Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.
Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.
Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.
Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.
Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.
Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.
Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?
Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.
Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.
Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.
Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.
Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.
Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.
Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.
Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.
He...he..he..
ReplyDeleteSy setuju beno dgn pandangan Tn. Hj. ini..sokong 110 %
ReplyDeleteItulah keadaannya saat2 kejatuhan kerajaan zalim dimana2 pun.
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteSuruh Ambiga pakai Coli BERSIH sekali bukan panty BERSIH sahaja. Pastikan guna sapu ketiak sekali.
Aku tak yakin gara gara pakai T Shirt BERSIH Khairul Anwar kena tangkap, pasti ada isu lain, provokasi misalnya.Polis tak setolol pengikut PKR
Sdr Aspan,
Tolong tulis cerita sebenarnya, bukan sekadar ulasan ,,,
Sebagai pemimpin, mereka perlu sedar bilamana mereka tidak diperlukan lagi. Berikanlah peluang untuk orang lain mengendalikan negara semoga keamanan sejati akan wujud di negara kita.
ReplyDeletebro, yang sedih nya, abang abang polis yang jadi bahan maki & ketawa rakyat. down withe present govt.tukar pr ke atau umno yang lain dari pemimpin sekarang
ReplyDeleteBN/UMNO akan jadi macam Firaun,menunggu masa untuk di lupuskan..
ReplyDeleteBro Aspan,
ReplyDelete1. Tangkapan keatas sdra Jonah kerana memakai T shirt bersih adalah sesuatu yang amat memalukan dan mengesahkan bahawa PDRM sememangnya "BARUA" UBN.
2. Yang paling interesting untuk kita ketahui - Polis nak charge kesalahan memakai T shirt bersih ini dibawah undang-undang mana? Jika ditangkap kerana T shirt tetapi charge atas perkara lain ini bermakna kerja banggang lagi bahalol!
3. Yang lebih memualkan lagi adalah perjalanan perbicaraan pendakwaan keatas geng dato T.Yang jelas mahkamah telah diguna untuk memburukkan DSAI dalam isu video sex terbaru semata-mata untuk tujuan politik yang KOTOR lagi MENJIJIKKAN!!
Cara dan keseluruhan proceeding itu jelas menunjukkan bahawa pihak UMNO Baru tidak segan silu, tanpa berlindung menggunakan segala aparatus kerajaan( apatah lagi kedudukan mahkamah itu bergitu penting dalam menjamin perjalanan sistem kenegaraan kita utuh) tanpa segan silu, secara teranga-terangan bodoh - semata-mata untuk mempertahankan kuasa yang semakin hari semakin tergugat!
Tak payahlah kita memualkan dan meloyakan tekak mengulas tuduhan dan hukuman "main-main" ini yang dikenakan keatas ketiga-tiga malaun tersebut. Juga ulasan-ulasan pengkhianat ini setelah selesai perbicaraan. Jika diulas samalah dengan melumurkan najis kat badan sendiri dengan tangan sendiri!
4. Jika kita gabungkan rentetan-rententan satu persatu bermula dari tuduhan liwat 2,isu Allah, perjalanan PRK-PRK, pilihanraya negeri sarawak, episod video sex DSAI, tindakan-tindakan gila Utusan Meloya memainkan isu perkauman, isu kenaikan harga barang keperluan yang tiada kawalan oleh kerajaan,,isu Bersih dan gelagat Bereheng Ali dll - APA GAMBARAN YANG KITA SEBAGAI RAKYAT dapat LIHAT?
5. Gambaran yang bermain didepan mata saya - gambaran sebuah serajaan yang semakin hari semakin hilang kontrol, semakin hilang legitimasinya sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU 2008. Gambaran bahawa ia sedang panik,tak tahu nak buat anything right dan legal, sakit tenat, sedang nazak dan sedang membilang hari-hari akhir. "FINAL COUNTDOWN" sudahpun bermula!!...no way to stop it now!
bat8
Hahahah.....
ReplyDeleteSudah Jelas dan nyata UMNO kini tidak lagi mempunyai kekuatan melainkan menggunakan POLIS utk terus berkuasa....
Taktik2 kekejaman mirip ala Hosni Mubarak, Ben Ali, Edi Amin, Shah Iran & Gadaffi sudah mula kelihatan.....
Kita tunggu & lihat apa UMNO akan buat seterusnya....
Bukankah pemimpin-pemimpin besar UMNO termasuk Najib telah mengistiharkan peperangan untuk mempertahankan Putrajaya ?
