Titah Kebawah Duli Tuanku Yang diPertuan Agong semalam supaya kedua-dua belah pihak, Putrajaya dan Bersih (yang diharamkan oleh kerajaan) merupakan satu ‘face-saving device’ bagi pihak yang memerintah. Campur tangan Yang diPertuan Agong itu banyak memberikan kita kefahaman dan penilaian terhadap isu yang sedang negara hadapi.
Pihak Polis telah menyatakan secara terbuka yang tidak ada lagi perundingan dengan penganjur rally ini dan setiap kuasa yang ada kepada mereka (polis) akan dipergunakan untuk memastikan rally itu tidak terjadi. Pemimpin-pemimpin UMNO pula mundar mandir dengan kenyataan-kenyataan yang bengis dan marah-marah kerana isu ini. Cara mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) menampakan pengakuan mereka yang penganjuran rally ini membuatkan mereka panik sehinggakan tiada lagi jalan yang mereka nampak selain dari mengharamkan pertubuhan NGO (Bersih) ini.
Kata-kata sudah terlanjur. Mata berpandangan, budi kedapatan. Rakyat yang ramai sudah mulai merasa bosan dan mual dengan keadaan yang berlaku. Semua tindakan reaksi kepada Bersih kesemuanya tindakan politik dan kata-kata pun merupakan kata-kata politik. Kelemahan kita semakin hari semakin jelas dilihat ramai. Oleh kerana mereka (pemimpin) hanya pandai ‘politicking’ mereka menganggapkan segala perbuatan orang lain itu adalah tindakan politik.
Takut pada bayang-bayang sendiri semakin kuat. Perasaan rendah diri semakin menebal. Perasaan takut kian menghantui mereka dan jalan yang terbaik untuk melindungi perasaan takut dari pandangan ramai ialah dengan menangkap dan cuba memomokan yang tindakan pengajur rally ini sebagai tindakan politik.
Bebagai-bagai tuduhan dilemparkan terhadap penganjur terutamanya terhadap Ambiga, pengerusi Bersih. Ada pemimpin terutama negara menggunakan isu agama dan isu Lina Joy untuk membuatkan orang ramai tidak mengikut rally Bersih ini. TV1 dan TV3 serta Utusan dijadikan seperti lapang sasar menembak. Ketua Polis Negara dan Timbalannya bercakap seperti ahli Politik.
Semasa terdesak diperguna segala alim ulamak untuk mengulas rally ini dengan interpritasi agama yang memihak terhadap mereka di kaca-kaca TV dan media cetak. Rally ini haram mengikut itu dan ini dalam agama. Orang yang menyertai rally itu musuh negara dan itu melanggar hukum agama. Tidak pula diminta pemimpin yang rasuah juga adalah melanggar agama.
Menuduh penganjur rally itu sebagai komunis itu fitnah tetapi tidak pula melanggar agama kepada ulamak yang memihak kepada ‘the buttered side of the bread’. Semuanya melanggar agama kecuali mereka yang berkuasa yang menggunakan segala-galanya untuk melakukan kerja hina dan keji.
Maha Guru silat, Omar Din berkata yang beliau tidak benarkan sesiapa melangkah setapak untuk ber rally ini. Jika dilakukan juga ribuan ahli silat beliau akan bertindak dan sanggup berperang habis-habisan. Entah siapa yang hendak berperang kita tidak tahu. Yang penting mesti tunjuk garang.
Belum pun rally dilakukan tangkapan sudah dilakukan. Malahan pihak yang tidak mahu rally ini di adakan sudah pun melakukan demonstrasi besar-besaran diPulau Pinang dua hari yang lepas. Api mahu dilawan dengan api. Segala-galanya ini membayangkan betapa kecilnya jiwa pemimpin yang kononnya akan membawa perubahan dan transformasi yang besar kepada politik dan ekonomi negara.
Pemimpin kita tidak ada rasa segan dan silu untuk berucap berapi-api sedangkan mereka yang berucap berapi-api itu sendiri tahu yang apa yang mereka ucapkan itu hanyalah retorik kosong yang diulang berkali-kali yang tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Kita hanya duduk ditepi melihat gelagat dan sikap pemimpin-pemimpin yang hanya memaparkan ‘disposition’ mereka saling tidak tumpah seperti pelakon filem Bollywood semata-mata.
Hishamudin Husein bertindak mengharamkan Bersih. Belum pun musuh menghampiri keris sudah keluarkan. Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun di sanggahnya’.
Maka terguran Kebawah Duli Tuanku YDPA merupakan ‘face saving device’ bagi Najib dan barisan pimpinannya. Najib sekarang dapat mencari jalan untuk berunding dengan teguran diRaja itu. Untuk beliau memanggil kembali pihak Bersih untuk berunding sudah tidak boleh lagi kerana sebelumnya pihak yang berkuasa termasuk Polis telah dengan angkuhnya menyatakan yang rundingan telah ditutup.
