Berminggu-minggu negara kita berada di dalam keadaan yang hingar bingar dengan polimik di antara dua pihak, kerajaan dan rakyat yang bersama-sama Bersih 2.0. kehangatannya begitu ketara apabila kita mendengar pihak yang berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri memanggil Datuk Ambiga dengan ‘name calling’ yang didengar agak janggal kerana keluar dari mulut seorang Perdana Menteri.
Siapa kah yang berjaya dan siapa pula yang tertewas di dalam kemelut polimik tuntutan Bersih 2 ini? Tiada yang menang dan tiada yang tertewas. Yang menang ialah rakyat. Tetapi yang kita boleh nampak dengan jelas ialah tahap kemampuan kedua-dua belah pihak mengendalikan isu yang sangat sensitif ini kepada satu pihak yang lain iaitu pihak pemerintah yang sedang asyik dan leka dengan nikmat kuasa sehingga wujud unsur-unsur kufur nikmat yang tidak terkawal dikalangan pimpinan kita.
Tahap pemikiran serta sikap kita sudah terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan perubahan pemikiran rakyat termasuk dalam isu pengendalian pilihanraya yang menjadi tuntutan asas bagi Bersih. Pemimpin kerajaan terlalu biasa dengan sokongan yang diperolehi tanpa soal dari rakyat selama ini dan pemimpin-pemimpin kita telah mengambil segala-galanya ‘for granted’.
Apabila mendapat sedikit tentangan dari rakyat yang sudah berubah nilai pemikiran ini maka ianya dianggap sebagai tindakan yang ‘offensive’ oleh pihak kerajaan. Matlamat Bersih yang menjemput semua pihak untuk mengadakan rally termasuk semua NGO serta parti-parti politik samada parti pemerintah atau pembangkang untuk mendesak supaya dilakukan transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya tidak di senangi oleh pihak pemerintah khususnya UMNO.
Dalam kes ini pihak pemerintah nampak berdiri dipihak yang gagal kerana dengan tindakan pr-emptive pihak berkuasa melakukan tangkapan di seluruh negara terhadap mereka yang disyaki menyokong rally ini. Penahanan itu membayangkan ketakutan politik dari pihak yang memerintah kerana semua tahu yang jumlah kehadziran di rally yang bakal di anjurkan itu begitu ramai tanpa dibayar dan disediakan kemudahan perjalanan.
Pihak KDN terutamanya Menterinya Hishamudin pula mengambil tindakan yang tergesa-gesa dengan mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat jelata. Jelas tindakan pre-emptive ini adalah langkah awal untuk mencegah rakyat menunjukan manifestasi mereka dalam kumpulan yang besar.
Ramai menganggarkan tidak kurang dari 500,000 rakyat akan membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur jika rally itu diteruskan walaupun dengan tindakan Polis melakukan penahanan dan tangkapan di seluruh negara. Jumlah kehadziran ini lah amat ditakuti oleh pentadbiran sekarang kerana ianya adalah lambang kepada gerakan rakyat yang merata di mana-mana. Kita selalu lupa yang ini melibatakan perasaan ramai.
Jika kita terus melakukan tangkapan dan penahanan secara ‘pre-emptive’ ini ia tidak lain dari mengakui kejayaan Bersih telah mendapat sambutan ramai dari seluruh negara. Melakukan tekanan terhadap penyokong rally ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akhirnya akan berlakulah perkara yang lebih buruk dari apa yang di alami oleh pentadbiran sebelum ini di dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO gagal untuk menambat hati rakyat biasa terutamanya mereka dari generasi yang muda.
UMNO hanya berjaya mengambil hati kelompok oportunis seperti Perkasa dan beberapa kumpulan yang lain yang sememangnya tidak akan lari dari menyokong BN. Usaha dan cita-cita BN untuk mengembangkan parameter sokongan dari rakyat sekali gus telah gagal dan amat payah untuk di dapatinya kembali. Kita selalu lupa yang rakyat sentiasa memerhati peri laku pemimpin-pemimpin kita bagaimana mereka mengendalikan isu rally Bersih ini.
