21 July 2011

Rasuah itu adalah ketagihan tegar - elok dirawat di pusat serenti

Apa yang nampak oleh dua biji mata kita tidak semesti sama dengan apa yang dilihat oleh mata kita yang lagi satu, iaitu mata hati. Dua biji mata kita tidak mampu untuk melihat sejauh kemampuan mata hati. Biji mata kita tidak akan nampak apa yang ada di sebalik dinding tempat kita bersandar. Tetapi mata hati boleh melihat sejauh mata sekali pun jika kita telah sampai dan pernah berada di tempat yang dilihat oleh mata hati kita.

Saya nampak semua pokok yang ada di halaman rumah saya di kampong walaupun saya melihat dengan mata hati saya dari Subang Jaya. Saya boleh lihat sekarang ini bagaimana keadaan di Baitullah kerana semua kita telah sampai kesana. Begitu juga kita masih boleh nampak bagaimana rakyat yang sedang berjalan ke Stadium Merdeka untuk berhimpun secara aman telah digempur oleh pihak Polis tetapi dituduh peserta rally itu yang melakukan keganasan.

Saya juga nampak dengan mata hati saya bagaimana Baharudin Ahmad meninggal dunia semasa rally tersebut dan saya masih melihat dengan jelas bagaimana polis telah memancutkan air ber chemical kearah peserta-pererta rally yang hendak berjalan secara aman ke Stadium Merdeka. Mata hati kita juga nampak bagaimana ramainya peserta rally yang datang untuk menyertai perhimpunan itu walaupun polis tersalah bilang jumlahnya dan memberitahu kita jumlah kehadziran rally tersebut hanyalah dalam lingkungan 6000 orang sahaja.

Pandangan mata hati yang jujur akan membuahkan pandangan yang telus dan jujur terutamanya kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi. Pandangan mata hati juga mampu untuk membuat telahan yang paling hampir kepada kebenaran. Pandangan mata hati yang jelas juga boleh memberikan ‘intuition’ tentang apa yang akan berlaku lanjutan dari pandangan mata hati yang tajam itu.

Pandangan mata hati dan ‘intuition’ ramai itu semuanya menjurus kepada perasaan tidak sedap hati tentang nasib orang-orang Melayu serta rakyat negara keseluruhannya. Ahli-ahli dan pimpinan parti di peringkat bawahan hanya diperguna oleh pimpinan atasan untuk memperjuangkan keuntungan peribadi (mereka) dan tidak sanggup berkorban kerana kepentingan peribadi. Tenaga dan keringat rakyat di bawah di perah sehingga kering semata-mata untuk kepentingan pemimpin-pemimpin, isteri-isteri dan anak-anak pemimpin-pemimpin yang tidak pernah merasakan kesusahan hidup seperti ahli-ahli di bawah.

Kenapa begitu? Jawabnya ialah kerana renongan mata-mata hati yang tajam yang nampak jelas partinya akan terjerumus kepada keaiban jika masih tidak bersedia untuk berubah secara serius serta drastik dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Perubahan tidak mungkin terjadi di dalam UMNO kerana jika dilakukan perubahan yang besar maka perubahan itu akan menyekat mereka untuk bermaharaja lela dan memerah keringat rakyat lagi.

Sesungguhnya keenakan menjadi kaya raya terutamanya melalui rasuah adalah satu ketagihan yang tidak mungkin boleh diubati. Ketagih rasuah ini samalah seperti ketagih dadah yang tegar. Itu lah sebabnya ramai pemimpin yang tidak mahu langsung untuk memikirkan untuk bersara Ketagihan rasuah ini menyebabkan mereka bermati-matian untuk kekal dalam jawatan yang di sandang mereka. Mereka sanggup mengampu dan membodek pucuk pimpinan serta ahli-ahli keluarganya semata-mata untuk kekal di dalam nikmat kekayaan yang datang dari penat jerih rakyat yang ramai.

Keenakan duduk dalam kuasa akan membuatkan pemimpin-pemimpin yang ketagih kuasa dan keenakan ini melakukan apa sahaja, waimma menghancurkan pertubuhan politiknya sendiri. Pandangan rakyat tidak lagi di terima dan jika rakyat bangun menentang rakyat akan ditekan dengan kuasa-kuasa di tangan mereka untuk menindas perasaan rakyat yang ramai itu.

Rakyat tidak boleh berhimpun dan menunjukan ketidak puasan hati mereka walaupun secara aman. Perarakan yang aman di kecohkan oleh pihak polis dan akhirnya menyalahkan rakyat dan menuduh mereka sebagai perusuh. Sampai bila tekanan ini hendak dilakukan? Sampai bila?

