Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih. Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.
Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.
Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.
Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.
Masing-masing bercakap dengan garang dan ‘heroic’ untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai ‘consequence’ yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.
Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.
Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek ‘air di dalam tunggak’; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.
Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.
Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?
Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat ‘magnanimous’ yang tinggi….ada ‘class’ kata anak-anak muda sekarang.
Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.
Begitulah pentingnya ‘disposition diri’ bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.
Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang ‘rigid’ untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.
Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah ‘attitude’ dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.
Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan ‘door gift’ yang mahal seperti jam yang ‘diamond studded’ kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam ‘public office’ yang tinggi orang ramai akan bertanya. ‘dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?’
Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.
Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.
Kita boleh salahkan sesiapa juga, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat.
Bukankah orang-orang UMNO suka tempah songkok tinggi? :)
ReplyDeleteMulai hari ini saya akan pakai baju melayu kuning...harap-harap tak kena tangkap!
Tokalang
Bukankah orang-orang UMNO suka tempah songkok tinggi? :)
ReplyDeleteMulai hari ini saya akan pakai baju melayu kuning...harap-harap tak kena tangkap!
Tokalang
takpe Pan,
ReplyDeletePRU 13 kita bungkus UMNO sebab masa tu rakyat raja..
AJK PAS PILAH Tongah
P/S Macam konfiden je rakyat nak sokong bersih2.0, sebenarnye majoriti dah menyampah/meluat/benci dengan kerenah PAS/PKR/DAP. tak habis-habis nak politik, kerjanya tidak..
Bagus abang polis tu ambik tindakan,tangkap aje mereka dan masuk dalam jel, menyusahkan rakyat betul ,
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Dalam 2 artikel yang lepas saya telah menyebut bahawa " final countdown" telah bermula. Nampaknya jangkaan itu setakat ini menepati.
2. yang jelas sekarang ini, pemimpin-pemimpin UMNO Baru terutama PM begitu panik. Sesikit demi sedikit beliau telah telah hilang kawalan. Keadaan semakin hari semakin tak masuk akal.
Walaubagaimanapun, nasib dan masa depan UMNO Baru telah ditentukan, sealed. Semoga TDM dipanjangkan umurnya untuk melihat apa kesudahan UMNO Baru yang beliau cipta.
Bat8
Apalah , semua kata UMNO yang salah , tapi sapa buat salah dulu , masakan pokok bergoyang kalau tidak ada yang mengangu - angin , monyet ...
ReplyDeleteBetul tu dato Pan.
ReplyDeleteKadang2 kami rakyat M'sia berasa mcm dah jadi bodoh/bebal setiap hari dibuli & ditipu kaw2 oleh UMNO. Terasa letih, mual & hampir2 give-up dah nak menjadi rakyat M'sia yang sehat, bahagia, aman & damai
Apa tidaknya setiap hari membanting tulang siang & malam utk survival demi nak bagi anak2 makan sedangkan puak2 UMNO menipu setiap detik & saat. Kerajaan UMNO membuat & menggubal apa saja undang2 untuk menindas, menekan dari semua sudut... atas bawah kiri & kanan
Selain UMNO.... SPR tipu, Polis menipu, AG lg la kuat tipu, Judiciary terikut2 menipu, Bank Negara selalu tipu, SPRM sllu tutup kes tipu, Khir Toyo tersilap tipu, Tenaga Nasional tertipu (oleh IPP), SYABAS cuba nak menipu (...nasib baik PKR ambil alih Selangor) , Petronas terpaksa menipu (...demi utk kroni), TV3 jaguh menipu, Utusex ...opss sorry Utusan raja tipu, Mufti tipu fatwa, Jawi tipu (hya kes2 terpilih)
Ooo Allah... please grant & shower us with your blessings and mercy & help us from this tyrants.
Amean....
Anon 9 June 2011 23:20:00
ReplyDelete"Apalah , semua kata UMNO yang salah , tapi sapa buat salah dulu , masakan pokok bergoyang kalau tidak ada yang mengangu - angin , monyet ..."
Cerita apa ni? Sapa yang buat salah dulu? salah apa?
wak jerman
Nak kata kelakar tidak pulak lucu...
ReplyDeleteMelihat kerenah kerajaan menghadapi perhimpunan Bersih 2.0 seolah-olah mereka berada dalam keadaan kelemasan. Mengelupur dalam keadaan takut mati. Gapai apa saja untuk selamatkan diri.
