20 July 2011

Lahirnya AMANAH

Saya mendapat jemputan untuk menghaziri majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) pada hari Jumaat, jam 9.30 pagi. Pelancaran itu akan diadakan di Dewan Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur. Walaupun saya telah mempunyai ‘engagement’ yang lain pada waktu itu tetapi saya mengambil keputusan untuk hadzir di majlis ini dan menangguhkan temu janji yang telah sedia ditetapkan pada waktu itu. Lagi pun teman lama yang saya telah berjanji untuk bertemu itu juga ingin menghaziri majlis itu bersama.

Majlis itu terbuka kepada semua pihak untuk hadzir tanpa mengira faham politik dan kepercayaan dan majlis ini sudah pasti akan mendengar perkara-perkara yang jarang kita mendengarnya.

Majlis Pelancarannya akan disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan tentunya ia menarik perhatian banyak pihak dan menghaziri majlis ini kerana beliau merupakan seorang di antara beberapa orang yang masih menjiwai isu-isu kemerdekaan negara kita secara 'magnanimous'. Tentunya beliau mempunyai pandangan dan idea yang lebih terbuka dan menjiwai keluhan dan kehendak rakyat ramai yang dikatakan hidup di dalam sebuah negara demokrasi.

Saya juga telah diminta untuk menjemput semua pihak untuk hadzir dan ramai juga yang telah menghubungi saya bertanyakan di mana majlis ini akan diadakan dan bagaimana hendak sampai kepada tempat pelancaran itu. Tempatnya ialah di Pejabat lama Jabatan Perdana Menteri , Jalan Dato Onn, dan amat mudah untuk sampai tempat ini.

Ada yang bertanya samada pihak berkuasa akan mengakan sekatan jalan raya dan sebagainya kerana sedikit sebanyak ada yang tidak mahu mengalami lagi semburan gas pemedih mata dan sebagainya.

Sesungguhnya Amanah Angkatan Kemerdekaan (AMANAH) ini adalah NGO yang halal dan terdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan majlis ini adalah majlis pelancarannya. Tidak ada apa yang perlu ditakuti untuk kemajlis ini kerana ia merupakan NGO yang bebas yang akan dianggotai oleh semua pihak tidak kira fahaman politik, agama dan apa-apa perbezaan sekali pun.

AMANAH bertujuan untuk mencari ‘point of reconciliation’ yang tepat untuk membantu kerajaan mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan semua pihak yang telah diperjuangkan melalui kemerdekaan negara kita dahulu. Apa pun keputusan yang hendak dilakukan imbangan di antara pihak-pihak yang berbeza wajar dicari dan diperolehi dengan penuh teliti.

AMANAH menginsafi yang tidak ada apa-apa yang akan berjaya tanpa perpaduan semua pihak dan semua pihak berharap penubuhan AMANAH ini tidak akan dijadikan isu pula oleh mana-mana pihak yang mempunyai pemikiran yang tidak terbuka.

Samada kita bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu yang berbangkit AMANAH akan tetap memainkan peranan untuk mencari pengimbangan di antara dua atau lebih pihak yang berbeza. Untuk mencapai itu tentulah salah satu ‘ingredient’ penting untuk mencapainya ialah dengan menimba dan mengetahui apa-apa perkara yang baik yang pernah kita capai dahulu dan apa yang akan memberikan kemungkinan untuk perpecahan pandangan yang membawa perpecahan sepanjang zaman.

Yang penting untuk kita dengar pada majlis itu ialah pandangan pihak yang tidak banyak memberikan ‘attention’ pihak media dan pimpinan kerajaan. Tentunya dengan ucapan yang akan di sampaikan oleh Tengku Razaleigh akan memberikan input-input yang baik bagi kepentingan semua pihak walaupun dalam keadaan berbeza pendapat. Bolehlah dikatakan bahawa T Razaleigh mewakili the ‘silent majority’ yang acapkali disebutkan oleh pemimpin kita.

Elok tidak payah diulas panjang-panjang tentang apa yang akan diperkatakan oleh TR di dalam majlis itu. Elok ramai-ramai datang untuk mendengar buah fikiran dan pandangan beliau setidak-tidaknya untuk membantu kita melakukan apa yang terbaik untuk negara kita.

