07 July 2011

Buka mulut luas-luas - Nak tengok lidah jenis apa

Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan menggaanggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium.

Semalam Najib berkata pula yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. Persoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium.

Polis pula berkata Bersih mesti memohon permit sedangkan perundingan dengan Tuanku telah bersetuju untuk perhimpunan itu di adakan. Jika PM Najib benar-benar jujur beliau sepatutnya membenarkan rally itu di adakan pada 9hb Julai ini. Dalam pada itu rupa-rupanya stadium Merdeka yang dipersetujui itu telah ditempah oleh Perkasa pula. Nampaknya kita sudah dapat kepastian sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main ‘kongkalikong’.

Apa pelajaran yang kita dapat dengan keadaan ini?

Pertamanya Bersih benar-benar mahu mengadakan rally secara aman. Tujuan dan matlamatnya jelas dan Bersih telah menunjukan sikap keterbukaan itu dengan jelas. Bersih bersetuju untuk berunding dan perundingan itu telah pun membuahkan keputusan bagi kedua-dua belah pihak.

Pelajaran kedua yang kita dapati ialah pihak kerajaan pimpinan BN berubah-ubah dan sekarang bermacam-macam pula helah untuk menggagalkan perhimpunan itu. Najib kata begini tetapi sekarang berkata begitu pula. Hishamudin pula masih mahukan tindakan undang-undang di ambil terhadap yang ditahan sebelum pertubuhan itu diharamkan kerana terdesak.

Pihak kerajaan tidak jujur dan rakyat melihatnya dengan jelas. Mungkin pihak kerajaan merasakan berjaya melakukan ‘intrigue’ terhadap rakyat yang ingin turut serta dalam rally itu. Kerajaan tahu jika di adakan di stadium atau di jalanraya kehadziran mungkin mencapai satu juta orang. Inilah yang ditakuti oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah.

Berminggu-minggu lamanya baik Najib, baik Hishamudin serta Muhyiddin Yassin mengkritik Bersih kerana ingin mengadakan rally itu di jalanraya dan menyeru Besih untuk mengadakan tunjuk perasaan itu di Stadium. Apabila Bersih sudah bersetuju untuk mengadakannya di stadium berbagai-bagai alasan lain pula diberikan untuk menggagalkan rally ini. Muhyidin berkata yang Bersih sedang cuba untuk mencemarkan Stadium itu sebagai tempat sambutan kemerdekaan pada 1957 dahulu.

Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin, kenapa beliau menyembunyikan diri apabila Dr Mahathir pernah hendak meruntuhkan stadium itu untuk dibangunkan projek pembangunan baru di situ? Ingat kah tidak banyak pihak telah mengkritik kerajaan kerana niatnya untuk merobohkan stadium tersebut.

Dengan perkembangan yang terkini maka kita boleh membuktikan yang pihak BN lah yang cuba melakukan ‘intrigue’ terhadap rakyat melalui Bersih ini. Rally boleh di gagalkan tetapi perasaan rakyat yang melihat perlakuan ini bertambah parah. Jadi apakah kejayaan BN sebenarnya? Jawapannya ialah TIADA kejayaan. Kerajaan tidak menyedari yang rakyat akan memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan.

Kejujuran seseorang pemimpin itu mudah dinilai dari kata-kata mereka. Sesungguhnya sebab untuk mengagalkan rally ini hanya satu sahaja. BN takut tidak terhingga kerana jika rally ini diberikan kelulusan untuk di adakan dimana-mana sekali pun, mereka (BN) tahu lautan manusia akan hadzir dan ini merupakan ketakutan BN yang sebenarnya

Bersih itu tidak penting.Yang penting itu ialah jumlah keramaian yang datang itu akan menjadi bukti yang boleh dilihat dengan mata kepala kita yang rakyat ramai begitu kuat untuk menunjukan manifestasi mereka terhadap kerajaan. Itu sahaja. Saya suka mengulangi yang Bersih lebih berjaya jika digagalkan niat mereka untuk mengadakan rally itu dari membenarkan rally itu di adakan dimana-mana.

Kerajaan tidak berjaya mengendalikan isu ini. Kalau ada pun, ialah kejayaan pemimpin-pemimpin kita menunjukan membuktikan yang lidah mereka bercabang-cabang. Mungkin ada sesiapa yang berani untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin yang bersangkutan samada boleh atau tidak menambah satu lagi tuntutan selain dari 8 tuntutan asas Bersih ini.

Tuntutan tambahan ini ialah menuntut supaya pemimpin-pemimpin kita membuka mulut mereka lebar-lebar sebab nak tengok lidah yang ada di dalam mulut mereka itu lidah jenis apa? Tentu lain dari lidah yang rakyat ada. Ia tidak mungkin sama.

Inilah dia rupanya pemimpin yang berjanji hendak membawa transformasi politik dan ekonomi. Kalau isu stadium pun dia berbohong, tentu banyak perkara lagi yang beliau berbohong.'Once he lies he will remain a liar'.

61 comments:

  1. Sdr Aspan,
    Mereka tak perlu buka mulut. Semua rakyat sudah nampak lidah mereka yang terjelir tu bercabang, terutama ketua nombor satu.
    Pak Tua

    ReplyDelete
  2. ...maka akan berkuburlah UMNO.Perhapa a new UMNO Baru will emerge.

    ReplyDelete
  3. 'Once he lies he will remain a liar'.