Keadaan ini merupakan satu hikmah yang membuktikan Institusi Raja itu terlalu penting kepada rakyat. Kepada anak-anak muda, fahamilah, jangan mencaci Institusi tempat kita berlindung seperti apa yang dilakukan oleh parti UMNO pada tahun 1993 dahulu. Suara-suara yang berlindung di sebalik Raja sekarang ini cukup untuk membuktikan yang negara berbagai kaum ini amat memerlukan Institusi ini. Semasa berkrisis dengan Raja-Raja dahulu (1993) pemimpin-pemimpin UMNO telah membelasah Raja-Raja Melayu tanpa sempadan.
Jangan semasa terdesak Raja-Raja itu baik, tetapi apabila sudah kuat Institusi ini ditempeling seolah-olah Raja Melayu ini lebih rendah darjatnya dari pemimpin-pemimpin kita. sejarah telah memberikan pelajaran kepada kita. Yang garang-garang dengan Raja Melayu dahulu sekarang berlindung di sebalik ketiak Raja.
Jangan pula koyak ketayap di kepala kerana lonjak dan kesombongan kita sendiri.
Ketua Polis Negara dan Timbalannya bercakap seperti ahli Politik....?
ReplyDeleteHahahaha.... Apabila "Bukit Aman tidak lagi Aman" ... ketua2memegang watak & gaya ala gangster.
Timbalan IGP Abdul Khalid Abu Bakar bukan main lg bergaya sejak naik pangkat.... kenyataan beliau terlalu ego, bongkak, sombong, bercakap mcm budak rempit. Sebenarnya beliau mesti menunjukan pendekatan yg lebih profesional sesuai dengan kedudukan sebagai pelindung rakyat.... bukan pelindung UMNO.
Bakar...jilat tu biar la pelan2 sikit ... nanti cepat climax cepat game..... Hahahahah
well said Sir, it is spot on!
ReplyDeletepity, the blinded holigans are not willing to open their senses or analyst thoroughly to see and know the happenings surrounding them, even thought it happened right infront of their eyes. as an adult, it is a shame for younger generations to look upon at their display attitude. geez, this ppl really need to grow a little more to understand what life have to offer for the future when it is cleaner and fair.
salam...
Salam,kupasan yang menarik..saya cukup berbangga bercampur sayup melihat pemimpin Bersih dan pemimpin pakatan yg kelihatan cukup tenang dan profesional sepanjang provokasi tanpa henti di lakukan oleh umno,sepanjang 3 minggu,seminit tidak diberikan untuk PR menjelaskan isu Bersih di kaca tv..kalau Bersih dibatalkan ada hikmah besar di sebalik isu ini..rakyat boleh menilai siapa sebenarnya penghuru hara..kita boleh melihat gelagat2 pemimpin daripada Khairy sehingga ke Ibrahim yg berebut menyerlah kan bakat.. saya setuju dengan Aspan Alias tentang TKP,yang paling menyedihkan apabila Timb KP berkata2 dah macam ahli politik,bongkak dan hidung tinggi melangit..sebagai muslim manusia hanya perlu takut pada Allah S.W.T kerana dialah penentu segalanya..Kuatkan Islam dan Iman..Salam..
ReplyDeletethis is not a comment!
ReplyDeletejust wanna share this clip in youtube to you if you have not seen it.
http://www.youtube.com/watch?v=5d5jDwzZ9Rk&feature=player_embedded#!
and a bahasa version.
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=shpQ8twAu4E&feature=related
you may delete this after viewing.
salam.
redha aje lah..yg menyampah dengan bersih yg tak brapa bersih ni lebih ramai dari yg suka..
ReplyDeleteBN amat gerun dgn Bersih kerana mereka sedar mereka tidak mempunyai banyak penyokong. Mereka sedar mereka menang pilihanraya dgn menipu. Jadi mereka amat gerun sekiranya isu-isu yg akan dibangkitkan akan mempengaruhi rakyat. Mereka sedar walaupun mempunyai media massa yg hebat tetapi ianya tidak mampu untuk menangkis isu-isu tersebut kerana mengalami masalah credibility. Isu mengancam keselamatan negara tidak timbul sama sekali. Yang ada ialah ancaman terhadap keselamatan BN. Mengancam keselamatan negara adalah salah tetapi mengancam keselamatan BN tidak salah sama sekali kerana BN sendiri pun mengancam keselamatan PR.
ReplyDeleteAda org kata (malah SPR pun turut mengatakan) bahawa jika pilihanraya tak adil bagaimana PR menang di 4 negeri? Lihat contoh ini: Bawa pasukan Manchester Utd lawan dgn Negeri Sembilan dan lantik pengadil Malaysia (yg sudah tentu berat sebelah) utuk mengadilinya. MU masih mampu menang 3-0 tetapi kalau pengadil yg tidak berat sebelah MU akan menang 10-0. Dgn itu bolehkah kita kata pengadil itu adil semata-mata kerana MU masih menang. Kesimpulannya kalau SPR betul-betul adil banyak negeri akan jatuh dan Kerajaan Persekutuan juga akan jatuh.
dpd: suruhanjaya penyelewengan pilihanraya [sppr]
Keadaan yang dicetuskan olih Umno dgn dibantu olih Polis mereka mengakibatkan ketegangan ni, dan amaran pertama Agong.
