27 June 2011

Tubuh boleh dipenjara - pemikiran tetap bebas

Saya sudah kurang keyakinan yang UMNO akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang UMNO mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai. UMNO hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishamudin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.

Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.

Menyokong perjuangan Bersih bukan salah dari segi undang-undang dan moral serta politiknya. Bersih adalah badan NGO yang memperjuangkan pengendalian pilihanraya dengan bersih dan adil dan Bersih tidak mewakili mana-mana parti politik. Bersih juga meminta UMNO menyokong mereka untuk mempastikan pelaksanaan pilihanraya itu berjalan dengan baik dan UMNO juga akan mendapat kebaikan jika pilihanraya berjalan secara adil.

Tetapi oleh kerana parti-parti pembangkang selama ini menjadi mangsa permainan kotor di dalam pilihanraya maka mereka tentulah secara natural menyokong tindakan Bersih atau mana-mana pertubuhan yang mahu berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan di dalam mana-mana pilihanraya.

Untuk bersuara bukan hanya hak kita orang UMNO, tetapi juga hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan serta agama. Media masa perdana yang hampir dengan rakyat bukan hanya untuk kita dari UMNO untuk menggunakan salurannya tetapi juga untuk pemimpin-pemimpin dan ahli pembangkang yang bersama-sama membayar cukai kepada kerajaan.

Kenapa cukai mesti dibayar oleh semua termasuk parti-parti pembangkang tetapi kemudahan yang dihasilkan dari cukai rakyat ini tidak boleh digunakan oleh pihak lain dari parti yang memerintah? Inilah salah satu dari kemahuan dan perjuangan Bersih dan perjuangan Bersih ini bukannya perjuangan yang baru bagi negara-negara maju. Kenapa kita bercita-cita untuk menjadi negara maju tetapi kita tidak mahu menerima ‘attribute’ negara maju?

Bagi saya Bersih sedang melakukan satu transformasi yang asas untuk sebuah negara yang mengaku sebagai negara yang demokratik. Kalau saya diturunkan sebagai calun BN (walaupun mustahil) saya mahukan rakyat menyokong saya secara ‘legitimate” dan memenanginya secara ‘legitimate’ juga. Saya tidak rela untuk memenangi pilihanraya secara kotor sebab naluri saya akan merasa sengsara kerana saya memenangi pilihanraya secara tidak sihat. Saya sendiri tahu yang kemenangan saya itu bukan oleh kerana sokongan natural pengundi tetapi oleh permainan politik yang tidak betul mengikut tata-cara demokrasi salah yang kita amalkan.

Inilah sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang ini. Ramai di antara pemimpin kita tahu yang mereka berada di tempat mereka secara ‘illegitimate’. Jika mereka sekarang merasakan yang mereka berada di atas itu secara ‘legitimate’ tidak mungkin mereka merasakan ketakutan dan mempunyai jiwa yang fakir. Apa sahaja yang pihak lain lakukan kita akan menuduh mereka dipergunakan oleh pihak pembangkang.

Apabila kita dalam UMNO mempunyai sikap dan perangai ini kesabaran rakyat tidak akan kekal. Sebagaimana yang saya katakan di dalam posting yang lepas perasaan manusia, lebih-lebih lagi manusia yang berfikir kita tidak boleh menambat perasaan mereka seperti kita menambat kerbau di sawah. Sedangkan haiwan seperti kerbau pun ada kalanya mereka tidak mahu mengikut kehendak kita masakan manusia yang mempunyai akal fikiran boleh ditambat dan di tambangkan (diikat) dimana-mana yang kita suka?

Oleh itu di dalam isu Bersih dan rally nya sekarang ini jelas kita nampak yang rakyat sudah ramai yang mengalihkan sokongan kepada pihak lain secara senyap-senyap. Mereka mengambil sikap berdiam diri seperti yang kita kehendaki, tetapi mereka tetap mempunyai pendirian sendiri…iaitu memilih pihak yang mempunyai sifat ‘confident’ dan mendekati rakyat sentiasa.

Mendekati rakyat bukannya dengan melakukan ‘walkabout’ di mana-mana tetapi mereka mahukan dasar dan sikap adil itu yang mendekati mereka. Perjuangan UMNO bukan untuk melakukan ‘walkabout’ tetapi perjuangan di mana dasarnya yang sentiasa ‘walkabout’ dengan mereka. Malahan ada yang berkata menyertai ‘walkabout’ pemimpin kita hanya membazir masa mereka dan hanya menghabiskan karipap (semasa refreshment) sahaja. Habis sahaja ‘walkabout’ keadaan kembali seperti sediakala.