Ini semua berpunca sikap sambil lewa pemimpin kaya yang meletakkan diri mereka sendiri sebagai melayu bangsawan. Tapi angkuh dan sombong apabila ditegur oleh ahli biasa.
Setengah dari mereka berfikiran bahawa dengan duit yang mereka miliki mampu membeli maruah rakyat miskin sehingga memberi undi kemenangan kepada mereka.
Selain dari itu keseronokan memiliki kemenangan pilihanraya dengan cara menipu sama tarafnya dengan menerima rasuah sebagai sumber pendapatan. Sekali dah rasa susah nak lepaskannya.
Sepatutnya perhimpunan Bersih 2.0 boleh diselesaikan dengan mudah jikalau pemimpin UMNO yang mewakili kerajaan bersikap terbuka dan bersedia berbincang.
Tapi disebabkan mereka sedar bahawa mereka adalah dikalangan orang yang banyak melakukan kesalahan maka sokongan rakyat terhadap mereka memang tidak pernah bertambah, kerana itu mereka memang mengharapkan sokongan dari SPR melakukan penipuan jika tidak mereka tidak boleh menang.
Dalam bab ini tiada siapa dikalangan pemimpin UMNO Baru yang boleh mendabik dada bahawa mereka mereka menang dalam pilihanraya lalu adalah kerana ketrampilan, perwatakan, rekod kerja yang baik atau kelayakannya sebagai wakil rakyat.
Kalau ada sudah pasti tuntutan Bersih 2.0 itu akan dilayan dan perhimpunan tersebut dibatalkan.
Untuk menolak tuntutan Bersih 2.0 maka mereka memberi amaran, mengugut, mendera rakyat melalui anggota polis. Apabila pihak polis ambil alih kerja ahli politik, mereka buat undang-undang sendiri.
Sebelum ini tidak pernah berlaku anggota polis datang ke parlimen buat siasatan tanpa keizinan speaker... sekarang polis boleh terjah masuk parlimen ikut suka.
Ceroboh kawasan persendirian tidak perlu lagi waran. Mereka datang tak ubah macam perompak, boleh pecah pintu, samun apa saja yang ada dalam peremis tersebut. Tindakan itu dilindungi atas nama kuasa polis.
Berhimpun secara aman... polis kata haram, tangkap. Mengedarkan risalah...haram., tangkap Memakai batu T-shirt berwarna kuning...haram, tangkap. Menuntut keadilan dan ketelusan pilihanraya... haram, tangkap.
Disebabkan banyak pekara yang tidak ada kena mengena dalam peraturan dan undang-undang diharamkan oleh polis maka rakyat Malaysia melihat kerajaan BN adalah kerajaan haramjadah.
Berapa ramai rakyat Malaysia yang takut dengan ugutan haram, tahan reman, dakwa dimahkamah, denda, penjara, ISA...hanya kerana perhimpunan Bersih ?
Dari tindakan polis kita boleh menggambarkan betapa terdesaknya pemimpin kerajaan khususnya dari UMNO Baru. Apakah dengan tindakan ganas polis itu maka rakyat yang ketakutan akan rela hati menyokong kerajaan BN ?
Sebenarnya rakyat memang takut pada ancaman polis, tapi mereka tidak takut untuk mendapatkan keadilan walaupun terpaksa berhadapan dengan kezaliman polis.
Aspan,
ReplyDeleteDiamond studded watch as door gift pada yang hadhir dalam majlis pertunangan anak baru ni? Berapa ramai tamu yang dapat? Kalau saya dapat jam Seiko 5 pun dah suka.
Perbendaharaan kita masih ada wang. Pemimpin kita tak kan berhenti mencuri. Tidak boleh salahkan mereka sebab kita yg memilih pencuri.
ReplyDeleteBak kata Aspan, jgn salahkan orang lain. Kita pilih pencuri maka harta benda kita akan dicuri. Memang terjumpalah orng memberi door gift dgn daimond studded watch.
Padan muka kita!
Dato',
ReplyDeleteKenapa mereka memilih jalanraya bukannya tempat tertutup seperti Stadium, ini yang RAKYAT persoalkan?
Kenapa semasa membantah kenaikan minyak dulu boleh buat di Stadium, yg kali ini tidak?
Sekiranya mereka ingin menyerahkan memorandum kepada SPB YDP Agong, tunjukkan mana dia surat perkenan Di Bawah Duli Tuanku untuk mereka mengadap 9 Julai ini..!