ReplyDeleteSaya sangat berharap lah supaya
Agong menggunakan kuasanya dibawah Art.150 Fed Consti untuk mengistihar Emergency, dengan tujuan meredakan ketegangan ni. Selepas tu Agong bolih melantik T.Razaleigh jadi PM yg mengetuai emergency kabinet selama 2 tahun. PM dan Kabinet sekarang digantung tugas atau di dismissed.
Tugas utama emergency cabinet ialah untuk menyediakan satu pilehanraya yg adil, saksama dan transparent.
Aku tengok Hisham dan Najibnya sangat bodoh dlm menggendalikan isu Bersih ni. Lepas tu pi arahkan melayu2 bodoh dlm polis pi tangkap orang pakai T shirt atau sepatu atau seluar dalam cop Bersih. Apa punya melayu bodoh.
"Yang garang-garang dengan Raja Melayu dahulu sekarang berlindung di sebalik ketiak Raja."
ReplyDeleteApa yang hendak dihairankan ?
Dalam ucapan kepada orang Melayu di kampung, UMNO membelasah orang Cina.
Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO sanggup duduk di bawah ketiak taukey-taukey Cina, hanya semata-mata untuk mendapat habuan wang.
Itulah pemimpin-pemimpin UMNO yang talam dua muka and dalam Islam dikata sebagai munafik (hypocrite) ...
SELAMA INI KITA NAMPAK SEJAK ERA pAK lAH KITA NI AHSYIK BERPOLITIKING.. SEMUA NAK JAGA NAMA AGAR "KANTAU" TAK HILANG.. JAWATAN BESAR BEB "KANTAU" JUGA BESAR...SPRM NAK SIASAT PUN PAYAH.. TUDUH NANTI BUAT MALU SPRM SEBAB KES D BUANG ...SUSAH NAK KIRA DUIT BYK2 NI.. DOKUMENT PUN SEMUA IKUT PERATURAN..ADA PEGUAM DAN KONSULTAN UTK ITU SEMUA.. IKAN BILIS MANA ADA..SENANG SPRM " NYAP SAYOT"
ReplyDeleteSalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSurat Hadi Awang kpd KDYMM YDPA menunjukan kematangan beliau. Harap PAS guna kesempatan ini untuk mengetuai rombongan mengadap Tuanku. Pasti Tuanku akan terima kerana titah Tuanku telah PAS patuhi. Saya gembira jika PAS yang mengetuai misi ini. Kita tunggu langkah PAS seterusnya. Jangan biarkan parti lain hijack misi ini.
Dalam masa yg sama harap Tuan Aspan bersabar lah. Dah la tu. Beri peluang jantung tuan kembali normal. Saya juga seperti tuan, ahli UMNO yg menyampah juga dengan kepimpinan sekarang ini. Cuma saya tidak bersetuju dengan demontrasi jalanan. Biarlah kita ubah melalui saluran pilihanraya. Sebab itu saya amat berharap PAS kali ini lebih serius untuk bertanding di kesemua kerusi UMNO. Gandingan mantap PAS dan DAP akan menjadi alternatif terbaik kepada BN. Berilah rakyat peluang untuk memilih. Dengan adanya Mat Sabu, PAS tak perlukan DSAI sebagai penghubung. Kena yakin bahawa melalui jalan damai pun kita boleh berjaya.
La rupanya belum minta izin nak jumpa Agong pun!!! Kena tipu je lah korang dgn si Ambeega ni. Kan dah malu bila Agong kata sedia terima mengadap.
ReplyDeleteBila KBDYMM capur tangan UMNO mainkan isu DERHAKA pulak.Kalau macam ni negara tak akan reda dengan huru hara
ReplyDeleteFace-saving device for Najib? Come on. It's for Ambiga.
ReplyDeleteShe can use this as an excuse to call off the demo. But on TV tonight she was evasive. Looks scared but still saying wanna meet the Agong. Excuse me, for what?
Perkasa and Pemuda UMNO have called off theirs. But caution if Ambiga still proceed with the demo, they will fight back.
Ambiga has too much going not favorable to her. Police is now investigating claims that she has been receiving funds for the demo from foreign sources deposited at a bank owned by an opposition leader. Maybe Anwar.
There are protests at Istana Negara calling for her citizenship be revoked and that she be stripped off her title.
Agong's advice is a blessing in disguise for her to make an exit and not lose her dignity. She can use the excuse that she has to because of Tuanku's advice.
She jolly well knows the demo will be a wash-out and will only be participated by mat rempits, jobless and gawkers.
My telefone karat says the man she's fighting for - Anwar- and family is already leaving for Germany.
Typical for him, when the heat is on, he escapes.
Ambiga s fighting a lone losing battle. She wants the world attention like the US media, Amnesty International and Human Rights to say we are a repressive nation.
P.S. I wrote a longer version earlier but you deleted it Tuan Aspan.