Dulu semasa Dr Mahathir pemimpin mendekati rakyat dengan Semarak nya. Sekarang dengan Juara Rakyatnya. Semuanya tidak membuahkan apa-apa. Rakyat tetap tidak berpuas hati kerana mereka mahukan keadilan dan perlaksanaan demokrasi yang baik. Yang terbaru pula ialah ‘walkabout’ pemimpin-pemimpin. Jika Semarak dan Juara Rakyat tidak membawa hasil apa-apa ‘walkabout’ juga pastinya akan menghasilkan perkara yang sama. Yang rakyat dapat hanyalah bersalaman dengan pemimpin. Itu sahaja dan masih tiada apa-apa hasilnya.

Rakyat memerhati dengan dekat apa yang pemimpin lakukan. Dalam isu Bersih ini pemimpin-pemimpin kita hanya berjaya menyakinkan rakyat yang mereka dalam ketakutan. Dari psikologinya jika pemimpin menunjukan ketakutan rakyat akan hilang keyakinan. Itu adalah ‘consequence’ yang natural dan semula jadi. Perhimpunan Bersih pada 2007 dahulu telah terbukti membantu PR memenangi banyak kerusi dan menyebabkan BN tersungkur di lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan.

Sekarang ini dengan kempen yang bertalu-talu membidas pembangkang melalui media perdana membuatkan orang ramai sudah mempunyai persepsi negatif terhadap media perdana sebagai alat propaganda pihak kita untuk mendapatkan sokongan ramai. Yang akan menerima nasib buruknya ialah pihak kita sendiri. Apa sahaja yang dikatakan oleh media perdana tidak akan membantu kita lagi kerana anggapan orang ramai ianya semata-mata tindakan politik.

Jika kita mengatakan tindakan Bersih sebagai ‘politically motivated’ pihak lawan juga akan menuduh kita yang media perdana yang melakukan pukulan terbuka terhadap pihak lawan itu juga bermotifkan politik. Contohnya media perdana membawa isu seorang dua rakyat yang miskin di Kedah dan menuduh kerajaan PAS Kedah tidak melakukan sesuatu untuk meringankan kesusahan yang dihadap oleh simiskin itu.

Persoalan ramai sekarang adakah mereka ini miskin sejak PAS memerintah? Bukankah orang yang dikatakan miskin memang miskin sejak puluhan tahun dahulu dan semasa BN memerintah negeri itu. Kedah juga dikatakan miskin dibawah pemerintahan PAS tetapi negeri itu memang pun sebuah negeri yang miskin sejak BN memerintah berdekad-dekad yang lalu.

Pendeknya kitalah yang paling lazim berbuat sesuatu dengan bermotifkan politik. Apabila pihak lain hendak melakukan sesuatu yang disambut ramai pemimpin kita pula yang bertalu-talu menuduh perlakuan pihak lain itu yang bermotifkan politik. Oleh kerana motif itu menjadi lazim kepada kita, maka apa jua yang dilakukan oleh pihak lain itu sama seperti motif yang kita lakukan.

Kita tidak boleh menuduh pihak lain mencuri semata-mata pihak kita selalu mencuri. Kita juga tidak boleh menuduh orang lain berbohong semata-mata kita selalu berbohong. Kita tidak wajar menganggap orang lain rasuah semata-mata rasuah itu sudah menjadi budaya kepada cara hidup kita.

Saya dikritik dengan hebat oleh setengah pihak sambil menuduh yang saya menggalakan orang ramai menyertai Bersih. Apa yang saya lakukan tidak lebih dari tujuan mengelakan rakyat dari memusuhi pihak kita terutamanya di luar-luar bandar di mana kita masih berkubu. Pihak kita telah memberikan ‘estimate’ yang begitu rendah terhadap mereka yang menentang kita dari isu Bersih ini.

Kita hanya disokong oleh penyokong fanatik semata-mata tetapi pihak pembangkang telah berjaya menjinakan pemikiran mereka yang di atas pagar yang kebanyakannya adalah dari mereka yang masih muda dan akan mengundi buat kali pertama. Pemimpin kita masih terlekat kepada keyakinan yang kita boleh melakukan apa-apa yang berbentuk membendung kegiatan fisikal mereka tetapi tidak berusaha sepenuhnya untuk membendung pemikiran mereka untuk memihak atau mengekalkan sokongan mereka terhadap kita.