    Aspan, you must understand his situation....he is desperate!He has to tell lies...to survive.

    amin albakry

    ReplyDelete
  4. Terang lagi jelas bahawa Najib dan BN memang pandai bersandiwara.

    Tidak perlu lah nak suruh pemimpin-pemimpin BN buka mulut luas-luas. Rakyat sudah tahu lidah jenis apa di dalam mulut mereka.

    Lagipun jika mereka membuka mulut luas-luas, terbau pulak betapa busuknya mulut mereka !!

    ReplyDelete
  5. pertama kali saya berkunjung ke blog tuan dan saya terus meminati blog tuan. walaupun tuan org umno tapi tuan berani menulis kebenaran, seperti juga sakmongkol ak47. saya bukan ahli mana-mana parti tapi saya cukup benci dgn kerajaan yg ada sekarang. lebih-lebih lagi sekarang dgn banyak isu yg timbul menampakkan lagi kejahatan kerajaan bn. mudah-mudahan kerajaan pakatan rakyat yg akan menggantikan bn selepas pru13 nanti. ini baik untuk negara dan baik juga bagi parti umno. percayalah parti umno akan berubah hanya setelah mereka merasa menjadi pembangkang nanti. syabas tuan.

    ReplyDelete
  6. Tuan,
    Dari apa yang saya amati dari tulisan tuan, tuan adalah diantara individu yang kecewa (termasuk saya sendiri) melihat gelagat terrorist2 UMNO memutarbelit kata2 demi untuk melindungi kepentingan mereka.

    Apa yang kita hadapi sekarang ada lah peristiwa/ eposod & siri2 kekejaman manusia yang lampau yang diulang tayang kembali (berkali2). Kekejaman yg sebegini rupa bukan la cerita baru malah telah berlaku sejak zaman Firaun lagi.

    Allah sengaja kasi repeat balik (ulang tayang) peristiwa2 yang sama untuk kita umat manusia supaya mengambil pengajaran serta kembali kepadanya "Surely Allah loves those who turn unto him in repentance and loves those who purify themselves." (2:222).

    Percayalah…. UMNO kini telah gagal didalam serba serbi dan telah ketinggalan zaman dan bakal reput. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Kenape tak setuju di stadium melawati? rasanya mulut tuan juga kena buka luas luas.

    ReplyDelete
  8. Long live Bro Aspan..
    Sy beranggapan bahawa saudara mewakili suara2 yg mendukung kebenaran..
    Sy tidak peduli Parti apa yg saudara wakili ttp sy merindui sosok seperti saudara dipihak Umno..
    Sy mengerti ada ramai lg org spt saudara didlm Umno ttp mereka berdiam diri krn sbb2 yg mereka sendiri yakini..
    Setidak-tidaknya saudara sudah terlepas dari dipersoalkan dihadapan Allah kelak krn saudara sudah melakukan yg terdaya saudara utk mendidik masyarakat dgn nilai2 kebaikan dan prinsip2 keluhuran dan berlepas diri dari dihanyutkan oleh kerosakan yg berlaku..
    Sy tidak pernah membenci Umno ttp sy bencikan tindakan2 org yg mengemudi Parti ini dan mengajak rakyat berfikiran spt mereka sedangkan mereka sendiri telah mengkhianati prinsip2 luhur yg diperjuangkan Umno..
    Jika ada dikalangan kita yg memahami konsep ketamadunan,ia akan dpt mengerti mengapa Umno yg dulu gah sebagai tempat org2 Melayu berpaut kini sudah hilang pautannya..
    Dlm konsep ketamadunan,sesebuah tamadun itu akan mengalami beberapa fasa..
    Fasa permulaan merujuk kepada bagaimana ia mula dibangunkan..
    Fasa kedua adalah merujuk kpd bagaimana ia mencapai kekuatan..
    Fasa ketiga adalah merujuk bagaimana pengaruh tamadun itu disebarkan..Fasa inilah yg dikatakan zaman kegemilangan..
    Fasa keempat adalah merujuk kpd bagaimana ia mula mengalami kemerosotan dan akhirnya mengalami kejatuhan..
    Kejatuhan setiap tamadun bermula apabila ia mula diulit dgn kemewahan..Nilai2 moral dan keagamaan semakin dipinggirkan lalu pembangunan fizikal tidak selari dgn kemajuan kerohanian..
    Dlm keadaan kemajuan fizikal /material mengalami kemajuan,nilai2 kerohanian mula terhakis dan merosot lalu menciptakan apa yg dipanggil Corruption..
    Inilah gambaran bahawa sesebuah tamadun itu mula mengalami kemerosotan dan kejatuhan..
    Inilah yg terjadi pd tamadun2 agung yg pernah kita dgr dan bc dlm sejarah manusia lalu apakah signifikannya ia kini dgn keadaan yg dihadapi oleh Umno sekarang..
    Fikir2kanlah krn sy sudah memberikan kluenya..
    Semoga saudara dilimpahi rahmat dari Allah atas kejujuran saudara dan sy sentiasa mendoakan agar saudara diberi kelapangan dan kesihatan yg baik utk terus mendidik masyarakat dgn tulisan saudara..

    ReplyDelete
  9. Tuan Aspan,

    1) Polis dah unjurkan supaya berhimpun di Stadium Melawati.

    2) MB Selangor dah setuju, entah2 bajet pun dah beliau sediakan.

    3) Cuma kena permit guna NGO berdaftar. Adakah BERSIH berdaftar? jika tidak, gunalah NGO lain yg sah berdaftar.