Quiet Despair,
ReplyDeleteIn every comment you never forget to mention about Anwar.
Are you in love wth him? We've forgotten about him but you never seem to be able to mention about him.
You must be deeply in love wth him!!
jasen
apa la susah sgt kjaan BN nak handle bersih ni...
ReplyDeleteini cadangan nak kasi ajar ;
1. tentu jln drp mula sampai ke istana agong
2. aturkan segala 'peralatan' yg ada- polis, askar, fru, kru, rela, ulama muda dll berbaris kiri dan kanan jln drp mula sampai ke istana agong.
3. bagi la peserta bersih ni berjalan dgn beratur di tengah2nya dgn 2 barisan drp mula sampai ke istana agong
4. bila sampai di istana agong, alatan-alatan tadi boleh la melingkung pula kawasan tersebut dgn kereta kebal ka, kapal selam ka sehingga selesai puak2 bersih meluahkan isi hati dan menyampai tuntutan kpd DYMM Agong.
payah ka nak buat ni ? kalau payah tak payah jadi pemerintah la..
pakya sedaro aku pun melayu.
jasen
ReplyDeleteYou are right indeed, hehe. He's like Thaksin. Hovering and haunting us despite his absence.
Quiet Despair
ReplyDeleteApa2pun yang berlaku selepas ini, yang pasti BERSIH/ 2.0 sudah mendapat publisiti yang meluas yang dilakukan oleh UMNOBN sendiri
Yang pasti warna kuning menakutkan UMNO
kalau susah sangat nak diteruskan perhimpunan tu....,apa kata kalau di tukar jadi larian rakyat "BERSIH 2.0" macam larian 1 malaysia tu atau larian feel good run ...atau macam larian-larian amal yg lain tu!!!.....kita sama-sama tengok boleh tak,..kalau boleh ,rasanya tentu ramai yg datangkan siap bawa ahli keluarga lagi tu...rasa-rasanya cara tu boleh kot.
ReplyDeleteNajib ada beberapa "option" dalam mempertahankan kerajaan kroninya. Tetapi dia kena ingat kesemua manusia ini berlindung dibawah naunganNya( "trump card" yang digunakan oleh Naajib juga tidak terkecuali) Beginilah jadinya jika kita berlebih-lebih dalam masa berkuasa ini. Option kita sebagai orang biasa yang "tertindih" ini, banyak-banyaklah berdoa agar dilimpah iniayaNya agar kita bebas dari penginayaan yang telah berlanjutan sejak sekian lama. AMIN.....myi
ReplyDeleteWhat a piece! Reading in BM is tiring for me (have to refer to dictionary all the time) but you have nailed it on the kisser. Heheh, hope to read more.
ReplyDeleteanon 23:39
ReplyDeleteCadangan yg bagus.
Cuma larian tu patut dinamakan "Larian Negara BERSIH,Rakyat Sihat".
Semua digalakkan pakai kuning.
As usual my comment is simple and straight forward....just vote the BN out and solves all problems. If there is any problem cropping up it would be a fresh one..not the same old problems. Just scratch X with 2B pencil against BN in the polling booth.
ReplyDeleteAnon 23.20 July 4
ReplyDeleteYes like I said in my earlier deleted comments, Bersih has made its point and duly noted.
In actuality there's really no point. EC has replied to all their misgivings point by point.
So what is the excuse for Ambiga to meet Tuanku over the issue before calling off the world demo.
She's got the world attention she craved for painting Malaysia in a bad light.
It's clear as day, she has other fish to fry. Nazri Aziz and some in the BN say she wants to be an MP next. I tend to believe.
Wonder why Anu-War and Mat Sabu fail to see this. It may turn out Ambiga is using them and not the other way round.
Silap-silap hemat, Ambiga yang jadi PM jika pembangkang menang.
Terbanglah semutar Tok Guru dan Ustaz Hadi.
Mana boleh perempuan dan agama lain pula jadi PM, kan.
Dan Anu-War, LKS dan Karpal hotlah. Mereka ada dynasty yang perlu dprotect, preserve and propagate.
Who has the last laugh? Tralala.
Johnwayne ........ from waht you said, you seem to be confident that the whole election process is clean and fair. What a voter need to do is just to scratch X with 2B pencil against BN.
ReplyDeleteIf that's the case, what is the fuss with Bersih all about?
Jilatslow2 .... this is a comment from someone that I don't mind not having on my side. Childish and of lowest of quality. Shows challenged and troubled ubringing. Perhaps, not going anywere at his job too.
dpd: suruhanjaya penyelewengan pilihanraya [sppr].... boleh kasi concrete proof of facts and figures tak? If not, senang saja lah org macam Ambiga nak perkudakan org macam hang.
manoq
Negaraku,tanah tumpahnya negaraku..
ReplyDeleteApabila org bercakap tentang politik,ia tidak mampu lari dari Definisi kuasa..
Apabila sesuatu tuntutan itu direspon dgn kata2 berbau Politik,ianya tidak akan lepas dari kepentingan org yg memberi Respon..