Pendeknya tujuan asal Bersih untuk melakukan rally secara aman dan meminta semua pihak untuk bersama itu telah dipecahkan oleh pemerintah. Hasilnya pihak BN sendiri yang menambah kekuatan sokongan terhadap gerakan penentangan terhadap mereka (BN). Pihak pembangkanglah yang memperolehi sokongan yang diperkuatkan oleh pihak yang memerintah.
Apakah elemen sebenarnya yang menyebabkan ketirusan sokongan terhadap BN? Jawapan yang tepat ialah keengganan untuk BERUBAH. Kita tidak mahu berubah mengikut waktu dan zamannya. Dalam politik kita masih bercakap tentang isu-isu basi yang telah kita dengar dari mula negara kita mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959 dahulu.
Isu api letrik, air paip, jalan tar, subsidi gigi palsu, lembu dan kambing pawah pembangunan Putrajaya serta banyak perkara lain yang berkaitan dengan isu mengenang budi. Tetapi pimpinan tidak pula mengenang budi rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan tanpa berbelah bagi dengan melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah dan menyalah guna kuasa.
Mereka (rakyat) sudah jemu dengan pembohongan yang dilakukan dan semua pembohongan itu di war-warkan oleh media massa perdana sehinggakan rakyat tidak ada lagi apa yang mereka percaya dengan media perdana pada hari ini.
Pemimpin kerajaan kita telah gagal samasekali untuk mengekalkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan seperti yang kita alami dahulu kala. Mereka (rakyat) menganggap apa jua yang dilakukan tidak boleh dipercayai dan persepsi ini kian hari kian menebal. Ramai rakyat tidak mahu lagi mendengar apa yang mereka katakan kerana persepsi mereka (rakyat) terhadap kepimpinan terlalu rendah.
Kenapa keadaan menjadi begini? Jika ada masa dan ruang boleh dibahaskan pada bila-bila. Jika tidak ada masa dan ruang itu masing-masing boleh membuat penilaian masing-masing. masing-masing dah besar panjang.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteMemang kita ini semua dah besar panjang. Panjang akal juga rasanya kita ini. Oleh itu gunalah akal kita untuk berbuat sesuatu yang bermunafaat.
Dalam kita menuntut hak berdemokrasi, jangan lah kita sewenang nya melanggar undang undang. Negara berdaulat pastilah mempunyai undang undang. agak tidak berfikir panjang orang yg telah melanggar undang2 tetapi dalam masa yg sama menuduh pihak berkuasa sebagai zalim. Sedangkan pihak berkuasa ini diamanahkan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang2.
Gunakanlah pilihanraya sebagai saluran untuk menjadi pemerintah. Jika gagal maknanya golongan anda masih tidak diterima rakyat. Rakyat tak terima anda bukan disebabkan rakyat ini bodoh seperti mana yg anda semua fikirkan. Tetapi kami rasa yang anda semua tidak berfikiran waras. Saya katakan tidak waras kerana setiap yg tidak bersetuju dengan anda pasti akan anda tuduh dengan pelbagai tuduhan. Saya dah nyatakan beberapa kali tentang meluatnya dengan perangai pemimpin UMNo tetapi perangai pemimpin yg ditonjolkan pula sebagai pengganti UMNo pula bukanlah meluat tetapi menjijikkan dgn pelbagai skandal.
Apapun buat Tuan Aspan dan rakan yg sepemikiran ttg isu BERSIH ini, selamat berhimpun di stadium. Sekarang ini kena fikir fikir kan lah apa pengisian di stadium nanti. janganlah ikut kelakuan UMNO lak. UMNO bila buat perhimpunan ini mestilah ada karnival beli belah dan artis2 cantik serta JOM heboh dah tentu ada. Kalau tak de benda benda melalaikan ini, orang kita tak akan datang berpusu pusu.Tunjukkan kpd kami yg kalian tak sama dengan UMNO.
