan mungkin ada yang lebih liberal dan lebih suka kepada UMNO atau PKR.

    Bagi saya, Melayu tetap kaum majoriti di negara ini. Tak kira parti apa yang disokong, tak akan hilang kuasa politiknya di negara ini. Yang berbeza, cuma perkadaran kuasa politik berbeza mengikut parti. Sebelum ni, UMNO ialah parti Melayu yang utama. Selepas PRU 2008, sebahagian kuasa telah berpindah kepada PAS dan PKR.

    Nak ditambah lagi, saya dan kebanyakan orang terdekat saya tidak lagi menilai suatu parti dari aspek kaum. Saya tidak mengganggap DAP sebagai alteratif kepada MCA sebagai parti kaum Cina. Namun saya menyokong prinsip keadilan dan kesamarataan. Apa gunanya parti untuk suatu kaum, kita ni semua orang Malaysia. Tak perlulah setiap kaum ada parti sendiri dan hanya menjaga kepentingan kaum sendiri. Formula parti perkauman sudah semakin kehilangan relevannya pada masa ini. Bagi saya, parti seperti DAP dan PKR sudah cukup untuk mewakili kepentingan saya, tak kiralah etnik MP itu. Walaupun saya mengaku saya masih ada sedikit was-was dengan PAS, kerana ada kalanya pendirian dan pernyataan daripada PAS agak mengongkong pada pandanga saya.

    ReplyDelete
  57. Malaysia lebih aman tanpa Kluangman yang haprak

    ReplyDelete
  58. Ada pembahas mengatakan "kononnya dgn pahala boleh masuk syurga". Apa maksud konon tu? Tidakkah dia faham bahawa pahalalah yg boleh membawa ke syurga. Bolehkah masuk syurga tanpa pahala? Kenapa bangang sangat?

    tidak jahil

    ReplyDelete
  59. tuan Aspan...saya begitu tertarik dengan pandangan tuan tentang melayu perlu bersatu...Saya mewakili golongan muda amat setuju jika melayu bersatu di dalam menegakkan islam...Orang melayu tidak akan kehilangan kuasa sekiranya PR memerintah malaysia..Saya bersa begitu sedih kenapa UMNO mengaibkan saudara melayu sendiri...Sedangkan MCA memberi kemaafan kepada Pemimpin mereka yang melakukan kegiatan yang tidak bermoral...Ingat golongan muda yang akan mengundi pada PRU13 nanti adalah golongan yang terpelajar dan berilmu....Jika begitu sikap UMNO yang tidak mementingkan keikhlasan dalam memerintah...jangan terkejut sekiranya golangan muda ini berpaling tadah kepada PR semasa mengundi nanti... tq..

    pengundi muda

    ReplyDelete
  60. Dalam situasi sekarang yang kian meruncing ini, baik didalam parti UMNO, keadaan ekonomi, masalah sosial, kos sara hidup yang tinggi, Najib memang memikul tugas yang berat.

    "Bersih 2.0 hanya muqaddimah" bak kata Hadi Awang. Sistem pilihanraya yang adil dan telus perlu dilaksanakan Najib dengan bersungguh-sungguh. Menang dengan majoriti yang kecil lebih bagus daripada menang dengan majoriti besar tapi dengan cara menipu. Buruk padahnya.

    Najib will faces the bad consequences in the next 6-7 years should he cheats in general election.

    Masalah sekarang bukan Pakatan Rakyat. Tetapi Muhyiddin yang tidal cekap melaksakan tugas sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Semua orang tahu Pakatan melaksanakan tugas dengan baik di 4 negeri. Rakyat hanya melihat. Tunggulah pilihanraya. Hilang 1 atau 2 lagi negeri tidak menjadi masalah bagi Najib, asalkan menang Pilihanraya. Selepas itu bolehlah focus kepada Muhyiddin yang menjadi api dalam sekam, habuk didalam mata.

    Bukankah Najib pernah belajar daripada Pak Lah?

    ReplyDelete