Jelas sgt Respon yg diberi melalui Media Arus perdana terlalu Defensif dan menampakkan ia mahu membina kubu pertahanan dgn mengerahkan mesin2 yg boleh bercakap memberikan definisi yg sama versinya wlwpun bidang yg diwakili mereka itu berbeza-beza..
Hanya org yg kaku pemikirannya sahaja yg akan menelan agenda Mind Control yg bersifat Half Thruth yg disuapkan oleh Media harian ini..
Kata2 yg diungkapkan semuanya menjurus kpd Emosi yg sama..
Apakah tujuannya hanya satu yakni membangkitkan Emosi umum dgn tuduhan2 retorik spt Komunisme sedangkan sistem yg mereka junjung nyata lg terang Kapitalismnya..
Maka org2 kaku dan kurang cerdik bisa termakan dgn kata sebegini krn Org Melayu sudah diajar beremosi wlwpun org lain cuba mengajak mereka berbicara secara Ilmiah..
Tuntutan Sekelompok manusia yg mahu kata2 mereka diberi perhatian berdasarkan penilaiannya dijawab secara Emosi dgn mengerahkan semua entiti yg punya kuasa Inforcement utk memberikan halangan kpd aduan yg ingin disampaikan kpd DYMMYDA..
Samalah jua umpama seorang hamba rakyat yg ingin mengadukan hal kpd Sultan ttp hasratnya itu dihalang oleh pembesar2 Istana dgn mengarahkan laluan dari kediaman hamba rakyat itu di sekat supaya langkahannya tidak smpai ke Istana Sultan..
Sudah Pastinya halangan2 yg cuba dibina itu mewakili kepentingan pembesar2 Istana sehingga semua ketua kg dikawasan yg akan dilalui oleh hamba rakyat itu disediakan onak dan ranjau supaya langkahan itu tidak sampai kpd penerima aduan..
Mujur DYMMYDPA merupakan Sultan yg berjiwa rakyat lalu menengankan keadaan dgn memberi nasihat yg luhur lg berhikmah..Daulat Tuanku!!
Jika pembesar merasa diri mereka itu terselamat maka jelaslah pembesar2 itu juga merupakan org yg kaku pemikirannya krn menganggap DYMMYDPA menyebelahinya...
Perlu diingat bahawa jawatan yg mereka sandang itu perlu kpd perkenan DYMMYDPA lalu amanat yg diberi oleh Baginda itu sebenarnya satu teguran kpd pembesar ttp oleh krn Baginda Raja yg berjiwa Rakyat maka titah baginda disampaikan dgn bahasa yg lunak..
Kelunakan bicara Baginda itu sebenarnya adalah sindiran kpd penguasa supaya bersikap lunak juga kpd hamba Rakyat krn Rakyatlah yg menjadikan sesuatu kerajaan itu wujud keberadaannya..
Jika ada yg mengatakan ramai yg menyampah atau tidak suka kpd tuntutan bersih itu,ia sekali lg kenyataan bersifat defensif dan memandang rendah Ambisi rakyat yg kebanyakannya bersifat sabar dan hanya bertindak mengikut ketika yakni ketika PRU 13 berlangsung..
Untungnya pd penguasa hanya keuntungan bersifat sementara krn entiti Inforcement disekeliling mereka yg menyebabkan mereka berfikir keadaan menyebelah mereka..
Tp disatu sisi,ia adalah repord Kad yg byk catatan Pena Merah utk hamba rakyat menilai keboleh percayaan mereka terhadap amanah mereka lalu akhirnya Hamba Rakyat jua yg akan membuat keputusan di hari JUDGEMEN yakni ketika PRU 13..
Bersih telah mencapai objektifnya wlwpun tarikhnya blm tiba 9 July ini krn DYMMYDA telah menyindir pegawai kerajaannya dlm bicara lunak Baginda..Dulat Tuanku!!!!
Perkara yg perlu bersih selesaikan kini hanya kpd perkara2 yg bersifat teknikal krn persepsi umum terhadap kerajaan BN tlh berjaya mereka tingkatkan kompisisinya lantaran sikap defensif penguasa dan Respon Media Arus Perdana membantu hamba Rakyat meyakinkan diri mereka utk mereka membuat penilaian mutakhir pd PRU 13 Nanti..
PRU di negara Thailand memberi isyarat kpd kita bahawa Pembuat2 dasar yg mengurus kerajaan itu boleh ditukar krn itulah fitrah sistem Demokrasi ditambah dgn sikap tentera Tahiland yg menerima pilihan Rakyat sebenarnya satu sindiran kpd Entiti2 inforcement dlm dinia Demikrasi ttp DYMMYDPA tetap besemayam ditahta Baginda selaku Payung negara..
DAULAT TUANKU!!!!
Hakikat yg sebenarnya skrng, rakyat akan b'tambah mnejauhkan diri dari BN/UMNO kerana tindakan s'gelintir balaci balaci UMNO serta tindakan keras pihak polis yg tlh d'pergunakan olh UMNO (Hishamuddin Hussien Onn), menyebabkan UMNO b'tambah dbenci olh rakyat marhaen. Mereka skrng sdg menunggu masa utk menjatuhkan kerajaan yg sdg mmerintah skarg melalui peti undi dlm PRU ke 13 nanti.