ReplyDeleteBah kata perumpamaan Inggeris:
"All is fair in love and war"
Tiada lagi sifat 'gentleman' bila seseorang sedang bercinta atau sedang berperang. Tiada lagi batasan untuk mencapai matlamat.
Tuan Aspan..
ReplyDeleteAkhirnya tuan mengumpamakan pemerintah (BN) sebagai FIRAUN dan sesungguhnya itulah gelaran yang paling sesuai baginya dan rakyat akan melihat hasil kesudahannya.
Tn Aspan
ReplyDeleteAkhirnya tn sanggup mengumpamakan pemerintah sebai FIRAUN, dan itulah gelaran yg selayaknya. Rakyat hanya menanti kesudahan kisah begini tidak lama lagi.
Pemimpin UMNO macam janda Benggali. Cemburu nak mampus.Lain kali jagalah imej parti baik-baik bro, taklah rakyat nampak parti lain. UMNO ibarat perempuan dah berkedut. Selalu sensitif dan mudah cemburu. HEEEE!
ReplyDeleteWelcome to Malaysia, Truly Asia!
ReplyDeleteWe wish to advise all our visitors that:
1. drug trafficking is punishable by death
2. wearing a yellow T shirt could land you in jail if said T shirt displays the word "BERSIH"
3. the word "BERSIH" is a dirty word and you will commit lesse-majeste if uttered in public
4. our elite security forces have a tendency to wake up one morning and decide to kidnap beautiful young ladies; not to sexually assaulting them but to C4 them as part of their demolition exercise.
5. upon arrival, please immediately contact your embassy and notify them of your presence in this country as your immigration record may be deleted in some cases.
We wish you a pleasant stay in Malaysia; as long as you comply with the above advise.
Hey, maybe the Ministry of Tourism should put the above travel advice in their Curi Curi...oppps sorry.. Cuti Cuti 1Malaysia facebook.
BN takut dgn bayang2 sendiri. Apa perlu takut dgn Bersih jika kita BERSIH. Kebersihan kita raayat yg nampak, bubarkan Parlimen supaya kita boleh lakukan Pilihanraya yg BERSIH. Menang BN, BERSIHlah BN.
ReplyDeleteini buktinya Bersih2.0 mendapat perhatian rakyat kalau tak BN dan polis takkan risau dan takut. Kenapa nak takut dengan rakyat?. Berani kerana benas takut kerana salah:)
ReplyDeleteikhlasmalaysia.blogspot.com
whiteorange
ReplyDeletePDRM bukanla tolol tapi tindakkan yang diambil/buat selama ini banyak yang kurang pandai.
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Saya ambil data-data ini yang dikemukakan oleh seorang pembahas dalam komen artikel bertajuk "uly 9 demo: An opposition ploy?" yang disiarkan di dalam Free malaysia Today.
"Flaming_lion · 5 hours ago
Summary of 2011 Sarawak State Elections;
Barisan Nasional - 372,379 votes (54.5%) - 55 seats (77.46%)
Pakatan Rakyat - 300,288 votes (45.5%) - 15 seats (21.13%)
Parti Cinta Malaysia - 2,895 votes (0.43%) - 0 seats (0%)
Independents - 20,064 votes (2.98%) - 1 seats (1.41%)
12th GE Summary;
Barisan Nasional : 4,082,411 (50.27%), 140 seats (63.1%)
Pakatan Rakyat: 3,796,464 votes (46.75%), 82 seats (36.9%)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Why is BERSIH important? See above. PR secured 46.75% of votes but only managed to secure 36.9% of the seats. Look at the Sarawak state election result. 45.5% of Sarawakians voted for PR but PR only managed to secure 21.13% of seats.
So tell me, who's politically motivated? The people blocking the BERSIH rally or the people against the BERSIH rally or the people taking part in the BERSIH rally? BERSIH is only seeking for justice. They are demanding that their votes be counted fairly. That's all. So, why are all these people against BERSIH?
2. Inilah antara bukti-bukti mengapa Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9/7 itu perlu diadakan bagi mengembalikan hak rakyat.
daata-data diatas menunjukkan betapa tidak adilnya pilihanraya selama ini hasil dari gerrymeandering yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.
Gerrymandering tersebut adalah hasil masterstroke seorang bekas setiausaha SPR yang berkhidmat lebih 20 tahun.
3. Rakyat perlu mengembalikan proses pilihanraya supaya lebih adil dan samarata agar rakyat mempunyai peluang yang adil untuk menentukan siapa yang lebih layak memerintah.
