24 June 2011

Rally Bersih sudah 'international' pula

Rally anjuran Bersih akan secara serentak juga diadakan di negara-negara lain pada 9hb Julai ini. Malaysian Insider melapurkan yang rally tersebut akan di adakan di Osaka, Seoul, Melbourne, Sydney, New York, Los Angeles dan California.

Rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara tersebut telah bersetuju untuk bersama-sama mengadakan rally tersebut dan kebanyakan dari mereka itu telah tampil secara sukarela untuk bersama-sama menganjurkan rally tersebut pada hari yang sama.di tempat dan bandar mereka tinggal.

Di bandar-bandar tersebut tidak ada pula mereka dicegah dan tidak pula rakyat di sana merungut kerana menjejaskan perniagaan mereka. Di sini berbagai-bagai macam alasan yang dibuat untuk mengelakan rally ini di adakan termasuk lah alasan yang rally itu akan menjejaskan perniagaan di tempat rally itu di adakan.

Malahan ada pihak yang berbohong yang rally anjuran Bersih pada tahun 2007 dahulu telah menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga selama 6 bulan. Bagaimana peniagaan boleh terjejas selama 6 bulan itu tidaklah saya tahu bagaimana ianya jadi begitu. Alasan yang lain termasuklah ianya akan menjejaskan pelaburan asing negara.

Di Thailand rakyatnya telah berdemonstrasi selama hampir 6 bulan tetapi Thailand tetap merupakan negara yang paling banyak pelabur-pelabur asing datang untuk melabur; jauh lebih tinggi dari negara kita yang jarang-jarang rakyatnya berdemonstrasi. Pada tahun-tahun yang akhir-akhir ini Malaysia hanya mampu untuk menyaingi negara Myanmar sahaja dari segi penglibatan pelabur asing.

Saya bukan penggalak demonstrasi jalanan, tetapi saya tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikan tadi kerana ianya menampakan sangat yang kita diberikan alasan-alasan yang hanya kanak-kanak sahaja yang mungkin mempercayainya.

Bersih telah memberikan jaminan yang rally itu merupakan rally yang aman dan jika berlaku perkara yang tidak di ingini ianya bukan datangnya dari pihak Bersih. Malahan Bersih telah meminta semua pihak termasuk parti-parti dalam BN untuk menyertainya untuk mendesak pihak berwajib yang mengendalikan pilihanraya melaksanakan PRU dengan lebih adil dan telus. Jika pilihanraya dilakukan dengan adil ianya akan menjadikan negara kita lebih diyakini oleh rakyat negara dan masyarakat antarabangsa kerana mandat yang di dapati itu adalah mandat yang legitimate.

Yang menyangkutkan Bersih dalam isu ini hanyalah permit dari pihak Polis. Yang lainnya Bersih telah memberikan tujuan dan matlamat rally ini di adakan dan Bersih juga meminta parti-parti dalam BN untuk bersama. Bagi saya BN patut menuruti apa yang dilakukan oleh Bersih kerana kita mesti bersedia untuk menjadi pembangkang dalam keadaan sekarang ini.

Jika tidak di adakan sistem yang adil maka BN sendiri akan menghadapi masalah jika komponen ini di letakan oleh rakyat untuk mengambil ‘role’ sebagai pembangkang selepas PRU ini. Seandainya BN menjadi pembangkang maka sistem yang tidak adil ini akan diguna pakai oleh parti alternatif apabila mendapat mandat rakyat. Justru apa yang ingin dilihat oleh Bersih ini ialah untuk menjaga setiap pihak tidak akan tertekan dengan sistem pilihanraya yang tidak adil.

Bersih sebagaimana yang saya tulis dalam posting-posting yang lalu mempunyai tujuan yang betul. Itu sebabnya Bersih telah memohon untuk mendapatkan permit dari pihak Polis untuk menunjukan manifestasi rakyat sebenarnya. Tetapi pihak berkuasa merasakan yang tuntutan Bersih ini akan memberikan lonjakan yang kuat terhadap pembangkang kerana pengalaman yang di alami hasil dari rally Bersih pada tahun 2007 yang lalu.