Benda yang paling utama suruh rakyat berjimat cermat tetapi pemimpin UMNO/BN rakus dengan rasuah, merampas dan mengikis kekayaan rakyat, menafikan hak orang Melayu yang hampir 100% di Kelantan.
ReplyDeleteJangan harap rakyat nak sokong kalau pemimpin dipalit rasuah dilantik dan disanjung memegang jawatan/kuasa. Macam dalam kalangan tak ada orang yang layak.
Jangan ingat rakyat senyap rakyat buat tak tahu atau tak peduli...ibarat api dalam sekam...ibarat lahar gunung berapi...satu masa....tunggulah....
Razali
BN sebenarnya dalam kecemasan. orang yg dalam kecemasan memang susah mengambil keputusan yg baik.
ReplyDeleteorang dalam kecemasan selalunya terhayak kesana dan kemari. Fikiran pun terganggu, kerja tak betul kadang kala menjadi aggressive.
kita kena fahamlah masalah BN ni bro. Orang panik memang begitu sifatnya....biasalah kan??
apakah dengan mengadakan perarakan aman boleh mencetuskan huruhara? Betul ke telah melanggar undang? kalau betul begitu mengapa perarakan pemuda UMNO di pulau pinang (siap pakai lilit kepala lagi) tidak diambil tindakan? camna pula tindakan provokasi dari PERKASA? janganlah ambil tindakan double standard...lagi pun BERSIH buat tuntutan 8 perkara kepada SPR kenapa kerajaan pula yang nampak kecut perut.
ReplyDelete'Face saving device' yang telah ditawarkan oleh DYMM Tuanku, nampaknya tidak digunakan oleh Najib.
ReplyDeleteMalahan, rakyat melihat Najib sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai -a man without honour.
Kalau semalam Najib menawarkan Bersih penggunaan sebuah stadium, hari ini dia sudah berdolak dalik.
Hishamuddin kata Bersih masih haram. Polis masih mengadakan tangkapan serta berbagai sekatan terhadap penyokong Bersih.
Perhimpunan di stadium pula bergantung samada polis akan memberi permit atau tidak. Perkasa pula kata pertubuhan yang haram tidak boleh di berikan permit. Pihak stadium pula keberatan untuk memberi Bersih menggunakannya.
Rakyat disekitar Lembah Klang hari ini disusahkan dengan traffic jam akibat sekatan polis dan ini dijangka berterusan sehingga Sabtu ini. Kononnya untuk menghalang senjata di bawa masuk ke KL. Agaknya selama ini memang tidak terdapat langsung parang atau petrol (untuk membuat bom molotov) di dalam KL.
Adakah UMNO sendiri sudah memasukki 'self-destructive mode' ??
Rakyat sedang memerhati dan menilai ...
Seperti yg dijangkakan bahawa titah YMM tuanku tidak diterima pakai oleh Pembesar Umno dan komponennya PRDM.
ReplyDeleteLidah Pembesar umno ada banyak cabang lebih dari lidah ular. Bak bidalan; jika jumpa ular dgn pembesar umno, pukul pembesar umno dulu.
Najib dah pusing cakap ' dia tak kata nak jumpa Bersih'. Bersih masih di haramkan. Kata Menteri KDN yg berkuasa.
Selepas ini elok-eloklah jgn diberikan kuasa kepada anak beranak dan suku sakat umno ini utk memerintah negara.
Drp; zuki ahmad
Seperti yg dijangkakan bahawa titah YMM tuanku tidak diterima pakai oleh Pembesar Umno dan komponennya PRDM.