Mungkin tempat duduk tidak mencukupi tetapi pihak penganjur akan cuba untuk membuat ‘adjustment’ di sana sini untuk memberi peluang kepada semua yang hadzir mendengar ucapan pelancaran oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dinanti oleh ramai itu.

Kita berjumpa di sana nanti. Kalau ada kesempatan kita minum kopi sama-sama.

Salam.

19 comments:

  1. Tuan Aspan,

    Jika diizin tuhan dan tidak ada halangan saya akan datang mendengar ucapan YBM Tengku dan mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan sdr.

    ReplyDelete
  2. Aspan,

    I shall be there. Eager to hear a speech from some on who has been in the quiet for along time bro.

    I have lofty regards for this man...the perfect gentleman, I must say.

    ReplyDelete
  3. sir,

    count me in. will be there.

    jason lee

    ReplyDelete
  4. it will be interesting event and worth spending time to listen sensible speech after along while.

    ReplyDelete
  5. Encik Aspan, saya tidak dapat datang kerana ibu saya akan menjalani pembedahan pagi itu.
    tetapi saya tahu TR akan berucap dengan baik dan mudah difahami isi kandungan ucapan beliau.
    anak saya akan hadir.

    ReplyDelete
  6. Selamat bersidang bro. Kita menungu laporan saudara mengenai ucapan YB Tengku.
    The buzz in town is he's gonna be our future PM. I attended a dinner last week and the same thing was said.
    Tapi soal pokoknya, adakah beliau akan dipilih bertanding dan adakah beliau mahu jika terpilih?
    He's still a force to be reckoned with in Kelantan politics. The great equation.
    Respected by friends and foes.
    Takkanlah nak harapkan Tok Pa atau Awe Adik saja kot.
    Dan adakah nak suruh dia bertanding di Gua Musang lagi setelah sekian lamanya? That seat is his for the asking.
    Apa kata dia bertanding di kubu kuat PAS dan jadi giant killer and simultaneously wrest back Kelantan.
    Tapi mestilah dijanjikan satu jawaran pentng.
    Tak acilahkan tolong kempen mati-matian menangkan BN dan masih menjadi MP biasa.
    Cannot be a PM-in-waiting forever.
    Age is catching up on him.
    We will see how he's slotted in the coming GE.

    ReplyDelete
  7. I've not heard Ku Li's speech for decades bro. No finance Minister in history of the nation delivered terrific budget speeches like this prince did.
    he was my boss and best of the many that i had worked for.

    ismail

    ReplyDelete
  8. A corrupt person will hate to work under Ku Li.

    badaruddin

    ReplyDelete
  9. Saudara Aspan,

    Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) itu sebuah pertubuhan atau satu badan kempen ? Sudah didaftarkan dan sudah dapat permit dari polis ?

    Negara Malaysia yang tercemar ini ada dua undang-undang yang berbeza satu untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk ahli dan pemimpin UMNO Baru.

    Bila tiba NGO dari UMNO Baru buat perhimpunan....

    "...Tidak ada apa yang perlu ditakuti untuk kemajlis ini kerana ia merupakan NGO yang bebas yang akan dianggotai oleh semua pihak tidak kira fahaman politik, agama dan apa-apa perbezaan sekali pun...."

    Ini disebabkan yang melancarkan majlis tersebut orang UMNO Baru.

    Dasar double standard.

    ReplyDelete
  10. Aspan,

    I judge in advance that Ku Li's speech will be a solid and with strong impact as it comes from a person who says right is right and wrong is wrong.

    It will be a reverberating one...I am sure. But that is what we need. I respect you for what you are....thick and thin with this great prince.

    hamdan

    ReplyDelete
  11. Encik Aspan,

    KuLi adalah seorang Statesman. Tetapi monopoli oleh ahli2 politik dalam Amanah akan menjadikannya mirip parti politik. Ini menambahkan kekosotan dan kemelut politik mengatasi kepentingan negara i.e. rakyat. Bagi saya Amanah lebih baik memperjuangkan membaiki dasar2 negara seperti:

    1.  Mengimbangi kuasa Perdana Menteri dengan legislative 
    2. Agensi seperti MACC dan SPR dibawah pengawasan Parlimen
    3. Penubuhan sub committee mengawasi  urusan kewangan negara, keselamatan negara, hubungan luar negara dan pelajaran.
    4. Parti2 politik dilarang mempunyai kepentingan dalam akhbar dan media elektronik

    Masa sudah berubah dan cabaran dunia kian komplex. Rakyat jelata perlu merasa inspirasi rakyat dihormati kepada sesiapa yang diamanahkan menjadi wakil rakyat. Semoga Malaysia bertambah maju.