Tuduhan terhadap Bersih memihak kepada pembangkang itu nampaknya dimainkan dengan sepenuhnya oleh pihak yang berkuasa, sedangkan Ambiga sendiri telah memberi amaran kepada Anwar Ibrahim supaya tidak masuk campur dalam urusan rally ini. Bersih telah menyatakan dengan jelas yang semua pihak dijemput termasuk BN untuk menjayakan rally ini.

BN mengambilnya sebagai rally yang ditakuti mereka akan memihak kepada pembangkang. Malahan dengan reaksi negatif pihak berkuasa itu dengan otomatiknya rally ini dianggap sebagai urusan pihak pembangkang. Itulah sebabnya blog ini telah menyatakan acapkali yang advantage yang diperolehi oleh pembangkang itu diberikan sendiri oleh pihak parti yang berkuasa.

Reaksi negatif yang ditunjukan oleh BN itu secara terus dan direct telah menambahkan sokongan ramai terhadap Bersih samada rally itu benar-benar akan berlaku atau mampu digagalkan oleh pihak yang berkuasa.

Dengan peranan yang sama-sama dimainkan oleh rakyat Malaysia diluar negara untuk menganjurkan rally di negara-negara permastautin mereka itu akan memberikan ‘advantage’ kepada pihak pembangkang. Dengan keadaan ini ianya memberikan tekanan yang begitu kuat kepada pihak yang memerintah kerana penganjuran rally yang sama oleh Bersih untuk rakyat Malaysia di sana akan menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa pula.

Apabila perkara ini berlaku saya bersama dengan pandangan yang tidak kurang banyaknya dari mereka yang menyalahkan pihak ketiga seperti Perkasa dan kenyataan pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang terlalu lancang menempelak pihak NGO seperti Bersih ini. Berjaya menyalahkan Bersih bukan bermakna kita telah berjaya matlamat membenamkan pemikiran rakyat. Yang ingin dilihat oleh rakyat yang ramai ialah kebijaksanaan atau pun ‘wisdom’ impinan yang berkuasa memberikan reaksi kepada rancangan Bersih menganjurkan rally ini.

Apabila ditolak dan dicampur ramai berpendapat pembangkang telah mendapat lonjakan sokongan secara percuma hasil dari lonjak dan tari pihak ketiga seperti Perkasa dan lain-lain. Kata-kata ‘kerana lonjak koyak ketayap di kepala’ itu sudah menjadi kenyataan. Kita tidak akan mampu untuk mengawal perasaan orang ramai kerana mereka adalah manusia yang mempunyai pemikiran yang berbeza dalam satu-satu isu.

Kita tidak boleh mengawal pemikiran manusia seperti kita mengawal kambing yang boleh direbankan mengikut kehendak hati kita sahaja. Oleh kerana sebegitu lama diyakini kita telah begitu ketagih dengan sokongan membuta tuli tanpa soal dari rakyat. Apabila kita dipersoalkan oleh mereka yang selama ini menyokong tanpa soal, kita menjadi mengelabah dan tidak ada yang bersikap ‘magnanimous’ termasuk Menteri Dalam Negeri sendiri.

Inilah jadinya jika kita lawan api dengan api. Sepatutnya kita lawan api dengan air yang sejuk untuk memadamkan kepanasan api tadi. Pihak kita yang sedang berkuasa hanya pandai mengugut kerana itulah senjata yang digunakan sejak dulu hingga sekarang. Tetapi saya tahu pandangan saya ini akan dibidas oleh mereka yang malas berfikir atau yang tidak tahu untuk berfikir. Tetapi itu tidak mengapa bagi saya.

Bidaslah sekendak hati. Kebenaran akan zahir juga akhirnya.

18 comments:

  1. UMNO mempergunakan Ibrahim Ali

    PKR memepergunakan Ambega

    Bagus

    ReplyDelete
  2. Alamak, susah lah cam ni.. maka berduyunlah ahli PERKOSA ..ooppps sorry... ahli PERKASA datang mengadap ayahanda Tok Him.

    Maka terdengarlah perbualan mereka oleh sang cicak yang sedang menebeng kat atas siling. Lalu diceritakanlah oleh sang cicak itu akan perbualan mereka kepada pemberita TV Tigasuku dan Utuseks Melayu.