ReplyDeleteLidah Pembesar umno ada banyak cabang lebih dari lidah ular. Bak bidalan; jika jumpa ular dgn pembesar umno, pukul pembesar umno dulu.
Najib dah pusing cakap ' dia tak kata nak jumpa Bersih'. Bersih masih di haramkan. Kata Menteri KDN yg berkuasa.
Selepas ini elok-eloklah jgn diberikan kuasa kepada anak beranak dan suku sakat umno ini utk memerintah negara.
Drp; zuki ahmad
Nampaknya no-golah Tuan Aspan, demo Bersih. Boss Polis dah cakap kelulusan permit terletak kepada budi-bicara mereka.
ReplyDeleteLagipun Bersih adalah pertubuhan haram. So no T-shirts or anything symbolizing Bersih.
Polis kata Ambigapun tak apply permit.
Stadium Merdekapun dah reject application Bersih kerana ada internal sports event and also stadium under renovaton.
Patriot Pemuda UMNOpun bantah keras diadakan perhimpunan di Stadium Merdeka kerana ia tempat bersejarah.
Lagipun Pemuda UMNO telah apply nak buat perhimpunan di Stadium itu dan masih menunggu polis permit.
Suruhanjaya Pilihnrayapun ulangi apa perlu demo lagi kerana semua tuntutan dah dbincangkan dengannya.
Lidah Najib, lidah Polis, lidah Hishamudin, lidah semua dalam BN lidah biawak!
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeletePerhimpunan di stadium pun akan gagal sebab khabarnya jin2 afrid peliharaan umno sedang mengalihkan semua stadium2 yang ada ke negeri Temasek selepas tamat perlawanan bola nanti.
sekarang ni mahaguru ODM sedang membakar kemenyan menyeru jin2 tersebut
pakya
betultu Aspan, susah sebenarnye nak buat pilihan,
ReplyDeletebelah pemimpin UMNO kau kata mereka ni rasis dan terlampau korup, tak de apa baikpun yang dilakukan oleh mereka, korupsi memanjang aje!
belah pemimpin PKR, lebih kurang aje, sama korup, tambah lagi kes liwat dan melanggani pelacur Cina, belah PAS pulak, kaki khalwat dan hentam bini orang.
Saya masih musykil mana nak pilih di PRU13 nanti. Mungkin saya buat kiraan macam saya buat dengan anak saya; Pakatan,BN,Pakatan, BN.. mana yang jatuh nombor genap tu mungkin saya pilih.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteNampak gayanya UMNO beria-ia benar menentang perhimpunan Bersih 2.0. MCA, MIC buat apa?
hehehe...stadium merdeka tak lepas?!..apa kata buat kat stadium Shah Alam...takkan kerajaan 'berkebajikan' Selangor tak nak bagi?...nak bakar ke nak melingkup ke...tak pe, kami rakyat Selangor sedia berkorban duit cukai kami untuk anda semua...sebab kami orang2 yg 'berkebajikan'!!
ReplyDeleteanakjati_sgway
stakat hari neh dh byk roadblock kt entri2 tol smpai org nk pg keje pun terlewat smpai opis..huhuh..
ReplyDeleteOrg nk pg keje pg2 ni pak polisi oii..
Sian kt brader2 polis,sbb kena ikut arahan org atasan..gua x marah kt brader2 polis yg bertugas tuh sbb depa ikut perintah..
Tp jgn la ada yg jd bangang nk menyalahkan Bersih sbb terjadinya roadblock tu kan..
Dh berketuakan org2 politik,kena la jd sayap parti politik..hehehe..
Ap nk panggil?
Umno bahagian Inforcement...whakakakaka!!!!
Isu SPR adalah isu Federal dan ada baiknya Bersih buat diKuala Lumpur atau Stadium Putrajaya yang melambangkan Federal.
ReplyDeleteKalau tak diberi permit, barulah Bersih menghadap ke peringkat States. Saya cadangkan Bersih buat di semua stadium negeri kerajaan Pakatan seperti Penang, Selangor, Kelantan dan Kedah secara bergilir.