Kita masih sombong dan masih cenderung untuk menggunakan otot kita yang tidak seberapa kuat lagi itu untuk memaksa rakyat berfikir secara kita. Bagi saya saya hanya melakukan apa yang baik untuk pihak kita. pandangan saya tidak semestinya betul tetapi yang penting bagi saya, ialah untuk membuktikan kepada yang mengkritik saya dengan kuat itu supaya bersedia untuk melihat apa yang saya telah ini….kita akan menghadapi jalan sukar di hadapan.

Kalau dahulu kita boleh mengawal rakyat seperti mengawal lembu sekandang, zaman itu sudah berlalu. Yang penting kita wajar memulakan usaha untuk mengawal pandangan dan pemikiran rakyat dengan memperkayakan jiwa pemimpin dan mengelak dari memaparkan jiwa yang terlalu fakir untuk mentadbir rakyat yang kian berkembang pemikiran mereka.

Pergerakan mereka mungkin boleh dilokap, tetapi apa yang ada di dalam naluri mereka tidak mungkin mampu di lokap oleh Hishamudin atau sesiapa.

37 comments:

  1. Rayaat mesti dikawal supaya tidak jadi seperti binatang dihutan ...

    ReplyDelete
  2. Anon 14:22,
    padanlah pemimpin umno mengikat orang melayu seperti mengikat kerbau dan kambing.

    ReplyDelete
  3. Anon 14:22,

    betul kata jalal. itu pasallah pemimpin-pemimpin kita mesti dikawal sepaya tidak menjadi haiwan.

    kerbau yang bebas boleh makan tanaman orang. Jadi pemimpin mesti dikawal kerana selalu makan rezki rakyat.

    Pemimpin2 kita tak malu-malu makan hak orang macam kerbau liar yang makan tanaman orang lain.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Aspan

    saya pekerja dari GLC terkemuka...cara bos2 besar sapu duit GLC memang kadang2 tak boleh dikawal....saya dah takboleh tahan dah...saya bukan sokong mana2 pihak...tapi saya rasakan keadilan itu memang penting...tak kira BN atau PAKATAN....sesiapa yg ada position dalam politik negara mesti berjuang untuk kebenaran dan kejujuran...saudara aspan...jom turun bersih! you have made your stand....join BERSIH rally!!! I want to be part of this huge thing...i think this is once in a lifetime experience...i want to create history that would change our country forever (insyallah for the best)...please join with tengku razaleigh and dato' ariff and whoever 'sama kepala'....this is not abt anwar or mahathir or najib...its about US!!! the PEOPLE!!! let's do this!!! tolong join BERSIH rally...

    salam,
    rizal

    ReplyDelete
  5. Tuan aspan,
    Mana ada kebebasan hakiki. Dah mati nanti pun ada peraturan yg perlu di ikuti apatah lagi masa hidup. Tuan dan yg sepemikiran dgn tuan rasa tidak bebas semata mata kerana tuan tidak puas hati dengan BN. Itu sahaja. Yg lain tu hanya lah lauk utk sedapkan telinga je.

    ReplyDelete
  6. orang kampong,

    tiulah sebabnya saya selalu merepek. Memang tidak ada kebebasan hakiki. Itulah sebabnya kita tidak boleh melakukan rasuah secara bebas seperti apa yang berlaku pada hari ini.

    Itulah sebabnya kita tidak boleh bebas membelasah sesuatu pihak kerana kita ada kuasa.

    Itulah sebabnya kita tidak boleh secara bebas mempertahankan pemimpin yang berpura-pura membangunkan negara tetapi dengan secara bebas menaikan harga projek dn bebas pula memberikan kepada kroni-kroninya..juga dengan bebas.

    Memang kita tidak ada kebebasan hakiki.

    ReplyDelete
  7. Tuan Aspan,

    Nampaknya semua orang yang sokong BERSIH semuanya salah dan tidak bermoral. Pakai baju tulis BERSIH pun salah. Tapi kalau Be End dan Um No buat apa pun tak salah. Pakai baju tulis 1 malaysia pun tak pa. T Shirt tulis BN siap dengan logo lagi pun tak salah. Sebab M'sia ni bapak dia yang punya, depa ingat PR dan pembangkang ni hanya tumpang tanah air mak bapak dia punya


    zahari awang

    ReplyDelete
  8. Saya kebingungan apabila para aktivis dikaitkan dengan komunis. Apakah tidak ada alasan yang lebih rasional untuk mengambil tindakan ke atas mereka?