Saya yakin 100% yang berjuang untuk jadi pengacau 9 Julai ini terdiri daripada pengundi tegar pembangkang.
Rakyat Msia ini ada 26 juta, majoriti tidak menyokong perarakan haram ini.
Jgn fikir kejayaan tahun 2007 akan berulang pada 2011. Kalau dulu tiada penentangan, kali ini majoriti RAKYAT bangkit menentang pemimpin yang menjadi pengamal 'Hater Politics'!!
Pak Zawi dan johnwayne tak cerita pula tentang Omega watch ya.
ReplyDeleteSiap ada crest, babe.
What about money laundering by Anwar yang disebut dalam Parlimen semalam.
Padan muka you!
tak kesah lah hampaq nak sokong belah mana, aku ne yang berniaga cari makan pagi petang dan malam akan terjejas jika kaurang ada kan juga demo jalanan sepereti dulu, nok buat demo, nak beramaok ke, buat kat stadium, bawak parang, senapang, keris ha beramok lah kat situ, lepas tu hantar lah memo kaurang tu kepada agong ke?, barak ke?, perdana menteri israil ke itu hok engkau orang, ada faham?
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteRakyat bukannya bodoh seperti dulu...rakyat semakin bijak dan tau menilai mana yang buruk dan baik.Kalau dulu boleh la diperbodohkan ...but now sorry la..tetapi pemimpin umno masih tak sedar diri lagi...
masih mengunakan taktik yg lama utk menakutkan rakyat...semakin lama rakyat semakin menyampah terhadap mereka...masih ada masa untuk betulkan keadaan sebelum menjadi tenat...
SLOGAN PILIHANRAYA "ABU" (ASALKAN BUKAN UMNO)
ReplyDeleteSaya teringin sangat melihat UMNO kalah kali ini.
ReplyDeleteHanya bila telah kalah, UMNO akan kembali ke perjuangan asalnya....
Bila UMNO kalah, akan banyak terungkai kesilapan / ketirisan wang negara yang telah dilakukan olih pemimpin terdahulu....
Anon 10.27
ReplyDeleteTak terfikir kah saudara kalau perarakan dibiarkan berjalan cara aman dan di pantau oleh polis dan menyekat Perkasa dan Pemuda UMNO dari jadi pengacau, peniaga akan lebih untung? Bayangkan selepas 2-3jam berhimpun cara aman 100,000 orang ini akan bersurai dan masuk kedai2 makan dan gedung membeli-belah disekitar sebelum pulang kerumah. Peniaga makanan dan pakaian untung, LRT untung, bas untung, teksi pun untung. Yang jadi massalah bila polis sembur air dan gas pemedih mata yang akan mencelarukan keadaan. Itu saja.
Betul aku sokong......
ReplyDeleteMana surat perkenan drp Istana Negara menyatakan ada temu janji untuk beri memo pada YDP Agong?
Mana? Pukul berapa? Or, main hentam saja tanpa rasa hormat kat YDP Agong, berkumpul secara haram depan 'rumah' dia dan nak bagi memo.
Kalau betul tak puas hati, buat appointment jumap YDP Agong la.
Nampak sangat niat tak betul.
salam bro,
ReplyDeleteorang lain nak buat huru hara dia orang punya pasal.
cuma sebagai orang islam kita perlu tahu bahawa hukum menentang kerajaan yang di pilih dengan cara terpekik di jalanan dan mengganggu orang lain adalah haram.bersabar dengan kezaliman pemerintah adalah lebih baik dari pada keluar dijalanan dan jadi penentang.
kesabaran yang kukuh akan menjadi lebih bermakna kerana allah akan menaikkan kerajaan yang dia suka dan akan menjatuhkan kerajaan yang dia tidak suka.
kutukan dewata:
kekalkan keamanan yang sedang pasti daripada mencari kepuasan yang tak pasti.salam sayang buat bro aspan.
Quiet Despair,
ReplyDeleteKita tunggu siapa orang ketiga yang bersama Altantuya..Ini akan dijawab di Mahkamah Peranchis dan bukan Malaysia.
Kita tunggu...
Pak Aspan,
ReplyDeleteKalau jumpa Omar Din tanya dia, masa masuk LOKAP balai polis Campbell(Dang Wang) kenapa menangis?