Tengoklah macam mana sambutannya.
Isu yang diutarakan Bersih amat munasabah dan bukannya seperti jom heboh atau bersantai. Ini isu masa depan negara dan generasi semua bangsa. Isu ini terang lagi bersuluh.
Pemerintah Pusat pula tidak peka dan tidak berhemah untuk membetulkan kapal mereka yang hampir tenggelam, malahan mempercepatkan diri mereka untuk karam.
Kalau nak tahu, inilah hikmah disebalik musibah hasil dari tangan-tangan mereka sendiri.
"Rakyat Tetap Rakyat"
rakyat tetap rakyat...,
ReplyDeletebagus2..
kawe sokong benar
benda hok sengoti
Cik Aspe,
ReplyDeleteambo suko bena tulise demo.
Detik2 kejatuhan UMNO sudah mula dirasai. Pemimpin2 UMNO telah sampai ketahap gabra dan mula menggunakan apa jua keadaan untuk menyelamatkan kuasa. Guna AG, PDRM, PERKASA, Guru Silat & last sekali menggunakan khutubah jumaat serta Mufti Wilayah untuk menjaja saham2 mereka.
ReplyDeleteBro Aspan..., what our Prophet (pbuh) predictied proved true ..... "At end of times the ulamas will be the worse people beneath the sky". They would be the centre of fitna which corrupt and destroy the faith".
You see we live now at this age where the “Real Monsters” betrayal of Islam has already taken place
UMNO Regime = Tel Aviv Regime
1 Malaysia = 1 Israel
Both worship the same God
Both are GOD's choosen people..... (ketuanan Melayu... ketuanan Yahudi)
anon 01:28
ReplyDeletei think that's the idea kot.. buat roadblock, pengguna jlnraya marah, pastu salahkan BERSIH 2.0
Negara memang ada undang-undang, maka kami sekian rakyat tutntut supaya pemerintah hormati undang-undang yang memberi kebenaran kpd rakyat untuk menyuarakan hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan. Undang-undang bukan hanya kpd Pemerintah & Polis untuk menidakkan segala hak rakyat, ditambah dengan segala pembohongan kononnya rakyat & pembangkang hendak mengulingkan kerajaan, ini Fitnah.
ReplyDeleteWahai Ibni Ismail, yang Rakyat nak jumpa DYMM adalah untuk sampaikan hasrat Rakyat supaya SPR mengendalikan Piliharaya yang bersih. Kita tetap menyertai Piliharaya, tapi kalau Pihanraya itu dengan macam-macam penipuan sepertimana yang terkandung dlm tuntutan BERSIH 2.0 sampai bila-bila pun UMNO/BN aje akan menang. 'We need to play on a level playing field,the present one is full of potholes made to the needs of UMNO/BN'. Itulah tuntutan BERSIH 2.0, kami rakyat tuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih. Disebabkan pemerintah tidak menghormati undang-undang (undang-undang tidak memberi kuasa mutlak untuk bertindak sewenang-wenangnya) maka rakyat perlu menghadap DYMM tuntut hak yang termaktub. Jangan selewangkan fakta & dan jangan mudah kata orang tidak waras, disebkan rakyat waras maseh kami bersabar minta hak mengikut lunas undang-undang - tidak seperti apa yang berlaku diberapa Negara Afrika & Amerika Selatan.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteMemang agak pelik bila UMNO mengelabah,sedangkan tuntutan Bersih 2.0 adalah kepada SPR.
Harus diingat antara tuntutan Bersih ialah penghapusan pengundi hantu,undi pos dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
Ini adalah taktik2 kotor modus operandi BN mengekalkan kuasa.
Kita semua masih ingat bagaimana Najib diselamatkan oleh undi pos di Pekan ,Pahang tiga musim pengundian yang lepas.