4. Atas premis yang sama juga, proses pilihanraya perlu adil dan bersih bagi mengelak penyalahgunaan wang rakyat untuk membeli undi melalui projek-projek segera sebagaimana kerajaan pusat telah mengeluarkan RM 1.8 Billion dalam PRN Sarawak baru-baru ini.
Mengapa ianya dibuat semasa PRN sedangkan projek-projek tersebut sudah lama perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemajuan dan kemudahan kepada rakyat Sarawak. Ini sekaligus deny hak rakyat ditempat lain.
Btw, projek-projek tersebut dah dimulakan ke belum? kebiasaannya ianya hanyalah janji kosong untuk menipu rakyat semasa PRK/PRN/PRU je.
Wak jerman
Rally bersih bukan agenda tranparency atau agenda membersihkan sistem. Ia agenda politik semata. Apa yg akan berlaku hanyalah mampu menaikkan semangat pienyokong yg sedia menentang kjaan. Tetapi pihak atas pagar akan semakin jauh dari pembangkang. Ini akan memberi kelebihan kpd kjaan. Tindakan agresif dan promosi berlebihan pihak penganjur akan menyebabkan asas rally tak seimbang dgn gerakan yg dilakukan. Over doing.. Nampak mengada2 dan tak natural...
ReplyDeletePemerhati.
Demi ingin melihat bersih tajaan kristian ambiga, sdr sanggup menggunapakai sejarah dakwah nabi2... Jelas sekali utk menjayakan bersih sbhg dr blogger sanggup mencari hujah perjuangan dakwahillallah utk disamakan dgn puak yg memperjuangkan melayu murtad.. Sdr boleh beehujah apa saja tapi saya menasihatkan supaya berhati2 dan jgn sampai ulasan sdr nampak terlalu desperate.
ReplyDeleteSahabat simpati
Sue the Police Beruks
ReplyDeleteUMNO sudah desperate. Masuk kampus ajak mahasiswa buat PC tentang Bersih. Pergi ke sana kemari macam orang sudah hilang akal. Kempen sana sini minta semua orang belasah Bersih. Pemimpin UMNO Muhyiddin, Najib dan Hishamudin macam sudah hilang akal macam mana nak buat. Kata hebat. Dengan Bersih punya perhimpunan pun takut. Benar kata penulis blog ini. Semua yg dibuatnya semuanya membuat orang ramai naik mual. Kata orang UMNO mungkin jaqtuh sendiri kalau macam ini cara menyelesaikan problem. Najib dan Muhyiddin, kome semua dah terlalu takut ke????
ReplyDeleteAnon 25 June 2011 21:20:00
ReplyDelete1. Jika benar andaian sdra, yang saya rasa begitu juga andaian pemimpin UMNO Baru - pastikan PRU 13 nanti dibuat secara telus dan adil. hak-hak parti bertanding perlu diberi samarata baik dari segi liputan media dll.
2. Nak tahu benar atau tidak andaian tersebut, kita buat PRU 13 nanti mengikut satu piawai aantarabangsa yang digunapakai oleh kebanyakan sistem demokrasi yang baru.
3. Maknanya SPR kena berkecuali, kena bebas. daftar pengundi mestilah benar-benar bersih. cari jalan mencegah pengundian lebih dari sekali. Begitu juga Polis dan lain-lain jentera/komponen kerajaan. Parti-parti yang bertanding tidak boleh mengunakan jentera kerajaan, dana-dana kerajaan semasa kempen. Mereka perlu menggunakan resources parti masing-masing sahaja untuk berkempen. Penggunaan media perlu samarata.
Dengan cara ini kita boleh nilai samada sistem yang kita gunapakai sebelum ini adil, telus atau tidak.
4. Perlu diingat, selepas sahaja parlimen dibubarkan, mandat kerajaan yang dipilih dalam PRU sebelumnya tamat. Kerajaan yang ada selepas itu adalah " caretaker government" yang berfungsi secara sementara. Tujuan caretaker gomen ini adalah agar jentera dan perjalanan " kerajaan Malaysia" berjalan, tidak terhenti oleh kerana PRU akan diadakan untuk memilih sebuah kerajaan baru.