Macam mana Mahaguru Silat masuk lokap boleh menangis. Mahaguru taik kucing
sekiranya UMNO BN mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan mesra rakyat sudah pasti pembangkang tidak akan ada tempat di hati rakyat...tetapi apabila sokongan rakyat bertambah terutama dari bekas pemimpin2 dan ahli UMNO BN kepada pembangkang, ini bermakna UMNO BN ada kelemahan dan kecacatan. untuk itu pemimpin UMNO BN perlu muhasabah dan berusaha untuk memperbaikinya. tetapi nampaknya pemimpin hilang semakin hilang arah apabila membiarkan pihak2 tertentu melakukan tindakan yang menyakitkan hati rakyat, membuat rakyat keliru, kenyataan2 biadab dari beberapa pihak yang tidak sepatutnya bersuara..hanya nak tunjuk kehandalan saja..dan yang kelakarnya...pakai baju kuning pun kena tangkap...apa niii..
ReplyDeleteApa la kita nak susah-susahkan, bagi la mereka laluan. Jika sekatan dibuat, akan jadi huru hara. Kalau kita tak buat sekatan dan mereka pula buat huru hara, ini menunjukan mereka tak betul dan baru lah kita tangkap. Sekarang ni saya nampak, kerajaan BN yg mula buat huru hara.
ReplyDeleteUMNO yang kuat, tegas dan berani akan lebih dihormati. Akibat lembiknya presiden UMNO sebelum ini maka UMNo telah dilihat sebagai lemah. Saya berdoa kerajaan akan bertindak berani. Yang salah tetap salah. Jika mereka berani langgar undang2 dengan berdemo maka kerajaan mestilah berani tegak kan undang2. Mereka yang berdemo ini tahu apa yg mereka akan tanggung dan hanya melihat sahaja apa yg kerajaan berani buat. Mereka ada hak nak langgar undan2 dan kerajaan ada hak nak tegakkan undang2. So, laksanakan lah hak masing2.
ReplyDeleteSaya tak teruja dengan apa tindakan pembangkang tetapi teruja untuk lihat apa yang menteri amaran akan buat. Jika Najib benar2 jantan, bertindaklah. Percayalah yang majoriti tetap akan bersama kita. Lembik lembik ni tak mainlah. Kita kena ingat yang hadir pada demontrasi ini memanglah anti UMNO pun, so apa nak dipedulikan sangat. Lebih baik pedulikan majoriti rakyat yg setakat hari ini masih memihak pada kita. Meminjam kata anuar, Lawan tetap lawan.. Masa untuk defensif ini dah tamat. Jangan buat kami yg menyokong ini jadi menyampah dengan sifat lembik menteri amaran.
dalam apa apa krisis, pemimpin sebenar perlu bertindak dengan cepat tanpa ragu..
ReplyDeleteDalam tahun 1988 dulu orang Cina dan Melayu dah mula nak gaduh kerana masing-masing nak memperjuangkan hak-hak mereka tanpa memikirkan sensitivit kaum. TDM atas nasihat polis menagkap pemimpin Melayu dan Cina, samada dari kerajaan dan pembangkang dan sumbat mereka dalam penjara.
Negara jadi stabil dan ketegangan kaum dapat diatasi dengan segera. Kalau TDM tidak bertindak begitu dah kemungkinan besar krisis kaum akan berlaku.
Bagi saya, dah cakap, dah nasihat pun pembangkang buat dek aje, tangkap dan masuk mereka dalam penjara. Majoriti rakyat akan sokong, rakyat tak mudah tertipu dengan apa yang berlaku di Libya, di Tunisia dan di Egypt.Malaysia bukan Egypt, Tunisia dan jauh sekali Libya.Ingat tu Aspan dan kuncu-kuncu sewaktu dengannya.
Pak Pan,
ReplyDeleteBabi QD ne hidup lg rupanya, ingatkan dah arwah.
penjilat lagnat!!!
Anon 30 June 2011 11:55:00
ReplyDeleteSLOGAN PILIHANRAYA "ABU" (ASALKAN BUKAN UMNO).