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan

    Kelapa gugur di atas batu
    Daun pinang susunan jerami
    Kenapa rakyat dilakukan begitu
    Tuan tidak sayangkan kami?

    ReplyDelete
  10. Untung benar jadi pembangkang. Kita tak boleh tuduh dia jika tiada saksi tapi dia boleh tuduh kita sesuka hati. Jika mahkamah menyebelahi mereka maka dia kata akhirnya keadilan menjelma. Jika sebaliknya pula maka dia kata sistem kehakiman dipengaruhi BN.

    Menang besar di GE 12, maka dia kata rakyat telah celik, BN pasti tewas di GE akan datang. DSAI siap dah uar uarkan hanya perlu lagi 5% untuk ke putrajaya. Tup tup timbul lak BERSIH yg mendakwa pilihanraya kita tak bersih. Apahal lak yg lagi 5% je pembangkang nak perintah Malaysia tu. Tak kan lah pemimpin anugerah ni nak menipu kut.

    Sabarlah walaupun asyik kalah je. Roda itu bulat dan berputar. masanya akan sampai giliran tuan. Lagipun janganlah fikir majoriti rakyat bersama tuan selagi tak terbukti dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
  11. Aku dah naik muntah dah dengan si UMNO ni.

    Kadang2 aku rasa UMNO ni macam agama anutan baru pulak dah. Berhimpun haram... T-Shirt Kuning haram... tulis haram... berceramah haram...

    Haahaha....

    ReplyDelete
  12. Setuju.. setuju.. setuju,,

    Kebebasan hakiki juga tidak bermaksud boleh menuduh tanpa usul periksa dan bukti yg mencukupi. Setakat hearsay dan alasan konon pendakwa + SPRM + hakim + polis dan semualah penguatkuasa undang2 sudah dikawal oleh pihak kerajaan, itu alasan mudah dan tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah nama yg sesuai untuk tuduhan mcm itu. Cukup cukup lah dgn fitnah ber lori lori maklumat bukti penyelewangan kerajaan dulu tu yg kalian jaja setiap ceramah. Akhirnya mamat gila si ezam masuk gak UMNO. Barulah tahu takde pun rupanya bukti tu.

    Ala Tuan aspan apa nak pening kepala sangat. Lepas demo 9 julai nanti, semua jadi ok. Jika najib dan geng2nya atau pun anwar dan geng2nya bersalah dan lepas kat dunia, tahulah nasib dia orang kat mahkamah yg abadi. Kita ni ha yg jgn tak memasal jadi penyabung fitnah.

    ReplyDelete
  13. Saya tidak faham pendekatan tuan blogger. Tuan maaih kata perkataan 'kita' bila menjelaskan tentang kekuatan umno di kampong2 barangkali.
    Saya belum pernah jumpa seorg ahli keluarga pada sebuah rumah berjaja ke hulu kehilir tentang keburukan ahli keluarga dan kekotoran dlm rumahnya sendiri sbg jalan atau utk melihat keluarganya menjadi baik dan rumahnya menjadi bersih. Memberi tekanan kpd ahli keluarga melalui pihak luar utk mengubah perangai ahli keluarga sendiri tidak pernah berlaku sebenarnya.
    Hakikatnya apa yg tuan lakukan ialah setiap detik dan patah perkataan yg tuan hamburkan mengutuk dan mengkritik serta memberi segala maklumat buruk dan kelemahan ahli keluarga tuan itu sebenarnya adalah utk melenyapkan terus rumah tersebut dari mukabumi dan digantikan dgn rumah yg baru. Itulah segala isi yg terdpt dlm setiap posting tuan. Belum ada sekuku pun tuan mengiktiraf apa yg dlakukan oleh umno. Jadi saya tidak setuju tuan pakai perkataan kita bila menyebut tentang umno krn tuan sudah jauh menyimpang dr umno. Tiada mana2 ibubapa yg sanggup memaafkan apa yg tuan lakukan terhadap rumah dan ahli rumah yg tuan mahu terus tinggal didlmnya.
    Tuan tidak layak lagi memberi alasan semua kritikan yg dibuat adalah krn sygkan umno. Tiada mana2 ajaran agama yg menganggap perbuatan itu berakhlak mulia. Tuan sedang meruntuhkan rumah yg tuan sedang diami. That's it..

    Tukang caci

    ReplyDelete
  14. "Kenapa kita bercita-cita untuk menjadi negara maju tetapi kita tidak mahu menerima ‘attribute’ negara maju?"