    Ahli: "Camna ni Tok Him? Deme2 geng BERSIH udah nak bedemo kat luar negara pulak dah. Takkan kita tak nak buat demo anti BERSIH kat sana juga. Nanti Al Jazeera pi interbiu dia orang saja, malu 1Malaysia kita! Hari tu dah le malu. Orang kata election, si mamak mydin tu asyik2 cakap eRection pulak."

    Maka bertanyalah seekor anak ungka yang sedang begedeng di bawah rumah kepada ibunya. "Mak, anti BERSIH tu apa?" Jawab si emaknya, "KOTOR le! Itu le aku suruh gi sekolah, kau asyik pi cari anak katak aje."

    Tok Him: "Hok ni yang buat ambo pening kepalo nih. Puak-puak di luar negara tu bukannya ada melayu bodoh macam hangpa kat sini. Nak harap kat yang bukan melayu, kita dah hambat pendatang2 tu. Takkan la pulak dia orang nak demo untuk kita, kalu gi join geng BERSIH ade le"

    Ahli: "Betul jugak tu. Amacam kalau kita hantar geng2 kita dari sini pi buat demo kat sana? Tak mahal Tok Him. Naik AirAsia aje, now everybody can fly, ma. Tak kan cukung-cukung Cina Tok Him tak leh nak sponsor kot?"

    Tok Him: " Bangang! Bahalol! Kaldai! Baghal! Kau ni ada otak ke tak ade? Ke korang ni mabuk makan tapai? Kalau kita buat offer cam ni, sapa yang nak turun berdemo ngan kita kat KL nanti! Bodoh!"

    Ahli: "Betul jugak tu Tok Him. Kami pun kalu dapat offer gi Gold Coast naik Air Asia gerenti kami pergi punya. Dapat tenguk awek cun lagi gitu."

    Ahli Lain: "Tok Him, tadi Tok Him kata, kat sana tak ada melayu bodoh macam kat sini. Tok Him mengata kita ya? Tok Him kata kami ni bodoh ke?

    Tok Him: "Tau tak pe. Memang le aku mengata engkorang. Memang le korang ni bodoh macam lembu kena cucuk hidung. Dengar lepas tu ikuut aje cakap aku. Aku cakap merapu tahap gaban pun engkorang ikut. Engkorang ni memang layak aku jual kat saudagar unta tu! Apa nama dia? Si Husin?"

    Ahli: "Ooo, Si Husin Lempoyang ke Tok Him?"

    Agak agak cerita ni akan keluar kat RTM, TV3, Utusan Melayu dan Berita Harian tak?

    ReplyDelete
  3. Salam Aspan,
    Apakata kalau Sdr Aspan buat poll seperti yang dibuat oleh The Star untuk melihat sokongan rakyat kepada rally bersih ini?

    ReplyDelete
  4. Hahahah....

    "The Tribes Have Spoken...!"
    Bila api kemarahan telah memuncak... ini la padahnya & rakyat akan mengambil tempat dijalanan utk meluahkan perasaan mereka.

    Umno leaders and members are arrogant and egoistic, tidak peka pada keluhan rakyat jelata. Aku pun dh naik muak... jemu dengan gaya politik UMNO sejak akhir2 ini. Bagi aku UMNO adalah sebuah parti "Bangsawan" bergaya diatas penderitaan rakyat. UMNO guna apa saja utk terus berkuasa. Guna Polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Judiciary, TV3, Utusan, ISA, OSA, Sedition Acts, Printing Acts, AUKU dll utk menekan & menindas.

    Its clear Najib cannot survive beyond the 13th GE & UMNO has gone too far beyond its objectives.... perjuangan mereka tidak seiklas dulu lagi.

    Rata2 pemimpin2 UMNO perut buncit penuh dengan najis haram. They kiss the ground 5 times a day but at the same time do evil things on this earth.

    For UMNO.... "God is Great... Beer is also Good..!

    Hahahahaha...

    ReplyDelete
  5. Bersimpati dgn hotel dan rumah tumpangan sekitar KL. Tentu banyak mengalami kerugian sebab dengar cerita dari awal Julai sampai 10 Julai rata-rata dah FULLY BOOK. Minima 80% dah dipenuhi. Tentu kedai-kedai terutama kedai makan rugi banyak masuk Julai nanti sbb tak boleh nak meniaga ditakuti KL sesak sangat. Pekedai kat masjid India tentu kecewa sbb kena tutup kedai walaupun dah mula mencongak keuntungan jualan ramadan dan hari-raya.