ReplyDeleteSaya juga skrng m'rasa meluat dgn apa yg berlaku skrng dan s'bagai pengundi tanpa parti, saya akan tentukan undi saya b'pindah kpd p'bangkang kelak. Ini janji saya yg tlh t'maktub dan tidak dapat dubah lagi.
Alangkah baik dan eloknya jika kerajaan yg ada menyelesaikan p'masalah yg timbul dgn bijak, tanpa menurutkan nafsu. Akan lebih ramai lagi menyayangi UMNO, tapi skrng sebaliknya yg berlaku sampaikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong sendiri t'paksa menitahkan nasihat, malangnya tidak diendahkan oleh para balaci balaci UMNO serta PDRM.
Apa lah nak jadi dgn Malaysia skrng, agaknya Malaysia boleh?...
Tuan Aspan,
ReplyDeletePenjelasan yg baik dan mantap. Perangai UMNO dari dulu, kini dan selamanya memang bagitu. Apabila terdesak DYMM SPB lah yang selalu menjadi penyelamat mereka. Kalau zaman Mahathir, penyimpan mohor raja2 dijadikan perisai untuk membatalkan debat antara UMNO dengan PAS.
Apa pun kita berterima kasih atas campur tangan Agong bagi menanggani isu ini.
Polis, SPR dan menteri2 UMNO sudah malu tapi puak jenis ni memang tak pernah ada jiwa pemalu. Lantaklah apa orang nak kata.
Harap Agung dapat nasihatkan supaya BERSIH teruskan pada 9 Julai, KJ pada 10 Julai, PERKASA pada 11 Julai dan Umar Din pada 12 Julai. Dengan bantuan pasukan polis sebagai pemamantau. Atau mana2 tarikh lain asalkan tidak bertembung di antara satu dengan yang lain. Bawa dan kerahlah penyokong semaksima mungkin untuk turun membuat demo aman.
zahari awang
Quiet despair,
ReplyDeleteYou are a UMNO typical. Tak boleh dibawak kemajlis. menyibuk dengan otak udang mu.
braim
QD is a parrot for corrupt government.
ReplyDeleteilham
Aspan,
ReplyDeleteThat fella Hishamudin will create ripples once he opens up his smelly and noisy mouth. Anybody realize that?
On the side of the gomen, there are so many Ibrahim Ali's. This is where the problem lies.
ReplyDeleteKalau ado sorang lagi macam Quiet Despair, hancur Malaya ni.
ReplyDeleteAspan kalau Ambiga jadi PM ditakdirkan saya rela terima dia daripada saya menerima orang Melayu yg Islam tapi mengamalkan rasuah. Lebih bagus saya terima yang kafir tapi mengamalkan nilai Islam.
ReplyDeletePak Mudim
Kalaulah Bersih sudah diistiharkan haram oleh Hishamuddin, apa dan di mana jua aktiviti diadakan boleh diambil tindakan undang-undang - sama seperti kumpulan Kongsi Gelap atau Parti Komunis Malaya.
ReplyDeleteKini Najib membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di dalam stadium. I wonder how Hishamuddin is going to reconcile. Apakah perintah pengharaman tersebut sudah ditarik balik ?
Sdr Quiet Despair
ReplyDelete"Bersih has made its point and duly noted.
In actuality there's really no point. EC has replied to all their misgivings point by point.
So what is the excuse for Ambiga to meet Tuanku over the issue before calling off the world demo.
She's got the world attention she craved for painting Malaysia in a bad light.
It's clear as day, she has other fish to fry. Nazri Aziz and some in the BN say she wants to be an MP next. I tend to believe.
Wonder why Anu-War and Mat Sabu fail to see this. It may turn out Ambiga is using them and not the other way round.
Silap-silap hemat, Ambiga yang jadi PM jika pembangkang menang.
Terbanglah semutar Tok Guru dan Ustaz Hadi.
Mana boleh perempuan dan agama lain pula jadi PM, kan.
Dan Anu-War, LKS dan Karpal hotlah."
Dari segi teknik merangka dan megenalpasti masalah2 yang mempunyai persamaan, sdr menggunakan Teknik Sinektiks -cara analogi FANTASI - mencari analogi yang dikhayalkan
Betul atau tidak, kahyalan sdr di atas kita sama2 tunggu dan lihat sama ada Datuk Ambiga akan menjadi PM Malaysia suatu hari nanti.
Kesian Rakyat, ceritalah apapun... harga barang tetap naik. Mungkin yang berkuasa ni dah pekak dan tuli menganiayai manusia yang menaikkan mereka.
ReplyDeleteGaji juruteknik dan amah indonesia dah hampir sama. Mudah2an mereka yang menganiaya ini akan tersandung.