    So, apa tunggu lagi? Rasanya tidak perlulah suruh orang menganga, tuan2 fikirlah dan buat keputusan nak patuhi arahan penguatkuasa atau nak langgar.

    Buatlah dan buatlah sesuatu dengan mematuhi undang2. Janganlah disebabkan najib dan kuncu kuncunya telah tuan semua anggap sebagai melanggar undang2 maka tuan pun beranggapan yang tuan boleh melanggar juga undang2 kita. Kan jadi bahan gelak jika sibuk tuduh UMNO langgar undang2 tapi tuan2 juga ikut langgar undang.

    Bila tuan Aspan dah buka mulut mereka dan dah lihat jenis lidah nya pula, jadikanlah iktibar supaya jangan lidah tuan ter ikut jadi macam itu. Juga bila nak menyokong seseorang atau sesuatu, pastikan lidah mereka juga tak seperti lidah orang yg tuan tidak sefahaman itu.

    ReplyDelete
  10. Memanglah pm kata di stadium. Stadium melawati tu kan stadium. PDRM kan dah bagi green light buat kat stadium. MB khalid pun ok nak bagi stadium tu. Apa yg tuan bengang sangat sampai nak suruh PM menganga mulut. Lu bikin lawak lah.

    ReplyDelete
  11. Apa yg Tuanku titah pada Ambeega? nanti kita akan tahu melalui kenyataan akhbar rasmi dari pejabat Tuanku. Setakat ini dengar je lah dari Ambeega.

    ReplyDelete
  12. Apa yg bohong? kan dah dibagi di stadium selangor..

    ReplyDelete
  13. salam tuan tanah,

    simple question ...

    Bersih bt ambiga minta 8 biji coklat drp SPR bt senget.. kenapa UMNO bt huha huha susah hati ek ?

    alamak nak termuntah la pulak bila nampak komen ibn ismail tu....

    uweeekkkk


    pakya

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah kesemua 91 pengacau including Ambiga, Anu-War, KJ nd Ibrahim Ali tak dibenarkan masuk city on Saturday.
    THAT MEANS THE BERSIH DEMO is off.
    Thank you Najib and police.
    We love ya. We owe you one.
    Now can live our life in peace.

    ReplyDelete
  15. it is easy for others to comment that other stadium is available when they are from selangor or kl. for outstation ppl, it is inconvenience and difficult since they do not know the exact location.

    the notice given were to short for others to move to another location. this gathering was organized for quite sometime, and many have book places around kl area to stay for a night or two. to move to another location means, many need to find the new location whereas many do not know where it is especially for the outstation ppl. stadium "merdeka" are known by many, so it is the right place to have the gathering.

    salam...

    ReplyDelete
  16. Bapak Aspan, salam. Nampaknya Pak Aspan telah butikan bahawa tiap kali NAJEEEB buka mulut tentu sekali dia berbohong. Ini serupa dengan PM apa nama tu. Apa kah penyakit ini akan menjadi syndrom turun menurun kepada sesiapa menjadi presiden UMNO?

    ReplyDelete
  17. Salam n hi to all..
    sory to say,tanda-tanda org yang mula nyanyuk:
    agresif..
    kelakuan sukar dibaca..
    percakapan berubah-ubah..
    berfikiran bukan-bukan..

    melihat di sekeliling dunia apa yang berlaku dari arab ke amerika,dari eropah ke afrika, bukan hanya untuk dibaca..tetapi untuk diratapi,untuk dikaji dan jadikan pengajaran..sebab munasabab hosni& al biden tumbang,gaddafi terus menggila

    apa yang dikatakan,kemampuan untuk org2 umno menganalisa maklumat cukup terbatas dan menyedihkan..saya bukanlah manusia yang ingin menyertai bersih,atau menyokong bersih..tapi kebelakangan ini tindakan propaganda umno yang melampaui batas dan nilai kemanusiaan telah membuka mata saya..membuat saya berteka teki..

    bukan main hebatnya bersilat terhadap rakyat sendiri..boleh disamakan seorg abang cukup garang di dalam rumah,melenting apabila barang disentuh adik,tetapi diluar rumah tunduk malu walau diejek kawan..

    saya berikan beberapa rangkap puisi untuk renungan saudara pembaca..nukilan Usman Awang

    Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
    Masihkah tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara merdeka.

    ReplyDelete
  18. Betapa sayangnya kita pada Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya sehingga kita sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan maruahnya. Tapi dengan syarat "U help me I help U"

    Isu asalnya yang ditimbulkan ialah SPR mesti adil, telus dan bebas dalam menguruskan pilihanraya. Itu adalah permintaan dari NGO gabungan membentuk Bersih 2.0 mewakili suara rakyat.

    Tapi disebabkan undi pos, pengundi hantu dan penyelewengan SPR dalam mengekang pengaruh pembangkang sebagai sumber kemenangan calon BN maka pelaksanaan itu terpaksa dikekalkan dengan apa cara sekali pun.

    Caranya ialah memesongkan perhatian rakyat dengan membuat tuduhan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai perhimpunan haram yang mahu menggulingkan kerajaan secara demostrasi jalanan.

    Dalam kekalutan itu tanpa berfikir panjang PM telah memberi cadangan supaya perhimpunan Bersih 2.0 dibuat dalam stadium. Tapi penasihat dan ahli fikirnya beranggapan tindakan itu sebagai membuka ruang kepada parti pembangkang mengambil kesempatan menurunkan popularitinya.