Dalam pada itu mereka tetap hendak kekal dalam jawatan walaupun mereka sudah tidak lagi popular dan kedegilan ini tidak lain dan tidak bukan kerana ketagihan kuasa ini. Seseorng yang ketagihan dadah misalnya sanggup berbuat apa-apa sehinggkan ada kes penagih yang membunuh ibunya sendiri kerana ibunya tidak meberikan mereka wang untuk membeli dadah.

Itu sebabnya saya selalu menulis, jika pemimpin-pemimpin kerajaan itu sudah ketagihan dengan rasuah tiada jalan lain selain dari mengenepikan seluruh barisan yang sedang berkuasa dan yang sedang menghidapi penyakit ketagihan rasuah tadi.

Penagih-penagih ini harus di letakan di dalam pusat-pusat serenti agar mereka dapat dipulihkan agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Di pusat pemulihan itu mereka akan diajar segala ilmu fardhu ain dan diberitahu yang mana halal dan yang mana haram.

Mereka akan diberikan latihan untuk menjadi insan yang baik dan berdisiplin melalui latihan kawat dan senaman setiap pagi. Di pusat pemulihan itu juga mereka boleh diajar untuk mengakui yang ketagihan rasuah itu adalah satu dosa yang besar, sama seperti memakan daging saudaranya sndiri.

Rakyat sudah sampai ketahap sudah hilang kesabaran. Berbagai-bagai saluran digunakan untuk meminta mereka berubah tetapi tidak juga berubah. Akhirnya rakyat hendak berjalan secara aman ka stadium untuk menzahirkan kemarahan mereka tetapi di tahan dan di kecohkan oleh pihak berkuasa dengan pancutan gas pemedih mata dan kekecohan itu pula di alihkan kepada rakyat pula sebagai pihak yang merusuh.

Hendak berkumpul itu pun dijadikan sebagai kesalahan oleh akta dan undang-undang. Jika berkumpul lebih dari lima orang akan melanggar akta polis. Semuanya tidak boleh. Seluruh dunia memerhatikan kita dan mengkritik kita. kritikan masyarakat antarabangsa itu dianggap sebagai mencampuri hal ehwal negara kita. masyarakat antarabangsa pula yang bersalah.

Jadi yang tidak bersalah hanyalah mereka dari parti-parti kerajaan BN. Yang lain di seluruh dunia ini bersalah. Semuanya bersalah kecuali UMNO dan BN. Yang boleh membangunkan negara hanya UMNO. Parti lain tidak tahu membawa pembangunan. Kita hanya di minta mengenang budi UMNO sahaja. UMNO dan pemimpin mereka rasuah tetapi mesti juga di sokong kerana mereka pernah berjasa.

Jasa UMNO yang lepas-lepas itu mesti diingati dan terus disokong walaupun mereka sekarang melakukan rasuah yang besar-besar. Tidak boleh di tegur kerana jasa mereka banyak kepada rakyat. UMNO telah memberikan kemudahan api letrik dan air paip yang bersih. UMNO telah memberi subsidi gigi palsu. UMNO telah memberi lembu pawah kepada orang kampong. UMNO telah membangunkan bangunan yang tertinggi di dunia. UMNO telah melebarkan jalanraya dan sebagainya.

Maka kita wajar sokong UMNO walaupun mereka rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. UMNO itu lebih tinggi dari agama. Meninggalkan UMNO atau tidak memberikan sokongan akan di anggap seperti orang murtad. Yang berhak menjadi orang yang terkaya hanya lah pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat ramai tidak boleh walaupun mereka yang membayar cukai.

UMNO ini seolah-olah sudah ditarifkan seperti agama baru. Jangan dilawan mereka. Kuasa yang ada kepada mereka itu bukan datangnya dari tuhan. Ianya datang dari UMNO itu sendiri. Maklumlah segala pembangunan dan rezki rakyat itu katanya datang dari UMNO.Begitulah gayanya UMNO hari ini.

16 comments:

  1. Duit Rakyat ialah Duit UMNO. Duit hasil bumi ialah Duit UMNO jugak.

    Bab Agama, cuma UMNO yang betul dakwahnya.

    Bab pemerintahan, cuma UMNO yang tau memerintah.

    Bab rasuah, cuma UMNO dibenarkan berasuah.

    Bab keadilan, cuma UMNO yang tau keadilan.

    Bab demokrasi, cuma UMNO yang tau apa tu demokrasi.

    Habis, yang lain-lain semua duduk lah diam-diam, ambil gaji setiap bulan, nak rasuah teruskan le, dan jangan pandai cerdik sangat tanya ni dan tanya tu.

    Kita semua dah jadi robot dan dijadikan hamba kepada UMNO selama-lamanya termasuk cucu-cucu dan cicit-cicit seterusnya.