5. Caretaker gomen atau kerajaan sementara ini sepatutnya tidak bersikap partisan atau menggunakan menyalahguna jentera kerajaan untuk tujuan meraih kemenangan dalam PRU yang akan diadakan. Ia sepatutnya tidak mempunyai mandat kerana kewujudannya adalah mengurus perjalanan negara agar tidak paralyse sementara kerajaan baru yang mendapat mandat dibentuk selepas PRU.
6. dari tindakan kerajaan,khususnya UMNO Baru, nampak sangat bahawa mereka takut kepada PRU yang bersih dan telus sebagaimana yang dipinta. Apa nak takut dengan kaedah pengundian yang bersih sebagaimana yang saya sebutkan secara kasar diatas.
Sekarang apa yang kita saksikan bahawa UMNO Baru melalui kerajaan cuba menghalang dan tidak mahu kepada satu pilihanraya yang bersih.....itulah gambaran yang kita sedang lihat sekarang ini dengan penangkapan mereka-mereka yang pakai baju bersih atau hanya pakai baju warna kuning....pendek akai sungguh!
7. Pilihanraya yang bersih dan telus adalah hak mutlak rakyat. Agar mereka dapat membuat keputusan yang adil dan saksama. Atas asas yang sama, memerintah itu bukan hak mutlak UMNO Baru sampai kiamat. Negara ini adalah hak rakyat bukan hak pemimpin UMNO Baru yang mempunyai ahli hanya 3.7 juta orang sahaja ( termasuk mereka-mereka yang diragui kemelayuan mereka!)
bat8
InsyaAllah akan tiba masanya mereka akan jatuh.Semua Sheet akan terburai. Tu le yang mereka takut sangat. Semuga Allah memberkati perjuangan orang orang yang telah dianiaya.Amin..myi
ReplyDeleteSdr Aspan, The conduct of BN leaders esp those from UMNO is abhorring. These kind of leadership mentality is everywhere in Africa.
ReplyDeleteI agree to the view of some that Malaysia is Zimbabwe in different name.
Give this credit to Mahathir.
Hanya satu sahaja cara untuk selesaikan masalah kejahilan kerajaan hari ini. masing-masing dudk dan bertefakur setiap tengah malam untuk memohon 'divine intervention' bagi kita hioup aan damai dan memohon diketepikan semua pemimpin rasuah dan gila kuasa.
ReplyDeleteJika sejuta rakyat berdoa, insyallah permohonan jika jujur akan termakbul.
Mari kita lakukan dirumah masing-masing. Tkasih
Sahabat simpati
ReplyDelete25 June 2011 21:31:00 GMT+08:00
Saya sungguh bersimpati kepada sahabat simpati, menuduh Sdr Aspan guna nabi; apa salah guna nabi jika benar?
Tak malu ke UMNO guna Islam dengan cara salah/zalim untuk mengekal kuasa?
teduan vc
ReplyDeleteAda 3 cara yang ditetapkan Islam untuk uamt Islam menegur kerajaan yang jahil dsb berdasarkan kemampuan masing2
1. Dengan Tangan
2. Dengan Mulut
3. Dengan Hati
Cara berdoa seperti sdr cadangan itu termasuk di bawah cara 3 diatas. Cara Bersih ialah cara dengan mulut
Wak Jerman,
ReplyDeleteData yg tuan sertakan itu adalah antara apa yg saya cuba nyatakan dalam entry sy yg lalu.. entry yg menyebabkan tuan menganggap saya cyber trooper zahid hamidi. harap data yg tuan sertakan dapat di ulas dan diperjelaskan dengan bahasa yg lebih mudah oleh tuan aspan. sure not now cos tuan aspan tengah bizi tugasan khusus untuk promote kan bersih.
Ambiga pejuang IFC yg menggesa pemeluk islam bebas memeluk agama lain, peruntukan utk agama lain disamaratakan dgn peruntukan gama islam, mualaf yg mati harta jatuh kpd ali keluarga bukan islam dan mcm2tuntutan utk menyamatarafkan islam dgn lain2 agama telah dibuat oleh ambiga. Tapi pas telah membutakan hati mereka terhadap semua perkara ini. Bagi pas semua itu tidak penting. Kuasa lebih penting. Bn mesti jatuhkan dulu. Lain2 hal bincang kemudian.
ReplyDeleteAku islam dan jarang sembahyang pun tak sanggup nak gadai agama sampai tahap ini.
Jahiliyah
Datuk,
ReplyDeleteBila you nak join PR.
Saya ini hari akan join PAS secara resmi dan saya non-muslim. Ini kali pertama, saya join parti politik.