    Sikap PM berdolak-dalik dan pembohong yang diperlihatkan secara jelas dihadapan mata rakyat membuatkan dia tidak dipercayai lagi dan dibenci....

    Konsep pencegahan yang dilakukan sekarang mungkin berhasil tapi belum tentu berjaya.

    Ianya seperti pesakit kencing manis yang kronik, doktor terpaksa memotong salah satu kaki pesakit tersebut bagi mengelakkan kerosakan tisu merebak.

    Walau pun Doktor telah berjaya membuat pembedahan dan pesakit itu masih hidup lagi. Tapi pesakit itu telah kehilangan sebelah kaki dan pesakit itu masih lagi mengidap penyakit kencing manis. Ini menunjukkan walaupun pesakit itu hidup tapi penuh dengan kecacatan yang menyusahkan orang lain.

    Ini yang sedang berlaku dalam pentadbiran Mohd. Najib dan Hishamuddin sekarang.

    Yang hebatnya walaupun mereka sudah termasuk dalam lumpur jerlus, mereka masih angkuh. Apakah mereka sangka kuasa polis boleh menyekat semangat rakyat kerana itu mereka biarkan pasukan polis menyusahkan hidup rakyat dengan pelbagai tekanan.

    Kalau itulah caranya, bagaimana PM dan calon-calon yang lain boleh dapat sokongan dari rakyat yang menyimpan marah bila tiba pilihanraya ?

    Atau memang PM dan TPM bertekad mempertahankan SPR agar terus menipu demi kemenangan mereka dalam pilihanraya nanti?

    Ketika ini pergolakan yang berlaku dalam negara berpunca dari polis, Perkasa dan Patriot.

    Semuga polis tidak terlalu ghairah menyalah-guna kuasa sehingga membunuh rakyat Malaysia dalam mempertahankan maruah pemimpin UMNO....

    ReplyDelete
  19. BERSIH nak Stadium Merdeka...bagi Stadium Merdeka lah. Kalau dia nak Stadium Melawati..Stadium Melawati lah. Soal ini soal nasional, bukan soal kenegerian. tak kenalah kalau guna stadium di negeri. PM, SPR, PDRM, terletak di KL. pasal tula kena buat di KL. Takkan itupun orang Melayu tak faham.
    Kononnya nak jadi negara maju, tapi perarakan pun kena pakai permit. Dah minta permit, tak bagi pulak dengan berbagai alasan lemah.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  20. saya setuju dgn tuan aspan, kita boleh nampak siapa yg main kongkanglikong, Ambiga dan konco konconya.
    MB selangor pun tak berani nak bagi jaminan perhimpunan itu selamat dan mengenakan syarat.. Kenapa? kalau susah sgt, mb selangor boleh mohon permit atas nama kerajaan negeri apa.
    washad

    ReplyDelete
  21. 91 org persona non grata di KL pada 9/7 adalah pelanggaran hak asasi manusia yg serius,yang dijamin dalam Perlembagaan.

    Kredibeliti PDRM dan Najib hancur!

    ReplyDelete
  22. Sdr Aspan,
    Cara pemikiran dan kritis sdr terhadap pimpinan Melayu yang ada pada hari ini sangat tepat. Saya rasa sdr tidak akan diberi peluang untuk memberi teguran jika ianya dalam forum parti melayu ini. Kita bukan tak sayang perti melayu ini tapi kerana kebongkakan pemimpin yang ada sekarang membuatkan kita mual untuk mendengar cakap-cakap mereka. Pemikiran pemimpin yang ada seolah-olah tidak ada kemajuan malah semakin ke belakang jika dibandingkan dengan pemimpin lampau. 1 Malaysia, tapi DS Najib sedar atau tidak sejak kokokan ke atas isu perhimpunan BERSIH ini hanya gulongan keris tak besarung saja yang berkokok, entah-entah yang lain akan ikut sama berhimpun semasa berhimpun nanti. Inilah musibah kita dapat jika kita melantuk ketua kerana ayah pernah memimpin dengan baik. Pimpinan pusakai, inilah kelemahan bangsa melayu, sentimental sangat, hinggakan pewaris yang kurang bijak pun dituruti. Kita hanya boleh menegur dari luar, moga-moga teguran sdr dapat menjana minda pembaca agar dapat memberi penilaian sewajarnya.... Insyaallah...myi

    ReplyDelete
  23. AA

    SEBOHONG-BOHONG mulut Anwar masuk akal jugak. Tetapi BOHONG mulut Najib ni tak maksuk akal langsung!

    ReplyDelete
  24. Tuan Aspan,

    1) Mula2 berarak x boleh
    2) Bersih di isytiharkan haram
    3) YDP Agung setuju berjumpa
    4) Titah Tuanku buat di jalan tak ok tp kalau di stadium ok (tak bermaksud boleh langgar gitu je, ikut procedure lah)
    5) Stadium Merdeka tak izin.
    6) Polis mintak permohonan permit berhimpun.
    7) Hisham ckp bersih still haram, kalo nk register under individu atau organisation yg di sahkan.
    8) Khalid ckp gunalah stadium shah alam.
    9) Najib setuju jumpa nk bincang.
    10) Bersih insist nk buat kat stadium merdeka.

    Harap2 summarize saya ni betul secara ringkasnya.