    ReplyDelete
  6. Askm tuan Aspan. Saaya setuju sesangat dengan pandangan tuan. Pemimpin UMNO hari ini mahu rakyat dipaksa menyokong mereka. Mungkin benar kata tuan bahawa pemimpin UMNO hari ini masih ketagih sokongan rakyat secara membuta tuli. Saya juga ahli UMNO tetapi banyak perkara yang saya kurang setuju dengan cara kerajaan menangani pelbagai isu.

    ReplyDelete
  7. Rakyat tak marah dan tak pertikai pun SPR. Yg pertikai SPR sejak dulu hanya pembangkang. Pembangkang yg cuba menaikkan kemarahan rakyat dan membeei gambaran betapa kotornya SPR.
    Ambiga dan pembangkang tak bodoh. Mereka tahu uyk penuhi tuntutan yg dibuat ia memerlukan kelulusan 2/3di parlimen. Tetapi disebabkan mereka cuba memperbodohkan rakyat maka perkara itu didiamkan sj dr pengetahuan rakyat. Mereka yg terlalu mengharap dan bergantung kpd sentimen rakyat uyk dimanipulasi bagi memenuhi bukan tuntutan kpd SPR tetapi memenuhi nafsu mereka utk menenggelamkan kjaan yg ada. Itu saja.
    Tetapi ambiga dan melayu pas sama2 memerlukan antara satu sama lain spt lembu dan pengembala lembu perlu kpd air. Lembu melayu dlm pas sgt mudah dikemili oleh ambiga dan DAP. Tuan tuan boleh tengok dlm rally nanti semua elitis cina dan lain2 kaum cina tidak akan turun ke rally. Mereka hanya berkempen supaya rakyat turun berdemo dan bila sampai masa dan ketikanya, yg turun berdemo semua lembu2 melayu yg menyangka air akan kering dan tidak dpt minum jika tidak turun berdemo.
    Sdr aspan pimpinlah lembu2 yg sedang diasuh utk menjadi serigala. Tapi apakan daya lembu tetap tidak bertaring walaupun lembu melayu nampak seperti serigala.

    Selamat maju jaya kpd lembu2 sekelian.

    ReplyDelete
  8. Mahaza, if the rally is peaceful with a permit given ( without any threats) Business would be good especially food and drinks and etc.
    All those that rally tentu perlu makan, minum dan tempat tinggal (especially those from outstation)
    Imagine so many people, more people than the business people would see in a day.
    Heck, I don't mind opening a drinks and foodstall there on that day, if there wasn't going to be water cannons, police and thugs .

    ReplyDelete
  9. UMNO mesti counter Bersih (di arena global. Hantar rombongan pemuda/puteri umno ke London, Tokyo, New York (mana-mana pun),berjumpa dua tiga orang Malaysia.

    Semua perbelanjaan dan alaun dll,mesti
    ditanggung olih kerajaan atau UMNO/BN.

    saya sedia berkorban masa dan tenaga
    untuk counter Bersih ini demi 1Malaysia kita!!!!!

    avalion

    ReplyDelete
  10. avalion,
    cadangan sdr menarik untuk hantar pemuda umno dan sebagainya keLondon, N York, Seoul, california dsbnya untuk counter Bersih.
    apa yang pemuda umno tau untuk counter Bersih? they are bunch of court jesters. siapa nak percaya dgn pemuda.
    kalu hantar mereka untuk buat lawak bolehlah!!! tentu ramai yg ketawa.