Macamana dengan penemuan lebih 200 pengundi yang berkongsi alamat yang sama?
Atau anggota tentera yang mengundi pos dengan disaksikan pegawai atasan atau diundikan oleh pegawai atasan bagi pihak anggota yang tiada di situ?
Atau ugutan,pemberian projek,agihan saguhati,penggunan peralatan kerajaan semasa kempen pilihanraya?
Terlalu banyak kemungkaran yang SPR buat-buat tak nampak atau tidak mengakui kelemahan.
Alasan yang diberikan ialah pilihanraya di Malaysia adalah adil, kalau tidak masakan 5 negeri jatuh ke tangan PR.
Persoalannya adalah,kalau p/raya benar-benar bersih kemungkinan besar BN sudah tumbang di PRU12 lepas.
Sanggahan berbaur politik oleh kepala SPR mengesahkan ianya komponen tegar BN selain PDRM,SPRM.
Impartiality atau keberkecualian adalah soal maruah dan integriti yang semakin pudar ditelan arus kepentingan diri dan kroni.
Pengasingan kuasa antara Legislative dan Judiciary adalah penting bagi mengelakkan salahlaku dan 'conflik of interest'.
Selain itu kepala2 suruhanjaya2 di bawah 'commission' YDP Agong tidaklah boleh 'beramah mesra' atau 'bermain badminton' bersama kerabat Kabinet,ditakuti berlaku tersalah 'saya yang menurut perintah'.
Contohnya mana logik Ketua Polis negara menguatkuasakan undang2 secara adil jika kontrak perkhidmatannya atas nasihat Hisham atau Najib?
Secara otomatik pihak pembangkang menjadi musuh KP juga.
Serving the political masters.
Inilah yang menjadi fokus kesedaran umum oleh Bersih.
Bagi saya apa pun terjadi samada jadi atau tidak perhimpunan,Bersih telah berjaya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bertapa jijiknya taktik kotor BN.
Tahniah Bersih 2.0
Kepada semua,
ReplyDeletejangan lah hendaknya ada di kalangan rakyat yang marah-marah kerana pemimpin UMO berbohong.
Kita perlu ada kefahaman yang satu; kalau pemimpin UMNO tidak berbohong maka mereka tak layak jadi pemimpin UMNO.
Berbohong itu adalah sebahagian dari UMNO. Jadi jangan marah kalau Najib, Hishamudin serta Polis itu berbohong.
Kalau nak hisup terus, UMNO mesti bohong. Jadi jangan marah!
Tuan ibni Ismail,
ReplyDeleteTuan kata - "Dalam kita menuntut hak berdemokrasi, jangan lah kita sewenang nya melanggar undang undang. Negara berdaulat pastilah mempunyai undang undang. agak tidak berfikir panjang orang yg telah melanggar undang2 tetapi dalam masa yg sama menuduh pihak berkuasa sebagai zalim. Sedangkan pihak berkuasa ini diamanahkan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang2"
Tapi yg langgar undang2 tu sapa ? SUHAKAM kata himpunan itu ikut perlembagaan. Prof Aziz Bari pakar undang2 dari UIA pun kata gitu.
Kata Prof Aziz Bari lagi - "Apa yang dilakukan oleh Menteri Hishamuddin dan polis adalah kesalahan atau jenayah baru kerana ia di luar bidang kuasa mereka"
Adakah undang2 kata pakai baju warna kuning salah ? Kalau undang2 tak kata tapi KPN tangkap juga, siapa yang tak ikut undang2. Tak kan itu pun Tuan ibni Ismail tak faham kot.
Lagi satu, Agung dah kata OK dan dijanji oleh PM serta dipatuhi oleh BERSIH iaitu buat kat stadium. Aleh2 tak boleh pula, macam2 usaha baru ditimbulkan untuk gagalkan juga BERSIH. Ini bukan sahaja tak patuh undang2 bantah arahan Agung lagi. Salah BERSIH juga.