Saya sokong.. Inggerisnya "Anyone But Umno"
once, an old pakcik did told me this. one day, malaysians will freak out when gomen keep on controlling their freedom and rights. true enough, it happened year after year. as time past, ppl see things differently, except for certain group that still prefer to stay as it is. this group are not willing to let go to what they have preach. but instead start using other means to clamp down on others. all this are due to greed and self importance. nothing more nothing less. moreover, ppl that cannot think out of the box will always have that negative point of view. to them, they are always right, no matter how many incident and loophole have happened. up till now, "atlantuya" entry record was totally erased from the immigration data, yet no news at all on the outcome. all i can see was, they're pretty good at creating diversions.
ReplyDeletesalam...
Kerana Parti UMNO sudah berubah dari Parti membela bangsa kepada Parti Kroni untuk mereka yang ingin membuat kekayaan keluarga, kroni-kroni, pembodek-pembodek,pengjilat-pengjilat,kaki ampu, maka lahirlah pemimpin pemimpin yang tidak berkualiti,otak kemetot,pengjilat-pengampu,kaki kaki bodek seperti Quiet Despair,Kluangman...........Kasihanemak bapaknya ....harap harap janganlah di bagi makan orang tuanya dengan duit haram...
ReplyDeleteQuiet Despair ni tak sangkalah. Dia orang yg dah duduk di luar negara begitu lama (betul tak betul saya tak taulah) tetapi pemikiran begitu sempit.
ReplyDeleteBetullah UMNO ni memang selau merosakan pemikiran orang.
Tak tahu nak cakap apa lagi kat org2 yg menentang BERSIH nih. Otak dah KOTOR berkarat agaknya.
ReplyDeleteBERSIH itu suara majoriti rakyat M'sia yg cintakan keadilan dan ketelusan. Apa kena mengena dgn politik? Kalo pemimpin politik pembangkang join, knp wakil pemimpin kerajaan taknak join sekali. Sebab hati dan perangai dah KOTOR dgn kemungkaran agaknya?
Tgk jer komen org2 yg menentang kat sini. Mcm bingai pun ada. Tak abis2 mengaitkan bangsa, politik dan huru hara. Org mcm Ibrahim Ali tu jer yg suka buat kacau bilau sama cam pengikut2nya.
I do agree with 'ABU' - Anything But Umno.
pencinta keadilan
SebenarnyA apa yang sangat2 ditakuti oleh UMNO bukannya demonstrasi ataupun huru-hara (actually UMNO suka sangat dgn keadaan huru-hara ni sbb blh ishtihar dharurat SEKALI lagi dan berkuasa berbuat sesukahati mereka-dharurat yg dulu pun belum ditarik balik). Apa yg ditakuti oleh UMNO adalah runtuhnya segala mitos, indoktrinasi serta brainwashing yg telah digunakan keatas orang2 melayu.
ReplyDeleteSekiranya demo atau rally ini dibiarkan dan diberi kelepasan, umat melayu Malaysia akan sedar dari brainwahing serta mitos yang UMNO sogokkan keatas mereka iaitu menentang salah laku kerajaan BUKAN DERHAKA, UMNO BUKAN DIPILIH OLEH TUHAN utk selama-lamanya memegang tampuk pemerintahan dan yang lebih penting sekali, orang melayu yang tidak bersetuju dan tidak mahu memilih mana2 parti politik (mahupun ianya UMNO) adalah BEBAS untuk berbuat demikian dan KERAJAAN buat masa ini (Government of the day) tidak boleh menghalang rakyat dari menurunkan mereka dari tampuk kekuasaan (walaupun kerajaan itu adalah kerajaan yg telah "berjasa ataupun telah berbakti"). Memilih mana2 pihak sebagai kerajaan adalah HAK RAKYAT dan tidak ada pihak boleh memaksa rakyat menerima doktrin "Once elected they are the best"! Atau secara tepatnya TIADA KERAJAAN YG MEMEGANG KUASA "DULU, KINI DAN SELAMANYA" (in simple terms anything with the prefix "MAHA" is reserved for the ONE and ALMIGHTY GOD and no human may use it if he considers himself a true muslim).
UMNO amat sedar bahawa dengan adanya BERSIH 1.0 dulu, orang2 melayu beransur2 sedar dan bangun dari propaganda, mitos serta brainwashing yg diserkupkan keatas mereka. Maka UMNO merasakan bahawa BERSIH 2.0 ini adalah "the straw that broke the camel's back" yg akan menbuka mata serta mengejutkan majoriti umat melayu Malaysia. Dan keadaan ini amat2 merbahaya bagi UMNO kerana percaturan politik terkini menyaksikan kembalinya UMNO kepada tampuk pemerintahan hanya dgn undi orang2 melayu sahaja. Sekiranya majoriti umat melayu telah sedar maka riwayat hidup UMNO sebagai parti pemerintah akan berakhir dan berkemungkinan besar terus terkubur dalam lipatan sejarah negara (and not to mention the repercussion of defeat that befell those who were in power such as Mubarak and Suharto).