    Tujuan bersih adalah nk serahkan memorandum pd YDP Agung. Dah jumpa tp tak serah kan. Dah ada alternative for registeration, dah ada venue, polis setuju bg permit, Najib setuju berjumpa untuk berbincang. Apa lg nk? Kalo nk di ikutkan dr mula...bersih haram, tak boleh berarak, polis x bg permit. Bila kerajaan nk berlembut...jgn lah nk besar kepala...nampak sgt agenda bersih bukan nk serah memorandum.

    Tuan Aspan patut menyeru supaya penyokong bersih apa yg di persetujui, barulah nampak bersih ni jln nya betul. 1 juta rakyat yg bakal menyertai adalah lebih kepada angan2 Tuan. Jgnlah exaggerate mcm cerita kartun. Baru dipancut air dah bertabur lari. Tuan sepatutnya dah faham org Malaysia ni bukan rakyat hidup mcm di negara komunis atau tertindas sehingga melarat. Mentaliti diorang ni bukannya kuat sangat. Cuma ikut-ikutan, terbawak2, dihasut2. Tu sebab bila kena pancut air dah give up. Jgn samakan rakyat kita ni dgn sesetengah negara yg lain. Mereka ni satu kaum. Bila bersatu mmg kental. Kita ni multi-racial, so sifat perkauman tu tak berapa mantap apatah lg bersih adalah gabungan cina, india dan melayu. Selama harini masing2 beralah kerana menghormati demi kaharmonian. Sejak Anwar yg bg muka (kerana x dpt jd PM), melayu di pijak kepala. Melayu yg sokong bersih ni lupa sekiranya Anwar masih di dalam kabinet, cina, india tak boleh angkat muka. Salah laku BN berlaku sewaktu anwar masih dlm kabinet lg pun.

    Jadi, jgnlah Tuan mengapi2kan dlm hal bersih ni. Biarlah bersih buat dulu, kita tengok dan lihat perkembangan seterusnya. Jgn ckp kerjaan takut. Saya takut org kita pupus kena M16 nnt. Apa yg nk di suarakan (8 perkara) tu betul, tp jgn sampai cara penyampaian tu tak betul. Memorandum entah kemana, kubur bertambah banyak, penjara tambah sesak. Nnt nak rayo pun tak dapek!!

    ReplyDelete
  25. Kepada mereka yang bangkitkan isu Stadium Melawati juga stadium, janganlah putarkan isu. Tawaran Stadium Melawati oleh YAB MB Selangor 'is secondary'. The issue is ' apabila PM mengatakan boleh buat perhimpunan di Stadium, sudah tentu beliau tidak bermaksud boleh di Stadium di Shah Alam atau Kota Bharu atau Alor Setar. Perhimpunan Bersih 2.0 dicadang dibuat di KL, jadi sudah tentunya maksud PM di Jalanraya KL tak boleh, tapi Stadium boleh, maka Stadium di KL lah tu.
    Saya rasa Tuan Aspan, bukan hanya perlu tengok lidah mereka yang bercabang tapi tengok juga lidah mereka berputar-putar.

    ReplyDelete
  26. salam,,,tak perlu nak buat lagi pernilaian lagi pada umno dan pemimpinya , terbokti mereka memang tak boleh harap.....penipu....pak nyamun...

    ReplyDelete
  27. Saya berasa amat sedih dan malu melihat bangsa Melayu kita masih hidup di dalam kegelapan minda.

    Apakah nilai kemajuan yang kita berjaya kecapi, jika ketelusan, kebijaksanaan, harga diri, maruah, identiti dan yang terutama sekali, kerohanian, digadaikan untuk mencapai kemajuan tersebut?

    Adakah takdir Melayu kita hanya mampu mencapai kemajuan fisikal tanpa menikmati kemajuan mental dan spiritual?

    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
    Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

    ReplyDelete
  28. AA

    Patut rakyat tak faham2 konsep 1Malaysia sampai sekarang. Rupa2nya dikarang manusia lidah bercabang dan berputar2

    ReplyDelete
  29. Pengumuman,

    Semua pemimpin-pemimpin UMNO, penjilat penjilat UMNO, pembodek-pembodek UMNO mempunyai lidah bercabang kerana survival hidup. Mereka terpaksa berbohong atau terpaksa menyokong pemimpin yang ada kerana takut hilang kuasa atau takut sorru....miss.
    Inilah hakikat hidup.

    ReplyDelete
  30. pertembungan perang psikologi antara kerajaan elit vs kerajaan rakyat. semua orang tahu, tapi percaturan kerajaan elit terlalu 'low class', sama taraf negara-negara afrika.


    kamuntinglagi.

    ReplyDelete
  31. Berhimpun secara aman tak boleh dulu ajak berdebat pun tak nak. nampak sangat tak ada telur.

    ReplyDelete
  32. Berhimpun secara aman tak boleh dulu ajak berdebat pun tak nak. nampak sangat tak ada telur.

    ReplyDelete
  33. Sdr Anon 8 July 2011 03:36:00

    "Saya berasa amat sedih dan malu melihat bangsa Melayu kita masih hidup di dalam kegelapan minda."