    UMNO hanya mahu pembangunan fizikal kerana pembangunan fizikal ada peluang untuk buat banyak duit.
    Pembangunan pemikiran membahayakan aje; lihatlah rakyat sudah ramai sokong BERSIH !!

    "Ramai di antara pemimpin kita tahu yang mereka berada di tempat mereka secara illegitimate"

    Lazimnya yang illegitimate akan malu dan menyorok. Tetapi illegitimate yang berkuasa akan berkokok dan menunjukkan kekuasaannya untuk cuba menutup 'ke illegitimatannya' !!

    ReplyDelete
  15. Anon 27 June 2011 19:19:00 GMT+08:00

    "UMNO hanya mahu pembangunan fizikal kerana pembangunan fizikal ada peluang untuk buat banyak duit.
    Pembangunan pemikiran membahayakan aje; lihatlah rakyat sudah ramai sokong BERSIH !!"

    Termasuk pembangunan fizikal yang tidak henti2 di negara ini ialah pembinaan masjid yang orang UMNO kata itu pembnagunan rohani

    ReplyDelete
  16. Sdr tukang caci

    "Saya tidak faham pendekatan tuan blogger. Tuan maaih kata perkataan 'kita' bila menjelaskan tentang kekuatan umno di kampong2 barangkali.
    Saya belum pernah jumpa seorg ahli keluarga pada sebuah rumah berjaja ke hulu kehilir tentang keburukan ahli keluarga dan kekotoran dlm rumahnya sendiri sbg jalan atau utk melihat keluarganya menjadi baik dan rumahnya menjadi bersih. Memberi tekanan kpd ahli keluarga melalui pihak luar utk mengubah perangai ahli keluarga sendiri tidak pernah berlaku sebenarnya.
    Hakikatnya apa yg tuan lakukan ialah setiap detik dan patah perkataan yg tuan hamburkan mengutuk dan mengkritik serta memberi segala maklumat buruk dan kelemahan ahli keluarga tuan itu sebenarnya adalah utk melenyapkan terus rumah tersebut dari mukabumi dan digantikan dgn rumah yg baru. Itulah segala isi yg terdpt dlm setiap posting tuan. Belum ada sekuku pun tuan mengiktiraf apa yg dlakukan oleh umno. Jadi saya tidak setuju tuan pakai perkataan kita bila menyebut tentang umno krn tuan sudah jauh menyimpang dr umno. Tiada mana2 ibubapa yg sanggup memaafkan apa yg tuan lakukan terhadap rumah dan ahli rumah yg tuan mahu terus tinggal didlmnya.
    Tuan tidak layak lagi memberi alasan semua kritikan yg dibuat adalah krn sygkan umno. Tiada mana2 ajaran agama yg menganggap perbuatan itu berakhlak mulia. Tuan sedang meruntuhkan rumah yg tuan sedang diami."

    Sdr tukang caci menggunakan cara CENTRAL THINKING/PEMIKIRAN DALAM KOTAK untuk memperbaiki keburukan dan kekotoran UMNO

    Tuan Aspan, sebalinya, menggunakan cara LATERAL THINKING/PEMIKIRAN LUAR KOTAK untuk memperbaiki keburukan dan kekotoran UMNO.

    Pemikiran siapa yang betul kita tunggu dan lihat apa yang terjadi dengan Rally Bersih 2.0 9 Julai dan keputusan PRU ke-13 nanti

    ReplyDelete
  17. I was an UMNO supporter. All thats happening nowadays and recently confirmed that leaving UMNO was the right decision. Saya cuba bagi peluang kat UMNO. Namun setiap kata-kata yang keluar dari mulut UMNO bukan mendekatkan saya tetapi menjauhkan saya lagi. Hanya 3 pihak yang kekal sokong UMNO (a)Yang hanya bersumberkan Utusan, TV1/3 dan tak baca apa-apa berita lain. Group ini semakin pupus (b) Yang ada kepentingan pribadi, i.e. their stomach decides and (3) Yang terpengaruh dengan mudah dengan orang seperti Ibrahim Ali, Ramlah Adam, Zainol Kling etc etc.
    Selagi mode hujjah UMNO tidak berubah (and I know it won/t change unless .... have to, i.e. bila jadi pembangkang di Dewan Rakyat nanti) ia semakin jauh dengan realiti. Jadi penyakit besar UMNO kini ialah "denial syndrome" seolah-olah orang masih suka mereka.