Anon 5 July 2011 20:36:00
ReplyDelete"Kini Najib membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di dalam stadium. I wonder how Hishamuddin is going to reconcile. Apakah perintah pengharaman tersebut sudah ditarik balik ? "
Bukan sahaja Najib membenarkan BERSIH/ 2.0, malah KBDYMM Agong pun memberikan perkenan.
Setakat ini Hishamuddin tak mahu reconcile, kerana beliau sudah pun mengarahkan POLIS mempastikan pengajur perhimpunan BERSIH/ 2.0 ada mengemukakan permohonan permit yang detail. Apakah detailnya? Sama2 kita tunggu.
Saya ssalut QD kerana berani bercakap benar dalam lautan taksub PKR dan Bersih di forum ini.
ReplyDeleteSyabas. Kalau yang benar tu memanglah orang tak suka dengar dan dicap sebagai cakap bodoh.
Kami di luarpun bersama BN tapi tak pandai menulis seperti anda.
Terrorlah you punya omputih language.
Win-Win situation. Dua dua pun dapat muka lah.
ReplyDeleteYang tak dapat itu yang tengah merajuk..
Croak , croak , croak,
shittt , shittt , shittt.
Quiet Despair and the likes, they shall not change their colour. They will only cry out words that will make them look like heroes with great thinking & sayings just to makebelieve they are great people with humble thoughts, in actual sense their sayings only represent & potray, a lost person trying get hold to anything to save himself at a moment of despair, state of euphoria.
ReplyDeleteAs has been often mentioned Tuan AA, this is the typical behaviour of most in UMNO, they can never hide it, it is there written all over their faces.
Syabas kpd Tuan AA, atas pandangan tuan yang jujur & ikhlas tanpa memihak. Pada ketika ini jalan yang terbaik adalah terima nasihat DYMM SPBYDA.
Tahniah kpd kepimpinan BERSIH atas
menengahkan kegelisahan rakyat secara berhemah & tanggungjawab.
The Almighty is with them who are in the straight path.
Omar Din, adalah baik dia menjaga diri dia. Perang apa saya tak paham.Kalau tak salah saya, dulu Polis tahan dia tanpa bicara, agak lama juga.Tiba-tiba dia nak perang pulak. Tiada siapa pun cerita pasal perang, mugkin di Pakistan kut, sebab Amerika bomb kediaman Osama, nak balas agaknya.
ReplyDeleteLebih baik jangan melibatkan kanak-kanak sekolah dalam perkara ini, sebab mereka belum layak mengundi, juga melanggar AUKU.
Quiet Despair is the last bastion of UMNO supporters who stands defensive on all issues that arise against our ailing government and its system.
ReplyDeleteSoon he will realize that he will be standing alone with his own views in orphanage. Let him be.
Salam tn aspan,
ReplyDeletesenang betul nak tuduh BERSIH ni tak bersih, jumpalah segala mcm bom, parang, pisau bersama2 dgn t-shirt BERSIH. sapa yg letak tak tahulah. maklum benda tu semua tak boleh nak bercakap...
ramai pulak penyokong kerajaan percaya bulat2. sapa2 pun boleh letak, cuma tak nak letak bersama2 dgn t-shirt patriot atau perkasa jer. nak lagi senang tolong polis siasat, letaklah sekali gambar dan i.c.
org hati bersih takkan sanggup nak menipu.
Wallahua'lam.
sdr quiet desperate, saya rasa awak ni seorang penulis komik katun ataupun penulis buku cerita kanak-kanak.
ReplyDeletelaptop buruk,
ReplyDeleteBoleh check cap jari kat botol tu kalau nak.
Tak payah nak buat tuduhan meelulu kat Polis kata Polis yg letak kan. Itu fitnah nama nya, tak bersih hati kalau macam tu.
Cakap tu biar nampak berakal dan berhemah.
Manoq
manoq,
ReplyDeletetak mudah utk ambiga menipu aku sebagaimana mudahnya najib tipu kau.
kalu kau secara jujurnya masih belum nampak spr tu berat sebelah lebih baik dermakan mata dan hati kpd anjing saja. anjing mungkin dapat memanfaatkannya dgn lebih baik.
aku nak bawa satu contoh saja. bila ada pilihanraya baik kecil atau umum ada sahaja pengumuman tentang projek. ini terang2 bercanggah dgn undang2. bila ditanya dia kata projek2 tu dah lama dirancang tetapi sekarang baru ada masa utk mengumumkannya. maklumlah sebok dgn merompak kekayaan negara. org macam manoq boleh telannya bulat2.
dpd: sppr
Hishamudin Husein bertindak mengharamkan Bersih. Belum pun musuh menghampiri keris sudah keluarkan. Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun di sanggahnya’.
ReplyDeleteAnd still didn't lift the haram regardless
"Bersih team met the Agong didn't make em halal" - unquote.
saya sebagai rakyat Malaysia,apa yang rakyat mahukan hanyalah keadilan,seperti aktiviti rasuah dibendung memandangkan peningkatan harga barangan harian..pembaziran dielakkan,perasuah dihukum..itu sahaja,rakyat macam saya(non partism) tidak mahukan kuasa,dan tidak kisah sesiapa yang memegang kuasa itu sama ada A,atau B asalkan jalankan amanah rakyat dan tegakkan syiar Islam supaya boleh dijadikan contoh..