    Bangsa Melayu kita masih hidup di dalam kegelapan minda boleh dikaitkan dengan dakyah dan doctrine UMNO yang mengatakan UMNO sahaja yang mampu memajukan orang Melayu, sedangkan kemajuan yang dibawa sana sini oleh UMNO lebih menjurus kepada kemajuan material dengan sesetengahnya dimajukan bercanggah dengan prinsip2 keadilan dalam melaksanakan aktiviti muamalat sesama Melayu dan bukan Melayu

    ReplyDelete
  34. Tak sabau rasa nak tggu 9 julai ini. Ramai ke tidak yg hadir. Jadi ke tidak. Berani tak pembangkang berdemo dan berani tak kerajaan bertindak. Tahniah kepada Najib kerana dah guna taring yg tajam.

    ReplyDelete
  35. Tuan Aspan. Apa pendapat tuan, diwaktu ini POLIS telah mengguna ramai anggotanya untuk mengawal org ramai dari menghadiri ke perhimpunan tersebut. Adakah ini satu pembaziran. Apa salahnya jika POLIS membuat kawalan dgn baik di hari perhimpunan tersebut supaya berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  36. once he lies, he will remain a liar. Saya sungguh merasakan "maksud" kata-kata ini.Jika para pemimpin tidak "merasakan' maksud ini nyatalah mereka adalah pemimpin yang hebat sekali. Hebat apa? Hebat menipu.

    ReplyDelete
  37. Sedih membaca pembahas-pembahas dr kalangan mempertahankan umno. Lebih banyak hujah mempertahankan umno lebih banyak pula kepincangan umno yg dibongkarkan. Aku ni ahli umno juga, aku juga sayangkan umno, aku selalu juga tegur pemimpin-pemimpin umno dalam hal politik wang yg telah menjadi 'adict' dlm diri ahli2 umno dari peringkat cawangan mahu pun bahagian dan pusat. Politik wang adalah amalan rasuah. Tak payahlah nak tukar istilah. Orang yg mengamalkan rasuah adalah dari kalangan yg rendah harga diri dan moral diri. Lagi tinggi nilai rasuah bermakna lagi rendah lah nilai harga diri dan moral. Orang yg rendah harga diri dan nilai moralnya adalah di kalangan org yg suka berpura-pura. Orang yg suka berpura-pura samalah dengan penipu. Orang yg menipu sama jugalah dengan perompak. Orang yang suka merompak harta rakyat sama juga dgn lanun.

    Oleh itu jika diperingkat cawangan dah jadi lanun maka di peringkAt pust lanun2 ini akan memilih kalangan mereka untuk menjadi bapak lanun.

    Jadi apakah yg boleh diharapkan oleh rakyat biasa kepada bapak lanun? Walaubagaimana pun tidak semua ahli umno yg begitu. Masih ramai yg sayangkan umno tapi apakan daya kerana lanun telah berkuasa penuh dan dikelilingi oleh pembodek-pembodek yg berkepentingan diri yang turut sama merosakkan umno. Tak percaya? Kita lihat pabila umno jatuh dan tidak berkuasa. Kita sama-sama saksikan talam-talam bermuka-muka mendokong parti yg baru berkuasa. Mark my word!

    Drp; masih ahli umno, tapi tk mengundi bn.

    ReplyDelete
  38. Kerbau di pegang pada tali,
    Manusia di pegang pada janji,
    Jika janji tidak ditepati
    Manusia itu tiada nilai diri

    Dah tahu buat tak reti
    Musang merayau malam
    Silap kita semasa mengundi
    Percayakan musang menjaga reban

    Drp; musang berbulu ayam

    ReplyDelete
  39. buat saja di stadium shah alam
    buat tempat lain tentu bencana
    kalau ada yang cedera nanti
    pembangkang yang buat hal
    pemimpin pembangkang kena tanggung jawab, kalau dah ramai berkumpul dg penuh emosi kaldai pun tahu apa akan jadi

    buat di stadium shah alam

    ReplyDelete
  40. Kerbau di pegang pada tali,
    Manusia di pegang pada janji,
    Jika janji tidak ditepati
    Manusia itu tiada nilai diri

    Dah tahu buat tak reti
    Si Musang suka merayau malam
    Silap kita semasa mengundi
    Percayakan musang menjaga reban

    Drp; musang berbulu ayam

    ReplyDelete
  41. Kadang kadang aku kesihan juga pada pembodek pembodek atau penjilat penjilat UMNO merpertahankan kerajaan atau pemimpin atasan, walaupun pada hakikatnya mereka tahu/faham akan kehendak orang ramai/rakyat yang inginkan keadilan. Tapi kerana takut sorru..miss, terpaksalah berhempas pulas mempertahankan kerajaan yang sediaada. Jadi kita semua janganlah marah pada Quiet Despair, Kluangman, Anak Jati Sg Way, Ibni Ismail, Manoq dan pembodek pembodek lain......Kasihan.

    ReplyDelete
  42. Apakah saya seorang sahaja orang melayu yang merasa malu dan hina melihat seorang perempuan India cuba berjuang untuk memerangi rasuah didalam pilihanraya, sedangkan orang Melayu kita sendiri sanggup menindas sesama sendiri untuk mempertahankan rasuah didalam pilihanraya?

    Melayu kita masih nyenyak dibuai dengan nikmat dunia yang bersifat sementara ini.

    Nauzubillah min zalik...

    ReplyDelete
  43. Kononnya tujuan perarakan Bersih 2.0 diadakan ialah untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong berkenaan 8 perkara berkaitan pilihanraya.

    Soalan:

    Semasa dititah mengadap Agong, kenapa tidak diserahkan terus memorandum tersebut kepada DYMM Agong? Bukankah ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos?

    Sila jawab, bukan spin.