    ReplyDelete
  18. Tukang Caci,
    Kamu salah tafsir,
    Yang sebenarnya,Tuan Blogger adalah umpama seorang bapa yang ingin memperbetulkan anak anak nya yang telah jauh menyimpang dari tujuan asal perjuangan politik mereka kerana anak anaknya telah lupa daratan dan hanya ingin mengumpul kekayaan melalui rasuah. Jadi, Tuan Blogger merasakan bahawa anak anaknya hanya akan berubah bila sudah tidak memegang tampuk kuasa.Barulah anak anaknya akan kembali ke pangkal jalan.
    Ada faham.....

    ReplyDelete
  19. Sdr zahari awang

    "Nampaknya semua orang yang sokong BERSIH semuanya salah dan tidak bermoral. Pakai baju tulis BERSIH pun salah. Tapi kalau Be End dan Um No buat apa pun tak salah. Pakai baju tulis 1 malaysia pun tak pa. T Shirt tulis BN siap dengan logo lagi pun tak salah. Sebab M'sia ni bapak dia yang punya, depa ingat PR dan pembangkang ni hanya tumpang tanah air mak bapak dia punya"

    Orang BN tinggal dalam keadaan selesa dan aman di kawasan taman perumahan yang bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam, bahkan disediakan dengan pagar kawasan dan pengawal keselamatan.

    Orang PR, sebaliknya, tinggal dalam keadaan tak selesa dan bahaya di kawasan perumahan setinggan.

    ReplyDelete
  20. Anon 19:19
    Apakah pembangunan pemikiran yang dibawa oleh bersih? Pembangunan fizikal yg dibawa oleh umno adalah hasil dari pembangunannpemikiran rakyat ygbditerapkannoleh umno.
    Pembangunan pemikirankah itu apabila bersih yg bertindak menggunakan demonstrasi utk mendesak spr supaya lebih demokrasi? Pembangunan pemikirankah itu apabila mengajak rakyat berdemo sedangkan utk memenuhi tuntutan bersih saluran yg paling sah adalah melalui pindaan di parlimen?
    Pembangunankah itu apabila bersih berdemo sedangkan 6 negeri sudah ditawan pembangkang? Kelantan pernah satu masa pas hanya mempunyai kelebihan 1 kerusi dgn majoriti tak sampai 100 undi. Jika Spr boleh diperalatkan sewenang2nya sudah tentu BN akan dapatkan pengundi hantu seramai 100 org saja utk membolehkan pas ditumbangkan. Tapi disebabkan pembangkang membangunkan pemikiran songsang semua penyokong mereka menjadi bebal dan tidak mahu menggunakan pemikiran.

    ReplyDelete
  21. Hairan betul saya.
    Masih ada juga orang yang masih 'buta' mata hati nya..

    Tuan Aspan, I am with you all the way. Harap-harap kita masih belum terlambat, sekurang-kurangnya untuk anak-anak dan cucu-cicit kita, Insyaallah.

    ReplyDelete
  22. Salam Tuan aspan,

    Mungkin saya tertinggal (maaf jika tertinggal) tetapi saya rasa tuan tidak pernah bercerita tentang 8 tuntutan Bersih. Cuba2 lah tuan kupas 8 tuntutan tersebut dan cadangkan pada UMNO tentang bagaimana cara nak penuhi tuntutan tersebut.

    Sebagai seorang yg mengaku masih ahli UMNO, selepas mencubit dan membelasah UMNO, apakata tuan nasihatkan UMNO tentang cara2 menunaikan permintaan yg 8 perkara ini. Samada UMNO nak dengar atau tak, itu bukan urusan tuan. Yg pastinya tuan dah tunaikan tanggungjawab tuan sebagai ahli UMNO. Saya rasa sebahagiannya mcm dalam proses penambah baikan,ada yg mudah dibuat tapi tak logik (pada saya lah) mcm dakwat tu, ada yg kena pinda perlembagaan utk bagi kuasa pada SPR mcm isu daftar pengundi dan undi pos. Nasihat tuan akan kami ahli UMNO tunggu. Mungkin tukang caci pun akan seronok dgn nasihat tuan.

    Busuk2 parti kita ni tuan Aspan, at least masih menjadi parti dominan dalam BN. Jauh sekali nak dibandingkan dengan parti PAS yg bagai melukut ditepi gantang di pakatan rakyat.

    Ini celoteh antara sesama UMNo, kalau wak jerman bukan ahli UMNO, tak payahlah nak menyampuk. He3x

    ReplyDelete
  23. orang kampong 27 June 2011 16:56:00 GMT+08:00

    Kalau nak tau fitnah ke tidak tanya la org kampong pekan, tong undi terakhir pada PRU 1999 datang dari mana?