ReplyDeletesedarlah,kita sekarang dah terlampau jauh menyimpang..pernahkah kita menjadikan "integriti dan ketelusan" sebagai isu besar akhbar kita?tv kita?..OMG,wake up la!!888billion di bawa ke luar negara..kalau diberikan subsidi pada rakyat,berapa ramai yang mendaat manfaat??..OMG..please wake up lah..negara kita dah cukup kaya,aman dan makmur sudah..tapi perlu diingat,kekayaan itu perlu di agih sesama rakyat dengan sebaik baiknya..apa yang dilakukan pembangkang i bijak,mereka tackle rakyat dengan isu ini,kerana ia isu penting,rakyat tak mahukan isu seks,liwat..lakukan perubahan sekrang Insyallah umno akan disayangi rakyat semula..sementara kuasa ada pada kita,lakukan sesuatu bermaksud bukan bina sekolah atau jalan,tetapi agenda untuk meringankan beban rakyat melayu khususnya..mengakui kelemahan selama ini..buat satu agenda baru untuk kita rakyat..kalau tidak jangan salah/marah rakyat kerana memilih pembangkang..
Mr AA,
ReplyDeleteWe have had all systems fucked up.Wonder how are we goin' to survive as a nation with pride. Leaders and the government have lost every cardinal principle of a self governed nation. There is nothing more left for us to defend. All are fucked up sir.
My personal question to you sir, why are u still possessing this party? Just answer it to yr ownself.
dpd: sppr,
ReplyDeleteCakap biar lah bersopan.
Contoh kau bagi tu di luar bidang kuasa SPR la bro.
Kalau tak puas hati, guna kan saluran yg betul dan suarakan perkara tersebut melalui wakil rakyat masing2 dan bangkit kan di Parlimen. Atau, buat laporan polis dan lapor kan pada SPRM. Ada hang buat macam tu?
Itulah namanya gunakan akal dan saluran yg betul.
Perkara pokok sekarang ialah adakah tuntutan2 tersebut di bawah bidang kuasa SPR, dan yg pasti tuntutan 5 (free and fair access to media - not part of their job, any ruling govt would do it), 6 (strengthen public institution - kerja govt), 7 (stop corruption - kerja MACC) dan 8 (stop dirty politics - kerja parti masing2 lah, but how do you define this, ceramah mengutuk dan memfitnah yg PAS selalu buat?) adalah di luar bidang kuasa SPR.
Kalau tak puas hati, undi saja lah parti lawan.
Aku pun bukan bodoh sangat, masih boleh fikit dgn waras.
Apa yg penting, tuntutan kita biar lah adil dan jgn tuntut ssesuatu kepada SPR kalau perkara tersebut di luar bidang kuasa SPR seperti memerangi politik otor, media berat sebelah dan sebagai nya.
Bidang kuasa SPR telah pun di tetapkan oleh perlembagaan dan undang2.
So, siapa yg tipu siapa bro?
Fikir lah baik2 dan jgn biarkan emosi menguasai diri ....
Cheers bro.
Manoq.
en Manoq,
ReplyDeletebetullah awak ckp tu, cek cap jari kalau nak. buatlah, lepas tu tangkap. polis dah cek cap jari ke belum... yg aleh2 dah tuduh seolah2 penyokong BERSIH yg buat?
tak cakap pun polis tipu, tapi mcm cerita budak dgn serigala, kalau dah byk kali jerit serigala serigala, tapi serigalanya takde,lepas tu jerit lagi ada serigala, susahlah org nak percaya lagi. walaupun betul ada serigala lepas tu. nasebla...
bab mengadakan bukti ni kita serah kat polis...barang yg tiada boleh diada-adakan...benda ni dari dulu sampai sekarang taktik dia...macam la rakyat ni tak tau taktik lapok tu...haha
ReplyDeletemanoq
ReplyDeletespr ada kuasa utk menghalang perbuatan berunsur rasuah spt umum projek masa pilihanraya dan guna media massa kerajaan utk berkempen tapi spr malaysia tak berani tak macam spr thailand atau spr indonesia. buat laporan polis bolehlah tapi dipengap aje. ini yg membuat bersih nak buat bantahan. berapa banyak laporan polis anwar (dan juga oleh org2 lain)terhadap salahlaku pemimpin tinggi kerajaan dipengap saja. agaknya kau tak tau ada berton-ton laporan polis yg dibuat. aku nak ulang lagi sekali dermakan mata dan hati kpd yg pandai memanfaatkannya kalau anjing so be it lah!!tolong jawab dgn fikiran waras jgn jadi kuda tunggangan. agaknya kau ni ahli cyber squad umno. aku pun ahli umno tapi aku sayang kat umno dan tak mau umno runtuh kerana perbuatan pemimpin2 masa ini.
dpd: sppr