Oleh itu pertembungan antara Kerajaan (UMNO) dengan pihak BERSIH hanyalah merupakan pertembungan antara pihak yang mahukan agar umat melayu berterusan tidur lena dan bermimpi mitos serta cerita dongeng dan pihak yang mahu membuka dan mencelikkan minda umat melayu agar sedar dari tidur serta memisahkan diri dari cerita2 dongeng, angan2 propaganda dan dari ketakutan yang tidak bersebab (cowardism).
Nick.
kuat, tegas dan berani mesti kena pada tempatnya. yang berlubong sini sana buat bodoh. yang benar, di katakan salah. yang salah, di kata benar. that's the problem when one are blinded and not willing to think out of the box or open more to see the differences. it should not be always about oneself, but to all. this have got nothing to do with race nor religion, but more to greed and power hungry. gomen medias have totally screwed for giving wrong infos and being bias on others. this is what you get in future, ppl that always running in circle inside the box.
ReplyDeletesalam...
Ibni Ismail & Anon 23.33
ReplyDeleteBetul tu. Saya berpandangan sama dan telahpun menulis panjang lebar dalam blog samongkol.
Janganlah kita berkhayal dan terbawa-bawa dengan syoknya demo di negara Arab.
Mereka ada sebab sahih berbuat demikian. Merekapun sebangsa iaitu bangsa Arab.
Kita berbagai bangsa dan bakal menjadi pertempuran kaum.
Tengok sahajalah dalam polis setesyen semalam Pemuda Keadilan dah bertempur.
Dalam twitter ada yang mengajak orang Chistian bangkit menentang kerajaan.
Dan fikirkanlah how can a legitimate government be overthrown by an illegitimate demo.
Bukan ke LKS, Tok Guru, Ustaz Hadi dan Raja Porn Anu-warpun dilantik menerusi proses pilihanraya sama.
Janganlah nak mengabui mata rakyat kerana nak jadikan si anu jadi PM.
Kita tak rela dan tak halalkan.
Bersihkan diri kita dulu sebelum nak bersihkan orang.
QD : Kamu dah salah anggap. Mereka ini dah nyataka, Demo secara bersih bukan nak buat huruhara. Yg menjadi huruhara adalah pihak BN. Mereka bukan kucing kurap, nak di tangkap ikut suka. Semuanya bijak2 belaka. Apa yg penting kita ambil gambar2 mereka, jika ada yg menyalahi undang2, baru kita tangkap. Saya ni UMNO juga, tapi kalau ashik ahli keluarga saja yg jadi Menteri dan org yg sama saja duk dpt jawatan dan org yg pernah disabitkan rasuah pun dpt jawatan. Marah juga kami yg dibawah niii. Fikir2 lah kawan2 ku.
ReplyDeleteRasanya rakyat tak sabar nak tunggu pilihanraya....kerana nak pangkah parti asalkan bukan UMNO & BN.
ReplyDeleteKalau yang pangkah UMNO & BN, sahlah kaki pengampu-pembodek, penjilat-pengjilat seperti Ezam Md Nor,yang bolih di jual-beli, yang ada kepentingan kerja-bisnes......
Saya walaupun ahli UMNO dan kerana telah banyak melihat gelagat gelagat pemimpin UMNO yang sombong, bongkak, menunjuk-nunjuk, tidak akan mengundi UMNO pada pilihanraya kali ini.
BERSIH 2.0 telah memberi signal & momentum yg amat jelas kpd rakyat.. BERSIH hanya menuntut keadilan ke atas LAPAN perkara dlm sistem pilihanaraya negara. Najib & Hishamuddin masih lagi menggunakan pendekatan lama, perkauman & kekerasan melampau. Yang perlukan skrg para penyokong PR perlu memberi FAKTA2 yg jelas kpd pengundi2 atas pagar, orang kg @pun yg mereka yg tidak memperdulikan hal2 politik ini. Penjelasan mestilah BERHEMAH dan tidak beremosi... Go PR & Bravo.. Biarkan BN dgn bayang2 nya..
ReplyDelete