    Tu la yang kita pilih setiap 5 tahun dan tu la juga nasib yang akan diterima.

    ReplyDelete
  2. Dato Pan..

    The European left the worship of the divine king or ruler and throws them out the office. This is pre-Islamic disease. But in Malaysia UMNO Muslim now everywhere you go they worship of their tyrant..... They will do anything just to please their divine ruler. They are the follower of “The Gog & Magog” and essentially godless. Power is being used pitilessly to take from the poor and give to the rich.

    Now let’s see the followings similarities between these regimes.

    UMNO Regime = Tel Aviv Regime
    Both are worshiping the same God
    Jews kissing the wall & cry…. UMNO kissing the ground 5 x day and fart

    Jews arrogantly claim that they are the chosen people.... whereas UMNO claim they are more supreme (Ketuanan Melayu) than the others.

    Jews control world media, finance, economy.... but amazingly UMNO possessing more than that. UMNO posssesses such powers of deception that control almost everything on this soil. From natural resources (PETRONAS) Judiciary, AG, SPR, MACC, PDRM, SPRM, Perkasa, sex videos, C4, sodomy, DNA laws, Muftis, Friday's sermons etc..

    Jews are cursed by Allah bocoz they are mischief makers on this planet.

    UMNO will be the next...??


    1 Malaysia... 1 Israel

    Shalom...

    ReplyDelete
  3. Jika kita tidak boleh lagi tanya itu dan tanya ini, sudahnya kita mahu jadi apa?

    ReplyDelete
  4. Yes, UMNO always think that everything comes from them. God has nothing to do with our lives.

    Let them be!

    ReplyDelete
  5. Please, please! No ibrahim ali in Amanah. Please Tengku p;ease!

    ReplyDelete
  6. Salam Dato,

    Sepatutnya RASUAH ne di jadikan musuh NO 1 Negara. Mcm 1M'sia - No1rasuah gitu.

    Dah sampai peringkat Rasuah lebih bahaya dari Dadah. Contoh;1. pengedar dadah terlepas kerana rasuah. 2. kantung negara kempis akibat rasuah.

    Dari sini kita tau Kerajaan serius ke tak menangani gejala rasuah ne.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Aspan,

    Hiba rasanya untuk membayangkan nasib rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Tuan Aspan,
    Masalah rasuah di Malaysia ni bermula dari atas iaitu diperingkat pemimpin,nak jadi ketua bahagian rasuah ahli,nak jadi ketua cawangan rasuah ahli.
    Di pejabat kerajaan pun sama lebih2lagi di pejabat tanah,kalu tak hulur lambat le jawabnya,silap2 fail pun boleh hilang..
    Masalah ini dah jadi macam duri dalam daging,mereka anggap rasuah tu sebahagian dari pendapatan! Ada orang tu tiap2 tahun pegi umrah,mungkin yang cuba menghalalkan duit yang didapati cara haram tu,dah jadi macam trend,Ya Allah kau selamatkan lah bangsaku ini

    ReplyDelete
  9. Aspan,

    Even this issue has not been admitted nor resolved officially....

    Minister ignorant of link to brother - http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/41000-minister-ignorant-of-link-to-brother

    Malaysians Must Know the TRUTH: Home Minister Hishamuddin Hussein Onn's Brother, Haris, Still Owns 180,000 Shares in Liberal Technology - http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/06/home-minister-hishamuddin-hussein-onns.html

    Press bosses to silently protest against Putrajaya’s media council plan

    http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/press-bosses-to-silently-protest-putrajayas-media-council-plan/

    Najib Returns after Three-Nation Visit , Malaysian Digest - http://www.malaysiandigest.com/news/27699-najib-returns-after-three-nation-visit.html

    Bernama - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein were among "3,000 people" who greeted Najib upon his return.

    Najib says Bersih a bid to topple his government - The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najib-says-bersih-a-bid-to-topple-his-government/

    “We have never cheated in an election in Malaysia,” he told "some "Barisan Nasional (BN) supporters at Kompleks Bunga Raya in KLIA.

    Respect Islam and we will respect you, Najib tells Christians - The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/respect-islam-and-we-will-respect-you-najib-tells-christians/

    “We wish to tell our friends, the Malaysian Christians . . . if they respect us, we will also respect them,” he told "some 200" BN supporters at Kompleks Bunga Raya here.

    Scorpene scandal: ‘Truth will be exposed soon’ | Free Malaysia Today - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/22/scorpene-scandal-truth-will-be-exposed-soon/

    Scorpene lawyer arrested | Free Malaysia Today - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/22/scorpene-lawyer-arrested/

    All these upon his arrival back to KL...