BN ini rasa Malaysia ni bapak mereka saja yang punya, orang lain hamba pencacai tumpang saja negara ni. Sebab tu BN boleh tuduh dan kata macam2 kat pembangkang.
BN boleh tunjuk perasaan di KOMTAR dan jambatan p.pinang tak salah pun, tak ada permit pun. Di Selangor bawa kepala lembu pun yak salah. Guna pelajar ITM demo di Selangor pun tak salah ikut Akta Universiti. Sebab yang buat itu UMNO.
BN bagi Singapura kat Cina tak pun pa. Bagitanah KTM pun bagus, kerajaan BN pandai memerintah.
Belanja rumah PM & TPM RM 50 juta setahun pun tak mahal, sebab BN. Rosmah & PM belanja RM 17 juta di luar negara dlam masa 3 tahun pun tak salah, sebab masih murah. Jamil Khir dan Pengarah JAWI guna duit zakat Wilayah Persekutuan sebanyak RM 32 ribu untuk kos guaman lawan kes Anuar Ibrahim pun tak salah, sebab depa termasuk dalam asnaf yang lapan
zahari awang
bn dah naik panik bila najib kata boleh guna stadium. polis sb tentu dah bagi laporan yg berjuta rakyat akan ke stadium. maka terpaksalah langgar janji nak bagi stadium. dlm undang2 ini namanya "afterthought". dia bawalah alasan bersih pertubuhan haram. aku nak tanya peguam negara yg lulus undang2 di um kepujian kelas 3 tu (sama taraf dgn penyanyi sudirman). parti komunis malaya tu tak haram ke? malaysia telah tandatangani perjanjian dgn pkm dlm tahun 1989 dulu.
ReplyDeletesaya bukan peguam tapi bukan 3rd class honours.
mat kuning
Tuan ibni ismal
ReplyDeleteSepanjang pemerintahan Hosni Mubarak, beliau mendapat tidak kurang 98% undi rakyat setiap kali PRU Mesir diadakan.
Rakyat di Mesir berfikiran macam sdr ibni, dengan maksud pendokong parti yang lama memerintah dan bnayak berjasa kepda orang Melayu, agama dan negara pasti mengatakan Mubarak seorang pemimpin yang ADIL dan BERSIH.
Tetapi mengapa apabila beliau ditubangkan oleh anak-muda rakyatnya sendiri melalui demonstrasi, beliau dan anak beranaknya kini dituduh itu dan ini????????????????????????
utk Anon 22:51:00
ReplyDeleteKenapa lak susah nak pilih?
Apa yang musykilnya....mmg sah-sah UMNO tu bapak rasuah, pelbagai skandal....pembohong...
yg PKR dan PAS...nya mcm-mcm tuduhan....tapi itu FITNAH...takkan mudah percaya dengan FITNAH ....tepuk dada tanya IMAN
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSPR kata pengendalian Pilihanraya di Malaysia adalah telus, kalau ada penipuan masakan 5 negeri dapat ke tangan PR. Biol punya alasan. Analoginya adalah mudah, macam pasukan bolasepak kebangsaan Brazil berlawan dgn Harimau Malaya, walaupun pengadil berat sebelah kepada Harimau Malaya dengan meghadiahkan 8 penalti kepada pasukan Harimau Malaya tetapi yg berjaya disepak masuk ke gawang Brazil hanya 6 jaringan. Sementara Brazil menjaringkan 12 gol ke gawang Harimau Malaya. Kesudahannya Brazil menang kerana Brazil lebih kuat dari Harimau Malaya. Lainlah kalau Malaysia berlawan dgn Vietnam, pasukan yg sama level, pengadil bias kat Malaysia, tentu lah Malaysia yang menang.
Takkan tak faham analogi kot!
What a stupid and childish analogy, and is that the best you can come up with?