    Selamat bermesyuarat.

    ReplyDelete
  12. silakan Aspan, isi borang keahlian jugak dan lobi masuk bertanding di PRU akan datang.

    Kalau dizinkan Allah, mungkin TR akan jadi PM ataupun akan terlepas bot sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. "yb" should have fought hard for kelantan ppl on the oil royalty issue since he is under "bn". i have read many of his good comments, yet all just talks. his news or speech on issues have already being said/use by others in the beginning from "dap" and "pas" long ago. he should have walk the talk then rather than just keep talking. eventhought ppl might say, it is never too late to start. but i feel, i prefer a party that really walk the talk. action do speak louder than words, not just another publicity stunt.

    salam...

    ReplyDelete
  14. Sy setuju dgn Assam pedas & Burn,

    Sy tak nampak apa2 yg Amanah akan mampu lakukan.. Adakah ianya Akan menjadi salah satu NGO kuasa pendesak yg mana segala cadangan penambahbaikan yg ianya bole/akan menggugat kuasa pemerintah skrg 'dibakul sampahkan'.. Sorry i'm sceptical, as per Burn said TR should walk than talk.. Otherwise he just be a hero on paper...

    ReplyDelete
  15. Posting saya semalam lebih teaser sahaja kepada perjumpaan hari ini.
    Saya fikir hari ini D-Day - penentu Tuan Aspan meninggalkan UMNO dan mengikuti parti baru Ku Li.
    Betulkan?

    ReplyDelete
  16. Tuan Aspan,

    Orang politik ini unik sekali samada mereka dari parti pemerintah atau pembangkang. Apa pun yg mereka buat tetap akhirnya kuasa politik juga yg di utamakan. Saya beranggapan bahawa Ku Li sedang memasang angan2 untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat di masa DSAI sedang dalam perjalanan ke Sg. Buluh Resort. Anggapan ini saya tahu tidak elok dan saya berharap anggapan saya ini salah.

    Saya teringat akan satu dari baris ucapan indah, antara lain berbunyi lebihkurang begini " jika kamu semua lihat ada seorang lelaki hampir botak kepalanya berlari walaupun keseorangan di tengah padang dalam ribut taufan dengan membawa bendera Semangat 46 itulah ambo" kisah penamatnya telah jadi sejarah.

    Namun begitu kita tidak perlu perlekehkan usaha seseorang. Saya yakin orang yang berusaha perkukuhkan bangsanya tetapi gagal adalah jauh lebih baik dari yang hanya tahu mengkritik ketika orang berusaha dan gelak ketawa sinis semasa orang gagal. Semoga Allah merahmati usaha Ku Li dan rakan rakan.

    ReplyDelete
  17. Pak Aspan,

    I would have preferred Ku LI to work with existing NGO such as BERSIH but then again it's already a miracle that Ku Li is moving and using a platform that is not UMNO. The main point is I'm really hoping that Ku Li has abandoned his "pet project" of reforming and/or changing UMNO. He should have seen it even in the late 80s and early 90s that UMNO was already beyond repair and beyond redemption.

    He should have stuck with S46 ideology then cos what he's trying to do with Amanah now is very much in the spirit of S46. UMNO that we have now is UMNO Baru and it never was and never will have the spirit of the 1940s UMNO. And that is a fact and plain as daylight. Better late than never, I suppose!

    Nick.

    Salam and GOD bless.

    ReplyDelete
  18. Kalau Ibrahim Ali muncul...AMANAH akan bertukar menjadi AMARAH!

    ReplyDelete
  19. Sdr Nick,

    I am delighted and fascinated by comment that comes from your inner self.

    You truly understand issues and problems of the current politics.

    Yes, I truly agree with you that UMNO is beyond repair and what AMANAH should struggle for is to enhance the spirit of UMNO through various NGOs which understand problems in order to come out with solutions.

    Insyaallah,we can count on Amanah to achieve at least to restructure the basic goal of united and civil Malaysian within the border of this blessed nation.

    Too early to tell things, but there should be some organic successes pretty soon.

    Thanks nick.... for your ideas and suggestions all these while and a lot of your opinion has been taken by us as very valuable input and guidance for us.

    salam

    ReplyDelete