Saya cadang Datuk joinla PR. Perjuangan BN, terutama UMNO,MCA,MIC ialah seks dan rasuah.
Melalui tulisan Datuk, patut Datuk Aspan nie join PR. Kalu lagi best Datuk join DAP. Yg Melayu join DAP dan yg non muslim join PAS. Itulah, perjuangan ke arah negara berkebajikan tanpa mengira kaum bangsa dan agama.
Setuju bro!100%
ReplyDeleteAku harap cepat cepatlah Sdr Anwar jadi PM agar Malaysia lebih aman , makmur dan sejahtera.
Sdr Roslan,
ReplyDeleteNo wonder there are many African in Malaysia!!!! so This is Asian Zimbabwe !!!
Hope many more Africans comes to Malaysia
Bravo sdr Roslan
Ibni Ismail,
ReplyDelete1. Data yang sdra maksudkan itu sudah jelas sejelas-jelasnya dan rasanya tidak perlu diulas kerana semua boleh faham.
yang perlu ialah putarbelit dan justifikasi dari puak-puak yang menyokong sistem yang ada je.
2. uiks....sdra koner baring ke? Tak ada sekelumitpun komen-komen sdra yang cuba mengaitkan dengan data-data tersebut sebelum ini. yang sdra dok bawak hanya isu dan cubaan menjustifikasi cubaan pihak tertentu nak haramkan perhimpunan Bersih je. Biaq betul sdra........nak belit pun biaq la patut2.....sebahagian besar rakyat malaysia dah cerdik dan berpendidikan, dah ramai yang sampai ke Oxford, Cambridge,Harvard....he3X
Wak Jerman
Salam berjumpa kembali Tuan-Tuan and Puan-Puan.
ReplyDeleteAnon 14.05
Ewah saudara bukannya nakkan Bersih tapi nakkan Anwar Ibrahim.
Tahniah kerana berterus-terang.
But that's not gonna happen.
Whiteorange bercakap benar. Si Roslan tu nak tunjuk taring. To dare the police.
That's a provocation.
In the current situation, the police must always be on the alert.
Polis taklah tolol.
Orang-orang umno dan penyokong-penyokongnya selalu nampak hantu. bayang sendiri pun dia ingat hantu.
ReplyDeleteKalau berjalan dalam gelap dan berasa takut mereka akan buat bising untuk menghilangkan ketakutan.
Bajib bising, Muhyidin bising, Ahmad Zahid bising dan yang lebih bising ni penyokong-penyokong nya.
Penyokong2nya lebih sudu dari kuah. Orang berpolitik mereka nak berpolitik. Dalam banyak blog, mereka masuk memberi komen dengan maki hamun pabila tak tahu nak jawab. Perangai mereka sudah macam orang nak jatuh saja. Mereka ini akan buat bising dan terus bising, sehingga mereka jatuh dan kalah.
Zek, betui benor benor yang kome kate. Teman oghang pagit pun tahu umno seghope oghang nampok antu!
ReplyDeleteTeman dok lagi nok sokong parti pengecut ni. Cukup le!
Mungkin wak jerman tak dapat cari sebab ditulis dalam bahasa melayu bukan jerman. he he he
ReplyDeleteAnon9.20
ReplyDeleteApa salah guna nabi kalau betul? Apa yg betul? Susah jugak nak jelaskan dgn org mcm ni. Kena ajar dari basic ni.
Musa tu utusan allah. Firaun tu dugaan kpd nabi musa yg allah hantar dlm dakwah kepada agama allah. Bukan soal siapa zalim tapi soalnya ialah musa dihantar utk dakwah firaun dan umat musa suoaya beriman kpd allah!!!! Faham ka?
Dlm proses menjlnkan amanah allah ini berlakulah pemisahan antara iman dan kufur yg memberi kesan kod berjaya atau gagalnya hamba tuhan di akhirat kelak!!! Adaa faham?
Maksud musa bukan utk merampas kuasa dan menjadi raja menggantikan firaun. Itulah maksud musa dihantar sbg nabi. Soal hak dan batil adalah mengikut maksud allah. Bukan soal untuk merebut titile hak dan melabel batil kpd pihak lawan.
Uyk disamakan kesucian perjuanhan musa as dgn kesucian perjuangan bersih yg sangat ternoda adalah satu insult kpd agama allah, rasul dan ajarannya. Adakah kamu dan penulis mahu menyamakan taraf makanan yg dimakan dgn bahan buangan yg keluar haail dr makanan yg dimakan?