    ReplyDelete
  24. Ibni Ismail,

    Wak duduk kat tepi ni...sebab wak bukan ahli UMNO Baru. Wak takde parti sekarang, Parti wak dh mati, kena bunuh tahun 1987 dulu...he3x

    Wak Jerman

    ReplyDelete
  25. Tuan Kasutir (27 June 2011 21:30),

    Going by yr categorisation, there remain a 4th group within UMNO (also nearing extinction - notable members include TR, AA & DAS). These are the sworn members who stay true to its course, holding firm to the original philosophy of UMNO, as founded in 1946.

    They believe that the vehicle is still roadworthy per se but the drivers are using the vehicle not fit for the purpose its designed for. A massive overhaul is needed.

    scrooge

    ReplyDelete
  26. jgn gaduh2 tak baik...mcm nie la,kita tengok atau imbas kembali posisi parti mengikut kaum seperti Umno.mca,gerakan.mic dll.Kita kupas ttg parti mca dan gerakan berbanding dgn parti lain.Mrk nie tlh lama mentranformasi agenda politik mereka dgn sangat bijak sehingga mencapai kepuasan hati kaum mrk yg hakikatnya tlh sekian lama berjaya dlm pelbagai sektor ekonomi dan rangkaian mrk yg sampai ke peringkat bwh..itu pasal mrk tak bt kerja2 protes merata..berbeza dgn bangsa kita yg byk kekurangannya..asyik2 felda bkn semua org melayu join felda..maknanya kene tambah ar sehingga sampai ke semua pelusuk bangsa melayu dgn penuh ketulusan ats nama agama dan bangsa..cerita pasal masyuk lebih,harga bida lgi tinggi lgi dapat,salah guna kuasa dll..jgn ler samapi ke telinga org bawahan,sakit telinga di buatnya..bincang ler elok2 tegur ler sesama mrk pakat ler baik2...

    ReplyDelete
  27. Im not into rallying in the past but this time around i believe i have to rally on bersih day.
    Those dumbos out to advice the chinese to stay home and hoard on foodstuffs is the dumbest thing ever said.
    If they make this move, not only the chinese,indians and dll will be buthered but also malays.Did that shithead think of this.
    Indiscipline is a sign of inferiority complex and fear of losing their crony status meaning no easy money .

    ReplyDelete
  28. Salam..menarik kupasan saudara..apa yg terbuku terasa dilapangkan apabila membaca tulisan menarik saudara..perkataan "kita" yang saudara gunakan amat tepat dan bersesuaian memandangkan golongan "kita" juga tidak boleh menerima teguran pihak lain..apa yang dikata dapat saya gambarkan bibit-bibit kejatuhan sebuah kerajaan..dan apa yang "kita" telah pupukkan selama 50 tahun amat sukar dihindari..usahama sama antara kerajaan dan media,pihak berkuasa yang berjaya menghasilkan imiginasi luar biasa kaum "melayu",yang tak wujud diwujudkan..teringat saya akan kepercayaan kita 100 tahun lepas,"anak dara tidak boleh menyanyi di dapur"nanti tidak berpunya etc,dan hanya peredaraan zaman dapat menangkal kepercayaan ini..ini juga cuba dilakukan "kita" sekarang.."""si UNOZ menggunakan kereta yg telah diamanahkan syarikat selama setahun,apa yang berlaku UNOZ telah menganggap kereta itu kepunyaan mutlak UNOZ,setelah setahun atas sebab kurang selenggara kereta itu ingin diamnahkan syarikat pada org lain pula,dan UMOZ berasa marah dan sakit hati lalu merosakkan kereta itu dari dalam,sekurangnya2 nanti biarlah dia pakai kereta yang telah aku rosakkan,aku tak dapat,dia pun merana,puas hati ku"""..........

    apa yang ingin saya kata,kalaupun kita tak dapat berfikir untuk diri kita sendiri,fikirkan untuk anak cucu kita mendatang..

    ReplyDelete
  29. Pemuda UMNO tak ada teloq, pergi serang ibu pejabat PKR. Apalah kerja bodoh......Kalau berani nak tunjuk anak jantan, pergilah Palestine, lawanlahlah dengan Israel, barulah adalah class,barulah anak jantan. Ini pergi serang dan kerumun bangunan, apakah jadah.... Sahlah berani yang tidak bertempat. Kalaulah anak aku dalam kelompok tu, mahu aku terajang dan tempeling..memalukan saja. terajang

    ReplyDelete
  30. I am definitely one of the 5 percent vote swing away from UMNO. It is necessary to leave the party which has lost their sight on morality.