    ReplyDelete
  11. aspan,,,umno bn umpama,,,dalam keadaan defensive ? Kalau di arena sukan umno dalam kedudukan corner, semantara pihak lawan berkedudukan ruang yg caukum luas ? Bila kedudukan sudut ini, di asak, sudah tentu keadaan suka ? Umno dan bn , hanya mampu gunakan satu ialah kehadapan sahaja. So what ever ada senjata DI TANGAN mereka akan melakukan demi untuk nyawa, sebelum mati. Bersih nak buat demo, belbagai ugutan di buat umno ? Mereka hialng akal dan ingatan, sewaktu umno membuat tuntutan kemerdekaan duli, org melayu semua turun berdemo . Kini rakyat hendak menyuarakan kehendak rakyat, di halang dgn belbagai helah, ,,akhir segali bila da peluang nanti ISA ? Demi inilaH AKAN MENJADI MODAL YG CUKUP LUAS UNTUK ISA....tapi harus juga mereka fikir dalam2, akibat dari tindakan isa ini...aKIABT MUNGKIN TIDAK BOLEH DI JANGKA... rAKYAT DALAM KEADAAN marah dan kecewa ????

    ReplyDelete
  12. Dear Avalion,

    You said "Semua perbelanjaan dan alaun dll,mesti
    ditanggung olih kerajaan atau UMNO/BN."

    Kenapa pula kerajaan nak kena tanggung? Duit kerajaan tu duit siapa? Duit seluruh rakyat Malaysia, bukannya duit UMNO atau duit BN!

    Kalau begini pemikiran saudara, nampak benar saudara tidak mempunyai sikap jujur dan amanah. Ini lah satu contoh penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

    Inilah yang buat ramai rakyat merasa marah dan sakit hati. Harta rakyat dianggap harta sendiri. Rakyat sudah cuak dengan perbuatan seperti ini.

    Sekiranya saudara seorang beragama Islam dan faham tentang agama anda, sudah tentu saudara sedar bahawa perbuatan tidak amanah ini adalah berdosa; berdosa kepada Allah dan berdosa kepada rakyat Malaysia yang tidak merelakan harta mereka disalahgunakan. Dosa dengan Allah, anytime boleh minta ampun dengan bertaubat nasuha, nescaya Allah akan ampunkan kerana Allah Maha Pengampun. Tapi dosa sesama manusia, Allah tidak ampunkan kecuali manusia yang disalahi itu mengampunkannya terlebih dahulu. Mana nak cari satu orang rakyat malaysia dalam ramai2 kat Padang Mahsyar nanti!

    Banyak cantik saudara sanggup berkorban masa dan tenaga. Kalau benar2 ikhlas, berkorbanlah duit sendiri! Kalau tidak itu pergi melancung, makan tanggung berak cangkung namanya. Sama macam ada orang bawa anak bini makan angin kat Disneyland la gitu.

    ReplyDelete
  13. Sila layari the unspinners..anda akan dapat sedikit bahan bagaimana Bersih mendapat funding dari CIA melalui rangkaian NGO international..
    Tapi pedulikanlah itu semua. Yang penting demo mesti buat dan takyat mestu dikeluarkan ramai2 dan Bn mesti dilingkupkan. Timing pun sangat baik. 9 julai buat kexoh, 16 julai anwar bela diri. Jadi mungkin sentimen 98 boleh subur kembali....
    Dap perlu lebih proaktif dan beri arahan suoaya Pas keluarkan orang ramai2....
    Mari Demo demo demo sokmo nak mapuh..

    ReplyDelete
  14. saya pun nak ikut pegi demo anti bersih kat luar negara. mana2 pun boleh. umngok sponsor......

    ReplyDelete
  15. Anon 19:35,

    Saya sudah lama tidak mahu melayari Unspinner kerana blog itu blog yg kasar bahasanya. Lagi pun blog itu suka berbohong.

    ReplyDelete
  16. Sdr mahaza

    Orang gi menoreh getah ada harinya hujan tak boleh menoreh

    Time getah mahal baru2 ini berlaku kecurian getah beku sana sini

    Rezeki Allah yang tetapkan termasuk ditarik bila2 masa bila Dia mahu

    ReplyDelete
  17. Pak Aspan

    Janganlah pula digerami mereka yang tidak reti berpolitik sebab mereka itu tidak diundi tetapi dilantik. Jika ikhlas, betulkan UMNO, tandingkan jawatan Presiden dan Timbalan. Kenapa Timbalan dilantik pula oleh Presiden? Bersih 2.0 merupakan impian ngeri Presiden UMNO kerana dia tidak boleh diturunkan. Kembalikan hak memilih kpd ahli!

    ReplyDelete
  18. Pak Aspan, bicara tuan amat bernas sekali. Tahniah.

    ReplyDelete