    Another new International Political Scandal to conclude the Ketuanan UMNO/BN Bolehland show...

    As I had said...give them more rope & they will hang themselves.

    Looks like July 2011 will see the "Grave all dug out waiting to receive them..."

    You be the judge.

    Shalom.

    ReplyDelete
  10. Pak Aspan

    Anak itik turun ke sawah
    Bangau meraduk paruh disepit
    Orang cerdik pun makan rasuah
    Rakyat melihat mulut dijahit

    Buat kueh tiga ketul
    Gulai patin cicah serunding
    Kalau UMNO aje yang betul
    Kenapa Presiden tidak bertanding?

    ReplyDelete
  11. Pak Aspan,

    No other word i can uttered except THANK YOU. You have said what needed to be said.

    ReplyDelete
  12. yang lebih malang entiti yg di amanahkan/pertanggungjawabkan, SPRM/MACC PUN HAMPEIH DAN KORAP JUGAK..KES2 KECIK BUKAN MAIN LG GARANGNYA SAMPAI MATI KENA SIASAT..KES2 BESAR TAK BERANI NAK CUIT..KLU CUIT PUN 'HUJUNG2' JE..CONTOHNYA PKFZ, LESAP RM12BIL, DAKWA 2/3 RATUS JUTA JE..ITU PUN BELUM TENTU LG BOLEH MENANG

    ReplyDelete
  13. Pak,

    I'm very curious to hear your view and Dato' Sak too, on AMANAH, it's direction and especially it's core values and principle. So far from what I read and what I hear, only confirms my opinion on Ku Li and his thoughts which is "playing it safe" and "let's wait and see" or maybe he is waiting for a sign written in the sky. Engaging the government and "Non confrontational" stance will not endear him and AMANAH to the majority of the people especially the non Malays.

    What we need is for him to take the mantel of A statesman as many of us sees him and start becoming the glue that can bring all the parties on the side of rakyat (the various opposition parties, NGO, elder politician and the fledgling third force) together. Malaysia need a paradigm shift and we need it now. Ku Li must have seen it and realized that up till now all the political parties in Malaysia (opposition party included)adopt the style of government and politics from the same mould as UMNO's. This is no longer tenable. We need a new political direction and practices where the main function of a politician is to be the voice of the rakyat FIRST and party or affiliation SECOND.

    We must discard the practices of partisan politic and adopt people centric politic. The power to elect the PM minister must not be in the hand of a political party but in the consensus of MP IN THE PARLIAMENT (the appointment of the lawful Perak MB YB Nizar with the backing of DAP majority ADUN is a good example).

    The power to elect and to remove the highest position in the government must rest with the people. Otherwise, we will have the same kind of dynasty or the same kind of patronage "I help you and you'll support me" degenerative sickness seeping into the political and government machinery. And I don't believe that Ku Li with his numerous coterie of advisers can't come up with a solution that will bring about a new age in Malaysian politic. Rakyat is waiting and we were quite optimistic about Anwar for a period but now we can see that road is quite long winding and fraught with many risk that the rakyat should not be ask to take. So we are hopeful that SOMEONE will stand up and take the responsibility. IT NOW OR NEVER!

    Nick.

    Salam and GOD bless Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Mood anti UMNO/BN perlu diteruskan sehingga pilihanraya umum ke-13.

    Selangor nampak cerah peluang Pakatan Rakyat untuk kekal memerintah dengan program-program ternyata pro-Rakyat dan tak membebel kosong seperti BN dan nampak 'result' nya'.

    Khalid Ibrahim akan dapat sokongan padu rakyat Selangor. Bumiputra Sarawak akan buat kejutan dalam pilihanraya umum ke-13. Selepas pilihanraya umum, 'The ball is in Anwar's court'. Not an easy task for Anwar.

    ReplyDelete
  15. abang aspan,

    Why wasnt anyone from opposition invited?

    salam,
    abdul

    ReplyDelete
  16. SALAM TN. AA,

    ..NAK RAWAT MACAMANA?..YANG TUKANG RAWAT LEBIH TEGAR RASUAHNYA DARI YANG NAK DIRAWAT
    ..MACAM PENAGIH DADAH..DALAM TAHANAN/JEL LEBIH SENANG DAPAT DARI DI LUAR
    ..SEPATUTNYA KITA IKUT MACAM CINA KOMUNIS, SAPA2 DAPATI SALAH JE, HUKUM TEMBAK MATI, BARULAH BOLEH MEMBANTU MEMBASMI RASUAH
    ..DIBAWAH UMNO/BN NI, YANG RASUAH SERINGGIT DUA DIHUKUM, YANG BERMILLION2, BEBAS

    ReplyDelete