    DAP suits me.


    izham hamid.

    ReplyDelete
  31. Saya rasa pihak umno x takut pru13, sbb dia dah kaotim sama spr, sprm, polis & tentera . Kalau kalah pon akan berlaku darurat & akan di pastikan oleh... Yang pm adalah bari bn. Sbb pm hanya boleh dilantik oleh .... . Semua dah di beli.yang akan buat kacau adalah dari umno jugak. Cuba lah lihat ini baru perhimpunan aman utk keadilan, pon dah di buat kacau . Belumlagi dia kalah. Kalau kalah , tak tau lah. Yang org atasan pasti dah ke luar dari m'sia sbb dah buat duit berguni2 harta pon dah ada kat luar. Anak 2 pon dah dihantar blajar kat luar negeri sejak sekolah rendah lagi. Mereka ni sebenarnya x sygkan negara. Yg jd kuli adalah puak 2 bwh an cth perkasa , pemuda dapat rm 50 sorang dah dpt jadi pak sanggup. Inilah mentaliti puak umno. Sedih. Kita yang dipuak yang satu lagi hanya dapat berdoa agar anak cucu dapat hidup dgn selesa ditanah air sendiri.

    ReplyDelete
  32. bro aspan,
    saya tidak nampak keperluan diadakan demonstrasi bersih ini. tak perlulah kita mengambil contoh di negara timur tengah hinggakan negara menjadi huru hara. tunggulah sehingga pilihanraya umum nanti dan tunjukkan kuasa pengundi yang sebenar. sekiranya umno/bn didakwa dah atur dengan spr ataupun polis, tentulah keputusan p/raya umum 2008 tak jadi begitu. sabarlah, patuhlah kepada undang-undang dan peraturan yang telah dibuat.

    ReplyDelete
  33. Kalau orang Melayu tidak mahu berubah seperti patinya UMNO, carilah jalan untuk lari.

    JKJ

    ReplyDelete
  34. John Brown,

    1. Memang perhimpunan Bersih ini tidak perlu jika pilihanraya dijalankan dengan adil,bersih dan telus. Perhimpunan Bersih ini tidak perlu apabila cadangan dan syor yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sejak dari dulu kepada SPR diberi perhatian yang wajar.

    2. Perhatikan 8 tuntutan yang dikemukakan Bersih itu, bagitau mana satu yang tidak merupakan sesuatu yang baik dan perlu dipraktikkan oleh SPR.

    Apakah pengunaan dakwat itu tidak elok, apatah lagi dakwat-dakwat itu telah dibeli dan tersimpan didalam stor sahaja. Apa yang susah sangat nak menggunakannya sedangkan kat pusat-pusat pembuangan undi di India yang jauh lebih daif dapat melaksanakan.

    3. Perhimpunan Bersih tidak perlu jika SPR mengambil sikap terbuka dengan mengajak all stakes holders berbincang dengan serius untuk mewujudkan pilihanraya yang lebih bersih,telus dan adil, tanpa syarat-syarat yang tidak munasabah.

    Bukan tidak pernah dibuat sebelumnya, tetapi lepas berbincang, langsung tak buat apa.


    bat8

    ReplyDelete
  35. Salam,

    Pada semua yg cakap banyak sangat kat sini sila pi ke blog OutsyedTheBox pasal election, Borang 14 etc etc ..... then comment kat sana dan bagi concrete proof.

    Jgn hanya ulang apa yg orang lain cakap, lebih baik jadi burung kakak tua kalau macam tu.

    ReplyDelete
  36. bro aspan,
    ramai orang tak tahu bezakan bodoh dan berani!

    ReplyDelete
  37. SALAM,
    Kawan bukan org bijak pandai tp kawan nak jugak tempelkan pndalapat kawan, kawan tak reti nk komen apa yg tuan aspan lontarkan, yang kawan nak sebut ialah keheranan kawan mengapa perlu pd vanue yg disebut sebut tu?, kawan sokong tuntutan bersih walaupun bukan 100% setuju tetapi tolong lah bagitau kenapa perlu vanue tersebut? Kalau katanya kita perlu tunjukkan kpd SPR level sokongan kpd tuntutan tersebut, berhimpunlah di mana mnapun org akan dapat melihat berapa ramai dan smbutan kpd tuntutan tersebut.

    Washad
    ore jakar

    ReplyDelete