    -Ingin Tahu-

    ReplyDelete
  44. Kepada Ingin Tahu,

    Kenapalah Hang bengap sangat ?
    Agung suruh buat ka'stadium.
    Kalau Agung tak suruh buat, tentulah Agung minta saja memorandum yang hendak di sampaikan kepadanya dan suruh jangan buat. Olih kerana Agung dah suruh buat ka'stadium, buat apa BERSIH nak sampaikan memorandum tersebut.
    Apalah Hang terlalu bengap sangat ? Anak aku pun pandai jawab soalan kamu.

    ReplyDelete
  45. Sdr -Ingin tahu-

    Cubalah tanya pihak Bersih2.0 sendiri esok di stadium nanti untuk mendapatkan jawapan yang tepat, memandangkan saudara tidak mahu mendengar "spin".

    Tanggapan sinis dan prejudis tidak akan dapat membawa minda saudara ke arah kebenaran yang saudara inginkan.

    ReplyDelete
  46. Ingin Tahu

    Memorendum 8 perkara tuntun BERSIH/ 2.0 tersebut akan dibaca oleh bos BERSIH/2.0 di hadapan para pendemontrasi yang hadir dan berhimpun di stadium iaitu tempat demonstrasi yang kemudiannya semua para pendemontrasi tersebut mengangkat tangan masing2 atau dalam Islam berakad menunjukan tanda setuju membuat pengesahan.

    Dengan kata lain, 8 tuntutan yang dibawa dan dibaca oleh bos BERSIH/ 2.0 semasa mengadap DYMM Agong tempuh hari itu masih belum diakadkan atau mendapat pengesahan pendemontrasi lagi.

    ReplyDelete
  47. Ingin Tahu,

    DYMM Yang DiPertuan Agong mempunyai protokol-protokol tertentu yang perlu diikuti. Ada tatacara ketat dalam melakukan sesuatu.

    Baginda bukan macam Atok kita boleh main hentam begitu je. Aku bukannya pakar dalam adat dan protokol Doraja, tetapi yang aku tahu begitulah.

    Wak jerman

    ReplyDelete
  48. malaysians were given 2 choice to choose, either be good or be bad. as many have known or prefer not to know that our election is one sided. there was no fairness given during election. you can see for urself thru gerrymandering of seats. this alone have already shown why we need to reform the electoral system. this have been told countless time, yet "spr" do nothing! the list goes on and on, yet many "bn" supporters prefer to close both eyes or totally blinded. this have nothing to do with race, but more to greed, selfishness, arrogant and power. many "bn" supporters prefer to condemn the rally that bring more good than harm. this have shown ur truecolor as a person. "bersih" is meant to clean up the electoral system, yet why many "bn" supporters are against it. do not use excuses to say otherwise as what the current gomen did. you can see for urself, how ur own leader cakap tak serupa bikin.

    being a silent voter, i memang dah fed up dengan kerenah kerajaan sekarang. barangan makin meningkat, tapi dapat berbelanja berbilion bilion yang tidak memberi manfaat langsung to us at all. only the rich will benefit most, we the ordinary, will suffer more as time past. are you supporters really blind not to see all this? our children will suffer the most in the future. don't let others fool you with their heroism and the "ketuanan" thingy. i have seen many "ketuanan"... kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    salam...

    ReplyDelete
  49. Just my crude opinion on the situation. I think the whole system of this nation is fucked up.It's up to the people to address it as the people were responsible for electing the current leaders.

    Why quarrel? All of us are to be blamed...take it that way.

    ReplyDelete
  50. Lidah bercabang tak pe Aspan, jangan jadi munafik dengan menggunakan agamalah sudahlah..

    Ada seorang pemimpin pembangkang tu, amat hebat mengkafirkan sesama Islam kerana berkerjasama dengan kaum kafir dulu. Tahun ni, sanggup jilat ludah dia sendiri, bukan munafik ke orang macam tu.

    Ada lagi seorang pemimpin pembangkang, waktu muda dulu jadi idola saya, sebab dia membawa perwatakan alim. Seluruh dunia dah tahu dia meliwat, main dengan pompuan Cina dan dah tengok anu dia tu. Bukan munafik ke dia tu.

    Antara lidah bercabang dan munafik, mana pulak pilihan hati kau Aspan!?

    ReplyDelete
  51. Yg cakap pasal UMNO tu, depa ni dtg meeting UMNO tak. Cuba dtg meeting dan angkat tangan untuk jadi ketua cawangan atau ketua bahagian. Dari situ baru anda tau apa itu UMNO.

    ReplyDelete
  52. Guys why are you all provoking Uncle Zorro. Please respect him. He is as old as our grand-pa.
    Don't you all love him? He can be arrested if he defies the ban.
    He will lose his pension.
    P.S. Did you frame the police order? It's a memento not many people have.

    ReplyDelete
  53. Masa sudah semakin hampir. Diucapkan selamat berjuang pada kedua dua pihak. Jantan tak jantan kita lihat esok. Semoga semua berasa puas dengan kejantanan masing masing.

    Juga nak tahu apa pemerhatian Tuan Aspan esok malam.

    ReplyDelete
  54. Anon 14.58,

    Saya tidak berhempas pulas nak pertahankan PM merangkap Presiden atau pun kepimpinan parti kami. Dalam parti kami,siapa yg dituduh di mahkamah sahaja pun dah kami minta berehat hingga di putuskan oleh mahkamah.