Beristughfarlah jika sudah telanjur. Tuhan maha pengampun kpd hambanya yg taat dan patuh.
Memandangkan pihak PDRM sekarang ini sedang giat menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambangkan BERSIH, maka saya mencadangkan:
ReplyDelete1. Kepada yang menyokong BERSIH, berkumpullah di hadapan SETIAP balai polis di Malaysia dengan memakai baju kuning berlambangkan BERSIH. Seelok eloknya berkumpul dalam kumpulan tidak lebih dari 3 orang.
2. Dalam kumpulan yang juga tidak lebih dari 3 orang, pakai baju kuning BERSIH dan berkumpul di tempat-tempat awam dan pengangkutan awam sambil menyanyi "tangkap kami, tangkap kami; kami pakai baju BERSIH", yang dinyayikan seperi irama lagu Tolong Kami Bantu Kami dalam cerita P.Ramlee. Maaf, sudah lupa apa nama filemnya.
3. Apabila nampak abang polis, tanya dengan penuh sopan santun kepada pegawai polis tersebut samada nak ditangkap atau tidak? Kalau abang Polis tak nak tangkap, tanya balik kenapa, sedangkan orang lain kena tangkap; misalnya "kenapa abang polis tak nak tangkap kami, kami ni tak bersih (kotor) ke? Atau muka kami tak cukup handsome?"
Matlamatnya adalah biar PDRM tangkap seramai mungkin dan tahan dalam lokap polis; tengok boleh muat tak lokap-lokap tersebut.
Semasa ditahan, tanya sebab anda ditahan di bawah seksyen mana undang-undang dan jangan beri apa-apa keterangan kepada Polis; cukup dengan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja. Kemudian, selepas dibebaskan, buat lapuran polis mengatakan anda telah ditahan tanpa sebab yang betul.
Selepas itu ramai-ramai failkan saman malu terhadap pihak PDRM dan Kerajaan kerana polis telah menyalahgunakan kuasa dengan menangkap anda tanpa sebab yang munasabah. Gantirugi tuntutan yang dikemukakan mestilah tinggi setaraf dengan maruah anda.
Hebahkan berita penangkapan ini kepada seluruh dunia melalui twitter, facebook, blog, media antarabangsa seperti Al Jazeera, BBC dan CNN. Jangan lupa juga untuk memaklumkannya kepada UN dan Human Rights Watch. Silap haribulan muka anda akan keluar dikaca TV di luar negara dan anda berkemungkinan akan menjadi terkenal seantero dunia.
Ingatlah, jika Tunisia boleh masyhur dengan pengorbanan seorang penjual buah di tepi jalan, Malaysia akan mampu menjadi lebih terkenal dengan kisah tangkapan sibaju kuning.
Apa macam Al Tantawi (kalau orang Tanta berani, takkan Akhi takut kot), Tian Chua, Azmin, Brader Sam? Ada berani?
anon 26 June 2011 19:51:00 GMT+08:00
ReplyDeleteKo tu bahlul, tuan aspan cakap betul pun ko nak sangkal, otak dah kereput, sama kecut mcm UMNO selalu guna islam bila terdesak je..
tak sabar nak tunggu 9 julai ini. Nak lihat samada anwar atau najib yg senyum.
ReplyDeleteit seem things are getting worsen each day! explanation have already been given on "bersih" moto, yet, gomen buat tak endah. sebaliknya, they start provocating on it! we need a more mature leaders to lead. not just a bunch of tiga suku. do not use "religion" in this issue. it have got nothing to do with it.
ReplyDeletesalam...
Salam semua...aku nak tanya yang bercakap di sini...sedarlah planet dan alam ini menuju kehancuran...kita rasa pemimpin hari nie teruk...tetapi yang akan datang mungkin lebih teruk dari hari nie...pemimpin silih berganti menjadi lebih teruk dari terdahulu sehingga dunia kiamat....yahudi, kristian, hindu, buddha, munafik semuanya bersengkokol dengan nafsu syaitan...bakal menghancurkan planet nie...tanda-tanda besar kiamat telahpun wujud...asap putih keluar dari bumi salah satu tandanya....masalah di dunia nie akan hilang bila hilang manusia dari permukaan bumi nie...digantikan makhluk lebih baik dari manusia...tujuan manusia dijadikan untuk beribadat kapada Allah Taala yang satu...bukan menjadi hamba kepada nafsu syaitan...insaflah
ReplyDelete