ReplyDeleteAnd for you to think that your stupid and childish analogy on that football game can convert non-supporters of Bersih into one is even more "stupider", if there is such a word.
You know why? I will tell you later, but can you think of the reason yourself?
I highly doubt it. So, prove me wrong bro, please do.
Figo
Saya tak dapat bayangkan bentuk PM yang Malaysia ada? Kalau dah cakap boleh gunakan Stadium melalui media dan Rakyat menyaksikannya, maka jangan lagi berdalih dan tepatilah janji kamu selaku PM. Ini maruah. Ini kedaulatan.
ReplyDeleteKalau perkara kecil inipun tak boleh ditepati, sama-samalah fikirkan jenis PM apa yang Malaysia miliki.
"Observer"
Tuan zahari awang melalui Tuan Aspan,
ReplyDelete1) Polis, Suhakam, Aziz bari ataupun kita rakyat mempunyai tafsiran masing masing tentang kes ini. Dalam isu ini, Polis berfahaman bahawa ianya adalah kesalahan undang2 manakala tuan dan yang sepemikiran dgn tuan seperti suhakam dan aziz bari berfikiran bahawa itu tidak salah. Cuma bezanya kalian bukan penguatkuasa spt polis dan undang2 yg beri kuasa pada polis. Namun begitu, untuk pengetahuan tuan zahari, polis tidak boleh jatuhkan hukuman sesuka hati. Di Malaysia ini hukuman dijatuhkan oleh mahkamah bukan polis. Hujah di mahkamah lah bukan dijalanan. Majlis peguam kan ada utk bela. Harap tuan zahari dah faham sebagaimana ada org yg faham sistem mahkamah hingga memanipulasi hingga kes mudah jadi sukar, ada kes hingga 3 tahun masih tak settle lagi. Slogan Lawan tetap Lawan hingga dah jadi Tangguh tetap Tangguh.
2) Mengenai hal KDYMM SPBYDP pula, hal ini sepatutnya dah selesai jika Ambeega ambil kesempatan serahkan tuntutan 8 perkara pada masa itu juga. Tak perlu lah buang masa terpekik lolong merintih dijalanan.
3) Isu stadium ini perlu juga ambil masa. Stadium atau mana mana tempat pun perlu ditempah. Permit polis mestilah dipohon juga. Ini kan peraturan yg jelas. Kenapa golongan ini mrasakan sangat istimewa hingga rasa tak perlu patuhi undang2?Dah lah kalian ini sehingga hari ini secara rasmi masih golongan minoriti (talk about election result), tetapi sentiasa berfikiran bahawa majoriti rakyat bersama kalian.
4) Namun begitu, Tindakan hishamudin dan kuncu kuncunya memang tak gentleman langsung. Kerajaan sepatutnya uruskan semua sekali kerana ini titah Tuanku. Buatlah elok2, jemput golongan yg sentiasa rasa ditindas ini ke stadium merdeka. Paling lama majlis ini pun hanya 2 jam (dgr nya jam 2-4ptg). Polis kena pastikan lalulintas berjalan lancar. Hal permit polis dan stadium tu kan boleh diuruskan oleh NGO dgn nasihat polis. Apa yg nak disusahkan perkara yg senang. Yg haram kita halakan lah. Mereka ini pun rakyat Malaysia. Menteri amaran ini mmg slow sikit.
Satu soalan saja kawan-kawan yang dihormati. Will you guys be there on Saturday?
ReplyDeleteOr you are just arm-chair writers, stirring others but you are safe in the comforts of home.
Bet you dollars to donuts, our revered bloggers Tuan Aspan or bro Sak won't be there.
Quiet Despair,
ReplyDeleteSudah berapa hari anda tak sebut nama Anwar ya? Are you being jilted by him?
Selalunya kalau dua insan yg in love akan mengata di antara satu dengan lain. Tetapi anda marah seorang diri?
Heeeeee
zaidinali