    Saya juga tidak menyara keluarga saya dengan duit UMNO mahupun kerajaan. Anda tersilap kerana asyik memikirkan kami yg tidak sepemikiran dgn tuan sebagai musuh tuan sedangakn kita sepatutnya bertukar tukar pendapat. Kami bukan fanatik dan taat membuta tuli dengan pemimpin kami.Pemikiran seperti tuan inilah yg menyebabkan gerakan yg tuan sokong tidak jauh perginya. Sombong dan angkuh dengan enggan menerima perbezaan pendapat sedangkan dalam masa yg sama masih menjadi pembangkang. Itu belum jadi pemerintah.

    Tak boleh nak komen panjang2 nanti Pak Ya termuntah. Kasihan gak dengan Pak ya ni. he he

    ReplyDelete
  55. john mallot dalam wall street journal mengatakan parti umno merupakan parti paling lama didunia yg memerintah sesebuah negara. betul kah tuan aspan? kalau begitu memang ada 'something fishy going on' dalam sistem pilihanraya kita. memang tak logik negara kita diperintah begitu lama oleh sebuah parti sedangkan negara-negara lain sering bertukar pemerintah. bagus sangatkah bn memerintah sehingga diberi kepercayaan lebih setengah abad?

    ReplyDelete
  56. Habislah UMNO kali ni.Pemimpin-pemimpin UMNO smuanya penggali kubur....kuburnya sendiri.

    Masih ada sokongan dari segelintir deaf and dumb. Gunalah kuasa sementara masih ada....najib dan Hisham bertanggungjawab.

    Najib is a fake while Hisham is court jester. Kedua duanya tidak berguna. Nasib lu lah!!!

    ReplyDelete
  57. UMNO is senile. Apa pasai hangpa layan lagi parti nyanyok ni?

    sattar

    ReplyDelete
  58. Salam Pak Aspan,

    Walau apa pun yang berlaku pada hari Sabtu ini, secara moral dan dari segi agama islam (bukan agama JAKIM) UMNO telah tewas dan telah disingkap rupa sebenarnya: iaitu golongan yang zalim dan golongan yang sanggup memperkudakan unsur agama, bangsa dan institusi raja2 untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    UMNO atau lebih khususnya "kepimpinan teratas UMNO" terperangkap dalam khayal dan mabuk kuasa hingga mereka terpisah dari realiti dan dari pihak yang mereka pimpini. Dan hari demi hari mereka2 ini semakin menampakkan diri mereka saling tak tumpah ataupun secara khususnya "berasal dari satu acuan" dengan pemerintah2 zalim dari timur tengah yang telah diturunkan dari tampuk kekuasaan oleh rakyat mereka sendiri.

    Ugutan, penindasan, penangkapan serta tindakan tidak bermoral serta haram seperti penipuan fakta, fitnah serta pertuduhan palsu (berserta bukti2 palsu yg secara "convenient" wujud utk 'mengesahkan" segala pertuduhan) tidak dapat dinafikan lagi amat mirip malah boleh dikatakan 100% di ambil dari "teks book" yang sama yang telah digunakan oleh Mubarak Mesir, Ben Ali Tunisia dan "most despicable" Ghadafi of Libya! Rakyat telah melihat bahawa kerajaan terutamanya PM Najib yang sebelum ini sibuk mengecam para diktator serta penzalim2 Timur tengah yang terguling itu rupa2nya adalah kembar siam kepada pemerintah2 zalim itu. Dan rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu baru sedar bahawa segala ucapan serta janji dan ikrar yang keluar dari mulut PM dan barisan kabinetnya tidak boleh dipercayai walau sedikit pun malah perkara yang sebaliknya boleh disahkan sebagai benar.

    Salam dan GOD bless!

    Nick.

    ReplyDelete
  59. AA

    Operasi lalang dulu Najib lidah bercabang terlepas. Apakah kali ini beliau terlepas?

    Kita tengok tindakan beliau dan sepupunya sampai malam hari ini. Sama ada 'tali' yang beliau dan sepupunya pegang dan tarik sekuat-kuatnya di kedua-dua belah hujungnya masing-masing itu tidak melebihi had yang ditetapkan oleh pembuatnya atau terlebih hadnya sehingga 'tali' itu putus!!!

    ReplyDelete
  60. Yes!! Tahniah Najib. Jadi pemimpin mestilah tegas dan keras..

    ReplyDelete
  61. Tuan Aspan,

    Tak mengapalah kalau komen saya semalam waktu mahrib tak tersiar. Tp apa yg telah saya komen terbukti hari ni mengenai apa yg bakal terjadi kepada yg berDEMO. Sape yg susah skrg? Berapa orang india dan cina kena tangkap? Tuntutan..tuntutan jugak, keluarga di rumah sape nk suap? Para pemimpin yg kena tangkap masuk kedalam 6 bulan atau denda rm5ribu takjejas apa2. Dorang dah ada habuan yg lumayan hasil dr dana luar. Yg bodoh melayu jugak. Telah saya sarankan tuntut dan desaklah kerajaan mengenai isu pilihanraya hari2 pun xpe sampai pilihanraya. Masing2 menjalani hidup spt biasa sehinggalah pilihanraya, tumbangkan melalui PRU13. Tp dah terlambat pun. Nasib baik yg seribu lebih kena tangkap tu bakal dilepaskan...kalo tak belajar dr peristiwa ni..ntahlah...

    ReplyDelete